BAB 33
“Tapa! Tapa! Tolong aku..“ tercungap-cungap Ben yang baru
sampai, bagaikan dia baru habis berlari marathon. Dengan penampilan yang tidak
terurus, berserebeh. Tak serupa orang yang berjawatan juruterbang. Kereta
diparkingnya jauh. Terkejut juga Tapa, setahunya, lelaki anak mat saleh ini
kacak dan kemas orangnya. Tetapi hari ini apa sudah jadi?
“Kenapa dengan kau Ben?Tak fly hari
ini?“ tanya Tapa yang baru sahaja hendak merehatkan dirinya yang baru pulang
dari pejabat.
“Aku baru belasah Harry.. kurang
asam punya cousin. Bini akupun dia hendak..“ kata Ben.
“Akupun dah ceraikan si
Maria..Ahh.. gatal sangat, biar dia pegi
dengan si jantan tak guna tu..kalau itu yang dia hendak!“ kata Ben geram.
“Hah! Kau dah ceraikan Maria? Kenapa?
Si Harry tuh yang nak ambil Maria?..Ben..Ben..kau tak kasihan ke pada anak-anak
kau? Dia orang masih perlukan kau berdua. Mereka masih perlukan ayah dan ibu.
Habis macamana ni.... Ni dah kena berpisah dengan emak bapak. Sorang kat sana
sorang kat sini..“ kata Tapa
“Lat time aku beritahu kau suruh
nasihatkan bini kau, bukan suruh ceraikan dia?“ kata Tapa lagi.
“Aku tahu tapi aku dah geram. Orang
kampung dan naik minyak. Mereka yang serbu dia orang. Mereka mintak aku tengok
sendiri. Aku dah hilang pertimbangan Tapa! Aku dah macam giler dibuatnya. Aku
belasah dia sampai lembek.. dua-dua aku belasah..“ kata Ben, geram.
“Aku dah tak tahan lagi nak tinggal
kat sini. Aku malu dengan perangai si Maria. Aku malu dengan orang kampung,
macam aku tak pandai jaga bini. Biarkan bini aku dengan... ahhhh.. malas aku nak cakap. Petang
nanti aku nak pergi KL.. Aku dah tak boleh tengok rumah tu lagi. Bila aku
tengok aku teringatkan apa yang aku nampak. Apa yang si Harry buat dengan Maria. Aku tak
sanggup Tapa.aku tang sanggup.“ kata Ben, air mata sudah berjurai turun.
“Habis.. takkan kau nak tinggalkan
rumah tu. Rumah tu kan rumah kau?“ kata Tapa lagi.
“Aku tahu, kau tolong
tengok-tengokkan sama Wak..bila aku dah tenang aku balik..“ kata Ben lagi.
“Aku ada permintaan, aku nak kau
rahsiakan apa yang berlaku dari Hamzah. Dia kata dia nak balik bercuti minggu depan.
Tolong Tapa, tolong rahsiakan dengan apa yang berlaku. Aku tak mahu dia kecewa.
Biar aku ceritakan sendiri nanti..kalau dia nak salahkan aku sebab tinggalkan
mummy dia pun tak apa...“ kata Ben.
“Biar dia happy bercuti di sini
dengan emak dan adik dia..biar aku aje yang keluar.“
Tapa cuba menenangkan Benjamin. Apa
lagi yang termampu dia lakukan. Ben sudah melafazkan, talak sudah jatuh. Dua
kanak-kanak akan menjadi mangsa perpisahan. “Kasihan Hamzah, Dyana macammana?“
tanya Tapa lagi.
Hamzah sudah remaja, tentu dia akan
memberontak. Remaja seumur itu memang suka memberontak!
“Dyana aku akan uruskan kemudian.
Kau tolong aku hal Hamzah aje...“
“Tapa tolong aku.. aku hanya
harapkan kau aje. Tolong rahsiakan apa yang berlaku daripada Hamzah..Tolong“
ulang Benjamin.
Tapa hanya tunduk. Wajarkah dia
berbuat demikian?
Hamzah bukan budak kecil lagi, dia sudah
boleh berfikir, tentu dia akan membenci daddy kerana meninggalkan dia, adik dan
mummy tanpa dia mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Hamzah mungkin
memikirkan yang Daddy Ben sudah beralih kasih dengan perempuan lain. Itulah
puncanya dia menceraikan mummy, kerana itu sahaja alasan yang sering berlakunya
perpisahan. Sedangkan, yang sebenarnya adalah khilaf si mummy. Memang ada
benarnya pada cerita ini, tetapi Maria tidak diberi peluang untuk menjelaskan
apa yang sebenarnya berlaku. Mengapa dia jadi begitu?“
Kerana rahsia itu membuat Hamzah
merajuk, merajuk kerana dia adalah orang yang terakhir mengetahui cerita yang
sebenar. Walaupun banyak kali dia menuntut jawapan dari uncle Tapa.
“Apa yang abang fikirkan tuh!“
terkejut Tok Pa dari lamuman kesah silam apabila mendengar suara Wan Jie.
