Senyap sahaja blog saya sekarang ni? Tak ada orang yang membaca agaknya.. Cderitanya membosankan ke!!
BAB 30
“Ding dong.. ding dong.. ding dong “
Erin menekan loceng pintu, tetapi pintu banglow tidak dibuka. Di pintu pagar
tadi, nasib baik Wak nampak kereta Erin tersadai hampir 10 minit, tiada siapa
yang membuka, terus berlari orang tua itu membukanya. Susah juga hendak
berkunjung ke rumah orang kaya-kaya bagini. Private property, nasib baik tidak ada dawai
besi dengan papan tanda “Private Property – No Trespassing“. Beberapa kali ditekan, masih tidak dibuka, pengsankah dia seperti yang
dikatakannya malam tadi! Risau pula di hati Erin. Erin sudah cuak, ini sudah kes nanya!!
Satu cara lagi ialah menalifonnya. Nombor
Karl ditekan, juga tidak ada jawapan. Ke hulu dan ke hilir Erin di depan pintu
banglow, memikirkan bagaimana caranya hendak mengetahui apa yang telah terjadi
kepada Karl, runsing, risau dan bingong dibuatnya. Menyesal pun ada, takut apa
yang katakan malam tadi jadi kenyataan. Erin berastagfar panjang, selisih malaikat
44 kata orang tua.
Teringat Erin kepada Wak, hanya dia
yang boleh menyelesaikan masalah ini. dengan harapan dia mempunyai kunci spare,
sekurang-kurangnya kunci spare pintu hadapan atau pintu dapur. Rumah Wak di tuju,
jam sudah menunjukkan 9.00 pagi.
“Wak maaf saya ganggu lagi, Karl tak buka
pintu, saya takut apa-apa jadi pada dia, telefon pun tak berjawab, Wak ada
kunci spare tak? Saya nak masuk nak tengok apa jadi!” tanya Erin kepada Wak
yang tergaru-garu kepala, apabila seorang gadis meminta kunci rumah orang
bujang, dan orang bujang berkenaan adalah anak majikannya, Tuan Muda!
Seperti tidak percaya, betul ke
dengan apa yang dia dengar, Wak rasa serba salah.
“Wak ada.. kunci pintu dapur.. anak.. nak Wak teman masuk ke.?.” soal Wak.
Wak mengambil keputusan untuk
mengikut sama masuk, manalah tahu, kurang manis masuk tanpa kebenaran tuan
rumah yang masih ada di dalam rumah. Lainlah jika dulu Wak bebas keluar masuk
di rumah tersebut kerana tiada penghuni.
“Bagus juga.. kalau wak tidak
keberatan..” tersenyum dengan pelawaan dan sebentar lagi akan tahu apa yang
telah berlaku. Erin masih berserabut memikirkan macam-macam yang berkemungkinan
boleh berlaku, sehinggakan Wak bertanyakan sesuatupun tidak didengarnya.
”Apa wak tanya tadi.. wak bercakap dengan saya ke?” ulangnya.
“Anak.. okey tak..sudah sedia ke, kalau dah sedia mari la..” Wak
terus mencapai salah satu kunci yang tersangkut di dinding.
“Ya..ya wak ..saya okey.., jom..!” Erin berjalan di belakang Wak. Terus terkuak pintu dapur sebaik
sahaja Wak memulas tembol pintu. Sunyi sepi, hanya terdengar detikan jam besar
antic yang tersandar di satu sudut ruang tamu. Erin mengikut Wak menuju ke tingkat
atas, menghala ke bilik Karl. Dia mengetuk pintu perlahan, tidak ada juga
jawapan. Di ketuknya kuat sedikit beberapa kali, nyaris pintu tidak pencah. Akhirnya
terkuak pintu.
Erin terkejut .. pandangannya yang
tadi ke hadapan kini jatuh ke kakinya sendiri, Erin tunduk. Dia terpaksa tunduk
kerana didepannya ada satu pemandangan yang kurang manis untuk tatapan seorang
gadis melihatnya.
Alahai Karl oi! Kenapa tidak berbaju
pulak dia, dan hanya dengan boxernya. Sudahlah rambut yang kusut masai! Wak
tersenyum simpul melihat Erin termalu. Tahulah bukan ada badan berketul-ketul
macam orang bina badan tu, tetapi hanya tubuh badan keceding yang terhidang di depan
mata, namun masih tidak enak dilihat, not
for now. Lagipun itu aurat dan mereka bukan muhrim. Eh Eleh! Baru sedar
yang mereka bukan muhrimkah?
“Apa hal Rin, pagi-pagi ni..” Karl
bersuara dengan suara mamai
“Karl .. pagi apanya ni dah 9 lebih
la.., kata nak open house 12.00 nak mula.., satu benda pun tak buat lagi..” jawab
Erin tetapi pandangan masih di kakinya sendiri.
“Ha…!!” Terkejut Karl, serta merta
bulat mata Karl yang tadinya luyu.. apabila Erin memberitahu sudah jam 9, dan
menyedari dirinya yang tidak berbaju apabila meraba dada, terus di tutupnya
pintu dengan pantas dan kuat.
Berdentum bunyi pintu di hempas. Wak dan Erin berganjak setapak ke belakang oleh
hempasan kuat pintu.
Erin dan Wak turun, Wak pulang ke rumah
dan Erin ke dapur untuk memanaskan rendang dari peti sejuk dan kuah kacang
penberian Wan Jie.
Karl turun beberapa minit kemudian
dengan berbaju melayu warna tanah liat, apabila dia melihat tadi Erin dengan
baju kurung berbunga kecil merah tanahnya.
“Sorry sayang… I tertidur, I
terlampau happy dengan jawapan dari you sampai tak boleh tidur malam tadi, dah
hampir subuh baru I terlena...rupanya tidur nyenyak sampai terbabas subuh
pulak!.” Kenyataan spontan untuk pengetahuan Erin yang antara dengar dengan
tidak, masih sebok dengan persediaan hari terbuka.
