BAB 12
Saya selitkan pengalaman menginap di Kruger Park. National Park (Safari) yang tertua didunia. Berada ditengah-tengah hutan, middle of nowhere tanpa TV, reception telefon, mahupun siaran radio. Safari yang dikongsi oleh 3 negara. Disebelah timur bersempadan negara Mozambique dan di utara pula bersempadan negara Zimbabwe. Melihat binatang bebas tanpa dikurung. Zirafah tenang mengunyah daun yang tinggi. Springboks terkinja-kinja riang, gajah sekumpulan(lebih dari 50 ekor) mandi disungai, impala berlari-lari. Badan sumbu memerhati ditepi jalan. Takut juga, tetapi kerana ada ranger dengan senapang, buat diri rasa selamat. Tetapi di coretan ini saya coretkan kesah ke Fairy Glen, private game reserve yang sedikit kecil.
Hani memikirkan benda yang sepatutnya tidak perlu
difkirkannya. Hani memikirkan kemungkinan En. Mansor seorang businessman
agaknya, jika tidak, mana mampu hendak bercuti sekeluarga diluar negara, banyak
belanja ni… 5 orang. Bilik hotel saje kena at least 3 bilik, tiket
kapalterbang, makan, mahu puluhan ribu
ringgit terbang, just for this trip....” bisik hati kecil Hani sambil berjalan.
“Tak
apalah janji mereka beri business pada aku” getusnya lagi.
Hani
menoleh, Aqram rupanya masih di belakang. Hani dapat merasakan Aqram selalu
memadang kepadanya membuatkan Hani sedikit kurang selesa. Namun kerana tugas,
Hani mengabaikan perasaannya.
Setelah
semua penumpang berada di dalam Combi, Hani duduk di hadapan sebagai pemandu
pelancong dan mula memberi sedikit informasi di sepanjang perjalanan.
Setelah
berhenti di beberapa tourist spot untuk mereka yang berminat mengambil gambar
sebagai tanda kenangan, rombongan telah sampai di Mossel Bay. Hani
mencadangkan mereka brunch di situ
kerana tempat mempunyai beberapa restaurant makanan laut yang enak dan segar,
juga terkenal dengan tiramnya, jika berani mencuba. Tiram di makan mentah,
hanya dengan perahan sedikit limau. Ditambah pula semua restaurant disini
terletak di persisiran pantai. Pengunjung di sajikan dengan hembusan lembut
Lautan Pasifik.
Hani
memilih Kingfisher Restaurant. Hani membiarkan kaum wanita ke tandas walaupun
perjalanan tidak sampaipun 2 jam. Mungkin keerana cuaca yang dingin, memaksa
mereka kerap perlu ke tandas. Begitu
juga kaum lelaki.
Sewaktu
Hani sedang mencari-cari meja yang sesuai untuk semua, yang berhadapan dengan
pemandangan pantai yang cukup menarik. Pemandangan ombak yang berkejar,
tersusun bueh-bueh apabila sampai di hujung pasir pantai. Garisan yang
memisahkan laut dan langit yang ketara kerana cuaca amat baik hari ini. Sesekali dapat di lihat berbalam-balam
kapal berlahan bergerak di atas garisan pemisah laut dan langit. Horizon boleh dilihat dengan nyata.
Tersentak
Hani mendengar suara Aqram “Apa speciality tempat ni” tanyanya. Mengganggu Hani
yang sedang menghayati keindahan alam.
“Emm..
Encik Aqram.. , sini butter musselnya manis, nak cuba? atau dah jemu asyik
makan seafood aje tiap hari?”mesra sahaja perbualan mereka, seperti sudah kenal
lama.
“Apa nak
buat dah terpaksa, kenalah makan seafood 10 hari ni” balasnya, sambil
tersenyum.
Melemparkan
senyuman yang cukup menarik di mata Hani. Tersusun sahaja giginya yang puteh
apabila dia berbicara.
Hani
cuba mengelak dari memandang tepat ke wajahnya, tetapi tidak berjaya. Dia
terpaksa juga berdepan dengan lelaki itu, walaupun pandangan matanya selalu
kebawah.
“Di Cape
Town ini boleh makan banyak makanan halal kalau tahu mana nak cari” beritahu
Hani lagi.
“Iya?,
kami ni manalah tahu, kecualilah ada orang yang tunjukkan..” jawab Aqram
seperti memerli Hani.