Wan Jie menegurnya, apabila melihat
si suami sedang menutup dahi dengan lengannya. Hari sudah lewat malam, tetapi
mata tuanya masih terkebil-kebil. Terlebih makan ketupat di rumah Karl tadi
atau terkejut dengan pertemuan tidak disangka dengan Hamzah?
“Tak ada apa-apa, abang teringatkan
hari Ben belasah Harry dulu, Jie ingat tak?“
“Ingat bang.. saya ingat
sangat-sangat! Saya kan ada masa tuh!“ kata Wan Jie.
“Dah lah, tak usahkan di ingatkan
lagi. Saya tengok Hamzahpun dah berubah. Dah boleh terima apa yang dah berlaku.
Dah boleh balik kat banglow tu. Yang saya tertanya-tanya, ke mana agaknya si Maria tu ya bang? Hidup ke dia, atau dah tak ada ke?
Entah.. dah berpuluh tahun.. hilang..Saya perhatikan si Karl tu kadang-kadang
ada iras nenek dia..“ kata Wan Jie.
“Entah...“ hanya satu perkataan
sahaja dari Tok Pa.
“Dah lah Jie, kita tidur aje. Esok
kena layan anak cucu kita yang dah berkumpul ni..Raya ketiga mungkin ada orang
masih beraya. Orangkan beraya sebulan..“
Tidak ada jawapan yang diterima.
Cuma Wan Jie mencapai selimut dan dihulurkannya kepada Tok Pa. Betul juga kata
Tok Pa. Baik sahaja mereka menghabiskan hari-hari tua bersama orangorang
tersayang, selagi ada umur...
***
“Baik pasangan tua tu ya bang?“ kata
Mysha.
Tangan meletakkan secawan kopi yang
masih berasaap di hadapan suami. Si
suami menarik perlahan cawan kopi agar lebih dekat kepadanya. Tangan sebelah
lagi menarik sebuah kerusi untuk dia duduk meneman si suami.
“Haah! Dia tu bestfriend Daddy,
kalau Sha nak tahu..“ jawab Hamzah. Jawapan yang melindung seribu satu makna.
“Ye ke? Daddy tak pernah ceritapun
yang dia ada bestfriend?“
“Daddy... Sha tahukan dia? Banyak
sangat misteri yang di simpannya..“ lembut sahaja si lelaki berjambang itu
bersuara.
Mysha hanya angguk perlahan. Kurang
faham sebenarnya dengan apa yang di ungkap suami, tetapi tidak perlu bertanya,
biarkan sahaja di simpan baik di kotak memori si suami. Sudah berpuluh tahun
hidup bersama lelaki ini, dia mengerti. Ada cerita di sebalik cerita hidup
suaminya yang tidak mahu di kongsi. Itu hak dia..
“Sha...Daddy ada cerita apa-apa tak
sepanjang Sha jaga dia..“ terpaling Mysha ke arah suara suami.
“Ada.. tapi Sha tak faham..“ kata Mysha. Dia bukan menantu yang
kipoci, dia hanya sekadar pendengar setia.
“Sha tahu tak sebenarnya, abang masih
ada mummy, tapi abang tak tahu di mana dia dan apa keadaannya sekarang. Hidup
ke mati ke, abang tak tahu..Dia tinggalkan kami dan serahkan abang dan Dyana
pada Daddy..“ Hamzah menceritakan kesah hidupnya. Terserah kepada Mysha hendak
mendengarnya atau tidak.
“Kenapa abang tak cari?“
“Abang tak tahu nak cari di mana?“
keluh Hamzah.
“Insyallah, jika Tuhan hendak
menemukan kita, kita akan bertemu“ Mysha melentukkan kepalanya ke lengan suami.
Tangan menarik sepiring kueh yang di kirim oleh Wan Jie, bersebelahan cawan
kopi. Hamzah hanya angguk perlahan.
“Kalau Sha tak tahu, abang sakit
hati dengan uncle Tapa sebab dia banyak simpan rahsia daddy dan mummy. Entah
apa yang hendak disoroknya. Itu yang buat abang merajuk tak mahu jengok rumah
tu bila abang tahu cerita yang sebenar. Tapi itu kesah lama. Jumpa dia semalam buat
abang menyesal. Dia tak bersalah. Dia hanya memegang amanah daddy..Terukkan
abang ni? Membenci orang yang tak bersalah!“kata Hamzah, mata hanya merenung
secawan kopi yang terus berasap.
“Takkk.. abang tak teruk.. abang
hanya salah faham..Sudahlah tu, nanti kopi tu sejuk..“ jawapan Mysha di sambut dengan senyuman oleh si
suami.
“Yang penting, Tuhan dah beri kita
jalan, jalan untuk abang dan uncle Tapa melupakan semua kesah silam. Itulah
hikmahnya. Kita teruskan aje, dengan bantuan Karl dan cucu uncle Tapa tu..Eh!
teringat saya, bila budak bertuah tu balik?“ Mysha bingkas bangun, mencari
telefonnya. Karl perlu dihubungi.
