BAB 36
Pendek sahaja taklimat yang
diberikan oleh penganjur. Tidak sampai satu jam pun.
Refreshment disediakan, finger food sahaja, tetapi mengenyangkan juga. Dengan
mini pizza dan sandwiches tuna, air panas kopi, teh juga pelbagai juice
buah-buahan. Erin sudah
tidak mahu mengambil makan malam dan hanya berhasrat untuk sahaja berehat di biliknya.
Pertemuannya dengan Huzaimi petang
tadi sedikit sebanyak menyesakkan dadanya, walaupun dia sudah berjaya melupakan
lelaki itu, tetapi sedikit cemburu melihat kebahagiannya. Erin pernah
mengimpikan akan hidup bersama lelaki itu, kini bahagianya di samping perempuan
lain. Ternyata Erin bukan orangnya, kerana ada perempuan yang lain yang lebih
memerlukannya. Yang sebenarnya bukan jodoh, itulah rahsia jodoh, Tuhan pasti
memenukan yang sesuai sebagai pasangan hambanya.
Walaupun kini, Erin boleh juga sudah
bahagia. Bahagia di samping teman istimewanya, Mohamad
Mikhail Hamzah. Masih belum mampu mengistiharkan dia jodohnya, selagi Karl
tidak berjabat tangan dengan tok kadi dan menyebut namanya.
Mengenai dinner, Erin akan menemani Karl jika dia ingin keluar
mencari makan malam, kerana ini tidak menjadi masalah kepada Erin, walaupun dia
sudah kenyang. Dia tidak mahu memikirkan hanya diri sendiri sahaja, hati Karl
juga perlu dijaga. Kena
belajar bertolak ansur, Karl berusaha untuk mengembirakannya, dia juga perlu
berbuat demikian. Kenapa tidak, bila orang lain boleh berbuat baik dengan kita,
balasan baik juga perlu kita hulurkan. Yang hairannya Karl juga tidak berhasrat
untuk mengambil makan malam, apabila ditanya oleh Erin. Sama ada dia memang betul-betul sudah kenyang atau tidak mahu
menyusahkan orang lain, tidak tahulah. Wallahualam.
Sebelum tidur, Erin bersantai di balkoni
di bawah sinaran bulan dan bintang juga hembusan angin laut Hindi. Malam ini
sungguh indah, bintang berterabor mengelilingi bulan yang sungguh terang memancarkan
cahayanya. Dengan mug berisi kopi panas, dia meneguknya perlahan, beberapa
keping biskut kering Tek Lee di dalam piring. Biskut yang dibelinya di Giant
Putra Height tempoh hari turut disumbat ke dalam beg pakaiannya sebagai
kudap-kudap. Bukannya dia lapar, hanya memastikan perutnya berisi sebelum tidur.
“Ehem.. tak tidur lagi ke?” terkejut
Erin. Erin menoleh ke arah suara berdehem.
Karl rupanya di balkoni sebelah,
menegurnya apabila dia perasan Erin sudah melabohkan ponggongnya di kerusi.
Terkejut juga dia pada mulanya, tetapi kemudian terasa lega apabila mengetahui
Karl juga belum tidur walaupun sudah hampir jam 11 malam. Sekurang-kurangnya
Erin tidak bersendirian, ada juga teman berbualnya malam yang indah ini.
“Belum, cik abang oi.. next time
berilah salam dulu bila nak tegur, especially malam-malam macam ni, nasib baik
I tak ada masalah jantung, kalau I pengsan tadi, siapa nak bantu I?.“ berleter
Erin apabila Karl menegurnya, yang membuatkan dia sedikit terkejut. Karl hanya
membulatkan matanya, mungkin menyedari silapnya.
“You pun tak tidur lagi jugak.., nak
kopi I buatkan” lepas berleter, nak offer kopi pulak, pandai Erin cover line.
“Boleh jugak.. black without
sugar.. sorry ah tadi tak beri salam, I ingat you sedar I ada” Karl memberi
penjelasan.
Tiada jawapan dari Erin, dia bangun
dan berlalu masuk. Sekarang Erin tahu
Karl mengambil kopi tanpa gula. Tak sampai 2 minit Erin menghulur mug berisi
kopi dan beberapa keping biskut kering dihulur di celah gerigi besi, penghadang
di antara balkoni. Mug dan biskut disambut Karl dan duduk semula di kerusinya. Sambil menghirup perlahan kopi panasnya yang
disediakan Erin, diselang dengan suapan biskut. Masing-masing menghirup air di mug
masing-masing. Erin dengan Teh-Onya dan Karl dengan Kopi hitam tanpa gulanya.
Ingatkan dia hanya suka milo ice
sahaja, kerana setiap pagi itu sahaja yang menjadi minuman pertamanya. Rupanya Erin silap, dia juga peminum
kopi, tetapi tanpa gula… hemm typical mat salleh.. black coffee without sugar.
“Esok sarapan, Erin buat miss call boleh tak?, when you are ready, but before 7.30 of course, jangan lambat
sebab kita kena ambil teksi untuk ke sana..” Karl meminta Erin membuat miss
call dan menunggunya didepan pintunya, bukan sebaliknya kerana mengetahui
perempuan di balkoni di bilik sebelah ini bersiap lambat, lelaki sepertinya
mudah sahaja bersiap. Zup..zup..zup.. siap!
“Hemm.,, ya la...” tangan Erin mengambil semula mug yang sudah
kosong, dihulur oleh Karl. Erin lihat mug sudah kosong.
Habis, pandai jugak rupanya Erin membuat
kopi untuknya. Easy pizy, bukannya susah, hanya perlu menuang air panas ke dalam
mug yang sudah ada serbok kopi. Perbualan terhenti setakat ini buat malam ini
kerana esok ada tugasan yang lebih penting perlu mereka laksanakan.
Kedua-duanya masuk merehatkan diri
untuk tugasan yang menunggu esok harinya. Namun Erin masih tidak dapat
melelapkan mata, Erin memikirkan, Karl semakin hari semakin dekat di hatinya. Dah
macam mempromosikan TV9 pula.
Pertanyaan Karl sama ada sudah
bersedia dengan title tunang betul-betul bukan olok-olok siang tadi bermain di kepala
kerana Karl sudah bersedia untuk title itu. Erin juga dapat merasakan dia juga
sudah bersedia untuk menerima lelaki ini lebih dari couple, tetapi biarkanlah
seketika dahulu. Elok juga dari menambah dosa-dosa kecil yang telah sedia ada.
Nanti-nanti sahaja di jawab soalan itu.
Yang penting tugasan esok perlu dilaksanakan dengan baik. Soal
peribadi kena tolak tepi buat sementara. Info Harian perlu mendapat liputan tip
top daripada mereka.
Pembukaan Pesta Air akan berlangsung
jam 10.00 pagi. Erin
tersenyum sendiri. Pesta Air Pulau Pinang 2014 here I come.
BAB 37
“Karl, tengok ni..” sambil tangan mengangkat helaian surat khabar
dengan wajah yang sungguh gembira. Erin senyum sampai ke telinga. Ceraian surat
khabar dibawa ke hadapan Karl yang sudah berdiri di tempat duduknya. Gembira
sungguh Erin dan Karl apabila melihat keratan akhbar, rencana Pembukaan Pesta
Air Pulau Pinang 2014 diletakkan di muka tengah siaran Info Harian hari ini.
Mereka merasakan ianya adalah satu penghargaan buat mereka. Cantik
gambar-gambar berwarna yang telah di edit Karl. Dimuatkan 2 muka penuh. Gambar
Menteri Kebudayaan memotong reben di kepala salah satu perahu yang berbentuk
burung jentayu dan bersebelahan dengan perahu yang berkepala naga. Memang
cantik dan berwarna warni. Bukan itu sahaja, banyak lagi gambar-gambar yang
diambil oleh Karl begitu mempersonakan. Tidak terfikir oleh fikiran orang yang
bukan photographer sepertinya. Sehinggakan percihan air dari dayungan setiap
perahu nampak seolah-olah hidup. Karl memang hebat dalam soal photography,
tidak dapat disangkal. Encik Lokman sungguh berpuashati. Erin dan Karl
lebih-lebih lagi, 2 muka surat penuh muka tengah tu. center fold lagi tu.
Sungguh berbaloi apabila kerja di hargai.
Setiap laporan yang tersiar diakhbar yang tertera namanya, Erin
simpan untuk di buat sebagai scrap book. Untuk kenangan dan juga untuk tatapan
anak cucu, manalah tahu, sekurang-kurangnya mereka dapat melihat hasil kerja
neneknya satu hari nanti. Jauh betul perancangan Erin, yang hairannya kahwin
pun belum lagi dah fikir pasal anak cucu.. ishy.. ishy..ishy.. berangan tak
sudah-sudah.
