Juga cerita asal adalah Menghitung Bintang, kini tajuk baru Indahnya Takdir
Satu lagi, nampaknya pembaca kena marathon membaca...enjoy!!
BAB 1
BAB 1
Erin mengigit hujung pen berwarna merah, mukanya berkerut dan matanya
sesekali terkelip-kelip lagak seperti seorang ahli politik yang sedang
memikirkan masalah negara, berat sungguh masalah itu nampak gayanya. Erin mencoretkan sesuatu di atas
sehelai kertas yang sudah sarat dengan lakaran dan penuh dengan contengan
berdakwat merah. Sesekali tangan ditupangnya ke dagu, mata juga kerap melihat ke
atas, memandang jauh, entah ke planet mana dia singgah. Entah-entah dia sudah
sampai di Planet Zuhal, planet yang ada relung gas, seperti cincin itu. Eh!
Merapulah kau Erin, hidupan apa yang boleh hidup di planet yang banyak gas
tu? Ditepuk kepalanya apabila dia
menyedari yang dia jauh mengelamun.
Kemudian pemandangan mata matanya singgah
ke arah dinding pula, di mana tersangkutnya sebuah jam berbentuk bulat, jam dinding
yang sentiasa setia menjalankan tugasnya. Langkah jarum panjang dan pendek
berganjak serentak mengikut detik, senada.
“Tik.tik..tik..“ Sama iramanya dengan degupan jantung dan juga
helaan nafas Erin yang turun naik. Erin menghela dan melepaskan nafasnya
panjang.
“Betul ke ayat ni.. ha.. emmm…
Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan…oh tak..tak.. tak boleh guna ayat
menjelaskan, apa yang hendak dijelaskan lagi? Macammana kalau ditulis memaklumkan..
emmm..tak betul jugak…nak maklumkan apa pulak? Ishy..” Erin berbicara
sendirian.
Tangan kiri singgah pula ke kepalanya.
Tangan kanan menggoyang-goyangkan pen merah yang masih dipegang. Memang itulah
gayanya dia, bercakap sendirian sudah menjadi perkara biasa. Dia bukan tidak
waras atau kurang siuman, tetapi professionnya kadangkala menjadikan dirinya
seperti perempuan yang skru longgar di kepala atau sudah mereng. Itulah..Erin sangat serious di dalam menjalankan tugasnya.. serious
yang teramat-amat serious, no doubt about
it.
Tersedar Erin, dia harus membetulkan
ayat-ayat kepada laporan akhbar yang akan bersiaran esok. Laporan akhbar ini
perlu disiarkan secepat mungkin untuk menjelaskan kepada orang ramai dan
masyarakat luar serta masyarakat global dengan apa yang sebenarnya
berlaku. Laporannya mesti tepat dan
padat. Hasil dari temuramahnya dengan YB Dato’ Irfan Jamadi, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri petang tadi ke atas insiden yang mengemparkan negara pagi ini,
di mana seorang awam yang mengamuk menemui ajalnya. Dikatakan terkena peluru
sesat dari senjata kepunyaan salah seorang anggota polis yang bertugas ketika
itu. Nanya sungguh si polis.
Cerita sebenar harus diberitahu
kepada semua, supaya tidak timbul spekulasi yang boleh mengancam keselamatan
orang ramai dan juga berkemungkinan akan menjejaskan imej negara dimata dunia. Kepada
masyarakat global, penjelasan perlu diberi agar mereka tidak menjadikan tragedy
ini untuk memburuk-burukkan kesah politik negara, kerana ini akan menjejaskan
ekonomi negara. Cukuplah hanya satu nyawa sahaja yang terbang, tidak mahu
banyak lagi nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kenapa perlu digembar-gemburkan
perkara yang tidak sepatutnya. Sebenarnya, kematian lelaki itu adalah
kemalangan, accident, namapun accident, macammana hendak diterangkan
lagi. Tetapi yang paling tepat ialah, lelaki itu sudah sampai ajalnya, hanya
penyebabnya ialah ditembak. Jika tidak ditembak, lelaki itu akan menemui
ajalnya juga tetapi mungkin penyebabnya berlainan. Disebabkan satu nyawa
melayang, seluruh dunia kecoh, terutama
kepada yang suka menimbulkan spekulasi.
Yang mati beratus-ratus orang sehari
disebabkan kebuluran,
Yang mati beratus-ratus orang disebabkan
HIV Aids,
Yang mati beratus-ratus orang
disebabkan malapetaka,
Yang mati disebabkan peperangan tidak pula dipandang penting!!
Dunia..dunia.. inilah yang dikatakan
dunia. Membebel
tak tentu hala pulak Cik Erin oii. Kerja yang di atas meja tidak selesai lagi,
yang fikir kesah dunia global pula tu kenapa? Fikirlah kesah dunia sendiri
dulu, kecuali jika sudah bersedia untuk balik lewat lagi malam ini, hissy.. tak
mahulah!
Cepat-cepat Erin kembali ke dunianya. Dia sedang berhempas pulas menyiapkan
artikel. Itu adalah lebih baik dari memikirkan hal semasa di dunia luar. Bukan
dia hanya mahu hidup di dalam kepongpongnya, tetapi untuk malam ini dia rela
berada didalam kepongpong bilik cubicalnya.
Itulah tugas pemberita seperti Erin, yang sebenarnya memberi penjelasan
agar masyarakat lebih faham hakikat apa yang sebenarnya berlaku.
Catitan diteruskan lagi, Erin masih terus menconteng, ada seperti
lakaran bulat, ada seperti tanda anak panah yang menunjuk ke atas dan ada juga
anak panah yang menunjukkan arah ke bawah.
Hanya Erin yang faham lakaran-lakaran ini. Dia juga memperbaiki ejaan
yang ada tersalah taip jika ada. Menaip
dengan dua jari, tetapi laju. Kadang-kadang tu tersalah tekan juga, jari
runcingnya tersasar, minta abjad D, yang keluar abjad E.
Helaian kertas yang berconteng itu sudah deraf yang kedua, tetapi
masih lagi kurang memuaskan, seperti ayat-ayat yang digunakan masih belum boleh
sepenuhnya menyakinkan pembaca mengenai cerita sebenar. Jika di dalam bahasa
Inggeris Erin sudah ada ayat di kepala, tetapi ini di dalam Bahasa Malaysia. Pening..
Pening.. namun itu tidak mematahkan semangatnya, ini bukan artikel pertamanya,
sudah berpuluh-puluh artikel mencatitkan namanya di halaman akhbar, cuma
kelainannya, isu ini agak sensitive.. itu sahaja.
Lantaran dari itu, setiap perkataan yang digunakan harus
berhati-hati, ditakuti ayat yang tersiar akan dimanipulasikan oleh orang-orang
yang tidak bertanggungjawab! Chiss.. memang ramai orang yang sebegini di luar
sana, suka lihat orang susah, atau suka menyusahkan orang.. Menunggu peluang
sahaja hendak menjatuhkan orang!
Pandangannya beralih ke tempat duduk sebelah workstationnya, Katrina,
teman sama profession, pemberita di surat khabar harian “Info Harian”. Tersenyum Erin melihat temannya, juga sepertinya,
sedang memicit dahi, pastinya sedang memikirkan ayat-ayat power dan tepat untuk
rencana yang akan disiarkan esok. Katrina punya kes lain pula, kes bas pesiaran
terbabas dan meragut 15 nyawa. Ini lagi
tragik.. ish..ish.. ish.. macam-macam. Mala mini asyik menyiarkan kesah
kemalangan jiwa sahaja. Sana sini memberitahu jumlah mangsa yang sudah kembali
bertemu Pencipta.
Berita yang disediakan harus
disiapkan malam ini juga. rrtikel perlu dicetak. Date line hanya tinggal 4 jam sahaja
lagi, untuk dihantar kepada Penyunting dan seterusnya untuk pencetakan. Suratkhabar
Info Harian perlu diedarkan subuh-subuh nanti kepada pembekal, untuk diedarkan
kepada orang awam.
Kini baru Erin mengerti, bukan mudah
rupanya tugas seorang wartawan, perlu menyampaikan berita dengan tepat agar
tidak disalahertikan oleh pembaca diluar sana yang kebanyakannya percaya
bulat-bulat dengan apa yang tercatat di muka surat akhbar. Tetapi ada juga yang
suka memutarbelitkan cerita agar masyarakat berpecah belah.
Itulah, lain kali jangan terpengaruh
sangat dengan filem-filem yang ditonton. Di dalam filem, profession sebagai
pemberita di cerminkan sebagai satu profession yang intesting, bebas dan
happening. Bukan asyik duduk memanaskan kerusi di pejabat.
Sungguhpun, memang tidak sempat
memanaskan kerusi di pejabat. Malah, terlompat-lompat hendak menghabiskan laporan.
Rupanya, profession ini lebih mencabar.
Pandangan beralih pula ke bilik
boss, Encik Lokman Idrus. Bilik berdinding
kaca yang nampak jelas, wajahnya berkerut-kerut
membaca sesuatu dari skrin komputer. Sekejap merapatkan kepalanya dekat ke
skrin komputer di hadapannya, sekejap menjauhkan kepalanya dari skrin. Adakalanya
dia membuka kaca matanya, dan mengurut lembut mata yang sudah letih akibat lama
melihat skrin agaknya. Nampaknya akan tebal lagi kanta kaca mata boss. Mungkin
dia juga sedang membaca keratan-keratan akhbar yang sudah diluluskan oleh
penyunting sebelum diberi kepada stage terakhir, iaitu pencetakan.
Dalam sebok-sebok menyiapkan artikel,
sempat pula Erin melihat keadaan sekeliling. Dilihatnya semua yang ada di dalam
bilik itu, sama sahaja sepertinya, tekun menyiapkan artikel sebelum waktu yang
telah ditetapkan.
