BAB 26
Karl memerhati Papa dan mama sedang
menonton TV sewaktu dia sampai di rumahnya di Bukit Tunku. Karl juga turut
melabuhkan punggungnya di salah satu sofa sebelum membuka mulut untuk menyampaikan
hasratnya.
“How was it, this time?” tanya papa apabila melihat Karl hanya berdiam.
Mama memandang Karl menunggu jawapan
kepada soalan si suami.
“This trip is even better pa.. pa dan ma
tak berhajat ke nak ke sana sama Karl?“ Karl sudah meluahkan sedikit hasratnya.
Papa hanya tersenyum memandang mama
sambil menghela nafas yang panjang.
“Pa akan pergi jengok juga soon,
but not so soon..” jawab Hamzah sambil tersenyum. Mama menjeling ke arah
papa, agak terkilan kerana si suami tidak pernah mengajak dirinya ke sana,
sehinggalah Karl membuat keputusan untuk ke sana. Itu pun sejak berkawan dengan
Erin, jika tidak sudah tentunya banglow tersebut reput dan akhirnya roboh
dengan sendirinya.
Karl menarik nafas panjang, nampaknya papanya tidak berminat dan
tidak berhasrat hendak mengikutnya dalam masa terdekat, apatah lagi untuk
berhari raya di sana. “Jangan putus asa Karl, Tanya aje, belum cuba belum tahu”
bisik hati kecil Karl.
“Bissmillahirrahmanirrahim…” bisik
Karl perlahan, hanya dia yang mendengar.. Kena menunjukkan muka kasihan, agar
Papa jatuh kasihan. Harap-harap berhasil.
“Pa, this year kita
celebrate raya kat kampung nak tak?” Karl akhirnya menyampaikan hasratnya
dengan tenang.
Kedua-dua wajah mama dan papa
membulatkan mata, memandang ke arah Karl, kurang percaya dengan apa yang mereka
dengar.
“Apa Karl kata?” tanya papa
ingin penjelasan dari Karl, takut jika dia tersalah dengar.
“Ulang sekali lagi..” ujarnya lagi.
“Tadi Karl tanya, macammana kalau
kita berhari raya kat kampung, di rumah banglow tu..” Karl mengulangi apa yang
dikatakannya untuk memberi penjelasan kepada papanya.
Hamzah mengeleng-gelengkan kepala,
pastinya jika tadi rancangan TV yang bersiaran dia mengerti apa yang berlaku,
tetapi saat ini dia tidak mengerti kerana terkejut dengan permintaan si anak.
“That is not a good idea Karl.. kan tiap tahun, pa kena ada di rumah ni..
business friend mama, kawan-kawan papa, lagi pekerja-pekerja mama dan papa
hendak berkunjung berhari raya macammana? jugak kawan-kawan Karl, nanti mereka cari
Karl .. takkan hendak tutup rumah ni pula.?.” jelas Hamzah.
Penerangan papa ada benarnya, Karl
hanya tunduk, apabila di fikirkan, betul juga apa yang telah diberitahu. Seumur
hidupnya juga begitu. Waktu hari rayalah sahaja kawan-kawan dan pekerja-pekerja
papa dan mama datang berkunjung, dan juga kawan-kawan sekolah Karl yang boleh
dikira dengan jari datang berkunjung.
“Kalau papa izinkan Karl hendak buat open house second hari raya di
sana, boleh tak pa..” Karl masih tidak putus asa. Papa tersenyum
“Suka hati Karl la.. siapa
yang hendak datang sana? Semua kawan-kawan Karlkan disini!” telah Hamzah.
“Adalah..” jelas Karl. Papa menangguk, mengerti siapa yang dimaksudkannya.
“Boleh ya pa..” pujuk Karl.
“Ya..” jawab Hamzah sambil menganguk
setuju.
“Tapi jangan beri
orang sebarangan masuk rumah tu Karl
ya.., I remember there are still many
precious things there..and be carefull” sambung Hamzah lagi. Mama hanya diam tidak membantah kebenaran
yang sudah diberikan oleh suaminya. Tambahan pula, anaknya sudah menunjukkan
minat untuk menjaga banglow tersebut. Tidak seperti suaminya yang tidak ambil
pusing langsung hal banglow tersebut dan membiarkannya reput dengan sendirinya.
“I know pa” Karl sedikit gembira dengan jawapan si bapa, sekurang-kurangnya
hari raya kedua dia akan bersama keluarga Erin lagi. Pastinya hari raya tahun
ini cukup meriah baginya dari tahun-tahun sebelumnya.
“Yes!!.” Genggaman tangan direntap ke bawah serentak. Karl gembira
bagaikan kanak-kanak mendapat gula-gula!
***
Bulan puasa baru beberapa hari
berlangsung. Lagu raya sudah berkumandang sana sini. Hendak bekerjapun malas,
kerana sudah masuk mood beraya.
“Karl, Erin, ini nak perkenalkan
Nana Nurgaya, budak intenship dari Taylors College..sebulan kan Nana..“ Saleha
memperkenalkan seorang perempuan yang di panggil Nana. Si Nana hanya
mengangguk.
Tertoleh Karl dan Erin yang tadinya
sedang berbincang mengenai artikel mereka sebelum di hantar kepada boss.
“Nana, ini Erin, journalist popular
kat sini“ perli ke apa si Saliha ni..namun Erin menyambut salam si Nana yang
nampak bergaya. Sama seperti dirinya satu ketika dahulu.
“Yang ni Karl.. mamat hot kat Info
Harian..“ kata Saliha lagi. Karl hanya sengeh. Berseri muka si Nana, apabila
Karl senyum. Alamak, memang mamat hot!
“Nanti.. bolehlah bantu dan tunjuk
ajar saya ya?“ katanya, tetapi mata mencerlung ke arah Karl. Erin sudah
perasan, lain macam sahaja budak perempuan ini.