Itu semua asuhan dari mama Suzie.
Sejak dia kecil lagi, setiap gambarnya yang tersiar di dalam akhbar
tempatan semasa di luar negeri dahulu, sewaktu aktiviti sekolah pasti
ditampalnya ke dalam album. Adalah beberapa keratan, tidak banyak, tetapi cukup
berharga dan bermakna. Kadangkala tersenyum sendiri apabila melihat semula
gambar-gambar tersebut. Gambar semasa di Australia, Erin bermain netball,
perlawanan persahabatan di antara Sekolah International dengan sekolah local,
waktu itu Erin baru berumur 9 tahun. Gambar Erin membuat show recital bermain
guitar dimajlis penutup tahunan sekolah dan satu lagi gambar Erin membuat
persembahan tarian India sempena Divali. Semua ada di simpan dan masih cantik
di dalam album, siap write upnya sekali.
Semasa di Qatar pula, gambar Erin menjadi young entrepenuer di Qatar English School. Semasa ini Erin sudah
tahun akhir untuk IGSCE. Dan gambar yang meninggalkan kesan, ialah keratan
akhbar di mana Erin dan kawan-kawan dibenarkan untuk membuat United Nations
mock representations. Terserlah Erin
dengan baju blouse merah menyala dipadankan dengan skirt paras lutut hitamnya. Membuat lakunan perbahasan mengenai isu-isu
hangat dunia dikala itu.
Sejak dengan Info Harian, saban hari
namanya tersiar, lagilah penuh scapbooknya, Sepanjang 9 bulan disini, termasuk
article hari ini sudah 5 buku yang
lengkap dan buku yang ke 6 juga hampir penuh. Keep it up Erin!!
***
Mata Erin difokuskan ke arah skrin
computer. Berkerut mukanya cuba memikirkan apa yang harus dilaporkan, tetapi
tidak berjaya. Entah kenapa otaknya beku. Beku seperti air batu di kutub
selatan. Erin seperti ketandusan idea. Sudah dua hari dia begini, dua hari yang
bosan, dua hari yang tiada erti bagi dirinya, dua hari seperti tidak ada mood
untuk bekerja, dua hari yang resah dan dua hari otaknya tidak dapat
mengeluarkan idea-idea seperti selalu. Yang dia tahu sudah dua hari Karl ke
Sabah bersama Abang Sam membuat liputan bagi Mesyuarat Limbang. Sunyi betul Erin dirasakannya, sesekali dia
menoleh kebelakang, menala tempat duduk Karl yang kosong. Sudah dua hari tidak
ada penghuni. Itulah di katakan orang tua-tua, tidak dapat jumpa orangnya,
dapat tengok tempat duduknyapun jadi la. ..
Kathy menjeling-jeling melihat Erin
yang sudah dua hari seperti kucing hilang anak, tidak tentu arah, buat itu tak
kena, buat ini pun tak kena. Tidak banyak bercakap, tiba-tiba jadi pendiam apa
kes? Dia kenal Erin, Erin bukan begini. Tiba-tiba menjadi perempuan pendiam
yang selalunya becok. Ini mesti ada hal lain. Dia
tersenyum sumbing.
“Hey.. kenapa Rin, I tengok tak tentu arah aje..aha.. rindu abang kat belakang tu ke... ?” tegur Kathy
“Mana ada?” cepat sahaja jawapannya
melindung serkap jarang yang diajukan oleh Kathy yang sebenarnya serkap jarangnya kena tepat. Masih
lagi cuba berselindung, sedangkan pergerakannya sudah nampak ketara.
“Rin, I pun pernah macam tu dulu,
janganlah nak sorok, kalau rindu call aje dia..“ sambil tersenyum.
Erin hilang punca untuk menjawabnya.
Nampak ketara sangatkah dia bila ketiadaan Karl!… nak buat macam mana memangpun
dia rindukan si mamat sorang ni. Apa yang dia mampu sekarang ini ialah
tersengeh sahaja. Kalau ada depan mata tidak mahu dihargai, bila sudah jauh
rasa kehilangan pulak. Apalah
perasaannya, cuba cool down sikit! Erin cuba menafikan rasa rindunya kepada
Karl. Manalah dia tahu, entah-entah dia sorang sahaja yang teringatkan mamat
sorang ni, sedangkan dia enak-enak sedang berseronok dengan perempuan-perempuan
negeri di bawah bayu. Fikirannya cuba menidakkan, tetapi hati meronta ronta. Rindu..
Akhirnya dia mengaku kalah, memang dia rindu. Barulah
dia tahu begitu hebatnya perasaan rindu, boleh membuat seseorang itu hilang
segala mood.
Jari ligat menekan abjad di cellphone.
“Karl, how are you there?”
dalam diam menghantar SMS.
Akhirnya Erin mengikut rentak hatinya yang sudah tidak tahan risau…
tetapi rindu sebenarnya yang lebih, risau tu sedikit aje.
“I’m fine, Rin macammana..” cepat pulak jawapan yang diterima.
Dah sah sama-sama angau. Tak boleh
berselindung lagi, Khaty sudah terdengar bunyi tone SMS yang baru diterimanya
tadi, Erin lupa meletakkannya on silent mode. Cuai betul, kan sudah kantoi!!
Erin tidak pandai langsung hendak cover line.
“Berapa hari lagi you kat sana ya?Esok
you dah balik kan?” Erin bertanya.
Kalau sms beranilah dia, bila
berhadapan tak terucaplah pulak, segan.
“Esok 3.00 pm you kena tunggu I tau? I tak sabar nak tengok muka you, sebab dah 3 hari tak tengok orang
yg I sayang….” Bunyi smsm Karl. Panjang pula jawapan sms dari Karl.
Kembang hati Erin bila Karl mengaku menyanyangi dirinya. Pandai
pulak Karl mengayat Erin semenjak dua menjak ni. Sebenarnya, jika tidak dimintapun
memang Ern akan menjemputnya esok. Tidak malu betul anak dara ni.
“ Hem.. I naik ERL ke sana dan balik dengan you, boleh tak?” sms di
balas lagi oleh Erin. Rasa seperti tidak mahu berhenti menghantar pesanan.
“Of couse boleh sayang, see
you tomorrow....take care, I need to rush now, mereka dah nak buat wrap up..,I miss you” sms dari Karl dibaca Erin.
“I miss you more” pesanan
ringkas dari Erin menutup sessi melepas rindu mereka.
Erin mengerti, Karl sedang bertugas, namun dia tersenyum puas, tidak
mahu membuat panggilan nanti perbualannya didengar orang. Mungkin malam nanti,
bila di rumah, sekurang-kurangnya waktu malam tidak menganggu Karl yang kini sedang
sebok dan lebih privacy. Cuma risaunya jangan Karl tersangkut dengan mana-mana perempuan
bidayuh di sana. Dengarnya perempuan
bidayuh cantik-cantik. Selisih malaikat
44. Karl kena ingat perempuan yang tak berapa cantik, setia menunggunya di Semenanjung
ini.
***
Nasib baik hari ini hari Sabtu dan
Erin tidak bertugas, Giliran Janet dan abang Harith yang kena menunggu ofis.
Selepas lunch Erin ke Putrajaya, ke ERL station dengan teksi. Laju giler ERL in rupanya, tidak sampai 15
minit dia sudah berada di station KLIA. Terus Erin mencari papan kenyataan.
Terpapar di papan kenyataan menyatakan flight MH 45 dari KK sudah selamat
mendarat, penerbangan sampai awal 5 minit, sebentar lagi keluarlah mereka.
Seingatnya Karl hanya membawa beg sandangnya sahaja, jadi dia tidak perlu
mengutip beg di tempat kaunter bagasi. Benar telahannya, 10 minit kemudian muncul
Karl berjalan menuju menghala Erin dengan beg sandang di belakangnya dan tangan
kiri menjinjit dua beg kertas. Alahai handsomenya dia, berjalan laju ke arah
Erin. Baru nampak bayang, Erin sudah rasa lega. Rasanya sudah tidak ada orang
lain di lapanganterbang itu. Hanya ada Erin dan Karl. Sesekali tangan kanannya
menguak rambutnya ke belakang.
Baru tiga hari tidak berjumpa, Erin
nampak rambut Karl sudah sedikit panjang mencicah bahu. Kini serba serbi
mengenai didi Karl, Erin akan perasan. Kakinya yang panjang menghayun langkah
laju dengan mata tidak lepas memandang ke arah Erin. Erin juga begitu, rasanya
tidak mahu dikelipkan matanya, walaupun sekali.
Karl mengetahui kedudukan Erin kerana Erin melambainya tadi. Tersenyum
puas sahaja dia menghala ke arah gadis yang memakai jeans demin dan blouse
berjalur biru puteh. Rambut Erin seperti biasa, hanya di ikat ekor kuda, sempoi
tapi kemas dan comel. Bibir hanya tercalit sedikit gincu bagi menambahkan lagi
bibirnya yang merah di kulit mukanya yang puteh.