“Good Luck everyone, and
good luck to me too” bisik hati kecilnya
Erin menelek semula kepada kerjanya, sudah berkali-kali dia
memberitahu hatinya jangan peduli hal orang lain, kerjanya sendiri juga perlu
disiapkan sebelum waktunya, kalau tidak nanti masak dia dileter oleh Encik
Lokman. Sebelum kena leter baik disiapkan segera. Namun masih juga hendak
menyebok hal orang lain.
Okey.. okey, sekarang tumpukan seratus peratus kepada kerja yang
terbengkalai, fullstop.
Erin perlu menghasil kerja yang tip-top tidak mahu kewibawaan dan
kepercayaan yang telah diberi kepadanya kini, akan dipertikaikan oleh boss kelak. Tambahan pula Erin merasakan boss suka cara
dia pekerja, menaruh harapan penuh kepada hasil kerjanya walaupun dia baru 4
bulan bekerja di sini. Encik Lokman telah memberi tugas yang agak besar kepadanya.
Tugas yang tidak sepatutnya diberikan kepada wartawan yang belumpun kering cap
jari.
Cewah!! Perasan pulak! Hemm..hemm..gasaklah!
Erin pernah diminta menemuramah
beberapa orang pegawai atasan Kerajaan. Bukan calang-calang pegawai atasan,
mereka ini pegawai yang menjadi tunggak pemerintahan kerajaan sekarang. Entahkan
betul boss suka atau hanya Erin yang perasan sendiri, tak tahulah tu. Tetapi
Erin sudah membuktikan yang dia dapat melaksanakan setiap tugasan yang diberi dengan
baik. Habis! Dah tak ada orang yang sudi memujinya, jadi terpaksalah memuji
diri sendiri. Erin senyum, sekurang-kurangnya hilang sedikit stress di
kepala.
Skrin komputer direnungnya lagi,
jari menekan-nekan kekunci mengikut contengan kertas. Membaiki ayat-ayat mengikut contengan kertas
di hadapannya. Kadangkala menekan lama, kadangkala menekan laju, yang pasti apa
yang taip muncul abjad-abjad seperti yang diarahkan oleh jarinya. Pastikan tekan
D, yang keluar adalah huruf D bukan E pula. Hendak disalahkan jari atau papan
kekunci.. Erin..Erin.. sendiri yang tidak berhati-hati sebenarnya, cukuplah
janganlah benda-benda itu dipersalahkan.
Jika tadi tangan Katrina di dahi,
kini tangan Erin pula di dahinya, tekun menyemak apa yang telah diedit.
Dibacanya berulang ulang kali untuk memastikan maklumat yang hendak disampaikan
difahami dan ringkas. Kalau dia sendiri yang membacapun tidak faham apa yang
hendak disampaikan, inikan pula pembaca!
Jangan menjela-jela tetapi tidak
difahami pembaca. Jangan pula
kontot tetapi tidak ada makna. Yang paling penting, jangan
pula nanti disalahtafsirkan. Yakni ayat yang tidak jelas, ayat yang
tergantung-gantung. Ayat yang meminta pembaca memikirkannya sendiri. Ini akan
memberi peluang si pembaca membuat andaian. Jika ini berlaku, pastinya bom atom
akan meletup di pejabat. Silap-silap
haribulan, kena saman atau kena dakwa ke mahkamah. Di zaman serba moden ini,
orang mengambil jalan mudah, jika silap mengeluarkan maklumat, jawabnya jumpa
nanti di mahkamah. Tuntutan mereka bukannya sedikit, main juta-juta sahaja,
boleh membuat syarikat sebesar Info Harian ini gulung tikar. Lagilah parah nanti. Erin tidak mahu itu
berlaku, di sini tempat dia cari makan, jika sudah gulung tikar, dia kena
mencari tempat lain pula, ishy tak mahulah!
Erin menarik nafas lega, panjang
nafas yang dihelanya dan dilepaskannya perlahan. Rasanya dia sudah buat yang terbaik dan
berpuas hati dengan hasil tulisan untuk laporannya malam ini, harap-harap
penyunting pun tidak akan banyak menokok tambah.
Tersenyum Erin, puas, sambil menekan
butang kekunci sekali sahaja. Tidak lama kemudian, terkeluar beberapa keping
kertas yang sudah dicetak. Erin membaca sekali lagi sehingga ianya benar-benar
pasti apa yang hendak disampaikannya. Manalah tahu, masih ada typo error yang dia tidak perasan. Bila sudah malam, matapun sudah
letih dan pandangan ke skrin komputerpun sudah kelabu. Perkara begini memang selalu
terjadi, disebabkan tersilap taip, sudah menjadi makna lain pula, umpamanya hendak menaip “ketika” yang ditaip
“ketiak” kan haru jadinya.
“Kathy, article Rin dah siap..” memberitahu Katrina yang dia sudah
selesai stage pertama.
Katrina berpaling “aku belum lagi
la.. nanti kau tolong aku boleh?, hari ini aku bingong sikit la..” kemudian
mengalihkan semula tumpuan kepada kerjanya yang belum selesai.
Memang jelas boleh dilihat Katrina agak tidak focus malam ini. Kaca
matanya yang hampir melurut dari hidung dibiarkannya melurut perlahan. Tinggal
beberapa centimetre sahaja lagi untuk melurut jatuh. Baru Erin hendak menegur
mengenai kacamatanya, terus ditolak ke atas batang hidungnya semula, tinggi,
tempat yang sepatutnya kacamata itu berada.
Tersenyum Erin melihat telatah Kathy, wartawan senior dan banyak
membantu Erin mengenal erti sebenar untuk mejadi seorang wartawan yang versatile
dan berwibawa.
“Tengoklah nanti, Rin belum tahu lagi Rin punya, Editor terima ke
tidak, Kathy tahu ajelah Puan Melly tu.. cerewet nak mam..pus..” sambil menutup
mulutnya sedikit dan memandang kekiri dan kekanan, menyedari terlepas cakap,
manalah tahu ada manusia-manusia yang tidak sepatutnya berada disitu akan
menyampaikan kepada Puan Melly apa yang telah terkeluar dari mulut celupar Erin
sebentar tadi, matilah dia.. itulah lain
kali “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”, jangan main
cakap aje. Itu sebablah terciptanya peribahasa ini. Zaman sekarang ini,
dindingpun boleh bercakap tau?
“Ehh..sepuluh minit lagi pukul tujuh la.., Kathy dah Asar, hey..Rin
nak hantar ni dan pergi Asar kejap.... kalau ada orang cari Rin, Kathy tahu Rin kat
mana.. ya!..” menyedari yang dia belum bersolat Asar selepas memandang jam yang
tersangkut setia di dinding.
Bingkas bangun, dengan tangan kiri
memegang helaian kertas yang telah disimpan ke dalam sebuah folder berwarna
puteh, kemudian tangan kanan mencapai beg dari dalam laci mejanya. Beg yang
agak besar, di mana segala macam keperluan ada di dalamnya, terutama keperluan bagi
seorang perempuan.
Beg disandangkan ke bahu. Langkah
dihayun laju, berlalu meninggalkan Katrina. Katrina tidak menolehpun, kerana
dia sedang berhempas pulas menyiapkan laporan akhbarnya, sesekali tumpuannya juga
ke arah jam dinding. Tumpuan padu perlu diberikan kepada artikel, nanti takut terkeluar
dari tajuk, susah pulak jadinya, tambah satu lagi bala. Inilah dunia
kewartawanan, tidak glamour seperti yang diharapkan. Namun profesion ini tetap
menjadi pilihan Erin, profesion yang sesuai bagi diri seorang gadis yang lincah
dan bertenaga. Profession yang sentiasa memerlukan dia bergerak mencari berita.
Itulah jiwa seorang pemberita baru bernama Renee Jasmin Razali.
BAB 2
Rumah di
Putra Heights
“Ishy.. kenapa tak balik-balik lagi budak ni?,
kalau balik lambatpun beritahulah?‘ Suzilah mengomel sendiri di depan pintu.
Sudah berpuluh kali dia tersadai di depan pintu, mengharap agar anak tunggalnya
muncul. Tetapi harapan tinggal harapan. Dia mengerti tugas si anak yang bekerja
tidak tentu masa. Tetapi sekurang-kurangnya, maklumkan kepadanya apa yang
terjadi, agar senang sedikit risau di hati seorang ibu.
Dari matahari terang, sudah menjadi
senja, dan sekarang sudah gelappun. Suzi mendongak ke langit, matahari sudah
tidak nampak, yang ada hanyalah bulan.
Suzilah menarik nafasnya panjang.
Hendak dia yang menalifon, takut pula si anak sebok. Habis tu, terpaksalah
bersabar dengan harapan si anak akan menghubunginya.
Itulah.. yang tinggal hanya harapan.
“Assalamulaikum kak..buat apa tu..“ terdengar
suara si jiran sebelah. Jiran, seorang guru bujang trang tang tang. Suzi
senyum, sudah biasa dengan teguran begitu.
“Eh! Cikgu..minggu ni ada di rumah ni ke? Cuti
sekolah dah start ke?“ tanya Suzi. Lega juga dia dapat bercakap dengan
seseorang. Dari bercakap sendirian, sekurang-kurangnya kehadiran Cikgu Fauzi
membuat hilang sedikit runsingnya.
Cikgu Fauzi yang hanya muncul sesekali sahaja
di rumahnya. Hanya muncul sama ada di waktu hujung minggu atau di waktu cuti
sekolah. Alasannya,
kerana sebagai seorang guru disiplin, dia harus sentiasa berada di kawasan
sekolah. Akibatnya dia tinggal di kuarters sekolah. Rumah yang di hiasnya
cantik, hanya ibarat istana hinggap. Berpenghuni jika perlu sahaja.
