Wednesday 19 March 2014

Bila Kau Ada - Bab 8

Rindu pula dengan jejaka Indonesia ni.. mari kita jenguk, apa dah jadi!

Bab 8

Hanna berlari-lari anak, kearah lelaki penyelamatnya, siapa lagi jika bukan si lelaki Indon yang bernama Adi Irwan Kesuma. Kira jejaka ini, hero buat Hanna. Tidaklah seperti Hero orang puteh, knight with shining armor. Hanya sekadar Hero melayu nusantara sahaja.

“Adi..Adi..tunggu” laungnya. Adi menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Di lihatnya Hanna yang berlari-lari anak mendekatinya. Hanna sudah tidak merasa sengan diperhati oleh orang sekeliling kerana meninggikan suara. Suaranya kuat memanggil nama Adi, dia tidak perasan. Dia menjadi perhatian orang dengan pandangan yang kurang sopan. Ahh.. peduli apa, asalkan Adi dengar dia memanggil. Adi hanya tegak seperti patung batu, menunggu Hanna dan kemudiannya berjalan seiring.

“Hey… terima kasih, you have made my day, Hanna boleh buat write up more than I expected…nasib tak kena free lecture, Prof.” kata Hanna tercungap-cungap. Adi hanya diam mendengar sehigga Hanna habis berbicara.

“Iya?.. bagusla..itu sahaja yang saya mampu bantu Hanna..” kata Adi.

“Oh.. sudah kenalnya si Melly” sambung Adi lagi.

“Ya..ya.. Hanna dah kenal.. .Pacar ya..” pandai Hanna berlakun, mana dia kenal. Namapun tidak ditanya, pandai-pandai sahaja memberitahu Adi yang dia sudah kenal. Sepatutnya bukan dia kenal, tetapi dia jumpa dan terlupa bertanyakan nama untuk berkenalan. Tetapi Adi sudahpun beritahu nama si perempuan ranggi itu… selamat. Nasib baik. Melly.. mudah diingat, seperti nama penyanyi Indonesia, Melly Geoslow. Apa ke nama lagu dia yang indah liriknya tu.. lagu Jika. Apa ajelah Hanna memikirkan kesah lagu Indon pula.

“Ehh.. kamu Hanna, mana mungkin dia pacar saya. Dia cousin saya..” pantas Adi menjawab, apabila Hanna serkap jarang, bertanyakan sama ada si Melly itu pacarnya. Tak nampak mereka itu seperti sepupu. Jauh berbeza. Sepupu disebelah ibu atau ayah si Adi. Kepetrampilan Adi memang gaya seperti lelaki asia, typical Asian man. Tapi si ranggi Melly, sudah seperti orang caucasian sahaja. Mulut Hanna sudah gatal sahaja hendak bertanya. Yang sebok hendak tahu salasilah si ranggi Melly tu hendak buat apa? Hati Hanna hendak tahu juga, walaupun bukan memberi apa-apa faedahpun. Tak kesahlah talian persaudaraan diantara Melly dan Adi dari sebelah ibu atau disebalah bapa Adi. Apa yang menjadi masalahnya!.

“Iya ke Melly is your cousin.. Hanna tak percayalah?” kata Hanna, cuba menyungkil info yang lebih jelas, agar dia faham betul-betul, baru dia boleh percaya yang mereka adalah sepupu.

“Iya benar, Melly is my cousin. Ha.. saya tahu, kenapa Hanna tidak percaya. Kerna Melly nampak seperti orang barat begitu!..” tepat sangkaan Adi, seperti dia boleh membaca apa yang sedang difikirkan oleh Hanna.

“Hanna mahu tahu?..” tanya Adi. Laju sahaja anggukan Hanna, sudah tidak sabar-sabar ingin mengetahui. Tak perlu serkap serkap lagi, Adi sudi memberinya penjelasan.

“Kerna, ibunya orang Swiss. Paman saya menikahi ibu Melly. Melly tinggal disini, di Fribourg” jelas Adi. Hanna terdiam, begitu rupanya cerita Adi. Saudara dari sebelah bapa, nampaknya. Dia ada bapa saudara di sini rupanya. Ialah Fribourg agak jauh dari Zurich, Fribourg terletak sudah hampir disempadan negara German.

