BAB 17
Erin terkejut dengan gegaran telefon
iphonenya yang diletakkannya di meja kecil sebelah katil. Dia membuka matanya kecil sahaja, ingin
mengetahui siapakah insan yang berani mengganggu tidurnya. Tertera nama Karl.
“Aaahhh..dah tahu dah! Apa lagi si mamat
sengal ni hendak?...“ gumam Erin. Dilihatnya waktu ditelefon menunjukkan 1.45
pagi. Sambil mengaru-garu kepalanya yang
tidak gatal, bertambah kusut masai rambutnya diperlakukan sedemikian.
Jari meleret skrin telefon,
dilekapkanya terus ke telinga.
“Ehmm..Karl.. apa hal ni..” dengan suara mamai dan nada yang agak meleret.
Erin baru sahaja hendak melelapkan mata selepas
berkumpul dengan sepupunya tadi sampai jam 12.00 malam, diganggu pula oleh
lelaki ini. Ishy..sungguh kurang asammm..
“Rin.em..em.Iemmm” teragak-agak hendak bercakap,
Erin terus memintas.
“Emm.. ahh..apa dia Karl.ah!.”Erin memintas
dengan nada marah, lebih-lebih lagi bila Karl teragak-agak hendak bersuara.
Hilang sabarnya, hanya mendengar bunyi kumbang mencari lubang.
“Karl you tahu tak pukul berapa sekarang ni? You tak ada jam ya, rumah
tu taka da jam. Atau you tak pandai tengok jam.. so let me tell you, sekarang ni pukul 1…. let me see..1..47 pagi.. I ulang okey…1.47 pa..gi..” bentak Erin
memanjangkan ayat pagi.
“I know, I know..I tak
boleh tidur..” laju
jawapan Karl, sebelum Erin meleret-leret berleter kepadanya.
“Ohh..you tak boleh ti…dur, so! you nak I teman you tidur pulak
ke..? Dah melampau you ni.. Karl..” Erin tersintak apabila Karl mengatakan dia
tidak boleh tidur.
“Rin.. cuba dengar dulu apa I nak cakap… ? I bukan nak you teman I tidur,
tapi I nak tumpang tidur rumah Tok Pa.. boleh tak?” dengan sekali nafas menjelaskan
kenapa dia menalefon Erin, juga untuk mengelakkan Erin mengeluarkan kata-kata
yang tidak masuk akal.
Kemudian difikiran
nakalnya, terfikir pula kenapa pula dia terus meminta untuk menumpang tidur dimrumah
Tok Pa. Kenapa tidak sahaja dia setuju dengan cadangan Erin yang menyangka dia
memerlukan Erin untuk menemankan dia tidur. Sudah terlepas kata, hendak buat
macammana, Karl tersenyum nakal. Sempat lagi tu.. kepala bertanduk!
“You nikan Karl! ada aje nak menyusahkan I…. tunggu nanti I tanya
Wan..” Erin marah tapi rasa sayangnya lebih, dengan Karl Erin tidak mampu
memarahinya lebih-lebih.
Erin memang tahu Wan boleh buat keputusan sama ada membenarkan Karl
menumpang tidur atau tidak. Perlahan Erin membuka pintu dan menuju ke bilik Wan
Jie, tidak mahu nanti yang lain juga terjaga.
Pintu diketuk perlahan. Tidak lama Wan membuka pintu biliknya, Wan
hairan apakah halnya cucunya mengejutkannya malam-malam buta begini.
“Kenapa Rin, sakit ke?” cemas sahaja soalan Wan Jie sambil tangannya
menyapa dahi Erin, memang tak terasa panaspun.
“Tak Wan, bukan Rin yang sakit, budak sorang yang kat banglow tua tu
yang sakit, sakit otak, kejut orang tengah-tengah malam ni..” jawab Erin
sedikit marah, tidurnya terganggu, nasib baik tidak ada mimpi indah yang
terganggu, jika tidak double marahnya, tetapi marah-marah sayang.
“Kenapa dengan Karl..?” tersenyum sahaja Wan Jie bertanya, ingin
mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku. Macam seronok sahaja ceritanya.
Terutama dia ingin mengetahui apa yang membuatkan cucunya marah
sungguh dengan Karl.
“Dia tak boleh lelap, jadi dia nak tumpang tidur
sini,, boleh tak Wan..?” lembut seakan memujuk suara Erin.
“Oooh.. hal itu.. booleeh apa salahnya.. memanglah rumah tu dah
berpuluh-puluh tahun tak ada penghuni, jadi tak ada semangat rumah kata
orang.... memanglah ngeri sikit, kena pulak tinggal sorang-sorang” Wan
seakan-akan setuju dengan masalah yang dihadapi Karl.
“Karl..you dengar tak, apa
yang Wan cakap tadi?”Erin bersuara agak keras ke skrin kecil telefonnya.
Sepanjang perbualan didengari sendiri oleh Karl, termasuk ayat-ayat
Erin mengutuk dirinya, kerana Erin tidak mematikan talian. Tetapi itu tidak
menjadi masalah baginya, yang dia tahu, malam ini dia harus keluar dari banglow
dan menumpang tidur di rumah Tok Pa.
“Heem.. I dengar, tunggu I depan rumah, kejap lagi I sampai..” Karl mematikan talian tanpa
mendengar apa yang akan diucapkan oleh Erin.
“Biar dia tidur bilik Pak Cik
Haiziq” kata Wan sebelum masuk semula ke biliknya.
Erin pula membuka pintu hadapan
untuk menunggu kawannya yang banyak songel di beranda.
Cepat betul, tidak sampai 5 minit sudah
kelihatan cahaya lampu kereta. Erin pasti cahaya lampu kereta itu adalah dari
kereta Karl. Tidak ada sesiapa lagi yang datang malam-malam buta begini. Erin
terus berjalan menuju ke pintu pagar dan membukanya untuk memberi laluan kereta
Karl masuk. Kerta dipakir di tempat yang di pakirnya siang tadi. Di bawah pokok rambutan. Sebelum masuk ke dalam
rumah, Karl duduk di sofa di beranda, Erin juga duduk untuk mendengar apa yang
terjadi sehingga dia tidak boleh melelapkan mata.