Untunglah sesiapa yang menjadi
isteri si Fauzi. Rumah sudah ada, kereta jenama bagus dan tentunya
pendapatannya sebagai seorang guru senior sudah stabil. Menjamin masa depan.
Eh! Ke situ pula Suzi berfikir. Hilang sekejap hal Erin dari kepalanya.
“Ha ah, Kak! Dah cuti penggal. Ini yang saya duk kemas rumah ni..
esok kakak saya nak datang dengan anak-anaknya...cuti sekolah..“ katanya. Suzi
hanya angguk.
“Akak tunggu Erin ke? dalam
gelap-gelap ni..?“ tanyanya lagi.
“Yalah, siapa lagi..“ kata Suzi sambil tersenyum. Hendak tunggu siapa
lagi jika tidak si anak yang tidak teringatkan ibunya.
“Eh! Hujung minggu ni ada gotong royong sebelum
ramadan, Pozi tahu tak?” Tanya Suzi.
Dia hanya tersengeh, hendak mengelatlah tu! Memang
part gotong royong ni, orang hendak lari..faham-faham ajelah. Suzi tidak mahu
bertanya lagi, kerana sudah tahu jawapannya. Yang penting dia akan bekerja sama
menyediakan makanan bersama wanita-wanita lain dan akan di edarkan di surau
nanti.
Tiba-tiba laungan lagu dari telefon
Suzi kedengaran.
“Akak masuk dululah Fozi.. siapa pula yang call
akak time time ni..?“ kata Suzi.
Tadi bukan main lagi mengharap agar telefon
berdering. Bila sudah berdering,
lain pula ceritanya.
“Hello..”
Suzi senyum. Orang yang ditunggu rupanya yang memanggil.
****
Kembali
ke Info Harian
Selesai menunaikan solat asar, Erin membaringkan
diri kerana ingin menunaikan maghrib terus, sudah alang-alang berada di surau,
elok rasanya mengambil peluang melurus-luruskan pinggang. Diperhatikan sudah ada
beberapa rakan sejawat dari department lain, dia kenal muka-muka yang ada,
tetapi maaf nama nama mereka tidak semua yang Erin ketahui. Mereka juga kelihatan
sedang merehatkan diri masing-masing. Ada yang bersandar di dinding dengan
melunjurkan kaki, ada yang berbaring dengan telekung masih di badan, ada yang
mengaji Al-Quran, perlahan hanya didengar hanya untuk diri mereka sendiri.
Tetapi yang ramai, ialah yang bergelempangan dan melelapkan mata. Mungkin juga mereka-mereka ini memasang niat
yang sama, ingin menunggu sehingga waktu maghrib, kerana hanya tinggal 20 minit
sahaja lagi untuk masuk waktu.
Teringat Erin mamanya, niat hendak
meluruskan pinggang dan berbaring ditunda sekejap, terus menarik beg yang tersandar
di tepi dinding. Tangannya menyeluk ke dalam beg untuk mengambil telefon
bimbit. Telefon dikeluarkan dan jari telunjuk menari-nari di atas skrin kecil, mencari-cari
nama mama dan terus menekannya untuk membuat panggilan. Telefon dilekapkan ketelinga
kerana hanya deringan yang diterima, lama Erin menunggu namun tidak dijawab. Kemana pula orang tua ini?
Terdengar suara mama di hujung talian. Erin lega, panggilannya terjawab
juga akhirnya.
“Ma..ma.. Erin balik lewat sikit malam ni, ada
keja sikit…ma jangan risau okey..” terus straight to the point, tanpa salam
mahupun hello.
“Ehmm..hati-hati balik nanti dah malam ni..” ringkas sahaja nasihat
mama.
Hendak nasihat panjang panjang bagaimana pula, dia ketahui anak
perempuannya sudah dewasa dan perlu belajar tentang hidup dan belajar
berdikari. Sampai bila hendak duduk di bawah ketiaknya? Tambahan dia tahu Erin
sedang bertugas, bukannya merewang tidak tentu hala atau ke tempat yang
merbahaya. Dia juga faham, tugas anaknya yang tidak tentu masa, demi untuk
mencari pengalaman dan rezeki. Biarkanlah dia belajar tentang hidup.
”Isyallah ma., Erin dalam surau ni..bye.” mengerti ada mata yang
menjeling ke arahnya. Perbualan
singkat Erin membuat beberapa orang yang berada di dalam surau kurang senang
kerana mengganggu rehat mereka. Erin buat tidak tahu sahaja, bukannya berborak
sakan, tak sampaipun seminit perbualan.
Selesai maghrib, dia kembali ke workstationnya
semula, dengan harapan Puan Melly akan memanggil sekiranya ada perubahan yang
perlu dibuat ke atas hasil kerjanya hari ini. Beg di masukkan semula ke dalam
laci. Belum sempat duduk, dilihat ada sehelai kertas nota postage melekat warna
kuning empat segi kecil di atas meja, Nota dibaca. Kathy tidak kelihatan di mejanya,
dia entah kemana? Mungkin juga selisih di surau tadi, Erin tidak perasan. Malam
ini cuma Erin dan Kathy sahaja bertugas. Wartawan lain sudah menyelesaikan
article mereka dan sudah lama pulang mengikut waktu yang sepatutnya.
Satu kumpulan wartawan pula bercuti
kerana bertugas mencari berita kesah awang hitam, Mat Afrika di Puchong. Mereka
bertugas sepanjang malam sehingga subuh pagi. Bila bertugas sepanjang malam,
akan dapat cuti keesokkan harinya.
Coretan di atas kertas kuning di baca,
coretan berbunyi;
“Buah hati call tadi,
nanti dia call balik – t.t Kathy”
Tersenyum Erin membacanya, buah
hatilah sangat!
Erin tahu siapa yang Katrina maksudkan
buah hatinya. Buah hatikan apa? Buah kelapa adalah kut! Lelaki bernama Mohd Mikhail
Hamzah, panggilan pendek Karl, pemberita cum jurugambar yang seringkali di tugaskan
bersamanya, lelaki kacukan cina di sebelah ibunya, sekali pandang ada juga
seperti mat salleh, atau mata Erin yang tak boleh diharap sangat. Sekejap
nampak seperti kacukan Cina, sekejap nampak kacukan orang puteh.. ni yang mana satu! Tapi semua itu tidak penting, dia berdarah
kacukan Cina ke.. kacukan orang puteh ke.. kacukan afrika ke.. yang penting
bagi Erin ialah Karl adalah rakan sekerjanya dan juga merupakan sahabat baiknya
kini.
Inilah manusia bila nampak selalu bersama, cepat sangat mengecop
sebagai couple. Sedangkan hakikat
sebenarnya berdua kehulu kehilir adalah kerana tugas semata-mata, tidak lebih
dari itu. Mana dia orang tahu, tapi kalau Mikhail hendak steady dengannya pun apa salahnya, dia handsome apa? Kurus. tinggi, puteh, bergaya, gentleman, bak kata
orang, apa yang seseorang gadis tu hendak pada seorang lelaki, ada pada lelaki
ini, Ops.. Erin.. cukup-cukup tu, jangan puji lebih-lebih.. sebab ada TETAPInya…cuma
erm.. cuma perangai cepat marah, kepala angin, degil dan keras kepala dia tu… yang kureeng.. boleh
ke cukup dengan penampilan yang segak tetapi makan hati dengan barannya. Salammm sikit! Patutlah ramai perempuan yang
tidak tahan dengan kerenah dia, termasuklah Erin.
Tetapi itu dulu, sekarang ini dia
sudah sedikit berubah, sedikit aje, mungkin dalam 10% gitu. Berubah sejak selalu kena sapu oleh
Erin yang boleh tahan juga terror menyapu orang. Apa?
dia ingat dia sahaja yang tahu marah-marah, orang lain tak tahu marah!.. sorry brother.. salah orang.
Tambahan pula setakat ini hanya Erin sahaja yang boleh ngam
dengannya, Erin pun tiada kawan, jadi mahu tak mahu terpaksa juga berkawan
dengan mamat aneh ni. Yelah.. di department ini bukan tiada rakan sekerja yang
lain, tetapi rakan sekerja yang lain ialah kakak-kakak yang sudah berumahtangga
dan sudah beranak pinak atau abang-abang yang sudah terlebih miang, jadi mamat
ni ajelah yang kira okey sikit, 2 tahun lebih tua dari Erin. suka tak suka,
kena suka, akhirnya terpaksalah rembat dia ni sebagai kawan. Erin bermonolog sendiri.
Lamunan Erin terhenti oleh deringan telefon
di atas meja. Dia sudah dapat mengangak penggilan dari siapa. Telefon dijawab
segera sebelum kena leter free, dah tahu mamat ni tak suka menunggu, satu lagi
sifat buruknya, Kurang Sabar. Tahulah dia sedang bercuti hari ini, kerana
bertugas sampai jam 3 pagi semalam mengikut pemberita senior membuat liputan
serbuan mat-mat Afrika yang digelar Awang Hitam di Puchong tu... Tak tahulah
macammana abang-abang boleh handle mamat seorang ni, tapi dia, jika dengan geng
lelaki, dia nampak okey sahaja, siap bertepuk bertampar lagi...
“Ehem…...you call I tadi
ya?” Erin membetulkan suaranya dahulu dengan berdehem dan tanpa memberi salam, menjawab
panggilan tanpa mendengar suara pemanggil, confident
betul ianya panggilan Karl. Sambil menelan air liur, manalah tahu mamat di hujung
talian naik angin kus-kusnya, kerana Erin tidak berada di tempatnya semasa dia
menalifon tadi.
