BAB 9
Rasa sedikit sunyi di ruang pejabat yang besar
itu kerana kerana budak penyebok yang duduk di belakangnya masih bercuti sakit,
sunyi tetapi bahagia, aman bahagia untuk
2 hari. Betulkah dia bahagia?
Telefon Erin berbunyi dengan irama lagu Adele “Someone Like you”. Lagu orang putus
kasih, bukan Erin putus kasih cuma dia suka irama dan rangkap-rangkap lagu itu
yang enak didengar. Macam mana nak putus cinta, boyfriend pun tak ada?
Orang cantik seperti Erin sebenarnya susah
didekati lelaki kerana mereka menyangka gadis secantik itu pasti sudah ada yang
berpunya. Itulah salah satu kritiria susah menjadi orang cantik. Cuma pernah
sekali sewaktu di universiti tiga tahun lalu, seorang lelaki yang pernah
singkah di hati Erin, tetapi cuma sementara kerana Erin terpaksa melepaskannya
akibat campur tangan orang ketiga. Nasib baik perhubungan tersebut tidak sempat
pergi jauh dan Erin merelakannya pergi. Anggap sahaja ianya satu pengalaman
hidup yang datang dan pergi seperti angin atau pun hanya cinta monyet. Dari itu
Erin mengambil tindakan berhati-hati untuk menerima perhubungan dari mana-mana
lelaki sehingga hatinya benar-benar sudah bersedia untuk menerimanya. Satu
tindakan bijak yang Erin ambil.
Skrin telefon dijengah. Erin melepaskan
nafasnya, sudah tahu dari siapa. Baru beberapa saat tadi mengumpat tenang dirinya.
Seperti tahu-tahu sahaja, ada psychic ke dia?.
“Hello.. ya Karl.. apa hal?” separuh kasar, bukannya
hendak bertanya dah okey ke? atau dah sihat ke? Setidak-tidaknya
tanya sudah makan ubat ke belum? Ini tidak.. tanya apa hal?. Perkataan salam pun tak ada..
Garang nampak!
“Eh..
eh.. orang call adalah sebab.. bukan saja suka-suka..” jawabnya.
“Hem.. okey…
apa sebabnya.. I nak cepat ni.. tu boss dah jeling-jeling sotong tu dari dalam
aquarium dia..” di katakan bilik kaca Encik Lokman sebagai aquarium. Ada-ada saja Erin. Karl di hujung
talian tersenyum dengan perkataan aquarium.
“Esok pukul berapa nak datang ambil I.., important ni.!.” Erin mengerutkan mukanya apabila
mendengar kata-kata Karl, untuk mengambilnya esok satu perkara penting.
“Ha.. itu
you kata important.. Encik Mikhail Hamzah, kan I dah cakap you arrange sendiri,
mana I ada janji nak ambil you, or else suruh aje sesiapa jadi driver you..,
itu pun susah ke?” panjang lebar Erin menjawab agar Karl faham.
“I nak
you jadi driver I, apa yang susah
sangat?” mula dah, Karl yang suka memaksa.
“Encik
Karl sayang, I ada 10 reason yang buat I tak boleh ambil you esok okey!” Erin
menyebut 10 sebab tidak dapat membantu Karl… 10... big ten..
“Name
it..” Karl mahu diterangkan sebab-sebabnya, banyak pulak tu.. sampai 10 sebab.
Mampus.. tergaru-garu Erin mencari alasan.. bukan satu, bukan dua, tapi
sepuluh.. tu lah gatal
sangat mulutnya nak beri alasan sampai 10 konon. Ha, sekarang senaraikan..
sepuluh..okey sepuluh...ten dalam bahasa Inggeris..patthu dalam bahasa India ..
syi dalam bahasa Cina..
“Okey okey…you dengar baik-baik..
Pertama:
esok I kerja dan I tak cuti, mana ada masa nak drive ke rumah you, mahu sampai
ke rumah you aje dah ambil masa lebih satu jam.
Kedua:
rumah you jauh dari rumah I, sama dengan reason pertama.. at least perlu lebih
dari satu jam.
Ketiga: I
ada assignment yang kena buat , takut tak sempat siap, bukan you boleh bantu I
pun
Keempat:
I rasa tak selesa takut jumpa your parent lagi
Kelima: I
malas nak pergi .. this one yang suppose to be the first reason
Keenam: I
bukan anybody to you, not even a close friend
Ketujuh:
I tak hendak orang pandang serong hal kita, I prefer we remain as colleague
sahaja
Kelapan:
Kenapalah you cari I?dah tak ada orang lain lagi ke?
Kesembilan: I dah habis idea yang beri alasan
dan akhir sekali
Kesepuluh: I harap you faham reason-reason yang I
berikan tadi…. Ada faham..”
Main
hentam aje Erin memberi alasan untuk tidak menjemput Karl esok. Nasib baik dia
dapat mereka-reka 10 alasan yang hendak diberikan secara spontan, hentam aje
la.. yang hairannya kesemua alasan yang di berikan memang tepat.
“Rin, I
pun ada 10 reason kenapa yang you kena ambil I esok, you better listen
carefully, you.. kena.. ambil .. I… esok…” Karl mengulangi kata-katanya satu
persatu.