“Nana nanti duduk kat sana tu ya,
tempat tu memang kosong..“ kata Saleha lagi, menunjukkan compartment yang
bersebelahan Karl, tempat yang memang kosong.
“If
you need any assistance you can ask these two, ya! Dia ornag ni memang the best!” kata Saleha lagi dan dia
beredar.
Karl dan Erin meneruskan
perbincangan mereka.
Sudah dua hari berlalu, Erin
perhatikan si budak Nana suka sangat menempel dengan Karl. Ini apa kes?
“Erin, Karl dan panggil budak baru
tu sekali..” tiba-tiba
terdengar suara boss, Encik Lokman.
Karl hanya memberi isyarat kepala,
meminta Erin sahaja yang memanggil. Erin seperti tahu-tahu sahaja isyarat
kepala Karl.
Mereka bertiga terus masuk ke bilik
boss.
“Ni ha! Kesah Ops Selamat..mereka dah
nak mula buat operasi hari ini. Jadi tolong cari berita mengenai ini untuk
makluman pengguna. Nana ikut dia orang ni.. belajar mana yang boleh“ kata Encik
Lokman.
Ketiga-tiga yang berdiri di
hadapannya hanya angguk.
“Pergi sekarang..“ arah boss.
“Yes boss.. “ kata Karl bagi pihak
semua.
Karl dan Erin segera ke komputer
masing-masing dan mencari lokasi tempat operasi yang sedang berjalan bagi
memudahkan mereka membuat liputan. Karl juga sebok menyediakan peralatan yang patut. Nana pula hanya
memerhati kedua-dua journalist ini bertindak.
“Karl.. nah!..kita nak pergi yang
mana?” Tanya Erin,
sambil menghulur sehelai kertas di mana tercatit lokasi Ops Selamat dijalankan.
“Kat sini ajelah..” sambil
menunjukkan alamat tertera Nilai.
“Ok..dah siap Nana. Mari ikut
saya..Karl, are you coming with me ke
apa?” Tanya Erin.
“Boleh jugak..panggil budak tu
sekali” katanya.
Mereka beredar dengan segera ke
lokasi. Kali ini dengan seorang pelatih.
Di dalam kereta, mereka masih
membincangkan hal kerja. Erin sudah membuat persediaan, soalan-soalan yang
hendak ditanya. Yang tukang catit ialah Karl. Nana di seat belakang hanya
memerhati.
“This time Nana nak tengok atau nak
buat laporan juga..” tanya Karl.
“Hem..aaa..hemm.. kalau saya cuba
boleh?” tanya Nana
“Boleh.. tapi kena sedia apa soalan
yang nak tanya, biar saya tengok..” kata Karl lagi.
“Saya lupa nak bawa buku dan pen..”
jawabnya.
Erin si pemandu hanya tersenyum. Hendak
jadi journalist, tetapi tak ada buku dan pen, habis hendak catit macammana?
Adek oi.. ini bukan pergi makan angin, bisik hati Erin.
“Nah..“ Karl menghulur beberapa
keping kertas dan pen.
Cepat-cepat si Nana mencatit apa
yang di rasa perlu kemudian dihulur kepada Karl.
“Hemm...okey, tapi saya rasa Nana
boleh tanya soalan yang nombor 4, berapa lama ops ini berlangsung dan nombot
6 waktu operasi“ kata Karl.
“Terima kasih..“ dengan kata
mengada-ngada. Aduh! Bernanah telinga Erin mendengarnya.
Erin terus sahaja menuju ke arah sekumpulan
Ops Selamat yang sedang menjalankan operasi. Karl menyusul, tetapi Karl
tertunggu-tunggu si Nana yang tembel sangat.
“Cepat sikit Nana, Rin dah jauh dah
tu..“ kata Karl.
Serba salah. Hendak meninggalkan si
Nana atau mengejar si Erin. Nana telah di amanatkan oleh boss untuk menunjukkan
ajar. Yang Erin tu kenapa?
Erin, seperti biasa terus sahaja
menjalankan tugasnya. Erin perhatikan si Nana asyik menempel dengan Karl.
Setiap soalan hanya di tanya kepada Karl. Buat Erin meluat. Hisy.. budak ni, nak
belajar bekerja ke atau nak usha Karl? Tak faham sungguh! Kalau hendak usha
Karl ushalah, aku bukan ada apa-apapun dengan dia? Kata yang terluah tetapi
perlahan, namun di dalam hati lain pula bicaranya!
“Karl, boleh tengok laporan saya
tak?“ tanya Nana dengan suara manja.
“Rin, boleh tolong tengokkan? I ada
kerja sikit.” Karl
meminta bantuan Erin.
Karl sudah perasan, Erin agak dingin
dengannya sejak sehari dua ini.
“Nana minta tolong you, bukan I!“
jawab Erin.
“Please Rin!” pujuk Karl.
Mahu tak mahu, Erin mengambil
helaian kertas yang sudah terletak di atas mejanya. Nana masam masam kelat.
Minta tolong orang lain, tetapi orang pula yang dapat.
“Nana..kena buat ayat yang pendek,
tapi makna tidak lari. Tak mahu ayat panjang menjela macam ni. Nanti pembaca
boleh buat spekulasi. Nana olah balik ayat ni, bagi pendek tetapi lengkap.
Nanti saya check lagi” kata Erin, tegas. Tidak beri chance langsung kepada si
budak internship.
Serious sahaja bunyinya. Si Nana
terkulat-kulat. Dia hairan. Minah garang macam tu pun Karl suka. Tetapi kata
tak ada apa-apa relation. Dia yang lemah lembut, kena kuis. Tak ada chance
nampaknya, nak usha mamat handsome ni. Entah apa yang ada pada si minah garang
tu yang buat Karl tertarik? Namun orang dah tak sudi, hendak buat macammana?