“Ya la!..I call you tadi.. you pergi mana?” dengan nada sedikit
menengking, jika tone begini sudah boleh dikira okey anginnya, bukan angin
kus-kus, cuma angin sepoi-sepoi bahasa, tapi berangin jugak. Rasa hendak
diletakkan sahaja telefon tersebut, malas nak melayan lelaki yang berangin,
seperti perempuan yang sedang PMS aje lagaknya. Tetapi jika diletak, mahu nanti
jadi lain pulak, lagi susah.
Cepat Erin menjawab “I pergi surau…kenapa?, you nak apa call I, kan
you cuti, duduk diam ajelah kat rumah? yang sebok ganggu orang kerja buat apa?”
2 soalan sekali gus Erin bertanya juga
dengan suara juga agak tinggi.
“Hemm..buat apa pergi surau?” Karl segera bertanya lagi, kali ini suaranya
sedikit kendur. Eh.. eh... si Karl ni, macam tak
percaya pulak soalan dia..
“Haa!! buat apa pergi surau?
hem.. nanti kau!” Erin
mengulangi pertanyaan Karl perlahan. Memang nak kena
mamat ni..tanya buat apa pergi surau.. logic ke tidak logic soalannya..
“I pergi surau beli sayur” jawab
Erin bersahaja.
Tidak sabar rasanya dia hendak
mendengar jawapan dari Karl. Terutama
apabila terdengar si lelaki dihujung talian tertawa. Pandai pula dia tertawa
bila mendapat jawapan yang patut diberi markah penuh kepada soalan bodoh Karl.
“Rin.. Rin.. kalau nak bergurau tu
biar betul!” Karl masih tertawa dengan jawapan Erin.
“Habis! Soalan you tu baik betul. Adake tanya pergi surau buat apa?”
bebel Erin.
“Okeylah macam ni, kalau you pergi surau you buat apa? of course
pergi solat, takkan tido pulak !..” angin satu badan Erin dibuatnya dengan
soalan yang diluar jangka.
Terdengar suara Karl menyambung tertawanya, mungkin baru perasan
soalan bodoh, nasiblah dia dapat jawapan bodoh..
“Manalah tahu, lama sangat, tido la tu..kan dah tertangkap kantoi!” macam-macam tahu aje Erin tidur. Bukan
tidur lenapun, tidur-tidur ayam aje.
“Mana ada!” pantas Erin menepis sangkaan Karl yang separuh tepat.
Part yang tidur tu,
memang dia baring di surau, tapi tak sempat lenapun.
“Oookey! tidur-tidur ayam aje..” Lagi pun mama selalu pesan, jangan tidur
waktu asar nanti boleh dapat penyakit gila.. hei.. seram..
”Karl… I solat asar terus maghrib la..,”lembut sahaja jawapannya
untuk menyakinkan Karl.
“Yang you ni pandai-pandai tuduh
orang tido .... berdosa tau! dapat dosa kering aje.. Yang you tanya orang, you dah solat maghrib ke
belum tu?” Erin menyambung bicara.
“Ehem..belum” jawab Karl perlahan seakan-akan malu diingatkan Rin
tentang amalan yang sepatutnya dia sendiri tahu, tak perlu diingatkan oleh
sesiapa.
“Ha.. buat-buat pergi maghrib
dulu, waktu dah nak habis ni..lepas tu baru call I semula, I lambat balik hari
ini. Puan Mel belum beri balik article I untuk edit..” selembut-lembut yang
boleh agar Karl segera ke surau menunaikan yang wajib.
Erin walaupun berbelas tahun mengikut mamanya bertugas di kedutaan
Malaysia di luar negara, mamanya pasti menitik beratkan soal agama. Pasti ada
kelas mengaji di Kedutaan atau ustaz datang ke rumah untuk mengajar ilmu Fekhah
dan Tauhid dan Fardu Ain. Prinsip hidupnya “Ilmu dunia dicari, ilmu akhirat
dibekalkan”. Tidak mahu mensia-siakan hidup di dunia dengan hanya soal duniawi.
Jangan cepat terleka dengan kesihatan dan rezeki yang dikurniakanNYA,
sebaliknya harus sedar dengan kenikmataan yang telah diberikan dengan banyak
bersyukur dan melakukan apa yang diwajibkan olehNYA, jika mahu rezeki menjadi
berkat. Pesanan ini yang sentiasa ditanam di jiwa Erin, menjalankan tugas
setimpal dengan gaji yang diperolehi setiap bulan, demi untuk memberkati
pendapatannya.
“Okey, okey, I solat dulu, nanti I
call you back, kita keluar makan ya, I tak ada kawan ni… bye.” Lembut aje
jawapannya, lembut gigi dari lidah, mengalah akhirnya dia. Entah mengapa Karl sekarang ini
mudah sangat mengalah dengan gadis ini, entah ilmu apa yang Erin pakai. Talian
ditamatkan. Tersenyum Erin, lembut sikit si baran petang ni, kalau tidak, tentu
Erin terpaksa menadah telinganya dengan suara Mikhail yang tinggi. Biasalah dia
ni, kalau tak ada kawan, muka yang dia akan nampak ialah muka Erin.. kenapa kau
tak ramai kawan, carilah kawan lelaki. Yang kau cari Erin buat apa.. tapi
sebenarnya Erin pun tidak ada kawan juga.. sama-samalah.. saling perlu
memerlukan.
BAB 3
Erin tersenyum sendirian. Pen yang
dipegang juga turut kaku di jari. Dia hairan macammana boleh jadi macamni? Nasib
baik kau berubah, kalau tidak! Baik aje kau duduk dalam hutan sorang-sorang. Kalau
sombong, rimau pun malas nak jadikan kawan. Bisik hati Erin. Nasib baik dia bersendirian,
si Katrina entah ke mana menghilang. Entah-entah diapun sudah cabut. Yang aku
ni apa hal! Sudah terikat dengan janji hendak makan malam bersama Karl. Nampaknya terpaksa menunggu Prince Charming
datang menjemput. Prince Charming? He..he..he..geli pula hati Erin bila
mengelarkan Karl, Prince Charming.
Prince Charming taklah kut! Pengiring Prince Charming baru kena!
Teringat Erin pengenalannya dengan Mikhail. Sempat
lagi hendak mengimbas kesah silam. Kesah yang tidak akan dia lupa sampai
bila-bila. Perkenalanyang boleh dikatakan pengenalan yang tidak mesra alam langsung.
Peristiwa yang berlaku sewaktu Erin baru melaporkan diri kira-kira 4 bulan
lalu.
Kira-kira
4 bulan lalu..
“Encik, minta maaf, boleh beritahu saya mana pejabat erm.. Encik Lokman Idrus, Pengarah Urusan
Info Harian?” sambil tangan Erin mengeluarkan surat dari dalam sampul yang
dipegangnya untuk mempastikan nama orang yang dicari adalah betul, takut pula
namanya Lokman Darus, bukan Lokman Idrus.
Pertanyaan ditanya kepada seorang lelaki yang sedang memakir motor
besarnya dan masih memakai topi keledar bertutup penuh masih dikepalanya.
Jarinya masih terkial-kial hendak membuka topi keledar, tetapi mematikan
niatnya apabila seorang gadis, entah dari mana dia datang bertanyakan soalan.
Erin terpaksa bertanyakan lelaki itu kerana dia tidak nampak orang
lain yang berada di kawasan tersebut tatkala itu. Sudah tersedak, ketika itu,
maklumlah kerana sudah masuk waktu bekerja.
Tambahan pula Erin masih di kawasan pakir, dan kereta Myvi putehnya pun
dipakir tidak jauh dari mereka. Lambat pula Erin menunggu jawapan. Dari cermin
yang menutup muka Erin boleh nampak lelaki itu hanya memandang Erin ke atas ke bawah,
dari bawah ke atas seperti ada yang tak kena. Erinpun hairan, apa yang tak kena?
Erin menelek dirinya sendiri, hairan
kenapa dipandang sedemikian. Apa yang ganjil pada pakaiannya hari ini, rasanya
dia memakai pakaian yang terbaik sekali hari ini, tidak ada cacat celanya, tak
ada juga yang koyak sana sini. Untuk hari pertama bekerja, penampilan terbaik
amat penting. Personaliti seseorang dapat dinilai dari hari pertama lagi, jadi
dia mahu penampilan yang terbaik untuk hari pertama ini.
Hari itu Erin memakai kemeja puteh,
berskirt paras lutut hitam dengan rambut disanggul kemas. Rambut depan
dibiarkan menutup dahi, bertumit tinggi halus, jeket hitam tersangkut di lengan
dan memandangkan cuaca agak panas Erin mengenakan kaca mata hitamnya. Cantik
dan kemas, apa?
“Cik ni nak jumpa Encik Lokman untuk
apa? Cik dari pejabat peguam mana?” akhirnya lelaki itu bersuara. Menyoal bukan main lagi, kalah polis pencen!
“Ehh mamat ni, nak tolong ke tidak? Tunjuk ajelah di mana? Kita tanya soalan, dia
jawab soalan lain pulak” Erin mengerutkan mukanya.
“Sabar Rin, kau nak minta tolong orang ni..” hati Erin sedikit
terbakar, namun kerana hendak meminta pertolongan kena pandai berlakun. Berlakun baik dan berhemah, macam
pijak semut tak mati, macam tu.. kena tak peribahasa yang ini? Erinpun tak
pasti!
Cuaca pula panas hari itu, tetapi
hati Erin bukan terbakar oleh bahang matahari yang memang panas, tetapi
terbakar dengan soalan lelaki yang berlagak bagus. Menyesal
pula bertanya pada salah orang, jawapan macam tak membantu langsung! Erin cuba
hendak mencebekkan mukanya, tetapi nanti lelaki itu nampak pulak. Baik
dilupakan aje untuk mencebekkan muka, kena berlakun buat muka manis.