Apa jua alasan Karl tidak relevan
buat masa ini.
“Ehm.. sudahlah tu.. lain kali
jangan macam ni.. ingat tak syarat yang paling akhir
tu.. memang I inform you as the last
condition but actually, itu yang utama.. tunggak untuk hidup bahagia...
dahlah tu.. tolong potong ketupat..masuk dalam ni.. ni dah hampir pukul 10.,
kejap lagi dia orang datang.. kita tak sedia lagi..” kata-kata agak sinis dari
Erin.
Karl sedar ada baiknya dengan
kata-kata Erin itu.
Papan landas dan pisau disorong ke hadapan
Karl dengan corningware yang dicuci kelmarin. Erin menunjukkan satu contoh
untuk Karl memotong ketupat seterusnya akan diselesaikan oleh Karl.
Landas dan pisau beralih tangan.
Karl nampak kekok untuk membantu Erin, sah lelaki ini tidak pernah ke dapur,
tetapi mencuci pinggan boleh diharap. Jadilah. buat permulaan. Hari ini permulaan
juga, belajar potong memotong.
“Berani-berani sikit nak potong ketupat tu..
kalau takut-takut, sampai esok pun tak siap..” tegur Erin, apabila melihat Karl
seperti takut-takut hendak memotong ketupat seperti yang pintanya. Tangan Erin
ligat mengacau kuah kacang dan sesekali menggodek rendang ditungku dapur
bersebelahan yang sedang diperangatkan. Erin sudah memulakan ayat-ayat pedas yang
menduga Karl. Karl kena sabar dan menerima seadanya. Tambahan, dia sudah tahu,
perempuan ni memang banyak cakap sikit. Buat hari ini apa yang mampu Karl buat,
ialah tersengeh, jika tak ada perempuan yang berada di dapur bersamanya pagi
ini belum tentu Karl mampu membuat rumah terbuka hari ini, rumah tertutup
jawabnya!.
Tahu-tahu Karl tersedar dari tidur
waktu sudah waktu Zohor, baru haru.... ha..ha..ha.. Nasib baik jam bergeraknya datang tepat pada waktunya
untuk membantu. Walau bagaimanpun dia bahagia berada disebelah perempuan ini
dengan membantunya di dapur.
“Karl, if you intend to stay
here selalu, I suggest you kena ada pembantu..” Erin memulakan perbualan
memecahkan kesunyian.
“Pembantu..?” tangan Karl masih memotong ketupat, dipotongnya dengan
cermat, satu persatu dimasukkan ke dalam corningware.
“Hemm.. pembantu..” ulang Erin lagi.
“Pembantu yang canggih macam Alba,
Toshiba, Miele atau Zanusi.., minah-minah ni setia membantu, I boleh tolong
carikan.” Sambung Erin lagi.
Karl mencebek mukanya, “Sedap nama
minah-minah tu.. macam nama perempuan Jepun aje, mesti pandai buat kerja, you
pun rekomen baik punya, bolehlah rekomen satu untuk I!” .
“Ya lah.. gerenti baik punya.., janji you ada banyak gambar agong..”
“Baik puan.. nanti kita cari.., I nak minah yang ramping dan
cantik-cantik tau, untuk teman I kat sini..”
“Gatal…” Erin mencubit lengan Karl,
Karl yang mengaduh, bisa betul cubitan Erin. Karl meletakkan pisau dimeja dan
tangannya mengesek-gesek ke tempat
cubitan Erin sambil menyengetkan mulutnya kemudian tersenyum apabila teringat Erin
mengkiaskan mesin pencuci pakaian, mesin pencuci pinggan dan dapur eletrik
dengan nama perempuan mengikut jenama. Ada-ada
aje idea gadis ini, alangkah bahagianya jika setiap hari begini... Mampukah!!
BAB 31
Erin tersandar di sofa. Lelah betul
dia pagi ini. Mana tidaknya, 2 jam, full swing membuat
persediaan rumah terbuka. Eh.. eh.., siapa punya open house sebenarnya?
Tersedar Erin, yang dia sebok membuat persediaan tu apa ke hal?
Rumah terbuka Tok Pa..! jawapannya bukan..
Rumah Terbuka Mama.. juga bukan
Rumah terbuka rumah sendiri.. lagilah bukan!
Bila masa beli rumah? dalam mimpi,
mungkin! Nak beli rumah? Bayaran ansuran kereta myvy setiap bulan pun
kadang-kadang tu semput.
Tersenyum Erin dan mengelengkan
kepalanya, apabila menyedari Rumah Terbuka Encik Mohamad Mikail Hamzah
Cunningham. Lelaki yang tidak ada kena mengena langsung dengan dirinya, sama
ada hidup ataupun mati. Kecuali saudara seagama, Islam dan se kampung. Membuat
rumah terbuka dirumah yang sudah berpuluh tahun menjadi rumah tertutup, dan
kini buat pertama kalinya di buka semula oleh generasi ketiga Tuan Cunningham
Ellenport.
Tersenyum sendiri Erin lagi, nak
pahala tak? Kalau nak
pahala kena tolong dengan ikhlas. Jangan banyak bunyi!! Tahupun, jadi tolong
zip mulut tu...
Alhamdullillah dengan bantuan Karl,
excuse me dengan bantuan tuan rumah, Tuan Muda, segala persiapan dapat
disiapkan just in time. Ketupat, rendang, air minuman dan
sedikit biskut raya semua sudah cantik tersusun di atas meja. Biskut
tunjuk-tunjuk juga siap terhidang di dalam balang kaca kecil, bila masa Karl
membelinya, entah! Pandai pula dia membeli balang kueh, cantik, tidak berapa
kecil dan tidak berapa besar, cukup-cukup untuk 20 keping biskut setiap satu
balang. Pinggan dan
gelas juga cantik tersusun dengan seberkas sudu, garfu juga serviette terlipat
kemas.
