BAB 6
Mesyuarat tamat lewat pula hari ini. Hampir maghrib
baru semua keluar. Banyak issue yang dibangkitkan dan perlu diambil tindakan.
Kelewatannya pulang petang ini telah Didi maklumkan kepada Johan melalui sms
sahaja. Dan. nampaknya misi Diktatif Conan tidak dapat dilaksanakannya petang
ini.
Terus sahaja Didi berjalan pantas
meninggalkan Atirah sebaik sahaja boss memaklumkan mesyuarat sudah tamat.
“Lajunya kau jalan tu kenapa.. macam
kena kejar hantu aje?” tanya Tirah yang terhenjut-henjut mengepit fail mengejar
Didi yang tetap berjalan pantas.
“Nak kemas dan terus balik, kau tak
hendak balik ke?” tanya Didi. Menjawab persoalan teman rapatnya dengan soalan.
Hanya anggukan yang diterima oleh Didi. Soalan
apa pulak minah ni, memang semua orang nak balik rumah. Takkan hendak tidur
diofis pulak!. Dia ingat dia seorang sahajakah yang ada rumah?.. isehman..
Didi segera mematikan computer sebaik sahaja di masuk kebiliknya, sambil membungkuk, tidak sempat duduk. Beg
sandang terus dirembat dan lampu bilik juga dimatikan.
Bergegas dia singgah dibilik temannya.
“Aku balik dulu, see you tomorrow..” kata
Didi sewaktu menjenguk dipintu bilik Atirah dan terus dia meninggalkan Atirah,
tanpa mendengar jawapan dari temannya. Tercengang Atirah, apa kenanya pula
perempuan ini hari ini. Hendak balik tidak menyempat-nyempat macam ribut.
“Hisy… geram betullah!, waktu orang hendak cepat ni.. waktu ini lah pulak jem..” bebel Didi
sendirian didalam kereta yang dipandunya. Merangkak perlahan.. kalah kura-kura.
Tahu sahajalah memandu di KL diwaktu peak begini, waktu semua orang hendak
pulang kerumah. Jalan raya sesak memanjang. Itulah yang membuatkan breakpad kereta
kena kerap diganti, asyik hendak membreak sahaja, setiap seminit dua. Kesesakan
macammanapun Didi terpaksa redah. Dia hendak pastikan Johan sudah berada
dirumah. Didi takut Johan melencong entah kemana kerana dia sudah tahu dirinya
pulang lewat hari ini. Cemburu giler Didi dengan suaminya.
Mega merah senja sudah kelihatan.
Perjalanannya masih jauh. Didalam marah-marah Didi berfikir, sempatkah dia
mengejar waktu maghrib yang pendek. Salah diri sendiri. Kenapa tidak menunggu
sahaja sebentar dipejabat dan selepas solat boleh pulang dengan aman. Dari
terkejar-kejar tidak tentu hala seperti dikejar harimau. Bukan ada anak yang
hendak diambil ditadika ke apa? Hanya ada budak tua yang mungkin sudah menunggu
dirumah..mungkin.. MUNGKIN, bisik hati kecil Didi.
Akhirnya sampai juga dia dirumah. Punat alat
kawalan jauh ditekan untuk membuka pintu gate otomatik. Didi tersenyum lebar
apabila terbuka sahaja pintu pagar otomatiknya, dilihat mercedez hitam Johan sudah
terpakir dihalaman rumah berkembar itu. Menandakan Johan sudah pulang. Senyum
sampai ketelinga. Cepat-cepat dia memakir keretanya disebelah kereta Johan.
Pintu dibuka dan dia terdengar kesak kesuk bunyi yang datang dari dapur. Johan
menyediakan makan malam agaknya. Lagi sekali Didi senyum sampai ketelinga.
“Assalamualaikum.. abang, Didi naik
maghrib dulu..?” katanya terus berlari-lari anak, memanjat tangga dengan laju untuk
membersihkan diri dan bersolat.
Segera Didi turun, terutama apabila terhidu
aroma lauk yang enak sebaik sahaja pintu biliknya terbuka. Didi senyum lagi. Hari
ini hari senyum sedunia agaknya, kerana Didi senyum tidak sudah-sudah.
Difikirannya terfikir, agaknya Johan singgah membeli di gerai Mak Limah.
Mustahil dia boleh memasak lauk yang sebegini enak baunya. Ini baru terhidu bau,
rasanya tentu lagi enak!.
“Lauk apa bang.. sedap Didi bau, terbau sampai
kat atas!” tegur Didi, bersuara sebaik sahaja dia sampai di anak tangga yang
paling bawah.
“Apanya Didi..” terkejut Didi mendengar
suara. Bukan Johan, tetapi suara seorang perempuan.
Terlopong mulut Didi, bagaimana emaknya
boleh berada didalam dapurnya. Mana Johan!
“Eh! Bila mak sampai? Mak datang dengan
siapa? Johannya mana?” bertitir soalan yang minta dijawab. Dalam terkejut,
sempat juga Didi menghulurkan tangan untuk bersalam dan mengucup tangan tua ibunya.
“Yang banyak soal tu kenapa? Mak yang
patutnya soal Didi, bukannya Didi yang soal mak? Didi tahu tak mak call
Didi, banyak kali. Hantar sms jugak, tapi sampai sudah tak berjawab-jawab..abah
dah naik risau, lepas tu dia terus call Joe. Nasib baik Joe angkat. Risau mak
dengan abah dibuatnya. Kita orang dah sampai depan rumah kau orang” bebel mak.