Tersenyum
sahaja Hani, mendengar seperti lelaki itu ingin pertolongannnya. Namun Hani
terpaksa membataskan perbualannya, nanti disalah erti oleh yang lain.
Dari
jauh kelihatan wanita-wanita berjalan berlenggang kangkong menuju ke meja yang telah Hani tempahkan. Mereka mengambil
tempat. Begitu jugak Aqram yang sudah
sedia mengambil tempat bertentang dengan Hani.
Apabila
semua sudah mengambil tempat masing-masing, Hani menggamit tangan memanggil
pelayan untuk membuat tempahan makanan. Tidak perlu menunggu lama, pelayan yang
memakai kemeja T puteh yang tertera logo restaurant dan berseluar hitam datang
untuk mengambil tempahan. Minuman di hulurkan selang beberapa minit. Begitu
juga tempahan makanan, memang bagus layanan di sini. Hani jamin pelanggan tidak akan membebel
kerana tidak puas hati, kerana tidak ada sebab untuk berbuat demikian. Hani
memesan Garlic Bread bersama dengan butter mussel. Nampaknya Aqram juga memesan
menu yang sama. Tetapi yang lain-lain ada yang memesan spaghetti dan ada juga
seafood pizza. Nampaknya 2 keluarga dari dua negara nampak sudah mesra walaupun
hanya dalam beberapa jam sahaja bersama.
Kelihatan Puan Fatehah dan Puan Hamidah berbual mesra seperti sudah
kenal lama, begitu juga En. Mansor dan En. Zamri. Ain, Rayyan, Adeel dan Tia juga tidak
berkecuali nampak blend dengan baik sekali. Sulayman menekmati makanannya
dimeja berasingan, tempat yang agak jauh, mungkin tidak mahu mengganggu
pelancong dari Asia ini. Lagipun bukannya dia faham apa yang dibualkan, kerana
perbualan dalam Bahasa Melayu.
Aqram mula menyuap roti dan mussel butter ke mulutnya .“ hemmmm..memang
sedaplah mussel butter ni, atau sebab perut saya lapar !!” jawapan atau soalan
tidak pasti, cuba menyambung perbualannya memandang kearah Hani.
Hani hanya mendiamkan diri dan mengangkat bahu tanda tiada jawapan yang
harus diberikan. Dia tahu ayat itu ditujukan kepadanya, sambil meneruskan
suapan makanannya. Aqram agak kecewa
dengan reaksi Hani, namun di lindunginya dengan senyuman sinis.
“Lepas ni kita nak gi mana?” tanyanya lagi, cuba memulakan bicara,
walaupun dia mengetahui pertanyaannya
nampak kurang mendapat response dari Hani.
“Kita akan Wilderness, kita boleh tengok
flora dan fauna Afrika Selatan ni, harap semua ok, tak ada masalah untuk
berjalan sikit dalam 1 km macamtu” akhirnya Hani menjawab pertanyaan Aqram,
itupun kerana soalannya ada kena mengena dengan trip ini. Jika bukan soalan yang bersangkutan dengan trip,
sorry.. Hani tidak layan.
“Oh..,
boleh saya tanya soalan personal sikit” dengan berani Aqram bersuara lagi.
Banyak
pulak songel mamat ni, dah soalan
personal pulak. Dia ni dah lebih-lebih pulak. Kalau bukan kau yang tolong aku tempoh
hari malas aku nak layan, bisik hati Hani. Mahu tak mahu Hani terpaksa ajelah
tersenyum terpaksa. Menunggu soalan personal yang hendak ditanyanya.
“Dah lama CikHani kat sini, Cik Hani dengan keluarga ke?” Tanya Aqram.
Cuba mengorek rahsia, nasib baik soalan yang mudah, kalau soalan
cupumas.. sorrylah Encik Aqram, Hani tak mahu menjawab.
“Baru 6 tahun” jawab Hani pendek.
“6 tahun Cik Hani kata baru..” dengan nada terkejut.
”Kenapa tanya?” pura-pura tidak menyukai soalan yang di ajukan..
“Saja, nak tahu, tak boleh ke?” jawab seperti tidak puas hati.
“Emm..6
tahun.. lama tu.., selalu balik Malaysia ke? soalnya lagi.