“You ni kenapa..!” Erin memulakan ayat pedas tapi lembut.
“Tak boleh lelap mata la.. macam ada orang pandang I..” jawab Karl
dengan suara sedih meminta simpati.
“Lepas tu, I dengar macam ada benda
berlari-lari kat dapur.. lagi I seram. You tak ada di
tempat I, you tak tahu..seram tau Rin seram. Memang seram” kata Karl
bersungguh-sungguh..
“Your imagination aje tu..
you memang penakut.. tapi
tak mahu mengaku” kata Erin dengan nada mengejek, mengatakan Karl penakut.
“Ti..dak.. Erin I cakap betul-betul ni, I rasa macam ada orang
pandang I..” bicara Karl serious.
“Dah..dahlah tu, kita cerita esok aje la.., I gantuk ni..”Erin cuba
menamatkan perbualan sambil tangan kanannya menutup mulutnya yang menguap.
Erin perasan Karl memandang muka berserabainya, rambut tidak
terurus, dengan baju pyjama merah jambu bercorak teddy bear kecil di seluar dan
bajunya. Peduli apa, siapa suruh ganggu
orang nak tidur, ayampun pandai, waktu ni tidak berkokok sebab orang nak tidur,
cuma mamat sorang ni saje mengada-ngada, disebabkan dia tidak boleh tidur dia
hendak orang lain juga sama tidak boleh tidur macam dia.
Erin bangun dan Karl mengikutnya di belakang,
pintu dikunci semula.
Bilik Pak Cik Haiziq dituju.
Bilik Pak Cik Haiziq dituju.
Erin membuka pintu dan tanpa bicara
Karl meloloskan dirinya. Erin hanya berdiri di luar pintu. Sudah tersedia kemas
katil dan siap selimut yang berlipat kemas di sudut katil. Ubat nyamok letrik
juga sudah terpasang. Pastinya telah diuruskan oleh Wan Jie.
“You room for tonight..
tak mahal, esok tanya Wan Jie…kalau you
tanya I, the rate will be double” kata
Erin kepada Karl yang sudahpun meletakkan ponggongnya di tubir katil.
Erin terus meninggalkan Karl dan
menuju ke biliknya. Karl rebahkan dirinya dengan tangan di kepala. Garang juga minah ni, rupanya… sabar aje la.. just for tonight. Sudah dinihari beginipun masih mahu bergurau.
Karl memang faham minah sorang tu… biarkanlah dia dengan gurauannya. Tetapi
lenggok bicaranya macam serious aje, bergurau atau betul-betul ni..!! rate
double pun tak apa, janji dapat tidur.
Karl baring dan menyelimutkan dirinya. Nasib baik Wan sudah
menyediakannya semasa Erin menunggu Karl tadi. Tangan Karl mengalas kepalanya,
mata menala ke syiling rumah.
Sebelum tidur Karl membayangkan semula wajah berserabut Erin, bukan
senang hendak melihat wajahnya begitu. Tersenyum sendirian, Erin walau macammana
berserabaipun wajah ini, kau tetap cantik di mata ku. Terlupa sesaat perasaan
seram di rumah banglow!
BAB 18
Terkejut Karl terdengar laungan azan
dari masjid di atas bukit, menunjukkan waktu subuh sudah masuk. Baru sangat dirasa
dirinya melelapkan mata, kini sudah masuk subuh rupanya. Mahu tak mahu Karl
kena bangun, sebelum orang lain bangun. Segera dia keluar dari bilik untuk
menuju ke bilik air, kerana bilik ini tidak ada sambungan bilik air. Bilik air pula
terletak di ruang belakang. Karl tahu di mana letaknya bilik air kerana dia
menumpang mengambil uduk pada siang hari semalam.
“Macammana malam tadi, boleh lena?”
terkejut Karl, nasib baik tidak melompat. Dikejutkan dengan suara Wan Jie.
Ingatkan dia yang terawal sekali bangun, rupanya silap. Wan Jie sudah bersedia
untuk sembahyang subuh.
“Alhamdulillah Wan, terima kasih
Wan, kalau tidak saya jadi jaga malam tadi, shift malam, tak dapat lelap..” jawab
Karl mengucapkan terima kasihnya kepada Wan Jie. Wan hanya tersenyum dengan
ungkapan kata Karl.
“Dah tu, pergi solat subuh..” ujar
Wan Jie lagi. Karl menuju ke bilik air di hujung dapur seperti niat awalnya.
Karl berselisih pula dengan Erin dan
auntie Suzi yang baru selesai mengambil uduk. Karl nampak Tok Pa dan auntie Liana juga sudah
kemas berpakaian. Rupanya dia yang terakhir sekali terjaga.. malunya..
***
“Pst..pst..psst..” Karl cuba memanggil Erin yang sedang menyusun
cawan untuk bersarapan. Erin
berpaling, tahu Karl memanggilnya, dan menuju ke arah Karl.
“Apa hal lagi.. hah.. lepas asar
kita balik KL ya.?.” kata Erin, mungkin itu yang dia mahu mengetahui.
“Bukan soal balik.. ini ha..I ni tak
ada baju nak tukar dan barang-barang toiletries semua ada di rumah sana..
macammana nak mandi, kalau tak ada baju. I sehelai sepinggang aje keluar malam
tadi..” Karl menceritakan masalahnya panjang lebar kepada Erin.
“Erm..pasal tu..nanti tanya Wan..” jawab
Erin.
Wan lagi .. kerana Wan sahaja yang
boleh menyelesaikan sebarang masalah. Erin mencari Wan untuk menyelesaikan
masalah besar, masalah negara. Masalahnya Karl tidak ada toiletries. Sejurus
kemudian, Erin mendekati Karl, menghulurkannya berus gigi dan sehelai tuala,
tentunya dari Wan. Mudah sahaja menyelesaikan masalah negara yang membebani
Karl.
