Saturday 1 February 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 12

Bab 12

 “Apa yang beriya sangat nak pakai lawa-lawa. Pakai biasa-biasa aje sudahlah. Bukannya nak jumpa VVIP manapun. Nak jumpa budak Marsila tu aje!” tegur Johan kepada Didi yang tidak sudah-sudah menelek dirinya didepan cermin. Kejap tangan memegang blause, kejap memegang tudung, nak matching matching konon. Tersengeh sahaja apabila diperli suami. Johan sudah siap berpakaian. Hanya menunggu Didi yang tidak siap-siap.

“Bang.. bukan soal nak jumpa budak tu yang menjadi masalah Didi sekarang ni. Nak jumpa baby kita tu yang utama. I want to look good untuk pertemuan pertama ni bang..” jawab Didi.
"Bukannya baby tu nampak.. kan dia masih dalaam perut.." kata Johan.
"Siapa kata tak nampak.. instinct, naluri seorang ibu boleh rasalah bang.." jawab Didi.
"Ialah tu sayang punya instinct, dah bersiap cepat.. nanti lambat pulak kita.. kesihan dia orang tunggu.." Johan berlalu meninggalkan Didi  dan hanya menunggu Didi didalam kereta. Johan tahu, jika dilayan berbual lagi lama Didi akan bersiap.  

Bersemangat betul dia untuk pertemuan pertama. Seminggu sudah temu janji diatur oleh Johan dan Tracy. Hujung minggu yang cantik, tidak berapa panas seakan turut gembira bersama kegembiraan Didi. Keriangan yang tidak dapat diucap dengan perkataan. Terserlah dimukanya. Johan juga turut gembira dengan persetujuan Didi yang memang sudah dia jangka. Akibatnya, penat dia menjawab soalan dari Didi hampir setiap malam dengan soalan yang sama. “Bila boleh jumpa emak baby”. Nasib baik Tracy tidak sebok dan kena pula Marsila turut dibenarkan oleh rumah perlindungan untuk keluar mengikut Tracy, bertujuan untuk bertemu dengan bakal keluarga angkat kepada anak yang masih didalam perutnya.

Pertemuaan pertama yang memang tidak mengecewakan. Marsila menyambut baik bakal ibu kepada anaknya. Mengenai bapa angkat anaknya, Marsila tidak mempunyai masalah, mereka sudah beberapa kali bertemu. Marsila tersenyum, dapat membaca apa yang tersurat dan tersirat didalam hati perempuan yang bakal menjadi ibu kepada anaknya. Dia seorang perempuan yang baik. Nampak gayanya, dia mampu mendidik anaknya dengan baik juga, insyallah. Syukur alhamdullillah sahaja yang dapat diucapkan oleh Marsila dengan percaturan hidupnya. Dia tidak perlu ragu atau sangsi. Dia yakin Dr. Johan dan kak Didi memang layak untuk memelihara dan membesarkan anaknya.

Dari pertemuan pertama ini, segala perancangan diatur. Sumbangan persediaan untuk bersalin juga dibincangkan. Hanya kurang dari 4 bulan untuk bayi yang didalam perut Marsila dijangka akan melihat dunia. 4 bulan, bukannya panjang. Pejam celik, pejam celik.. tibalah waktu itu. Didi pula yang resah gelisah, macam dia pula yang bakal menghadapi saat untuk melahirkan.

 

“Baik rupanya budak Marsila tu ye bang? Kesian saya bila dengar cerita dia..”  kata Didi kepada Johan didalam kereta. Didi lega, teryata suaminya tidak bermain kayu tiga seperti disangka. Tracy memang tidak ada hubungan intim, malah dia yang membantu. Membantu menemukan Johan dengan Marsila dan seterusnya membantu mengatur urusan anak angkat apabila Marsila bersalin kelak, kerana dia mempunyai beberapa kenalan untuk menguruskan hal itu.