Abang Sam di sampingnya tersengeh
sahaja. Nampaknya hubungan mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi, sudah
diketahui rakan sekerja, malulah pulak!. Tetapi apa yang hendak dikesahkan,
Erin dan Karl masih single and available, kedua-duanya bujang trang tang tang.
“Thank you Erin, you jemput I.
Nah,.I ada belikan you kueh cincin ” Karl menghulur salah satu beg
kertas yang berisi kueh cincin. Erin
menjengok beg kertas dan dilihat sebungkus kueh yang berlobang-lobang yang Karl
katakan kueh cincin dan sepotong kek lapis berwarna warni. Ada bungkusan lain,
tetapi dia tidak tahu apakah dia, nanti sampai di rumah dia akan mengetahui.
Bagaimana pula dapat nama kueh cincin tu tak tahulah. Nak kata cincin tidak merupai
cincinpun, kerana banyak sangat lobangnya, lebih dari 10 lobang. Setahunya
cincin hanya perlu satu lobang, entahlah cincin orang Sabah lain fashion agaknya.
“Thanks for your kueh cincin.. ingatkan you nak berikan I cincin
betul-betul, cincin mutiara Sabah.” gurau Erin.
“Again? you nak apa?”
mengulangi kata-kata Erin yang terbunyi gurauan, tetapi Karl telah
mentafsirkannya bukan gurauan he is serious.
“I know you heard me” Erin tidak mahu mengulangi perkataannya yang terlepas tadi, takut
disalah anggap pulak, dia cuma bergurau. Benda-benda macam tu pun hendak dibuat
bergurau, yang mamat sorang tu sudahlah lurus bendul, apa sahaja kata-kata dari
Erin semuanya diambil serious.
“I dengar, you nak cincinkan?, boleh… sekarang pun I boleh belikan..
jom..” kata Karl serious.
“Taklah Karl, I gurau aje..” Erin memaling kea rah abang Sam yang tersenyum
mendengar perbualan mereka.
“Eh.. abang kena cepat, orang rumah abang dah tunggu di pintu masuk.., bye you two, see you all on Monday…”
Abang Sam melambai sambil berjalan deras ke pintu keluar.
“Oh ya, satu lagi.. I beli you kain puah, untuk you buat baju kurung
raya nanti. You punya warna biru pekat, untuk mama I, I beli warna biru jugak,
tapi biru cair.. I tanya jurujual tu, dia kata kena 3 meter setengah sebab you
kurus, kalau tidak kena beli lebih sikit.. betul tak?” ujar Karl.
Erin hanya menjeling mendengar Karl membicarakan ukuran kain untuk
baju kurung, sejak bila pulak pandai cari kain untuk perempuan ni? Entah bila
Karl pandai pula membeli kain ela untuk kedua-dua perempuan yang paling dia
sayang kini.
“My car at level 5..” ujar
Karl sambil membuka zip beg sandangnya dan mencari-cari token parking yang
disimpannya disalah satu poket beg tersebut.
“Macammmana meeting tu..?” Erin cuba membuat cerita agar nampak dia prihatin
sedikit.
“Hemm.. penat giler, dia orang meeting sampai tengah malam.., kalau
ada bini ni bestlah ada orang tukang urut leher..” kata Karl seperti mengadu.
Muka Erin merah menyala, mengerti
apa yang dimaksudkan Karl.
Dilindungkannya dengan senyuman sumbing, tidak mahu memanjangkan
cerita, cukuplah cerita di Sabah setakat itu. Nanti ditakuti soalannya mendapat
jawapan seperti soalannya yang pertama tadi.
“Soory, you penat and yet you kena drive, kalau you nak I drive I
boleh aje, tapi I bawa perlahanlah sebab I tak biasa dengan kereta you..” Erin
simpati kepada Karl dan ingin membantu.
“Its okey, I manage, kalau you yang bawa, lagi buat I tak senang
duduk disebelah.. dan buat I lagi tambah penat..” gumam Karl sambil tersengeh,
bergurau, tetapi bergurau kasar. Bulat mata Erin memandang Karl di sebelahnya.
“Apa! you ingat I dapat lesen kopi O ke apa? Kalau nak tahu, I hebat
ke tidak my driving… you cuba..I bukan Micheal Shoemacher la.. tapi I adik beradik dia la jugak..
adik beradik sepusat sepusing.. mak lain bapak asing-asing..” Erin sedikit marah
dengan statement Karl tetapi dijawab dengan nada bergurau. Karl tersengeh
dengan gurauan tak seberapa Erin.
“Dah..dah tu.. I gurau aje, I tahu you hebat..” sambil tangan Karl melingkar dibahu
Erin, mengetahui Erin merajuk dengan gurauannya tadi.
“Janganlah merajuk, buat I lagi penat okey.. senyum sikit! Hemm
Mama I call ajak you dinner di rumah
malam ni..” Karl memberitahu Erin tanpa melihat Erin, seperti menunggu sahaja
apa yang akan dijawab oleh Erin. Karl sudah dapat meneka, semestinya Erin marah
kerana dia tidak memberitahunya terlebih awal.
“Apa.. mama you ajak dinner? Karl kenapa you tak beritahu awal,
tengok I tak prepare apa-apa pun, pakaipun sempoi aje, nanti apa mama you
kata?” Erin cuba menolak dengan alasan pakaian. Memangpun dia masih malu untuk
bertandang atau berjumpa dengan kedua ibu bapa Karl. Masih terlalu awal untuk
pertemuan itu.
“Nak makan aje pun, bukannya nak interview you.. dia dah kenal dah
siapa you, hari-hari dia dengar nama you aje dari mulut I ..” Karl cuba memujuk
Erin, kerana dia tahu gadis itu cuba mengelak.
“Karl you jangan main-main, apa yang you dah cerita.. ni mesti
mengutuk I selalu. Patutlah I selalu tersedak, rupanya ada orang mengumpat I”
sambil tunduk apabila mengetahui dirinya menjadi topic utama rupanya oleh keluarga
Karl.
“Hem.. memang banyak I kutuk you, tu yang mama nak jumpa, dia nak
warning you supaya jangan buli anak teruna dia lagi..” Karl tersengeh, tangannya sudah distering
kereta, Erin terdiam, tahu Karl hanya bergurau dengannya. Tetapi soal dinner dengan keluarganya tu
jugak bergurau ke? Atau cuma mengada-adakan cerita yang mamanya menjemput,
tetapi yang sebenarnya itu adalah perancangannya sendiri.
Nampaknya memang dia menuju terus
kerumah Karl, tanpa singgah di rumah
mama Erin di Putra Heights. Mama Erin perlu dimaklumkan, nanti risau pula orang
tua itu. Kerana yang dia tahu, Erin menjemput Karl, tak kan tak balik-balik. Telefon
digapai dan terus menalifon mama Suzie.
“Ma, Rin gi rumah keluarga Karl, mak
dia ajak dinner pulak..yang mamat ni pun satu, baru beritahu Rin kejap tadi”
runggut Erin, walaupun mengetahui Karl disebelahnya.
Karl mengamit-ngamit tangannya,
meminta untuk bercakap dengan mama Erin. “Ma..
ma..mamat penyebok ni nak cakap dengan mama la pulak..” telefon beralih tangan.
“Assalamulaikum untie, sorry, nak
minta kebenaran bawa Erin ke rumah saya, sebab Mama dan Papa ajak dinner..
bolehkan untie?” Karl meminta kebenaran membawa Erin keluar. Berlagak gentleman konon, siap minta
kebenaran. Jika dahulu tak pernah pun! Pakai main rembat aje, tetapi sekarang sudah
pandai minta permission.
“Boleh, untie benarkan, jaga diri
baik-baik jangan menyimpang ke tempat lain pulak..” jawab Suzi. Karl lega
mendapat kebenaran untie Suzi.
“Ya.. untie, Erin in the save hand..
saya make sure dia selamat..” sambil matanya mengenyit ke arah Erin. Gatal pulak mamat ni. Entah apa yang dimakannya di KK sampai
berperangai semacam. Terlebih makan kueh cincin atau terlebih makan umai
(daging ikan mentah diperap dengan limau) sebab seafood mentah. Erin menyebek
mukanya dan memandang ke arah lain, malas hendak layan, lelaki yang perasan
macho di sebelahnya.
BAB 38
Sampai sahaja di rumah Karl, Hamzah dan untie Mysha sudah menunggu. Cantik
sungguh untie Mysha, tidak bertudung, rambutnya lurus mencicah bahu
dilepaskannya, rambutnya hanya dihias dengan cekak rambut hitam. Dengan secalit pewarna bibir sudah menyerlahkan seri diwajahnya yang
puteh. Bila tidak berhijab wajah mama Mysha sebijik raut muka perempuan
Mongolia yang mati dibunuh tu..Altantuya.