“Balik
every year, cuma this year belum sempat balik lagi.. sebok sikit..” jawab Hani
tetapi mata Hani menala ke arah kedua-dua tangannya yang sedang berusaha
membuka musselnya yang tidak terbuka.
“oh…”
sambil menganguk-angukkan kepala, juga sedang berusaha membuka musselnya, cuba
mengikut rentak Hani.
Kelihatan Puan Fatihah sesekali memandang ke arah mereka.
“Terima kasih hal kelmarin, tak sangka pulak jumpa lagi hari ni” Hani
mengubah tajuk.
“Tak ada
ape ape, perkara kecil aje tu.. diri Cik Hani tu yang kena berjagajaga next
time..” kemudian Aqram tersenyum apabila Hani memandangnya. Runtuh hati Hani
melihat senyuman lelaki ini yang memang seratus peratus mengingatkan dirinya
kepada arwah. Namun dilindungkannya dengan tunduk.
Dengan
hembusan angin laut, kedengaran rioh gelak ketawa para remaja bersiar-siar di
gigian pantai. Di waktu begini tiada orang yang mandi kerana airnya dingin dan
ombak juga agak besar.
Kelihatan juga kaum ibu dan kaum bapa berbual mesra kerana dalam usaha
berkenal lebih rapat lagi. Sulayman seperti biasa selesai sahaja makan, terus
menunggu di combi. Selang beberapa minit Hani meminta semua untuk ke combi
semula bagi memulakan ke destinasi seterusnya.
Apabila semua sudah berada di tempat duduk masing-masing, Sulaymanpun
meneruskan perjalanannya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Di
sepanjang jalan ke Wilderness kelihatan ladang gandum yang sudah menguning,
hanya menunggu untuk di tuai. Hani
meminta Sulayman berhenti sebenar untuk memberi peluang mereka bergambar
berbagai aksi berlatar belakangkan ladang gandum yang sedang menguning juga
berlatarbelakang bangunan silo-silo yang tinggi. Silo adalah bangunan khas yang
digunakan untuk menimpan bijiran gandum sebelum di hantar ke kilang sebeloum
diproses menjadi tepong.
Puan Fatehah mempelawa Hani untuk bergambar bersama dengan keluarganya.
Sebagai gambar kenang-kenangan katanya. Hani tidak menolak, memang selalupun
pelancong yang dibawanya meminta sedemikan rupa. Sudah beratus-ratus gambar
yang diterimanya, dikirim oleh pengunjung.
Biasalah Sulayman sebagai jurugambar.
Hani nampaknya di sebelah Aqram, begitu rapat sekali hinggakan Hani
dapat menghidu haruman yang di pakainya, sungguh menenangkan jiwa Hani. Haruman
yang sama yang di gunakan oleh orang tersayangnya. Kenapalah ini terjadi kepadanya, lepas satu
ke satu benda yang membuat Hani perlahan tertarik kepada lelaki ini, walaupun
hatinya cuba untuk menidakkannya. Walaupun degupan jantng Hani berdebar-debar, di lindungkannya dan terus
tersenyum agar gambar yang menarik dapat di abadikan.
“Nice…”
kata Sulayman
“One
more guys…one two..cheeeese.” pohonnya lagi.
”Okey”..sambil
meangkat ibu jarinya tinggi,memberitahu bahawa gambar yang diambilnya tadi
cantik.
Masing-masing
mengubah posisi, tetapi Aqram masih berdiri disini Hani, kali ini tangannya
melengkar di bahu Hani..ha!! macammana ni, nak senyum ke tidak, risau Hani di
buatnya. Sudah berani pegang-pegang pula.Mahu tak mahu terpaksa senyum seperti
senyuman terpaksa. Selesai bergambar segera Hani menepis perlahan tangan Aqram.
“Sorry..”
itu sahaja ungkapan darinya, seperti tidak rasa bersalah, sedangkan Hani tidak
selesa diperlakukan sebegitu.
“Beautiful
family photo, picture perfect” komen Sulayman dan menghulurkan semula kamera ke
tangan umpunya, adik perempuan Aqram, Ain.
“Let
see” omel Ain
“yalah
ma, tengok Abang Aqram dengan Kak Hani macam couple la!!”
“Hiss
budak ni, buat malu Kak Hani dan Abang aje, Ain buat remarks macam tu” tegus
Puan Fatihah sedikit memarahi Ain.
