BAB 7
Lupa
mereka ada tetamu. Terlambat bangun! Kena leter emaklah nampaknya. Kalah dengan
sang matahari yang cantik bersinar diufuk timur. Selalunya mereka sudah berjaga
sewaktu matahari masih malu-malu bersinar. Tersasar pula pagi ini. Didi,
menyegerakan subuh gajahnya. Johan digerakkan. Terbuntang mata Johan, dia juga terkejut.
Tidak pernah-pernah dia bangun sebegitu lambat, jam 7 am. Ini semua gara-gara
Didi yang tidak sudah sudah memberinya kerja lebih masa. Di Klinik kena buat
overtime, dirumah juga ada overtime Namun dia riang, kerja lebih masa ini lebih
baik dari kerja overtime di Klinik.
Didi bergegas
bersiap. Nasib baik semua pakaian sudah disediakan sebelum tidur. Siap
disangkut di penyangkut baju. Pakaian Johan juga sudah disediakannya. Nasib
baik Didi terlebih rajin malam tadi untuk menyerika pakaian. Jika tidak, mahu
juga mengambil lebih dari lima belas minit untuk mengosok pakaian. Terutama
baju kemeja Johan..Grrr.. kadang tu geram juga Didi dibuatnya. Gosok bahagian
lengan, bahagian badan berkedut, gosok bahagian badan, bahagian lengan pula
berkereput. Lain halnya dengan pakaian perempuan, lebih mudah kerana bercorak
atau berbunga, kurang nampak berkedut atau kerepotnya. Yang masalah hanya pada
selendang. Didi memang berhati-hati apabila menggosok selendang, terutama yang
sutera. Sudah beberapa helai berlobang..apa hendak dikata, sensitive betul
kain-kain tersebut. Dahlah harganya mahal, manja pula, perlu diberi perhatian
yang lebih.. hendak cantik punya pasal, terpaksalah tanggung.
Didi
sudah siap dihadapan cermin, siap bertudung sekali. Hanya perlu touch up
sikit-sikit, tang muka dengan calitan gincu yang berwarna lembut dan diakhiri
dengan semburan minyak wangi Easter Lauder Pleasure intense… Siap! The magic of
lipstick, muka yang tadinya pucat, nampak lebih berseri, walaupun dengan
calitan pewarna bibir yang nipis. Didi senyum melihat arca sendiri yang dia
perasan sudah cukup cantik.. konon…
Johan
sudah menyarung baju kemeja yang dihulur Didi. Segera dia mencapai seluar panjangnya
dan tali leher yang tergantung di tembol pintu. Didi memegang tali leher
sementara memerhati si suami menyarung seluar. Segera dia membantu mengemaskan
ikatan tali leher.
Pap,
satu kucupan singgah di pipi. “Thanks sayang..” kata Johan.
Didi
terpana..tidak pernah secara spontan berlaku sedemikian. Didi meraba pipi yang
mendapat ciuman suami, seperti tidak percaya.. betul ke? Boleh sahaja dia
membantu Johan berpakaian setiap hari, jika selalu mendapat upah sedemikian.
Didi masih tercegat..
“Apa
tunggu lagi, jom..” sambil menghulurkan
tangannya, mengajak Didi turun bersama. Tangan dihulur, disambut. Johan sudah
pasti mertuanya sudah menunggu dibawah. Terbuka sahaja pintu biliknya, aroma
seperti beehoon goreng, menerpa di hidung..kembang kuncup lubang hidung
menghidu keenakan bau makanan. Deria hidung memberi tindak balas kepada otak,
dan tiba-tiba perut merasa lapar.
“Hah..
baru turun.. emak ingatkan kau dua orang tak kerja?” baru dipertengahan tangga
sudah kena perli. Didi dan Johan berpandangan sesame sendiri.. malu juga
ditegur sedemikian.
“Hemm…kita
orang kerja hari ni mak..Mak dan abah tak apa ke tinggal kat rumah?” tanya
Johan sambil menarik kerusi dimeja makan. Semua sudah terhidang. Pinggan
diisinya beehoon yang sudah tersedia didalam mangkuk. Didi pula menuang kopi
buat suami dan untuk dirinya. Emak dan abah sudah lama selesai sarapan apabila
pinggan kosong masih berada dihadapan mereka. Mereka cuba berbual-bual kosong
sahaja, sementara menunggu Didi dan Johan turun gamaknya.