Makanan pasti sudah sedia, kerana melangkah sahaja masuk kerumah
besar itu sudah terhidu aroma lauk pauk yang Erin tidak pasti Bermacam-macam bau boleh terhidu oleh deria
hidung Erin yang sensitive.
Tetapi masih awal untuk makan malam
kerana jam baru menunjukkan 6 petang. Karl terus menapak menuju ke tangga untuk
naik ke biliknya bertujuan membersihkan diri dan bersolat asar.
Sudah jadi lebaih sekarang, amalan
asas sentiasa dijaga dengan rapi. Erin ditinggalkan bersama kedua orang tuanya.
Erin membatu, tidak ada modal hendakk bercerita. Untie
Mysha tersenyum melihat anak lelakinya longlai menyusun tapak menaiki anak
tangga. Hamzah memandang ke arah Erin.
Erin merasa kurang selesa, terutama dengan
Hamzah, melihat jambangnya pun sudah ngeri, belum lagi mendengar suara.
“Bila Rin akan balik lagi ke
PD?” tanya papa Hamzah memecah kesunyian.
“Hujung bulan ni uncle, lepas tu Rin ikut mama ke Geneva, cuti 2
minggu” Erin menjawab sopan..
“Oooh.. mama posted ke Geneva pulak ke?” bersuara lagi Hamzah
“Hemm” Erin jawab pendek.
“So, Rin tinggal sorang-soranglah disini nanti, bila mama pergi..?”
soalan terperanjat Hamzah.
“Most likely, tapi mungkin juga sepupu perempuan Rin akan tinggal
sama, sebab Dahlia, sepupu Rin tu dah final year di UM, tentu dia nak mula
kerja by next year, yang sorang lagi adik diapun dah habis SPM, tengah tunggu
result, boleh aje kerja part time cari pengalaman..” jawab Erin.
Orang tanya satu soalan, panjang pula penjelasannya. Bukannya Hamzah kenalpun nama-nama yang disebut, kalau
beritahu Karl tu lainlah sebab dia kenal. Hentam ajelah Erin, over peramah pulak hari
ini.
“Oh.. gitu saja tanya.. Rin
tak takut tinggal sorang-sorang ke nanti?”soalnya lagi.
“Dah biasa .. mama pun selama ni
selalu meeting dalam dan kadang tu luar negeri, Rin tinggal sorang-sorang
jugak.!.” jelas Erin.
“Hem.. kalau ada apa-apa just
give us a call, Rin dah macam keluarga
dah..”
“Terima kasih ..” Erin terharu, dan untie Mysha mengangguk. Mereka senang
mengenali perempuan yang sudah mencuri hati anak lelaki tunggal mereka.
“Oh ya.. dengar awal tahun depan ni Erin dan Karl kena
bertugas ke Davao City untuk liputan mesyuarat ASEAN tu kan..?” soalan
dari Hamzah.
Terkejut juga Erin apabila Hamzah membangkitkan soalan tugasan Davao
City. Mana pulak mereka tahu ni. Erin sudah dapat mengagak, pastinya dari mulut
tempayan si Karl. Karl ni tak sabar-sabar dah pukul canang, belum pasti lagi sama
ada nama mereka confirm terpilih atau tidak, baru perancangan awal. Kalau tidak terpilih
nantikan malu...
“Insyallah, first assignment Rin
dengan Info Harian keluar negeri, itupun baru perancangan awal, 6 bulan lagi,
lama tu. Manalah tahu, tiba-tiba nama orang lain pulak
naik tu tak tahu la. Saya takut juga
sebab tugas ni tak sama dengan tugas dalam negeri..” sudah hangat dan rancak
pula Erin berbual, pandai Hamzah memecah
ice.
“Don’t worry, uncle percaya
you and Karl can do it..” Hamzah memberi
pandangan yang positif sebagai motivasi.
Terdengar tapak kaki orang menuruni
tangga. Karl menyusun tapak menuruni anak tangga dengan
kupiah masih di kepala. Dah confirm lebai Mikhail.
Karl mengambil tempat di sisi papa, seperti
biasa, hanya dengan kemeja T lusuh dan seluar track. Tersenyum melihat Erin
sudah begitu mesra dengan kedua ibu bapanya. Nampak gayanya hubungan mereka
direstui. Syukur alhamdullah. Mungkin Erin dicipta untuknya.
“Mama Erin tahukah Erin berada disini?”
tanya Hamzah lagi, tidak mahu
dipersalahkan anak dara orang bertandang ke rumah keluarga anak bujangnya.
“Tahu, cuma Karl tidak beritahu
awal-awal, dalam kereta tadi aje baru dia beritahu, malu jugak saya nak datang
pada mulanya..” jujur Erin.
“Ahhh..apalah nak dimalukan, as I said ealier, Erin sudah menjadi
sebahagian dari keluarga ni, uncle pun
dah kenal keluarga Erin bukan baru.. tu uncle Tapa, Datuk Rin, uncle dah kenal
sejak kecil lagi..” Hamzah memberi penjelasan.
Erin hanya tunduk, hormat dan
mengerti.
“By the way , how is uncle Tapa… I mean Tok Pa?” soal Hamzah
lagi.
“Atuk..maksud uncle atuk? Dia
okey, cuma lately ni, selalu sakit-sakit, sakit tua agaknya.. tu yang mama
delay posting ke Geneva, sepatutnya awal tahun lagi dia dah pergi..” jelas
Erin, Hamzah hanya menganggukkan kepala
mengerti. Usahkan hendak diceritakan orang tua itu, sedangkan dirinya
sendiripun sudah beransur senja.
Karl bersandar sambil melelapkan matanya, dia tidak tidur, hanya
sekadar melelapkan mata tetapi mendengar setiap butir perbualan. Tangannya
melurut belakang lehe. Mama Mysha hilang ke dapur. Tidak lama kemudian muncul
dan mengajak semua untuk kemeja makan. Untie Mysha telah menyediakan minum petang. Sekadar
teh panas dan goreng pisang, gorengannya masih panas.
Semua bangun menuju ke meja makan di
dapur. Karl hanya mengambil minuman teh, tidak mengambil goreng pisang, mungkin
kepenatan yang menghilang seleranya, tetapi dia meletakkan sekeping goreng
pisang ke dalam pinggan Erin yang secara tidak sengaja duduk di sebelahnya.
Dengan perlahan Erin memotong kecil gorengan pisang dengan garfu dessert
perlahan menyuap ke mulut. Dia perlu
berlagak sofan apabila berada bersama kedua insan ini, jangan tunjuk belang!
“ Uncle ni sebenarnya nak tanya Erin, I think lets me straight to the point…how far is your relation with
Karl.. bukannya apa, Karl ni sebok nak suruh hantar cincin tunang, so!
sebelum hantar cincin tunang, uncle suggest
hantar cincin tanda aje dulu, but first nak
kepastian dari mulut orang yang punya diri dulu. Uncle takut nanti malu, cakap Karl bukan
boleh dipercaya sangat.. main leboh aje dia tu..” Papa Hamzah memberi
penjelasan, tujuan sebenar mengajak Erin ke rumah.
Karl tersengeh mendengar statement ”
leboh” dari mulut papanya. Erin tunduk malu. Karl ni betul lah, kenapa dia tidak
cakap siang-siang, keluarganya hendak berjumpa kerana hendak berbincang pasal
ini…ala ala merisik….kan dah kata, jangan tergesa-gesa. Sekarang ni hendak jawab apa? Erin memandang Karl di sebelahnya dengan
menjegilkan mata. Rasa hendak makan aje ..rasa geram. Karl buat tidak tahu,
sambil mengangkat bahu.
Serta merta Erin rasa serba salah,
tidak ada jawapan yang hendak diberikan oleh otaknya yang kecil tu. Erin
perlukan semangat untuk menjawab soalan cupumas ini.
Kedua belah tangannya digenggam
erat, sejuk semacam, sejuk seperti terendam air batu. Diulis-ulis tangan sendiri untuk mendapatkan
bahang, agar tidak ketara dirinya yang sudah pucat lesi untuk memberikan
jawapan. Rasanya mamat di sebelahnya perasan. Baru tahu, ini semua dia punya
angkara!
Semua hanya berdiam diri. Memberi
ruang untuk Erin berfikir.
“You okey ke?” terkejut Erin
memaling ke arah suara perlahan Karl seakan berbisik yang bersuara betul-betul
dicuping telinganya.
Erin hanya senyum terpaksa. Sudah
tahu Erin sedang sejuk beku ni, tanya-tanya pulak. Kena libas karang baru
tahu.