“Saya ke Titlis bersama cousin saya yang lain, abangnya si Melly dan teman-teman..” sudah panjang lebar pula cerita si Adi. Soalan yang perlu jawapan sudah terjawab. Mendapat pula infomasi yang tidak ada didalam soalan. Disebabkan Hanna yang bertanya, terpaksa dengar sahaja apa yang hendak diceritakan oleh Adi sebagai information percuma. Dengan harapan tidak ada soalan lain lagi mengenai Melly yang akan menyusul. Akibatnya, Hanna hanya menjadi burung belatuk, terangguk-angguk.

Cerita punya cerita mereka sampai di dewan kuliah. Hanna tarik nafas apabila melihat Professor melintas memasuki dewan. Dia lega, kerana assignmentnya selesai. Folder biru yang sudah lama tersadai diatas meja di ketuknya perlahan dengan hujung jari. Bangga dapat siapkan dalam satu hari.  Thanks to abang Indon. Terlepas seksa mental, tidak dapat dibayangkan jika dia tidak dapat menyudahkan assignmentnya semalam. Tentu sekarang dia berada dihadapan Professor, menadah telinga mendengar lecture yang tidak ada didalam syllabus.

 

***

 

“Macamana tadi?” tanya Sarah. Hanna hanya angkat tangan menunjukkan ibu jari, tanda bagus, tersengeh sahaja.

“Sukalah tu!” bersuara lagi Sarah.

“Suka apa?”

“Suka sebab input dari Adi yang jadi penyelamat kau tulah!..”

“Tahupun..tahu tak apa” jawab Hanna.

“Dah! Tak payah cerita pasal tu lagi, kita singgah Migros, fikir apa nak beli untuk malam ni..” sambung Hanna lagi.

“Aku nak beli susu, susu dah nak  habis..” kata Sarah

“Hemm..akupun” jawab Hanna pendek.

“Kita kena beli…jap-jap..” Hanna tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana dia terdengar bunyi telefonnya berbunyi didalam beg kecil yang diselepangnya.

Kerana dia berhenti, Sarah juga turut berhenti. Hanna berhenti untuk menjawab telefon kerana ianya panggilan dari tanah air. Tentunya ada perkara penting yang  hendak disampaikan. Jika tidak, takkan emak menalifonnya.

Salam diberi sebalik sahaja ditelek skrin telefon dan dia tahu siapa pemanggilnya.

“Kenapa mak?”

“Ya..ya.. Hanna tahu.. abang Zaid ada beritahu hari tu..” kemudian lama Hanna diam, hanya mendengar apa yang diberitahu oleh sipemanggil di hujung talian. Hanya perkataan “Ya” sahaja yang terdengar berulang-ulang.

Sarah mencuri dengar perbualan teman serumahya, yang dia tahu panggilan adalah dari Malaysia sipemanggil adalah emak Hanna.

“Ialah, nanti Hanna beritahu. Ya..ya.. Hanna bincang dengan abang Zaid. Emak tak tidur lagi ke? Dah pukul 12 lebih dah ni kat sana kan?” Hanna cuba mengaleh tajuk agaknya, atau mungkin hendak memendekkan perbualan.

“Assalamulaikum..” tahu-tahu Hanna sudah menamatkan perbualan.

“Siapa call?” tanya Sarah, sedangkan dia sudah tahu siapa pemanggil, masih mahu tanya. Betulah punya soalan? Soalan perangkap sebenarnya, manalah tahu Hanna akan berkongsi apa yang ada didalam fikirannya.

“Mak…” jawab sepatah Hanna, namun tidak mahu dia memanjangkan cerita. Dia tahu Sarah memang sedang menunggu untuk mengetahui apa yang sedang berlegar didalam fikiran Hanna. Tetapi sorry Sarah, this one is confidential, but you will know it sooner or later kerana Hanna ingin diberi sedikit masa lagi untuk memberi jawapan sama hendak teruskan atau tidak rancangan mereka. Kenapa ek! Tiba-tiba hati Hanna boleh berubah begitu? Kerana jarak jauh yang memisah merekakah? Kerana ingin menghabiskan pengajian mereka dulukah? Kerana Hanna sudah tawar hati untuk menerima Zaid sebagai suaminyakah? Atau kerana sudah ada insan lain yang perlahan-lahan mencuri hatinya. Yang mana satu? Soalan yang hanya Hanna ada jawapannya.

 

 

1 comment:

Rose Ezadora said...

Saya memang sudah tidak ada idea lagi hendak coretkan cerita ni.. tu yang lama terhenti..manalah tahu, tiba-tiba idea muncul(dengan penuh harapan)