“Tak
kesah.. mak dengan abah boleh aje pusing-pusing kat sini, kalau boring..” kata
abah.
Mereka
berbual hanya sebentar kerana Didi terpaksa segera kepejabat. Dia harus sampai
sebelum jam 9 pagi. Lainlah Johan, klinik mula beroperasi pada jam 10 pagi
setiap hari, tetapi selalu dia ke klinik awal, menyemak nama-nama pesakit yang
bakal dia rawat. Sekurang-kurangnya dia sudah tahu apa penyakit yang akan
diberi consultation. Namun sudah terbiasa, mereka beredar bersaing meninggalkan
rumah. Bukan niat mereka untuk meninggalkan kedua orang tua itu sendirian. Mana
sempatnya hendak mengambil cuti, tambahan kehadiran mereka secara mendadak.
Nasib baik juga mak dan abah tidak ambil pusing, walaupun mereka ditinggalkan.
Melihat anak dan menantu sihat dan ceria sudah cukup memadai. Tidak kesahlah
sama ada mereka berdrama dihadapan mereka atau realiti.
***
Teriyang-iyang
suara mak sewaktu duduk dikerusi taman dua hari lalu, sebelum mak pulang ke
kampung.
“Kau ni,
merancang ke Didi?” tanya mak selamba.
“Merancang
apa mak?” tanya Didi untuk tahu lebih jelas sebelum menjawab.
“Mak rasa kau orang dah kahwin, lebih dari 5
tahun.. tak teringin nak ada anak ke?” tanya mak lagi sedas kepada Didi. Didi
termangu-mangu, nasib baik yang memberi soalan adalah mak.
Soal
anak. Memang Didi rimas! Kena pula soalan dari emaknya sendiri. Hendak beritahu
bagaimana? Bukan mereka merancangpun, tetapi belum ada rezeki, rezeki anak.
Soalan
yang paling benci Didi hendak jawab. Seperti tidak ada soalan lain dalam dunia
ini. Mahu rasanya Didi sekiranya soal tidak mempunyai anak tidak dibangkitkan
oleh sesiapa untuk dirinya. Terasa kerdil dirinya, apabila tidak dapat
menyempurnakan sifat seorang perempuan, untuk menjadi seorang ibu. Terasa
kurang sifatnya sebagai seorang isteri kerana tidak dapat memberikan zuriat kepada
seorang suami. Hisy..kenapa pula soalan itu perlu keluar dari mulut mak. Soal
pasal ANAK.
“Belum
ada rezeki lagi mak..” jawab Didi mendatar. Itulah saja jawapan yang boleh diberikan. Memang jika soalan itu,
hanya DIA yang maha mengetahui dan maha mengasihani.
“Cuba
bincang dengan Johan, berubat. Berubat cara modern ke? Cara kampung ke?”
sambung mak lagi.
“Mak
bukan apa, mak tengok si Joe baik budaknya, takut lama-lama dia buka cawangan
aje..nauzubillah..” kata mak lagi. Didi tunduk.
Perbualan
tidak diduga itu memang benar-benar memenuhi kepala otaknya. Sudahnya, Didi
tambah risau. Kes si perempuan Sarawak belum selesai, kes tidak ada anak pula
yang timbul.
Strategi
memikat sisuami perlu dipertingkatkan lagi. Idea dari Mutiah perlu digunakan
sepenuhnya. Kecuali idea menyediakan tongkat tu. Idea yang itu terpaksa
dibuang.
Jam
dinding dilihat, sudah menunjukkan 9 malam, tetapi Johan masih tidak pulang.
Katanya tadi sebelum sembilan malam dia akan sampai.. kemana pulak dia ni? Didi
tambah runsing.
Hendak menalifon,
takut pula dia sedang memandu pulang, merbahaya untuk dia menjawabnya.
Akhirnya
Didi mengambil keputusan untuk menunggu sahaja. Televisyen bersiaran, tetapi
langsung tidak menarik perhatian Didi. Perhatiannya lebih keluar, sekejap
menjenguk dengan harapan kemunculan sisuami. Jam berganjak satu jam lagi, jenuh
menunggu, akhirnya Didi terlena di sofa.
