Bab 11
Didalam kereta, Didi sudah memikirkan berkajang-kajang
senarai soalan yang perlukan penjelasan. Didi berdoa agar dia akan mendapat
jawapan yang tidak membuat dirinya pengsan.
“Soalan mengenai Tracy, dia tidak
bimbang sangat kerana Johan telah menjelaskan, strictly business. Yang
perempuan muda tu yang jadi masalah utama, mengandung pulak tu? Si perempuan
isteri baru Johankah? Johan kahwin lain tanpa pengetahuan dirinya dan keluarga?
“ bisik hati kecil Didi. Cuba menjawab kepada beberapa soalan yang dia
senaraikan. Sedangkan jawapan yang sebenar, ada ditangan Johan.
Perjalanan pulang yang pendek, rasanya
tersangat jauh. Bagaikan dia memandu pulang kekampung. Masa beredar lambat,
bagaikan waktu beku seketika.
Sampai dirumah Didi bermalas-malas. Mood
hendak memasak seperti selalu hilang di curi si burung garuda. Gara-gara
pertemuan yang tidak disangka. Makan disediakan, pakaian disediakan, kasih
sayang disediakan.. apa lagi yang tidak disediakan, semua sudah. Masih lagi
Johan tidak berpuas hati. Masih memasang spare tyre diluar. Apa sebenarnya yang
dicari didalam sebuah perkongsian rumahtangga. Atau Johan sudah jemu, dan dia
inginkan yang lain. Atau soal anak, atau soal ego lelaki, atau soal.. entah
soal apa yang sudah tidak terfikir oleh otak Didi yang berkecamuk. Atau, atau
atau atau..Dalam pengelamun sendirian didalam bilik, Didi terdengar deruman
kereta Johan sudah didepan porch. Hilang semua andaian yang sedang
difikirkannya. Cepat pula baliknya hari ini. Sudah kenyanglah tu. Didi cebek
muka. Cepat-cepat dia mencapai tuala dan masuk kebilik air. Bagus juga dia
beruduk, bersolat. Selepas bersolat baru dia berhajat untuk bertanyakan soalan.
Sekurang-kurangnya hatinya yang membara, sejuk. sedikit.
Sebaik sahaja Didi keluar dari bilik
air, dilihatnya Johan sedang duduk di sofa dengan lengan kemeja yang sudah
dilipat kepangkal siku. Satu lagi kemusykilan. Kenapa pula bersengseng lengan?
Namun Didi buat tidak endah dan meneruskan niatnya bersolat maghrib. Johan juga
hanya berdiam dan memerhati Didi menebar sejadah dan menyarung telekung.
“Tak hendak abang imamkan ke?” tiba-tiba
Johan bersuara apabila menyedari Didi tidak menegurnya.
“Kalauu nak berimam, tunggu abang
kejap..” katanya kendur, walaupun tidak mendapat apa-apa jawapan dari Didi.
“Okey.. tunggu..” arah Johan dan terus
dia bingkas mencapai tuala dan hilang ke dalam bilik air. Didi hanya berdiam.
Memandangkan sisuami sudah mengarahnya menunggu, dia akur dan hanya membaca
ayat-ayat lazim didalam alquran kecil ditangan. Setakat ini Didi masih boleh
mengawal perasaan ingin tahunya, sekali gus perasaan marahnya. Tidak sampai lima
minit, Johan keluar dari bilik air dengan tuala dipinggang dan rambut yang
basah. Bertambah lembut lagi hati Didi apabila melihat suami yang jernih air
mukanya. Namun Didi hanya memandang dengan terkumat kamit membaca ayat-ayat
suci al-quran. Bukan dia tidak biasa dengan pemandangan begitu. Sudah lebih
dari 5 tahun, lelaki itulah yang dihadapnya. Jangan cepat terpedaya dengan
wajah tenang Johan. Jawapan kepada soalan yang belum diluahkan pasti diraih.
Alhamdulillah sempurna solat maghrib,
walaupun hati Didi masih bengkak dengan pertemuan siangnya. Telekung disangkut,
Johan yang berkain pelikat berlunjur diatas katil.
“Apa dinner kita malam ni..” tanya
Johan. Tanpa dia sedar, Didi sedang mengisytiharkan mogok, dia mogok dari memasak.
“Ayam kampung goreng..” jawab Didi
bersahaja.
“Yak ke? Didi beli ke masak?” soalan
dari sisuami yang tidak mengetahui si isteri hanya memerli.
“Takkan tak kenyang makan ayam kampung goreng siang tadi?” jawab Didi
agak lantang.
Johan terdiam. Dia mengerutkan mukanya.
Mungkin menyoal dirinya sendiri, di mana pula, Didi tahu yang dia makan ayam
kampung goreng siang tadi.
“Mana Didi tahu.?.” soalnya dengan
harapan mendapat penjelasan sekali gus untuk menjawab soalan difikirannya.
“Siap dua orang perempuan lagi teman
abang..” jawapan yang tidak membantu langsung yang Johan terima.