“Memang
betul apa, cuma mama tengok? Kalau tak caya..” menegakkan kebenaran cakapnya
tadi.
“Sorry
Hani, budak-budak, cakap tak fikir” memohon maaf bagi pihak Ain.
“Tak
apa, tak luakpun” jawab Hani, tetapi sebenarnya geram dan tidak selesa dengan
tindakan Aqram tadi. Aqram hanya tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Sepanjang
perjalanan Hani cuba menghalakan pandangannya keluar, sambil menerangkan
sedikit sebanyak apa yang perlu. Ladang bunga matahari juga sedang kembang,
bersedia dituai untuk di buat minyak masak masak. Hani bertanya sekiranya mahu mengambil
gambar. Dan cadangan itu dipersetujui
semua, bukannya senang hendak lihat pemandangan sebegitu di Malaysia, apa tah
lagi di Singapura. Mereka berhenti seketika. Kali ini Hani hanya menunggu di
dalam combi, tidak mahu perkara yang sama berulang. Biarkanlah mereka
sekeluarga sahaja yang merakamkan apa yang perlu.
“Kak
Hani, mari ambil gambar?” Terdengar jeritan dari Ain.
“Tak apalah, Ain ajelah bergambar..” jawab Hani.
Kelihatan masing dengan gaya masing-masing bergaya. Ada yang mendepakan
tangan, ada yang meletakkan bunga matahari di sisi pipi, ada yang hanya berdiri
tegak seperti kena hokum tembak sahaja. Tersenyum Hani sendirian melihat
telatah mereka.
“Kenapa tak join..” terkejut Hani dan menoleh.
“Kenapa encik yang tak join, saya dah biasa gambar-gambar ni..” Hani
memulangkan soalan kepada soalan Aqram. Aqram mengerti dengan soalan Hani, soalan tidak
masuk akal.
“Saya
bukan suka sangat bergambar, muka tak handsome, buat spoil gambar aje, as long
as they happy, its fine with me..”
“Ehmm..”
malas Hani hendak memanjangkan bicara, pandangna masih ke arah ahli-ahli
rombongan yang masih sebok bergambar, tanpa menghiraukan kehadiran Aqram yang
berdiri terlalu dekat dengannya.
Seandainya
Aqram berdiri rapat beberapa inci lagi, pasti dia dapat mendengar betapa
kencangnya degupan jantong Hani tatkala itu.
Hati Hani juga tersentuh, sungguh baik hati lelaki ini sanggup apa
sahaja untuk mengembirakan keluarganya.
Apabila
sampai di Wilderness cahaya mentari agak silau Hani mengecilkan matanya dan
kemudian mengambil kaca mata hitam di dalam beg tangannya yang agak besar, beg
yang sentiasa di kepitnya. Kacamata hitam itu terus dipakainya. Beberapa ahli
rombongan juga berbuat demikian. Tidak terkecuali Aqram, memang bergaya dengan
kata mata hitamnya dan memakai cap yang diambilnya tadi. Sambil berjalan
menekmati keindahan alam dengan kicauan burung dan juga bunga-bunga musim luruh
yang masih kembang sebelum munculnya musim dingin. Suasana begitu indah sekali.
Jalan disusuri sambil berbual-bual semasa sendiri. Hani tidak jemu-jemu
menerangkan segala maklumat yang dia
ketahui, dan juga tidak lupa menjawab apa sahaja soalan yang di aju oleh
mereka-mereka yang ingin lebih penjelasan. Sesekali Hani menggosok-gosokkan
tangannya kerana kedinginan, walaupun cardigen sudah tersarong di badan.
“Sejuk juga musim dingin di sini ya..” Aqram cuba memulakan perbualan,
apabila diperhatikannya Hani yang masih menggosok gosok tangannya sendiri untuk
mendapatkan sedikit haba. Namun Aqram
masih kecewa, tiada jawapan dari Hani, hanya senyuman yang dihulurkan.
Hani perlu menunjukkan kemampuannya agar mereka berpuashati dengan
khidmat yang di beri. Hani berharap agar mereka akan menggunakan khidmat
syarikatnya untuk berkunjung ke tempat lain kelak. Soalan banyak diterima dari
kaum ibu, kaum bapa dan para remaja kurang.