Karl tidak kelihatan, ke mana pulak
tuan rumah ni, selesai memotong ketupat tadi dia keluar, katanya hendak membeli
air batu. Tahukah dia dimana hendak membeli air batu?. Kedai runcit di sebelah
gerai mak ngah ada menjualnya, tetapi jika dia ke situ, takkan sehingga
sekarang tidak kembali lagi. Sebentar lagi tetamu akan tiba, Erin bukan tuan
rumah, takkan dia pula yang akan menyambutnya. Jika hendak diikutkan, Erin juga
salah seorang tetamu sepatutnya. Di mana
sebenarnya kau Karl, atau mengambil kesempatan kerana Erin sudah offer nak
tolong, if this is the case,
memanglah tak patut si mamat ini. Sekali sahajalah Erin akan membantunya, jika
ada bercadang lagi tahun depan, jawabnya Sorry la.. I‘m busy...
Erin duduk dengan kaki melunjur di atas
sofa 3 seater berbunga untuk menghilangkan lelahnya. Rambut sudah kusut tidak
terurus, muka yang tadi di bedak juga, sudah hilang bedaknya oleh peluh juga
membuat hidung dan dahinya berkilat.
Pakaian yang tadinya wangi oleh perfume Very Irrisistable dari
Givenchy juga sudah
bercampur bau dengan rendang dan kuah kacang,
sudah berbau semacam sahaja.
Ahh!.. tak apalah, bukan ada
sesiapapun yang hendak memeluk atau menciumnya pun hari ini. Sekejap lagi dia
akan ke bilik air untuk touch up apa yang patut, buat masa ini elok sahaja
berehat sekejap. Lurus-luruskan pinggang dan kaki yang lenggoh berdiri di dapur
tadi. Tuan rumahpun tak
ada, jadi dia yang merangkap Tuan Rumahnya.. berangan..
Terdengar seperti sebuah kereta
berhenti betul-betul di hadapan banglow. Erin tersenyum, sama ada tetamu atau
Karl sudah pulang. Itu sahaja orang yang sedang
dinantinya, kalau tidak siapa lagi?.
Dia bangun dan terus berjalan menuju
ke pintu. Bertujuan untuk membuka pintu. Dah namapun rumah terbuka sepatutnya
pintu sentiasa terbuka, tetapi sekarang ni masih tertutup lagi.. Karl..Karl..
entah apa-apalah dia ni..Jika begini gayanya yang di katakan rumah terbuka,
jawabnya semua makanan di atas meja itu dialah kena habiskan sorang nanti.
Pintu terkuak, Erin sudah bersedia
tersenyum untuk menyambut tetamu bagi pihak Karl. Bulat mata Erin, senyuman
yang dipasangnya siap-siap tadi terhenti. Erin bagaikan hampir pengsan apabila
dilihat di hadapannya bukan tetamu yang dinantikan. Terkejut dan kaku, tubuhnya
tiba tiba kaku menjadi seperti patong cendana sahaja, lidahnya kelu tidak dapat
berkata-kata. Mulut sedikit ternganga. Senyuman yang meleret tadi tiba-tiba
hilang. Bukan insan yang berdiri tegak di depannya ini yang dinantinya. Dua
insan ini adalah manusia yang terakhir yang hendak Erin jumpa. Jantong berirama laju, mahu tak mahu hanya
mampu tersenyum sumbeng dan mempersilakan dua insan ini masuk. Menjemput tuan
rumah untuk masuk ke rumah mereka sendiri. Mahu tak malu! Mana hendak disorok
mukanya yang tak cantik tu. Bayangan wajah seseorang difikirannya…Mama
tolong!!!
Apakah yang harus dijelaskan kepada
dua insan ini yang sudah duduk di sofa, tidak perlu dijemput. Erin cukup
segan. Hamzah dan untie Mysha masih
mampu tersenyum apabila menerima gelas minuman yang telah Erin sediakan untuk
mereka. Apa dah jadi ni, terbalik kut! Erin menjamu tuan rumah di rumah mereka
sendiri. Lepas ni pasti Erin kena menempek sekilo bedak untuk melindungi
mukanya yang sudah pucat. Irama jantung
yang laju tak usah hendak dikira. Sudah berirama rock kapak!. Karl di mana kau,
cepatlah kau muncul, tolong Erin ni..sudah pucat lesi ni..panik!
“Uuntie bertolak pukul berapa dari
KL?.. Karl keluar cari ice tak balik-balik, saya pun tak tahu kedai mana dia
pergi.. nanti saya call dia..” Erin menjelaskan kepada kedua-dua insan yang
sebenarnya cuba dia elakkan untuk bertemu. Sebellum mereka bertanya elok sahaja
dijelalskan dahulu.
“Karl ni pun satu, beli ice ke buat ice!!“ omel Erin.
“Don’t worry Erin, don’t worry
about him, he will be back, tak usah risau dia... mari duduk sini..” Hamzah meminta Erin duduk bersama mereka, kerana masih tercegat dengan
dulang di tangan.
Erin akur dan meletakkan dulang di meja
sisi terus mengambil tempat di sofa bersebelahan untie Mysha yang sedang
meneguk perlahan, air jus orange yang Erin hidangkan.
“Sayang, penat I cari ice, kedai tak
bu…ka” .. mati suara Karl dan terkejut dia apabila melihat kedua-dua orang
tuanya di sofa bersama Erin.
Karl melihat wajah Erin yang
menyeringai seperti geram ataupun mungkin panic. Karl juga terkejut sebenarnya
tetapi dilindungi dengan senyuman
dibuat-buat. Karl memasuki banglow dari pintu belakang, tanpa mengetahui Erin
sudah membuka pintu depan, itulah sebabnya dia tidak perasan kereta papanya
yang terpakir betul-betul di hadapan banglow.
Salam dihulur dan mencium tangan
papa dan mamanya. Perasaan bercampur baur antara gembira dan terkejut. Perasaan
gembira kerana akhirnya kedua orang tuanya pulang juga kekampung, manakala
perasaan terkejut kerana tidak disangkakannya mereka akan muncul hari ini.