Kena terima hakikat!
Di sebelah petang
sebelum pulang bertugas. Karl mati akal jika Erin berterusan begini. Surah
merajuk pula. Cemburukah dia?
“Rin, teman I
berbuka hari ni?“ tanya Karl.
“Tak mahulah!
Susah nak maghrib" jawab Erin kasar.
“Ala, kita cari
tempat yang senang solat, kita berbuka di restaurant kat Masjid Putrajaya
ke?Nanti senang kita sama-sama pergi solat“ Karl sengaja mengatur untuk bersama
Erin. Entah kenapa, minah ni sentap. Sebab puasa atau sebab lain? Atau PMS!!
“Nantilah I
fikirkan..‘ kata Erin kendur.
Tak apa, Karl akan
mengikut rentak Erin. Tak kira sama ada tempo inang atau rock.
Mata Karl asyik
melihat jam di dinding, lagi setengah jam akan masuk waktu berbuka. Erin masih
tidak memberikan kata pasti. Hendak di tanya, Karl lihat dia asyik sebok dengan
telefon. Jika Erin tidak setuju, nampaknya dia terpaksa berbuka air di vending
machine sahaja dahulu.
“Hah, kata nak
berbuka sama, jomlah!“ tiba-tiba Erin yang sudah berselepang beg di badan,
berdiri di depan Karl. Karl senyum.
Sudah hilang
rajuknya. Rentak contemporari rupanya.
“Ya..ya, jom“ lega
hati Karl. Karl senyum, cepat-cepat dia berdiri dan mengambil beg yang
tersangkut di belakang kerusi.Kena cepat sebelum si dia berubah fikiran.
Karl lalu di depan vending machine lalu berkata di dalam hati dengan
senyum “Tak ada rezeki kau hari ini!!
Bab 27
Erin sudah pulang sehari sebelum hari
raya dan mengambil cuti 3 hari, jadi hanya akan kembali bertugas pada hari raya
yang kelima. Karl pula mengambil cuti 2 hari dan juga
akan kembali bertugas pada hari raya yang kelima.
Terdengar takbir raya bergema di
dalam masjid. Oh.. sungguh shahdu. Di pagi raya selepas solat sunat Adil Fitri,
Karl melawat pusara datuk Ben bersama papa dan mamanya. Dia juga sudah memohon
ampun dan maaf daripada kedua ibu bapanya. Selebih harinya Karl hanya duduk di rumah
melayan pengunjung kawan-kawan papa dan mama. Kawan-kawannya hanya dua tiga
kerat sahaja yang muncul tahun ini. Dia cukup bosan sekali. Karl teringat Tok
Pa dan Wan Jie, andainya dia berada di kampung tatkala ini alangkah seronoknya.
Pasti, sambutan hari raya tahun ini ada kelainannya.
Itulah.. andainya..
Mata memandang ke arah kueh yang
hendak dibawanya ke kampung. Sudah siap di dalam kotak.
Ada 6 balang semuanya, dibeli di supermarket 2 hari lalu. Kemudian Karl
tertanya-tanya, ketupat dan rendang siapa yang boleh sediakan ya? Karl harap
perempuan yang merajuk itu boleh membantunya.
Karl ada memesan mamanya menyimpan sedikit rendang tok yang mama
tempah khas dari Perak. Diharap mamanya tidak lupa. Karl membuka peti sejuk, tersenyum
apabila melihat rendang tok di dalam bekas plastik, ingat rupanya mama.
Tiba-tiba telefonnya bergetar dengan
irama lagu Yuna “Terukir dibintang”. Mana ringtone Shayne “no
promises”.. hem.. sekarang dendangan lagu melayu! Bila masanya ditukar nada dering lagu melayu, sah Karl sudah jiwang.
Skrin telefon dilihat, tertera nama Rin, cepat-cepat butang hijau di!tekan.
“Selamat hari Rayaaa! maaf zahir
batin, I selalu buat you marah.. ha..ha.ha..hari ini kosong kosong okey?”
dengan nada ceria Erin di hujung talian.
“Hey, kalau I kata I
tak maafkan you macammana.?.” jawab Karl.
“Macamana, macamana pulak? Suka hati you .. I dah minta maaf, my
part dah clear..byeee..” Erin terkejut dengan jawapan dari Karl.
Hari raya orang maaf dan memaafkan, dia hendak spoil mood pulak.
“Hey Erin nanti..nanti.., I gurau aje pun dah tak boleh .. sejak
bila suka sentap ni..” jawab Karl, menahan Erin dari mematikan talian, tahu
takut.
Takkan, bercakap beberapa saat sahaja dengannya? Mana aci!
Di sini merindu sampai mandi basah
dan makan kenyang. Di sana buat tak faham pula!
“Siapa yang sentap, you tu la, orang dah minta maaf pagi-pagi ni,
janganlah spoil mood orang pulak!!” jawab Erin bengang.
“Okey..okey, mana paginya, dah hampir 12.00 tengahari ni..hemm…I pun
sama I minta maaf zahir dan batin, selalu menyakat you..” bunyi suara Karl di hujung
talian.
“Tahu tak apa.., esok jadi tak open banglow you tu.. he..he..he. ni
semua nak datang serbu, make sure ada makanan, jangan makan angin laut tu aje
nanti, okey Karl I nak gi rumah Wan Busu ni..
see you tomorrow..” terus Erin meletakkan telefonnya.
Karl sedikit hampa kerana tidak dapat berbual dengan puas. Ini tidak
boleh jadi, dia harus kesana segera, sekurang-kurangnya dia akan dapat tempias
kegembiran si gadis.
“Mama, Karl rasa nak balik kampung
sekarang la.. nak singgah beli buah dan air minuman sedikit untuk esok” Karl
memina izin dari mama Mysha yang sedang mengisi semula balang-balang kueh raya
yang sudah kurang isinya.
