BAB 13
“Tadi mama berbual dengan cikgu
Pozi. Dia kata Erin naik motor mat rempit, ya ke?“ Kan dah kata, cikgu Fauzi
sudah salah faham. Erin baru sahaja pulang, mama sudah mengajukan soalan bom
atomnya.
“Erin dengan Karl tadi. Karl bawa
motor dia, sebab nak cepat. Semalam kan dah tertinggal kereta Rin kat ofis?
Karl ada rupa Mat Rempit ke Ma? ” kata Erin. Mama hanya diam.
“Mama bukan apa, kalau boleh elakkan
jadi buah mulut jiran. Cikgu tu berniat baik. Takut juga dia, kalau-kalau anak
jiran diapun sekarang ni dah merempit, manalah tahu..“ kata mama lagi.
“Hissy.. tak ada maknanya, ma..”
kata Erin dan terus naik ke atas.
Selesai maghrib Erin baring dan
terfikir akan kata-kata Karl dan mama. Kan, orang sudah salah sangka dengan
perhubungannya dengan Karl. Habis tu macammana?
Nampak gayanya Erin terpaksa
menghadkan kunjungan Karl ke Putra Heights.
Nampak gayanya begitu la. Demi menjaga
nama baik dirinya dan juga mama.
***
“I
want to see both of you now, please” Encik Lokman bersuara dari celah pintu
yang dikuak separuh, sebaik sahaja dia melihat Erin dan Karl yang baru sahaja
hendak melabuhkan ponggong masing-masing diworkstation mereka. Erin memandang
Karl, Karl hanya menangkat bahu, tanda tidak tahu apa sebabnya Encik Lokman
ingin bertemu dengan mereka berdua. Risau juga sebenarnya, adakah mereka
membuat kesalahan, atau, adakah article mereka mengalami masalah.
Encik Lokman sudah sedia menunggu di
dalam biliknya. Erin menunggu Karl dan sama-sama berdiri didepan pintu. Karl
mengetuk perlahan pintu bilik Encik Lokman. Mereka berdua terus sahaja masuk
dan Encik Lokman mengarahkan mereka duduk.
“By the way, Karl, you dah betul-betul pulih ke?.. kaki tu macammna? Persoalan dari Encik Lokman,
mengambil berat kesihatan pekerjanya.
“Saya dah okey boss..”jawab
Karl laju. Encik Lokman mengangguk
perlahan.
“Hem.. okey! one job for both of you, urgent.. buat appointment jumpa
Ketua Pengarah Putrajaya Holding, Tan Sri Kamal, buat interview pasal
pencemaran tasik Putrajaya, banyak ikan mati .., I want both of you to get that news first.. okey! Go..go... now! now!”
Bingkas kedua-duanya meninggalkan bilik Encik Lokman apabila diarah.
Erin terus menekan kekunci komputernya untuk google nombor telefon
Putrajaya Holding dan terus membuat panggilan apabila webpage yang dicari
terpampang di skrin komputernya.
Pantas jari menekan nombor seperti yang tercatit. Beberapa kali juga
dicuba, yang menjawab hanya suara perempuan memberitahu “Semua talian sedang
sebok dan tidak dapat disambung, harap cuba sekali lagi..” namun Erin tidak
putus asa. Dicuba dan terus dicuba, akhirnya berjaya. Halangan pertama sudah
ditembusi, kini sedang berurusan dengan setiausaha Ketua Pengarah. Susah betul
berurusan dengan setiausaha KP ini, ada sahaja alasannya. Erin merayu beberapa
kali, akhirnya Setiausaha Tan Sri Kamal Shamsuddin, Pengurus Besar Putrajaya
Holdings bersetuju untuk ditemubual. Karl di workstation di belakangnya juga sudah bersedia dengan kamera dan
lensanya.
“Yes!!”
sambil tersenyum dan menoleh ke belakang.