“Unless
telinga you banyak wax….kalau banyak wax, tolong bersihkan dulu… dengar
ni..okey hem..” sambong Karl lagi. Ada-ada aje si Karl ini.
Sambil
berdehem sebelum mengeluarkan kata-kata, jawapan kepada 10 alasan yang Erin
baru hentam keromo berikan kepadanya.
Sebenarnya
Erinpun sudah lupa apa alasan-alasannya tadi, jika suruh untuk diulang.. mampus
tak ingat dah!!
Pertama:
of course I know you kerja dan tak cuti, tetapi I tak boleh drive sendiri buat
masa ini sebab I’m still injurt, I perlukan sombebody
to help me, and the somebody is you, kalau I sihat, really… really I don’t need
your help, oleh itu PLEASE, I need
your favour this time
Kedua:
Memang I tahu rumah I jauh sikit.. sikit aje, masih lagi didalam kawasan
Selangor, bukan di Kelantan atau Johor atau Kedah, tak perlu pun naik flight
untuk ke rumah I
Ketiga:
Ambil I untuk keklinik jugak dikira satu
assignment, bukan pergi makan angin atau ronda-ronda yang tentu hala
Keempat: You will not meet my parent sebab mereka
dah pergi kerja, lainlah kalau you nak jumpa Marlin Pembantu Phlippines tu, dia
ada lah kat rumah.
Kelima:
You tak boleh malas, you kena rajin, demi I
Keenam: who said you are nobody to me, don’t you
know we are colleague okey, furthermore you are my closest neighbour di
ofis
Ketujuh:
Memang tidak dinafikan mereka pandang serong kepada kita, then peduli apa!, you
single and I single, lainlah you kacau suami orang atau I kacau isteri orang? Oh sorry.. bukan
ke you isteri I? ha..ha..ha.. Karl ketawa dihujung talian, Erin geram… Ingat
rupanya pakcik ni.
Kelapan:
I kena cari you sebab buat masa ini you are the only friend yang I ada dan I
rasa serasi dengan you, Please. Karl secara tidak langsong mengaku Erin sebagai
kawan.
Kesembilan:
You akan dapat banyak idea bila tengok muka I yang handsome ini dan akhir
sekali, yang Kesepuluh: I tidak mahu faham apa-apa alasan yang you beri..” Karl
menjawab secara sepontan juga, boleh pulak dia ingat kesepuluh alasan yang Erin
beri… terror betul memory mamat ini, jadi sudah sah dia tidak hilang ingatan.
Especially dia ingat kata-kata Dr. Qaider tentang status “Isteri” tu..
“Errr..err..”
Erin sambil kedua-dua tangannya menggaru kepalanya sehingga kusut rambutnya
kerana geram dengan sifat Karl yang suka memaksa.
“Rin..
you okey ke..Rin.. Rin.. Hello.Hello...” Karl bertanya apabila tiada response
daripada Erin apabila dia menyenaraikan kesepuluh alasan secara spontan. Erin
tidak dapat mengelak dan nampaknya
terpaksa menjemputnya esok.
“Karl, I
tambah satu lagi sebab…, now instead of 10 reasons, its become 11.. sebab yang
kesebelas: Sayang…kenapalah you degil sangat…” berkata dalam keadaan geram
sambil mengetap bibirnya.
Karl
menjawab..”Iya ke I degil..I rasa I tak degil.., mungkin you yang degil tak
mahu terima alasan I., dan cuba tidak
mahu mengerti” sedapnya mulut .. dan pandainya memusingkan kata-kata. Jika kau
ada di depan Erin sekarang ni, sudah pasti Erin akan menyepak kakinya yang
sebelah lagi supaya jadi balance, dua-dua belah tidak boleh diguna, baru puas
hati..Erg..erg..erg.. geram sungguh geram..
“Okey..
okey.., kalau I ambil you esok, boleh tak you janji tak ganggu I lagi, I ada assignment
yang ada dateline yang kena siapkan ni..” Erin sudah mati akal dan memanglah melayan
dia bercakap sahaja sudah habis 10 minit
waktu Rin yang sangat berharga. Lagi pun malas hendak bertelagah dengannya,
ada sahaja jawapan yang akan di
berikannya.
“So.. the
answer is YES.., thanks Rin.. see you tomorrow” terdengar suarat Karl dengan
nada ceria
“What
ever” jawab Erin. Sebenarnya Erin geram tetapi terselit rasa gembira, apabila
mampu membuat Karl ceria. Talian dimatikan. Puaslah hati Karl, mendesak Erin
supaya mengambilnya esok.
Seperti dijanjikan, memang Karl tidak menelefon
Erin tetapi menghantar sms pada tengah harinya, dan juga sebelum Erin tidur..
bertulis “ Ingat, janji ..esok..” Erin tersenyum sambil mengeleng-gelengkan
kepala. Bosan gilerlah agaknya dia, sorang-sorang di rumah besar tu…, mati
kutu.
Kathy mendengar perbicaraan mereka, juga Puan
Lim, tetapi mereka hanya mampu tersenyum.. biarkanlah
dua sahabat.. or maybe more than just “sahabat” yang ada big inverted comma berbicara.