“Jawab ajelah YA, setuju.. habis
cerita” sekali lagi suara yang malas Erin layan bersuara lagi.
Kaki Erin menyebak kaki Karl,
tersengeh aje dia menahan sepakan yang bukan main-main dari Erin. Gasak kau, orang sedang risau tahap maksima mencari jawapan ni, dia
interfere nak tolong jawabkan pulak.
Lama
Hamzah dan untie Mysha menunggu jawapan dari Erin. Erin mencari-cari
jawapan yang berbelah bagi. Hendak dikata TIDAK, memang dia sayangkan Karl.
Hendak dikatakan YA, betulkah jawapannya, atau tidakkah terlalu awal. Dia perlu
mengumpulkan semangat untuk menjawabnya dengan tenang. Sebenarnya Karllah
semangatnya buat masa ini, tetapi jangan tunjukkan desperate sangat. Biar dia
jugak tertunggu-tunggu. Karl sebenarnya menerima apa sahaja jawapan dari Erin.
Dia menunggu jawapan itu dengan tenang di sebelahnya.
Erin menarik nafas yang panjang dan
melepaskanya perlahan. Tatkala ini Erin perlukan banyak O2 (Oxygen kerana dia
rasa susah sahaja hendak bernafas. Mata memandang ke siling. Mengharap akan ada
tulisan yang tertulis di siling untuk dia terus baca. Tulisan “Ya“ atau “Tidak“.
Selebihnya dia tidak berani memandang tepat kepada sesiapapun buat masa ini,
“Uncle, saya memang sayangkan Karl, tapi saya
belum bersedia untuk sebarang commitment lagi,. apa-apa pun uncle kena
berbincang dengan mama” perlahan Erin menjawab dan memandang ke arah Karl yang
tenang menerima jawapan Erin.
Di harap jawapannya ini adalah
jawapan yang betul.
Kedua-dua tangan Karl masih memegang
tangkai mug berisi teh. Disuanya ke mulutnya perlahan, menghirup teh yang sudah
tinggal sedikit. Dia lega mendengar dari mulut Erin yang nampak ikhlas. Kini
dia tahu dia tidak bertepuk sebelah tangan. Jelas didengarnya sebentar tadi
Erin telah mengaku menyayanginya. Itu sudah cukup bererti pada dirinya. Satu jawapan yang pasti, they
are meant for each other.
“Uncle tahu, Erin belum bersedia dengan sebarang commitment, ini
bukan commitment macam ikatan perkahwinan atau apa-apa. Cincin tanda tu macam
simbolik yang Erin sudah berpunya so, orang lain tak boleh nak masuk pinangan…
itu aje. Lagipun uncle
tengok Erin dan Karl kerap ditugaskan bersama..ke hulu ke hilir berdua. Ni
pulak, uncle dengar nak pergi Philippines ni pun berdua nanti. Why not Erin
setuju terima cincin tanda aje dahulu, kalau Erin setuju, uncle dan untie pergi
PD hantar masa Erin balik kampung nanti, tak perlu ceremony apa apa pun, hanya
hantar cincin belah rotan aje…” Hamzah menjelaskan cadangannya.
Erin mengangkat kening ke arah Karl.
Karl menangkat bahunya. Jawapan perlu dari Erin bukan darinya. Dia hanya
tersengeh menayangkan giginya yang puteh dan matanya yang kini kecil, sudah
tinggal segaris. Tak membantu langsung!!
“Terserahlah pada uncle and untie,
jika uncle dan untie boleh terima saya seadanya sebagai sebahagian dari
keluarga ini saya terima, tetapi kena
beritahu mama Erin dulu” Erin mengulangi jawapannya dengan tenang.
Orang yang paling gembira dengan
jawapan Erin, siapa lagi kalau bukan Karl.
“Erin boleh beri nombor mama Erin, nanti uncle usahakan”
Untie Mysha seorang perempuan yang
sopan dan akur sahaja dengan percakapan
Hamzah. Dia hanya tersenyum melihat gadis yang di hadapannya menjawab
dengan tenang. Masih muda, tapi nampak berfikiran matang. Pengalamannya lama di
perantauan membuat dirinya lebih matang dari usia. Gadis ini juga telah berjaya
merubah anak bujangnya menjadi lebih matang.
Hamzah meminta diri untuk ke tingkat atas, untie
pulak sebok mengutip piring dan cawan yang sudah kosong serta mengemas meja
untuk makan malam. Erin membantu menghantar piring dan cawan ke sinki. Karl
sudah lama duduk di sofa sambil kepalanya disandarkan ke sofa dan melelapkan
matanya. Memang
penat nampaknya dia. Penat kerana bertugas atau penat kerana mendengar jawapan
Erin?
“Karl how could you put me in
an awkward position tadi.. nasib baik otak kecil I ni boleh fikir waras..” Erin sambil
mengetap bibirnya yang merah.
Soalan Erin yang pertama sebaik sahaja mengambil tempat di sisi
Karl. Karl terus membuka mata apabila mendengar suara dan soalan Erin yang
bernada marah.
“Manalah I nak tahu mereka nak tanya hal tu, memanglah I ada minta
pandangan mereka pasal kita, but not this
soon..,sorry sayang.., afterall you memang sayangkan I kan? 2 months ago
you pernah jadi isteri I, dan last 2 week turun taraf jadi tunang I, so next
jadi apa pulak ya..?” jelas Karl. Erin menjeling, this is not funny and this is not the time to make jokes okey.
Tetapi Erin kasihan pula apabila melihat, Karl melurut belakang
lehernya, dia masih penat gamaknya. Tetapi Erin tetap bermuka masam, kerana
marah.
“Manis sikit muka tu, nanti mama perasan you marah, she is coming..” pinta Karl. Memangpun
untie Mysha dengan tersenyum mengambil tempat di satu sofa yang kosong.
“Untie, let me help you to set
the table, malulah saya makan aje tak tolong. Sudahlah tak tolong masak, betul tak?” bicara
Erin ingin membantu.
“Don’t worry Rin.. semua untie dah settlekan..”
Erin bukannya apa, saja nak tolong, nanti dicop anak dara pemalas
pulak.
Erin menumpang untuk menunaikan
solat asar dan menunggu sehingga maghrib. Thank
you so much Karl kerana tidak memberitahu rancangan ini awal-awal, kan sudah
menyusahkan orang sehingga terpaksa menumpang bilik. Nasib baik bilik bawah, di
khaskan untuk tetamu, bersebelahan bilik Marlin.
Memandangkan waktu Asar hampir
habis, Erin menuju ke bilik yang ditunjukkan untie Mysha. Kemas biliknya,
dengan sebuah katil besar, bercadar ungu gelap, konferter ungu berbunga kecil
puteh, dua buah bantal yang sedondon warna conferter, meja solek dan almari
baju yang tersandar di dinding, juga dua buah sofa kecil di sudut ruang bilik.
Melangkah perlahan Erin ke bilik air untuk mengambil uduk, dilihatnya lengkap,
tersangkut sehelai tuala besar di dinding dan terlipat sehelai tuala muka di atas
kaunter bilik air. Juga tidak ketinggalan sebotol sabun
pencuci tangan dan sebotol losyen tangan. Ini mesti kerja untie Mysha, prihatin
dia akan keperluan tetamunya. Erin duduk di birai katil sementara menunggu
masuknya waktu maghrib. Mata melilau di sekeliling bilik. Terhenti pandangannya
ke atas meja sisi, senaskah surah yassin. Perlahan Erin mengapai surah yassin
dan membacanya perlahan. Belum sempat surah yassin habis dibaca, sudah kedengaran
sayup laungan azan, Erin berhenti membaca yassin kerana memberi laluan laungan
azan. Walaupun dia hanya perlu membaca
beberapa helai sahaja lagi untuk selesai. Usai solat maghrib, cepat-cepat Erin
keluar dari bilik, tidak mahu menunggu lama di dalam bilik sendirian. Terdengar
dentingan pingan mangkuk berlaga. Untie Mysha sebok menyusun lauk dan pinggan ke
atas meja. Erin membantu, Erin tidak merasa kekok bersama wanita seiras wajah
Altantuya ini, rasa seperti serasi sahaja seperti sudah kenal lama, walaupun
jika dikira pertemuan, ini adalah pertemuan yang ketiga sepanjang 4 bulan berlalu.
Karl juga sebok di dapur, tetapi sekadar menjadi penyebok. Matanya tidak lepas
memandang Erin yang tidak ada secalit make up pun dimuka kerana beruduk tadi. Bukan pertama kali dia melihat wajah
Erin sedemikian. Sudah beberapa kali. Ingat tak insiden dirumah Tok Pa dulu?
Kini hanya menunggu uncle Hamzah
untuk memulakan makan malam, tidak mahu memulakan lewat, nanti lewat pula Karl
untuk menghantar anak dara orang pulang. Sedangkan mereka tidak ada ikatan
apa-apa lagi. Sebelum menjadi buah mulut
orang baik sahaja dihindarkan.
