Bab 1
“Hari ini kita nak sarapan apa ya?”
tanya Rayhannah yang masih berpyjama biru polkadot puteh, bersandar di pintu
masuk dapur. Bertanya kepada Maisarah yang baharu
sahaja keluar dari bilik air hanya dengan berkemban tuala warna burgundy dengan
rambutnya yang dililit ala turban dengan tuala warna yang sama.
Sarah angkat bahu?
Manalah dia tahu? Dari dari dalam bilik air.
Dalam bilik air adakah benda-benda untuk persediaan sarapan?
Wahai cik Hanna, kut iapun hendak bertanya, tunggulah dia berpakaian dahulu.
Sarah angkat bahu?
“Apa yang kita ada?” akhirnya berjawab
juga soalan Hannah, Sarah menjawab sambil berjalan pantas masuk ke bilik mereka. Bilik yang
dikongsi bersama sudah lebih dari 2 tahun.
Kawan punya pasal, terpaksa juga dijawabnya.
Kawan punya pasal, terpaksa juga dijawabnya.
Ahh.. malas Hannah hendak menunggu kawannya yang seorang itu. Hannah membuka peti sejuk. Satu pertiga
badannya yang kecil sudah hampir masuk ke dalam peti sejuk tersebut, membongkok
melihat semua shelf dari atas terus ke bawah. Hannah terpaksa membongkok
kerana memang tidak semua barang yang berada di dalam peti sejuk tersebut dapat
dilihat sepenuhnya, jika hanya dengan berdiri di depan pintu. Bukannya banyakpun
barang yang disimpan di dalamnya. Semua yang adapun adalah keperluan yang penting-penting
sahaja. Maklumlah pelajar, manalah ada banyak duit hendak stock barang makanan.
"Alamak.. dia lagi.." riak tidak puas hati Hanna terkeluar, walaupun hanya berkata di dalam hati.
Hanna menarik tangan Sarah, terkejut Sarah.
Perut sudah berkeroncong, mata Hannah
memandang ke arah jam dinding bulat jenama Seiko yang sudah lama berkhidmat. Telah
berkhidmat 3 tahun, selama tuannya menjadi penghuni rumah sewa kecil ini.
“ Oooh.. patutlah perut sudah menyanyi,
sudah hampir jam 11 pagi. Nampaknya kena prepare brunch, bukan sarapan lagi”
bisik hati kecil Hannah.
Hari cuti hujung beginilah halnya mereka
berdua. Mereka membalas dendam dengan
bangun tidur lewat. Tidak perlu bangun awal untuk ke train station, berebut
dengan beratus-ratus penumpang lain yang perlu sampai ke destinasi yang dituju
demi mencari rezeki untuk dirinya sendiri dan keluarga masing-masing. Begitulah
routine pelajar-pelajar di Zurich University, di negara Eropah yang kedua
paling mahal taraf kehidupan mereka selepas Denmark.
Tidak ramai pelajar Malaysia yang
menuntut ijazah kedoktoran di sini. Boleh dibilang dengan jari, tidak sampaikan
30 orang. Ramai pelajar yang menuntut di United Kingdom, America Syarikat,
Australia atau di Korea Selatan dan
Jepun. Diterima menuntut di sini, bagaikan mendapat durian runtuh, kerana
mereka adalah penuntut yang terpilih, penuntut yang benar-benar layak, bukan
calang-calang penuntut. Dari itu mereka amat berbesar hati dipilih dan berjanji
akan menunaikan amanat yang begitu besar maknanya bagi Negara dan juga kepada keluarga
Hannah dan Sarah.
Tambahan pula mereka bukan datang dari
keluarga berada, Bukan dari gulungan anak businessman, atau anak Dato’ atau Tan
Sri. Mereka dari keluarga golongan sederhana. Farah Rayhannah anak sulong
daripada 3 beradik kepada guru besar Romzi dan cikgu Sumayyah. Siti Maisarah
pula anak bungsu Encik Yusri seorang Juruteknik dan ibunya Puan Siti Maizatul
seorang kerani. Kedua-dua mereka bekerja di Kementerian Tenaga dan Sumber
Manusia. Nampaknya Hannah dan Sarah, kedua-duanya anak kakitangan Kerjaaan. Dari
keluarga middle class. Mereka berdua tercampak di bumi Eropah ini pun di atas rezeki Kerajaan, mereka
tajaan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Nampaknya apabila mereka tamat belajar
nanti, mereka akan mengikut jejak keluarga mereka, bekerja dengan Kerajaan.