BAB 10
Erin ke ofis seperti biasa keesokkan harinya. Memandangkan tugas
tidak banyak, Encik Lokman memberikan tugas yang kecil-kecil sahaja untuknya.
Tugas itu dapat diselesaikan dengan cepat. Sebenarnya hati Erin berbelah bagi
sama ada hendak menjemput atau tidak si mamat yang suka memaksa itu. Tetapi dia sudah berjanji semalam, tapi boleh
sahaja call dia, dan beritahu ada hal dan beritahu janji terpaksa di batalkan, afterall promises are made
to be broken.
Tetapi kasihan pulak, si Karl menunggu. Berkali kali Erin berfikir, mahu
lebih dari sepuluh kali, akhirnya
keputusan dibuat.
Erin meminta kebenaran daripada Encik Lokman untuk menguruskan Karl ke Klinik untuk dia
mendapat rawatan lanjutan. Tanpa banyak soal, Encik Lokman memberi kebenaran,
tambahan pula dia suka sikap tolong menolong dikalangan pekerjanya. Bukan kerana hal Karl dan Erin,
malah kepada sesiapa sahaja di bawah seliaannya
“Siap, dalam perjalanan, 20 minit sampai”
ringkas sahaja pesanan ringkas Erin kepada Karl. Namapun pesanan ringkas.
Setengah jam perjalanan, Erin sudah
nampak Karl sudah sampai terjogok dihadapan pintu pagar rumah. Yalah, Erin sms
tadi mention 20 minit. Bagi Karl lambat 10 minit tak ada hal, jika lambat dua
jam pun dia sanggup tunggu, janji Erin muncul menjemputnya. Karl sudah bergoyang sebelah kaki yang tidak
cedera di bangku di dalam gazebo berdekatan air pancut.
“Dah boleh jalanlah tu.. dah jauh
berjalan dan dah boleh keluar sendiri” bisik hati Erin, apabila melihat Karl di
gazebo.
Pintu pagar terbuka dengan sendirinya,
pastinya si Marlin yang membukanya, apabila terlihat kereta Erin terpakir di luar
pagar. Erin tidak berganjak dari tempat duduknya di dalam kereta berharap agar
Karl datang berjalan perlahan ke keretanya. Namun harapannya tinggal harapan,
sebaliknya Karl melambai tangan untuk meminta Erin mendekatinya.
“Ishy..apa lagi.. main lambai-lambai pulak
dah!” gerutu Erin
“Jalan aje la.. tak kan nak jemput kut“ Erin
menurunkan cermin tingkap kereta dan
melambai tangannya, meminta Karl yang datang kekereta.
Sebaliknya Karl membalas lambaian. Sampai bila
hendak main lambai-lambai ni...
Aduh! Apa lagi dia ni. Mahu tak mahu
Erin keluar dari kereta dan mengatur langkah menghampirinya. Asyik Erin sahaja
yang kena beralah!
”Masih tak boleh jalan lagi ke ni?..
dah boleh sampai keluar ni macam mana?“ tanya Erin geram.
“Tadi Mama yang tolong bawa I keluar
sebelum dia pergi kerja..” menjawab Karl kepada soalan sinis Erin.
“Betul ke tu.. takkan dari pagi
tersadai kat gazebo ni..” soal Erin keapda jawapan Karl mencurigakannya.
“Tak la.!. just now..I think
half an hour ago..Mama baru keluar” jawab Karl.
mengerutkan mukanya kerana masih
meragui dan sangsi dengan kata-kata Karl. Tetapi malas
hendak bertekak, nanti lambat pulak sampai ke klinik.
“Okey lah whatever.., sekarang
boleh jalan tak?..” Erin
menghulur tongkat kepada Karl. Tongkat yang tersadai disebelahnya.
“La.. tak faham-faham lah you ni..
tak boleh jalan sepenuhnya, jalan sikit-sikit aje..” jawab Karl yang berbaur fedup.
Dah mula lah tu.. nada suara sudah agak tinggi.
Namun tongkat
disambutnya, tetapi secara spontan meraih bahu Erin. Erin memandang ke arah
Karl hairan, betul ke dia ni masih tak boleh berjalan. Atau sengaja hendak
mengambil kesempatan!
Mahu tak mahu Erin membantunya
menuju ke kereta, dan menghantar Karl di tempat duduk sebelahnya.
Marlin, si pembantu rumah hanya
bersandar di dinding pintu masuk, menunggu tuan mudanya berlalu agar dia dapat
menutup semula pintu pagar.
Geram betul Erin, semalam dia bercadang hendak menyepak kaki Karl yang
sebelah lagi, biar kedua-dua belah kakinya cedera. Jika ini terjadi dah sah-sah
dia tak boleh berjalan, duduk aje di katil. Baru dia tahu dan hati Erin puas.
Tetapi setelah difikirkan balik, kalau macam tu, lagi teruk. Entah apa lagi yang
disuruhnya Erin buat, bukan setakat meminjam bahunya, entah pinjam apa lagi,
boleh percaya si Karl ni. Erin membatalkan
sahaja niat buruknya.
Di dalam kereta tiada bicara, cuma
sesekali memandang orang di sebelah dengan tarikan nafas panjang. Pandangan
Karl hanya ke hadapan, sebok mengemaskan kedudukannya agar dia duduk lebih
selesa. Radio tidak dibuka, fikiran Erin terserabut, especially dengan Karl di sebelahnya. Marah, geram bercampur-campur,
tetapi kasihan mengatasinya.
