Kita layan coretan ini pulak! Rindu pula rasanya dengan Si Didi sengal ni...
Bab 14
Dalam
mengelamun, mengimbas perbualannya bersama isteri, tanpa Johan sedar dia sudah
sampai di tempat pakir dimana keretanya terpakir. Kunci remote ditekan,
berdecit sahaja bunyinya. Bonet kereta dibuka, di letakkannya beg yang terjulur
reket, elok-elok dibelakang kereta. Takut patah pula reket itu sekiranya main
hentam sumbat dibonet.
“Pap”
bunyi bonet ditutup. Terus menapak beberapa langkah ke arah pintu pemandu. Tangan
sudah berada dipintu kereta, hanya perlu menariknya sahaja, tiba-tiba matanya
tertumpu kepada satu susuk badan yang dia rasa dia kenal. Dikecilnya mata untuk
memastikan, betul atau tidak apa yang ada didalam fikirannya. Takut pula dia
tersalah orang, jangan main rasa-rasa! Perempuan itu menoleh, agaknya kuat
sangat Johan menutup bonet keretanya, sehinggakan perempuan itu menoleh.
“Macam
kenal aje” bisik hatinya.
“Bukan
dia, orang lain..” bisiknya lagi
“Baik
lupakan, kalau tak mahu cari nahas”.
“Sebelum
aku kena hempuk dengan kasut, atau kena lesing dengan beg yang dia jinjing.
Nampak seperti berat sahaja. Atau silap-silap nanti kena libas dengan raket
tennis yang terjulur keluar dari beg. Yang mana sempat dia rembat. Mahu lebam
biji mata. Mata lebam nanti hendak letak kat mana? Cacatlah nanti muka handsome
aku ni. Buat malu sahaja jika beritahu kena pukul oleh perempuan kerana cuba
mengganggu. Sexual arrastment.. gheee.. minta simpang! Ahhh.. lupakanlah, bukan
minah tu..”bisik hati Johan lagi.
Buat
tambah pening sahaja memikirkan. Masalah yang adapun masih berterabur. Dalam
fikiran cuba menghalang untuk melihat, tetapi didalam hati meronta-ronta minta
teruskan aktiviti kurang sopan, memerhatikan perempuan yang berskit pendek
itu. Kena pulak nampak
berbongkok-bongkok kerana sedang menyimpan beg di seat belakang. Tayangan
perdana percuma siapa tak mahu lihat. Dah namapun lelaki, kata tak mahu, tetapi
sebenarnya mahu.
Berastagrafar
sesaat si Johan. Tetapi mata tidak lepas. Jangan biarkan suara hati yang
bertanduk itu menang. Tangan Johan sudah menarik lebar pintu kereta untuk
meloloskan dirinya Namun Johan perhatikan, perempuan itu sedang berjalan kearahnya.
Berlenggang lengguk.
“Alamak!
Dia tahu aku pandang dia ke? Memang aku kena hempuk ni..” Johan bercakap
sendirian, hissy.. parah ni... Johan memandang kearah lain. Buat-buat tidak
nampak.
“Nak
minta tolong agaknya, entah-entah kereta dia tak boleh start ke apa? lady’s
driver, biasalah, tahu drive aje, tak pandai maintain ...” omel Johan lagi. Mata
masih menala kearah lain.
Namun
dia teruskan juga niatnya untuk masuk kekeretanya. Jangan perasan, entah-entah
perempuan tu hendak ketempat lain.
“Assalamulaikum..
maaf tanya! you Johankan.. Johan Irfan? Ahh..Dr Johan?” tegur perempuan sebaik
sahaja dia hampir dikereta Johan. Johan yang sudah duduk, keluar semula berdiri
dekat dengan perempuan yang menegurnya, tangan di tupang dicermin pintu.
Perempuan
mana pula yang kenal dirinya, siap nama penuh lagi. Patient agaknya. Johan tahu
dia mempunyai ramai patient perempuan. Hinggakan terlupa wajah-wajah mereka.
Nama-nama mereka, lagilah out of mind. Tapi.. perempuan ini, pasti bukan
patient sebab memang tidak register dikepalanya.
“Hello
stranger? You tak ingat I ke? I lah!… Eli..Iliya Suraya..” sambil tangannya
merewang-rewang diudara dan dia membulatkan matanya. Memaksa Johan mengingati
dirinya.
Johan
kerutkan mukanya, cuba mengimbas rupa perempuan cantik dihadapannya. Perempuan
modern, freehair dan bergaya. Bukan seperti isterinya yang berbungkus seperti
kelambu.