“Jom..” langkah diatur pantas menuju
kedestinasi. Erin mencapai buku nota kecil dan mengambil tape recorder di laci
mejanya terus memasukkan ke dalam beg yang sudah disandangnya ke bahu. Beg yang
disandang nampak berat, mana tidak ada, segala-gala dihumbannya ke dalam beg
tersebut. Langkah diatur laju, berharap agar Info Harian adalah pemberita yang
pertama berjaya mendapatkan penjelasan dari Putrajaya Holdings tentang kematian
beribu-ribu ikan di tasek buatan di Putrajaya Presint 2.
Kerana ingin segera sampai di
Putrajaya Holding tanpa memikirkan masalah pakir, mereka bersetuju ke sana
dengan motosikal Karl sahaja. Pejabat Tan Sri Kamal dituju, pejabatnya berada
di tingkat 15, Bangunan Putrajaya Holding di Presint 1. Seperti yang
dijanjikan, Setiausaha Tan Sri Kamal sudah menunggu dan mengarahkan mereka
duduk di bilik menunggu. Comel lote aje
rupanya perempuan yang dihubungi Erin pagi tadi, tetapi tegas. Masih lagi muda
rupanya dia, ingatkan tadi kakak yang sudah hampir hendak pencen. Tidak
sampaipun 5 minit, setiausahanya muncul semula dan mengarahkan mereka
mengikutnya ke bilik Tan Sri yang sedang menunggu untuk membuat temuramah. Di
dalam bilik Tan Sri mereka lihat sudah ada 3 pegawai lain, dan salah seorangnya
ialah Encik Remy Marzuki, Pegawai Penerangan Syarikat itu. Erin segera
menemuramah Tan Sri dengan cara berhemah, tidak mahu terus menerjah. Ini
bukannya rancangan MELODI, terjah menerjah. Tan Sri seorang yang professional,
dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh Erin dengan baik sekali.
Pastinya sudah disediakan oleh Encik Remy. Temubual bersama Tan Sri terasa
pendek walaupun sebenarnya sudah
berjalan hampir 45 minit kerana Tan Sri pandai menjawab setiap soalan yang
diajukan kepadanya dengan jelas sekali. Tan Sri pandai berbicara sehingga Erin
rasa senang untuk meneruskan persoalan demi persoalan, tidaklah dia terasa mengelablah. Karl pula sebok
mengambil photo, sesekali mata Erin terkelip oleh pancaran flash dari kamera
Karl, terasa pula seperti celebrati. Tetapi hari ini bukan dia celebratinya,
tetapi Tan Sri Kamal.
Perjalanan pulang mereka singgah di tasek yang dimaksudkan. Pekerja
Majlis Perbandaran Putrajaya sedang sebok mengeluarkan sisa-sisa ikan yang
sudah terapong di permukaan air, untuk dibuang. Jika lambat berbuat demikian,
air akan menjadi lebih beracun dan toxic.
Toxic ini akan membunuh penghidupan lain di dalam tasek. Tindakan perlu
dibuat segera. Di sini Karllah yang paling sebok, segala sudut dirakamkan ke dalam
kamera canggihnya. Erin hanya memerhati dari dalam kereta. Cermin kereta diturunkan sedikit, Erin malas
hendak keluar, kerana cuaca panas, biasalah bukankah sudah tahu, Erin si puteri
lilin. Puteri yang berangan mencari putera, tetapi yang muncul putera katak.
Erin tersenyum sendirian apabila teringat cerita si putera katak tersebut.
Di tepi tasek Karl mengambil gambar dengan berhati-hati, sekejap
kamera ditukar lensanya. Berpeluh-peluh
dia dibuatnya, Karl mengelap peluhnya dengan lengan baju. Topi fedora yang
dipakainya juga tidak mampu melindungkan mukanya dari sinar matahari pagi,
walaupun baru jam 10.00 pagi.
Kelihatan Karl menuju semula ke
kereta, kenapa? Erin hairan, sudah selesai ke? selalunya tidaklah sesingkat
ini, Karl selalunya mengambil snap lebih dari 20 setiap sceen.