“Terima kasih kerana datang dan
bantu I, lain kali I bantu you pulak, I janji” lembut sahaja bicara Karl.
Kenalah lembut, kecuali kalau hendak
merasa kena tinggal di tepi jalan buatlah garang-garang.
“Hemm..” itu sahaja jawapan dari
Erin. Jawapan bunyi kumbang dengan dua harakat.
Karl mengerti Erin tidak mahu banyak
berbicara. Marahlah tu. Dihati Karl gembira, keras-keras kerak nasi perempuan
ni...
Lama senyap di dalam kereta, hanya
kedengaran angin dari penghawa dingin kereta dan helaan nafas, Karl dan Erin.
“My parent banyak tanya hal you..” Karl memulakan perbualan, yang
diharap mendapat response dari Erin yang sejak tadi hanya membisu.
“Tanya pasal apa?” Erin membulatkan matanya, hairan dengan kata-kata
Karl sebentar tadi dan memandang ke arah Karl kemudian pandangan kembali ke hadapan,
ke arah jalan. Takut nanti
bukan Karl sahaja yang masuk hospital, dengan Erin Erin sekali kena warded di hospital.
Perjalanan diteruskan, berjalan lancar, tanpa kesesakan lalu lintas. Erin cuma
risau di LDP yang selalu sesak waktu begini kerana ibu bapa sebok menjemput
anak-anak mereka untuk di bawa pulang dari sekolah.
”Entah, saja tanya kut! You
know what?.” jawapan yang tidak berupa jawapan sebenarnya dari Karl, malah
ada tanda soal yang lain.
“What?”
Erin memalingkan mukanya sekejap ke atas Karl
“You are the only girl
yang I bawa balik, that is why my parent
hendak tahu more about you” Karl
menjelaskan kenapa kedua ibu bapanya bertanyakan soal Erin.
“Encik Mikhail, I datang rumah you bukan sebab you hendak bawa I
jumpa parent you okey.. sebab I hantar you balik, and you know the reason why.. apa pulak dia orang nak tahu hal I?”
Erin hairan sambil mengerutkan mukanya.
“Entah, I pun tak tahu..” satu lagi jawapan yang tidak membantu dari
Karl.
Kemudian Karl hanya mendiamkan diri, tiada jawapan yang hendak
disampaikan kepada Erin.
Erin menekan pedal keretanya selaju yang boleh, selaju-laju dia
memandupun tidak pernah mencapai 120km sejam. Tetapi disebabkan Karl di sebelah
dicubanya maintain 120km sejam, lagi cepat sampai ke klinik lagi cepat selesai
tugasnya, kan bagus!.
Sampai di Klinik Mediviron, seperti biasa Erin meninggalkan Karl di
hadapan Klinik, tidak mahu dia berjalan jauh dan terus memandu keretanya masuk
ke Alamanda untuk memakirkan keretanya seperti biasa.
Terkejut Erin, dan berhenti sekejap apabila dari jauh dia melihat
Karl masih berada di luar setelah dia memakirkan keretanya di tingkat 1.
‘Apa lagi dia ni...!‘ kemudian meneruskan perjalanannya ke arah Karl
yang berdiri menunggunya.
“Apa pulaknya tak masuk
sendiri, kan dah boleh jalan sikit-sikit, tak kan nak kena papah lagi ni..,
err.. geramnya..!”
langkah perlahan di atur, pasti Karl perasan raut muka kurang senang Erin.
“Apa tak masuk dulu, register ke.. at least dapat nombor awal
sikit..” tegur Erin, tidak mahu Karl mengetahui rasa kurang senangnya.
“Saja nak tunggu you, tak boleh ke.. kita masuk sama-sama..” selamba
sahaja dia menjawab soalan Erin. Mengada-ngada aje si Karl ni.
Mereka masuk beriringan tanpa bicara. Pandai pulak tidak perlu bantuan,
hanya menggunakan sokongan tongkat.
Erin hanya duduk, membiarkan Karl membuat urusannya sendiri, sudah
membawanya ke sinipun sepatutnya dia mengucapkan seribu rahmat. Kunci kereta
masih di tangan dipusing-pusingnya. Karl sesekali menoleh ke arah Erin, Erin
buat-buat tidak nampak. Hari
ini klinik lengang, cepat sahaja nombor giliran Karl dipanggil. Karl membuat
isyarat meminta Erin masuk sekali dengan kepalanya. Erin mengeleng laju kepalanya dan membuat
muka tidak mahu. Erin didekatinya.
“Jomlah teman I, nanti doktor tu mesti tanya mana isteri you, apa I
nak jawab?” bicara Karl sambil tersenyum.
“Hah..!! “ Erin dengan muka terkejutnya, berkerut seribu, Erin ingat
dia lupa, rupanya Karl masih ingat insiden dua hari lalu..mampoos.
Tangan Erin ditariknya. Mahu tak
mahu Erin berdiri juga. Tidak mahu jururawat yang sudah bersengeh-sengeh di depan
kaunter melihat babak filem Hindustan di hadapan bilik doktor. Untuk
mengelakkan drama tarik menarik ditonton lebih lama lagi, Erin terpaksa menurut
sahaja.