“Ikut I kejap..” pinta Erin agar
mengikutnya.
Karl hanya menurut masuk ke bilik
yang paling hujung. Karl kerut muka. Eh! Minah ni ajak dia masuk bilik, biar betul!
“Apa yang tercegat tu.. masuklah!“ tegur Erin garang,
apabila Karl terhenti di depan pintu. Karl teragak-agak, sama ada hendak masuk
atau tidak? Erin ni kenapa? Berani mengajak dirinya masuk bilik di rumah Tok Pa!
“Kata nak baju..“ kata Erin.
Hah, baru Karl faham. Erin meminta
dirinya memilih baju pinjam.
Bilik Pak Busu Haikal yang bersebelahan
dengan bilik Pak Cik Haiziq, bilik yang di diaminya malam tadi. Kedua-dua bilik
ini kosong buat minggu ini. Wan menyuruh Erin mencari baju-baju yang sesuai
dari bilik Pak Busu Haikal untuk Karl pinjam. Pak Busunya ini suka barangan
berjenama, sekarang bertugas di Kuwait. Cuma 2 kali setahun pulang menjengok
Tok Pa dan Wan Jie. Beberapa helai kemeja T diletakkan di atas katil untuk Karl
pilih. Bagi Karl mana-mana pun boleh, asalkan tidak memakai baju yang
dipakainya semalam selepas mandi nanti.
Dia kurang selesa mengenakan pakaian
yang sudah dipakai, tambahan pula baju itu telah digunakan untuk tidur.
Sebenarnya lebih kepada mengada-ngada, kalau sudah tidak ada, buatlah cara tidak
ada, bukannya susah.
Akhirnya dia memilih kemeja T
berwarna hitam yang ada tertulis kecil Diesel
di dada. Ingatkan diesel untuk isi minyak kereta sahaja, rupanya jenama
pakaianpun ada, manalah Erin tahu hal-hal pakaian lelaki. Seluar bermuda paras
lutut berkotak biru jenama Benatton juga dipinjam Karl. Hentamlah Karl kau jadi
umang-umang hari ini, pakai baju orang. Erin tersenyum sinis, Karl cebek muka,
tidak mengetahui apa yang melucukan kawannya. Sehelai kain pelikat Tok Pa
dihulur oleh Wan untuk Karl guna ke masjid bersama Tok Pa, subuh berjemaah di Masjid
pagi ini. Karl menurut sahaja apa yang diatur untuknya oleh Tok Pa dan Wan Jie.
Oppss.. silap. Apa sahaja yang diatur oleh puteri Jasmeen.
***
Di meja makan, auntie Liana dan mama
menyediakan bee hoon goreng sebagai sarapan. Erin tidak membantu, bilalah
agaknya anak dara ni hendak belajar memasak.
ehmm.. bila ya? Buat
masa ni tolong susun cawan aje dulu. Itupun belajar juga namanya. Belajar
urusan rumah tangga.
Tok Pa dan Wan memanggil Karl yang sedang bersiap di bilik Pak Busu
selepas balik dari masjid tadi. Menunggunya untuk bersarapan bersama. Karl nampak kemas dengan baju
pinjamnya. Lelaki ini memang pandai bergaya, pakai apa sahaja memang sedap mata
memandang, walaupun baju pinjam.
Tok Pa tidak banyak berbual kerana
menyedari banyak perkara yang masih menjadi rahsia untuk Karl ketahui. Walaupun
Karl ada juga membangkitkan rasa ingin tahunya mengenai susur galur keluarganya
daripada Tok Pa. Tetapi Tok Pa tidak mungkin melatah lagi, mungkin belum
masanya untuk anak muda ini mengetahui sepenuhnya. Jika boleh bukan dari mulutnya. Hamzah yang
sepatutnya menceritakan apa yang belaku sebenarnya. Tetapi jika Hamzah tidak
berbuat demikian, Tok Pa tetap akan diceritakannya kepada Karl nanti bila
sampai waktu yang sesuai. Bukan untuk menjaga tepi kain orang tetapi adalah untuk
pengetahuan Karl sebenarnya, tidak ada niat yang lain.
Selepas bersarapan Karl meminta Erin
menemankannya untuk ke banglow semula.
Wak Karmain sudah menunggu di depan
pintu pagar semasa Karl dan Erin singgah di rumah banglow untuk mengambil beg
sandang Karl.
“Anak tak tutup pintu pagar masa keluar pagi
tadi ya..?” tegur Wak.
Dia terkejut apabila bangun pagi
tadi di lihatnya pintu pagar ternganga luas dan kereta Karl sudah tiada di pakir.
Sangkaannya mungkin anak muda itu keluar sewaktu mencari sarapan. Tidak
diketahuinya Karl keluar di waktu tengah malam. Tidak dapat dibayangkan
bagaimanalah Karl membuka pintu pagar di waktu begitu dan juga bagaimanalah
agaknya dia melalui lorong yang bersemak itu sendirian malam tadi. Tiada
jawapan yang perlu diberikan kepada soalan Wak. Erin memandang Karl dan Karl
memandang Erin. Rasanya tidak perlulah diceritakan apa yang telah berlaku.
Adalah lebih baik Wak juga tidak mengetahui.
“Bahaya, nanti kalau lembu atau kambing masuk Wak tak nampak..” sambung
Wak lagi, apabila dia tidak menerima jawapan kepada soalannya.
Adakah itu sebenarnya alasan Wak untuk meminta pintu pagar ditutup
setiap masa? Atau jawapan sebenarnya mungkin hanya Wak sahaja yang mengetahui.
“Maaf Wak, saya hendak cepat keluar pagi tadi” alasan yang diberikan
oleh Karl, setelah merasa adalah kurang sopan jika dia hanya mendiamkan diri.
“Ya lah.. Wak masuk dulu.. ni dah nak balik KL ke..? “ tanya Wak lagi.