“Ma tak ada masalah, cuba tanya pa
pulak” Mysha meminta Karl memberitahu papanya, tetapi papa sedang sebok melayan
beberapa kenalannya. Sementara itu Karl naik ke atas, berkemas beberapa barang
yang diperlukannya dan beberapa pasang baju raya. Kemudian memasukkan beg
sandangnya, kueh dan rendang ke dalam kereta sementara menunggu papanya free.
Nampaknya tetamu sudah berdiri, sudah pasti sebentar lagi akan meninggalkan
papa, inilah masa untuk dia meminta izin.
“Pa, Karl nak pergi sekarang balik kampung, petang Khamis Karl balik sini semula” cepat
betul Karl bersuara, sebaik sahaja tetamu melangkah pergi.
“Hemm… hati-hati, kalau pa tak ada apa program Pa pergi sana, since you are there..” kata Hamzah.
Salam dihulur kepada papa dan mama. Karl segera meninggalkan mereka. Apalah yang
telah dibuat oleh gadis itu yang membuat anaknya yang sudah berubah 101
peratus. Satu hari pasti akan mereka jemput gadis ini untuk mengetahui lebih
lanjut lagi perihal gadis ini.
Karl singgah di Giant Supermarket Putra Heights, sebungkus nasi
impet segera, beberapa kotak juice, mineral water, minuman ringan dan sedikit
buah di pilih. kopi, teh semua 3 in 1 dan beberapa bungkus biskut kering
juga diambil. Manalah tahu teringin minuman panas,
sekurang-kurangnya dia sudah ada bekalan.
Terus meluncur laju ke destinasi
seperti tidak sabar-sabar, mengetahui Erin sedang menunggunya di sana.Tambahan
pula sudah dua kali dia pulang bersama Erin, pemanduannya cukup selesa, tetapi
petang ini dia sendirian hanya bertemankan dendangan radio. Tidak disangkanya
pula dengangan lagu Hoobastank – The Reasons berkumandang. Teringat Karl betapa
sejuknya tangan Erin ketika ia tersentuh tangan gadis itu dua bulan lalu. Lirik
lagu diamatinnya. Laaa..baru dia perasan, memang lirik lagu tersebut mengusik
jiwa mereka berdua. Erin, adakah kau juga sama berperasaan demikian? Tetapi
yang hairannya, dia tidak pernah menunjukkan rasa sayangnya kepada Karl, jika
bercakap hendak marah sahaja, tidak ada yang lembut. Atau hanya Karl sahaja
yang bertepuk sebelah tangan, mengejar bayang-bayang Erin. Bilalah agaknya Karl
dapat bersemuka dengan gadis ini untuk mengetahui isi hatinya. Jangan risau,
hari ini akan terjawab segala tandatanya. Karl akan bertanyanya jika ada ruang
untuk dia berbuat demikian.
Pedal kaki kereta ditekan laju,
tidak sabar rasanya dia untuk bertemu dengan perempuan yang sudah
perlahan-lahan mengisi hatinya. Lebuhraya PLUS lengang, tidak banyak kenderaan
seperti biasa, ini kerana ramai yang sudah berada di kampung. Alhamdulillah,
ini melancarkan lagi perjalanan Karl ke destinasi. Destinasi bertemu buah hati
pengarang jantung. Karl tersenyum sendiri sambil ditemani oleh lagu-lagudari
radio light and easy yang memutarkan lagu-lagu irama perlahan, yang sudah pasti
kebanyakannya lagu-lagu cinta. Memang aneh perasan ini, tidak pernah
dirasakannya sebelum ini, begini rupanya rasa orang bercinta agaknya..segalanya
indah!!
Senyum tak sudah Karl dibuatnya.
BAB 28
Sesampainya Karl di Port Dickson,
Karl menuju terus ke rumah Tok Pa. Tetapi dia hampa, hanya tinggal Tok Pa dan Wan
Jie sahaja yang dia lihat berada di rumah, yang lain-lain tidak kelihatan. Sebenarnya mata Karl hanya mencari-cari kehadiran seorang, itu
sahaja, you know who?.
Beraya sakan nampaknya dia hari ini,
keluh Karl. Karl yang berbaju raya, baju melayu berwarna biru laut lembut siap
bersamping hanya mampu menunggu di sofa di beranda dengan keluh kesah. Songkok
yang tadinya dijinjing, diletakkan di atas meja kopi. Dia tidak mahu mengganggu
Tok Pa dan Wan Jie melayan dua tetamu kecil, anak-anak jiran yang baru sampai
sebentar tadi. Mereka bukannya mahu makan sangat, sebenarnya hanya ingin
mengutip duit raya, biasalah kanak-kanak.
Sebentar lagi pulanglah mereka itu. Tak kuasa Karl memikirkan hal tetamu
yang datang beraya. Menunggu Erin yang yang tidak muncul-muncul. Tahu tak dia yang Penantian itu satu
Penyeksaan! Tetapi apa lagi yang mampu dia buat. Jawabnya tunggu sahajalah!
“Selamat Hari Raya Tok”
membongkokkan diri dan bersalam dengan Tok Pa
Tok Pa menyambut salaman sambil
mengurut perlahan belakang anak muda ini.
“Dah lama Karl sampai?.. atok nak
nampak tadi.. tak dengarpun kereta masuk?” tanya Tok Pa sambil tersenyum.
“Saya park dekat luar..” jawab Karl
seperti tidak bermaya sahaja.
“Atuk sama Wan sihat tak?“
“Sihat..“
“Mana yang lain-lain?” sambungnya lagi, rasa ingin tahu.
“Siapa?” Tok Pa buat buat bertanya pula.
