Bab 35
“Ke
Qatar?“tanya Amir kepada seorang lelaki yang duduk di sebelahnya.
Si lelaki
hanya angguk.
Amir terus
berbahasa melayu.
Dia sudah
tahu, mesti lelaki melayu, kerana tidak ada kelainanpun di antara dia dan si
lelaki yang dia tanya.
Kulit sawo
matang, raut melayu terakhir, dan yang paling ketara dia memegang pasport sama
warna dengan dirinya. Sempat pula Megat Amir kepoci, sampaikan pergerakan si
jiran menyimpan pasport ke dalam poketnyapun dia nampak!
Megat Amir
sengeh.
“Saya
pun..“kata Amir.
Dia yang
menyoal, dia juga yang menjawab.
Tidak
faham-fahamkah, jiran sebelah tidak layan?
Yang hendak
mesra alam sangat tu kenapa?
No comments:
Post a Comment