“Nasib baik, bila abah beritahu yang dah
call didi banyak kali tak angkat, Johan beritahu Didi mesyuarat.. legalah
sikit..” mak menyambung bebelnya. Didi terlopong.. kan dah kena leter! Padan muka. Hendak buat macammana, dah salah sendiri.
Teringat Didi yang telefonnya di
letakkannya on silent mood. Dalam mesyuarat tadi, manalah pulak boleh on
telefon. Yang jadi masalahnya dia lupa hendak on kan semua telefonnya. Jika dia
berbuat demikian, pasti dia terlihat miss call atau sms yang telah emak hantar.
Fikirannya tadi penuh dengan cara hendak cepat sampai dirumah. Itulah! Kalut tidak
bertempat.
Senduk yang masih ditangan mak
dicapainya. Cepat-cepat Didi membantu emaknya didapur. Menyusun pinggan mangkuk
dan emak sebok menyenduk lauk kedalam mangkuk.
“Mak kata mak datang dengan abah..
habisnya mana abah?” sambil tangan ligat menyusun, mulut ligat juga bertanya.
“Joe ajak abah maghrib kat surau hujung
sana tu.. “ jawab mak. Didi lega. Lupa pula Didi keujudan Johan.
“Yang mak tak beritahu awal-awal nak
datang? Manalah Didi tahu..” masih tidak mengaku kesalahan sendiri. Tidak mahu kalah.
“Mak ingatkan abah dah beritahu Didi,
rupanya dia lupa..tahu ajelah abah Didi tu..lupa memanjang, entah apa yang
dingatkannya, mak pun tak tahu. Banyak masalah negara agaknya” jawab mak, memerli abah. Nasib baik abah tidak ada untuk menjawab soalan mak.
“Abah ada apa kat sini?” tanya Didi
lagi. Sedangkan dia tidak tahu langsung akan kehadiran kedua orang tuanya
dirumahnya.
“Abah nak pergi rumah Karim, kawan
lamanya. Uncle Karim, Didi kenalkan? Ala.. uncle Karim yang sama temapt kerja dengan abah dulu. Dia nak kahwinkan anaknya..Ripin.. Didi kenal budak Ripin tu.. kat.. kat.. apa ke nama
tempatnya. Kampung Nakhoda.. ahh.. Kampung Nakhoda. Lusa majlis tu..Didi sama
Joe nak ikut?” tanya mak lagi.
“Ala mak ni.., dia orang jemput mak, bukan
jemput kita orang?” sahut Didi. Mengelak sebenarnya untuk turut sama.
“Tak.. tak.. dia datang sendiri kat
rumah, dia kata sekeluarga! Kalau sekeluarga tu, Didi termasuklah.. alamat ada
dalam kad. Kad dalam kereta. Jangan abah lupa masukkan dalam kereta sudah!
Parahlah jawabnya..” bebel mak lagi.
“Abah tahu ke nak pergi sana tu mak?”
“Boleh aje, guna GPS..” kata mak.
“Didi kena tanya abang dulu, takut dia
on call ke apa..dia kan bergilir dengan kawannya tu..” jawab Didi perlahan.
Emak hanya diam, mengerti tugas menantu yang tidak tentu masa. Doktor, klinik
sendiri pula tu, tentu kena jaga reputasi klinik. Jika semedang doktor tidak ada di klinik, baik sahaja tutup kedai.
Terdengar salam dari luar. Johan dan
abah terus masuk menuju kearah Didi dan emak. Tidak perlu disuruh abah sudah
siap duduk dan menyenduk nasi. Johanpun ikut sama. Semua sudah terhidang, apa
lagi yang hendak ditunggu. Tambah pula masak asam pedas mak memang menusuk
hidung. Didi dan mak pun apa lagi.. join sekaki.
Riuh bunyi rumah yang selalunya sunyi.
Penghuni sudah bertambah, dari dua orang kepada empat orang. Johan yang paling
gembira. Dua hari, tidak perlu memasak atau singgah di gerai Mak Limah kerana
dapurnya akan berasap. Dengan resipi Mak Nora yang memang tidak ada tolok
bandingnya.
****
“Nasib baik abang free, dapat balik
awal.. kalau tidak tu kasihan mak dengan abah tunggu lama kat luar..” Didi
memulakan perbualan, sedang menyisir rambut didepan cermin. Johan sedang duduk
berlunjur diatas katil membaca buku.
Johan melipat kaca matanya. Buku juga ditutup.
“Yang Didi tak jawab phone tu kenapa?”
tangan meletakkan buku di meja sisi.
“Tak.. Didi tak sengaja, tadi ada
mesyuarat..abang kan tahu Didi ada mesyuarat! Didi silentkan telefon.
Sebab meeting lambat habis, Didi rush nak balik, lupa langsung pasal telefon..”
jawab Didi dan terus mengambil tempat, berbaring disebelah Johan.
“Next time kena selalu check telefon
tu..kalau ada urgent things macam hari ini”
sambil Johan memejamkan matanya dan mengerutkan mukanya.
“Kenapa bang..” tangan spontan mengurut
pelipis si suami. Johan hanya membiarkan.
“Pening ke?” tanya Didi manja.
“Tak.. penat aje..” jawab Johan lemah.
Tangan Didi beralih ke panggal leher
pula. Terpejam lagi mata Johan, apabila jari Didi mengurut lembut tengkuknya. Hilang
penatnya. Didi sudah berani sekarang ini. Strateginya mesti diteruskan, nekat
Didi. MESTI!!
No comments:
Post a Comment