“Wan Jie, untie Suzie, Erin”
sebenarnya ingin mengetahui Erin, tetapi di
senaraikannya nama-nama lain dan nama Erin yang paling hujung.
“Tu.. Wan Jie ada kat dapur.. Rin
beraya dengan sepupu-sepupu dia.., memang tiap tahun macam tu.. ke rumah nenek
mereka lagi satulah tu..” panjang lebar Tok Pa menjawab.
“Bila dia balik?” bertanyaan tidak
sabar Karl
“Entah, selalunya sebelah petang..” jawab
Tok Pa ringkas
“Hem..” Karl tidak ada soalan lagi,
nampaknya dia memang terpaksa menunggu.
Tetamu kecil turut menghulurkan
tangan bersalam dengan Karl, maklumlah hari raya. Mereka nampak gembira, dengan
sampul kecil berwarna hijau ditangan masing-masing. Tak kiralah berapa jumlah
yang ada di dalam, yang pasti ada angpow.
“Hahh Karl, bila sampai?” soalan
yang sama dari Wan Jie.
Karl menghulurkan tangan dan terus
mengucapkan selamat hari raya kepada Wan Jie pula.
Wan Jie mengambil tempat
bersebelahan Tok Pa, Karl duduk disofa hujung.
“Nak makan rendang, jom ..” pelawa Wan Jie.
“Kejap-kejap lagilah wan..” jawab
Karl, berharap akan bersua Erin dalam masa terdekat.
“Jangan tunggu Rin, lama lagi dia
tu.. petang baru balik.. silap-silap malam baru sampai.. Raya keliling kampung..
ala..setahun sekali jengok saudara mara..” jelas Wan Jie.
Wan Jie dapat membaca apa yang
tersirat difikiran Karl. Tersegih sahaja Karl mendengar penjelasan Wan Jie.
Berbual kosong, lama juga,akhirnya
Karl masuk ke ruang tamu untuk menjamu apa sahaja yang sudah sedia terhidang di
atas meja. Tidak sanggup membiarkan perut ang berkeroncong. Dan juga kecewa,
orang yang ditunggu tidak muncul-muncul.
Azan asar sudah berkumandang tetapi
bayang Erin tidak juga muncul, akhirnya Karl membuat keputusan untuk ke banglownya
sahaja. Sekurang-kurangnya dia boleh membuat persediaan yang sewajarnya untuk
rumah terbukanya esok.
Dengan longlai meninggalkan rumah Tok Pa. Tok Pa dapat mengagak Karl
agak kecewa kerana masih tidak dapat bertemu Erin. Tersenyum sahaja Tok Pa
melihat riak tidak ceria Karl sewaktu meninggalkannya tadi. Mengapa dia tidak
menalefon sahaja Erin, memberitahu yang dia sudah sampai. Sekurang-kurangnya
Erin mengetahui yang Karl sudah berada di rumah Tok Pa. Sungguh Tok Pa tidak
faham kes orang muda bercinta sekarang ni. Sudah ada teknologi modern, tetapi
tidak mahu digunakan pula. Lainlah di zamannya, terpaksa hantar
surat, kena tunggu berhari-hari baru dapat berita.
****
Setelah menghantar beg galasnya ke bilik, bilik yang telah menjadi
bilik kekalnya setiap kali berkunjung ke banglow tua ini. Karl terus turun ke dapur
mengeluarkan sedikit pinggan mangkuk, cawan, gelas, sudu, garfu dan juga royal
albert yang sedia tersusun atas rak untuk dicuci. Entah sejak bila peralatan pinggan mangkuk itu
kali terakhir diguna. Sudah terlalu lama duduk di dalam almari display.
Rendang sudah lama dia simpan di dalam
peti sejuk bersama jus dan buah-buahan.
Terdengar bunyi kereta berhenti di luar.
Aaah.. siapa pula, mungkin keluarga
atau saudara mara wak yang hendak berhari raya bersamanya. Kedengaran suara perempuan
memberi salam, bunyinya begitu dekat sekali, seperti datang dari depan pintunya.
Tetapi dia tidak kenal suara itu? Lantas
Karl menuju kepintu untuk mengetahui
siapa ampunya suara.
Laaa.. 3 dara tersengeh di depan
pintu.. Erin, Del dan Eja. Apa lagi, Karl terus tersenyum lebarlah. Dia
mengharapkan Erin, tetapi sekarang 3 orang gadis cantik bakal menemaninya.
“Esok jadikan buat
open house rumah ni..?” kata
Erin, juga berbaju biru laut lembut
tetapi berhias penuh labuci di leher. Mata Karl tidak berkelip memandang
Erin yang sopan berbaju kurungnya dan tudung yang masih terlilit dikepala
kemas, terpesona, macam Hani Tajima sahaja dia hari ini. Manis nampaknya dia
bertudung hari ini dengan tudung berwarna cream. Susah hendak dilihat Erin
memakai baju kurung. Erin terus berjalan menuju ke dapur tanpa perlu dijemput.
Melihat lengan baju melayu
tersingsing, malah tangan masih bersabun, Erin sudah tahu, Karl dari dapur.
Disingki penuh dengan pinggan mangkuk yang perlu dicuci.
Del menyambung tugas cuci mencuci
yang terbengkalai. Erin merebus ketupat, Eja pula mengemas meja makan dan
mengelap serta menyusun cawan dan gelas yang sudah dicuci. Karl membantu
melipat serviette.
Sementara menunggu ketupat masak,
Karl mengajak semua yang ada untuk beraya ke rumah Wak, lagipun dia perlu ke sana
untuk menjemput Wak dan sekeluarga ke banglownya esok. Tambahan pula bukannya
jauh, hanya di belakang banglow. Del terpaksa pulang kerana Mak Ngah baru
sahaja menelefon memberitahu, kawannya dari universiti sudah berada di rumah,
untuk beraya.