“Tap!,
Tiba-tiba otaknya memberi signal, apabila Johan sedaya upaya mengingatinya. Masakan
dia boleh lupa? Tetapi wajahnya berbeza dari dulu. Dia lagi cantik dan bergaya!
“Laaa..
Eli..you rupanya..” terus sahaja Johan teringat.
“Haaa..
Eli, ingatkan dah tak kenal I lagi..You apa khabar? You pun main kat sini ke? Tapi I tak pernah
nampak you pun selama ni!” sambung perempuan itu.
Johan
memandang dari atas kebawah, dari bawah ke atas. Di depannya, berdiri seorang
perempuan yang berpakaian skirt tenis yang singkat, cukup-cukup, hanya menutup
pungung, nasib baik ada seluar pendek, jika tidak tentu sudah boleh nampak
seluar kecik. Kemeja T berkolar. Tinggi lampai dan bergaya. Johan memang kenal
perempuan ini. Malah lebih dari kenal. Dia memang dari dulu cantik, tetapi kali
ini Johan lihat bertambah tambah cantik. Agaknya factor usia, kerana nampak
lebih matang dan lebih bergaya. Lainlah dulu zaman menjadi pelajar…La..
betullah sangkaan Johan. Cukup-cukuplah memuji Dr. Johan Oii.. berastaqfar,
bukan muhrim tu! Jaga pandangan, jangan dapat dosa mata…
“Eli..
macammana I tak boleh kenal you..mungkin sebab I nampak you makin cantik
sekarang ni..” puji ikhlas dari Johan.
Memang
dari tadi Johan berbisik didalam hati, yang perempuan dihadapannya itu cantik
di matanya, terutama apabila diberi peluang untuk melihat semua aurat wanita
secara percuma. Dah macam retis pula.
“Eh..
Eli, macammana pulak kita tak pernah bertembung ya?” Johan menyoal kembali
kepada sipenegur.
“Entah.!.”
jawab Eli sepatah tetapi nada tinggi.
“Oh…
maybe because, usually I park kat dalam. Tapi hari ini sebab I sampai lambat
dan I tahu, parking kat dalam tentu dah penuh, tu yang I parking kat
sini..anyway how’s life?” tanya Eli lagi.
“myself?
I’m okey..!” jawab Johan dengan
bangganya. Eli angguk sambil tersenyum.
“How is
you wife..hemm apake namanya, sorry I’m
bad in remembering people’s name. Wait.. wait I dah ingat, Di, I remember
princess Di and I remember your wife’s name..but princess Di hanya ada sekali
Di. Your wife with double Di.. DiDi” tersenyum Eli memikirkan cara dia
mengingat nama orang.
Johan
geleng kepala. Lucu pula rasanya dia memikirkan si perempuan yang bernama Eli
mengingat nama orang, tertutama nama isterinya.
“You
have a unique way of remembering people’s name, Eli!..” jawab Johan.
“My
Princess Di, dia okey.. busy with our daughter..”sambung Johan lagi.
“How nice,
you dah ada anak? Berapa orang anak you?” tanya Eli lagi.
“sorang
aje..” jawab Johan.
“a girl
or a boy?” tanya Eli lebih lanjut.
“Kan, I
beritahu tadi daughter..” jawab Johan sambil tersenyum
“Ahh..
sorry..” nampak sangat yang Eli tidak menumpukan perhatiannya kepada apa yang
disampaikan oleh Johan. Terkejut sangatlah tu. Terkejut bertemu dengan lelaki
yang dia tidak sangka berjumpa.
“Dah
lama ke you join kelab ni..” tanya Johan kepada Eli
“Lama
jugak, sejak start kerja..you pulak sejak bila?”
“Dah lama
juga, cuma dulu jarang datang sini, sekarang ini aje yang kerap.. tahu-tahulah
profesion I” Johan merendah diri.
“I know,
Dr. Johan! By the way, klinik you kat mana ek?”
“Nanti..nanti..”
Johan mengangkat jari, tanda tunggu sebentar dan menyeluk dompetnya lalu mengeluarkan
kad namanya lalu dihulurkan kepada Eli.
“Eh..
you macam dah nak balik and so do I.. macammana kalau kita jumpa lain kali dan
cerita panjang sikit, especially story zaman kita di UK dulu..” kata Eli sambil
tangan menyeluk beg yang disandang dan mengeluarkan purse. Dari dalam purse
dikeluarkan sekeping kad nama.