“Biar betul? Mana Didi tahu?” Johan
mengulangi soalannya yang tidak berjawab.
“Perlu ke abang tahu dari mana Didi
tahu?” soalan yang menjawab kepada soalan Johan.
“Ha ah.. abang makan lunch dengan Tracy
dan budak Marsila..” jawab Johan. Terjawab satu persoalan yang Didi senaraikan.
Johan bercakap benar, tang makan lunch dengan kedua perempuan itu.
“La.. bukannya Didi tak kenal? Tracy
sama Marsila” Jawab Johan spontan.
Memang Didi kenal Tracy. Yang Marsila tu
datang dari mana pulak?
“Memanglah Didi kenal si Tracy tu.. tapi
yang sorang lagi tu.. mengandung pulak tu?” soal Didi seakan merajuk.
Tiba-tiba Johan tunduk. Teringat dia
akan kata-kata Ilham beberapa minggu yang lalu agar memberitahu Didi apa yang
sedang dilakukannya. Sebelum Didi terkejut mengetahuinya kemudian. Silap-silap
Didi marah, kerana Johan merahsiakannya.
Kini Johan kurang pasti, sama ada Didi
terkejut atau marah. Johan mendekati Didi yang duduk dimeja solek sambil
menyikat rambut dan terus rambutnya diikat kuda.
“Oh…pasal tu yang abang nampak macam
mogok aje tadi tu..”
“Sayang.. abang nak Didi dengar
baik-baik..” kendur sahaja suara Johan. Johan menarih bahu Didi agar Didi memandang
kearahnya, bukan kearah cermin. Perlahan Didi berpaling kearah Johan.
“Abang sebenarnya ada hal nak cerita… bertangguh-tangguh sampai
sekarang. Tak tahu nak cerita yang mana dulu. Tak tahu nak mula…tapi abang
harap Didi setuju…” sambung Johan.
“Apakehalnya pulak tiba-tiba nak Didi
setuju?” keras sahaja nada suara Didi
“Cuba Didi dengar dulu apa abang nak
cerita ni..” lembut sahaja bicara Johan.
Bila melihat Johan berlembut, Didi hanya
mampu menarik nafas yang panjang. Bersedia mendengar. Jantung berirama laju,
berdebar-debar. Baik atau buruknya ayat-ayat yang bakal didengarnya dia akan
terima. Soalnya Johan memaksa dirinya bersetuju. Bersetuju apa? Walaupun dia
belum lagi bersedia untuk menjadi janda, jauh sekali untuk bermadu. Di dalam
hati berdoa, biarlah berita itu dia mampu mendengarnya dengan hati yang terbuka.
“Kan dulu abang dah inform Tracy is
strickly business. Memang betul sebab budak Tracy tu pembekal ubat. Klinik
abang memang ambil ubat dari syarikat dia. Dia banyak deal dengan klinik dan
jugak rumah-rumah pemulihan” Johan mula bercerita. Didi hanya diam tidak
berkutek mendengarnya. Tidak mahu tertinggal satu perkataanpun dari mulut Johan.
“Didi dengar tak apa abang nak cakap
ni..” soal Johan, apabila Didi hanya mendiamkan diri, terkebil-kebil.
“Marsila tu budak Sarawak jugak, tu yang
Tracy nak bantu. Dia diselamatkan dari tempat tempat dia kerja. Dia kena tipu
agent cari pekerjaan. Kata beri kerja, susah payah dia datang dari Sarawak. Rupanya
kerja GRO, tu yang sampai termengandung tu”
“Sayang.. abang..hemm.. abang patutnya bincang dan cerita perkara ni
lama dah dulu. Tapi abang tak tahu sama ada cadangan abang ini betul ke tidak.
Tu yang abang hold on, sampai abang betul-betul yakin apa yang abang buat ni
betul dan beritahu sayang” terhenti seketika Johan dari bercerita apabila di
lihat mata Didi sudah bergenang air mata. Baru Didi mengerti, baik rupanya niat
suaminya. Ingin membantu perempuan yang teraniaya.
“Didi dah sedia ke nak dengar apa yang
abang nak cakap ni? I really need your approval for this, please?” sambung
Johan. Tang soalan ini buat Didi sedih. Didi sudah mula sebak. Nampaknya memang
dia yakin, Johan mahu berpoligami dan dia memerlukan persetujuan Didi.
“Ya ALLAH, berilah aku kekuatan untuk
aku mendengar butir-butir kata suamiku selanjutnya” doa Didi didalam hatinya
yang sudah hancur.
“Didi, abang cadang nak adopt baby tu,
sayang setuju tak?” sambung Johan terketar-ketar di hujung ayatnya.
Takut Didi melenting. Jangan sangka Didi
berdiam diri yang dia tidak memberontak.
Tiba-tiba Didi menarik nafas lega. Sudah
terjawab, dia tidak menjadi janda dan tidak juga dimadukan. Dia sudah mampu
tersenyum. Air mata hanya bertakung, tidak jadi mengalir. Wajah Didi serta
merta berubah…lega.
