BAB 4
“Apa kata
Johan?“ tidak menyempat-nyempat duduk, dia sudah bertanya. Soalan umpama sangat
penting. Kedudukan punggungnya dikerusipun belum selesa lagi, sudah terpacul
soalan.
“Kata apa?”
Didi menyoal semula kawannya. Didi buat-buat tidak faham
Mana
tidaknya, solan yang meminta orang yang menjawab berfikir dahulu sebelum
menjawabnya. Sebenarnya Didi tahu Atirah ingin mengetahui sama ada dia sudah
mempunyai jawapan kepada persoalannya kelmarin.
“Betina tu
la..?” soal Atirah dengan nada tinggi.
"Lama abang
dengan special patient abangtu.?” Didi memerli.
“Oooh.. hal
ituuu, Johan kata namanya Tracy, entah Tracy apa entah.. bunyi macam duit..
macam tulah... “ jawab Didi, memandang
kearah kawannya. Mengharap agar jawapan yang diberi cukup terjawab soalannya.
“La.. yang
kau tanya nama perempuan tu buat apa?,
kau tak tanya apa hubungan dia orang tu?”
Atirah geram. Lurus bendul betul kawannya ini. Memanglah dia tahu kawannya
seorang ini memang isteri yang baik. Sampaikan suami curangpun masih percaya
seratus peratus.
Didi
senyum, tidak lengkap rupanya jawapan yang diberi. Ingatkan sudah memadai..
“Business,
kata Johan strickly business...” jawab Didi bersahaja.
“Habis kau
percaya! Didi oi, business apa ke bendanya dengan doctor.. bukannya doctor nak
beli barang..” Atirah mengejek Didi, mudah sangat percaya apa yang diberitahu
Johan.
“Ialah, aku
tahu, tapi aku kena percayakan Johan Tirah, dia hubby aku. Kalau aku tak percayakan
dia, aku kena percayakan siapa?” nada suara Didi sedikit tinggi kepada
kawannya.
“Suka
hatikaulah Didi, aku kawan kau. Kalau terjadi apa-apa, kau tahu mana nak cari
aku.Bukan aku doapun hendak jadi apa-apa. Sumpah aku tak berniatpun nak rumah
tanggu kau berpecah belah. Cuma aku nak ingatkankau sebelum terjadi apa-apa tu aje!“ malas Tirah hendak memberikan pandangannya
lagi kepada Didi.
Cakap apa
pun sudah tak guna, menghabiskan air liur sahaja.
“Terima kasih Tirah, aku tahu kau seorang
kawan yang baik. Buat masa ni aku boleh bertahan lagi. Kalau sampai satu tahap
yang aku tak tahan, memang kau orang pertama yang aku cari untuk bantu aku“
perlahan sahaja suara Didi.
Dia tidak
mahu apa yang sedang difikirnya terjadi kepada dirinya. Nauzubillah.. selisih
malaikat 44.
“Okey..kalau
itu cakap kau, dah, kita lupakan kesah cinta sejati kau tu..“ mata memandang
tepat wajah Didi.
“Mana
report yang kau minta aku tolong tengokkan tadi..” Tanya Atirah.
Segera Didi
mengeluarkan folder biru yang memang elok terletak dihujung meja. Terus di
semak perlahan oleh Atirah. Didi meminta bantuan Atirah untuk menyemak,
memandangkan fikirannya berserabut sehari dua ini, angkara hendak menjadi
private eye, menyintip suaminya.
****
Seminggu
berlalu, saban petang Didi ke klinik Johan, tetapi tidak pernah berselisih
mahupun bertemu perempuan Sarawak itu. Sejak
seminggu jugalah Didi membuat kerja bodoh, membuat spot check, mempertahankan
haknya. Petang nanti dia akan kesana lagi, kali ini awal sedikit. jika dia
bertemu dengan perempuan Sarawak itu, akan diselidiknya. Tidak kesahlah
sesekali menjadi detektif Conan. Hairan juga Didi, sudah tidak ada urusan business
lagikah? Atau memang Johan menyembunyikan sesuatu. Entah-entah perempuan itu
kekasih gelapnya. Sepatutnya tak usah
ditanya soalan yang tidak ada jawapan, tanya dirinya sendiri? Sudah tidak ada
kerja lainkah?
“Puan,
Doktor Johan dengan patient sekarang ni..puan tunggu sekejap ye?” pinta Noni,
penyambut tetamu cum telefon operator cum assistant klinik. Banyak portfolio yang
dipegang olhe si Noni ni. .
Didi hanya
senyum dan mengambil tempat duduk didepan bilik suaminya, tanpa berkata apa-apa.
Tidak mahu mengganggu, suami yang sedang bertugas, nanti nampak ketara pula dia
membuat sport check!. Majalah dibelek. Majalah yang hampir lunyai. Sudah beratus
tangan agaknya yang sudah menyelaknya. Dari lima minit ke sepuluh, membawa ke
20 minit Didi kerut muka. Takkan lama sangat Johan merawat pesakit ini. Istimewa
sangatkah pesakit ini?