Hamzah hanya memerhati si isteri
yang kalut, menghubungi si anak. Si anak yang sudah lupa mahu pulang kerana
sudah jatuh cinta dengan kampung yang baru di temuiya. Bukan setakat jatuh cinta dengan kampung, dia
juga jatuh cinta dengan salah seorang penghuni kampung itu..Erin.
Bab 34
Tangan Erin ligat menaip, mulut
penuh berisi dengan kueh raya, menaip tetap menaip tetapi mulut juga sama
rancak dengan jari yang sebok menaip dan kerap singgah ke mulut, menyuap biskut
raya yang dibekalkan mama. Pagi tadi beria-aia tidak
mahu membawa bekalan kueh tersebut apabila dihulur oleh mama. Macam-macam
alasan diberinya, tak suka kueh raya la, nak makan makanan panas la, kueh raya
manis la. Hemmm tetapi sekarang sudah sampai tinggal habuk dibedalnya,
berkongsi dengan teman di belakangnya
yang juga sama rancak mengatur suapan. Itulah, lain kali jangan sombong!
Mereka baru masuk kerja semula hari
ni. Banyak pulak tugasan menanti, tetapi kebanyakannya berkisar dengan kesah
hari raya. Apa lagi jika tidak membuat liputan majlis rumah terbuka Aidil Fitri
orang VIP, jamuan amal dan lain-lain. Masih mood raya
gamaknya, dendangan lagu raya juga masih berkemundang di mana-mana. Bagus juga,
sekurang-kurangnya semasa membuat liputan, dapat juga makan free. Si Journalist
photographer di belakangnya juga sebok dengan lap topnya untuk mengedit
gambar-gambar sambil membelek gadget-gadget seorang photographer professional,
hanya dia sahaja yang faham apa kegunaan setiap gadget yang digunakan. Kenyang
juga rasanya perut walaupun hanya memakan rendang, ketupat, satay dan kueh raya
atau mungkin juga kerana makan banyak tadi semasa membuat liputan majlis rumah
terbuka di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pagi ini. Jangan makan banyak sangat Erin, nanti naik badan macam dipam-pam.
Hendak gemuk memang senang, hendak kurus tu yang susah. Tugas mulut hanya menganga sahaja, menerima apa sahaja yang
disuap, tahu-tahu sudah naik 4 atau 5 kilo. Dari itu Cegah sebelum Parah!!
“Esok flight kita ke Penang untuk
pembukaan Pesta Air jam berapa ya Karl? Tiket I ada dengan you kan? Erin
bercakap dengan mulut yang sedikit penuh, nasib baik tidak membuka mulut besar,
jika tidak bersembur habuk kueh raya. Tidak ada table
menace langsung, anak dara ini...
“Eh hem.. dua-dua tiket ada pada I, tiket you dan tiket I. Bukan ke
I dah beritahu you masa I collect tiket tu kat Admin yesterday. Kenapa, you nak
ke?” Karl bersuara tetapi matanya masih tidak berganjak dari membelek
kameranya.
“Flight kita 3.15 petang.., macammana you nak pergi, nak pergi sama
I ke? Nanti kereta, I park di parking bay untuk 2 hari ..Aaah.. susah-susah I
ambik you esok 11.30, check in dulu dan kita lunch di KLIA.. amacam?” Karl
merancang, tetapi nampaknya sudah bukan rancangan lagi kerana siap-siap dia
telah membuat keputusan tanpa mendengar sama ada dipersetujui oleh Erin atau
tidak.
“Hem. you okey ke ambil I?.” Erin setuju sahaja dengan perancangan
perjalanan mereka.
Masakan Erin tidak setuju, dia tahu
semua nanti ditanggung beres oleh Karl sudah pastinya. Matanya juga masih
tertumpu di skrin komputer, pemberita-pemberita lainpun nampak sebok dengan laporan
mereka. Laporan perlu disiapkan on time. Sayangnya, hari ini mereka tidak mampu
untuk pulang lewat kerana pakaian untuk ke Pulau Pinang esok belum sempat
dikemas lagi.
Semua pakaian yang bergosok sudah
digunakan sepanjang cuti raya dan masih belum dicuci.. hem..
kena pakai pakaian yang ada tinggal di dalam closet nampaknya. Perempuan ni
lain sikit, macam-macam hendak dibawa, kalau boleh satu rumah hendak diangkut.
Berbeza dengan lelaki, sempoi aje, bawa baju sehelai dua dan sehelai jeans
sudah mencukupi kerana mereka boleh pakai pakaian berulang-ulang, Heuuw.. pakai
ulang-ulang? Tetapi
Erin tahu, mamat di belakangnya juga tidak suka memakai pakaian berulang-ulang.