“Ya Wak… Wak tunggu sekejap boleh tak? saya nak pulangkan kunci
semula.., insyallah bulan depan saya balik lagi..Wak ada contact nombor, nanti
tak perlu Papa call, sayapun boleh call Wak..” ujar Karl lagi.
Memang alasan yang baik diberikan Karl dan bagus juga Karl mempunyai
nombor orang tua itu. Manalah tahu, tidak semestinya dia hanya boleh berkunjung
ke sini hanya pada hujung minggu, hari-hari lain pun boleh.
Wak pun mengeluarkan telefon bimbitnya Nokia lamanya dan membacakan
nombor telefon untuk Karl memasukkan ke telefon blackberrynya.
Pintu depan dibuka, suis lampu ditutup. Memang Karl kelab kabut
sehingga tidak menutup semua lampu malam tadi. Terus menuju ke bilik yang
dihuninya sekejap, malam tadi dan memasukkan bajunya tanpa dilipat kemas.
Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup dan terkunci.
Erin hanya menunggu di bawah, dia masih belum puas meneliti
barangan-barangan antik yang cantik-cantik. Kalaulah boleh dijual di Antique
Fair Amcorp Mall ni pasti Karl dapat banyak hasil yang lumayan. Kemudian Erin k
ebilik satu lagi, hanya melihat dari pintu masuk sahaja tidak masuk terus ke dalam, yang pasti bilik tersebut ialah
bilik membaca, kerana terdapat banyak buku-buku tersusun kemas di atas rak buku.
Erin memang gemar membaca. Nantilah one
find day akan dia meminta kebenaran uncle Hamzah atau Karl untuk meminjam
buku-buku tersebut, jika mereka membenarkan. Buat masa ini biarkanlah buku-buku
itu duduk diam di atas rak tersebut. Hanya gambar-gambar yang berderet yang
belum Erin amati. Itupun nanti dulu, bila sudah dah lama sikit, mungkin apabila
sudah mesra dengan persekitaran rumah ini, baru Erin berani. Tambahan pula,
siapa yang hendak ditanya untuk mengetahui wajah-wajah mereka ini. Hendak harapkan
Karl, dia sendiripun masih kelabu asap. Silap-silap muka moyangnya dikatakan
muka datuknya, atau sebaliknya. Erin
tersenyum sendiri. Dah macam potret dalam cerita P.
Ramlee, cerita Anak Bapak.
Terdengar derap tapak kaki seperti
orang turun tangga dengan deras, Erin keluar dari bilik bacaan dan menutup
pintu bilik semula. Dilihat Karl tercegat berdiri d ipintu masuk. Erin berjalan
pantas menuju ke arah Karl yang sedikit termengah menunggunya untuk keluar. Seperti tidak sabar-sabar sahaja hendak keluar
dari banglow itu.
“Dah ready..” tanyanya.
“Hem..” jawab Erin pendek.
Setelah mengunci pintu depan, Karl menyerahkan
kunci kepada Wak yang sedang menunggu di bangku batu di depan taman. Bersalaman dan berjalan ke arah keretanya. Selang beberapa tapak Karl
memalingkan semula badannya semula ke arah Wak yang masih tegak berdiri tidak
berganjak. Memerhatikan Tuan Muda kepada banglow yang dijagaa seumur hidupnya
beredar. Tuan Muda yang muncul tiba-tiba.
Sayu pula di hati Karl hendak meninggalkan banglow tua itu. Bagaikan
ada sesuatu yang memanggilnya agar cepat kembali. Tangan dilambai dengan
senyuman.
Jumpa lagi Wak, insyallah.
BAB 19
Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur berjalan lancar, dalam 20 minit sahaja
sudah sampai ke Putra Height. Sampaipun sudah masuk senja. Sedih pulak rasanya
tadi meninggalkan Tok Pa dan Wan Jie. Dah macam drama sekesah pula. Yang sedih sangat ialah Karl. Dia terharu
dengan layanan Tok Pa terhdapnya, dia rasakan bagaikan datuknya sendiri.
Mama Suzi tidak pulang lagi, dia
menambah untuk bercuti rehat 2 hari lagi kerana ingin bersama lama sedikit
dengan keluarganya, katanya dia mengambil peluang dengan bercuti sebelum dia
sebok membuat persiapan ke Switzerland. Jika sudah sebok sudah tentu tidak ada peluang untuk bercuti. Erin
tidak dapat bercuti kerana perlu mengumpul cutinya kerana akan mengikut Mama Suzi
untuk beberapa minggu ke Swiss kelak.
Sepanjang perjalanan Karl asyik menyebut rasa gembiranya dapat
bersama dengan keluarga Tok Pa kerana sepanjang hidupnya dia tidak pernah
merasa mempunyai seorang datuk atau seorang nenek.
Hanya merasa mempunyai seorang datuk semasa dia kecil, tetapi sudah
terlalu lama. Seingatnya datuknya tidak lah semesra Tok Pa. Dia masih ingat
wajah datuknya dan ada wajah itu ada di salah satu potret yang tergantung di
rumah banglow moyangnya. Tetapi gambar datuknya semasa muda. Namun dia
beruntung mempunyai kedua ibu bapa yang penyayang dan understanding. Papa dan
Mamanya menjaganya dengan penuh kasih sayang. Sudah berumur 25 tahun masih
menjadi little boy of the family,
anak manja. Still little boy ah!
Tetapi yang paling kerap muncul di mulutnya ialah kesah dia merasa
seram dan terus keluar rumah tanpa melihat belakang. Serious! Seperti cerita
“Jangan Pandang Belakang” pula, Erin mendengarnya.
Pengalaman berhujung minggu di kampung sungguh berbaloi dan Karl
bercadang untuk kerap pulang kesana. Tidak termasuk pengalaman bermalan itu. Erin
lagilah suka, sekurang-kurangnya dia sudah selamat duit minyak, dan pulang ke kampung
siap ada driver lagi, chauffer driven.
Setuju sahaja dengan cadangan Karl untuk pulang bersamanya pada setiap bulan,
setiap minggupun dia sanggup.