Sejak dari pertemuan pertama, Didi akan berusaha untuk mengikut Marsila membuat pemeriksaan bulanan. Dari bulan ke bulan sehingga tiba hari yang ditunggu. Marsila dijangka melahirkan di hospital kerajaan. Didi menunggu dengan resah dan gelisah, berkongsi pengalaman melalui proses melahirkan.

Dari pemeriksaan ultra sound, bayi yang bakal dilahirkan sudah diketahui jantinanya. Bayi perempuan. Johan juga turut rasa gelisah kerana dia akan memikul tugas sebagai seorang ayah. Berat tanggungjawab itu. Dialah yang bakal mencorakkan hidup anak itu kelak.

 

Sudah dikata, pejam celik pejam celik, maka sampai waktu untuk anak Marsila keluar melihat dunia yang penuh dengan cobaan dan godaan. Bergegas Johan dan Didi ke hospital yang mendaftarkan Marsila. Didi memang sudah mengambil cuti beberapa hari sebelum tarikh kelahiran due. Teruja betul dia hendak menjadi seorang ibu instant.

 

“Dr. Johan and puan, come in and meet your baby girl..” staff nurse sambil terseyum, berdiri di balik daun pintu bilik Marsila. Jururawat ini sudah dimaklumkan mengenai urusan pengambilan bayi, sebagai anak angkat. Tidak mahu pula nanti tersiar berita kehilangan bayi. Sedangkan memang sudah diatur.

Johan dan Didi menapak pantas masuk. Nurse mengangkat dan menghulurkan bayi yang baru beberapa minit selamat melihat dunia ke tangan Didi. Bayi perempuan comel yang sudah dibersihkan. Bayi yang masih merah, masih terpejam matanya, sedang tidur. Nampak seperti kurang selesa berada didunia barunya. Mungkin lebih selesa di dalam perut ibunya. Berbungkus dengan selimut yang Didi kenal, kerana dia yang sakan membeli peralatan bayi. Jika boleh, mahu sahaja diborong semua barangan di toko kanak-kanak.

Kemudian Didi pula menyerahkan bayi yang comel itu kepada Johan. Terserlah kegembiraan yang terpancar dimuka kedua-dua insan.

“Abang iqamatkan” terus sahaja Johan dipenjuru bilik menghadap kiblat dan terus perlahan Johan mendendangkan iqamatnya.

Didi duduk disebelah Marsila.

“Terima kasih Mar, akak dan abang janji akan jaga baby sebaik mungkin. Mar macammana? Sihat?” tanya Didi kepada Marsila yang nampak masih lemah.

“Saya okey kak, saya yang patut ucap terima kasih kepada kakak. Ya, saya tahu kakak dan doctor akan jaga anak saya dengan baik..” katanya kendur.

“Saya sayang dia, tapi saya terpaksa kak. Saya tak mampu untuk pelihara dia. Lagipun saya tak mahu dia sedih jika dia tahu status dia, bila dia besar nanti..” kata Marsila. Air mata sudah mula bergenang dikelopak matanya.

Didi menarik sehelai tissue dan menghulurkan kepada Marsila

“Jangan macam tu Mar. Tak bagus untuk kesihatan Mar. Mar boleh aje jengok baby jika Mar raaa nak jumpa dia. Mar, kami tak ada masalah soal tu” Marsila hanya diam sahaja mendengar yang dia diberi kebenaran untuk menjengok anaknya. Mampukah dia melihat anak sendiri di bawah jagaan orang lain. Rasanya lebih baik sahaja dia terus memutuskan sebarang hubungan diantara dia dan anaknya. Biarkan sahaja kakak Didi dan Dr. Johan sahaja yang uruskan. Yang dia pasti, anaknya berada ditangan orang yang bertanggungjawab untuk membesarkan, memberi pelajaran dan mampu memberi kasih sayang yang secukupnya.

“Marsila cadang nak beri nama apa?” tanya Didi. Terkejut Marsila yang sedang leka memikirkan akan kebahagian anaknya yang bakal diperolehinya.

“Apa kak?”