“Karl, can you get papa please,
apa lambat sangat? Wirit
panjang sangat ke? Entah-entah dia dah terlelap..” Mama Mysha meminta Karl
mencari papa Hamzah,
Sengaja Mama Mysha memberi tugasan
kepada Karl, dari dia duduk di dapur membuat Erin rasa tidak selesa. Karl
menarik nafas panjang dan beredar ke tingkat atas, apalah mama ni tidak
sporting langsung! Sejurus kemudian kedua beranak muncul dan terus duduk di meja
yang siap sedia terhidang dinner.
“Erin duduklah, Untie nak ambil
juice dalam fridge” meminta Erin duduk.
Erin akur dan mengambil tempat di sebelah
Karl, tempat yang sama semasa minum petang tadi. Kali ini hanya perbualan,
cerita berkisar kesah kerja sahaja, sama ada kesah syarikat uncle Hamzah atau
syarikat untie Mysha. Hamzah juga
bertanya pengalaman sepanjang 14 tahun Erin mengikut mama bertugas di luar
negara. Erin tidak menceritakan sepenuhnya takut dikatakan riak pula. Jam 9 uncle
meminta Karl menghantar Erin pulang. Karl memang penat, tetapi kerana Erin dia
sanggup, lagipun tadi sudah berjanji dengan untie Suzi untuk menjaga Erin sebaiknya.
Sekarang ini Erin sudah rasa selesa walaupun berbual dengan uncle jambang a.k.a
Hamzah. Tidak seperti pertemuan pertama dulu, memang dia kecut perut. Rupanya uncle Hamzah juga seorang yang suka
berlawak jika kena dengan topiknya. Tidak Erin sangka disebalik wajah garang dan serious, dia ada sense of humour.
****
Penat macammanapun Karl rasa bertenaga apabila bersama orang yang
sudah tidak sengaja disayanginya. Sepanjang 25 tahun menanti, nampaknya gadis
ini yang singgah di hatinya. Namun dia gembira dengan peraturan yang telah
ditentukan olehNYA. Segalanya adalah takdir dariNYA. Mana dia hendak tahu,
gadis yang satu ketika dahulu pernah di bullynya, kini menjadi begitu dekat di
hati. Jika dia tahu pertemuan di parking tempoh hari akan merubah hidupnya
sehingga begini, sumpah! dia akan membantu si gadis dengan sebaiknya. Bisik
hati Karl sendirian. Menyesali apa dengan
apa yang telah dilakukannya.
Erin hanya mendiamkan diri. Sudah tidak ada cerita yang hendak di bualkan.
Yang dia tahu, keluarga Karl akan datang merisiknya. Sudah bersediakan dia
menjadi tunangan orang? Itu adalah tanda soal yang besar!
“Nah kueh cincin, jangan lupa” terkejut Erin apabila mendengar sura
Karl. Sudah sampai di depan rumah Putra Heights rupanya. Punyalah berhayal
sampai tidak perasan.
Karl menghulur semula beg kertas yang d ihulurkan diKLIA tadi. Erin
menyambutnya. Erin hampir terlupa kerana ditinggalkan ditempat duduk belakang
sepanjang berada di rumah orang tua Karl, nasib baik Karl terperasan.
“Rin, I’m sorry about just now.. I tak tahu, rupanya itu tujuan
mereka jemput Rink ke rumah. Sumpah! I tak tahu..” kata Karl, memang nampak
bukan alasan. Dia bercakap jujur. Erin hanya angguk.
“Tu dalam beg tu..” kata Karl, meminta Erin melihatnya. Erin sudah
tahu, di dalam ada kueh cincin, kek lapis Sarawak, kain puah dan sebungkus
benda yang dia tidak tahu apa isinya. Namun dia jenguk juga, untuk memuaskan
hati Karl.
“This time hanya kueh cincin,
next time cincin betul-betul okey..” ujar Karl.
Tidak habis-habis Karl menyakat Erin. Beg kertas
digapai dengan muka selamba Erin terus berjalan untuk membuka pintu pagar. Karl
menunggu sehingga Erin masuk, untie Suzi tercegat di depan pintu. Karl
tersenyum dan terus melambai tangan ke arah untie Suzi. Erin tidak menoleh,
terus sahaja masuk ke dalam rumah.
“Rin..?“Sebelum Erin terus melangkah
masuk ke rumah Karl memanggilnya, dan dia menoleh.
“I’m sorry..“ katanya perlahan,
tetapi Erin tahu apa yang diucapnya. Erin hanya diam.
Didalam kereta Karl masih terbawa-bawa wajah
Erin yang nampak tidak berapa gemgira. Dia setuju atau tidak perancangan papa?
Sudah juga hendak di telah fikiran gadis ini.. Karl serba salah. Di dalam hati
berkata-kata“ Berilah dia masa untuk berfikir..“
“Kenapa tiba-tiba dia orang jemput
Rin ke rumah?“ tanya mama Suzi.
“Makan-makan aje. Tapi nanti uncle
Hamzah akan call mama..Entah! tiba-tiba dia orang nak hantar cincin tanda
pulak. Rin tak faham..“ kata Erin.
Suzi senyum, Ooohhh, mereka rupanya
merancang hendak menyunting anak gadisnya.
Tetapi kenapa Erin tidak nampak gembira? Kebiasaannya, saat-saat ini
yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak gadis. Saat apabila di lamar, terutama
apabila mendapat restu si belah lelaki. Tetapi Erin lain pula?
“Rin setuju tak?“ tanya Suzi kepada
Erin yang sebok membuka bungkusan yang ada di dalam beg yang dihulur oleh Karl
tadi. Beg ole-ole dari Sarawak.
“Terserah pada mama...“ katanya
bersahaja.
“Kenapa pula tanya mama? Bukan mama
yang hendak terima si Karl tu..Erin!“ tanya mama lagi.
“Rin ikut aje..“
“Okeylah.. kalau itu kata Rin, mama
cadang kita terima aje. Nanti mama discuss dengan atuk dan wan..“jelas Suzi.
Namun Erin hanya beriak bersahaja. Kenapa?
“Ni ah! Kueh cincin sama kek Sarawak
dari Karl..“ lalu diletakkannya di atas meja. Suzi hanya memandang si anak yang
wajah tiba-tiba memerah.
“Erin naik atas dulu...“ berlari dia
menaiki tangga menuju ke biliknya dengan menjinjing beg yang mengandungi kain
puah dan satu bungkusan puteh yang telah Erin tahu isinya.
Suzi tercengang melihat telatah
anaknya.
Di dalam bilik Erin membuka semula
beg tersebut. Di letakkannya kain puah ke tepi. Di bukanya perlahan bungkusan
puteh yang membuat dia terkejut tadi.
Sebenarnya hanya mengandungi kemeja
T yang tertulis I LOVE KUCHING.
Tetapi poscard hotel yang melekat di plastik
kemeja T itu yang membuat Erin terkedu..kerana tertulis dengan huruf besar...
BUT I LOVE A GIRL NAME RENEE JASMIN RAZALI A MILLION TIMES MORE!!
BAB 39
“Harith mana?” kuat laungan suara Encik Lokman yang
tiba-tiba bersuara sebaik sahaja membuka rakus pintu biliknya, dia mencari
abang Harith. Semua mata yang berada di department itu tertumpu kepada laungan kuat
suara Encik Lokman yang kuat. Dia masih berdiri
meregang pintunya. Separuh badan sudah di luar pintu dan separuh lagi masih di dalam
bilik.
Kenapa pula boss hari ini! Hendak dikatakan lapar
belum makan, ini baru jam 10.00 pagi. Tidak sempat bersarapan agaknya dia pagi
ini? Atau ada krisis dengan isterinya di rumah! Hem.. itu sahaja masalah orang sudah berkeluarga,
samada ada masalah rumahtangga atau perut tengah lapar yang membuat seseorang
hilang pertimbangan. Otak tidak dapat berfungsi dengan betul kerana perut
menyanyi minta diisi.
“Harith… Haaarith mana?” sekali lagi bertanyakan
abang Harith, tetapi dengan nada yang sedikit kendur kali ini. Mungkin dia
perasan semua mata memandang ke arahnya, kelihatan hairan dengan soalan yang
sama “Boss apa ke halnya pagi ini”
“Boss. Harithkan off day hari ni, malam tadi bukankah
boss jugak yang suruh dia pergi buat liputan pembukaan pesta bunga api di Putrajaya
tu..?” Kathy memberanikan diri menjelaskan ketiadaan abang Harith, kerana
laungan memanggil nama si Harith, tetapi dia tidak muncul-muncul.
