Bab 8
Hanna berlari-lari anak, kearah
lelaki penyelamatnya, siapa lagi jika bukan si lelaki Indon yang bernama Adi
Irwan Kesuma. Kira jejaka ini, hero buat Hanna. Tidaklah seperti Hero orang
puteh, knight with shining armor. Hanya sekadar Hero melayu nusantara sahaja.
“Adi..Adi..tunggu” laungnya. Adi
menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Di lihatnya Hanna yang
berlari-lari anak mendekatinya. Hanna sudah tidak merasa sengan diperhati oleh
orang sekeliling kerana meninggikan suara. Suaranya kuat memanggil nama Adi,
dia tidak perasan. Dia menjadi perhatian orang dengan pandangan yang kurang
sopan. Ahh.. peduli apa, asalkan Adi dengar dia memanggil. Adi hanya tegak
seperti patung batu, menunggu Hanna dan kemudiannya berjalan seiring.
“Hey… terima kasih, you have made my
day, Hanna boleh buat write up more than I expected…nasib tak kena free
lecture, Prof.” kata Hanna tercungap-cungap. Adi hanya diam mendengar sehigga
Hanna habis berbicara.
“Iya?.. bagusla..itu sahaja yang saya
mampu bantu Hanna..” kata Adi.
“Oh.. sudah kenalnya si Melly”
sambung Adi lagi.
“Ya..ya.. Hanna dah kenal.. .Pacar
ya..” pandai Hanna berlakun, mana dia kenal. Namapun tidak ditanya,
pandai-pandai sahaja memberitahu Adi yang dia sudah kenal. Sepatutnya bukan dia
kenal, tetapi dia jumpa dan terlupa bertanyakan nama untuk berkenalan. Tetapi
Adi sudahpun beritahu nama si perempuan ranggi itu… selamat. Nasib baik. Melly..
mudah diingat, seperti nama penyanyi Indonesia, Melly Geoslow. Apa ke nama lagu
dia yang indah liriknya tu.. lagu Jika. Apa ajelah Hanna memikirkan kesah lagu
Indon pula.
“Ehh.. kamu Hanna, mana mungkin dia
pacar saya. Dia cousin saya..” pantas Adi menjawab, apabila Hanna serkap
jarang, bertanyakan sama ada si Melly itu pacarnya. Tak nampak mereka itu
seperti sepupu. Jauh berbeza. Sepupu disebelah ibu atau ayah si Adi.
Kepetrampilan Adi memang gaya seperti lelaki asia, typical Asian man. Tapi si
ranggi Melly, sudah seperti orang caucasian sahaja. Mulut Hanna sudah gatal
sahaja hendak bertanya. Yang sebok hendak tahu salasilah si ranggi Melly tu
hendak buat apa? Hati Hanna hendak tahu juga, walaupun bukan memberi apa-apa
faedahpun. Tak kesahlah talian persaudaraan diantara Melly dan Adi dari sebelah
ibu atau disebalah bapa Adi. Apa yang menjadi masalahnya!.
“Iya ke Melly is your cousin.. Hanna
tak percayalah?” kata Hanna, cuba menyungkil info yang lebih jelas, agar dia
faham betul-betul, baru dia boleh percaya yang mereka adalah sepupu.
“Iya benar, Melly is my cousin. Ha..
saya tahu, kenapa Hanna tidak percaya. Kerna Melly nampak seperti orang barat
begitu!..” tepat sangkaan Adi, seperti dia boleh membaca apa yang sedang
difikirkan oleh Hanna.
“Hanna mahu tahu?..” tanya Adi. Laju
sahaja anggukan Hanna, sudah tidak sabar-sabar ingin mengetahui. Tak perlu
serkap serkap lagi, Adi sudi memberinya penjelasan.
“Kerna, ibunya orang Swiss. Paman
saya menikahi ibu Melly. Melly tinggal disini, di Fribourg” jelas Adi. Hanna
terdiam, begitu rupanya cerita Adi. Saudara dari sebelah bapa, nampaknya. Dia
ada bapa saudara di sini rupanya. Ialah Fribourg agak jauh dari Zurich, Fribourg
terletak sudah hampir disempadan negara German.