Karl memberhentikan keretanya
betul-betul di hadapan pintu pagar rumah mama Erin. Seperti biasa dia hanya
akan meninggalkan Erin, sehingga Erin betul-berul sudah berada di dalam rumah.
“See you tomorrow, malam
ni sendiri di rumah, kalau ada apa-apa calling calling tau!!” pesannya kepada
Erin sambil jarinyanya digoyang-goyang ke telinganya, menunjukkan isyarat
telefon.
Erin hanya mengangguk dan
melambaikan tangan. Ambil berat pula Karl terhadapnya.
Karl sebenarnya seorang lelaki yang baik, tetapi hairan, kenapa tidak mempunyai
ramai kawan. Tidak ramai kawan sama ada kawan lelaki mahupun kawan perempuan.
Mungkin dia seorang lelaki yang memilih kut, atau sifat sombong dan keras kepalanya seperti sewaktu perkenalan
awal Erin dahulu. Tetapi itu Karl yang dahulu di mana
Erin tidak mengenali siapa Karl sebenarnya. Karakter sebenar kini baru Erin
selami, dia seorang lelaki yang baik dan caring. Rupanya setelah kenal dirinya
lebih dekat, tidaklah seteruk yang disangkakannya.
Apalah Erin ini, kalau orang tu dah
suka, semuanya indah.. sudah tak nampakpun apa keburukannya. Itulah orang kata, kalau dah suka kentutpun
wangi.. he..he..he.. merapu pulak. Nasib baik kau bukan kaki perempuan atau buaya.
Jika kau kategori tersebut, sorry Erin akan cuba menjauhkan diri.
Erin melambaikan tangannya,
mengisyaratkan dia sudah selamat. Itu bermaksud Karl boleh beransur pulang. Sebelah
lagi tangannya menjinjing lauk yang dibekalkan oleh Wan. Sebenarnya Wan Jie
membungkus dua bungkusan, satu untuknya dan satu untuk Karl yang telah Erin
tinggalkan di seat belakang, bersebelahan dengan beg sandangnya. Harap-harap
dia tidak lupa mengambilnya nanti.
Karl meneruskan pemanduan pulang ke
Bukit Tengku. Senyum tak sudah di bibir, dia girang.
****
“Macammana rumah tu, Karl, Wak jaga
dengan baik tak?, Pa pun dah lama tak balik PD..” pertanyaan dari Papa sebaik
sahaja Karl sampai di rumahnya.
“Semua okey Pa, Wak tu jaga betul-betul, oh ya
Tok Pa, datuk Erin kirim salam” bersungguh-sungguh Karl menyampaikan pesanan
Tok Pa.
“Mana.Karl jumpa Pakcik Tapa, dia
datuk Erin ke?” terkejut Papa Karl mendengar nama yang sudah lama tidak ada di
dalam senarai nama di kepalanya.
Segera terbayang di kepala Hamzah
raut wajah orang tua yang bernama Mustapha yang di panggilnya Pakcik Tapa. Dia
kenal betul dengan lelaki itu kerana dia boleh dikatakan kawan baik bapanya.
Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan orang tua ini. Pakcik Tapa pernah
mengangapnya sebagai anaknya kerana sering ke rumah Pakcik Tapa bermain dengan
anak-anaknya semasa kecil. What a small world, bolehkan anaknya berkawan baik pula dengan cucu Pakcik Tapa. Semasa
pertemuan dengan Erin dulu, tidak terfikir pula bahawa Erin cucu kepada orang
yang di kenalnya. Ingatkan hanya satu kampung, penyesal pula Hamzah tidak
bertanya lebih detail lagi mengenai diri Erin sewaktu kunjungan terpaksa Erin
tempoh hari.
“Sihat ke Tok Pa lagi Karl?Tok Pa itu datuk Erin ke?” soalan yang
sama diulang Hamzah sambil mengerutkan mukanya, perasaan ingin tahu mula
menular di fikirannya. Kenapa tidak dari dulu difikirkannya orang tua ini. Dia
tahu Pakcik Tapa seorang yang baik. Entah mengapa dia seperti merajuk. jika
boleh tidak mahu lagi ke kampung itu dan melupakan apa yang pernah dialaminya.
Siapa sangka kini anaknya bakal menyingkap semula kesah yang sudah lama cuba
untuk dipadamkan dari ingatannya. Sekiranya ingatannya boleh di reinstall
seperti komputer, alangkah baiknya. Boleh sahaja erase semua memory, tapi
sayang tidak semudah itu. Mana mungkin boleh terus hilang begitu sahaja, Karl harus tahu apa yang
sebenarnya berlaku. Mungkin sudah sampai masanya untuk Hamzah menceritakan
kebenaran kesah keluarganya sebelum dia mengetahui dari mulut orang lain.
Memang pedih untuk disampaikan, tetapi hanya itu sahaja cara untuk dia meringankan
beban di kepalanya yang telah sekian lama disimpannya.
“Tok Pa baik-baik aje Pa .. Wan Jie pun baik, kenapa Pa?” Karl perasan reaksi Papanya berubah apabila Karl menyebut nama Tok
Pa.
“Tak ada apa-apa Karl ,.. yang tu apa?” jawab Hamzah dan cuba mengalih
tajuk perbualan dengan bertanyakan kepada bungkusan lauk yang dijinjing Karl
untuk di bawanya ke dapur..
”Oooh.. ni..lauk dari Wan Jie”
Karl mengangkat tinggi barang yang di jinjingnya dan pantas menjawab.
Perjalanannya ke dapur diteruskan.
Bungkusan lauk diletakkannya di atas meja dapur. Beg sandang masih tersandang di bahu
kirinya. Karl kemudian muncul semula di ruang tamu, di mana
papanya berada.
“Best pergi sana Pa, Karl intend
to go there every month.. boleh tak Pa? Mama mana Pa?” kata Karl lagi kepada
papanya.