“Sayang..
kenapa tidur kat sini..” terkejut Didi dengan suara Johan yang sedang
melonggarkan tali leher.
“Tunggu
abang..” jawab Didi.
“Dah
makan..” tanya Didi lagi.
“Belum..”
jawab Johan. Seperti tidak jujur sahaja.
“Didi?”
soalnya lagi
“Belum..”
jawab Didi lemah. Tahu suaminya tidak bercakap benar.
“Abang
nak minum sebelum mandi, lepas tu boleh kita makan..” kata Didi
“Boleh
jugak..” jawab Johan. Johan perasan, sejak kebelakangan ini Didi banyak
melayannya.
Air jus
yang dihulur disambut Johan. Johan duduk menghabiskan juice orange yang hulur
Didi. Kemudian beredar meninggalkan Didi yang menuju ke dapur untuk memanaskan
makanan.
Selang
beberapa minit, Johan turun berkain pelikat, sudah usai solat Isyaklah tu. Didi
senyum dengan tangan dikepala kerusi.
Kerusi
ditarik Johan. Didi juga duduk.
“Nak
nasi sikit aje, abang tak lapar sangat malam ni..” kata Johan.
Didi
kerut muka, sah suaminya sudah kenyang. Sengaja hendak sekadar menemannya, Didi
sudah dapat rasakan.
“Lain
kali, kalau Didi lapar, makan dulu, jangan tunggu abang.. nanti perut masuk
angin, siapa susah..” kata Johan dengan perlahan menyuap makanan ke mulut.
“Didi
tak lapar, makan sorang-sorang tak best..” kata Didi.
“Abang
lambat kenapa malam ni.. janji nak balik sebelum 9” kata Didi seakan merajuk.
“Keluar
dengan Alvin..katanya kejap aje, terjumpa pulak Mona. Si Alvin gatal mulut
jemput Mona join sekali..itulah yang lambatnya..” kata Johan tetapi tetap
menyuap makanan.
“Which
Mona? Don’t tell me Ariana Melissa.. isteri tak jadi abang. Menantu pilihan mak
abang” kata Didi sambil tangan menolak pinggan didepannya. Johan hanya
memandang Didi yang sudah lain macam.
“Didi.. please..jangan
mulakan.. kita ni didepan rezeki. Dia dah history, Didi yang ada depan abang ni
sekarang, bukan dia. Janganlah cemburu tak bertempat” tegur Johan.
“Jadi
betullah si Mona gedik tu?” soal Didi keras.
“Yes,
that Mona. Dah! abang nak makan and please stop talking about her, talk
something else, boleh tak?” tegas Johan.
Didi
terus berlari naik ke atas. Johan ternganga sahaja melihat Didi
meninggalkannya. Cepat-cepat dia mencuci tangan dan menyusul isterinya.
Teruklah dia malam ini memujuk budak perempuan yang satu ini. Keras sangatkah
perkataannya tadi. Johan berfikir-fikir, sepatutnya dia rahsiakan sahaja
pertemuan dia dengan Mona tadi. Kenapalah tidak terfikir tadi, some secret
should better be secret. Yang hendak
jujur sangat tu kenapa?
Memang
dia sudah tahu, nama Mona memang tidak boleh didengar Didi, Didi elergi dengan
nama itu. Terutama apabila Mona pernah hampir menjadi isteri Johan. Cumanya dia
meninggalkan Johan seminggu sebelum majlis pernikahan mereka, gara-gara
tersangkut di Paris kerana semua penerbangan pulang dibatalkan akibat cuaca
buruk. Tetapi yang sebenarnya Mona memang mengelak untuk bernikah dengan Johan
kerana sudah ada lelaki Perancis yang dia kepit kehulu kehilir. Journalist
bebas yang Mona jumpa disana. Memang dia tidak berapa sukakan Johan, yang
sentiasa terperuk di klinik dan asyik berbau ubat. Tetapi kerana kehendak Mummy
Rina dan Mama Doreen, ibu Mona, mereka turutkan rancangan dua sahabat baik itu.