“Nah.. pegang ni..” menghulur topi fedoranya
kepada Erin, Erin menyambutnya melalui cermin tingkap kereta. Hemm.. menghantar
topi rupanya. Manik-manik peluh masih kelihatan diseluruh mukanya.
Tidak sampai hati Erin melihat Karl
yang bersungguh mengambil beberapa lagi shot ditengah panas sendirian. Erin
keluar dari kereta bertujuan untuk menemannya. Erin menghulurkan beberapa helai
tissue. Menghantar tissue sebagai alasan. Karl terus menyapu tissue yang
dihulur ke mukanya. Sebenarnya Erin tidak mahu dia membiasakan diri mengelap
peluh dengan menggunakan lengan bajunya. Tugasnya belum selesai, dia selalunya
hanya akan pulang ke pejabat sekiranya dia berpuas hati dengan apa yang telah
dirakamkannya. Itulah Karl, teliti apabila membuat sesuatu kerjanya yang
diamanahkan kepadanya.
Selesai di tasek, segera mereka pulang ke pejabat untuk urusan
menyudahkan laporan hasil dari temubual tersebut. Karl pula mengedit
gambar-gambar yang telah diambilnya termasuk juga gambar-gambar semasa di tasek
Putrajaya tadi. Lebih
kurang dua jam, laporan sudah diluluskan oleh penyunting. Lega hati Erin dan
Karl. Diketahui dari Encik Lokman, memang benar, Info Harian adalah agen berita
yang pertama memperolehi berita ini. Mereka gembira, tidak sia-sia bergegas
keluar tadi.
Kemudian Encik Lokman meminta mereka membuat liputan ke majlis hari
jadi Datin Sri Sabariah, isteri Menteri Sumber Manusia pula.
Dengarnya majlis hari jadi tersebut akan di sambut bersama anak-anak
yatim Rumah Harapan. Ini
tidak menjadi masalah kepada Erin, kerana Erin pernah sekali menemuramah Datin Sri. Dia seorang wanita yang lemah lembut dan
senang untuk dibawa berbual, memudahkan Erin menemubual secara santai, tidak
ada protokol.
Satu lagi malam yang menjanjikan
mereka akan pulang lambat. Tidak mengapa, hari ini sudah Khamis, esok hari
Jumaat. Erin sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung bertemu Tok Pa dan Wan
Jienya. Jangan mereka terkejut sudah, kali ini pulang dengan teman lelaki,
tetapi bukan bakal menantu untuk cucunya, cuma teman baik, Ibarat teman tapi
mesra. Erin tersenyum sendirian sambil memandang Karl dibelakangnya. Karl
dengan muka berkerut, hairan memandang kawan baiknya tersenyum sendirian dengan
seribu tanya tanya, “kenapalah perempuan dihadapannya ni tersenyum-senyum. Mereng
ke apa? Biarkanlah Asalkan Kau Bahagia”.
BAB 14
Seperti yang dirancangkan, Karl
muncul di depan rumah Erin tepat pada jam 7.00 pagi Sabtu. Boleh pula dia bangun awal hari ini, tidak pula
memerlukan Erin untuk menjadi jam locengnya, hairankan? Entah-entah dia tidak tidur
malam tadi kerana terlalu excited
hendak balik kampung. Orang tidak pernah ada kampong! Tetapi tidak mengapa, dia
sudah selamat sampai, apa pula nak dikesahkan. Mama sudah sampai agaknya di rumah
Tok Pa kerana mama sudah bergerak sebaik sahaja selesai solat subuh tadi.
Erin terus mencapai beg galas dan seperti
prosidur biasa memasang alat penggera rumah dan pintu dikunci dengan
sewajarnya. Erin tidak perlu membawa beg yang besar untuk pakaian, kerana
memang sudah banyak pakaian yang ditinggalkannya di kampung. Karl hanya
berpeluk tubuh bersandar di keretanya menunggu tuan puteri Erin yang baru
terkedek-kedek menutup pintu pagar. Mata Karl melilau di arah rumah jiran sebelah. Dia senyum. Rumah
tersebut tertutup rapi. Penghuni tidak ada. Haylah cikgu Fauzi. Hari ini tidak ada spy.