Perjalanan di teruskan ke George sebuah pekan yang mempunyai beberapa
buah muzium. Sulayman singgah di sebuah surau kecil untuk kaum lelaki
menunaikan solat Zohor. Di sini, tempat kaum perempuan bersolat tidak disediakan
hanya untuk kaum lelaki sahaja. Kaum perempuan terpaksa menjamak dan mengqasar
waktu sembahyang mereka di hotel sahaja kerana mereka masih di dalam musafir.
Setelah melawat beberapa tempat menarik yang lain, akhirnya Sulayman
memandu pulang. Sepanjang perjalanan pulang, Sulayman tidak berhenti kecuali
atas permintaan. Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang 3 jam tanpa
henti. Gembira Hani mendengar semasa di dalam combi, masing-masing bercerita
berpuas hati dengan lawatan dan khidmat yang di berikan hari ini. Sampai semula Cape Town kira-kira 6 petang.
Sulayman menghantar keluarga Puan Hamidah dahulu.
“Tempat
mana yang perlu pergi lagi ya Cik Hani?” Tanya Puan Fathiah.
“Safari
Park Game Reserve dah pergi?” Hani memberikan cadangan
“belum” jawab singkat Puan Fatihah
“Safari
elok pergi bermalam, kalau day trip tak rasa thrill” Hani cuba memberikan
pandangannya.
“For me
not so much for the thrill, may be just for experience lah kot, but the rest
tak tahu lah, abang rasa macammna?” Tanya Puan Fatihah kepada suaminya.
“Tanya
Aqram la… dia yang bayar?” Encik Mansor memberikan jawapan.
“Oh..
dia yang sponsor rupanya, tapi mana isterinya atau anaknya, takkan tak
berkeluarga lagi ” Hani berkata didalam hati
“Kalau
Cik Hani guide us, why not” jawabnya
“How
much is the package, Cik Hani boleh tolong uruskan?” Puan Fatihah membuat
permintaan agar Hani sebagai pemandu pelancong mereka sekali lagi.
“Boleh,
tapi saya kena tengok schedule dan arrangement di ofis dulu, sebab we are out
of two staffs at the moment” kenapa Hani menjelaskan masalah pejabatnya
tidaklah Hani peerasan, bukanpun mereka perlu tahu apa masalahnya di pejabat.
“Bila
cadang nak pergi” tanya Hani lagi.
“How
about lusa, Wednesday, tinggal berapa hari aje, Sunday dah nah balik” Aqram
memberi penjelasan.
“emmm..
let me see, I can arrange for your trip and accommodation but I cannot commit
myself to join” jelas Hani.
“Ala Kak
Hani, marilah ikut, best kalau Kak Hani ada join sama at least Kak Hani boleh
temankan Abang Aqram, sekurang-kurangnya taklah meroyan dia sorang-sorang” Ain
memujuk.
“Hiss
adik ni..” tegur Aqram kepada adik perempuannya.
Rayyan hanya sebok dengan komputer gamenya sahaja.
”Ops..
sorry bang” balas Ain.
Hani
terpinga-pinga tidak mengerti apa yang cuba di sampaikan oleh Ain melalui
perbualannya. Hanya keluarga itu sahaja yang mengerti. Puan Fatihah menjeling kearah Ain. Ain faham,
mamanya marah kerana mulut celuparnya.
Hani pun
tidak mahu tahu. Apa yang sedang dalam fikirannya sekarang ialah sama ada
menerima tawaran mereka sebagai guide atau hanya mengatur perjalanan mereka.
Jika Hani terima sebagai guide tentu bayarannya lebih sedikit, manakala kalau
mengatur sahaja lojing dan perjalanan mereka, syarikatnya hanya mendapat
komission sahaja.
“Biar
saya call pembantu saya sekejap ya? Nak booking berapa bilik ya Puan..” tanya
Hani hormat.
“Aqram,
nak berapa chalet ya? Two chalet with 2 rooms hah.. cukup rasanya” Puan Fatihah
mengajukan pertanyaan kepada Aqram.
“I think
so. Cik Hani boleh suggest lah mungkin lebih baik cik Hani arrange, I suppose
you know better...”jawabnya ringkas.
Hani mengangguk-angguk tanda sependapat dengan
Aqram.
Hani lantas menekan keypad -telefonnya. Nama ofis di cari, kemudian
melekapkan telefon ke telinga. Hanya deringan yang kedegaran, “Zariath, hello Zariath, its me”
memulakan perbualan telefon sebaik sahaja mendengar suara Zaariath di hujung
talian.