“Bila Pa dan Ma sampai… kenapa tak beritahu
Karl.. nak ke sini?” seperti soalan bodoh sahaja Karl ajukan. Sepatutnya dia
gembira melihat kedua orang tuanya sudah berada di depannya kini. Ini tidak
seperti tidak mahu akan kehadiran mereka.
“Takkan nak balik rumah sendiripun
nak kena beritahu?” jawab Hamzah selamba.
Ya tak ya jugak, Karl angguk,
perasan dengan kesilapan lidahnya tadi.
“Lagipun kami nak surprise Karl”
kata Hamzah lagi, mengetahui anaknya tiada niat dengan kata-katanya, mungkin
terkejut. Tanpa menyatakan yang Hamzah ada niat yang lain, Lelaki yang di panggilnya Tapa!
You are right, memang surprise, surprise giler.
“Ma tengok Karl expecting
somebody” kata Mysha
“Yalah.. Kan Karl beritahu last time, Karl nak buat sikit open
house, Karl jemput keluarga Wak dan keluarga Tok Pa, Hari Raya Open House, Pa
dan Ma tak marah kan!” Karl memujuk.
“Erm.. baguslah tu..nampaknya.. I
will be meeting uncle Tapa soon..I
suppose” jelas Hamzah lembut.
Memang benar, tidak sampai 5 minit terdengar suara orang memberi
salam dan semua jemputan sampai serentak, termasuk Wak dan isteri. Kedua orang anaknya tidak ada, kerana tahun
ini giliran untuk beraya di rumah sebelah keluarga isteri.
Tok Pa terkejut
apabila melihat susuk wajah seorang lelaki yang dia sudah hampir lupa, tetapi
dia tahu lelaki ini Hamzah, anak Ben kawannya, dan juga bapa kepada Karl.
Mereka berpelukan, masing-masing mengalirkan air mata. Suasana seperti
pertemuan jejak kasih pulak! Cuma tidak ada kamera dan crew TV3 sahaja. Yang
memandangpun rasa tempias sebaknya. Masing-masing mengalirkan air mata, bukan
air mata sedih, tetapi air mata gembira. Karl dan Erin hanya berpandangan,
biarlah berilah peluang mereka untuk catch up kesah-kesah lama. Bayangkanlah
pertemuan terakhir mereka mungkin lebih dari 30 tahun yang lalu. Jika dahulunya
Tok Pa masih muda dan kuat, kini hanya seorang tua yang sudah penuh uban di kepala.
Begitu juga Hamzah, jika dahulunya seorang jejaka muda kini juga sudah mula
perlahan-lahan rambut puteh tumbuh bersepah dikepalanya. Masing-masing perlahan-lahan dimamah usia.
Seingat Tok Pa, lelaki yang di dalam pelukannya kini adalah remaja belasan
tahun yang tabah menghadapi dugaan dengan sabar dan tenang lebih kurang 30
tahun lalu. Lelaki yang merajuk kerana tindakan yang pernah dia lakukan demi
menjaga nama keluarga teman baiknya.
Buat pertama kalinya Tok Pa dan Wan Jie menemui isteri Hamzah,
Mysha. Mama Mysha pula berbual bersama Wan Jie dan Mak ngah. Mama Suzi menunggu
rumah Tok Pa, manalah tahu jika ada orang datang bertandang, masih mood raya
katakan. Wak menyampuk sekali sekala perbualan Tok Pa dan Papa Hamzah. Erin
dan Karl terus ke dapur untuk membuka semua hidangan untuk memulakan
jamuan, Karl mengikutnya di belakang. Dell dan Eja turut membantu. 3 dara
dengan seorang teruna. Hebat Karl dikelilingi oleh bunga-bunga kepunyaan Tok
Pa, bunga Jasmeen, bunga Dahlia dan bunga Kemboja. Dia seorang sahaja kumbang, kumbang kacukan.
Kacukan dari benua barat dan timur.
“Matilah I Karl, tadi masa your parents sampai, I sorang aje di sini..
apa dia orang ingat! I pulak yang lebih-lebih d isini, macam tuan rumah,
sedangkan you tuan rumah tak ada.. tolong I jelaskan pada mereka nanti..tolong
ya Karl.!.” rayu Erin kepada Karl.
“Apalah yang you nak risaukan, you bukan buat apa-apa, you bantu I
untuk organise open house ni aje..kan?” Karl cuba menenangkan kerisauan Erin
“Yelah.. itu kata you.., tapi pandangan your parent? Manalah kita tahu.. ..” gertu Erin
lagi.
“Don’t worry, I know them..”
Karl menyakinkan Erin.
Karl menuju semula ke ruang tamu “Pa..Ma..Tok Pa, Wan Jie, Wak.. dan
lain-lain jemput .. “ sambil tangannya mempersilakan semua yang hadir untuk
memulakan jamuan.
Semua berdiri, dan berjalan menuju
ke ruang tahu. Tok Pa sempat pula tu menepuk perlahan belakang Hamzah. Hamzah
senang sambil tersenyum lebar, di sebalik jambangnya yang kemas. Banyak lagi
cerita yang hendak mereka sampaikan. Malah Tok Pa, ada cerita yang hendak dia
jelaskan.
Sambil menjamu selera, sambil menyambung
bercerita yang masih menanti untuk diluahkan, terutama Tok Pa dan Hamzah.Mengimbas kesah-kesah
gembira mereka. Keah duka di simpan ke tepi dahulu. Mulut berbual sama rancak
dengan suapan makanan. Makanan habis
dijamu, Makngah dan keluarga meminta
diri yang paling awal, diikuti Wak. Tok Pa dan Wan Jie juga terpaksa berundur
kerana mereka menumpang kereta Mak Ngah tadi. Erin juga meminta diri, untuk
memberi ruang kepada Karl menjelaskan kenapa dia seorang berada di situ pagi
ini kepada keluarganya.
