BAB 9
Aku memakir keretaku sebaris dengan kereta abang
Fadil. Awal
pula dia sampai hari ini. Selalunya dialah yang paling lambat. Ada sahaja
alasannya jika ditanya kenapa lambat sampai.
Alasannya,
hendak pergi pejabat pos bayar bil,
Hendak tunggu Rizal anak lelakinya habis kelas karate.
Tunggu Kak Shima habis kelas tajwid
Hendak ambil Jaja kelas ballet dan macam-macam lagi.
Bagaikan hari Sabtu hanya ada satu hari dalam sebulan.
Hari Sabtu setiap hujung bulan yang sepatutnya berkumpul di rumah mak, tetapi
hari Sabtu itu juga dia sibuk. Kak Shimah hanya tersengeh apabila si suami
memberi alasan. Emak dan abah sudah faham benar dengan alasan abang. Nasib baik
dapat isteri yang menurut. Jika dapat isteri yang queen control, mahu rasanya, mereka tidak menjengok emak dan abah
langsong. Abang Fadil hanya akan sampai lambat, tetapi dia
tetap akan muncul. Lain pula halnya kali ini, dia yang paling awal sampai. Hairan juga aku.
Terdengar riuh rendah suara orang berbual. Sesekali
terdengar orang tertawa gembira. Amboi..amboi, cerita apalah agaknya sampai
begitu sekali. Aku jelous pulak mendengarnya, mahu aku juga masuk sekaki. Tentu
best punya topik.
Fadly sudah sampai ke? Silap juga aku tidak bertanya
emak tentang jadual penerbangan adikku. Kenapalah aku tidak bertanya tentang
hal itu? Sekurang-kurangnya aku boleh menunggunya di KLIA untuk menyambutnya.
KLIA baru berpindah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, memang on the way pulang ke kampung..
Aku mengendong Lia bersama dengan beg tangan ku
sahaja. Akan aku ambil beg pakaian dan beg bekalan Lia kemudian, setelah aku
tahu apakah yang membuat mereka yang didalam rumah seronok sangat, kerana aku
juga ingin join the club.
“Adikkkk…” semua yang ada memandang kearah aku apabila
suara Rizal, anak lelaki sulong abang menerpa ke arah Lia. Lia tidak
sempat-sempat hendak turun dari didukung. Teruja betul dia dengan abang Rizal.
Rizal yang sudah darjah dua memang sukakan Lia. Aku biarkan Lia dipimpin Rizal,
diikuti oleh Jaja, adik Rizal yang berusia 5 tahun. Lia
nampak seronok bertemu dengan sepupunya. Dia tahu, dia akan mendapat layanan
yang first class dari mereka.
Aku berjalan
menuju ke meja bulat untuk 8 orang, di mana semua sudah duduk mengelilingi meja
makan bulat itu. Aku bersalaman dengan semua orang, lalu aku duduk d isalah
satu kerusi yang masih kosong. Mereka bersidang di meja bulat rupanya. Ingat,
King Arthur dan pahlawannyanya sahaja kah yang ada rountable? Di sinipun ada
tau!
“Bila sampai
dek?” tanya ku kepada Fadly.
“Malam tadi..”
jawabnya.
“Sihat..?” tanya
ku lagi.
“Macammani
la..kak” jawabnya.
“Siapa ambik
adik kat airport?” tanya ku lagi, tidak habis-habis dengan soalan.
Nasib baik Fadly
sabar menjawabnya.
“Teksi.. Lee
ambil teksi.aje, malas nak susahkan orang.Lee tahu semua orang sibuk..”
jawabnya, tidak dapat aku kategorikan, jawapan yang jujur atau perli.
“Hemm..” jawabku pendek.
“Aliya balik
kampung dengan abang Fadil ke tadi?” soalan aku tujukan kepada adik perempuan
aku pula.
“Tak.. Aya
memang dah ada kat kampung since last week.. study break seminggulah kak..,
saja Aya balik kampung..” kata Aliya, pandangannya ke arah Fadly.
Sengaja menutup
tujuan utama balik adalah kerana kepulangan abangnya dari jauh.
“Ohh..” jawab
ku, mengerti.
Kenapa soalan
yang terkeluar dari mulut aku asyik soalan entah berapa orang yang sudah
bertanya. Dah tak ada modallah tu!!
“untie Lyna..
mana botol ..” tiba-tiba Rizal bersuara, termengah-mengah muncul di depan aku.
Bertanyakan botol susu Lia.
“Ohhh ya.. masih
dalam kereta sayang.. nanti untie pergi ambil ya? Kenapa Rizal tanya? Adik nak
susu ke?” tanya ku untuk kepastian.
“Hemm.. Rizal
nak baca buku, adik Lia dah baring-baring kat sana tu..” kata Rizal lagi.
Aku terus
menyeluk beg tanganku dan mengambil kunci kereta, kerana aku tahu, keretaku
akan terkunci sendiri selepas 2 minit ditutup. Aku bangun dan berjalan menuju kereta, bertujuan
mengambil beg pakaian dan beg bekalan Lia. Abang, mak, dan abah rancak berbual.