”Could
you check for me whether Fairy Glen
available on Wednesday?” lancar sahaja perancangannya.
“Yes..
yes.. on Wednesday” dan Hani menunggu sebentar, menunggu jawapan dari Zarith di
hujung talian.
”eh em..
yes..ok” bernada lega, kendur sahaja suaranya.
“Check Fairy Glen for 2 chalet with 2 rooms
and 1 single chalet for me please.. and 1 for Sulayman of course, I wait for
your call ya? “
“ehem..
ehemm, yes..yes..” itu sahaja perbualan yang terdengar.
“Bye”
Kelihatan
Aqram tersenyum dengan berita yang dia curi dengar, statement “1 single chalet for me“ iaitu sebuah bilik
untuk Hani. Menunjukkan Hani akan ikut serta. Tajam pendengarannya, terutama
apabila mengetahui Hani akan turut bersama.
“Ya
puan, kejap lagi pembantu saya akan call saya balik” tangan masih memegang
telefon mobilenya.
”Cik Hani ikut sekali kan..?” soalan Puan Fatihah sudah terang lagi
bersuluh.
“Insyallah, nampak gayanya macam tu la..” jawab Hani perlahan. Kini dia sangsi, sama ada dia membuat keputusan
untuk bersama mereka itu, satu keputusan yang betul atau tidak. Dia masih ada masa untuk menarik balik
keputusannya.
Dalam
memikir-mikir keputusannya, tahu-tahu Sulayman telah berhenti di hadapan hotel
penginapan mereka.
“Dah
sampai, mungkin semua dah penat dan semua nak berehat kan.., jumpa lagi on
Wednesday then” belum sempat Hani menghabiskan kata-katanya, telefon bimbitnya
berbunyi lagi.
Hani
menjawab segera panggilan yang diterima.
“Yes
Zariath, ok, thank you”
“Zariath
just informed me that everything have been booked, insyallah jumpa lagi hari
Rabu, by 7.30 am sebab journey ke Glen Fairy is around 2 hours. Kita kena singgah beli daging halal untuk
barbeque malamnya, saya akan bawa pembakar saya nanti, boleh juga beli
barang-barang snack nanti sekali” Hani mengatur perancangan. Nampak gayanya
keputusan yang diambil ialah untuk turut serta.
“Good
idea jugak tu, Aqram will bare all the cost nanti, ya kan Aqram” Puan Fatihah
tanda setuju, yang lain pun macam bersetuju.
Tetapi
Aqram tidak berkata apa-apa, mungkin juga bersetuju kerana tiada bantahan
darinya. Masing-masing keluar menuju ke lobby hotel. Hani berdiri di depan
pintu combi sambil memerhatikan mereka sehingga masuk ke dalam hotel. Sampai di
pintu hotel, Aqram menoleh kebelakang sambil tersenyum ke arah Hani. Laju
dengupan Hani melihat senyumannya, cepat-cepat dilindungnya dan terus masuk ke
combi. Sulayman memandu menuju pulang ke pejabat kerana Zariath sedang
menunggunya.
Hani
telah memesan Zariath untuk menunggunya kembali ke ofis, sebelum menutup ofis
untuk mengetahui jobs baru yang mungkin telah di rangka oleh Zariath.
Zariath
telah memaklumkan Hani beberapa tempahan yang telah diterimanya sepanjang
ketiadaan Hani. Zariath memberiahu Hani jumlah yang perlu di bayar untuk
tempahan ke Glen Fairy dan juga memaklumkan Malan sudah menyelesaikan tugasnya.
Hani juga meminta Zariath untuk membuka dan menutup pejabat pada hari Rabu
kerana dia akan bermalam di Glen Fairy. Zariath tidak membantah, dia sudah
biasa menjalankan tugasnya. Sulayman pula perlu datang awal, ini juga tidak
menjadi masalahnya, sekurang-kurangnya dia akan dapat bayaran kerana bekerja
lebih masa. Apabila semua perancangan disusun, Hani membenarkan Zariath pulang dan
seperti biasa dia yang menutup pejabat
Di
hati Hani menyanyi riang, Allah pinjamkan sikembar Khasif untuk beberapa hari
lagi bersamanya.
No comments:
Post a Comment