“Lama lagi
ke Noni.. patient ni…sakit apa ya?” Tanya Didi kepada Noni.
Noni hanya
tersenyum dan diam. Urusan pesakit dan doctor tidak boleh dihebahkan kepada
sesiapa, patient strictly confidentiality.
“Saya masuk
aje boleh..?” Tanya Didi.
“Jangan
puan, kejap lagi keluarlah tu..” kata Noni menyedapkan hati Didi.
Dia sejak
akhir-akhir ini, cukup cemburu dengan suaminya. Perubahan hormone barangkali.
Umur sudah mencicah 32 tahun. Sudah 30 karat. Yang hairannya hormone cemburu
yang melebih-lebih.
Tersentak
Didi apabila terkuak sahaja pintu bilik Johan. Guest who yang Didi nampak? Yang
keluar ialah perempuan Sarawak itu, bukan main lagi senyum lebarnya. Terliang
liung berjalan dengan bajunya yang ketat dan singkat. Rambut paras bahu,
dilepasnya. Berjalan seperti model memperagakan pakaian yang tidak cukup kain..
Namun tidak dapat dinafikan, perempuan itu memang dalam kategori cantik, jika
lelaki melihat tentu tertoleh-toleh. Jika perempuan seperti Didi pun mengaku
cantik, maka cantiklah perempuan itu.
Didi hanya
memandang perempuan itu beredar. Dia keluar tanpa mengambil ubat. Didi kerut
mukanya, pasti perempuan itu bukan pesakit. Hati yang perlahan-lahan sejuk,
membara semula. Cool Didi, cool.. bisik kepada diri sendiri. Takkan pula hendak
bergaduh sampai bertarik-tarik rambut, tanpa usul periksa.. giler ke apa? Giler
meroyan la tu..
Itulah
lelaki, isteri disuruh bertudung, baju kena longgar. Sudahnya jadi tong dram
bergerak. Tetapi dalam diam, pasang perempuan yang seratus peratus opposite.
Tapi yang dicarinya, perempuan cantik dan pakaian ketat dan terbelah sana,
terbelah sini! Omel Didi dalam hati..Sungguh tak patut.
“Noni..
perempuan tu sakit apa? Saya tak nampakpun dia ambil ubat?” Tanya Didi kepada
Noni. Berubah muka Noni. Isteri majikannya menyoal seperti polis pencen.
Bingung juga dia hendak menjawabnya.
“Puan kena
tanya doctor Johan, saya tak boleh beritahu apa-apa, hal mana-mana pesakit.”
katanya. Jujur sungguh si Noni, pembantu
jururawat suaminya.
Betul juga,
dia hanya menjalan tugas mengikut apa yang tertulis didalam kad setiap kali
diberi kepadanya. Didi kerut muka, hairan. Adakah Noni juga bersekongkol dengan
suaminya! Didi sangsi.
Pintu bilik
Johan ditolak.
“Hello
stranger!” kata Didi, tanpa memberi salam.
Terus Johan
memandang Didi masuk dan berjalan menghalanya. Tersenyum dia, dengan ungkapan
Didi. Difikirannya, apa hal pula isterinya kerap sangat singgah. Dulu-dulu
tidak pula dia begini. Selalu tunggu kepulangannya dirumah sahaja.
“Ahh..
apa?” tanyanya terkejut.
“Special
patient, cik adik manis tadi tu..” ulang Didi.
“Apa pulak
specialnya.. dia patient abang. Dah lama sayang sampai” tanyanya cuba mengalih
topic perbualan.
“Lama
jugak, kalau masak nasi, dah boleh makan dah!” kata Didi, Johan hanya senyum.
Berkias-kias
pula isterinya hari ini.
“Elok juga kalau
nasi dah masak, boleh terus makan. Abangpun dah lapar ni..” kata Johan, menjawab dengan berkias juga. Didi
julingkan matanya ke siling. Orang berkias, dia buat main-main pula.
Ditanggalnya
baju puteh lapisan luar yang dipakainya. Lalu dicapainya beg kulit coklat.
Terus memeluk bahu isterinya.
“Jom
balik.. sebab sayang cerita pasal nasik, tiba-tiba abang rasa lapar pulak..” katanya.
Didi
terdiam.
“Lapar?
Bukankah sudah kenyang mengadap girlfriend Sarawak berjam-jam“ bisik hati kecil
Didi. Mendidih hati Didi apabila mengenangkan siperempuan Sarawak itu.
“Noni.. saya balik dulu, nanti kunci klinik seperti biasa
ya..” Noni hanya
angguk.
Memang
tugasnya membuka dan menutup klinik, tidak perlu diingatkan.
“Since Didi
dah ada kat sini, kereta Didi biar aje kat sini. Naik sama abang, esok aje
ambil dari sini..” arahan dari Johan.
Didi hanya
menurut. Terkedek-kedek Didi mengekorinya, berjalan dengan kasut bertapak
wedges tinggi. Terus lengan Johan diraihnya untuk mengimbangkan ia berjalan
agar lebih stabil. Agaknya itu tujuannya perempuan yang suka bertumit tinggi.