Hasil mengeledah peti sejuk, Hannah
berhasil mengeluarkan bungkusan lebihan fish cake dan fish ball yang entah bila
mereka beli di kedai India muslim. Satu-satunya kedai yang membekalkan makanan
halal. Hannah kurang pasti, mungkin
sudah sebulan, atau mungkin juga lebih, berada sejuk di compartment beku. Di
compartment dingin pula, Hannah mengeluarkan 2 tangkai sawi hijau yang sudah
banyak daunnya yang kuning dari yang hijau, setengah cili merah dan sejoreng
kobis yang masih puteh warnanya. Semua barangan tersadai di atas meja empat
segi kecil, meja makan dan juga dijadikan meja untuk menyediakan makanan.
“Hemm..Sarah..kau ada nampak telur tak?
Aku rasa telur ada lagi, dalam dua biji..” jerit Hannah lagi kepada temannya
yang masih berada di bilik, tidak keluar-keluar. Lambat betul bersiap, hendak
ke mana bersiap begitu lama?
“Eh… sorry..sorry.. aku dah gunalah,
lupa nak beritahu kau, aku rebus maggi masa kau balik lambat last week.. sorry
ya.. terlupa nak beli, nanti aku ganti
balik la..” jawab Sarah sedikit menjerit dari dalam bilik.
Hannah julingkan mata ke siling. Apa
punya kawan, ingatkan tembolok sendiri aje. Nasib baik kau kawan baik aku,
kalau bukan, mahu rasanya Hannah minta ganti semula dua biji telur yang
sepatutnya sebiji menjadi bahagiannya, sekarang ini juga. Namapun berkongsi,
segalanya mesti berkongsi. Bukan pulun sorang-sorang!.
Kemudian tangan Hannah mengambil sawi
dan mengasingkan daun yang kuning, hanya mengambil yang masih hijau. Kerana
harganya yang mahal, kuning sedikit tidak menjadi hal, janji ada sayur.
“Hem.. boleh buat apa ek!” terus tangan
meraba-raba di tingkat paling atas cabinet dapur, dengan harapan adalah lebihan
speghati atau bee hoon. Raba punya raba, tetapi hampa, tidak ada satu bendapun
di dalam cabinet dapur itu.
Hanna tarik nafas.. hendak makan apa?
Digarunya kepala yang tidak gatal. Memang dia sudah tahu, beras sudah habis. Semalam adalah beras yang terakhir digunakan. Hendak membeli terpaksa pula berjalan kaki lebih dari 20 minit, ke shopping komplek yang paling hampir. Tetapi satu lagi masalah, hari ini hari cuti, semua komplek tutup, kecuali yang berada di Zurich Bahnhof (Station keretapi Zurich)
Digarunya kepala yang tidak gatal. Memang dia sudah tahu, beras sudah habis. Semalam adalah beras yang terakhir digunakan. Hendak membeli terpaksa pula berjalan kaki lebih dari 20 minit, ke shopping komplek yang paling hampir. Tetapi satu lagi masalah, hari ini hari cuti, semua komplek tutup, kecuali yang berada di Zurich Bahnhof (Station keretapi Zurich)
“Kita makan apa?” terkejut Hanna yang
sedang memikir dengan pertanyaan Sarah.
Tidak memberi salam langsung, terus terjah aje!! Hisy...
Tidak memberi salam langsung, terus terjah aje!! Hisy...
“Tak ada apa-apa..ingatkan nak masak mee
goreng ke atau bee hoon..bahan ada, meenya yang tak ada..” kata Hanna, kendur
sahaja.
Perut terus berbunyi, memanggil-manggil minta diisi.
Perut terus berbunyi, memanggil-manggil minta diisi.
Dibukanya cabinet dapur yang paling
bawah. Dilihat ada sedikit tepung gandum, masih di dalam bungkusan kertas.
“Kita makan cucur ajelah dulu.. cucur
kosong. Lepas ni kita pergi beli barang. Kau pun kena ikut, asyik aku aje yang
pergi beli.. penat tau?’ rungut Hanna.
Hanna menjeling temannya.
Hanna menjeling temannya.
Sarah hanya sengeh. Memang dia selalu
pengelat, ada sahaja alasan jika disuruh berbelanja. Bukan dia kedekut duit,
tetapi malas, culas!
Laju sahaja tangan Hanna membancuh
tepung. Sarah telah menaikkan kuali leper berisi minyak masak di atas dapur
induction. Kemudian dia membancuh dua milo panas. Satu untuk dirinya dan satu
untuk Hanna. Pandai pula dia mengambil hati temannya. Sekurang-kurangnya Milo
panas dapat menyejuk hati Hanna yang sedikit angin.