Aku tidak masuk campur kerana aku tidak tahu butir-butirnya. Yang aku nampak
kerap mata mak dan abang menala ke arahku.
Apa pulak tidak kenanya dengan aku?
Aku menyimpan beg pakaianku dibilikku dan mengambil
botol susu Lia, lalu aku hulurkan kepada Rizal yang menunggu. Aku duduk semula
di kerusi yang masih kosong untuk aku.
“Lee ada belikan akak scaft sorang satu.. scaft aje
yang Lee dapat belikan.. orang tengah belajar, mana ada duit..nanti bila dah
kerja bolehlah Lee belikan yang mahal sikit..” kata adikku lagi, penuntut
ijazah sarjana Universiti Cardiff.
Sambil meraut rambutnya yang sudah mencicah bahu, dia
bangun dan berjalan menuju ke biliknya. Mengambil selendang yang
dimaksudkannya.
Dihulurnya selendang bercorak tartan berkotak-kotak
yang berbagai warna, setiap helai kepada aku, kak Shimah dan Aliyah. Selindag,
tentulah hanya untuk perempuan. Untuk lelaki tak ada buah tangankah? Tentu ada,
Cuma aku yang tidak tahu.
“Cantik.. pandai adik pilih.. haa ini mesti orang
perempuan yang tolong pilih, adik mintak girlfriend adik pilih ke?” usik ku,
muka Fadly sudah nampak blushing
diusik oleh ku.
Nampaknya selendang itu boleh sahaja aku gunakan
apabila ada majlis keramaian. Lagipun memang fesyen diwaktu itu orang mengenakan
selendang hanya sebagai hiasan di bahu, bukan di kepala, silap-silap di leher,
untuk menambah panas dengan bahang panas mentari. Hendak nampak cantik dan
bergaya, peduli apa dengan bahang panas!!
“Tak adalah kak, mana Lee ada girlfriend, kawan biasa
adalah la..Lee ni nak tunggu akak tu, bila lagi? Tahu-tahu dah ada anak aje..
nasib baik mak dah cerita dulu, kalau tidak,
mahu jugak terkejut Lee, bila tengok akak balik kampung dengan anak..”
kata Fadly sambil tersengeh.
Bulat mata aku apabila Fadly mengujakan soalan “aku
bila lagi… “ dia ingat hendak mencari suami, boleh pilih macam memilih ikan di
pasar. Pilih mana suka, timbang, bayar dan terus boleh bawa balik. Kena pulak
aku kini sudah ada Lia. Sahampun sudah turun. Aku sedar itu semua. Namun itu
pilihan yang aku pilih, maka aku akan teruskan. Soalan Fadly aku ambil positif.
“Akak!.. adik tanya akak?..nampaknya, tak adalah orang
yang hendakkan akak. Mana ada orang yang hendak ambil akak yang sudah ada full package dengan anak?” gurau ku bagi
menjawab soalan Fadly..
Aku nampak mak
dan abang terdiam apabila aku memberi jawapan kepada Fadly.
“Kenapa?
Betullah tu.. apa yang Lyna cakap. Siapa yang hendak kahwin dengan Lyna, kena
terima Lia sekali..” ujarku memberi penjelasan kerana pandangan tajam mak dan
abang seolah-olah aku telah melakukan satu kesalahan yang besar. Abah hanya
berwajah bersahaja.
“Betul tak bah?”
aku cuba mendapat sokongan dari abah, kerana aku tahu abah tidak memihak kepada
sesiapa, dia selalunya neutral, seperti Bangsa-bangsa Bersatu.
Abah sengeh, kali ini tidak ada jawapan darinya. Namun
aku tahu abah menyokong aku. Aku angkat kening, akhirnya abah bersuara.
“Abah tak kesah Lyna..mana yang Lyna rasa baik, abah
ikut..” jawab abah.
Terima kasih abah. Mak dan abang mengalih pandangan
kearah abah, apabila abah memberikan ruang kepada ku.
“Untie, Lia berak agaknya, bau busuk…” sekali lagi
Rizal muncul, siap mengepit hidungnya.
“Ye ke? Nanti untie tengok..” aku bangun dan mengikut
Rizal dibelakang. Mungkin juga benarnya kata Rizal, kerana Lia belum lagi
menjawab nature calls itu hari ini.
Hissy.. hal Lia lagi…
Benar seperti yang diberitahu Rizal. Aku membawa Lia
ke bilik air dan membersihkan dirinya, kemudian menukarkan pampers baru
untuknya. Di meja bulat masih terdengar sok sek sok sek, sesekali terdengar
namaku disebut, tetapi aku tidak tahu butir-butirnya dengan jelas kerana aku
sibuk dengan urusan Lia.