“Kenapa abang nak beritahu awal-awal?
Kahwin ini kena base on trust dan kesefahaman. Jangan buat Didi macam tunggul.
Keputusan abang buat sorang-sorang. Didi tahulah suami ada hak mutlak, tapi at
least informlah Didi apa yang abang rancang. Apa yang abang fikir. Apa yang
abang cadang nak buat…” akhirnya Didi bersuara dengan suara yang sudah berbunyi
lain.. serak-serak kerana menahan hendak menangis tidak jadi.
Dia sebak. Sebak kerana terharu
mendengar yang Johan sedang berurusan untuk mengambil bayi yang bakal lahir.
Juga sebak yang dia tidak menjadi janda dan tidak dimadukan.
Johan meminta Didi berdiri lalu dipeluk
dan disembabkan muka Didi didadanya yang tidak berbaju.
“Abang minta maaf, kalau cadangan abang
ni buat Didi sedih, atau Didi tak setuju. Abang tahu, salah abang..” perlahan
sahaja bunyi suara Johan, menyesal kerana lambat berbincang mengenai perkara
itu dengan Didi.
“Tak..Didi tak kata Didi tak setuju,
Cuma Didi tak puas hati abang sorok rancangan abang dari Didi kenapa?”
“Perkara besar ni bang..bukan perkara
kecil. Nak menambah ahli keluarga?”
“Ya, abang tahu. Memangpun asalnya abang
nak beritahu dan bincang dengan Didi. Tapi bila sejak akhir-akhir ni abang
tengok Didi layan abang extra lebih, abang macam nak batalkan aje rancangan
abang tu. Sebab abang happy dengan keadaan kita sekarang” akhirnya Johan
berterus terang kenapa dia bertindakan sedemikian.
Didi masih mampu tersenyum, walaupun air
mata sudah merembes. Johan perasan rupanya yang dia memberi layanan extra
special sejak akhir-akhir ini. Tetapi cadangan kehadiran ahli keluarga baru juga satu cadangan yang baik. Didi sudah
bersedia menjadi seorang ibu, walaupun hanya sebagai ibu instant.
Didi mendongak kewajah Johan.
“Abang, Didi tak kesah dengan rancangan
abang ambil anak budak perempuan tu. Tapi at least informlah Didi hal ini. Sekurang-kurangnya
kita boleh lawat budak tu tiap bulan sampai bersalin. Yang abang sorok tu
kenapa.?” Didi menyoal Johan.
Jika difikirkan, betul juga cadangan Didi.
Nampaknya Johan sedang memikirkan untuk membatalkan niatnya untuk mengambil
anak angkat kerana dia sudah seronok dengan keadaan yang sedia ada, terpaksa
dia batalkan. Didi sudah memberi jawapan bersetuju. Lalu diketatkan pelukan dipinggang Didi. Sudah salah sendiri,
menyembunyikan rancangannya, hendak kata apa? Mengaku sahajalah!
“Dah tu, abang yang salah.. sorok
perkara ini dari Didi.. abang minta maaf” kata Johan.
“So! Apa dinner kita malam ni? Betul ke ayam
kampung goreng..?” sambil tangan Johan menyika air mata Didi dan mengucup
rambutnya. Masih sempat lagi menagih ayam kampung goreng. Tidak puaskah makan
diwaktu tengahari?
“Tak.. Didi mogok masak malam ni, sebab
abang tak berterus terang dengan Didi..”
“La… pulak?”
“Lepas Isyak kita makan luar aje..kita
celebrate kehadiran orang baru dalam hidup kita, insyaallah....setuju?” bicara
Johan lagi. Bertujuan memujuk Didi.
“Didi pilih, kita nak makan kat mana?”
“Betul ni..”
“Betullah.., cepat pilih. Tawaran
terhad. Nanti abang tarik balik, kita kena makan telur masak kicap aje nanti..Gerai
Dr.. Johan” kata Johan bergurau, terutama mendengar suara Didi yang sudah tidak
merajuk lagi. Itu yang membuat Johan bertambah sayang kepada perempuan yang
didalam pelukannnya. Dia tidak cepat melenting, tidak cepat marah, tidak suka
meninggikan suara, cuma cepat merajuk. Tetapi senang dipujuk. Johan geleng
kepala sambil tersenyum. Bagaimanalah agaknya nanti dia terpaksa memujuk dua
orang dalam hidupnya. Boss besar dan boss kecil.
“Okey-okey.. sebab abang sebut telur,
Didi pilih Gerai Mak Limah aje, sebab kat sana ada masak lemak telur itek..”
jawab Didi. Membuat Johan tersenyum.
Seperti tahu-tahu sahaja seleranya. Memangpun
dia teringin masak lemak cili api telur itek. Terbayang sudah, gulai lemak
telur itek didalam pinggan, harap-harap lauk itu masih ada lagi!.
No comments:
Post a Comment