“Dah siap” terkejut Atirah mendengar
suara Didi yang tiba-tiba muncul didepan pintu. Tirah yang masih leka mengadap
computer tidak perasan kehadiran Didi yang berdiri, siap dengan beg berselepang
di pinggang. Kemana pulak makcik ni hendak pergi. Berkerut mukanya memandang
Didi yang nampak hairan dengan memek muka Tirah.
Tirah menepuk dahi. “Sorry.. sorry,
terlupa.. sebok updating benda ini…” sambil menolak beberapa helai kertas,
hanya dia yang faham. Kemudian mata melihat jam tangan dilengan.
“Dah lunch time ke?” tanya Tirah.
“Belum, lagi 10 minit..” jawab Didi
selamba.
“Habis tu? Boleh ke kita keluar awal?
Nanti nampak staff yang lain, apa pulak kata mereka?, kita kena beri contoh
teladan yang baik?” soal Tirah.
“Dah lah tu Tirah, bukannya kita selalu
buat kerja ni.. sesekali aje kut..sejak bila pulak dah nak ikut waktu.. Perh..”
jawab Didi, tanpa rasa bersalah. Sudah tidak sabar untuk ke Puchong. Dia pasti
Anne sudah menunggu mereka.
“Eh.. cepatlah siap?, nanti kena nak
redah jem kat Tesco tu…bukan kau tak tahu!.” pujuk Didi.
“Ialah..” bentak Atirah.
“Kereta siapa? Kereta kau ke kereta
aku?” tanyanya lagi.
“Kereta aku..” jawab Didi. Berjalan
keluar tanpa menunggu Atirah. Didi tahu Tirah ada dibelakangnya.
Seperti dijangka jalan sedikit sesak.
Namun masih bergerak, tidaklah seteruk mana. Sesampai di
Resaurant Tuan Faridah, pakir sudah
penuh. Dua kali Didi berpusing mencari tempat yang sesuai, akhirnya berjumpa. Tak
kesah terpaksa berjalan sedikit dan melangkah parit kecil, tetapi dibawah
teduhan pokok. Ayam goreng yang ranggup
menari-mari didepan mata. Setelah memastikan kereta berkunci, mereka berjalan
menuju ke Restaurant. Didi mengelingas mencari Anne. Kemudian tertancap matanya
ke hujung seat diluar restaurant, Anne melambai-lambai. Didi mencuit bahu Tirah
yang masih mencari-cari.
“Tu ah dia, si Anne” sambil menunding
jari kearah Anne yang sedang berdiri, tersengeh dengan tudung purplenya. Garang
betul warna tudung si adik.
“Apa khabar Anne” tegur Tirah.
“Baik kak..” jawab Tirah.
Semuanya duduk dan bersedia untuk
membuat pesanan. Mudah sahaja. Sudah kata hendak makan ayam kampung kan? Jadi
makan ayam kampung gorenglah jawabnya. Hendak portion mana? Suku, setengah atau
satu ekor? Semua sudah terbayang, suku portion ayam kampung goreng
yang merah keemasan di atas pinggan mereka. Suku bahaigan sahaja. Itu belum
campur lauk pauk dan sayur yang beranika pilihan. Nasib baik perut hanya ada
satu. Jika ada empat seperti lembu, mahu semuanya dipulun. Itulah pasal rakyat
Malaysia ramai yang obess. Satu factor penyumbang obisiti ialah tidak memilih
makanan, main bedal sahaja. Mana tidaknya? Semuaya sedap-sedap,. Tidak dapat
ditolak, tempting.
“Didi, aku rasa kat sana tu macam Johan..” bisik Atirah perlahan ditelinga
Didi, pandangan matanya masih menghala kearah yang dikatakan.
“Position arah jam pukul 10” katanya
lagi.
“Jangan toleh lagi, 30 saat, baru kau
toleh” Didi hanya membulatkan matanya. Jantung Didi dup dap dup dap berdegup.
“Apahal Johan ada kat sini, sudah diluar
kawasannya. Lunch sampai jauh begini” bisik hati kecil Didi. Selepas 30 saat
Didi menoleh.
Sah, itu Johan. Cepat-cepat Didi mengalihkan pandangannya
semula kearah Tirah. Merah padam. Kemudian berbisik kepada Anne yang baru hendak
memulakan suapan.
“Anne
abang..”
’Ah apa kak?” tanyanya dengan mulut
berisi makanan yang baru disuapkan.
“Abang.. abang ada kat hujung sama, arah
jam pukul 10” kata Didi.
Cepat-cepat Anne menoleh. Dikecilkan
matanya untuk memastikan insan dihujung restaurant itu ialah abangnya. Dia juga
pasti itu abangnya. Dengan dua orang perempuan. Seorang perempuan cantik dan
kurus, dan seorang lagi muda dan mengandung. Ya, mengandung! Dia tidak kenal
siapa perempuan-perempuan itu.
“Abang dengan siapa tu kak?akak kenal?”
tanya Didi
“Perempuan tu yang aku selalu nampak Joe
keluar? Perempuan yang mengandung tu aku tak pernah tengok. Ini first time”
kata Tirah
“Yang kurus lampai tulah Tracy..” jawab
Didi sedikit ketar. Dilindunginya keresahan konon hendak berlagak cool.
“Makan dulu kak, patient abang agaknya
tu..” kata Anne ingin menyiram air difikiran kakaknya.
“Agaknya..” perlahan sahaja jawab Didi.
Ayam yang masih panas didalam pinggan
rasanya kini sudah menjadi sejuk beku. Jika dimakanpun sudah rasa hambar.
“Kakkk.. akak makan, abang dengan
patient aje tu.. janganlah akak risau. Nanti Anne selidik perlahan-lahan..,
tapi Anne berat katakan itu parient. Anne kenal abang, dia suami yang baik.”
Pujuk Anne apabila melihat, Didi hanya perlahan menyuap makanan yang terasa
berpasir sahaja untuk dia telan. Tirah mengurut perlahan lengan Didi. Sekurang-kurangnya
dengan sentuhan itu dapat meredakan hati yang sedikit tercalar. Perut yang
tadinya lapar, serta merta menjadi kenyang. Keyang oleh pertemuan yang tidak
dia duga. Didalam hati Didi berkata-kata, perlukah dia membuat kejutan dengan
menghampiri mereka, atau dibiarkan sahaja. Kemudian bertanya kepada Johan
apabila dia pulang nanti. Yang mana satu?
Fikir-fikir punya fikir, baik sahaja
bertanya kemudian. Dari situ Didi dapat mengetahui kejujuran suaminya yang
selama ini dia percaya seratus peratus. Wait and see…
“Ya lah Didi, Johan dengan patient tu.
Nanti-nanti kau tanyalah dia. Don’t jump the gun, tak berfaedah” Atirah pula
memujuk Didi. Terkejut Didi dengan teguran Tirah.
Itulah tuhan hendak tunjuk, bolehkan
bertemu dihari yang tidak janjikan…
Dunia ini kecil sahaja sebenarnya, jika
hendak ditemukan di hujung duniapun boleh bertemu inikan pula di Puchong!
Johan..Johan..Nanti kau! sudah tidak sabar
rasanya Didi menunggu petang. Dia sudah tidak sabar meraih jawapan!
“The answer better be good, Darling!”
No comments:
Post a Comment