“Pijal.. tengok-tengokkan adik boleh .. apa-apa
beritahu untie..” pintaku kepada anak buahku, Rizal akur. Rizal pandai menjaga Lia
dan Jaja.
Aku mengambil peluang, apabila sudah ada orang yang sudi membantu..anak
buahku..
Aku kembali berjalan ke arah meja bulat. Macam best
sahaja perbualan mereka. Terutama semasa aku menukar pampers Lia. Tetapi
apabila aku duduk semula dikerusi, semua senyap, apa hal? Hati ku berdetik, ini
mesti pasti pasal hal diri ku. Mataku memandang ke arah emak, abah dan abang
Fadil, satu persatu. Nampak mereka bersahaja. Sah seperti ada benda yang tidak
kena! Ada perkara yang mereka sorokkan dari pengetahuan ku.
Entah-entah bukan kesah aku, yang aku perasan buat
apa, baik sahaja aku berbual dengan Fadly dan Aliyah, ada juga faedahnya.
“Haaa.. Lee, berapa lama cuti kali ni..” akhirnya
abang Fadil mengajukan soalan kepada Fadly. Kelab kabut sahaja Fadly menjawab.
“Hemm..ya bang..cuti?..kali ni Lee cuti lama sikit
bang.. dua bulan macam tu.., lepas ni Lee tak balik cuti, sampai Lee habis,
lagi dua tahun, insyallah” Jawab Fadly lengkap, agar abangnya tidak bertanya
lagi tentang cutinya.
Rasanya dia sudahpun beritahu abangnya tentang
kepulangannya kali ini, tetapi kenapa bertanya lagi, itu yang dia mengelabah
sedikit untuk menjawab.
Jawab ajelah, bukannya rugipun. Aku bangun menuju ke
dapur, rasanya mereka seperti tidak selesa jika aku ada bersama. Hati ini tidak
berhenti-henti berkata-kata. Apalah agaknya topic yang mereka lindung dari ku.
Perasaan ingin tahu semakin menebal, kalaulah aku ada tape recorder seperti
dalam filem James Bond tu, alangkah senangnya aku mengetahui apa yang mereka
bualkan. Ataupun aku ada bionic ears, seperti bintang filem Jamie Sommers, siri
terkenal diwaktu itu rancangan Bionic Woman, boleh mendengar apa yang
diperkatakan dari jauh, alangkah baiknya. Ishy.. aku ini hendak jadi bionic
woman pulak ke? Mengarut sungguh, mana ada bionic macam tu, itu cuma cerita
sebagai hiburan semata-mata, bolehkan aku percaya seratus peratus. Itu hanya
cerita rekaan orang Amerika untuk membuat orang leka. Susah susah jadi karton
animasi lagi senang.
Akhirnya aku yang tersenyum sendiri kerana memikirkan
yang bukan-bukan. Nyatanya memang aku ini hendak jadi karton animasi
agaknya.Tetapi bukanlah karton animasi orang lidi tu, sekurang-kurangnya karton
animasi Bell si heroin di dalam filem Hunchback of Notre Dame atau Areal si
ikan duyung..aku senyum lagi. Perasaan… hendak jadi karton animasi yang
cantik-cantik sahaja. If that the case,
siapa hendak jadi Olive, isteri si Popeye, yang kurus melidi dan mempunyai
wajah yang ganjil? Iya tak ya jugak! Ahh.. baik aku buat cucur untuk minum
petang lagi bagus. Makan beramai-ramai begitu, seronok, sambil berbual-bual.
“Makkk, tepung tinggal ini aje ke?” laung ku dari
dapur. Aku menjinjit tepung yang hanya suku didalam paket.
“Nak buat apa?” tanya mak juga dari jauh.
“Cucur” jawab ku sepatah.
“Ada satu packet lagi kat rak sebelah kanan..” jawab
mak.
Masih tajam lagi rupanya ingatan mak. Lagipun dia
bukannya tua sangat, belumpun mencapai umur bersara.
Aku diam apabila tepung yang aku cari, memang ada
seperti yang emak beritahu. Baik aku teruskan membuat minum petang, sementara
Rizal sanggup menjaga Lia.
Kesah apa yang sedang mereka bicarakan di meja bulat,
sudah tidak menjadi hal lagi kepada diriku. Lambat laun aku akan tahu juga.
Bukannya susah, biarkan ianya menjadi rahsia buat aku buat sementara ini. Aku
akan cuba menghindarkan dari mengetahui apa yang sedang mereka bincangkan.
Sedangkan didalam hati meronta-ronta ingin tahu. Tetapi aku degilkan hati agar
terus bersabar. Sabar!!!
Tangan laju mengodek tepung di dalam bekas plastik.
Kuali berisi minyak sudah tertenggek di atas penunu. Hanya menunggu bancuhan
cucur untuk digoreng. Berharap dengan hidangan cucur nanti rahsia akan tidak
menjadi rahsia lagi. Cucur bilis sebagai umpan. Harap-harap misi cucur bilisku
berjaya!!
No comments:
Post a Comment