Alamak doktor yang sama, doktor
Qaider .. alahai doktor, harap-harap tidak ada kejutan baru buat dirinya hari
ni.
Doktor menjelaskan setelah pemeriksaan dibuat “Progress of recovery is good, saya rasa
saya beri 2 hari lagi MC ..dan ubat yang sama to continue.., kalau kaki masih tak baik datang lagi on Saturday, okey..? “ katanya memberi
arahan kepada pesakit.
Karl menganguk sahaja, nampaknya lagi dua hari
cuti, dan lagi 2 harilah dia akan bosan keseorangan.
Erin membuat prosidur seperti yang telah
dilakukannya dua hari lalu. Cuma kali ni Karl berdiri di sebelahnya di kaunter
pembayaran dan pembayaran dibayarnya sendiri, tidak lagi membenarkan Erin
pandai-pandai mengkelebek walletnya. Tahu takut rahsia terbongkar kot!!
***
“Nak I hantar you balik ke atau macammana? Kalau I cadang pergi ofis
dan lepas ofis I hantar you balik boleh tak?” Tanya Erin, malas dia hendak
berpatah balik.
This time dia yang decide, tak perlu cadangan atau keputusan Karl,
karang ada sahaja idea bernas dia yang tidak masuk akal diajukan.
“Erm..boleh jugak.., good idea, I pun dah rindu compartment I tu..”
sambil ketawa kecil.
Nasib baik dia setuju pulak. Jika selalu beginikan bagus, tak banyak
argument, buat sakit tekak sahaja bertekak. Kereta dipandunya menuju ke pejabat
Info Harian.
Encik Lokman datang melawat Karl dan banyak nasihat yang diberikan
kepada Karl supaya sihat cepat. Banyak juga dia memuji Erin yang telah membantu
Karl. Sukalah Erin dipuji boss. Karl cebek muka bila tiap kali nama Erin
disebut oleh Boss. Erin buat tidak mendengar sahaja, duduk di mejanya. Dia
sendiri memang mendengar setiap butir yang keluar dari mulut Encik Lokman,
sengaja dia tak mahu terover pula nanti. Dia tidak tahu, pertolongan yang
dilakukannya bukannya dengan rela, tetapi terpaksa. Tak ikhlas namanya tu..
Seperti dijanjikan, selepas Erin
selesai segala tugas dan selepas Isyak baru Erin menghantar Karl pulang. Sengaja Erin menghantarnya pulang lewat, agar dia tidak meminta Erin
menghantarnya lagi di appointment lain. Pasti dia risau jika Erin akan pulang dari
rumahnya sendirian. Jika dia risau la..
Bab 11
Dua hari yang sunyi, sangat sunyi
Erin rasakan. Karl tidak menalifon mahupun menghantar pesanan ringkas. Apa
sudah jadi! Erin rasa seperti mengharap sesuatu pula. Mengharap kehadiran
seseorang yang bernama Mohd Mikhail Hamzah. Hendak dia mulakan, malu pula,
terukkah lagi kakinya? Di ofis Erin tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya, terutama apabila melihat meja jiran belakangnya yang kosong. Kathy
memerhatikan Erin sambil tersenyum simpul, mungkin perasan Erin seperti ayam
berak kapur.
“Hoi.. berangan ke?” terkejut Erin apabila
satu getah pemadam yang melantun dihadapannya, jatuh entah kemana. Kathy
membaling getah pemadam kepada Erin apabila dilihatnya Erin termenung. Patutlah
Kathy kerap meminta bekalan getah pemadam, getah pemadam sering menjadi senjata
baling membaling rupanya.
”ha..ha.. apa..apa..”Erin terkejut. Tidak menyedari dia diperhatikan rupanya.
“I tanya, berangan ke?..” ulang
Kathy kepada Erin yang masih termangu-mangu.
“Taklah..!” menutup malu kerana terkantoi.
“Iya la tu..kawan you bila masuk kerja?” Kathy menyambung soalannya.
“Entah.. tak tahu.., bukan Erin jaga
dia…?” jawab Erin sinis.
“Bukanke you...“ Kathy tidak
menghabiskan soalannya.
Kathy tahu benar, sebenarnya Erin
resah kerana kawannya.
Sebenarnya Erin pun tidak mengerti,
kenapa dia mesti berperasaan seperti ini, bila berjumpa ada sahaja benda yang
hendak dijadikan bahan bertengkar, bila tidak jumpa, teringat-ingat pula. Tidak
mengapa esok datanglah mamat tu..
***
Entah kenapa hari ini pagi-pagi lagi
Erin sudah sampai ke pejabat. Mimpi atau tersilap tengok jam, ingatkan sudah
jam 9 sedangkan baru jam 8. Extra early, tak pernah-pernah dibuatnya. Pandangan pertama, mata menala kearah meja
temannya di belakang. Meja tersebut masih kosong, yalah yang Erin sampai pejabat subuh shafie tu, apa hal, mestilah
mejanya masih kosong.