“Erin.. tak usah balik lagi la.. teman untie pusing-pusing tempat ni.. first time I’m here..” pandangan Mama Mysha kesalah satu tingkap
yang menghala ke pantai. “Emm.. saya
rasa Karl boleh bantu untie explore tempat ni.., saya rasa tak selesa pulak,
inikan rumah untie.. saya cuma tetamu..” Erin cuba mengelakkan, diharap ianya
berjaya.
“Janganlah macam tu Erin, untie rasa untie perlukan Erin di sini
teman untie sekejap please.” rayu mama Mysha.
Erin memandang ke arah Karl yang
masih berbual dengan papanya. Tetapi seperti ada satu instinct Karl menoleh ke
arah Erin.
“I want to go..but your mum
wants me to stay.. how now?” Erin membuka mulut tanpa suara ke arah Karl
dengan harapan Karl mengerti.. tetapi silap, Karl mengangkat bahu menunjukkan
dia tidak mengerti. “Aduh macammana ni..” bisik hati Erin.
“Let’s go out Erin..teman
untie” untie Mysha berjalan keluar pintu, mahu tak mahu Erin menjejakinya dari
belakang.
Hamzah pula masuk dari satu bilik kesatu bilik, mungkin banyak
nostalgia yang ditinggalkannya. Bilik bacaan di tuju. Kemudian keluar dengan
senaskah buku, tentu buku itu menyimpan segala memori yang teristimewa buat
Hamzah.
Kembali dia ke sofa, duduk menghenyakkan badannya sambil mata tertancap
ke setiap helai kertas buku terselak.
Satu demi satu sambil menghela nafas yang panjang. Turn naik sahaja elahan
nafasnya. Kemudian matanya memandang ke siling dengan sedutan oxygen yang kuat.
Rumah ini, meninggalkan seribu satu kenangan, kenangan suka, kenangan duka. Tetapi
yang banyak ialah kenangan duka, tidak disedarinya air mata mengalir tanpa
dipinta. Hamzah cuba menepis imbauan yang secara tiba-tiba muncul di fikirannya.
Buku di tangan di tutup
rakus. “Pap!!” terdengar katupan buku dengan mengeluarkan sedikit debu yang
nampak berterbangan di udara. Kemudian di pegangnya
erat. Mana mungkin ianya boleh dilupakan. 30 tahun, satu jangka masa yang
panjang, namun masa yang panjang itu juga tidak berjaya mengikis apa yang telah
berlaku. Entah mengapa,
hari ini dia dengan rela hati untuk ke mari, walaupun dia mengerti ini akan
berlaku. Semua ini harus ditepisnya demi kebahagian anaknya ..ya.. demi
kebahagian Karl. Sampai bila dia harus berada di dalam penafian. Perkara yang
sudah berlaku, mana mungkin di ubah. Biarkanlah apa yang telah terjadi menjadi
sejarah silam. Sejarah yang mengajar kita tentang hidup.Yang mendatang perlu
diteruskan. Nafas dihela lagi, sendirian dengan memori lama berkecamuk di dalam
kepala.
“Itu semua sudah takdir buatnya“
bisik hati Hamzah.
Karl bergegas keluar untuk menjejaki
Erin dan mamanya. Dari atas tangga dilihat Erin duduk sendirian di atas tembok
dan Mamanya di gigian ombak kerana air surut.
Telefon bimbitnya bergetar di poket
kiri seluarnya, cepat-cepat telefon dikeluarkannya. Skrin telefon dilihatnya, tertera nombor yang
tidak dikenali. Perjalanan ke arah Erin diteruskan. Siapa agaknya si pemanggil
yang mencarinya di hari raya kedua ni. Baik sahaja dia menjawabnya, manalah
tahu mustahak atau mungkin juga salah nombor. Jarinyanya meleret skrin telefon
untuk menjawab panggilan. Ternyata dia kenal suara pemanggil yang memberi salam
di hujung talian. Salam di sambut.
“Hai bro, mana kau hilang? Baru
sekarang kau cari aku.. kau apa khabar? Bila balik Malaysia?” terus sahaja Karl
bersuara setelah mendengar suara di hujung talian.
“Aku sampai last week? Kau kat mana?
Aku datang nak raya kat rumah kau.. tapi tak ada orang, rumah tutup..kau orang
tak sambut raya ke apa?atau kau orang sambut Christmas?” sesedap rasa sahaja suara
dihujung talian berbicara.
“Hemm.. semua ada kat sini, kati kampung..”
jawab Karl
“Sejak bila pulak kau ada kampung..
aku ingat kampung kau kat sini..” kedua duanya
ketawa berderai,
“Ha.. kesihan aku, kalau kau nak
tahu, aku baru aje aku tahu aku ada kampung.. tak ke...“ jawab Karl lagi.
“Iya, kat mana tuh?” terdengar suara
dihujung talian.
“PD..Port Dickson..kampung atuk
aku.., Khamis baru aku balik KL, mari lah raya kat sini, kalau kau nak datang..
aku tunggu.” Karl mempelawa temannya untuk ke banglownya.
Dalam sebok berbicara, sambil
menuruni tangga Karl tidak sedar dia
sudah berada di belakang Erin. Erin menoleh melihat Karl masih
melekapkan telefon di telinganya.
“Mana kau dapat nombor aku?” Karl
masih rancak berbual.
“Kan kau pernah FB aku..!” jawab suara.
“Oh ye ke? Sorry aku lupa” bersuara lagi Karl.
“Andy, kalau kau nak datang raya sini, kau beritahu okey.?. Aku tunggu.” Karl mengulangi
pelawaan kepada si kawan.
“Okey, macam ni..aku dah balik for
good, bila kau balik KL ajelah nanti kita jumpa.. amacam?”
teman Karl memberi cadangan.
“Ye lah.., nanti we get in touch”
jawab Karl
“Assalamulaikum… “ salam sebagai penamat perbualan.
“Mualaikumsalam..” terus mematikan
perbualan sambil tersengeh ke hala Erin yang masih memandangnya tanpa kata.