Nasib baik ada tepung, penyelamat, jika tidak mereka
terpaksa berpuasa setengah hari.
Hanna mencapai kot tebalnya sebaik
sahaja dia menyarung kasut bot paras lutut. Sarahpun sama berpakaian
sedemikian. Musim luruh tahun ini agak
dingin, sehinggakan terpaksa memakai baju yang sepatutnya dipakai dua bulan
lagi, apabila musim dingin bermula. Mereka menuju ke station tram yang jauhnya
5 minit berjalan kaki.
Sampai sahaja tram no. 8, mereka terus
menekan butang pintu agar pintu terbuka untuk mereka masuk keperut tram. Tiket
tidak perlu dibeli kerana mereka mempunyai season tiket yang valid selama
sebulan, lagi tiga minggu untuk diperbaharui. Di dalam tram agak penuh, ramai
pula yang hendak ke pekan Zurich rupanya dihujung-hujung minggu. Hanna dan Sarah berjalan terus
ke belakang tram, dengan harapan ada tempat kosong. Tram bergoyang-goyang mengikut track. Nasib Hanna baik, ada satu
seat yang kosong di sebelah seorang lelaki muda. Nampak seperti lelaki Asia,
tetapi mungkin juga bukan, kerana kadang kala lelaki America latin atau Italy
juga seperti orang Asia. Hanna memberi isyarat mata agar Sarah sahaja yang duduk,
sebaliknya Sarah pula meminta Hanna yang duduk. Akhirnya Hanna yang duduk.
Hanna perasan si lelaki
terpandang-pandang kepadanya, namun Hanna hanya berdiam diri. Takkan pula dia
hendak marah, bukannya dia buat salahpun.
“Ensculdigen (excuse me, dalam bahasa
Swiss German) katanya." Hanna menoleh,
kenapa pula, dia bersuara?
“Orang Indonesia ka?” tanyanya.
Hanna terkejut, orang sebelahnya berbahasa melayu.
Hanna terkejut, orang sebelahnya berbahasa melayu.
“Tak! Malaysia..” jawab Hanna pendek. Orang sudah bertanya, takkan hendak bergalak sombong pula.
“Ohh.. Malaisyia..ingatkan tadi orang
Indonesia tadi, kerana cara kerudung persis gaya orang Indonesia.. saya orang
Indonesia..” katanya.
Hanna hanya angguk. Dia lelaki Indonesia rupanya. Terover ramah pulak lelaki Indon ini Hanna hanya mendiamkan diri, tidak mahu pula memanjangkan perbualan, cukup hanya perbualan didalam tram sahaja.
Hanna hanya angguk. Dia lelaki Indonesia rupanya. Terover ramah pulak lelaki Indon ini Hanna hanya mendiamkan diri, tidak mahu pula memanjangkan perbualan, cukup hanya perbualan didalam tram sahaja.
Lepas satu station ke satu station tram
berhenti untuk mengambil dan menurutkan penumpang, akhirnya mereka sampai di
station terakhir, pekan Zurich. Merekapun turun.
“Siapa lelaki tu Hanna, kau kenal ke?” tanya Sarah, kerana dia memang
perasan lelaki itu menegur Hanna.
“Tak, aku tak kenal dia, tapi dia orang
Indon..” kata Hanna.
“Indon..!” ulang Sarah, nada terkejut.
"Hem.." Indon, ulang Hanna. Apa yang hendak terkejutnya, memang ramai orang asia di Zurich ni, orang Malaysia, Indonesia, India, Pakistan ... namapun bandar cosmopolitan. Apa yang hendai dihairankan.
"Hem.." Indon, ulang Hanna. Apa yang hendak terkejutnya, memang ramai orang asia di Zurich ni, orang Malaysia, Indonesia, India, Pakistan ... namapun bandar cosmopolitan. Apa yang hendai dihairankan.
Mereka terus berjalan menuju ke kompek
membeli belah, satu-satunya komplek yang dibuka pada hari Ahad.
“Permisi saudari.. saya masih lagi baru
di sini, baru sampai kelmarin.. katanya ada toko untuk berbelanja.. boleh
tunjukkan saya..” tiba-tiba Hanna dan Sarah menoleh kebelakang, kearah suara.
Suara dari lelaki Indonesia yang Hanna cuba hindari.
"Alamak.. dia lagi.." riak tidak puas hati Hanna terkeluar, walaupun hanya berkata di dalam hati.
Namun mereka terhenti. Hanna memandang Sarah.
Masing-masing tidak pasti, sama ada mahu membantu atau tidak.
