Sejuk-sejuk ni, malas hendak keluar, baik duduk dalam bilik.. ha! inilah hasilnya.
BAB 5
BAB 5
“Saayanngg.., kenapa tak tidur lagi ni..”
Johan membuka sebelah matanya perlahan dan dilihatnya, mata Didi masih bulat
merenungnya. Rapat sungguh, nafasnyapun boleh dirasa berlalu mengikut helaan
nafas Didi dimukanya.
“Hemm… tak boleh lelap..” jawab Didi.
Johan sudah tahu, ini kes “Jika dia
tidak boleh tidur, orang lainpun juga tidak dibenarkan tidur..”
Di tariknya Didi supaya lebih dekat
disisinya.
“Kenapa pulakkk..” soal Johan dengan
suaranya yang mamai.
Penat dan mengantuk, banyak pula patient
hari ini, siang tadi sampai hendak kebilik airpun terpaksa ditangguhnya. Sudah
musim buah ni, memang penyakit batuk dan selsema menjadi-jadi. Kena pulak musim
durian diwaktu musim hujan. Yang sipesakitpun satu, bila makan tu tidak ingat
dunia.
Jika kulit durian yang berduri itu boleh dimakan, mahu juga dibaham
mereka. Makan sampai suara menjadi serak akibat panas! Lupakan dahulu kesah
sipemakan durian. Perempuan disebelah yang tidak boleh tidur yang perlu dirawat
dahulu. Omel Johan didalam hatinya.
“Entah!” sepatah pula jawapan Didi.
Jawapan yang biasa diberikan oleh orang yang
memang tak ada soalan sebenarnya..perkataan “Entah”. Juga jawapan selamat,
pasti tidak akan ada soalan lagi.
Lagi ketat Johan memeluk Didi, dengan
harapan isterinya rasa dilindungi. Dia mengantuk, penat diklinik dan penat
macam-macam. Wahai isteri tolonglah faham..
Didalam pelukan Johan, Didi masih
terkebil-kebil. Sebenarnya banyak persoalan yang sedang bermain difikirnya,
sengaja dia menjawab perkataan “entah “ itu. Waktu orang tidur, takkan pula dia
hendak bersoal jawab dengan sisuami. Namun dia tetap menyimpan soalannya agar tidak lupa.
Persoalan pertama, siapakah sebenarnya
perempuan yang bernama Tracy, yang pasti dia bukan pesakit. Tracy ke klinik
suaminya bukan kerana dia memerlukan rawatan tetapi urusan lain. Urusan apalah
agaknya.
Kedua perkataan “layan” yang terkeluar
dari mulut suaminya didalam kereta sewaktu pulang, masih menjadi tajuk utama, penting tu!. Adakah sudah hambar layanannya setelah 5 tahun hidup
bersama? Hemmm.. Didi tidak ada jawapan kepada soalannya sendiri.
Persoalan ketiga, kecil sahaja yang
perlu dijadikan masalah. Tetapi masalah kecil, lagi bahaya kerana ia boleh
menjadi masalah besar jika dibiarkan. Masalahnya sejak bila suaminya sudah
pandai makan luar? Ahemmm makan luar, makan makanan.. bukan makan lain..!! Bagaimana
Johan mengetahui gerai Mak Limah itu ada menyediakan masakan telur itik masak
lemak? Dia kerap kesana ke? Tetapi bila?
Persoalan pertama dan kedua memang perlu
dicari penyelesaiannya, tetapi persoalan ketiga itu..Ahhhh.. biarkan, bagus
juga, memudahkan diri aku, tak perlu susah susah masak. Betul juga cakapnya,
aku ada lebih masa bersamanya. Lagipun di
situ ada lauk kegemaran aku, masak lemak pisang muda…Didi tersenyum memikirkan.
Ciuman mesra singgah dipipi suami.
“Apa lagi niii.. tidur aje lah sayang..” terus sahaja tangan
kasar itu mengetatkan lagi pelukannya. Hisss.. isteri aku malam ni, yang hendak
jadi burung hantu tu kenapa? Johan menguap dan menutup mulutnya. Susah jadinya,
jika tugas burung hantu, berjaga malam sudah diambil alih oleh perempuan
disebelahnya. Johan cuba menyambung semula lenanya, dengan harapan perempuan
didalam pelukannya tidak mengganggu dirinya lagi., cukup-cukuplah tu… sambung aje cerita
untuk esok.
Didi diam membeku. Sudah dua kali
menngganggu lena suaminya. Kali pertama masuk kedalam pelukan, kali kedua
pelukan dieratkan, kali ketiga, sama ada Didi kena marah, atau doctor Johan
beralih tempat di sofa panjang. Disitu pasti tidak ada yang menganggu tidurnya
kerana sofa hanya cukup-cukup untuk dirinya seorang. Sebelum berlaku tindakan yang ketiga, baik
sahaja Didi berpura-pura tidur.
Di dalam hati memasang niat. Dia akan
rungkai misteri itu, satu persatu mengikut caranya, my way kata Frank Sinatra.
Didi tersenyum sendiri.. apa pulak Frank Sinatra yang masuk dalam kepala
otaknya. FRANK SINATRA… Dalam mengira-gira persoalan yang boleh sahaja
difikirkan esok, terlintas nama Mendiang Frank Sinatra. Apa kes! Namun diam
tidak bergerak, tidak berniat hendak menganggu lena suaminya lagi, Tanpa dia
sedar, dia juga terlelap. Terlelap disisi dada suami yang sejak dua menjak ini
menyimpan satu misteri.