Erin menarik nafas..lembut.. Erin
kena lembut... kena diplomasi.. mama selalu berpesan diplomasi.. diplomasi..
diplomasi. Terutama didalam keadaan terdesak begini.
“Takkk, begini Encik, saya bukan dari mana-mana pejabat peguam,
saya datang nak report duty as a reporter..as a reporter not as a lawyer.. Encik kerja pejabat lawyer ke? Kalau ada kerja kosong boleh saya try apply?” Erin menjelaskan pertanyaannya dengan bahasa yang paling lembut tetapi dengan sedikit sindiran untuk menyembunyikan sedikit kemarahan, tetapi didalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kalau tidak hendak menolong, cakap aje tak tahu, kan senang! Boleh aje Erin bertanya kepada orang lain jika dia terjumpa dimana-mana nanti. Takkan tak ada umat lain langsung di bangunan yang sebesar begini.
saya datang nak report duty as a reporter..as a reporter not as a lawyer.. Encik kerja pejabat lawyer ke? Kalau ada kerja kosong boleh saya try apply?” Erin menjelaskan pertanyaannya dengan bahasa yang paling lembut tetapi dengan sedikit sindiran untuk menyembunyikan sedikit kemarahan, tetapi didalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kalau tidak hendak menolong, cakap aje tak tahu, kan senang! Boleh aje Erin bertanya kepada orang lain jika dia terjumpa dimana-mana nanti. Takkan tak ada umat lain langsung di bangunan yang sebesar begini.
“Ohh… ingatkan salah alamat, atau peguam
mana tadi sebab pakai hitam puteh.. and for your information, saya bukan bekerja di pejabat lawyer. Lagipun
cik adek, disini tak ada lawyer firm“ selamba sahaja menjawab, sambil membuka
topi keledar yang menutup mukanya.
Barulah nampak mukanya, yang puteh bersih, nampak seperti berbangsa
cina, tetapi mata tidak sepet malah bulat dan besar, rupa mat salleh pun ada
jugak sikit-sikit, rambut agak panjang, menutup sedikit telinganya, bibirnya
merah teserlah.
Erin membalas dengan senyuman plastik memandangkan lelaki itu
tersenyum kepadanya.
“Senyum sebab dapat kenakan aku agaknya, nasib baik kau handsome.
Handsome tapi kerek” bisik hati Erin.
Erin sempat juga mencebik
mukanya sambil bermonolog sendiri, tanpa pengetahuan si lelaki kerek.
“Hemm.. I kerja di tempat yang saudari hendak tuju, kalau you nak ..you
boleh ikut I” katanya, sambil menjinjing topi keledar dan beg yang agak besar
bersilang di badan. Beg seperti beg kamera. Nak tolong rupanya, habis tu yang
bertanya macam-macam tu apa kes.. dahlah macam polis pencen aje… atau pun memang anak polis kut.. tu yang
pandai menyoal orang siap perli gaya orang berpakaian. Kurang sopan betul. Kalau
cakap awal-awal hendak bantu, kan senang? Tak perlulah nak perli-perli!.
Dalam tidak puas hati, Erin tetap
mengikut langkah panjangnya. Erin mengikut dari belakang. Kerana skirtnya yang
agak ketat dan kasut tumit tinggi runcing, agak membataskan pergerakannya untuk
berjalan pantas. Satu langkah lelaki itu, menjadi dua langkah buat Erin..
seksanya. Yang dia tu pun sabar-sabarlah sikit, bukan dia tak nampak yang Erin
terjengket-jengket mengejar langkah panjang si lelaki kerek tu.. entah-entah dia tak ikhlas hendak tolong.. hendak mengena orang more like it. Lagipun yang hendak laju
sangat tu kenapa? Apointment jam 10.00 pagi, masih ada 15 minit lagi.
Hah.. pejabat buka jam berapa ya? Jam 9.00 pagi atau 10.00 pagi?
Setahu Erin jam 9.00 pagi, tapi kini sudah hampir 10.00 pagi. Kalau sama
pejabat tentu waktu pejabat sama, kecuali lelaki ini tuang kerja kut.. tu yang tergesa-gesa
hendak cepat? Gotcha! Sah tuang ni.. tu yang tak sabar-sabar dia nak sampai ke
pejabatnya.
“Cik adik, cepatlah sikit, nak ikut I ke tidak?” laungan si lelaki
dari jauh. Terkejut
Erin dari monolognya dengan suara lelaki itu yang nyaring. Lelaki itu berhenti
menunggu Erin, tak gentleman langsung.
”Ya..ya saya datang..” jawab Erin geram.
Dari perjalanan yang dilalui, memang
nampak sukar benar untuk mencari pejabat Encik Lokman, kena menempuh kantin dan
pejabat percetakan. Terkedek-kedek dan termengah-mengah Erin dibuatnya.
“Mamat ni nak mengenakan akukah atau
mungkin aku tersalah pintu. Kalau difikirkan, takkanlah bilik Pengarah Urusan
begini susah hendak dicari. Sepanjang berjalan tadi tidak ditemui kaunter
reception. Mustahil syarikat sebesar ini tidak ada kaunter reception, kedai
dobipun ada kaunter reception..inikan pulak syarikat printing terkenal” Erin
berkata didalam hatinya.
Cermin mata hitam sudah lama Erin campakkan
ke dalam beg besarnya. Kelihatan lelaki itu bercekak pinggang menunggunya,
hampir 10 langkah di hadapan.
Tadi semasa di kantin ada juga
ditemui beberapa orang, mungkin kakitangan atau mungkin juga pelawat. Erin rasa
hendak bertanya arah kepada mereka-mereka ini, tetapi disebabkan sudah terjerat
dengan lelaki kurang sopan ni terpaksa Erin mengikut dia aje, nanti Erin pulak
yang dikatakan kurang ajar. Perjalanan terhenti di pintu lift, seperti lift
kargo sahaja. Punat nombor 4 ditekannya. Tiada bicara di dalam lift, kedua-dua senyap.
Memang tidak ada apa yang hendak
dibualkan. Di dalam hati Erin bertanya-tanya, bilalah agaknya hendak sampai.
Mata mereka tertumpu kearah punat
nombor lift yang menyala, dari satu tingkat ke satu tingkat, tetapi Erin
perasan lelaki itu sesekali memandangnya
sambil tersenyum. Senyum puas dapat buli orang agaknya, wallahualam.
Lantaklah kau hendak senyum ke apa
ke, janji sampai ke pejabat Encik Lokman Idrus, jangan dia menghantar Erin ke
pejabat Encik Lokman Darus pulak sudah! Lokman Idrus ya.. bukan Lokman Darus..
tersenyum sendiri Erin… membuat lawak yang tidak berapa lawak, lawak hanya
untuk dirinya sendiri bagi menghiburkan hatinya yang sedikit gelisah
sebenarnya.
Di dalam lift hanya terdengar bunyi
takal lift yang mengeluarkan bunyi yang agak mengerunkan seperti geselan besi
yang tidak cukup minyak pelincir dan tergoyang-goyang seperti di ayun.... .ngeri
betul.
Memang ngeri tetapi Erin lindung
perasaan takutnya, nak maintain strong konon. Di dalam hati Erin hanya mampu berdoa agar cepat
sampai di tingkat 4 untuk cepat keluar. Mamat
di sebelahnya hanya tersenyum sinis memerhatikan muka cuak Erin. Mulut Erin bermumat
kamit perlahan, membaca ayat ayat suci yang dia ingat. “Duuuum“ bunyi hentakan
yang agak kuat, menandakan lift sudah sampai ke destinasi. Lampu terhenti di
tingkat 4.
“Oh.. mak kau?“Tersentak Erin,
sehingga mengeluarkan perkataan yang membuat si lelaki tersenyum sambil menutup
mulut.
Erin termalu, kenapa pula melatah
diwaktu ini. Muka dah cantik,
pakaian sudah macam ahli korporat..tapi melatah! Mata sudah pandang ke atas,
Erin cukup termalu!
Si lelaki memberi laluan untuk Erin keluar
dahulu. Pulak! Dia yang sepatutnya keluar dahulu kerana dia yang kena tunjukkan
jalan. Ini tidak, Erin pula yang disuruh keluar
Dah si kerek beri laluan, cepat-cepat Erin
keluar. Ikut ajela..
“I ada hal sikit, so.. sampai sini aje nampaknya I boleh tolong you
okey..untuk pergi ke bilik Encik Lokman
you ikut lorong ni, you jalan straight and you jumpa pintu.. you masuk sebelah
kiri.. okey? I nak pergi tempat lain..” tangannya mengelewang menunjukkan
arah yang harus Erin ikut.
Mata Erin memandang tangannya yang
bersilang silang menunjuk arah. Rasanya Erin faham sambil mengangguk-angguk
kepalanya. Betul ke tu faham?
“Thanks..” ucapan
terima kasih yang Erin beri antara ikhlas dengan tidak. Hendak tolong, tetapi
hanya tolong separuh jalan. Kalau tahu dia hendak tolong separuh jalan, baik
aje tak payah tolong.
Lelaki itu terus berjalan meninggalkan
Erin melangkah ke arah lain tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Bagi
Erin ke mana arahnya tidak Erin peduli, “ada aku kesah” bisik Erin lagi sambil
mencebekkan mukanya. Perjalanan di teruskan mengikut apa yang diberitahu tadi.
Betul seperti mana yang telah diberi
panduan, Erin sampai di bilik tetamu pejabat Encik Lokman. Tepat pada waktunya,
temujanjinya jam 10.00 pagi. Seorang perempuan muda, manis berbaju kurung dan bertudung
sudah sedia menunggu dan memanggil Erin untuk terus berjumpa Encik Lokman. Erin
jalan beriringan bersama perempuan itu, berjalan dengan sopan menuju masuk ke
pejabat bakal bossnya, Encik Lokman Idrus. Terpampang tanda nama LOKMAN IDRUS,
Pengurus Urusan di daun pintu masuk. Sah bukan Lokman Darus… Erin lega..