Akhirnya Del dan Eja pulang,
meninggalkan Erin sendirian bersama Karl sehingga ketupat masak. Mahu tidak
mahu, Erin terpaksa menunggu, jika tidak, sudah pasti Karl tidak tahu apa yang
perlu dibuat selanjutnya kepada ketupat itu. Silap-silap akan dibiarkannya
terendam sahaja di dalam periuk.
Sebenarnya Karl lebih suka begitu,
inilah masanya dia dapat meluahkan hatinya apabila tinggal hanya dia dan Erin.
Pintu utama dibuka luas, tidak mahu disalah anggap. Takut nanti ada yang kena tangkap basah, dapat
kahwin free Karl nanti. Lagi
pun Erin tidak perlu menunggu lama, habis-habis dalam setengah jam masaklah
ketupat tu.
Erin membelek-belek telefonnya,
menghilangkan rasa bosan, duduk di sofa. Karl mengambil tempat di sebelahnya.
Erin berganjak memberi ruang kepada Karl, tidak mahu rapat-rapat, muka Karl di
jelingnya. Apa hal pulak mamat ni hari-hari raya ni. Banyak lagi seat yang
kosong, yang hendak menyempel disebelahnya kenapa? Jangan buat perangai cik abang Karl!!
“Erin I nak tanya you sesuatu..” Karl
bersuara, dengan muka berkerut Erin memandang Karl, lain macam sahaja bunyi soalannya.
“Hem.. apa..” tanya Erin lembut, mata Erin masih di skrin
telefon.
“Apa you anggap I pada diri you..” Karl menyambung perbicaraannya
apabila Erin hanya memandang hairan ke arahnya sambil mengangkat matanya,
apabila soalan Erin tidak berjawab.
“Kenapa..?“ tanya Erin pendek, mata
diteruskan memandang skrin telefonnya.
“Hemm...” jawab karl. Sekali lagi
Erin mengalihkan pandangannya ke arah Karl, seperti serious sahaja mukanya.
“Hemmm apa?.., you ni biar betul
Karl... pagi tadi baru kita minta maaf..” Erin tidak
faham-faham, Karl sudah tidak dapat membendung perasaannya terhadap Erin.
Kedua-dua tangan Erin dirautnya, terkejut Erin dan seperti biasa mukanya merah
kerana darah tiba-tiba mengalir laju ke mukanya, tangannya pun sudah mulai
sejuk. Pukulan jantungnya
tak usah hendak dikatalah, berdetak laju. Rasanya jantung Karl juga begitu.
“Apa dia...? tulah.. lebih-lebih
mengutuk orang..” Erin selamba menjawab.
Terkejut Erin apabila Karl menaik
kedua-dua tangannya sambil dan terus berteleku di depannya.
Hairan bin Ajaib. Apa ke halnya si
Karl hari raya ni, terlebih makan ketupat dengan rendang agaknya dia.
Sambil memegang hujung jari kedua-dua tangan Rin
“Rin, I like you more than a friend, I want you to be someone special to me..”
ujar karl dengan sekali nafas. Terbeliak mata Erin.. Itu rupanya jawapan kepada
“Hemm”.
Yang dia tahu, sepanjang berkawan dengannya, ada sahaja isu yang
boleh dibuat bertengkar, tetapi jika tidak bersua muka, satu perasaan pula
timbul, perasaan rindu. Perasaan yang pertama kali dirasakannya, seumur 23
tahun hidupnya di dunia. Perasaan
ini tidaklah dirasakannya sangat semasa perhubungan singkat bersama seorang
senior di universiti dahulu. Mungkin hubungannya dahulu hanya boleh di ibaratkan
sebagai cinta monyet, cinta anak-anak.
Erin menarik perlahan jarinya dari
tangan Karl. Erin diam membatu dan Karl mengambil tempat di sofa semula.
Soalan Karl tidak berjawab.
Karl memberi ruang untuk Erin
berfikir. Fikirlah baik-baik Erin, setidak-tidaknya dia sudah berusaha untuk
meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya sekian lama, sejak insiden Erin
membantunya semasa kemalangan dulu. Kerana gadis ini, dia telah membuang egonya
jauh-jauh. Gadis ini juga membuat dia mabuk.. mabuk cinta.
“Eh.. ketupat tu dah masak agaknya” Erin
terus berdiri dan berjalan menghala ke dapur, Erin mencari helah.
Karl mengikutinya dari belakang
perlahan. Risau dan tertunggu-tunggu, sama ada dia bertepuk sebelah tangan atau
Erin sengaja mendera perasaannya atau mungkin juga Erin tidak menerimanya.
Jangan terburu-buru, berilah masa untuk Erin berfikir.
Ketupat ditoskan ke dalam penapis.
Karl hanya memerhati Erin dan mendengar arahannya supaya mengalihkan ketupat ke
dalam bekas yang tertutup yang telah disediakan setelah ianya sejuk. Karl hanya
mengangguk, tetapi Erin tidak nampak anggukannya kerana dia tidak sanggup
melihat wajah Karl, terutama matanya.
Hatinya berdebar-debar.
“Semua dah siap, boleh hantar I
balik..” pinta Erin.
“Awal lagi ni, dah nak balik ke..?” Karl cuba menahan Erin agar tinggal lama sedikit menemaninya.
“Hem. . awal..? dah dekat maghrib
dah ni.., nanti Mama risau.!” Erin memberi alasan dengan meminjam nama mama.
“Nak buat macam mana, dah orang tu
nak balik..” getus Karl seperti kecewa.
Erin buat seperti biasa sahaja. Karl
mencapai kunci keretanya dan keluar beriringan tanpa sepatah kata. Berilah
ruang untuk gadis itu memikirkan soalannya sebentar tadi.