Kathy pun terkejut apabila melihat
Erin sudah tercogok di mejanya pagi ini, selalunya dialah orang pertama sampai
setiap hari. Dia terpaksa datang awal kerana terpaksa menghantar kedua-dua anak
perempuanya ke sekolah. Erin pula bukannya ada anak yang perlu dia keluar awal,
anak tekak adalah, yang datang awal pula pagi ini apa kes! Tersenyum sahaja si Kathy melihat Erin yang
tidak pernah-pernah datang awal, tetapi pagi ini dia pecah rekod.
Erin buat muka selamba, mengaleh
pandangannya ke skrin computer tanpa menoleh ke kiri mahupun ke kanan.
Mengetahui akan ditanya Kathy nanti tentang keujudannya extra awal pagi ini.
Tetapi mata masih tertoleh-toleh Erin ke belakang, apabila jam sudah 9.30 pagi,
tetapi bayang lelaki yang di tunggunya masih tidak muncul..
Berbagai soalan menerpa di
fikirannya. Kakinya bertambah teruk agaknya? Atau sakit kah dia? Jika hari ini
tiada apa-apa berita darinya, Erin nekat untuk menalifonnya untuk bertanyakan
khabar. Sekadar
bertanya khabar! Iya ke tu Erin? Dipandangnya sekeliling, teman-teman sepejabat
sebok memulakan tugas masing-masing. Sudah berapa kali Erin membuka emel,
manalah tahu ada apa-apa pesanan dari boss, atau ehem..dari si dia..
Erin cuba focus untuk memulakan kerja hari ini, jangan diikutkan
perasaan hatinya yang sedang berkecamuk dengan persoalan ketiadaan Karl.
Karl sepatutnya mula bertugas semula pagi ini, tetapi dia tidak
muncul. Apa telah terjadi kepadanya agaknya, soalan yang sama muncul di ruang
fikirannya bertalu-talu. Erin
teringatkan dia? Difikirannya kini, soalan apa sudah jadi dengan Karl yang
membuat dia tidak menalefonnya, Karl sihat ke atau tidak.. hanya Karl..Karl..dan Karl..
“Sayang…you tak rindu husband you ke?..” tiba-tiba suara berbisik singgah ditelinga Erin
yang sedang runsing. Tersentak Erin apabila terdengar bisikan Karl yang sungguh
romantik secara tiba-tiba. Karl hanya tertawa kecil dan meninggalkan Erin tanpa
menoleh menuju ketempatnya. Kerana terlalu runsing, Erin tidak sedar akan kehadiran
Karl. Erin agak terkejut tetapi lega. Lega dengan kemunculan orang yang
dinantinya. Muncul jua akhirnya dia..
Smart dia hari ini dengan seluar
slack hitam dan kemeja lengan pendek puteh berbelang hitam halus, nampak lain
sedikit penampilannya pagi ini. Jika berpakaian smart casual begitu Karl nampak
lebih elegan, tentu ramai perempuan di Info Harian cair jika Karl memakai suit
siap dengan tali leher agaknya. Hem.. tak dapat Erin bayangkan. Gaya model
lelaki..macho!
Erin menarik nafas lega, cara pakaian
Karl tidak penting, yang penting dia sudah sihat dan sudah ada di depan matanya
kini. Erin memerhatikan Karl yang sudah
tidak bertongkat lagi, duduk tersenyum ditempatnya yang hanya dibelakang tempat
Erin. Dalam hati Erin berkata “Welcome back Karl..”.
Erin melihat bajunya.. Ah.. macam
berjanji pula, dia dengan skirt hitam dan blouse puteh berbunga rose kecil
merah. Erin geleng kepala..oh no..mereka tidak berjanji untuk tubuhkan pasukan
boria, mahupun hendak memakai pakaian sedondon..please!
Sekarang tumpuan boleh diberi kepada
kerjanya.. lega, kerana dia sudah sihat rupanya. Erin tidak mengambil pusing ungkapan kata Karl tadi, dia tahu Karl hanya
bergurau dengannya. Cakaplah apa sahaja yang dia suka, Karl tidak bermaksud
dengan apa yang terkeluar dari mulutnya. Dia hanya suka menyakat.
Itulah detik permulaan
persahabatannya yang menjadi kawan rapat. Panjangnya pulak Erin mengimbau kesah
permulaan persahabatannya, jam ditelefon di beleknya. Sudah hampir jam 1 pagi.
Bawak-bawaklah tidur Erin. Esok sudah ada tugas baru, Erin kena jadi jam loceng
Karl pulak, jangan lupa!!. Tersenyum memikirkan. Tiga ayat QUL dan ayat
Qursi dibaca.
“Selamat Malam Karl” diucapkannya
perlahan lalu perlahan-lahan matanya layu dan terlena.
Bab 12
Karl terkejut dengan bunyi gegaran
telefon bimbitnya. Panggilan dimatikan, dia tahu siapa pemanggilnya dan tidak
perlu dijawab. Karl tahu, panggilan dari jam locengnya dari Putra Heights. Erin
juga faham apabila telefon dimatikan, menunjukkan bahawa Karl sudah terjaga,
kecuali jika dia tidur semula, kalau itu halnya, nasiblah Erin akan terlambat
hari ini ke pejabat.