“Andy, kawan baik I masa di UK dulu,
dia tak balik sebab dapat kerja di bank kat sana.. entah
apa kenanya dah balik for good pulak.., namanya Ariffin, tapi orang panggil dia
Andy apa sebab entah..?” Karl
menerangkan dengan siapa dia berbual tadi, Erin tidak bertanya pun.
Karl pulak yang perasan, dengan rela
hati menjelaskan siapa si pemanggil. Erin apa kesah dengan siapa Karl hendak
berhubung! Karl mengambil tempat duduk sambil menjuntaikan kaki di tembok di sisinya.
“Karl, I rasa nak balik rumah atuk la.., I seganlah dengan parent
you..boleh you aje yang teman mama you.” Pinta Erin.
“Mama yang hendak you stay, bukan I?..so you tanya dialah?..,
anyway, if you stay lama sikit sini, lagi
lama you dapat teman I “ Karl sengaja menggunakan nama mama Mysha,
sebenarnya diapun suka Erin berada lama dengannya.
“Siapa nak teman you, mengada..” Erin mencebekkan mukanya
“Kalau boleh I nak balik
sekarang,..” bentak Erin.
Kelihatan mama berjalan menuju
kearah mereka, kemudian mengambil tempat disebelah Karl. Erin senyum terpaksa,
habis hendak buat apa lagi, nanti dikatakan tidak ikhlas pulak sedangkan memang
dia tidak ikhlas.. hem.. nasib tak baik betul hari ini.
“Cantik tempat ini, kenapalah I
wasn’t told of this place before..” Mama Mysha sambil memaling ke arah Karl
dan Erin. Tudung sutera Mysha beralun lembut mengikut angin laut yang berhembus
lembut. Cantik sungguh
cuaca hari ini.
“Untie, boleh saya balik sekarang..?” Erin memberanikan diri bertanya.
Mysha senyap sahaja dan senyum ke arah
Erin. Lega Erin apabila tiada bantahan darinya. Ketiga-tiga menaiki anak-anak tangga menuju
semula ke banglow semula. Erin lagi gembira kerana dia akan meninggalkan
banglow kepada tuannya. Hamzah sudah
berada di bilik bacaan. Sugul sahaja nampak wajahnya.
Erin mengapai beg tangannya.
“Erin can
you stay for dinner, nanti kita dinner sama-sama” tegur papa Hamzah,
belum sempat Erin menyandang begnya.
Ha.. pulak!! Ingatkan dah lepas
seksa dan boleh beransur pulang ke rumah Tok Pa. Erin dan Karl saling pandang
memandang, niat untuk Erin pulang terbantut. Mama tersenyum melihat Erin lemah
longlai kerana tidak berjaya melepaskan dirinya lagi, Erin seperti terpaksa,
memang dia terpaksa. Terpaksa rela..
Dapur dituju, pinggan mangkuk yang
penuh singki dicuci perlahan dengan bantuan Karl. Mama mengelap pinggan yang
telah dibilas. Kurang cerita dibangkitkan, Memang tidak ada topic pun yang
hendak dimulakan. Erin perlu berhati-hati mengeluarkan butir kata, begitu juga
Karl. Papa sudah duduk di sofa berbunga dengan dengan sebuah buku lain yang diambilnya dari bilik
bacaan. Tentu buku miliknya satu ketika dahulu.
“Pa.. bermalam disini ke?” tanya
Karl kepada papanya apabila selesai mencuci pinggan dan juga duduk disofa
berbunga, begitu juga mama, cuma Erin masih duduk di kerusi meja makan. Rasa
tersisih dan tidak mahu menyebok, dia bukan sebahagian dari keluarga ini.
“Mysha, kita ada bawa extra pakaian tak.. untuk
bermalam?” tanya Pa kepada mama.
“I tak bawa.. tak sangka
pulak kita nak overnight.., but I don’t mind staying..” jelas Mysha
“Erin..mari sini. please..!” Hamzah memanggil Erin dengan suaranya yang
garau. Berdebar-debar jantung Erin, apa halnya pulak ni dia dipanggil...
“Kat mana boleh cari beli pakaian harian..?” soal Hamzah
“Ohh.. nak cari pakaian,
boleh aje beli kat Ocean..,Karl tahu tempat tu.. kat pekan Port Dickson, kan Karl? ..” sambil
mata memandang kepada Karl.
Karl tersenyum “Pa nak cari baju
ke?.. boleh Karl bawakan..”
“Bila nak pergi, tempat tu tutup jam
berapa..? Hari ini bukakah?” soal Hamzah lagi
“Lepas asar ni baguslah .., rasanya
tutup pukul 10.00 malam..Entah.. rasanya tempat tu tak tutup..” Erin memberi
sedikit infomasi yang dia tahu.
“Emm…kejap lagi kita pergi. Selepas
asar.., Erin nak ikut sekali..?” pinta Hamzah
“Tak payahlah uncle , saya balik rumah atuk aje..” jawab Erin
“Apa salahnya Erin ikut sekali..” Hamzah
menegaskan Erin perlu ikut serta.
Muka Erin berkerut seribu, apahal
pulak dia perlu bersama keluarga ini? Karl tersenyum gembira, sudah tahu Erin
akan berada lebih lama bersamanya.
“at least Erin boleh temankan untie
di lady’s compartment, sebab Karl akan bersama uncle nanti..” jelas Hamzah.
Pulak!.. kena jadi tour guide di pekan Port Dickson Nampak gayanya!
BAB 32
Perjalanan yang tidak sampai dua
puluh minit itu sampai jua akhirnya ke destinasi. Tanjung atau Port Dickson.
“Bahagian ladies di tingkat 2, for men di tingkat 1, ground ni untuk
groceries “ Erin menjelaskan. Mama Mysha hanya menganguk dengan penerangan tour guide tak bertauliah.
Sebaik sahaja Erin turun dari kereta
Karl yang dipakir paling hujung, Erin sudah mula menjalankan tugasnya. Cuaca sudah tidak berapa panas kerana matahari sudah condong ke barat.