Si perempuan berbaju kurung mengetuk
pintu dan terus membukanya.
“Encik Lokman, staff baru..“
katanya.
“Ya, ya masuk. Terima kasih Saleha“
katanya dengan suara garau.
Erin memberi salam dan jawapan salam
juga terjawab.
“Sila duduk” mendongak meminta Erin
duduk di kerusi di hadapannya. Kemudian pandangannya ke atas meja di mana
terbentang profile dirinya. Erin kenal itu profilenya, kerana gambar saiz
passport terpampang di sudut kanan profile tersebut. Gambar yang digunakan
untuk setiap permohonan jawatan kosong yang diketahuinya sama ada melalui jobs
street mahupun di mana-mana iklan jawatan kosong di akhbar tempatan. Gambar
yang diambilnya 3 tahun dahulu, masih teenager, gambar itu juga digunakan
semasa pendaftaran Universiti dulu. Gambarnya yang 3 tahun lebih muda, tetapi
tidak nampak banyak beza, malah sekarang
lebih bergaya kut.. puji diri sendiri nampak! Habis tu dah tak ada orang yang
hendak memuji, terpaksalah puji diri sendiri.
“So, Cik Renee Jasmeen Razali, as you know you are the successful candidate
to fill up this post as Info Harian
junior journalist. Welcome and I hope you will give us your full support and
commitment” kata-kata aluan dari Encik Lokman.
Mereka berbual seketika, hanya berbual pengenalan, tentang tugas
yang bakal Erin lakukan dan sedikit rules
and regulations syarikat.
Erin hanya mengangguk, memang niatnya untuk menjalankan tugas sebaik
yang mungkin. Tambahan pula jawatan ini adalah jawatannya yang pertama selepas
keluar dari Universiti dengan Ijazah class pertama bidang Mass Communication
major in Journalism. Memang Erin teruja untuk menimba pengalaman, tidak
termasuk gaji yang akan di perolehinya nanti… emm.. tentu best..boleh beli
macam-macam, tak perlu minta duit mama lagi..sebab kalau minta RM10 dapat RM5. Sempat
lagi tu mengutuk mamanya. Berdosa tu Erin!
Selesai Encik Lokman beramah mesra, dia menekan butang intercom, memanggil
semula perempuan yang bernama Saleha.
Rupanya dia setiausaha kepada Encik Lokman, masih muda, mungkin berusia pertengahan
atau lewat 20an, still single rasanya
kerana tadi terdengar Encik Lokman memperkenalkannya sebagai Cik Saleha, bukan
Puan Saleha.
“Cik Renee ikut saya” lembut suaranya meminta Erin mengikutnya.
Erin bangun sambil membongkokkan sedikit badan dihadapan Encik
Lokman, tanda hormat untuk meminta diri keluar mengikut setiausahanya. Seperti
orang Jepun memberi hormat pulak.
Kitakan orang Asia, memang sentiasa hormat menghormati, gerak badan
sudah cukup untuk membuktikannya. Tak kesahlah gaya Jepun ke, gaya China ke.
Waimahnya bongkokkan diri sedikit tanpa kita hormat, body language yang biasa bagi orang di rantau timur.
Tempat duduk Erin dituju. Disepanjang jalan, Saleha memperkenalkan kepada
lain-lain Staff yang bakal menjadi rakan sejawatnya. Bersebelahan meja Erin,
ialah Puan Katrina, perempuan yang nampak bergaya dalam awal tiga puluhan, dia
meminta namanya dipanggil Kathy atau Kat sahaja, amboi glamour.
Dimeja belakang Kartina Encik
Shamsul, Erin perlu memanggilnya abang Sam. Abang? Di sebelah hujung satu lagi juga
minta dipanggil abang, abang Harith. Abang lagi? Ramainya Abang.. lantak lah,
kena panggil abang Sam ke atau abang Harith, janji nanti mereka dapat bantu
Erin jika Erin memerlukan sedikit bimbingan dan tunjuk ajar, maklumlah first
assingment.
Meja di hadapan Kathy pula Puan
Meena Raman, berbangsa India, di sebelah Puan Meena, lagi satu Puan, Puan Janet
Lee. Kedua-duanya fasih berbahasa melayu, tidak pelat langsung. Erin kagum
dengan mereka ini, mungkin kerana sudah lama bergaul dengan masyarakat melayu,
gamaknya. Meja di hadapan Erin nampaknya kosong dan begitu juga tempat duduk di
belakangnya. Siapalah agaknya penghuni tempat-tempat itu. Erin akan ketahuinya
sooner or latter.
Beberapa pegawai yang duduk di bilik
berasingan juga diperkenalkan. Rakan-rakan setugas baru Erin banyak membantu
untuk hari pertama dia bertugas. Baru Erin perasan, yang paling ketara cara
mereka berpakaian. Erin amati mereka semua berpakaian kasual atau santai
sahaja. Patutlah mamat poyo tadi memandang dirinya ke atas ke bawah, bawah ke atas,
agaknya lelaki itu mesti memikirkan Erin dari negara luar mana, tidak tahu
etika berpakaian sebagai seorang pemberita, malah memakai pakaian seperti
seorang ahli korporat pulak. Sebagai pemberita perlu bepakaian rengkas, kalau
dah terkedek-kedek seperti model, macammana nak kejar berita, lainlah kalau
pemberita TV, ha.. jika pemberita TV memang sesuailah cara Erin berpakaian hari
ini. Confirm salah etika pakaian pulak!! Erin termalu sendiri, menyedari
kesilapan yang dilakukannya di hari pertama bertugas. Ingatkan dah betul!
Hari pertama bekerja, rasanya masa
berlalu terlalu panjang. seperti waktu tidak bergerak. Frozen. Lepas satu ke satu
benda baru yang Erin pelajari, tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga
kiri, kerana Erin kurang mengerti. Yang hairannya apabila ditanya sama ada
faham, secara otamatik kepala mengangguk, tanda faham. Malu pulak hendak mengaku tidak faham, itulah
ego terlebih.
Berbalik dengan cerita etika
pakaian, lelaki yang membantunya tadi tidak mengetahui sepanjang 23 tahun
hidupnya, 14 tahun dihabiskan di luar negara, mengikuti mama, Suzilah Mustapha
sebagai diplomat di 4 buah benua. Mama sentiasa berpesan penampilan mesti kemas
dan sopan. Jangan pula berpakaian seperti hendak pergi parti. penampilan
mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Imej dan personaliti mesti dijaga, mesti
pakai kasut sekurang-kurangnya 2 inci, jangan pula pakai slipar jamban. Muka tu bersolek sikit agar sentiasa nampak
menawan dan sedap mata memandang, jangan pula bersolek sampai rupa wayang
china? Biar nampak
neutral. Mesti wangi, jangan seperti perempuan dalam pantang aje, yang
bertempek apa benda tu.. yang di dahi.. pilis.. hemm. Entah.. betullah tu
namanya.. pilis. Tak payah minyak wangi yang mahal-mahal, yang berbau sedap dan
segar sudah cukup memadai. Jangan pulak terlalu wangi sampai seperti minyak
wangi tumpah. Mahu orang pening dibuatnya. Mesti bersopan, mesti tahu bergaul,
mesti itu mesti ini dan macam-macam lagi amanat mama. Tak
terhimpun. Itulah mama Erin, diplomat
yang sudah lebih dari 20 tahun berkhidmat dan 11 tahun lagi akan bersara. Ditambah
pulak Erin satu-satu anaknya, memang dipengaruhinya habis! Sejak berumur 7 tahun lagi Mama sudah
mengajar Erin tentang penampilan diri. Tetapi kena sopan, mengikut adat timur. Kita orang timur, makan belacan,
bukan makan keju ya! So, act like one!
Masih ingat lagi, hadiah birthday semasa bertugas
di Australia, mama memberi jam swatch dan sebotol minyak wangi berbau vanilla.
Erin sudah lupa jenama apa, yang dia ingat kotak minyak wangi tersebut dihiasi
dengan bunga berwana biru tapi kira mahal jugak masa tu. Dibeli di Prounds
Shopping Centre. Store bagi semua diplomat berbelanja
kerana hanya di Store ini, barangan sudah duty free di Canberra, Australia.
Tempat bertugas mama yang pertama, 14 tahun lalu. Jam swatchnya pula gambar
gadis yang sedang menari ballet. Amboi, bukan main bergaya lagi pada masa itu.
Erin masih lagi menyimpan jam tersebut di salah satu kotak di biiknya.
Sayangnya jam tersebut tidak boleh diguna lagi kerana talinya dah tidak serupa
tali jam, berbulu sana sini.
Erin terkejut apabila perasan lelaki yang membantunya pagi tadi duduk
di tempat duduk betul-betul di belakangnya. Terus serta merta hilang segala imbauan kesah
jam dan minyak wanginya di zaman kanak-kanak. Lelaki itu.. hem.. lelaki yang hendak tolong orang, tetapi tidak ikhlas,
hanya membantu separuh jalan.
Chis! sungguh kurang sopan!. Erin perasan juga,
mata lelaki itu mencerlong ke arahnya. Erin rasa tidak tentu arah diperlakukan
sedemikian. Apa lagi kesalahannya agaknya yang telah dia lakukan. Jika hendak
menegurnya pasal pakaian sekali lagi, baik tak usah, kerana Erin sudah perasan
kesilapannya.
Alamak! Satu departmentlah pulak. Eh! betullah satu department, kan
dia beritahu tadi semasa di pakir yang dia
bekerja di pejabat Encik Lokman. Sah satu department, berjiran tempat duduk
lagi. Erin menepuk dahinya.