Mama sudah lama ke pejabat. Erin juga sudah
siap sedia, hanya menunggu Karl, kalau kebiasaannya setengah jam lagi muncullah
si Karl didepan rumahnya. Sementara
menunggu Karl, Erin membaca Novel Rooftop Rant garapan Hlovate, di buaian besi
di porch. Yang pasti dia sudah menghidupkan alat penggera rumah dan mengunci
pintu serta grill pintu hadapan, siap dengan bermanga solex. Menurut mama, diwaktu 20 tahun yang lalu
jenayah tidaklah seteruk ini. Sekarang perlu berwaspada di tanah air sendiri,
entah mana silapnya yang membuatkan jenayah sudah berleluasan, cuma baik
sedikit dari keadaan di Afrika Selatan. Kini rakyat Malaysia takut tinggal di negara
sendiri. Terbalik kot, kerana orang luar sudah buat macam rumah sendiri, tuan
rumah pulak yang dalam ketakutan.
Tidak sampai beberapa muka surat bacaan, Erin
sudah nampak Karl. Karl muncul dengan motosikalnya. Segera bacaan dihentikan dan novel dimasukkan
ke dalam beg besarnya. Erin memang suka membaca novel melayu sejak akhir-akhir
ini. Dengan banyak membaca novel melayu,
sekurang-kurangnya dia boleh memperkayakan bahasa Malaysianya yang agak
berkarat dibandingkan dengan anak-anak lain yang mempunyai pengajian sepenuhnya
di Malaysia. Penguasaan bahasa Malaysianya agak terbatas berbanding dengan
bahasa Inggeris yang begitu fasih dan lancar.
Erin menyelangkan begnya dibadannya
dan merantai mangga pintu pagar. Tanpa banyak bicara Karl menghulur topi
keledar yang dikhas untuk penumpang, Dia masih berdiri menupang dengan kaki
motosikalnya. Dia memakai topi keledar yang menutup penuh mukanya. Ingat lagi
Erin, topi keledar itulah yang dipakainya sewaktu pertemuan pertama dulu.
Tangan kanan menghulur satu lagi topi keledar yang dan disambut oleh Erin terus
menyarongkannya dikepala. Erin menolak tangan Karl semasa Karl cuba membantu
Erin memasang tali topi keledar, bercadang hendak membantu apabila melihat Erin
terkial-kial memasangnya. Mata bertentang mata, tetapi tidak ada apa-apa reaksi
di antara mereka.
“Ala.. Erin, trust me..I bukan nak buat apa, nak tolong aje, tengok tu.. you
terhegeh-hegeh.. nak pasang topi keledarpun tak pandai-pandai” sambil ketawa
kecil dan tangannya beralih ke pemegang tangan motosikalnya, bukan dia hendak
mengambil kesempatanpun memegang anak dara orang, dia tahu batas-batas untuk
mengekalkan persahabatannya.
“I boleh buat sendiri, bukannya
susah…” balas Erin, tangannya terus memasang topi keleder sehingga selesai..,
okey dah.siappun” terus Erin duduk di seat belakang Karl.
“Ehem..“ terdengar orang berdehem.
Erin turun semula dari seat belakang.
“Eh..cikgu, cikgu dah duduk terus
ke?“ tanya Erin.
“Tak..cuti sekolah aje..“ jawab
cikgu Fauzi.
“Kawan ke?“ tanyanya yang ditujukan
kepada Karl.
“Ya, cikgu! Kawan Rin satu office. Karl ini,
cikgu Fauzi..” sambil Karl menyambut huluran tangan si cikgu.
“Cikgu, kami pergi dulu..” melompat semula di
seat belakang motosikal Karl.
“Tak pernah I nampak jiran you tu.. dah lama ke
dia tinggal sana?” Tanya Karl. Lain macam sahaja soalannya. Erin hanya dengar
dengan tidak kerana kepala sudah di sarung topi keledar.
“Dah lama dah, itu rumah dia beli.
Lebih kurang kita orang jugak.“ Jawab Erin.
“I rasa dia suka you lah?“ kata
Karl.
“Tak lah.. apalah you fikir ni Karl“
kata Erin.
“I rasa aje..“ jawab Karl kendur.
Cemburukah Karl? Bisik hati kecil
Erin. Ehh.. jangan perasanlah!
***
Perjalanan diteruskan menuju ke
pejabat Harian Info yang tidak sampaipun mengambil masa 10 minit perjalanan
dengan motosikal. Mereka perlu sampai sebelum jam 9.00 pagi, kini waktu baru
menunjukkan jam 8.15 pagi.
“Kita
pekena roti canai dulu nak?” tanya Karl.
“Boleh jugak sambut Erin
sambil menghulurkan topi keledar yang sudah dijinjingnya. Karl menjinjing
kedua-dua topi keledar menuju ke kantin.
Banyak lagi meja yang kosong kerana masih awal. Karl meletak
kedua-dua topi keledar di atas meja yang dipilih mereka, meja yang terletak di
satu sudut.
“You tunggu sini, I aje yang order..you nak apa?” apalah Karl sudah
tahu lagi mahu tanya,. roti canai la, dia juga yang beri cadangan tadi nak
pekena roti canai, apalah dia ni.