Yang
hairannya, part Mona mengikut jantan mat saleh itu tidak menjadi isu, kerana
mummy Rina, ibu Johan, percaya seratus sepuluh peratus dengan pembohongan Mona
yang memberi alasan dia tersangkut di lapanganterbang. Tambahan pula hampir
setiap malam, berita di TV memaklumkan Eropah mengalami musim dingin yang
melampau, sehingga hampir melumpuhkan semua operasi penerbangan. Wallahualam.
Yang menjadi topic utama, Johan dipersalahkan kerana mengambil tindakan
membatalkan majlis pernikahan beberapa hari sebelum majlis berlangsung, tanpa
mahu menunda tarikh menunggu kepulangan si Mona yang masih menggatal di Paris. Sebaliknya Johan membatalkannya terus.
Mana
tidak hatinya sakit. Setiap kali gambar dari Instagram memaparkan bakal isteri
yang bukan main lagi manja bersama dengan lelaki bukan muhrim. Sudah seperti
laki bini, berpeluk sana berpeluk sini. Perempuan
macam itukah yang harus dia terima sebagai isteri? Mummy sahaja yang masih
bersangka baik, masih memujuk hatinya menyatakan yang si Mona sedang bertugas.
Tugas apa ke bendanya, kalau berpeluk kalah orang puteh. Itu tugas perempuan
jalang, bukan tugas peramugari! Itulah, orang selalu bersangka buruk dengan
profesion seorang Peramugari. Diluar negara selalu bersosial diluar batas.
Sedangkan tidak semua yang melakukan sedemikian. Disebabkan oleh nila setitik,
rosak susu sebelanga. Disebabkan oleh perempuan-perempuan yang berperangi
seperti Mona, ramai beranggapan semua peramugari berperangai sama. Kasihan
mereka. Bukan salah profeson. Sepatutnya profesion itu memberi khidmat dan
bantuan kepada pelanggan di udara sahaja, yang rajin sangat hendak menghulur
khidmat dan bantuan di luar jadual siapa suruh.
Orang
yang buta sahaja yang tidak dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah. Salah
seorang yang buta itu, ialah Mummy Rina. Apa sahaja yang dibuat si Mona gedik,
semua cantik dimatanya. Entah apa yang diberi makan oleh Mona, sampai begitu
sekali dia mendapat sokongan emak mertua tidak jadinya. Bab pakaian tidak usah
dicerita, memang selalu tidak cukup kain dan sendat seperti sarung cempedak. Kononnya
Johan akan berusaha untuk mengubah Mona perlahan-lahan, apabila Mona menjadi
sah isterinya. Tetapi sayang, tidak kesampaian, dia sudah cabut.,
Alhamdulillah, lega hati Johan.
Lama
juga perang dingin Johan dengan mummy Rina. Tambah-tambah lagi, dia kehilangan
kawan baiknya Doreen, besan tidak jadi. Hanya Megat Kamil dan Papa Darus sahaja
yang tidak mahu campur hal urusan kedua isteri mereka. Soal jodoh anak-anak
mereka diserahkan kepada pemilihan anak-anak itu sendiri. Dah Johan membatalkan
majlis nikah, Megat Kamil boleh buat apa? Diapun terasa malu juga apabila melihat
photo-photo anak perempuannya yang terover bebas. Malah dia masih berkawan dengan
Papa Darus. Nothing personal. Yang kecohnya isteri-isteri mereka. Mereka
seperti menolak takdir pula, itulah namanya mereka berdua tidak ada jodoh! Yang
hendak memaksa mereka kahwin tu, buat apa!
Tup-tup
tidak sampai 3 bulan, Johan muncul dengan calon isteri yang entah dari mana dia
kutip, Johan dapat penganti begitu cepat sekali. Menambah lagi api kemarahan Mummy Rina? Didilah
yang dimaksudkan. Mummy Rina menuduh Didi punca Johan membatalkan
pernikahannya. Nauhuzubillah. Bertahun juga Didi berusaha mendekati ibu
mertuanya. Kena pula Didi tidak sophisticated seperti si Mona, malah bertudung.
Lagilah makcik tu bengang. Minah salut kelambu yang dipilihnya.