Sebenarnya bukan best sebab ke sana, tetapi kerana dia bersama
perempuan yang perlahan-lahan mengisi hatinya. Perempuan yang selalu membuat
hatinya girang. Girang, riang.. entah! satu perasaan yang sukar untuk di
gambarkan.
“Ma, pergi salon, katanya nak trim rambut, kejap lagi balik la tu..
oh ya.. bagus jugak Karl pergi sana selalu, nanti Pa dan Ma boleh ikut sekali
bila Pa senang” jawapan dari papa yang membuat Karl gembira. Gembira mendapat green light dari papanya.
“Pa dah dinner, tu lauk dari Wan
Erin, nak tunggu Mama ke? Kita boleh makan sekali
nanti” tanya Karl tidak sabar.
“Ehem, kita tunggu sekejap, kalau pukul 9 mama tak balik juga kita
makan..” jelas Hamzah kepada anaknya.
“Karl naik dulu, nak solat ..” jelas Karl.
Hamzah hanya mendiamkan diri. Tersenyum, anaknya tidak culas
menunaikan yang wajib sejak akhir-akhir ini. Perubahan yang baik,
Alhamdulillah. Masih duduk di kerusi dengan cermin mata kecilnya yang digunakan
khas untuk membaca. Majalah Forbes yang tadinya sungguh asyik dibacanya, kini
sudah tidak memberi apa-apa makna. Yang memenuhi fikirannya sekarang ialah
wajah tua Pakcik Tapa yang dibayangkannya kerana seingatnya melihat wajah itu,
semasa dia berumur awal dua puluhan. Tatkala rancangannya untuk bernikah dengan
Khine Thuza, gadis Myanmar Rohingya yang dikenalinya semasa belajar di London. Juga
untuk membawa bapanya terus tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. Khine Thuza
menukar nama Burmanya kepada Fazluna Mysha yang kini menjadi ibu Karl. Hamzah
sangat terhutang budi dengan isterinya kerana sanggup menjaga bapanya, Ben
sehingga akhir hajat orang tua itu dengan sabar. Disamping menjadi seorang
isteri dan ibu yang baik kepada Hamzah dan Karl. Gadis Myanmar muslim ini
memang sesuai dengan namanya (Fazluna Mysha) “bunga padang pasir yang membawa
kebahagian sepanjang hajat”. Tersenyum sendiri Hamzah apabila mengenangkan
keunikan nama isterinya. Siapalah agaknya punya idea memilih nama itu. Unik dan enak didengar.
“Hai bang tersenyum sendiri tu.. ingatkan apa?” teguran dari seorang
perempuan. Terkejut Hamzah dari lamunan.
Tidak menyedari diperhatikan oleh isterinya. Kepulangannya pun tidak
disedarinya. Karl juga turun menapak ke arah kedua ibu bapanya. Karl sudah
bertukar pakaian kepada berkemeja T berleher bulat puteh dan track bottomnya
berwarna biru laut. Terus menghenjakkan punggung di sofa bersama kedua orang
tuanya.
“Ha.. Karl pun dah balik, bila anak
mama balik ni..” tanya mamanya mesra.
Karl yang sudah 25 tahun, masih
dilayannya seperti kanak-kanak. Namun Karl tidak ambil pott, dia anak tunggal,
pastinya mamanya masih melayannya seperti anak kecil, itu membuatkan dia manja
terlebih, anak mama katakan.
“Karl baru aje balik ma.. tak sampai
pun 1 jam.. Ma dah makan?..” tanya Karl.
Janji untuk makan bersama apabila
mama pulang dituntutnya.
“Mama makan di mana pulak, mestilah
belum makan lagi sayang.. Kenapa tanya? Nak belanja ke? Karl pun dah lama tak
belanja Mama” Mama Mysha mengusik anaknya.
Sambil mengambil majalah suaminya
yang sudah terjelepok di atas meja.
“Taklah.. Karl ada bawa balik
bekalan lauk Wan Jie..sedap ma lauk dia!” beriya-iya Karl mempromosikan masakan
Wan Jie.
Mama Mysha hanya mencebek mukanya ke
arah Papa Hamzah. Papa Hamzah hanya mendiamkan diri. Setahunya, dia
tidak kenalpun siapakah Wan Jie yang dikatakan anaknya. Papa Hamzah memang
kenal sangat dengan isteri pakcik Tapa.
“Kalau macam tu jomlah.. tak sabar
mama nak rasa, yang Karl kata sedap sangat tu..” ujar Mysha.
Kerana riak Karl yang
bersungguh-sungguh, membuatkan dirinya teruja untuk mengetahui keenakkan yang
dikatakan.
“Betul ma, tak percaya jom..”Karl
menambah.
Rupanya Karl sudah memasak nasi
menggunakan rice cooker sebelum naik ke atas tadi. Marlin pembantu Philipina
tidak bertugas waktu malam, hanya bekerja dari pagi sehingga jam 6 petang
sahaja setiap hari.
“Hemm.. sedap bau” kata Mysha.
“Bukan setakat bau, rasapun
sedaaapp.“ sampuk Karl. Hamzah hanya tersenyum. Sungguhpun, memang dia tahu
masakan perempuan itu enak.
Tiga beranak menekmati makanan yang
dibekalkan oleh Wan Jie.
Memang tidak dapat dinafikan,
masakan Wan Jie memang enak. Bagi Hamzah, makanan serupa itu pernah dirasainya
sewaktu dulu, kini memang dia benar-benar terasa rindunya ke kampung yang cuba
dia abaikan. Persoalan berpusing-pusing di kepala kenapa dia tidak ingat langsung
akan kehadiran orang tua yang bernama Mustapha ini.
Manakala Karl pula tidak sudah-sudah
menceritakan keseronokannya berada di kampung, di selitkan juga kegembiraannya
bila bersama Erin. Cuma tidak menceritakan kes dia lari malam. Dia malu!!