Sejak mengiktiraf relationship mereka ke tahap coupling ni,
nampaknya kurang sedikit percakaran di antara mereka. Tambahan pula Karl
mengambil sikap bertolak ansur agar lebih mesra. Karl nampak lebih tenang dan
lebih matang sejak “in relationship” dengan Erin. Ditambah pula penetapan Erin
tentang Karl perlu berusaha mendalami agama demi menjadi seorang penghulu
kepada keluarganya kelak. Nampaknya rukun Islam yang kedua, tidak pernah
dilekeh oleh Karl, masuk sahaja waktu, hilanglah dia ke surau, alhamdullillah.
Manusia boleh berubah, berubah ke arah yang lebih baik, apalah salahnya. Erin
bangga dengan perubahan ini, dia juga kena ingat, dia pun perlu membuat
perubahan kepada dirinya. Jangan pandai minta orang berhijrah, tetapi diri sendiri masih di takuk
lama!
Pesanan Pak Cik Haiziq selalu
diingatannya. Jika ingin bertemu orang yang sedikit lebai kenalah selalu ke
masjid atau ke surau. Jika tidak pernah ke tempat begitu manakan boleh berjumpa
si lebai? Jika selalu ke club atau tempat yang bukan-bukan, sudah tentunya akan
bertemu dengan orang yang bukan-bukan juga. Takkan pula akan berjumpa ustaz di
tempat-tempat begitu. Betul juga… tapi Erin berjumpa Karl di parking lot, ini
apa cerita! Cuba cerita, cuba cerita..
Tanyalah mana-mana gadis, pasti
kritiria pertama seorang calon suami yang ada ciri-ciri macam ustaz sedikit,
kuat ugama dan boleh mendidik isteri, tapi diri sendiripun tidak terdidik untuk
menjadi ustazah..macam mana tu? Ini satu hal lagi..
Erin senyum, kepalapun masih lagi bertelanjang. Jauh lagi perjalanan
hendak berhijrah. Faham sendiri sudah!!
***
Terdengar dengangan lagu Adele “someone
like you” nada dering telefon Erin. Erin melihat jam yang cantik tersangkut di dinding. Angka jam yang disulam dengan ribbon sutera,
hasil kerja tangan mama yang dipelajarinya semasa bertugas di Afrika Selatan 7
tahun lalu. Jamnya memang nampak cantik, tetapi susah hendak melihat angka,
terlampau berbunga-bunga sampai angka tidak dapat dikenali.
Hemm… dah 11.30 ke..belum!! Nampak
seperti baru 11.10 pagi. Telefon segera dijawab bila melihat nama Karl.
“I dah ada kat luar..” ringkas
terdengar suara Karl dihujung talian.
“Kejap…kejap! kata ambil 11.30 ni
baru 11.10.. tunggu kejap ya, I ambil beg..” Erin terus mematikan talian tanpa mendengar jawapan dari
Karl.
Berlari Erin menuruni anak tangka
dengan mengheret beg leret kecil delsy berwarna merah pekat. Pintu depan dibuka
dan tangan melambai kearah Karl yang memakir betul-betul di depan pintu pagar.
Erin masuk semula untuk mempastikan semula plug di matikan, terutama strika
kerana digunakannya untuk menggosok pakaian tadi. Kalau tidak nanti kena leterlah
dengan mama apabila dia pulang dari kerja petang nanti. Nak bakar rumah ke apa? kalau short circuit siapa susah? Sudah
bersedia hendak tinggal di bawah jambatankah?
Karl sudah mengambil beg Erin dan dimasukkannya
ke bonet belakang. Relax sedang bersandar
di kereta menunggu Erin sambil berpeluk tubuh. Bukan dia tidak biasa dengan
minah ini, sudah selalu begini dan dia sudah lali. Setiap kali ada tugasan di
luar, dia kena datang awal lebih kurang 10 minit, mengetahui perjalanan akan
hanya boleh bermula selepas 10 minit, kadang-kadang tu lebih dari 10 minit pun
ada. Ada ada sahaja yang perlu dibuat Erin.. sabar aje la..sayang punya pasal,
Karl turuti.
“Sorry Karl, lambat sikit… I need to make sure everything is in order..,
especially the alarm, ehh.. bukan ke you yang datang awal?” Erin
bersuara dengan tersekat-sekat kerana berlari-lari anak menuju keluar.
Karl hanya memandang ke arahnya
dengan sunglasesnya yang tertenggek di atas kepala, terus masuk ke perut kereta
dan menghidupkan engine. Malas hendak bertegang leher dengan si minah tidak
mahu kalah. Perjalanan ke KLIA di tuju. Erin seperti biasa sebok dengan siaran
radio, kemudian mencapai telefon untuk SMS mama memberitahu yang dia sudah
bergerak.
Perjalanan ke KLIA hanya mengambil
kurang dari setengah jam. Domestik flight, tidak ramai orang, mudah sahaja. Di dalam
kereta mereka bercadang untuk mengambil brunch sebaik sahaja selesai check in. Check
in tiket sahaja kerana saiz beg Erin boleh di klasifikasikan sebagai beg
karbin. Begitu juga beg Karl, hanya dengan beg sandang belakangnya. Jonker Walk
Kopitiam dituju selepas check-in. Memandangkan sudah
hampir tengahari, mereka terus mengambil lunch, tidak lagi branch.