Sebenarnya
Didi tidak tahu menahupun apa-apa. Pertemuan
yang tidak dijangka. Berjumpa di Genting Highlands. Didi bersama teman
sepejabat kerana kursus, Johan pula berada disana kerana ingin menghilangkan
diri dari mendengar leteran Mummy. Bukan mereka rancangpun. Itulah dikatakan
jodoh dan pertemuan rahsia ALLAH. Rupanya mereka belajar sama University, di UKM.
Seorang jurusan kedoktoran dan seorang lagi jurusan political sains. Itulah,
adakah chemistry seorang doctor dengan seorang PTD. Jawabnya, seorang bercerita
pasal pesakit, seorang bercerita pasal hal ehwal negara. Yang hairannya selepas
beberapa kali berdating, Johan melamarnya. Didi serba salah. Hendak ditolak,
Didi tidak ada alasan yang kukuh, dia pun tidak ada lelaki istimewapun didalam
hidupnya. Hendak menerima, rasanya perhubungan mereka terlalu pendek. Atas
nasihat keluarga Didi, meminta Didi menerima sahaja Johan. Bercinta selepas
kahwin, lebih indah dan selalunya berkekalan.. Kata orang tua-tualah.
Baru
beberapa tahun ini sahaja Didi diterima perlahan-lahan oleh Mummy Rina. Baru
hendak berbaik-baik, sudah pula muncul semula si Mona didalam hidup mereka.
Banyak betul halangan perkahwinan Didi. Kesah si Tracy, perempuan Sarawak tidak
settle lagi, sudah muncul pula satu lagi bala, bekas tunang sisuami. Aduh..sakitnya
dada ini. Rasanya seperti kekurangan udara untuk bernafas. Air mata usah
dicerita, bantal sudah separuh basah.
Johan
mendekati isterinya. Dipeluknya dan membiarkan si isteri menangis didadanya.
“Di..
kenapa ni.. apa yang Didi hendak menangiskan. Abang bukan buat apa-apapun
dengan si Mona tu. Abang tak sangkapun nak jumpa dia. Si Alvin yang tak tahu
menahu hubungan abang dengan si Mona tu yang ajak dia join sekali. Joyce, adik
si Alvinkan juga peramugari, berkawan pulak dengan Mona tu.. itu yang dia
kenal..?” tangan kasar Johan menyika air mata Didi. Johan membuka buku cerita
yang tidak ada skrip. Skrip yang datang dari dalam kepala. Skrip yang apa dia
tahu. Lancar sahaja Johan bercerita.. Betul juga apa yang dikatakan Johan. Yang
dia hendak menangis bagai nak rak tu kenapa? Hendak salahkan Johan, Alvin atau
Mona? Jawapannya salahkan diri sendiri.
“Dah
tu.. jom turun sambung balik makan.. abang tengok Didi makan sikit aje tadi.
Abang tahu Didi lapar tu. Jom turun, abang suapkan..” kata pujukan Johan.
Siapalah yang tidak cair, bila suami pandai memujuk begini. Jika Didi tidak
mahu makan, dialah yang lapar, bukan orang lain.
“Abang
janji, kalau abang jumpa lagi si gedik tu abang cuba elakkan.. promise..” janji
Johan agar Didi tidak bersangka buruk kepadanya. Didi mendongakkan mukanya.
Kasihan pula dia apabila si doctor memujuk. Rambut Didi diusapnya.
“Nak
abang dukung ke apa?” tanya Johan lagi.
“Didi
dah kenyang” akhirnya Didi bersuara meleret. Tiba-tiba dia rasa kenyang.
“Abang
yang masih lapar ni.. jom teman abang..” pujuk Johan.
“Nanti
abang makan Didi, baru tahu…” kata-kata kelakar yang tidak sekelakar manapun.
Namun sedikit sebanyak buat hati Didi terusik. Mengerti usaha suami memujuknya.
Perlahan
Didi menjatuhkan kakinya kelantai. Menyambut tangan yang dihulur si suami.
Sambil berpimpinan tangan mereka turun semula kemeja makan. Beberapa kali
kucupan singgah di kepala Didi disepanjang mereka berjalan.
Untung
sebenarnya jika selalu merajuk dan dipujuk begini. Dapat layanan first class.
No comments:
Post a Comment