Bila dia perasan Erin terpandang ke arahnya,
dia datang perlahan ke arah Erin, Erin jadi serba salah, tadi sudah
berbakul-bakul marahkan lelaki tu, rupanya satu department..macammana ni Erin..
Erin mengelabah. Erin hanya menundukkan mukanya mengadap komputer yang dia
sendiripun tidak tahu apa yang terpapar di skrin komputer tersebut. Hentam aje, janji dia boleh buat-buat sebok.
“Hello, welcome to Info Harian
.. saya Karl, sambil menghulurkan tangan.
Serba salah Erin, perlukah dia menyambut tangan lelaki yang sudah di
hulur kepadanya. Malah dia menyebut perkataan “Hello”. Sudah lupa memberi
salamkah? Islam ke selam? Erin hanya memberi anggukan
perlahan, tanda menerima perkenalan yang diberi.
“Saya Erin, terima kasih sekali lagi.. erm.. tunjukkan jalan tadi..” lain pulak sikapnya
petang ni, nampak lebih lembut, bila senyum lagi nampak kacak, terselah gigi
taringnya yang kecil panjang.
“if you need any help just ask .. I
dekat sana” sambil menunjukkan workstationnya. Memang Erin sudah tahu pun,… kan
Erin nampak dia tadi diworkstationnya, namun Erin masih juga memaling ke tempat
yang ditunjukkan, bukan jauh manapun, hanya di belakang tempat duduknya. Saja nak
tunjuk baiklah tu.
“Thanks” Erin berbahasa. Orang
sudah cuba beramah mesra, takkan Erin hendak tunjuk sombong pula. Kemudian lelaki
yang dipanggil Karl itu meninggalkan Erin,
kembali ke tempatnya, sesekali menoleh kearah Erin dan tangan
menunjukkan tempat duduknya yang tidak jauh di belakang Erin. Dia tersenyum
gembira, senyum kerana ada orang baru atau senyum kerana ada satu lagi mangsa
yang boleh dibuli.. entah..
Namun yang ketara, perangainya berbeza dari pagi tadi.
Sekurang-kurangnya Erin suka lelaki yang baru dia kenal beberapa minit tadi,
bukan lelaki yang sombong yang membantunya separuh jalan awal pagi tadi.
BAB 4
Lamunan imbauan perkenalannya di awal pertemuaannya terhenti oleh
deringan telefon, segera di angkat Erin. Salam diberi. Mungkin Karl, talian
yang menjerit nyaring terus terhenti apabila diangkat Erin.
“Erin, you can take back your
article, not many amendments.. “ bukan suara Karl, suara Puan Melly rupanya,
Erin lega, dia tidak perlu lama menunggu, Puan Melly sudah meluluskan
articlenya.
“Okey, thanks puan,. I’m
coming now..” Erin
meletakkan semula gagang telefon.
Bingkas bangun menuju ke wing kiri, menuju
ke bilik Puan Melly untuk mengambil article yang telah diluluskan, cepat siap
cepat boleh balik. Yang paling dia tidak sabar, cepat dapat keluar bersama
Karl.
Sejurus kemudian, Erin kembali ke tempat
duduknya. Erin membelek article yang baru diambil dari bilik Puan Melly. Benar seperti
yang dikata Puan Melly, tidak banyak yang perlu dipinda. Setelah dipinda,
dibacanya sekali lagi. Pandangan Erin ke bilik Encik Lokman, masih terang tetapi
tidak nampak pula orangnya. Dia masih tidak ada di biliknya, kemana pulak perginya
dia, mungkin ke surau, mungkin juga ke kantin, untuk makan malam kerana kantin masih
dibuka sehingga jam 10.00 malam. wallahualam. Yang pasti Erin kena menunggu
Encik Lokman untuk menyerahkan articlenya sebelum dihantar untuk proses
terakhir, untuk dicetak.
“Nampak message aku telak kat atas
meja tadi?“ terkejut Erin, mendengar suara Katrina. Belum pulang lagi rupanya
dia.
“Hah, dah dapat, Karl pun dah
telefon Rin..“ kata Erin menjelaskan.
“Ohh..“ balasnya.
Katrina sudah kembali ditempat
duduknya, nampaknya masih sedang bersilat menyiapkan articlenya yang belum
selesai, nampak muka tension dan serious. Kemana dia menghilang tadi, tidak pula Erin tanya..
“Kathy, you okey tak tu.., Rin punya dah
settle..” sekadar
bertanya, kasihan pula melihat dia yang berhempas pulas menghabiskan kerjanya.
“Belum lagilah.. sikit lagi.., mari
tolong aku..” sambil berbual, Katrina mengangkat telefon bimbitnya melihat jika
ada dia menerima panggilan dari suaminya, kerana seperti selalu suaminya
terpaksa mengambil kedua-dua anak perempuannya dari kelas mengaji al-quran di
Masjid Al-Furqan, di Lembah Jaya. Nasib baik berkahwin dengan suami yang understanding, faham kerja si isteri
yang bekerja tidak tentu masa.
“Er.. okey..” Erin keluar dari
workstationnya dan menuju ke tempat sebelah, ke compartment Kathy. Baru hendak
membelek-belek article yang hampir siap, telefon di mejanya pula berdering.
”Sorry Kathy…. Rin kena angkat tu..” sambil memuncungkan mulut berjalan semula ke
workstationnya pantas untuk menjawab telefon.
“Hemmm.. Karl, article I dah siap,
tapi Encik Lokman pulak tak ada di bilik..macammana, you nak tunggu I atau apa?
Or else you naik dulu la..then kita keluar dinner sama..amacam?”
Erin memberi cadangan, tapi seperti memaksa pulak untuk Karl menunggunya.
Dari cara cakapnya Karl kena setuju, tiada pilihan yang diberi.
Memang betul, selang 5 minit Karl muncul dengan berseluar jeans lusuh dan
kemeja T colar bulatnya. itu memang pakaian harian Karl, simple dan selesa. Baginya lagi lusuh seluar atau bajunya lagi
sedap dipakai, tetapi tidak nampak pulak dia menjinjing topi keledar seperti
selalu, mungkin disangkut di motosikal agaknya. Erin membuat andaian.
Erin hanya mengangkat tangan dan memberi isyarat tangan seperti
memintanya menunggu dengan senyuman, dia sekarang sebok membantu Katrina. Lagipun
memang Karl kena menunggu, kerana Erin masih menunggu Encik Lokman sebelum off for the day. Karl mengerti dan hanya
duduk diam di tempatnya sambil tangan memain tetikus, adalah tu yang dibuatnya...
Erin melihat kelibat Encik Lokman
masuk ke biliknya. Segera Erin kembali
ke tempatnya dan masuk ke bilik Encik Lokman dengan laporan akhbar yang telah
diluluskan oleh Puan Melly di tangannya. Dari cermin luar, Karl memerhati Erin
sedang berbincang dengan Encik Lokman, sejurus kemudian Erin keluar. Tersenyum
lebar sehingga menampakkan gigi putehnya yang tersusun sebaris.
“Kathy, do you still need me, kalau tidak, Rin balik dululah, Karl pun dah
tunggu tu…” ujar Erin
“Heem.. I pun dah nak habis ini…thanks..see
you tomorrow” Katrina menjawab tetapi mata masih diskrin komputer.
“K....” ringkas sahaja jawapan Erin,
dengan satu abjat.
Terus mencapai begnya dan menuju
kearah Karl yang sudah ada di depan pintu, mereka keluar bersama. Entah apa
yang dibicarakan, kelihatan Erin menampar bahu Karl dan Karl mengaduh perlahan
dan menyapu tempat yang ditampar Erin. Erin pun sudah lupa etika berpakaian
seperti yang diajar mamanya. Sekarang berpakaian sempoi, sama seperti
pekerja-pekerja lain, berseluar dan blouse, rambut paras bahunya hanya diikat
ekor kuda. Aksi remaja terlajak, Erin sudah 23 tahun, Karl pula sudah 25 tetapi
perangai masih lagi seperti remaja belasan tahun. Cepat betul lupa Erin dengan
apa pernah Karl dilakukannya di awal perkenalan Erin di Info Harian dahulu.
Memangpun, pelanduk memang selalu lupakan jerat. Jika si pelanduk tahu itu jerat, nampaknya
tidak ada manusia yang dapat merasa daging pelanduk jawabnya..
Entah kenapa Erin leka mengimbau
kesah dirinya bersama Karl. Tidak disangka lain pula
jadinya. Dari menyampah, terus jadi suka pula. Itulah jangan cepat sangat
menyampah pada orang. Itupun kira baik, hanya menjadi kawan baik, tak lebih dari itu. Kalau jadi suami, lagi
haru! Macammana hendak diceritakan kepada anak-anak, bila anak-anak bertanya,
macammana perkenalan emak dan abah dulu? Hendak ceritakankah, segala keburukan
yang dilakukan oleh kedua-dua mereka? Mahukah menceritakan yang mereka bagaikan
anjing dengan kucing pada asalnya? Jika difikirkan banyak incident yang tidak
indah yang dilakukan oleh Karl kepada Erin diwaktu-waktu awal perkenalan. Memang
sakit jiwa jika diingatkan. Erin mengimbas peristiwa dipermainkan Karl sewaktu
assignment pertamanya. Erin
dan Karl selalu bertentang pendapat dan selalu berlaku salah faham. Walaupun
begitu selalu pula Encik Lokman mengandingkan mereka berdua untuk membuat
liputan.
Insiden pertama, Encik Lokman
meminta Erin mendapatkan berita mengenai aduan kekurangan tempat pakir kereta
di Putrajaya. Setelah menemuramah beberapa orang yang ditemui disetiap tempat
pakir awam untuk bertanyakan masalah mereka. Karl pula mengambil beberapa photo
shot yang diperlukan. Mereka ke tempat-tempat tersebut berasingan, Karl menaiki motosikalnya, dan Erin memandu keretanya.