Karl dan papa Hamzah berjalan perlahan di belakang, entah apa yang dibualkan
oleh mereka dua beranak, tak habis-habis. Yang menjadi masalah ialah Erin
dan mama Mysha, tidak ada topik untuk
dibicarakan. Erin, jika dengan Karl ada sahaja cerita yang hendak dibualkan,
tetapi dengan mama Mysha, terus hilang idea. Idea terus beku.
Tidak disangka banyak lagi tawaran hari raya, sana sini masih
tertampal tanda HARI RAYA SALES walaupun sudah 2 hari, raya berlangsung. Papa
Hamzah dan Karl hilang menuju ke tingkat 1, mama Mysha sebok memilih sehelai
dua dan juga pakaian kecil. Erin tidak membeli apa-apa hanya membelek-belek
sahaja. Setengah jam kemudian, muncul Karl yang tersengeh sampai nampak gigi,
menjinjit sebuah beg kertas, entah apa yang dibelinya, papa Hamzah berada tidak
jauh di belakangnya. Mama Mysha beratur di kaunter pembayaran.
Di tingkat bawah, level groceries mereka juga singgah untuk membeli
sedikit barang makanan. Sebelum maghrib sudah tiba semula di depan banglow.
Cepat betul, taka da coner-coner. Senang, lagi cepat lagi bagus.
***
“Erin tolong untie di dapur ya..” bersuara lagi Mysha.
Aduh! kena tolong lagi, tolong masaklah pulak. Bila boleh balik ni?
Entah-entah nak test Erin pandai masak atau asyik makan di kedai
aje. Perangkap betul hari ini, ingatkan nak mengena Karl makan satay di tanjung,
hancur rancangan! Mereka tak perasan ke yang Erin dari pagi berada di sini,
kini sudah hendak masuk malam dengan pakaian yang sama dan baju sudah berbau
bermacam-macam perisa. Lusa
sudah hendak pulang KL, sebab akan mula bertugas semula. Tetapi sebab mama Karl
punya pasal, Erin hanya mengikut permintaannya dengan muka yang manis.
Di bahagian makanan basah tadi, Erin
ada memilih sawi bunga, dilihatnya juga Mama Mysha membeli 4 ekor ikan kembung.
Bahan-bahan ramuan, sedikit bawang, minyak dan apa-apa yang diperlukan untuk
makan malam. Kenapalah susah-susah, memanglah gerai makan masih tutup selama
seminggu kerana hari raya, tetapi kedai mamak sentiasa terbuka. Makan aje roti canai atau mee goreng mamak, habis cerita. Bukannya
selalu!
“Mungkin untie Mysha bukan tidak biasa, mungkin mahu makan makanan
yang dimasak sendiri” omel Erin sendirian.
Sayur dicuci dan dipotong, beberapa
ulas bawang dan halia disediakan. Mama mencuci ikan, tak tahu apa yang hendak
dimasakkannya, Erin hanya sebagai membantu chef pada hari ini. Cekap juga mama
Mysha memasak.
Erin yang sudah rasa badannya melengas
kerana sejak dari pagi tidak menukar pakaian, kini merasa cukup tidak selesa.
Sudah lunyai.
“Erin pergi mandi dulu dan lepas maghrib kita
makan” lagi arahan dari Mama Mysha.
“Mama Mysha ni biar betul, menyuruh
Erin mandi, hendak mandikan apa! baju Erin di rumah Atuk?“ Erin menambah
bebelan dalam diam.
“Erin guna bilik yang sebelah bilik
Karl tuh..” pinta
Mama Misya lagi.
Hah, macam tak percaya aje, permintaan makcik ni.. tetapi sebenar
elok juga, at least Erin boleh membaringkan dirinya sebentar di dalam bilik
tersebut sementara menunggu maghrib.
Erin melangkah perlahan ke tingkat atas menuju ke bilik yang
dinyatakan. Pintu tidak dikunci, perlahan Erin menolak pintu. Terkejut Erin,
apabila melihat satu beg kertas yang pernah dia nampak. Di mana ya? La.. yang
Karl pegang tadi, kini sudah berada diatas katil. Beg kertas dibuka, Erin
besarkan matanya. Beg tersebut berisi sehelai kemeja T puteh bergambar burung
kartun berwarna kuning “angry bird” computer game yang sedang terkenal sekarang
ni dan seluar jeans denim saiz 26, siap sehelai baju dalam dan keluar kecil.
“Thank you very much Karl, you really make my day today”Erin masih berkata-kata di dalam
hati dalam nada yang geram. Sama geramnya seperti gambar burung kuning di dada kemeja
Tnya. Biar betul, Karl
ke yang beli, tahu ke dia saiz anak baju Erin?
“Mustahil dia, mama Mysha kut yang beli dan minta Karl hanya pegangkan
beg kertas tu..“andaian Erin lagi.
Tak perlulah difikirkan lebih-lebih,
dah rezeki, pakai aje, jangan banyak songel. Sehelai tuala yang terlipat di hujung
katil disambar dan terus ke bilik air. Di dalam bilik air juga siap dengan
segala toiletries. Apa lagi, gedebuss.. Erin mandi seperti itek.
Lega dan segar selepas mandi Erin
terus menunggu waktu maghrib. Pakaian dari dalam beg kertas dipakai.. eh.eh..
muat pulak, pandai si pembeli misteri ini. Baju kurung berbunga Erin masukkan
ke dalam beg kertas yang sudah kosong untuk dibawa pulang ke rumah atuk.
Sayup-sayup terdengar azan dari
masjid, hairan juga Erin. Masjid
terletak agak jauh dari banglow ini. Hah.. buat apa di hairankan, boleh dengar
azan, sudah kira bagus. Terus sahaja Erin menebarkan sejadah dan menyarung telekung
yang juga telah disediakan. Pasti bukan milik untie Mysha, kerana dia juga
perlukan telekung untuk dirinya sendiri. Mungkin kepunyaan penghuni yang
terdahulu. Erin duduk berteleku sementara menanti laungan azan tamat untuk dia
bersujud kepada DIA yang telah mengatur hidupnya begitu cantik selama ini. Memang
indah takdir yang di aturkan buat dirinya. Selesai solat Erin turun semula ke tingkat
bawah. Ruang tamu sunyi, masalah juga rumah besar ini tidak ada TV, tetapi
mustahil tidak ada, nanti Erin cuba cari.