Di dalam kereta sewaktu menghantar
Erin pulang, Erin hanya mendiamkan diri. Begitu juga Karl. Hanya desiran
pendingin hawa kereta sahaja yang kedengaran. Radiopun tidak mendendangkan
apa-apa lagu. Akhirnya Karl memecahkan kesunyian.
“Rin you marah I ke?” tanya Karl,
risau kerana Erin mendiamkan diri.
“Tak.. I tak marah you, kenapa mesti
marah, you tak buat salahpun dengan I” jawab Erin.
“Habis tu senyap aje, I nak dengar suara you..” seloroh Karl.
“Em.. pasal tadi tu..I need
time to give the answer, I ada cita-cita, I hope you understand, kalau boleh I nak study lagi, sampai I dapat
Phd.. kalau termampu
la..” jawab Erin serious.
Karl mendengar dengan tenang, besar
rupanya cita-cita gadis ini.
“Kenapa?.. is that the
condition yang you nak I tahu.. bagi I, I suka, you are ambitious., dan itu tak jadi masalah, kita study
sama-sama, as long as I know you will be
mine sooner or later..” Erin hanya
diam mendengar jawapan jujur dari Karl.
Simpang ke rumah Tok Pa terlepas, Karl sengaja ke tempat lain kerana
ingin lebih lama bersama Erin, rasanya dia belum puas bersama gadis ini,
maghrib nanti akan dihantarnya pulang. Ada lebih kurang 1 jam,. 1 jam yang
cukup bermakna kepada Karl untuk bersendirian bersama Erin. Dia perlu
menyakinkan gadis bahawa niat hatinya ikhlas. Di usia mencicah 25 tahun,
akhirnya dia rasai sudah sampai waktunya dia membina satu ikatan yang lebih
kukuh, bukan main-main lagi. Tidak lagi ke tahap ikatan perkahwinan, hanya
ikatan perhubungan yang lebih serious, mengenal hati budi gadis yang bertahta
di hatinya. Soal kahwin mungkin dua atau tiga tahun lagi, itu perancangannya.
Tambahan pula calonnya, Erin masih muda untuk ikatan perkahwinan.
Pengalaman bekerja pun tidak sampai setahun. Kerana Erin bertindak mendiamkan
diri, Karl rasa kurang senang, niatnya hendak menghantar Erin pulang waktu
maghrib dibatalnya dan terus menghantar Erin pulang. Dia hanya menurunkan Erin
di depan pintu pagar dan terus berlalu pergi menuju ke banglownya dengan hati
yang tidak tenang. Risau menunggu jawapan.
Dari jauh nampak Mama Suzie dan Wan
Jie duduk di sofa di beranda. Mereka hairan, hanya Erin yang turun, Karl
berlalu meninggalkannya sebaik sahaja Erin keluar dari perut kereta. Apa hal!
mesti ada yang tidak kena...
Bab 29
Selepas solat Maghrib, Erin membaca Al-Quran,
semuka dua. Bingkas bangun dengan telekung masih di badan
lalu mencapai telefon bimbitnya. Lama juga deringan tidak mendapat sambutan,
namun dibiarkannya terus berdendang. Akhirnya telefon disambut.
“Dah solat maghrib ke belum?”
tanyanya apabila mengetahui talian sudah dijawab oleh seseorang di hujung
talian.
“Sudah.. you?” jawab
Karl pendek.
“Kita tanya dia, dia tanya kita balik pulak” dah mulalah tu, mencari
isu untuk dijadikan pertengkaran.
”Hai.. sekarang ni tanya apa pun dah tak boleh ke?” jawab Karl. itulah
hal mereka ini, alangkah baik jika jawab sahaja belum atau sudah, habis kes.
“Soalan I simple aje, you
hanya perlu jawab sudah atau belum aje..” jelas Erin.
“Sudah .. sayang” Karl menjelaskan situasi, tidak mahu menjadi
bertambah berat disebabkan soalan yang pendek.
“You makan banyak sangat rendang daging kut.. tu .. yang
bersayang-sayang ni..” Erin merasa kurang senang Karl bersayang sayang
dengannya.
“Tak suka ke I panggil you sayang.? Perempuan
lain tertunggu-tunggu I panggi mereka sayang.” Jawab Karl..si lelaki perasan.
“Entah..” jawapan pendek Erin.
“Macam ni la.. I nak you duduk dulu, sebab I nak jawab soalan yang
you tanya I petang tadi..” sambung Erin lagi.
“Hem.. memang I dah duduk, kenapa perlu I duduk, baru you nak
jawab.. ada-ada sajalah you ni Erin..I
bukannya ada sakit jantung, yang you nak suruh I duduk, I akan terima
aje apapun jawapan dari you, as long as
our friendship still intact.” Jawab Karl.
“Karl you nak dengar jawapan I,
atau you nak beri kuliah mangrib pada I?” ujar Erin lagi.
Terdengar suara Karl tertawa dihujung talian, apabila Erin
menganggapnya hendak memberi syarahan kuliah maghrib kepadanya. Jawapan secara
spontan begini yang membuat Karl sayang kepada gadis ini.
“Okey, I give up.. may be now
is not the right time to give you kuliah maghrib, but may be later bila
hubungan kita bukan hubungan sebagai kawan, tetapi hubungan yang lebih sahdu..”
jawab Karl. Itu dia!
“Karl! Could you stop it! I
dah bersemangat nak beri you the answer,
unless you don’t want to hear it? Or you want me to just forget about it…”
naik angin Erin dengan jawapan Karl yang ada betulnya.
“Oloo merajuklah pulak.. okey
tell me, tell me now, I dah duduk di atas katil ni.. kalau I diam, that’s mean I pengsan and you have to call me back later, tapi kalau satu jam tak
berjawab, you have to come here.. tengok sama ada I pengsan atau apa.?.”
Karl menakut-nakutkan Erin.