Mama Mysha dan Papa Hamzah turut
gembira dengan perangai Karl sekarang, yang lebih banyak bercakap dan mesra
alam. Mereka mengerti anaknya bahagia sekarang, ini boleh dilihat dengan
sinaran mata Karl yang bersinar-sinar setiap kali menyebut nama Erin. Tidak
seperti dahulu, jika hendak diajak berbualpun susah, masanya banyak dihabiskan
sendirian di biliknya sendirian.
Erin seperti pembawa sinar ke dalam
hidup Karl yang dulunya suka bersendirian. Ya, Mama Misha dan Papa Hamzah ingin
sangat mengetahui lebih mendalam lagi mengenai gadis ini. Memang Papa Hamzah
kenal Pakcik Tapa, tetapi dia kurang kenal anak perempuannya, yang Karl panggil
auntie Suzi, mama kepada Erin, Hamzah juga memanggil nama gadis yang
dikenalinya itu dengan nama Suzi. Dulu pemalu dan hanya sekali sekala sahaja
mereka bertegur sapa. Memang ada jurang diantara keluarga Cunningham dengan
semua orang kampung. Siapa berani berkawan dengan keturunan orang puteh, Tuan
Cunningham itu!
Semenjak dua menjak ini Karl, saban
hari ada sahaja diselitkan cerita Erin, gadis pujaan yang dipujanya dalam diam.
Erin tidak mengetahui apa perasaan yang tersimpan
dihatinya selama ini. Disebabkan banyak sangat cerita yang disampaikan kepada
Papa Hamzah dan mama Misya terasa mereka sudah kenal lama gadis ini seperti
yang Karl mengenalinya.
Anak muda zaman sekarang
tidak segan hendak meluahkan apa yang tersimpan dihati mereka. Tidak seperti zaman Papa Hamzah dan zaman
Mama Misya yang tidak seberani begini. Papa Hamzah bersyukur dengan pengenalan
Karl dengan Erin, sekurang-kurangnya dia tahu dan kenal benar dengan asal usul
gadis yang bertahta di hati anak lelaki tunggalnya.
Seperti apa yang berlaku adalah takdir yang meminta dia kembali
kepada asalnya. Ke kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Itulah,
indahnya fitrah alam, tidak ada siapa dapat menduga. Hanya DIA yang maha
mengetahui yang terbaik untuk insan ciptaannya. Papa Hamzah bersyukur, anaknya gembira, sinar
mata anaknya jerneh setiap kali nama Erin terbit dari bibir anaknya. Begitu
juga Mama Misya, dia berdoa semoga apa yang diharapkan berjalan dengan baik.
BAB 20
Tersenyum simpul Karl di atas
katilnya bila membayangkan wajah Erin yang dilihatnya malam tadi. Dengan
rambutnya yang kusut masai, matanya yang layu, menguap sepanjang masa. Maklumlah
muka orang baru bangun tidur, atau lebih tepat lagi, wajah orang yang diganggu tidurnya.
Kelakar pulak, wajah perempuan itu. Kata orang jika hendak tahu
kecantikan natural beuty seorang
perempuan, tengok wajah perempuan itu selepas baru bangun tidur, itulah wajah
asli dan wajah yang sebenarnya tanpa secalit
make-up walaupun gincu bibir. Nampaknya Karl sudah lihat wajah asli dan
sebenar Erin.
Emm.. macammana? Karl tersenyum sendiri, susah untuk dia menilainya,
pada pandangan matanya Erin masih menarik walau dalam apa keadaan pun. Baginya
dia sanggup menghadap wajah itu seumur hidupnya jika diizinkan ALLAH, Insyaallah.
Sudah teruk penyakit Karl nampaknya, penyakit anggau. Tetpai hanya bertepuk
sebelah tangan.
Mata meleret kedinding, jam dinding bingkai empat segi biru jenama
citizen tergantung. Malam masih siang, jam baru menunjukkan 10.00 malam. Tangan
mencapai telefon blackberrynya.
“Buat apa? Alarm dah on, pintu depan dah check kunci ke tidak?” Karl
menghantar pesanan ringkas kepada Erin.
Terkejut Erin yang leka menonton TV,
siaran TV3, leka menonton drama Adam dan Hawa.
Drama baru hendak bermula, musik
pengenalan sudah berkumandang. Siapa pulak menganggu ketenteraman Erin. Erin
mendepa tangan, mencapai iphonenya yang dia letak di atas meja solek.
“Hiss. Kacau ajelah mamat ni.” Erin
mengomel sendiri
Berkerut muka Erin apabila membaca
pesanan ringkas Karl yang baru diterima. Apa halnya pula dia terlalu mengambil
berat tentang keselamatan Erin, tidak pernah-pernah dibuatnya selama ini.
Ingatkan tadi pesanan ringkas dari mama, kerana mama sahaja yang selalu pesan
itu dan ini. Dia masih kurang percaya dengan Erin, walaupun Erin bukan
anak-anak kecil lagi, kerana dia selalu berkata, Erin is still her baby girl.
”Sedang tonton Tv, apa hal!”
menjawab pesanan ringkas Karl, garang.
Karl yang masih memegang telefonnya,
segera membuka pesanan ringkas yang baru diterimanya. Memang sengaja dia
memegang telefon, kerana dia sungguh-sungguh berharap Erin akan menjawabnya.
Jika setengah jam pesanann ringkas tidak berbalas, dia mencadang untuk
menalifonnya sahaja. Bukannya apa, saja hendak bertanya khabar. Nasib baik,
cepat Erin menjawab pesanan ringkas tersebut. Karl tersenyum lagi apabila membaca pesanan ringkas yang diterima,
walaupun tidak semesra alam.
“Emm… marah ke…garang nampak!” Karl membalas sms Erin dengan meletakkan symbol smily face yang bertanduk, tanda marah dihujung
smsnya. Didalam hatinya.”orang risaukan
dia, dia nak marah-marah lah pulak”. Tangan ligat menekan abjat-abjat kecil
cellphonenya
”I risau sebab sekarang ini Sayang I sorang-sorang malam ni..” Karl tersenyum
dan menutup mulutnya kerana menyakat Erin.