“Saya ke Titlis bersama cousin saya
yang lain, abangnya si Melly dan teman-teman..” sudah panjang lebar pula cerita
si Adi. Soalan yang perlu jawapan sudah terjawab. Mendapat pula infomasi yang tidak
ada didalam soalan. Disebabkan Hanna yang bertanya, terpaksa dengar sahaja apa
yang hendak diceritakan oleh Adi sebagai information percuma. Dengan harapan
tidak ada soalan lain lagi mengenai Melly yang akan menyusul. Akibatnya, Hanna
hanya menjadi burung belatuk, terangguk-angguk.
Cerita punya cerita mereka sampai di
dewan kuliah. Hanna tarik nafas apabila melihat Professor melintas memasuki
dewan. Dia lega, kerana assignmentnya selesai. Folder biru yang sudah lama
tersadai diatas meja di ketuknya perlahan dengan hujung jari. Bangga dapat
siapkan dalam satu hari. Thanks to abang
Indon. Terlepas seksa mental, tidak dapat dibayangkan jika dia tidak dapat
menyudahkan assignmentnya semalam. Tentu sekarang dia berada dihadapan
Professor, menadah telinga mendengar lecture yang tidak ada didalam syllabus.
***
“Macamana tadi?” tanya Sarah. Hanna
hanya angkat tangan menunjukkan ibu jari, tanda bagus, tersengeh sahaja.
“Sukalah tu!” bersuara lagi Sarah.
“Suka apa?”
“Suka sebab input dari Adi yang jadi
penyelamat kau tulah!..”
“Tahupun..tahu tak apa” jawab Hanna.
“Dah! Tak payah cerita pasal tu
lagi, kita singgah Migros, fikir apa nak beli untuk malam ni..” sambung Hanna
lagi.
“Aku nak beli susu, susu dah
nak habis..” kata Sarah
“Hemm..akupun” jawab Hanna pendek.
“Kita kena beli…jap-jap..” Hanna
tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana dia terdengar bunyi telefonnya berbunyi
didalam beg kecil yang diselepangnya.
Kerana dia berhenti, Sarah juga
turut berhenti. Hanna berhenti untuk menjawab telefon kerana ianya panggilan
dari tanah air. Tentunya ada perkara penting yang hendak disampaikan. Jika tidak, takkan emak
menalifonnya.
Salam diberi sebalik sahaja ditelek
skrin telefon dan dia tahu siapa pemanggilnya.
“Kenapa mak?”
“Ya..ya.. Hanna tahu.. abang Zaid
ada beritahu hari tu..” kemudian lama Hanna diam, hanya mendengar apa yang
diberitahu oleh sipemanggil di hujung talian. Hanya perkataan “Ya” sahaja yang
terdengar berulang-ulang.
Sarah mencuri dengar perbualan teman
serumahya, yang dia tahu panggilan adalah dari Malaysia sipemanggil adalah emak
Hanna.
“Ialah, nanti Hanna beritahu.
Ya..ya.. Hanna bincang dengan abang Zaid. Emak tak tidur lagi ke? Dah pukul 12
lebih dah ni kat sana kan?” Hanna cuba mengaleh tajuk agaknya, atau mungkin
hendak memendekkan perbualan.
“Assalamulaikum..” tahu-tahu Hanna
sudah menamatkan perbualan.
“Siapa call?” tanya Sarah, sedangkan
dia sudah tahu siapa pemanggil, masih mahu tanya. Betulah punya soalan? Soalan
perangkap sebenarnya, manalah tahu Hanna akan berkongsi apa yang ada didalam
fikirannya.
“Mak…” jawab sepatah Hanna, namun
tidak mahu dia memanjangkan cerita. Dia tahu Sarah memang sedang menunggu untuk
mengetahui apa yang sedang berlegar didalam fikiran Hanna. Tetapi sorry Sarah, this
one is confidential, but you will know it sooner or later kerana Hanna ingin
diberi sedikit masa lagi untuk memberi jawapan sama hendak teruskan atau tidak
rancangan mereka. Kenapa ek! Tiba-tiba hati Hanna boleh berubah begitu? Kerana
jarak jauh yang memisah merekakah? Kerana ingin menghabiskan pengajian mereka dulukah?
Kerana Hanna sudah tawar hati untuk menerima Zaid sebagai suaminyakah? Atau
kerana sudah ada insan lain yang perlahan-lahan mencuri hatinya. Yang mana
satu? Soalan yang hanya Hanna ada jawapannya.
1 comment:
Saya memang sudah tidak ada idea lagi hendak coretkan cerita ni.. tu yang lama terhenti..manalah tahu, tiba-tiba idea muncul(dengan penuh harapan)
Post a Comment