Penerbangan MAS hari ini sungguh baik, mengikut jadual. Jika tidak,
ada sahaja masalah teknikal dan kelewatan yang sering berlaku. Penerbangan yang
tidak sampai satu jam itu akhirnya mendarat dengan baik sekali. Tidak sempat
hendak buat apa-apa sudah ada pengumuman meminta penumpang memasang semula tali
pinggang keleder kerana sudah hendak mendarat. Di Lapangan terbang Bayan Lepas,
penganjur sudah menunggu untuk menghantar mereka ke hotel penginapan 3 hari 2
malam mengikut agensi. Terima kasih Encik Lokman, kerana assignment ini seperti
bercuti sambil bekerja sahaja. Bukan hanya Erin dan Karl sahaja, malah beberapa
pemberita dari beberapa agensi berita lain juga turun dijemput dan semua
pemberita di tempatkan di hotel yang sama. Erin dan Karl sudah kenal beberapa orang yang
turut serta kerana mereka sering bertemu.
Mereka di tempatkan di Hotel
Flamingo, Tanjung Bungah. Nombor bilik Karl 1404 dan bilik Erin 1405 di tingkat
14. Erin masuk ke bilik dengan beg delsynya. Beg diletakkannya di atas bangku
kayu di tepi dinding. Zip beg di buka dan mengeluarkan semua pakaian untuk
disimpan ke dalam almari baju, nanti
takut berkedut pula, jika terperuk lama di dalam beg. Selesai urusan baju, Erin
berjalan menuju ke arah balkoni dan terus membuka pintu kelongsor untuk
membenarkan humbusan angin dari Lautan Hindi memenuhi ruang biliknya. Angin
laut menerpa ke seluruh badannya sebaik sahaja pintu gelonsor ditolak. Tidak
pula disangka, rupanya Karl juga berbuat perkara yang sama. Sambil duduk di kerusi
yang di sediakan di balkoni, mereka bersembang.
Tajuk perbualan, ingin menjelajah
Pulau Mutiara. Ini,
hendak kerja atau hendak bercuti? Erin mengajak Karl menemannya keluar mengukur
Pulau Pinang, kerana inilah pertama kali dia ke sini. Sebelum ke sini dia ada
membuat sedikit homework, dengarnya ada sebuah mall besar baru dibuka, namanya
Queensbay Megamall, terletak di hujung pulau berhampiran dengan jambatan di antara
Georgetown dan Pulau Pinang. Tentunya menarik,
perempuan memang tidak ada benda lain selain dari shopping, jika tak ada
duitpun tak mengapa, janji dapat window shopping. Itu pun mereka sudah cukup puas,
hanya sekadar window shopping. Perempuan tetap perempuan, Mall adalah destinasi
pertama di dalam senarai. Bagi diri
Karl, demi Erin, apapun dia sanggup, janji Erin sentiasa bersamanya. Angau tahap
maksima.
“Betul! You boleh tamankan I” ulang Erin bertanya kepada Karl.
“Ya, sayang..” Erin cebik muka dengan jawapan Karl.
Dia menyebik kerana teringatkan nada sebutan Karl sama seperti nada
suara Awal Ashaari di dalam iklan Sen Heng!
Dahsyat betul panahan asmara dari si kanak-kanak bogel berkepak bernama
cupid.
Bab 35
Seperti yang dijanjikan, selepas Zohor, mereka bertemu diddepan
lift. Dengan menaiki teksi mereka ke tempat yang hendak sangat Erin intai. Jauh juga perjalanan kerana Megamall
tersebut.
“Kan cek dah habaq sat ni, Megamall tu terletak di hujung pulau” Erin hendak
cuba-cuba bercakap style orang Penang.
Terok betul bunyinya, seperti orang siam bercakap melayu sahaja
tutur bahasanya. Karl mencebik mukanya, lantaklah kau Erin.
Sesampainya d isana, Erin perhatikan tiada yang lainnya dari gedung membeli
belah yang lain ada di Malaysia. Tetapi
tidak mengapa, janji Erin sudah sampai, tidak kempunan bila orang bertanya, “Kau
sudah pernah sampai ke Queensbay Megamall?”.
Sudah pasti dengan mudah Erin boleh menjawabnya
dengan jawapan “YA”.
2 jam berpusing-pusing tanpa tujuan
di dalam Megamall, namun tidak ada satu bendapun yang menarik perhatian Erin
mahupun Karl.
Souvinir dari Pulau Pinang perlu
dicari, sekurang-kurangnya rantai kunci. Erin sudah mencongak, mahu juga lebih
dari 10 biji perlu dibelinya.
Erin membelek-belek pendant abjad
dari silver. Cantik juga, kecil dan kemas buatannya,
tetapi tidak ada pulak dinyatakan made in Penang. Meniru idea Pandora jewellery.
Cantik juga, bukan orang tahupun, padora atau tidak, yang penting cantik.
“You nak ke?” Erin berpaling kepada suara Karl yang muncul tiba-tiba.