Johan
menyambutnya dan mereka nama bertukar-tukar kad nama.
“You
Eli, macammana? Dah ada family atau still single..?” baru selangkah Eli
meninggalkan Johan, Johan sudah bertanya kepada perempuan yang pernah menjadi
teman baiknya semasa belajar di UK dahulu.
Eli
hanya mencebekkan mukanya.
“A girl
like me.. perh..siapalah yang hendak? “
“Then,
you are still singlelah ni.. mana you campakkan si Khalid?”
“Ahh..
Come on Johan. Please don’t mention his name, Johan. I elergi dengan nama tu… I
thought you knew me better. You aje yang tak faham. Atau sengaja tak mahu
faham. Anyway, it’s too late now. I got
to go..dont forget to call me, right!” sikap berterus terang Eli masih seperti
dahulu. Bila bercakap tidak ada tapis-tapis. Eli terus sahaja membuka keretanya
dan meninggalkan Johan yang masih tercegat memerhati kereta Honda City berwarna
merah hati meluncur laju. Tercengang dengan kata-kata yang baru didengarnya.
Memang dia tahu yang si Eli sukakan dirinya, sedangkan Johan tidak. Tapi itu
dizaman cinta monyet. Mana kekal. Ingatkan perasaan itu sudah lama berkubur.
Johan masih tegak berdiri di tepi pintu keretanya. Eli, budak perempuan yang
pernah dia heret ke semua pelusuk eropah. Mereka menjelajah bersama. Pantang
ada cuti panjang, otak memikir untuk melihat bumi tuhan yang indah, walaupun
terpaksa tinggal di bed and breakfast, penginapan yang paling sesuai bagi
pelajar yang tidak ada pendapatan. Murah dan boleh muat ramai orang. Adakalanya
tidur sebilik, beramai-ramai. Hendak peduli apa, janji ada tempat tidur dan
tempat membersihkan diri. Lelaki perempuan satu rumah, tetapi bilik lain-lain.
Hendak takut apa, bukan ada Badan Pencegah Maksiat..janji bilik tidak mahal!
Mana mereka ada duit. Mereka semuanya bergantung seratus peratus kepada
biasiswa penaja dan dermasiswa keluarga. Syarat utama, penghuninya bukan hanya
mereka berdua, tetapi berkumpulan. Namun mereka hanya sekadar berkawan, teman
sepanjang perantauan untuk menimba ilmu. Tidak lebih dari itu. Mereka masih
menjaga batas-batas yang terlarang.
Johan
tersenyum, apabila kepala otaknya mengulang tayang kenangan bersama perempuan
itu... Puteri Eliya Suraya…anak Megat Mansor. Ha.. yang ini memang betul-betul
nama “puteri” kerana dia ketururan megat ..Eli-Eli, Johan masuk dan duduk di
depan stereng kereta, dia masih mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.
Teringat kenangan indah bersama
Eli dan
teman-teman. Kenangan menjelajah eropah, menekmati keindahan alam yang dicipta
oleh Allah. Kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dijual beli! Walaupun
dengan 100 karung wang mas dinnar..atau mana-mana matawang dunia. Priceless!
“Eli,,”
ulang Johan sambil tersenyum.
Bayangan Eli yang memakai pakaian sukan
tenis yang berskit pendek terlintas lagi diruang matanya. Dahsyat penangan perempuan berpakaian kurang
kain ini. Kalau Didi pakai macam tu,
macammana rupanya ya? Oh tidak! Setiap inci tubuh Didi hanya untuk dirinya,
buat apa hendak beri orang pandang? Tahu pula dia dan masih lagi teringatkan
isteri dirumah. Kira okeylah tu…Kemudian, kepala otaknya tergelincir sedikit, “ala..
Eli kawan lama aje, kalau aku jumpa apa salahnya”. Kemudian dia berfikir lagi, “tak
usahlah..”. Wajah Eli, Didi, Eli, Didi.. muncul berselang seli..akhirnya Johan
pilih Eli!
4 comments:
biasalah lelaki memang macam tu...
mula-mula kawan lama aje....
Itulah, Didi kena cepat sedar. Macammana saya hendak sedarkan dia? Johan masih sayang, tapi bila ikan sudah ada menempel depan kucing... kucing hanya tunggu nak gap aje!
bab 15 tak de ke?
Ada.. tapi saya hendak habiskan cerita Karl dan Erin.. next kita jumpa Didi. Salam..
Post a Comment