Bertambah-tambah berkerut muka Erin membaca pesanan ringkas yang
terakhir, biar betul mamat ni, sihat ke tidaknya dia ini.
Pesanan ringkas dibalasnya “Sayang! Siapa sayang you? You sihat ke
tidak.. kalau sakit buat-buatlah pergi makan
ubat, I rasa you ni sakit ?..” Erinpun tersenyum membaca kembali pesanan
ringkasnya sebelum ditekan butang send.
“I memang sakit, tapi I tak perlu makan ubat kerana ubatnya ada pada
you.” Pandai pula Karl berdrama. Erin yang membaca pesanan ringkas tersebut
bingong. Sah , Karl memang sakit, sakit otak atau sakit jiwa.
“Eh.. bila pulak I ada pegang ubat you.. biar betul .!! Malaslah I
nak layan you ni.. I nak tidur.., esok kena bangun pagi nak pergi kerja..” Erin malas hendak melayan, memang
Erin malas.
“Garang nampak..” balas dari Karl
dengan cepat.
“Tak garang, mana ada garang..” Erin membalas juga pesanan ringkas Karl,
walaupun dimulut marah-marah.
“I rindu seorang perempuan tu. Tapi dia tak tahu.. yang dia tahu marah marah aje” Eh!
Eleh Karl, sudah berani meluahkan hatinya, perlahan-lahan memberanikan dirinya
meluahkan hati.
“Bertuah perempuan tu, dirindui
Mikhail Hamzah..jejaka rebutan di Info Harian..” Erin masih menyakat Karl. Dia
tidak mengetahui, perempuan yang di maksudkan Karl ialah dirinya sendiri.
“Erin, I serious ni, kenapa you
asyik garang dengan I” Karl hampir hilang pertimbangan apabila Erin masih tidak
faham-faham yang dia suka kepadanya.
“Mana ada garang, tapi Sayang… sayang sangat sangat, good night.” Erin juga membalas dengan
pantas.
Sebenarnya Erin tidak bermaksud apa-apa dipesanan ringkasnya yang
terakhir, sengaja dia menghantarnya begitu dengan harapan Karl berhenti dari menghantar
pesanan ringkas lagi yang bukan-bukan. Kata-kata yang tidak masuk di akal. Baru
beberapa jam tadi dia okey sahaja. Bila sampai di rumahnya, jadi lain pula.
Erin ingin menonton drama Adam dan Hawa.. jelas terpampang babak si
Aaron Aziz a.k.a. Adam dalam drama sedang memujuk Nadia Nisya a.k.a Hawa di Australia.
Mengacau ajelah si Karl ni, tak dapat Erin hendak menumpukan perhatiannya
kepada drama tersebut, nanti tak tahu jalan cerita pula.
Tiba-tiba telefon Erin dengan lagu
Adele “someone like you” berbunyi.. Tertera nama Karl.. ah.. sudah kau Erin..
tulah jangan main-main dengan budak Mohd Mikhail Hamzah.
Panggilan dijawab, Erin melekapkan
telefon ke telinganya, mata masih menala ke skrin TV. Terdengar suara Karl yang baru beberapa jam
dia tinggalkan petang tadi.
“Rin,
do you really mean it..” tanyanya.
“Really mean what?” Erin bertanya semula
kepada Karl, hairan.
Mata masih setia menala ke skrin TV, kini terpaksa seperti menonton
filem bisu, kerana tidak mendengar butir-butir yang diucapkan di TV kerana
tumpuan pendengarannya sekarang di telefon yang sudah terlekap di telinga
kirinya.
“Your last sms..” tanya
Karl
“Which one..” Erin
bertanya untuk penjelasan kerana fikirannya masih dikaca televisyen.
“The last onelah, buat-buat tanya pulak..” ujar Karl.
Bingong kenapa Erin tidak ingat apa yang ditulisnya sendiri.
Erin masih tertanya-tanya perkataan
apa yang dimaksudkan oleh Karl. Kenapa susah sangat, sebut sahaja apa yang
menjadi tanda tanyanya. Setahunya dia hanya bergurau.
“Yang mana satu Karl.. ishy you
ni.., mengacau betul, orang nak tengok TV pun tak senang” Erin masih bingong
dan marah, tidak mengerti apa yang dimaksudkan.
“Perkataan sayang tu..”kata Karl. Akhirnya
malas dia hendak berteka teki dengan Erin yang tidak perasan, perkataan
terakhirnya membuat Karl inginkan kepastian.
“Oh.. itu… what do you think.?.”
tetapi Erin pula masih mahu
berteka teki.
“Erin, I’m serious ni.. jangan main-main” jelas Karl.
“Siapa main-main? Kalau you rasa serious, serious la jadinya..eh.. I
nak tidur la..esok kita cerita lagi okey, good night” Erin cuba menamatkan
perbualannya yang pasti tidak akan ada kesudahan kerana Karl cuba mengorek
perasaan Erin terhadap dirinya ketika ini. Tetapi yang sebenarnya Erin mahu
menamatkan perbualannya dan terus menonton drama yang ditunggu-tunggunya.
“Erin.. wait..” Karl masih menahan
untuk terus berbual dengan Erin.
“emm… okey lah.. good night, see you tomorrow.” Erin menamatkan talian. Malas memanjangkan cerita, Esok sahajalah
boleh diuraikan.
Erin terus mematikan talian telefon dan menyambung tontonan drama
Adam dan Hawa dengan tenang. Di harap tiada gangguan dari Karl lagi.
Karl pula masih teringat-ingat dengan perbualan yang baru sahaja
selesai. Si Erin ni serious atau tidak! Atau hanya memainkan perasaan Karl.
Tidak mengapa boleh sahaja dirungkaikan nanti.. esok yang ditunggu.
Entah bila dia lena, lena melayan
ungkapan terakhir Erin. Diharap apa yang didengarnya itu benar “Erin menyayangi
dirinya” atau hanya dia tergila bayang.
No comments:
Post a Comment