Tadinya Erin peranan Karl sudah didalam kedai.
“Cantik kan!” Erin memegang huruf K, kemudian diletakkannya semula huruf
itu lalu terus masuk ke dalam kedai untuk melihat sovinir yang lain. Kenapa memilih huruf K, sedangkan
huruf E ada, huruf J pun ada. Karl menyengetkan mukanya hairan. Namanya yang
bermula dengan K atau M. Minah ni main teka teki ke apa?. Hendak ke tidak dia
ni. Akhirnya Karl mengambil huruf K dan juga E. Erin sudah hilang di dalam
kedai, masih mencari-cari benda yang mungkin berkenan di hati. Karl sudah menghulurkan beberapa rantai kunci,
termasuk kedua dua abjad pendant kepada juruwang. Tidak mahalpun, tidak sampai
RM50 untuk kesemuanya.
Beberapa kedai cenderahati diredah
lagi. Karl sebok membelek-belek kemeja T yang tertulis I LOVE PENANG. Erin hanya menunggunya di
depan kedai, dimana rantai kunci bersangkut. Satu persatu rantai kunci dibelek
lagi. Not bad, boleh dibeli, hargapun berpatutan. Beberapa rantai kunci yang
dia sudah berkenan sudah ada di tangannya.
“Renee Jasmin ke ni?” Erin menoleh
ke arah suara yang pernah dia dengar dan cukup kenal.
“Hah!“
Suara yang sudah lama dilupakannya. Suara
Huzaimi, teman yang di kira intim satu ketika dahulu, semasa di Universiti,
teman yang menjanjikan sesuatu kepadanya, tetapi tidak kesampaian, teman yang
pernah mempermainkan perasaannya dan juga perasaan beberapa gadis lain, kira
buayalah jugak, maklumlah orang ada rupa. Sebenarnya tidaklah kacak sangat
tetapi dia pandai bergaya. Dengarnya anak orang somebody, anak Datuk mana
entah! Anak tunggal seorang businessman. Habis tu, anak jadi perabih harta mak
bapak dialah, hendak buat apa lagi?.
Bagai hendak jatuh jantung Erin
dibuatnya, sudah tentu mukanya merah padam ketika itu. Rantai kunci yang
dipilihnya tadi diletakkan kembali tergesa-gesa, tapi bukan ditempat asalnya,
main letak sahaja ikut sukanya. Erin mengelabah apabila berjumpa lelaki ini.
Kenapalah time macam ni, jumpa pulak si romeo ni. tetapi kenapa hanya dia
seorang? Bukankah dia sudah berkahwin? Erin ketahui dari teman-teman yang dia
sudah berkahwin walaupun belum bekerja dan baru sahaja menamatkan pengajian
ketika itu.
“Hey, Zami, apa khabar?“ Erin
melindungkan perasaan mengelabahnya dengan senyuman terpaksa, walaupun lelaki
itu perasan yang dia mengelabah. Berlakon memang kepandaian Erin, tetapi tidak
menjadi.
“Ingatpun you pada I, ingatkan you dah
lupa?” Huzaimi menyambung kata dengan senyuman.
Dia memang menarik, apatah lagi
apabila dia senyum. Tidak kacak tetapi menarik. Seperti kata P.Ramlee, “lawa
tiada, manis ada“. Wajah seakan anak mamak dan sedikit wajah keturunan arab
membuatkan dia nampak seperti lelaki melayu tulin, terutama pada rambutnya yang
sedikit kerinting. Patutlah ramai
perempuan cair semasa di Uni dulu, termasuk Erin.
“Lama ya kita tak jumpa, emm.. I think about 3 years?”
katanya lagi
“No.. almost 4, to be precise
3 years 8 months.. you kerja di sini ke?” tanya Erin dengan nada yang agak
geram.
“Ingat you kerja di KL?” sambungnya dalam mengelabah sempat lagi
bertanya.
“Hem.. memang I kerja di KL .. ni
balik kampung, you lupa ke I kan memang orang Penang?” Jawabnya
selamba
“Ye ke you orang Penang? I
remember you told me your parents stays in Damansara?” Erin pura-pura tidak
mengetahui, sebenarnya dia ingat dan tahu, Huzaimi memang berasal dari Penang.
“Yalah, memanglah parents I tinggal di Damansara, tetapi asal, bapak
Kedah, dan Mak Penang” Ialah tu, tak payahlah hendak bercerita salasilah
keluarga pula disini, Erin tidak berminat.
“You sorang aje ke? where is
your family?” Erin saja-saja bertanya, takut nanti dikatakan sombong pula.
Terkenang Erin apabila seorang perempuan datang merayu dan
menangis-nangis kepadanya agar tidak meneruskan perhubungannya dengan Huzaimi.
Perasaan sayang sudah mula berputik tatkala itu. Huzaimi memang mempunyai sifat
yang disukai mana-mana perempuan, tidaklah pula disangka Erin rupanya dia
buaya. Ngap sahaja mana-mana perempuan yang jatuh kepadanya. Tidak disangka
muka yang nampak baik tetapi tidak pada hatinya. Nasib baik Erin tidak
memberikan sepenuh hatinya kepada lelaki yang masih berdiri dihadapannya kini.