“Takkanlah nak beritahu perkara
kecik ni you nak pengsan bagai, kalau macam tu, I batalkan ajelah.. I tak hendak you pengsan atau apa-apa sebab I need you in my life” jawapan Erin cukup melegakan Karl, dia sudah
mengangak apa jawapan yang bakal didengarnya. Belum apa-apa sudah tersenyum
gembira.
“Okey Rin, just tell me please,
jangan buat I tertunggu-tunggu, nak tunggu jawapan you boleh buat I tertidur
atas katil ni..lainlah kalau you nak teman?” kata Karl lagi dengan nada tidak
sabar.
“Gatal!!” jawab Erin kepada ungkapan
mengada-ngada Karl.
“Em…I boleh consider relationship kita as a couple, no longer as a
friend, tapi ada beberapa syarat, yang pertama: you perlu beri motivasi dan
peransang untuk I belajar sampai cita-cita I tercapai, boleh!!”
Yang kedua: jika you rasa kita tak sesuai, tolong beritahu awal,
boleh kita make our own way,
Yang ketiga kalau you tak setia dan jujur pada I, I will never
maafkan you kalau you tak jujur atau tak setia la.. itu yang selalunya lelaki
ni lemah,
Yang keempat : you kena terima I seadanya, I ni tak cantik dan tak
pandai serba serbi. I perlukan seorang lelaki yang akan membawa I ke syurga
bukan ke neraka. Kalau you rasa you boleh bimbing I, yang kurang ilmu agama ni
ke jalan yang lebih baik, I rela terima you. I hope you know what I mean. You tak hendak beri apa-apa syarat ke
pada I.?.” amboi panjangnya syarat dari Erin.
“I pun ada syarat juga, tapi satu aje, syaratnya you terima cinta
dan kasih I dan I akan cuba mencintai you dan kasih you lebih dalam lagi untuk
selamanya.. and about your syarat... itu perkara mudah aje, except the last
one, memang I mengaku I pun belum cukup ilmu di dada untuk menjadi penghulu
dalam satu keluarga, but I will try to
learn. Syarat yang lain tu I boleh terima. Ingatkan I kena sediakan
jembatan emas dari sini sampai ke rumah Tok Pa ke atau you nak I sediakan hati
nyamuk satu dulang ke, You pun tahukan nyamok memang banyak kat sini..
terkeruk-keruk I, jadi tak jadi masalah untuk menyediakan hati nyamuk satu
dulang, 7 dulangpun I sanggup. Tapi I kena beli ubat nyamuk dulu, tadi lupa
beli kat kedai mamak tu..” buat lawak pula Karl kepada jawapan Erin.
Erin dihujung talian sudah tidak tertahan ketawa dengan gurauan
Karl. Sekarang sudah pandai bergurau. Tetapi memang betul di banglow itu banyak
nyamuk dan juga agas… maklumlah lokasinya dekat dengan hutan kecil.
“Rin.. terima kasih.. you make
me happy tonight.” bersuara
lagi Karl.
“Karl..” Erin memanggil Karl dengan
nada lembut.
“Ya sayang..” jawab Karl.
“Pasal jembatan emas tu, I
think it’s a good idea.. what to do think..? sebab I tak terfikirkan pun until you mentioned it just now? tapi
pasal hati nyamuk tu.. kalau you hendak mengurangkan population nyamuk kat
banglow tu, why not! dengan syarat
you jangan beli ubat nyamuk sebab nyamuk tu tak sakit untuk diberi ubat, kena
beli racun nyamuk barulah berkesan..” Erin pula berjennaka.
Alahai loyar buruk pulak Erin.
Erin terdengar pintunya diketuk perlahan.
”Karl I think we need to stop,
somebody at my door.. good night, see you tomorrow..” tanpa sempat mendengar jawapan dari
Karl, Erin sudah memutuskan talian.
Pintu terkuak, mama rupanya, Mama Suzie.
”Ma nak tanya Erin dah apply cuti untuk ikut mama tu ke belum?“
tanya Suzilah.
“Belum lagi ma.. memang Rin nak ambil lepas raya ni nanti, Ma dah
ada tarikh ke?” Erin pula bertanya Suzilah yang sudah duduk dihujung katil.
“Dah, nanti ma sms Erin tarikhnya
okey.. ni yang masih bertelekung ni kenapa, Isyak belum masuk lagi tau..” Suzilah
hairan, anaknya masih bertelekung..
”Maghrib dah sudah ke belum..?”
tanya Suzilah lagi.
Erin hanya tersengeh dan mengangguk
laju.
“Keluar cepat, pergi tolong untie Liana
kemas meja dinner, jangan duduk dalam bilik aje..“ Brutal betul mama ni.. tulah
jangan diberi mama bercakap, once dia mula, siaplah telinga, berasap..
Yang tak sedapnya apa yang di
tegurnya memang betul. Selepas makan malam dan solat Isyak, Erin mengambil
keputusan untuk tidur awal, tambahan pula hari ini lelah betul dia, membantu
untie Suliana melayan saudara mara yang datang berkunjung pagi tadi dan selepas
itu Erin pula membuat kunjungan balas bersama sepupunya. Di tambah pula dengan
membantu Karl untuk persediaan rumah terbukanya esok. Walaupun hanya rumah terbuka
untuk beberapa kerat tetamu. Tetapi yang paling membuat dia lelah ialah untuk
menjawab soalan yang telah diberikan oleh Karl. Namun begitu dia bahagia, dia
dan Karl ingin mengukuhkan lagi perhubungan mereka ke satu takuk lagi.
Insyallah semoga apa yang dirancangkan berjalan lancar dengan izinnya jua,
insyallah. Berkat hari baik bulan baik ini, semoga hubungannya juga diberkati..
Aminnn..
No comments:
Post a Comment