Bab 4
Hanna
berjalan laju. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam poket jeketnya. Pagi
ini terasa luar biasa sejuknya. Dia sudah melihat ramalan cuaca sebelum keluar
tadi, 2 degree Celsius paling rendah dan 11 degree Celsius paling tinggi.
Rasanya waktu 2 degree itu adalah sekarang. Sarah disebelahnyapun sama
sepertinya, menyimpan kedua belah tangan didalam poket jeket masing-masing.
Tudung yang dililit kemas, sesekali beralun ditiup angin sejuk, terus menerpa
kewajah mereka yang tidak terlindung.
Glove kait benang bulu
memang ada tersimpan didalam beg galas yang ada dibelakangnya, tetapi malu pula
hendak Hanna guna. Nampaknya orang belum lagi mengguna glove kerana belum masuk
musim dingin. Nanti jadi perhatian orang pula jika Hanna seorang sahaja yang
sudah memakai glove. Nampak sangat orang Asia yang ini lebih-lebih, mengalahkan
orang Swiss. Hanna batalkan niat hendak memakai glove, nasiblah kau sejuk, malu
punya pasal.
“Errr…sejuk giler lah tahun ni..“
terketar-ketar suara Hanna memulakan perbualan dengan Sarah yang berjalan
disebelahnya.
“Hemm“ itu sahaja jawapan pendek yang
diterima Hanna.
Hanna pandang
Sarah, yang juga nampak kesejukan. Bibir kaku hendak
berbual panjang.
Tiba-tiba Hanna
rasa seperti ada benda halus berterbangan seperti cotton candy, melayang-layang
disekelilingnya. Hanna tadah tangannya, dilihat yang dikatakan cotton candy itu
cair ditelapak tangannya.
“La.. dah
snowy rupanya.. jom cepat, aku tak bawa payong. Jeket aku yang ni tak ada hood
pulak“ kata Hanna.
Dia
berjalan laju meninggalkan Sarah beberapa langkah kebelakang yang sebok
memasang hood dikepalanya yang bertudung.
“Hoi..
tunggulah kejap” pintanya.
Namun Hanna
terus sahaja berlari anak menuju ke station tram yang selalu mereka guna untuk
menunggu tram ke Universiti. Hendak tunggu buat apa? Kepala dia ada hood, yang
Hanna hanya berlapik tudung yang nipis. Nanti jika dia demam,
siapa yang susah. Diri sendiri juga yang merana.
“Jangan demam“ doa Hanna didalam hati.
“Banyak report yang ada tarikh tamat
yang perlu Hanna siapkan. Jika tidak siap, pasti dimarahi oleh Professor”. Bisik hati Hannai. Hanna tidak mahu itu terjadi pada
dirinya.
Tersengeh sahaja dia menunggu Sarah di
bawah teduhan station tram. Sebelum kena marah, baik sahaja dia menjadi kerang
busuk. Dia tahu Sarah tidak akan sampai hati untuk memarahinya apabila dia
senyum.
Ramai penumpang sudah juga berteduh dari
salji yang tiba-tiba turun, walaupun tidak lebat. Salji yang pertama untuk musim sejuk ini, memberi
tanda musim luruh sudah berakhir. Sebenarnya salji tidak membuat diri kita basah,
cuma apabila ianya cair terkena haba badan yang membuatkan diri kita basah
sebenarnya. Jika setakat salji berkumpul diatas beanie (topi kait benang bulu),
boleh sahaja dikuis, sebelum ianya cair. Tetapi Hanna tidak memakai beanie,
kepala hanya tertutup oleh tudung. Silap, hari ini dia hanya memakai tudung bawal
yang dibawanya dari Malaysia.
Dari jauh sudah kelihatan kepala tram
berwarna merah. Hanna mengebas kot yang dipakai, untuk mempastikan tidak ada
snowflake yang melekat mengikut angin. Laju sahaja dia naik dan duduk disebelah
Sarah yang sudah naik terlebih dahulu. Beg sandang yang tadinya dibelakang
sudah berada diatas riba.
“Hari ni 30 Zulhijjah kan? Tu yang abang
Zaid call semalam, dia ingatkan aku doa akhir tahun sama awal tahun..“ kata
Hanna memulakan bicara.
“Ha..ah..aku dah load dalam telefon doa
tu..Sayanjg betul Zaid kat kau ya? Ini yang buat aku jelous“ kata Sarah. Hanna
menyiku Sarah kerana mengusiknya. Sarah buat muka.