Dari penerangan perempuan itu mereka sudah bertunang. Hemm.. lagipun mungkin
juga itu hanya cinta monyet, cinta sewaktu belajar.
Alhamdullillah Erin kepada perempuan itu, sekurang-kurangnya Erin
mengetahui agar tidak menganggu tunangan orang.
“My family?.. family I kat
sana? Sambil menunjukkan ke tempat permainan kanak-kanak, pastinya dia sudah
mempunyai anak.
“You macammana? sihat ke? datang Penang kerja ke?” soalan Huzaimi 3
in 1.
“I macam ni la..hem..kerja 3 hari kai sini..Khamis nanti balik
semula KL” jawapan dari Erin juga 3 in 1.
“Baguslah…dah ja..” tidak sempat Zami hendak menghabiskan kata-kata.
“Hemm. Excuse me!”sudah dipotong oleh suara seseorang.
Kedua-dua tertoleh kepada suara yang berdehem. Hanya kelihatan
seorang lelaki yang sedang mengiklankan ubat gigi, tersengeh.
Tersedar Erin, Karl sudah berada di sebelahnya. Tadinya Karl keluar
dari kedai setelah melihat Erin berbual mesra dengan seseorang lelaki. Seperti
biasa, Karl memang alergi melihat Erin berbual mesra, tambahan pula dengan
lelaki. Lagilah pula lelaki itu segak nampaknya. Takut saingan la tu.
Cemburunya pun boleh tahan, sudah tahap cemburu rabun, belum sampai tahap cemburu
buta lagi.
Karl berdiri di sebelah Erin, hanya menunggu Erin untuk mengenalkan
kepadanya siapakah lelaki di hadapan mereka. Karl terkejut beruk juga apabila
Erin memaut lengannya, kerana dia masih ingat lagi peristiwa 2 bulan yang lalu.
Erin marah betul kepadanya apabila dia mengenggam tangannya semasa pertemuannya
dengan Jazlan di Warisan. Tetapi lain pula jadinya hari ini, Erin sendiri yang
menyambar lengannya, siap terlentok-lentok lagi, manja sungguh. Karl suka Erin
bertindak sedemikian, apa lagi, siap di peluknya pinggang Erin, orang dah
mulakan.. why not.. continue aje la. Bukan senang perempuan sorang ni nak buat
tindakan sedemikian, jangan dituduh pula mengambil kesempatan di dalam
kesempitan sudahlah.
Lelaki di hadapannya kini pasti lelaki istimewa Erin satu ketika
dahulu, jika tidak, mahu dia buat tindakan sedemikian.
“Zami, ini Karl, tunang I..” Karl
menghulurkan tangan untuk bersalaman apabila Erin memperkenalkan Karl sebagai
tunangnya. Mata menyorot ke arah Erin, sedikit terkejut kerana diperkenalkan
sebagai TUNANG. Hai dah kena jadi hero drama pulak hari ini nampaknya. Tajuk
dramanya “Izinkan aku Menipu” ha.. ha.. ha.. tersenyum Karl memikirkan sebagai
Hero terdesak untuk Erin. Salaman disambut. “Oh.. tunang Erin ke, congrats dan
bertuah Encik Karl dapat Erin. She is smart, sweet and funny“ puji
melebih pula Zami. Erin
senyum meleret apabila dipuji, Karl juga tersenyum dengan ungkapan Zami. Pasal smart dan sweet itu memang ciri-ciri
itu ada pada Erin. Tetapi yang funny.. belum lagi dia nampak!.
“Huzaimi, senior Renee di Universiti dulu..” Zami memperkenalkan dirinya
“Mikhail Hamzah, tunang Erin..”
menyebut tunang dengan bangganya.. tunang olok-olok Encik Mikahil oi.. saja
Erin bertindak sedemikian, ingat apa? dia tak laku ke? Dapat mamat handsome
apa? Rupa sahaja seperti kacukan cina, tetapi ada darah Mat Salleh tau!
“Bila nak kahwinnya dan jangan lupa
jemput I bila hari bahagia tu nanti..” Zami berbicara dengan muka masam-masam manis.
“Okey, I better go now, my family is waiting
for me.., jumpa lagi.. Erin..” Zami meninggalkan mereka dan menuju ke tempat permainan
kanak-kanak.
Ungkapan dari Zami...jumpa
lagi..yake nak jumpa lagi? Siapa yang
hendak jumpa dia?
Karl dan Erin juga mengatur langkah ke Secret
Recipe. Karl tersenyum meleret kerana tangan Erin masih di lengannya. Lupalah
tu, Huzaimi sudah lama hilang dari pandangan. Tetapi pelakon wanita tak perasan
drama sepatutnya sudah lama tamat. Pelakon lelaki apa lagi, mendiamkan sahaja
tindakan pelakon wanita, asalkan pelakon wanita bahagia!!