“Oh..iyake?
in that case, you.. Kathy and Karl,
can you go to Bandar Saujana Putra, ada kes pembunuhan dekat sana, warga
asing..” Terang Encik Lokman senafas. Karl sudah sedia mencapai kameranya dan
lain-lain keperluan yang di rasakan perlu.
“Boss,
saya tak selesai lagi article saya ni.. before 3.00 dah kena submit!” Kathy
memberi alasan, bukan dia mengelak arahan, tetapi dia sudah ada tugasan yang
perlu dibereskan. Tambahan pula dia
perlu menyudahkan articlenya kerana editor memerlukannya secepat mungkin untuk
di edit dan di cantumkan dengan article dari pemberita lain.
“Erin,
how about you..” tiba-tiba terpacul
nama Erin dari mulut Encik Lokman, apabila terpandang Erin yang masih melekat
di tempat duduknya. Erin ternganga
apabila namanya dipanggil. Erin bukannya apa, hal-hal mayat ni ngeri sikit.
Kalau tidak ditugaskan pun bagus jugak, takut rasanya dia. Tak kesahlah dengan
siapapun, walaupun dengan Karl, dia, kalau boleh hendak mengelak dengan tugasan
ini, dia akan cuba tepis, jika boleh. Ehhh… seram!!
“Saaayaaa.. haaa..saya..boss” teragak-agak
hendak memberi alasan. Otaknya beku
sekarang ni, hendak mengelak dari membuat laporan kes pembunuhan tu.. dia ngeri!!
“Okey Erin! You
go now with Karl.. now!” kuat suara Encik Lokman apabila melihat Erin masih
terpacak berdiri di tempatnya, tiada tanda-tanda hendak bergerak. Erin
terkejut, kerana akhirnya tugas itu diletakkan ke bahunya. Karl sudah agak,
Erin ni mesti penakut. Kerana setahu dia, minah ni pantang diberi tugasan,
selalunya mudah sahaja menerima.. he..he..he.. kan dah terkena. Inilah masanya
dia hendak tunjukkan yang yang dirinya tidak penakut, kerana dia masih ingat
tuduhan itu sewaktu di rumah banglow tuanya dulu, ingat tak?
“Erin..” tersentak
Erin yang sedang berkira-kira sama ada hendak pergi atau menolak tugasan
ini. Tetapi otaknya beku, tidak dapat memikirkan alasan yang logic hendak
diberikan kepada Encik Lokman yang agak moody pagi ini, moodnya memang tidak
baik.
“Yes boss.!.”
segera Erin menarik laci mejanya dan mengeluarkan begnya. Dia memasukkan buku note dan pen terus ke dalamnya.
Akhirnya dia bersetuju dengan tugasan tersebut. Erin perlu berfikir positif,
demi menimba pengalaman, baik aje Erin terima. Karl sudah berjalan menuju ke luar.
Menoleh ke belakang kerana mengetahui Erin menjejakinya. Encik Lokman masih di pintu,
diam berdiri memerhatikan sekeliling dan memerhatikan Karl dan Erin berlalu
pergi. Kathy menyambung tugasnya, berkerut-kerut mukanya. Puan Lim yang baru
pulang dari membuat liputan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam terpinga-pinga
melihat semua muka seperti dalam keadaan tegang dan cemas. Kasiha dia, tentu
dia tertanya-tanya apa sudah jadi?
Sesampainya
mereka ke tempat kejadian, pemberita lain sudah ada sebok menjalankan tugas
mereka masing-masing. Info Harian sudah terlambat meraih berita nampaknya kali
ini. Karl bingkas merakamkan apa sahaja yang dirasakan perlu, sebaik sahaja
keluar dari kereta. Meninggalkan Erin
terkial-kial, ketinggalan di belakang. Hendak keluarpun masih takut-takut.
“Erin, kau kena berani.. macammana nanti jika tidak
ada berita yang hendak dilaporkan kepada boss nanti.., masak aku!!Erin berbisik
sendirian.
Dengan semangat baru dia menghala ke tempat
berkumpulnya orangramai. Polis dan kereta mayat sudah terpakir. Polis sedang
merentang tali plastic berwarna kuning dengan tulisan ‘Polis di Raja Malaysia’
di sekeliling tempat kejadian. Tali rentangan bertujuan membina sempadan dari
dicerobohi orang yang tidak sepatutnya.
Kakitangan hospital yang memakai mask menutup mulut serta pakaian
berlapik plastic sedang sebok mencuba mengangkat mayat ke stretcher. Polis sebok mencari maklumat, sesebok pemberita
yang juga berlumba-lumba menyebok mencari berita.
“Encik maaf, saya dari Info Harian, boleh Encik
bantu saya beri maklumat sedikit untuk saya siarkan dalam berita esok? Erin
memberanikan diri untuk bertanya kepada seorang lelaki, dengan harapan si
lelaki dapat membantu.
“Adik manis, saya sama satu rumah itu Jamal… dia
sudah hilang lama jugak..” sambil tangannya mengira di dalam bahasanya dan
kemudian menyambung percakapan.
“Hah! anam hari la.. dia sudah tak ada balik ini rumah..”
kepala sambil tergeleng-geleng, bersungguh-sungguh dia cuba berbicara.
Erin meneguk air liur.. Bangla rupanya, patutlah
cakap tunggang terbalik.. ingatkan tadi orang India Malaysia?.
“Oh… itu macam, itu Jamal mati sebab apa, awak
tahu?” Hah.. Erinpun dah cakap serupa Bangla jugak.
“Itu
Jamal ha.. dia ada banyak itu pinjam Along la.. dia suka judi jugak..” sambil
mengeleng-gelengkan kepalanya setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya.
Erinpun terikut-ikut mengelengkan kepala.
“Itu wang bulan-bulan ha.. selalu tak ra cukup..
hantar sama bini Bangladesh jugak....judi jugak… itu Jamal kapla tak da awak tau
ka? ” sambil memberi isyarat jari memotong pangkal leher dengan tangannya.
“Ya.. ya.. saya tahu..” sedangkan Erin tidak
mengetahui hal tersebut, sengaja dia kara
dia tahu.
“Itu badan juga sudah ada ulat oh.. itu baju
jugak kenallah itu Jamal..” kata Bangla
itu lagi, berharap agar maklumat yang diberinya dapat membantu Erin.
“Ya..ya..” jawab Erin sambil tangan mencatit apa
sahaja maklumat yang dia perolehi.
“Berapa orang ini satu rumah..” sambung Erin lagi.
“Sepoloh.. ada..” jawab Bangla, kali ini tidak
perlu menghitung jarinya.
“Mana kerja” tanya Erin lagi.
“Itu kontraksion jugak” sambil tangan Bangla
menunjukkan ke arah projek perumahan fasa baru yang sedang rancak dibina. Erin
menoleh ke arah jari yang ditunjuk. Memang nampak cerucuk bangunan yang sudah
tegak tersusun. Kepala masih bergoyang-goyang apabila bercakap. Muncul di sebelah
lelaki itu, seorang lagi lelaki, nampaknya berminat untuk membantu memberi maklumat.
“Adik manis..itu Jamal ha.. hutang
jugak.. itu along..” tiba-tiba bersuara tanpa perlu di minta.
“Ya..ya.., sekarang apa macam?” tanya Erin lagi.
“Itu
High Commission la.. kasi hantar balik negeri la.. Bangladesh..High Commssion..”
jawab lelaki yang baru muncul.
“Mana
orang High Commission?” Erin masih mengorek makluamt, apa sahaja yang perlu dia
tahu.
“Tak
ada la.. adik manis.. itu nanti hospital mari…” jawab lelaki Bangla yang
pertama.
“Okey
la.., terima kasih hah!” akhirnya Erin menamatkan perbualannya mencari maklumat
bersama kedua-dua Bangla tersebut.
Sejurus muncul Karl menyapa Erin di belakangnya.
Erin berpaling ke arah Karl. Kedua-dua mamat Bangladesh hanya tersengeh.
“Macammana?.. dapat maklumat.?.” tanyanya
termengah-mengah, muka serious sahaja nampaknya. Sama ada serious kerana cuaca
panas atau frust kerana lambat, Erin tidak dapat meneka.
“Tak
banyak input la Karl.. kalau macam ni.. 10 line pun susah..I nak lapor apa ya!”
jawab Erin seperti tidak puas hati dengan maklumat yang sudah dikumpulnya.
“Cuba
Erin tanya abang yang kat sebelah Polis tu.. I rasa dia ketua blok di phasa
ni..” Karl cuba membantu Erin, manalah tahu, lelaki yang dimaksudkan dapat
memberi lebih maklumat lagi.
Laju Erin menuju ke arah lelaki yang Karl tunjukkan.
Karl mengikut jejaknya di belakang.