“Betul apa? Orang disana sayang orang
disini, tapi orang disini…dot..dot..dot” kata Sarah
“Dot..dot..dot apa?” Tanya Hanna, kurang
mengerti dengan teka teki Sarah.
“Itu aje ke yang abang Zaid cerita
dengan kau, pasal doa tu. Aku tak percaya lah?. Yang kau mood tak baik macam
cokodok basi semalam tu kenapa? Aku tahu bukan setakat pasal doa awal muharam
kan..baik kau cakap?“ kata Sarah lagi dengan gertakan.
Hanna serba salah. Tersilap tajuk
rupanya, dia tidak sepatutnya membangkitkan kesah perbualannya dengan abang
Zaid semalam. Baik sahaja dia mendiamkan diri. Kesah perbualan itu. biarkan
sahaja untuk pengetahuan dirinya sahaja.
“Hoi! Aku tanya ni, kau semalam tu moody
semacam kenapa? Apa yang Zaid dah cakap dengan kau?sampai kau macam..“ ulang
Sarah. Sarah terhenti apabila Hanna memandangnya seperti tidak mahu
memanjangkan perbualan.
Sarah memang benar-benar hendak
mengetahui apa yang berlaku semalam, sedangkan Hanna belum bersedia hendak
memberitahu sesiapa.
Hanna menarik nafas panjang. Dia didalam
dilema, hendak memberi tahu atau tidak.
“Tak apalah kalau kau tak mahu cakap,
tapi kalau kau ada apa-apa nak share, aku ada tau!“ katanya lagi, apabila Hanna
masih mendiamkan diri.
Disepanjang didalam tram, kedua-duanya
diam. Terutama Hanna, tidak mahu tersalah tajuk pebualan lagi. Tidak mahu memulakan
hari yang indah ini dengan persoalan yang memberatkan kepalanya, walaupun hari
ini sudah mula sejuk.
“ Guten morgan, girls“ tertoleh Hanna
dan Sarah.
Adi rupanya dibelakangnya memberi salam
didalam bahasa Swiss, bermaksud selamat pagi. Rajin betul dia mempraktikkan
bahasa tempatan. Tidak seperti Hanna ataupun Sarah, masih takut-takut hendak
mengeluarkan patah-patah kata, takut tersalah, nanti lain maknanya. Mereka tida
niat hendak mendalami bahasa Hitler ini, yang dipanggil Swiss German ini. Cukuplah
sekadar mengetahui yang asas asas sahaja seperti Gurten morgan (selamat pagi),
Gurten tag (hello), Entschuldigen (excuse me)
sebutan dengan Ent-schul-di-gen, Gurten naben (good afternoon), Auf Wiedersehen (goodbye). Juga
mengetahui nama-nama barang keperluan harian, sama ada buah atau sayuran.
Pengetahuan itu sudah cukup memadai untuk hidup di Zurich ini. Jika tidak faham
terpaksalah gunakan sign language, pasti mereka faham.
“Eh..Adi“ kata Hanna dengan senyuman.
Hanna girang bertemu Adi, tetapi tidak
dengan Sarah. Dapat ditafsirkan dari
raut muka Sarah yang tersenyum senget. Senyum sneget ada makna. Pasti
dikepalanya terfikir,“Mamat Indon ni lagi..“. Yang Hanna pun satu, kata tidak
ada apa-apa, tetapi sebenarnya ada apa-apa.
Hanna terus berjalan seiring dengan Adi.
Sarah perasan dengan perubahan ini. Tahulah mereka dalam satu jurusan, tetapi
tidak semestinya sentiasa bersama. Sudah beberapa kali Sarah bertanya Hanna,
tetapi sentiasa dinafikan olehnya.
Sepatutnya
Hanna selalu teringatkan Zaid yang jauh seperti pepatah inggeris “Absence makes
the heart grow fonder”. Tetapi kes Hanna ini lain, terbalik, kerana “Out of
sight out of mind” agaknya.
Susah
sungguh, Sarah tidak berniat hendak campur tangan lebih-lebih. Hanna sudah
cukup dewasa untuk memilih jalan yang mana harus dia pilih. Hanya doa yang
Sarah boleh lakukan. Semoga perhubungan Hanna dan Adi hanya setakat di Swiss
ini sahaja. Harap-harap begitu la.
Sarah
memikirkan hal kawan baiknya, sedangkan Hanna dan Adi sudah lama meninggalkan dirinya
bersendirian.