Agar dapat berpaut dengan mana-mana lengan yang sempat dirembat!
Mercedez
hitam dituju. Bunyi berdecit
apabila Johan mematikan alarm kereta. Didi terus duduk disebelah. Teringat Didi
dengan si perempuan Sarawak itu.
“Bang..si
Tracy tu sakit apa?“ soalan perangkap Didi. Belum
sempat tali keledar dipasang, sudah bertanya soalan cupumas.
“Sakit?”
Johan menjawab dengan soalan terkejut. Didi hairan.
“Oh.. ya…
sakit, dia sakit biasa-biasa aje” jawapan spontan dari Johan untuk melindung
perasaan terkejut tadi. Baru perasan agaknya.
“Takkan
lama sangat abang beri rawatan..” soal diktatif Conan disebelah.
“Lama ke? standard la, counseling ambil masa sikit“ jawab Johan
bersahaja.
Didi masih
tidak puas hati dengan jawapan Johan.
“Betul..a..”
belum sempat Didi menghabiskan soalannya, Johan bersuara.
“Malam ni
nak masak apa, abang lapar ni.. kita makan luar aje la“ Johan memotong cakap
Didi. Didi cebek muka.
She smells
something fishy. Didi dapat rasakan Johan merahsiakan sesuatu darinya. Si Tracy
itu misteri. Didi tarik nafas panjang, apabila Johan mengubah tajuk.
“Ahh..
singgah kat gerai dekat rumah kita…, dah dekat dah..” sambung Johan lagi.
Didi
hairan. Sejak bila pula suaminya makan makanan luar. Pernah beberapa kali Didi
mengajukan untuk membeli lauk sahaja di gerai berdekatan sebelum pulang. Banyak
sekali alasan yang diberikan oleh tuan doctor Johan. Masakan dikedai tidak
hygiene, makanan yang dijual sudah tidak ada khasiat kerana penjual membeli bahan
yang murah. Makanan diluar banyak sodium
glutamate. Makanan diluar tidak tahan lama sebab sudah disediakan lebih awal.
Makanan di luar masin, tidak sedap. Sampaikan Johan pernah membuat pengakuan
yang dia hanya makan makanan dari air tangan isterinya dan macam-macam lagi.
Kadang kala itu, dia sanggup memasak sendiri apa yang dia teringin. Tetapi
petang ini membuat Didi merasa hairan bin ajaib. Cik abang disebelah dijeling..
jelingan maut.
“Sejak bila
pulak abang makan makanan luar..” bertalu-talu soalan itu bermain diminta Didi.
Johan memandang isterinya. Apa lagi yang sedang difikirnya.
“Abang
kasihan tengok sayang tu.. dahlah penat kat ofis. Kat rumah kena masak pulak.
Habis tu bila masa nak layan abang..“ jawabnya sengeh.
Kenangan
semalam masih hangat lagi dirasakan, hendak layanan bagaimana pula!
Didi cebek
muka.
“Tak ada
masa hendak layan dia? Sudah buang tabiat ke apa? Hendak layan macamana lagi? Kes
nak bermanja terlebih la ni..agaknya orang lelaki ni lagi berumur lagi
berbe\\perangai seperti anak kecil..“ bisik hati kecil Didi.
“Layanan
apa yang kurang? Rasanya makan minum, pakaian.. semua dijalankan dengan baik
selama 5 tahun bersama.. yang ehemm.. agaknya. Aku sentiasa layan juga!“
berbagai-bagai soalan, satu persatu tersenarai diruang otak Didi.
“Pelik! Dia
beri hint ke apa ni..“ berkerut-kerut muka Didi memikirkan persoalan yang
bermain dimindanya.
“Memang ada
yang tak kena? Pasti! Johan tidak pernah mempersoalkan benda-benda ini sebelum ini“ bisik hati kecil Didi.
Johan hanya
tekun memandu, setiap petang terpaksa mengharung kesebukan lalu lintas,
terutama apabila hendak masuk ke simpang kawasan perumahannya.
“Parking
susah. Didi sorang ajelah yang turun, tolong belikan abang masak lemak telur
itik.. “ bersahaja Johan meminta Didi pergi membeli lauk dikedai.
Johan
memakir betul-betul dihadapan restaurant. Tanpa banyak bicara Didi menurut dan
beredar menuju ke restaurant Mak Limah. Besar tulisan papan tanda “Gerai Mak
Limah“.
Beberapa
minit kemudian dia muncul kembali menjinjit plastik merah ditangan.
“Telur itik
abang ada?“ soalan pertama daripada mulut cik abang.
Apahal
pulak, mengidam telur itik masak lemak ni? Pertanyaan suami dijawab.
“Adaaa“
jawab Didi sepatah.
Terus
sahaja Johan menyambung memandu pulang. Gembira, dapat, apa yang yang
dihajatnya. Malam ini tidak perlu terbatuk-batuk dek kepedasan cili. Pastinya
banyak masa bersama.
No comments:
Post a Comment