Entah mana silapnya, di tempat pakir yang terakhir, iaitu tempat pakir Medan
Selera Precint 8, Erin tertunggu-tunggu hampir 1 jam, tetapi Karl tidak muncul.
Sedangkan sebelum itu telah berjanji untuk menyusulnya di tempat berkenaan.
Maklumlah first assignment, kerana sakit hati, Erin teruskan juga menemuramah
beberapa lagi pengunjung dan pulang. Rupanya Karl singgah minum petang di
Warisan dan selepas itu terus pulang ke pejabat bersenang lenang menyelesaikan
tugasnya. Sakit betul hati Erin ketika
itu, mentang-mentang dia baru, di perlakukan sebegitu.. tak apa.. sebab this time memang Erin perlukan tunjuk
ajar dari dia, Erin tetap bersabar.. nanti kau! Ada ubi ada batas. Ada lori ada
bas... lain hari akan ku balas.
Yang hairannya laporan yang di buat
secara bersama dengan Karl sangat menarik dan terus di persetujui oleh Encik Lokman
untuk di siarkan keesokkannya harinya.
Tersengeh sumbing aje lelaki tak
guna ini, apabila Encik Lokman memuji kerana memberi guidance kepada Erin… Guidance
kepala otak dia? Penganiayaan adalah!! Bolehkan dia lupa apa yang telah
dilakukannya kepada Erin yang menunggu dia seperti menunggu buah tak gugur. Memanglah menunggu buah tak gugur sebab member
sedang best bersenang lenang dengan milo ice dan goreng pisang panas di Warisan.
Tugas yang kedua bersama, di waktu
majlis pembukaan Sua Heboh di Dataran Putra. Erin mencari-cari Karl di tengah-tengah
ribuan orang tetapi tidak berjumpa dan akhirnya membuat keputusan untuk pulang
bersendirian, entah-entah si mamat tu sudah berada di ofis bersenang lenang
seperti yang telah dilakukannya beberapa hari sebelumnya. Erin membuat
keputusan untuk pulang ke pejabat tanpa Karl, kerana adalah mustahil mencarinya
di celah-celah orang ramai ketika itu. Jika menalifonpun pasti tidak didengar
kerana suasana yang memang higar. Rupanya mamat tu menunggu Erin di pintu utama,
manalah Erin tahu! Erin keluar dari pintu sisi kerana dekat dengan keretanya
terpakir. Sesampai dia di pejabat, Erin terus mencarinya. Tetapi dianya tidak
ada. Apa lagi yang Erin boleh buat. Jawabnya hanya menunggu kemunculannya di pejabat
dan bersedia dengan apa yang bakal didenarnya. Hendak jadi apa jadilah! Erin
sudah sampai di pejabat, takkan hendak ke lokasi Sua Heboh semata-mata hendak
mencarinya. Malas Eh!
Apa lagi, apabila didapati Erin sedang
relax menghabiskan tugasnya, bagaikan meletupnya bom Hiroshima..bergegar-gegar
memarahi Erin. Marah betul dia, sampaikan satu ofis terkejut dengan cara dia
menengking Erin kerana meninggalkannya. Erin hanya buat bodoh. Hendak buat apa
lagi?
Sedangkan dia lupa yang telah
dilakukannya sebelum itu. Kali ini Erin tidak berdiam diri, dia perlu
menjelaskan keadaan juga dengan cara menengking. Habis sahaja dia memarahi
Erin, Erin bangkit dan menjelaskan apa yang berlaku dan apa yang telah
dilakukannya sebelum itu. Terkejut beruk dia!! Ingat apa.. Erin sengaja hendak
meninggalkan dia seperti dia meninggalkan Erin beberapa hari yang lalu.! Terus
dia terdiam,. padan muka dia. Mudah
sangat dia untuk memarahi orang lain. Dia hanya nampak kesalahan yang orang
lain lakukan, sedangkan dia lupa perbuatan dan kesalahan yang telah dia
lakukan. Apa dia ingat, semua orang
boleh hanya mendengar arahan dia dan tunduk sahaja apabila di sergah. Silap orang
kawan, ini Erin tau, mendapat pendidikan di 4 buah International School di 4
buah negara. Di didik untuk fight back jika diri berada di dalam kebenaran. Lets Erin Jasmeen Razali puts you at your
place.. Ternganga dia, apabila Erin mengungkit kesalahan yang telah dia
lakukan kepadanya, hairannya dia tidak pula membalas dengan memarahi Erin. Karl
jadi bisu, tersenyap, hanya mendengar sahaja apa yang keluar dari mulut Erin. Erin berhak memarahinya ketika tu. Nasib baik
Encik Lokman tidak ada di pejabat ketika insiden berlaku. Yang ada ketika itu, hanya
Abang Sam dan Puan Meena. Mereka tidak mahu masuk campur, mereka hanya menjadi
seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sahaja, tidak menyebelahi
mana-mana pihak. Rioh seperti pasar di waktu itu, masing-masing
ingin menyalahkan antara satu sama lain. Apabila di terangkan satu persatu, baru
jelas, memang dua-dua bersalah, hendak buat macammana lagi! Mengaku ajelah.
Sejak hari itu dia sedar sedikit demi sedikit
yang dia perlu membuat perubahan jika ingin terus menghasilkan kerja yang baik.
Jika terus mencari salah orang, tentunya tidak menghasilkan apa-apa. Nasib baik
kedua-duanya mengambil pendekatan yang betul.
Kelakar pula bila difikirkan, boleh cair keegoan
seorang lelaki yang bernama Mohamad Mikhail Hamzah. Moral of the story is,
manusia boleh berubah jika kena caranya dan jangan fikir diri sendiri sahaja
betul, sesekali kena fikir orang lain
sama. Pandai-pandai pulak Erin, berlagak bagus, diri sendiripun masih banyak
kekurangannya, kita tak sedar.
Tu la..kini Erin senang berkawan
dengan Karl. Ini memudahkan lagi bagi
mereka membuat liputan apabila sudah ada kerjasama yang baik dan juga
relationship yang utuh, maksud relationship
as a best friend, tidak lebih dari itu. Kalau bercakar sahaja setiap masa,
susah juga jadinya. Untuk kebaikan bersama apalah salahnya, janji info Harian
akan pasti mendapat liputan yang meletop setiap kali Karl dan Erin di gandingkan
berdua untuk sebarang liputan.
“Hey..” terperanjat Erin apabila
Karl menegurnya yang sedang mengimbas kesah silamnya.
'You beragan ya..“ tanya Karl. Jelas
sangat ke nampak dia mengelamun? Erin termalu, kantoi di sebelah Karl,
mengelamun di dalam kereta yang dipandu Karl. Patutlah tidak nampak topi
keledar. Dia datang dengan kereta rupanya.
“Haah I berangan, berangan jadi
puteri yang sedang mencari seorang putera“ gurau Erin.
Erin cebek mukanya, hanya menunggu
apa yang akan dibalas oleh Karl dengan kenyataan keanak-anakannya itu.
“Hem.. yelah tu..” jawab Karl sambil
tangan menekan untuk membuka tingkap kerana hendak membayar toll. Kemudian
senyuman singgah ke Erin yang memerhatinya.
“Puteri tu jumpa tak putera yang dicarinya tu..?”
kan dah kata, Karl dah buat cerita dongeng pulak. Siapa mulakan dulu.. sengaja
Karl ingin menyakat Erin, dia hendak dengar apa pula jawapannya.
“Jumpa!, tapi kan putera tu dari negara Dua
Alam Buana” kata Erin.
“Hah! negara Dua Alam Buana?” Karl terkejut. Putera Dua Alam Buana. Tidak
pernah didengarnya nama negara ganjil itu. Selalunya orang akan berkata putera
dari negara negara Alam Isketambola, negara Alam Shah Alam.. atau macam-macam Alam lagi. Tapi
Negara Dua Alam Buana Erin ni di mana? Karl cuba memikirkan tempat yang
diberitahu oleh Erin.
“Negara Dua Alam Buana...eh. Negara Dua Alam
Buana..” berulang-ulang Karl menyebutnya.
“Putera katak lah cek oi!..”jawab Erin
selamba, terutama bila Karl masih tidak dapat menangkap perkataan Negara Dua Alam
yang dikatakan.
Tergelak Karl, apabila Erin
memberitahu yang dia berangan berjumpa dengan putera katak rupanya. Tak ada putera lain ke yang hendak dia jumpa? Ha..ha..ha..Selalu
orang anggankan putera yang tall dark and handsome. Tapi Erin lain pula
kesnya.
“Putera katak pun putera katak la... Erin, I harap putera katak you
tu putera katak yang kulitnya licin, macam katak daun, boleh nanti disebut short,
slim and slimy. Asalkan bukan katak yang mengerutu tu.. apa namanya, hemm..
katak puru, Itu jadi short, fat and rough...“ usikan Karl. Terus
menyambung ketawanya.
‘Pelepuk!!!“ bunyi tangan Erin yang singgah di lengan Karl.
‘Aduh.. sakit tau.., itupun nak marah…you yang mulakan dulu!’ sambil
sebelah tangannya mengesek ditempat yang telah ditampar si Puteri Katak. Namun dia bahagia, kerana Puteri
Katak sanggup menemannya makan malam ini. Karl terus menyambung tertawanya,
membiarkan Erin tertanya-tanya sendirian, apa yang lucu sangat mengenai putera
katak sampai ketawa tidak habis-habis. Tanpa Karl mengetahui Karl lah si Putera
Katak yang dimaksudkan Erin.
No comments:
Post a Comment