“Hissy
budak ni, cepat betul dia lesap” omel Sarah dan dia berjalan menuju ke tempat
ditujunya, info center.
“Balik
nanti mahu dia bertanya dengan Hanna”kata hati kecilnya lagi.
Sarah berharap petang nanti dia mendapat
jawapan yang sebenarnya, bukan jawapan yang tergantung dari Hanna yang menjawab
dengan mendiamkan diri. Apa gunanya dia sebagai kawan, jika tidak berusaha
menyelamatkan hubungan Hanna dan Zaid. Inilah susahnya apabila kedua-dua insan
ini dia kenal.
Sarah tidak
menyalahkan Adi sepenuhnya, kerana Hanna tidak menerangkan yang dirinya
tunangan orang. Adi mana tahu, jika Hanna tidak beritahu.
Memang Adi
ada daya penarik. Agaknya ramai lelaki Indonesia yang mempunyai kelebihan
begitu. Patutlah ramai anak gadis Malaysia yang lari mengikut mereka pulang ke
Indonesia, terutamanya ke Lombok.
“Harap-harap
Hanna tidak termasuk didalam statistic salah seorang gadis yang lari kesana.,
nahuzubillah” sambung hati kecil Sarah lagi.
“Tak mungkin..tak mungkin” terkeluar
kata itu dari mulut Sara sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
Mana mungkin Hanna yang berpelajaran
mempunyai fikiran secetek itu. Apa lagi yang dia mahu, Zaid baik orangnya, rupa
pun boleh tahan, katagori tampan, berpelajaran pula. Kedua-dua keluarga sudah
merancang jauh dengan hubungan mereka. Sarah sangat berharap agar Hanna tidak
menghampakan harapan mereka-mereka yang Hanna sayangi.
Persoalan hubungan Adi dan Hanna masih
bermain dikepala Sarah, walaupun tidak dimintanya.
“Hanna, Zaid, Adi..Hanna, Zaid, Adi..
habis aku siapa yang hendak peduli?“ sudah mula rasa jemu Sarah memikirkan
orang yang tidak sepatutnya dia fikirkan.
“Kau menung apa?“ tersentak Sarah. Hanna muncul secara tiba-tiba.
“Tadi
kau..” sambil jarinya menunjuk ke arah yang tidak tentu hala.
“Apa! Kau..kau.
...” kata Hanna, mengejek Sarah yang seperti bingong.
Bila masa
Hanna berada didepannya, sedangkan dia tahu Hanna dan Adi sudah lama
meninggalkan dirinya sendirian.
“Aku berjalan sama Adi, tup tup aku
pandang belakang kau dah tak ada..“ kata Hanna
“Dah jom.. Adi tunggu kita kat Info
center.. kata nak siapkan assignment?“ kata Hanna lagi.
Sarah hanya menurut, berlalu dengan
langkah yang deras, seiring dengan Hanna. Jika lambat, pasti tidak ada tempat
untuk membuat penyelidikan. Ramai pelajar menggunakan pusat ini untuk
mendapatkan bahan bagi thesis mereka. Banyak informasi boleh didapati disini,
terutama informasi yang telah ditinggalkan oleh bekas pelajar-pelajar yang
sudah tamat dan sudah berjaya.
Kerusi ditarik perlahan, Hanna duduk
dekat sekali dengan Sarah.
“Eh, hari ini aku kena balik cepat,
abang Zaid nak call dan nak baca doa akhir dan awal tahun sama-sama“ kata
Hanna.
Sarah hairan, sayang lagi rupanya Hanna
dengan Zaid rupanya. Sarah senyum.
“Akupun“ jawab Sarah.
Didalam hati berkata, “Alhamdullillah,
hati Hanna masih milik Zaid, jangan kau lari ke Lombok pulak.sudah!.“ bisik
hati Sarah sambil tersenyum.
“Kenapa kau tersenyum-senyum sorang
tu..“ tanya Hanna,
mata menala kearah Adi. Adi pula yang diminta jawapan, kenapa? Adi angkat bahu.
Manalah dia tahu?
“Tak ada
apa-apa” jawab Sarah. Matanya memerhatikan kedua-dua rakan yang tiba-tiba
terlebih focus menyelesaikan assignment.
Segera di
kosongkan kepalanya dengan persoalan yang ingin ditanya kepada Hanna. Sekarang
soalan sudah terjawab. Hanna masih Hanna yang dia kenal.
No comments:
Post a Comment