“Assalamulaikum Encik, saya dari Info Harian, saya
hendak minta bantuan Encik untuk dapatkan maklumat untuk saya buat siaran
berita ini untuk siaran esok..boleh bantu saya..Encik?” Erin memohon bantuan dengan sopan.
“Mualaikumsalam.. dari mana tadi?” ucapan yang
mesra daripada lelaki tersebut.
“Info
Harian..saya dari Info Harian .. Encik” jawab Erin mendatar sambal mengangkat
tag pekerja yang tersangkut di leher.
“Hemm..
info Harian ya..”ulang lelaki itu.
“Saya
Azman, ketua blok di kawasan ni.. first time kejadian bunuh ni berlaku di kawasan
ni.. Cik pun nampakkan.. kawasan ni..
kawasan perumahan baru..” jelasnya
“Mangsa tu orang Bangla, dah lama bekerja kat sini,.dari
phasa satu lagi sampai dah phasa 11 sekarang ni. Tapi tu la, dia ni suka berjudi, tikam ekor. Akibatnya duit tak cukup hendak hantar kepada
keluarga dan dia pinjam along. Dia tak dapat nak lunaskan hutang la tu... apa
lagi kena dikerjakanlah oleh along. Along ni dah melampau-lampaulah dan berani sekarang
ni..” panjang lebar penjelasan Encik Azman. Erin lega dengan penjelasan Encik
Azman dan dia rasa selesa, perasaan takut terus dilupakannya.
“Cik,
tolong siarkan juga, pekerja pendatang ni, walau ada permit atau tidak ada
permit memang menjadi masalah kepada negara, mereka cultural shock.. jadi tak
tahu bezakan yang mana buruk dan baiknya. 2 minggu sudah, saya diberitahu rumah
kongsi mereka sudah disimbah dengan cat
merah, itu tanda last warning along la tu.. Tak sangka pulak sampai sanggup
potong kepala..kejam betul.!.” baik pula ketua blok ni memaklumkan dengan
detail sekali. Erin hanya mengangguk dan mencatatkan sahaja apa yang
perlu.
“Kejadian
pecah rumah, tak usah cerita la.. hampir setiap bulan berlaku. Ada sahaja rumah
yang menjadi mangsa. Entahlah, tak tahu nak kata, sama ada ini kerja pendatang
atau orang tempatan.. wallahualam, tapi kami yakin, mereka tetap terlibat. Ada
tu, suka menganggu anak gadis atau isteri orang. Mereka ini terikut-ikut budaya
negeri mereka..tak sopan langsung..” ulas Encik Azman lagi.
Tangan
Erin ligat mencatit. Hatinya sedikit terbakar, apabila Encik Azman memberitahu,
ada pendatang yang berperangai tidak senonoh dengan mengganggu anak gadis atau
isteri orang. Ini sudah tidak boleh jadi, Erin akan berusaha untuk memasukkan
perkara itu ke dalam articlenya nanti.
Karl hilang lagi dari pandangan Erin. Mungkin
dicelah-celah orang yang sebok membantu dan sebok menjadi penyebok.
“Terima kasih Encik Azman..” Akhirnya Erin
menamatkan perbualannya dengan Ketua Blok.
“Sama-sama” jawab Encik Azman dan Erin beredar.
Belum lagi melangkah jauh, Erin terdengar namanya dipanggil. Erin menoleh.
”Eh.. Muni.., apa khabar” rupanya dia berjumpa
dengan rakan sama bidang di UiTM dulu.. Munirah namanya. Rancak mereka berbual,
rupanya Murni sudah bertugas di sebuah agensi berita tabloid.
“Kalau dah selesai, jom kita balik ofis..” Karl
bersuara di sisi Erin.
“Karl, ini Munirah, kawan I masa diUni dulu, sama
course..” Erin memperkenalkan rakannya kepada Karl.
“Apa khabar?” tegur Munirah. Memandangkan Munirah
memakai tudung, Karl hanya menganggukkan kepala. Karl sungguh menarik apabila dia senyum.
“Hensom BF kau ke? Aku pernah nampak dia banyak
kali, tak tahu pulak dari dari Info Harian.. kalau bukan BF kau, aku masih ada
chance lah?” Munirah sempat berbisik ketelinga Erin sebelum berlalu
meninggalkannya.
“Hah..” Erin terkejut, seperti tidak bercaya Murni
memberikan komen mengenai Karl. Boyfriend..hem.. ialah tu..dengan senyum
meleret. Tapi yang tak bestnya, dia nak usha Karl pulak? Part tu tak boleh
jadi! Tapi hendak beritahu apa? Dia bukan ada ikatan apa-apapun dengan Karl?
“Karl, I nak pergi dekat sana tu, jom Murni!“ ajak
Erin kepada teman yang dia baru berjumpa. Juga salah satu cara untuk dia
mengelak dari menjawab soalan si teman. Mereka berjalan ke arah kumpulan
forensik.
Belumpun dekat, hidung telah di tusuk dengan bau
yang amat sangat,
Erin dan Munirah menutup hidung, namun tidak
berjaya. Erin terus merentap tangan Munirah dan berlari semula ke arah Karl
yang menunggu.
Kemudian dia membongkok dan..
“Huekkk...“ Erin termuntah. Munirah cepat-cepat
mengurut belakang Erin. Karl juga rapat kepadanya. Itulah Erin, yang hendak
sangat ke kereta mayat tu kenapa? Pekerja hospital tu sudah biasa dengan bau
mayat sedemikian, jangan di ikut!
“Rin, okey tak ni..Jom kita balik aje.!.” tanya
Karl kepada Erin yang menyapu mulutnya dengan tissue yang ada di dalam beg
tangannya.
Erin angguk.
“Murni,jumpa lagi lain kali ya? Aku gerak dulu..“
dan tanpa banyak soal mereka meninggalkan tempat kejadian dan menuju ke kereta
Karl. Laporan kali ini nampak gayanya seconet sahaja kerana tidak dapat banyak
input. Yang dapat hanya pening lalat,
akibat loya..
Sesampai di pejabat, Erin terus membuat article
berpandukan coretan di dalam buku kecilnya. Apalah sangat, berita orang mati
kena bunuh kerana tidak dapat melunaskan hutang along.
Mangsa: seorang warga asing berbangsa Bangladesh.
Umur: lingkongan 25 ke 30 tahun
Punca dibunuh: Berhutang along
Tarikh
kematian: Tidak pasti, diantara dua atau tiga hari
Pihak
berwajib: Bangladesh High Commission
Tamat
Hendak
masukkan tak, kes si Murni hendak usha si Karl? Sekurang-kurang satu Malaya
tahu apa status Karl! Kalau hendak kena buang kerja, buatlah! Erin senyum
sendiri. Sorry Murni, he is mine!
Eh…patah
balik kepada berita tadi..Erin kena olah ayat-ayat tu bagi gempak sikit. Mangsa
tidak ada kepala perlu dimasukkan agar dapat memberi ikhtibar kepada sesiapa
yang berura-ura hendak membuat pinjaman along. Juga perangai mereka yang kurang
sopan, suka mengganggu gadis dan isteri orang. Jika perkara ini berterusan, si
mangsa tetap akan kehilangan kepala, tetapi bukan di penggal tetapi di pecahkan
oleh penduduk tempatan, atas alasan menganggu anak dan bini orang!
Okey
goreng punya goreng, Erin dapat membuat article lebih dari 10 line. Bila
dimasukkan gambar yang diambil Karl sudah cukup memenuhi suku ruang. Setelah kedua-duanya berpuas hati, Erin
menghulurkan kepada Karl untuk dimajukan kepada boss dan seterusnya kepada
Editor untuk tujuan siaran. Erin menyapu kedua-dua belah tangannya tanda
selesai.. lega.
Karl laju sahaja mengetuk bilik Encik Lokman dan
memboloskan diri ke dalam bilik bossnya. Selesai satu kes. Lagipun perut sudah
berkeroncong. Waktu makan tengahari
sudah lama habis. Zohorpun belum ditunaikan.
Karl keluar dari bilik boss dengan muka ceria.
“Kita singgah kat bilik Editor kejap, lepas Zohor
kita lunch” Karl memberi cadangan. Hanya anggukan kepala Erin tanda setuju.
Erin hanya mengambil purse dan disimpannya di poket hadapan seluar panjang
hitamnya. Berjalan seiring di samping Karl, menuju ke surau dan Karl ke bilik
Editor. Mereka berjanji akan bertemu semula selepas solat nanti untuk makan
tengahari bersama. Entah masih ada lauk lagi atau tidak di kantin. Jam tangan
sudah menunjukkan hampir 3 petang. Insyallah ada rezeki tu.. jika tidak ada
lauk, order ala kart. Jika ala kart pun tidak dapat disediakan, nampak gayanya
kena makan goreng pisang sahaja hari ini, pisang gorengpun pisang gorenglah!!.
No comments:
Post a Comment