“Roti jantan.” soal Karl. Erin hanya
menganguk perlahan. Karl berjalan meninggalkan Erin
“Karl, I nak roti telur tau?” ulang Erin. Tadi
menganguk bila Karl sebut roti jantan. Karl menoleh apabila terdengar
permintaan Erin.
Karl angguk. Tadi sudah beritahu,
berapa kali hendak beritahu. Roti jantan dan roti telur tu samala..
Kemudian meneruskan tujuannya ke kaunter
roti canai. Kemudian dia beralih ke kaunter air minuman. Beberapa minit
kemudian Karl kembali ke meja dengan dulang yang berisi 2 gelas minuman,
sepiring roti canai kosong dan sepiring roti telur.
Roti canai Karl 2 keping, dan sekeping roti telur, tetapi roti telur
Erin nampak banyak. Sambil mencicah roti
canai bersama kuah dhal yang sudah sedikit merah oleh sambal tumis ikan bilis.
Sambal tumis ikan bilis atas dasar nama sahaja, sedangkan seekor ikan bilispun
tidak kelihatan. Yang ada kelihatan ialah bawang, sepatutnya nama sambal ini
ialah sambal bawang, bukan sambal ikan bilis.
Bagaimanappun kira sedaplah, samada ada ikan bilis atau tidak. Berselera
sekali mereka menjamu rezeki pertama mereka pagi ini. Erin menghirup air teh-o
dan Karl pula dengan milo icenya. Pagi-pagi sudah minum air batu.
“Rin.. I rasa cikgu tu suka kat you la..” hisy, persoalan ini lagi
yang di jadikan tajuk utama.
“Takkk...“ jawab Erin sepatah tetapi panjang.
“Mana you tahu? I tengok cara dia tengok I tadi
macam nak telan aje?“
“Mana dia tak telun tengok you. Sebagai jiran,
dia kena ambil tahu juga apa yang berlaku kepada jirannya. Dia nampak anak jiran dia naik
motosikal, dengan lelaki mana entah! Tentulah dia ambil tahu! Manalah tahu I naik motor mat rempit mana..“ kata Erin.
“I rupa Mat Rempit ke Rin?“ tanya
Karl terkejut.
“I bukan kata you Mat Rempit. I kata, macam mat
rempit…”
“Tak usah kesahlah hal cikgu tu. Seorang
cikgu, memang selalu mengambil berat keadaan sekeliling. Jiran yang macam tu
yang baik. Bukan jiran yang buat hal sendiri sahaja..“ kata Erin. Karl
terdiam.
Seperti memerli dirinya yang hanya
tahu beberapa kerat sahaja jirannya.
“Minggu ni jadi tak balik kampung
nenek you?” tanya Karl kepada Erin. Baik sahaja ubah tajuk yang lebih menarik.
“Mana… oh.. rumah wan, Jadi! Kenapa?”
dengan sedikit mulut yang penuh, belum sempat di kunyah halus roti telurnya,
Erin sudah menjawab soalan Karl.
“Ehem… jadi la.. you betul ke nak
ikut?” Erin seperti tidak percaya.
“Ye la! I pun dah lama tak pergi
sana.., yang you macam tak percaya tu kenapa?, itu pun kampung I jugak tau,
cuma I jarang balik, sebab tak ada siapa lagi kat sana..” jelas Karl sambil matanya
memandang Erin yang sedap menyuap roti telurnya.
“You nak bertolak jam berapa? Pergi
dengan I .. atau hem..macamamna?” Karl merencanakan
perjalanannya jika Erin setuju.
“I rasa kita naik kereta asing-asing lah ya.. senang nanti I nak
pergi Ocean Supermarket..” Erin memberi jawapan kepada soalan Karl. Karl
mengerut mukanya, apa ke bendanya Ocean Supermarket.
“Kenapa pulak nak kereta
asing… naik satu kereta aje la.. at least I ada teman berbual” Karl seakan
merayu Erin untuk bersetuju dengan rancangannya.
“Kalau I nak gi Ocean you boleh hantar ke?” telah Erin lagi.
Memang kegemaran Erin mesti singgah ke Ocean Supermarket setiap kali
balik kampung dirumah neneknya, entah apa yang hendak dicarinya disupermarket
yang sederhana besar ini. Sedangkan di KL ini apa yang tak ada, semua ada,
tetapi diOcean juga yang dia hendak cari barang.
Mama Suzie memang mengetahui rancangan Erin untuk pulang ke kampung
hujung minggu ini dengan Mikhail, tetapi ini tidak diketahui oleh Tok Pa dan
Wan Jie, datuk dan nenek Erin. Mikhail hanya akan meninggalkan Erin dirumah
datuk dan neneknya, manakala dia akan terus ke rumah peninggalan moyangnya dikampung
yang sama. Fikir punya
fikir, akhirnya Erin bersetuju dengan rancangan Karl. Perancangan diatur. Tidak
disangka, rupanya Uncle Hamzah satu kampung dengan Erin. Itu pun secara tidak
sengaja, diketahui semasa perbualan singkat antara Karl dan Erin tempoh hari.
Selesai sarapan mereka menghayun
langkah menuju ke pejabat. Perut sudah kenyang, kalau malas juga hendak mula
bekerja tu tak tahulah apa yang hendak dikata.
No comments:
Post a Comment