“Ya.. saudara, kamipun memang hendak
pergi berbelanja, bolehlah ikut..” kata Hanna, kasihan pula Hanna kepada lelaki
itu. Andainya dia tidak membantu, siapa lagi yang akan membantu, bukan senang
di sini, kebanyakannya hanya boleh berbahasa German atau Perancis. Bahasa
Inggeris ada juga, tetapi jika bernasib baik bertemu dengan orang yang boleh berbahasa Inggeris.
“Terima kasih..” laju sahaja dia
mengejar Hanna dan Sarah.
Kenapa pula dia bersendirian, kenapa tidak keluar dengan teman-teman Indonesia yang lain. Tambah-tambah baru sampai. Banyak pulak soalan bermain dikepala Hanna.
Kenapa pula dia bersendirian, kenapa tidak keluar dengan teman-teman Indonesia yang lain. Tambah-tambah baru sampai. Banyak pulak soalan bermain dikepala Hanna.
“Saya Adi..Adi Irwan Kesuma.., panggil
aje Adi..” kata Adi memperkenalkan diri.
“Saya Hanna dan ni kawan saya
Sarah..kenapa Adi tak keluar sama teman-teman lain?” Hanna hendak menjadi polis
pencen pula. Kerana soalan itu berlegar-legar dikepalanya. Dari memberatkan kepalanya baik sahaja dia tanya, sekurang-kurangnya mendapat jawapan.
“Saya ada dua teman serumah, tapinya
mereka sudah keluar tinggalkan saya. Mereka ingatkan saya lagi tidur .. jetlag" jawab
Adi. Masuk akal alasannya bagi Hanna. Diapun dahulu mengambil masa hampir seminggu untuk melawan waktu.
“Satu jam saya tunggu, ingatkan mereka
pulang, saya bingong..terus saja saya keluar sendirian..” jawabnya lagi
“Tambah lagi, perut ini sudah minta
diisi.. masa in cukup dengan roti seh..” tersengeh sahaja Adi, sebenarnya dia
lapar.
Mana tidak lapar, waktu di Indonesia sudah 6 petang tu.. Tanah airnya 7 jam kehadapan, sama dengan Malaysia. Hanna yang sudah biasa dengan waktu tempatanpun perut berkeroncong, inikan pula si Indon ini.
“Ohh. Gitu..ingatkan dah lama kat sini.. tadi bukan main lagi pandai cakap german?” tanya Hanna. Inginkan penjelasan yang tadi pandai berbahasa German.
"Mana?" sebaliknya Adi bertanya semula kepada Hanna.
"Yang Enschuldigen.. tu lah.. saya dulu nak sebut pun tergeliat lidah tau? tadi saya dengar macam bagus aje awak sebut?" kata Hanna lagi.
"Oh.. yang itu..itu saya practice sejak kelmarin.. itu sahaja pun perkataan yang saya tahu.." jawab Adi, innocent. Semua tergelak.
Memangpun Bahasa German ni tidak mudah, Hanna dan Sarah yang sudah lebih 2 tahun disinipun hanya mengetahui bahasa yang basic sahaja.
"Mana?" sebaliknya Adi bertanya semula kepada Hanna.
"Yang Enschuldigen.. tu lah.. saya dulu nak sebut pun tergeliat lidah tau? tadi saya dengar macam bagus aje awak sebut?" kata Hanna lagi.
"Oh.. yang itu..itu saya practice sejak kelmarin.. itu sahaja pun perkataan yang saya tahu.." jawab Adi, innocent. Semua tergelak.
Memangpun Bahasa German ni tidak mudah, Hanna dan Sarah yang sudah lebih 2 tahun disinipun hanya mengetahui bahasa yang basic sahaja.
“Okey.. lah, nil ah tempat untuk
berbelanja..” kata Hanna lagi, apabila sudah sampai di Migros, supermarket yang
menyediakan segala keperluan harian.
“Adi.. sampai kat sini ajelah.. nanti
pulang sendiri pandai tak?” tanya Hanna.
“Pulang? Pulang bisa aje sendiri.. tapi
jika ada teman, lagi bagus..” katanya.
Aduh.. jadi hal pulak.. kena bantu si
Adi sampai sudah nampaknya.
Hanna menarik tangan Sarah, terkejut Sarah.
“Macammana Sarah?” tanya Hanna kepada
Sarah.
“Kita tolong ajelah Hanna, bukan rugipun
dapat pahala lagi ada..” jawab Sarah
Hanna tarik nafas panjang. Nampaknya hari
ini, Hanna jadi tour guide tidak bertauliah. Tour guide pun tour guidelah,
janji ikhlas.
No comments:
Post a Comment