“Nama baby, apa yang Mar cadang nama baby” ulang Didi

“Akak sama doctor ajelah yang beri nama, itu kan dah jadi anak akak..saya hanya melahirkanya sahaja” jawab Marsila. Didi hanya tersenyum. Memang dia dan Johan sudah menyediakan beberapa nama untuk anak itu. Cuma dia harus juga memberi Marsila sebagai ibu kandung untuk memilih nama yang pasti si ibu menyimpan hasrat untuk menamakan anaknya. Nama sepatutnya diberikan dan dipilih oleh seorang ibu. Namun nampaknya Marsila tidak berhajat berbuat demikian. Semua urusan anaknya diserahkan total kepada Johan dan Didi.

“Ha.. tak apa Mar, nanti akak bincang dengan Johan pasal hal nama tu..”

Muncul semula Johan bersama bayi yang dikendungnya. Johan tidak kekok untuk memegang bayi. Sudah biasa, merawat bayi. Entah beratus bayi yang telah dikendungnya. Cuma bayi yang ini lain perasaannya. Kerana bayi itu adalah anaknya dan akan menjadi tanggungjawabnya sejak dari detik dan ketika ini. Sama ada Johan dan Didi sedar atau tidak, di saat  dan detik inilah permulaan rumahtangganya bergolak, porak peranda.

Istilah anak adalah penyeri rumahtangga. Istilah yang mungkin tidak boleh diguna pakai untuk semua pasangan. Anak memang merupakan rezeki. Rezeki yang ALLAH berikan kepada pasangan yang sudah berkahwin. Kehadiran anak-anak  juga dikatakan pengikat kasih sayang. Tetapi cuba fikirkan, ramai pasangan yang sudah mempunyai anak. Bukan seorang, dua atau mungkin sudah berderet, pasangan ini  juga berpecah belah! Tang mana yang dikatakan anak sebagai pengikat kasih sayang dan penyeri rumah tangga? Mana silapnya. Yang pasti bukan salah anak-anak. Ibu atau bapa? Wallahualam. Mereka hanya akan menyalahkan jodoh dengan jawapan “sudah tidak ada jodoh”. Yang terasa diri terbuang ialah anak-anak. Kasihan anak-anak ini.

Bagaimana pula pasangan yang tidak dikurniakan anak? Adakah mereka tidak bahagia kerana tidak ada anak untuk mengikat kasih sayang mereka? Entah, hanya mereka yang mengalami  pasti akan mengerti dan tahu jawapannya.

Berbalik kepada kesah Didi dan Johan. Kehadiran bayi belum bernama itu merupakan titik permulaan rumahtangga mereka huru hara. Sama sekali ternyata bukan salah kehadiran si kecil yang tidak berdosa. Tidak sama sekali. Semuanya adalah apabila dua orang dewasa yang tersilap mengatur kehidupan mereka. Terleka. Mungkin kerana terlalu ghairah menjadi ibu atau bapa, mereka lupa tanggungjawab masing-masing. Perlahan-lahan meleraikan ikatan yang satu ketika dahulu terikat kemas. Bermulanya episod yang tidak pernah mereka jangkakan akan berlaku.

5 comments:

Unknown said...

tahniah! enghasilan cerita yang baik Boleh di teruskan menjadi sebuah novel.
Tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya..

Rose Ezadora said...

Terima kasih. Saya sedang berusaha untuk perlahan-lahan mencari idea untuk meneruskan coretan ini. Insyaallah. Setakat ini sudah tercoret 18 bab. Saya akan uploadkan sikit-sikit.

Farahana Razali said...

Bila ada sambungan bab 13 ? Tak sabar nak tau apa yang terjadi selepas ni

Rose Ezadora said...

Cik Farahana, Nanti saya uploadkan ya? Insyallah dalam minggu ni, tengah touch up sikit, sapu bedak sana sini, nak bagi cantik sikit..he..he..he. Harap next entry tidak akan menghampakan pembaca.

Rose Ezadora said...

Sementara tu, jemputlah baca entry cerita yang lain. Manalah tahu, boleh comment sikit. Bukan bangus manapun, banyak kurang asam garamnya!