“Okey dah semuanya..” tanya Karl. Erin memandang Karl mengangguk.
“Okey..” terus masuk ke perut kereta
Suzuki Swift Karl. Destinasi yang
dituju, Port Dickson.
“Sunyi aje, jiran sebelah you tu..?“ Tanya
Karl.
“La pulak! Yang sebokkan cikgu Fauzi tu buat
apa?, biarkan lah dia! Dia
jiran yang baik apa?” jawab Erin. Karl jebik muka. Terutama apabila Erin
membela si jiran.
Erin memang sudah biasa dengan
kereta Karl, dibuatnya seperti keretanya sendiri, jika tadi Karl membunyikan
radio RedFM, Erin buat pandai-pandai menukar ke siaran lain. Karlpun sudah
masak dengan perangai Erin, dibiarnya sahaja apa yang temannya selesa
mendengar. Hampir sepuluh minit mencari-cari station, tapi Erin tidak setuju
dengan lagu-lagu yang berkumandang. Naik pening dengan mendengar lagu yang
tidak sempat berkumandang.
“Rin.. cukup-cukuplah tu, you nak
lagu apa? Kalau tak jumpa tu bukak aje siaran IKIM… dengar orang mengaji
al-Quran lagi bagus” Karl memberi pandangan kepada Erin yang asyik menggodek
radionya, sambil tersenyum sinis.
“Kalau tak bagi usik kereta dia,
cakap aje la..kedekut” Erin bersuara dengan nada rajuk.
Karl mencebek mukanya, mengetahui
Erin sedikit merajuk dengan tegurannya tadi. Akhirnya pencarian berhasil, “Ha..
lagu ni I suka…” sambil mengetuk jarinya mengikut irama di dashboard dan
menyanyi bersama, rupanya Karl juga mengetahui lagu yang berkumandang. Mereka
mengikut irama lagu, sambil mengoyang-goyangkan sedikit badan di dalam kereta. Lagu yang sedang bermain di corong radio, entah siaran apa tidak
pasti . Lagu Hoobastank, The Reason.
I'm not a perfect person
There's many thing I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear
And the reason is you
I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you
There's many thing I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear
And the reason is you
I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you
Apabila perkataan “and the reason is you” Erin akan berpaling ke arah Karl dan
menunjukkan kedua-dua jarinya ke muka Karl, begitu juga Karl. Nyanyian diteruskan, tiba-tiba ada seperti
yang tidak kena, Erin terhenti menyanyi, seperti bait-bait lagu itu dan
liriknya memang menusuk ke kalbunya, seakan-akan dia menghayati lagu itu dan
memang bermaksud apa yang di katakannya di dalam setiap bait-bait kata-kata
lagu tersebut.
Karl hairan, kerana Erin
terhenti. Lagu
di corong radio terus berkumandang.
“What
happen Rin, is something wrong?” Karl memandang ke wajah Erin yang sudah
merah blushing.
“Are you alright?” tegur Karl tetapi
masih tiada jawapan dari Erin, tidak mahu memandang tepat ke arah Karl.
Pandangannya dibuang keluar. Hujung jari Rin cuba menekan radio untuk mengubah
siaran, lagu Hoobastank sudah berakhir, kini kedengaran pula dendangan Kelly
Clarkson sedang mendendangkan lagu “Behind
these Hazel Eyes”. Karl suka lagu dengangan Kelly yang perlahan, cuba
menahan Erin dari mengalih ke siaran lain.
Tangan
mereka bersentuhan, Karl dapat rasakan, sejuk giler, tangan kawannya hari ni.
Cepat-cepat Erin menarik tangannya dan diletakkan di riba. Karl memandang Erin,
Erin cepat-cepat mengalih pandangan keluar semula.