***
“Tirah?” Atirah memandang kawannya yang
mengepit folder didada. Hairan Tirah, nada memanggil nama seperti ada sesuatu,
seperti terkejut sahaja. Atirah memandang kiri dan kanan, kut-kutlah dia ingin
memberitahu sesuatu yang Atirah tidak nampak. Namun hampa, tidak ada apa-apapun
yang lainnya. Perjalanan diteruskan ke bilik mesyuarat. Ada mesyuarat bulanan
pagi ini.
“Hemmm.kenapa?” balas Atirah, hairan
dengan nada yang terkejut itu. Ada-ada sahaja Didi ni.
“Kau dengan Zaim okey tak?” tanya Didi, Tirah
kerut mukanya, apa punya soalan?.
Tiba-tiba cuba mencungkil rahsia
rumahtangga orang lain. Sudah tidak ada kerja lainkah?
“Ahh.... apanya..aku dengan Zaim, kami
okey ajelah..kenapa kau?” jawab Tirah, yang sebenarnya dia tidak mengetahui
apakah soalan pokok yang ditanya oleh kawan rapatnya. Soalan tiba-tiba mengorek
hal peribadi orang.
“Tak.. aku nak tanya, Zaim ada complaint
ke atau hint yang dia minta..” tanya Didi, masih persoalan yang
tergantung-gantung.
“Zaim..! hint..! selalunya aku yang beri
dia hint, kalau aku hendak something..” tersengeh Tirah apabila menjawab soalan
yang separa tidak kena itu. Dia hanya menjawab mengikut kefahamannya. HINT.
“Kenapa? Johan ada hint nak beri hadiah
kat kau ke?” kesitu pulak kefahaman Atirah. Pasal hadiah. Memang tajuk yang
menarik bagi seorang yang bernama Atirah. Hadiah..
Didi angguk. Baik sahaja dia berdiam
diri. Takut pula tembelangnya hendak menjadi diktatif conan terbongkar.
“Aku tahu Johan tu romantic giler orangnya..
untung kau..” tersengeh sahaja Atirah. Tumpang gembira dengan BFFnya.
“Dia hint apa this
time?” sambung Atirah, seronok juga mendengar kawannya hendak mendapat hadiah. “Hadiah
untuk apa ek? Birthday? Sudah lepas, Johan sudah belikan Didi jam Tissot. Atirah
pandang ke lengan Didi, bersinar-sinar tali jam tissot, berwarna emas. Anniversary?
Pun sudah berlalu bulan lalu, Atirah
ingat lagi florist delivery hantar bunga untuk Didi bulan lalu. Didi dapat bunga ros merah 9 kuntum tu apa? Bukan Anniversary
mereka. Bukan main lagi 9 kuntum yang bermaksud
Together
as long as we live. Makna 9 kuntum
itupun baru Tirah tahu apabila Tirah menjengok pakcik Google. Jika tidak sampai
sudah Didi dan Atirah tak tahu makna bilangan kuntuman bunga dan jenis bunga
yagn diberi. Yang biasa mereka tahu bilangan 3 yang bermaksud I love you dan bilangan 5 yang
bermaksud I love you very much. Pandai
pula Johan mengambil hati isterinya. Romantik ke tidak tu! Hantar bunga sampai
9 kuntum. Sedangkan 5 kuntum sudah memadai,
Johan tahukah makna 9 kuntum itu, entah-entah dia kena kelentong oleh
sipenjual bunga. Ini mesti kes bermurah hati hendak kayakan florist tu cepat,
atau hendak tolong habiskan bunga bunga yang ada, itu sebab yang terlebih 4
kuntum. Atirah senyum teringatkan berapa romantiknya suami kawannya, ingatkan doctor
hanya ingat ubat, patient dan hospital sahaja.
“Nasib baik aku tidak jadi florist. Jika aku jadi
florist, nampaknya semua bunga di kedai aku kering tidak terjual kerana aku tak
pandai makna-makna bunga. Itu baru kesah ros merah, yang melambangkan cinta
sejati. Belum lagi makna bunga bunga yang lain, seperti bunga kekwa yang
bermaksud kegembiraan. Lavender melambangkan kesetiaan, Daisy bermakna
harapan.. dan esetra, esetra kepada bunga-bunga yang lain. Apa yang aku merepek
ni.. “ tersedar Atirah dari mengelamun pasal bunga pula. Nasib baik Didi
mencuit tangannya apabila terselisih dengan big boss. Cepat-cepat Didi dan
Atirah mengambil tempat didalam bilik mesyuarat. Nak mampus, boss sampai dulu
dari anak buah..
Atirah masih tidak habis lagi dengan persoalan “hint
hadiah” Didi. Didi yang disangkanya akan dapat hadiah, dia pula yang sebok. Didi
yang duduk disebelahnya dipandang serong. Jadi Johan hendak beri Didi hadiah
apa pula ek! Didi yang tidak mengetahui apa yang tersimpan didalam kepala otak
BFFnya juga memandang hairan.
Boss sudah memulakan mukaddimah pembukaan mesyuarat.
Semua kena diam, nampaknya Didi terpaksa menangguhkan pertanyaannya kepada
Atirah. Persoalan hanya dapat diluahkan selepas mesyuarat. Tidak tahulah bila
mesyuarat akan tamat, satu jam, dua jam, tiga jam.. hailah… hanya terdengar
Didi menarik nafas panjang. Silap-silap dia lupa apa yang hendak ditanyanya!
Wassalamlah jawabnya..
No comments:
Post a Comment