Erin perlukan air untuk membasahkan
tekaknya yang memang kering sejak berjumpa Huzaimi tadi. Hilang kata-kata, dah
tu buat tindakan bodoh, yang pergi sambar lengan Karl siapa suruh? Kan sudah
tersengeh-sengeh sahaja lelaki yang duduk di hadapannya. Bagaimanapun kena berterima kasih kepada
Karl, nasib baik ada dia, penyelamatnya hari ini, A knight in shining armour. Tetapi ambil peluanglah pulak
lebih-lebih, siap peluk–peluk pinggang lagi.
Karl hanya menunggu sahaja sama ada
Erin akan membuka mulut untuk memarahi tindakannya, tetapi ianya tidak berlaku.
Syukur alhamdullillah, tidak ada angin puting beliong,
angin sepoi sahaja nampaknya.
Silap Erin juga kenapa bertindak memaut lengan Karl tiba-tiba, tidak
pernah dibuat-buatnya. Biarkanlah, Karl tidak mahu bertanya, biar Erin
bercerita sendiri, apabila dia sudah bersedia atau ingin memberitahu Karl. Yang
Karl ketahui, lelaki bernama Huzaimi ini pasti pernah ada sejarah lalu bersama
Erin.
Karl juga pasti, Huzaimi bukan saingannya lagi kerana dia sudah
berkeluarga. Seandainya dia masih bujang, mahu juga tergugat Karl dibuatnya.
Karl lega Erin terus menegok juice orange dan sepotong kek white macademia yang
baru dihantar oleh pelayan restaurant sebentar tadi. Pesanan yang
dibuat sewaktu masuk ke resrautant itu sebentar tadi. Karl hanya
memerhati Erin menegok juice dan menuap keknya sambil jari-jarinya
bergerak-gerak di meja, memainkan irama tanpa note. Karl tidak lagi menjamah
juice mahupun kek coklatnya. Dia puas hanya melihat Erin yang makan, dia akan
makan keknya kemudian. Leka melihat Erin, tidak berkata walaupun sepatah, hanya
sebok dengan suapan demi suapan. Karl tidak sabar menunggu penjelasan dari
Erin, dari itu baiklah dia sahaja yang mulakan topic.
“Rin”
“Hem..”
“Rin you okey ke?
“Hem..I okey , tak ada apa
apa”
“Tak ada apa apanya.. muka pucat I tengok you tadi”
“Karl, Kalau I kata tak ada apa apa, tak ada apa apa la..” suara Erin tinggi seakan akan marah.
Ha.. kan dah kena angin hurricane Erin, bukan hurricane Katrina.
“Okey okey la.” Karl malas nak
mulakan pertengkaran, yang nyata Erin tidak okey seperti yang dijelaskan.
Biarkan dia sendiri akan bercerita nanti. Tak lama, kita tengok..Karl mula
mengira 1, 2, 3,4, 5, lima saat.
“Sorry Karl, I tak niatpun nak
tinggi suara dengan you tadi…, sorry ya”
sedikit berkaca matanya oleh linangan air mata. Kan dah kata, Erin pasti
akan bercerita.
Karl hanya mengangguk perlahan,
mengerti angin kus-kus Erin sudah mari, atau sedang PMS agaknya.
“Thank you so much Karl,
you penyelamat I hari ni.. pasal I beritahu you tunang I tu, harap you don’t
mind, That man pernah singgah dihati I, 4 years
ago, but now is history, dia pun dah happy dengan family dia I suppose ”
terus menyedut straw juice orange sampai habis. Ha! Kan dah kata, akhirnya dia
sendiri bercerita.
“I don’t mind, tapi kalau betul-betul lagi I suka.. you dah bersedia
nak jadi tunang I ke?” Terus mulutnya menyedut minumannya, kali ini dia pula
yang kering tekaknya menanti jawapan dari Erin.
“Apa you kata, ulang sekali lagi?..”
Erin seperti tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.
“Tak apalah kalau you tak dengar,
lain kali I ulang..”seperti tidak percaya sahaja Karl, Erin tidak mendengarnya.
Sebenarnya Erin dengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulur Karl, cuma
inginkan kepastian.
Mood Erin untuk mencari cenderahati
hilang. Tidak kuasa lagi dia hendak ke mana-mana kedai. Semua terbantut oleh
dek pertemuan yang tidak di sangka. Dunia ini kecil betul, dalam banyak-banyak
tempat, bolehkan tertemu.
Karl hanya menurut,
sekurang-kurangnya dia sudah juga membeli sedikit cenderahati. Keputusannya
untuk mereka pulang sahaja ke hotel. Sebelum maghrib mereka sudah sampai semula
di hotel kerana jam 8 malam mereka perlu ke dewan taklimat untuk mendengar
program yang telah diatur oleh penganjur untuk semua pemberita membuat coverage
pembukaan esok. Jangan terlepas pula, Info Harian menghantar mereka untuk
bekerja, bukan makan angin, kena ingat tu..
No comments:
Post a Comment