Bilik bacaan dituju kerana dia
perasan seperti ada radiogram. Dia memberanikan diri masuk terus berjalan sehingga
ke hujung bilik. Erin tertarik dengan sesuatu yang ditutupi oleh sehelai kain
berkotak kecil hijau. Kain ditarik dan dilihat sebuah piano. Di sebelah piano
ada sebuah kotak lagi, seperti almari. Pintu almari dibuka.. oooh bukan almari,
TV rupanya.. unik betu! Skrinnya boleh ditutup dengan pintu. Plug dicari, dan
disambung ke soket. Skin puteh muncul, oh.. masih boleh digunakan lagi
rupanya..
Erin memulas nombor..
berdesis..beberapa kali, akhirnya imej muncul tetapi tidak berapa terang, suara
juga semakin jelas.. siaran TV2 bersiaran. Jadilah, sekurang-kurangnya dapat
memecah kesunyian, at ada dengar suara orang.
Ah!! kalau nak gambar yang lebih jelas kenalah
pasang sekurang-kurangnya antenna, tapi kalau astro lagi baik. Karl kena beli
sebuah TV, kecilpun jadilah. TV dihadapan Erin sekarang ini hanya sebagai
hiasan sahaja kerana sudah menjadi taraf antic, susah hendak dapat fesyen TV
begini sekarang ini.
“Buat apa tu..” terkejut Erin
mendengar suara Karl sewakktu dia sedang sebok memulas-mulas punat mencari
stesen yang sesuai, tetapi TV2 jugak yang paling baik yang muncul, biarkanlah.
Karl pula tertarik dengan piano yang baru Erin buka liputan kainnya tadi.
Key piano ditekan sambil berdiri. Sekali tekan keluar bunyi sumbang. Erin datang
duduk dibangku panjang di hadapan piano, bersebelahan Karl yang masih berdiri.
“Cantik baju?” Karl menjeling ke arah baju gambar angry bird yang Erin pakai.
“Hemm.. memang cantik, kenapa nak pinjam..?” Erin sengaja menyakat
Karl malas hendak membalas jawapan
Erin.
Erin juga menekan key, bunyi sumbang
juga terdengar. Karl duduk di sebelahnya dan
keempat-empat jarinya menekan key Do Re Me Fa So La Ti Do.. kemudian irama cuba
di bunyikan. Erin pula menekan Do Ti La So Fa Me Re Do.. Karl dan Erin cuba
memainkan lagu.. sudah boleh terdengar irama yang memecah kesunyian, tengelam TV
yang bersiaran TV2.
“You tahu lagu Fur Elise, Beethoven”
tanya Karl kepada Erin, Erin hanya angguk. Bergema suara piano yang sebok di
tekan key oleh sepasang insan.
Mereka berdua menekan key piano
memainkan lagu bagi beginners yang belajar piano lagu Fur Elise, Beethovan.
Sedap pulak telinga mendengarnya. Sungguh indah, irama yang sedikit sumbang
memecahkan kesunyian banglow tua itu.
Bunyi piano yang berirama, menarik
perhatian Mama Mysha dan Papa Hamzah. Mungkin piano itu kepunyaan papa Hamzah
satu ketika dahulu, ya mungkin...
“Dinner is ready...“Mama memberi
isyarat untuk makan malam.
Erin dan Karl menuju kemeja
makan. Siapalah agaknya gadis malang
yang akan menjadi isteri Mikhail Hamzah, kerana gadis tersebut perlu pandai
memasak disebabkan oleh Encik Mikhail sudah diasuh oleh Mamanya untuk makan
makanan yang hanya dimasak di rumah, home
cooked meal. Erin memang bercouple dengan Karl, tetapi jodoh adalah
kuasaNYA. Belum tentu Karl jodohnya.
Tidak dapat dinafikan, enak masakan mama Mysha, simple tetapi sedap.
Walau bagaimanapun tidak boleh lawan masakan Wan Jie, bagi Erin masakan mama
diapun tidak kurang hebatnya. Bukan hendak memuji, tetapi kenyataan! Leka
menjamu dinner, tidak sedar waktu telah berganjak ke jam 10.00 malam. Erin
perlu pulang, nanti mama risau, walaupun petang tadi selepas solat mangrib, dia
telah memaklumkan mama yang dia masih berada di banglow bersama keluarga Hamzah.
Akhirnya mereka semua menghantar
Erin pulang. Lega Erin. Kereta Erin dipandu Karl perlahan, memandangkan kereta papa
Hamzah mengikutinya dari belakang.
Perbualan kesah silam bersambung di antara
Tok Pa dan Hamzah. Cuma berkisar kesah papa, atuk dan moyang Karl. Tidak
sekalipun terdengar cerita nenek Karl. Memang misteri wanita ini. Sebelum jam
12.00 tengahmalam mereka meminta diri. Erin menghantar mereka sehingga ke pintu
pagar, kerana bertujuan hendak menutup pintu pagar juga, janganlah pula Karl
perasan Erin menghantarnya pulang sehingga ke pintu pagar, tak ada maknanya..
Rasanya cukuplah hari ini sehari
suntuk bersamanya, jumpa lagi nanti di ofis lusa. Kereta papa Hamzah yang di
pandu Karl berlalu pergi, Erin menutup pintu pagar dan berjalan menuju masuk ke
dalam rumah dengan tersenyum, walaupun hari ini penat, tetapi hatinya riang.
Yang pasti, malam ini Karl tidak akan menganggu tidurnya kerana, dia sudah ada
peneman. Alangkah bahagianya!!!
No comments:
Post a Comment