“Hey! Rin, you ni
kenapa?”soalan Karl masih tidak berjawab, degup jantung Erin sungguh laju tidak
tentu arah tatkala itu. Berulang-ulang pertanyaan dari Karl, namun Erin
masih menyepi dan pandangannya masih
menala keluar.
Sekejap-sekejap Karl memandang resah
ke arah Erin, yang tidak mengubah pandangannya masih memandang keluar.
“Kenapa aku ni..” suara hati Erin
berkata.
“Rin you tak sihat ke ?” tanya Karl
lembut, setahunya tadi okey aje kawannya, siap goyang-goyang badan lagi, tetapi
kenapa kenapa tiba-tiba moodswing 360 darjah berubah? Perempuan, memang susah
betul hendak faham.
Karl menarik nafas panjang, sungguh
dia tidak faham dengan kawannya pagi ini. “Perempuan.. perempuan.. cepat sangat
berubah mood”. Tapi perempuan yang inilah jugak yang dicarinya, walaupun di mana
dia berada. Kini hanya dirinya seorang yang bersuara, tiada satu soalanpun yang
dijawab Erin. Erin tetap membatukan dirinya.
“Tak apalah kalau you tak mahu beritahu
sekarang, kemudian nanti boleh beritahu I, okey? I am here for you..” gesa Karl, sudah tidak kuasa melayan mood
yang tidak menentu perempuan ini. Erin masih membisukan
dirinya.
Agak lama juga suasana sepi, hanya dendangan lagu, lepas satu lagu
ke satu lagu yang lain berdendang dari radio kereta Karl. Erin tidak ambil pusing. Akhirnya Karl cuba memulakan perbicaraan
dengan harapan kali ini ada suara Erin untuk haluan telingannya.
“You know what? sampai kampung nanti I perlukan somebody to show me the road to my great great granpa‘s house, sebab I
dah lupa la.., I was there maybe … 10 or maybe 15 years ago.. you
just imagine, Pa pun jarang
balik sana, kalau dia balik pun dia balik sorang”. Bersuara akhirnya Karl
setelah lama membisu.
Jantong Erin sudah berkurangan lajunya dan dia
menoleh ke arah Karl.
“Habis tu macammana?, kan you beritahu I last time your dad dah inform the housekeeper that you will be coming
there?” akhirnya Erin bersuara. Karl disebelahnya senyum. Erinnya sudah
kembali, alhamdullillah.
“Hem.. he did, cuma I tak
tahu nak tuju ke sana..” pengakuan ikhlas Karl.
“Tak apalah nanti tanya To Pa, atuk I tu, or maybe my mum, bila kita sampai kampung nanti” cadangan Erin
kepada masalah Karl.
“Hem.. good idea, kalau tidak I kena guna my iphone, apa lagi guna
google map la..” Karl berbicara sambil ketawa kecil. Ya tak ya jugak, dah ada
teknologi moden, guna ajelah atau pasang GPS.
“Apa nama your moyang… “ tanya Erin seperti ingin tahu.
“You mean my great great
grandpa’s nama..hem.. rasanya Cunningham.. ya..ya Cunningham ..” jawab
Karl.
Rupanya Karl ada darah keturunan British juga patutlah handsome,
British campur Melayu campur Cina… cuma darah keturunan India aje yang belum
ada, kalau tidak tu complete package One
Malaysia..! Erin tersenyum sendiri. Karl perasan, perempuan yang
disebelahnya sekarang ini sudah pulih, sudah boleh senyum, sudah kembali
sebagai Renee Jasmeen Razali, dia tersenyum gembira sambil mengeleng-gelengkan
kepalanya. Tanpa
mengetahui, Erin membicarakan tentang dirinya.
“Nak singgah sarapan tak?” Karl
bertanya kepada Erin, perutnya sedikit lapar, belum ada apa pun diisi
diperutnya sejak pagi ini. Sejak bangun tadi terus dia bersiap dan terus
memandu mengambil Erin d rumahnya.
Erin menoleh kearah Karla.
“Kenapa you lapar ke?” soalnya.
“Laparlah jugak, kita singgah di
R&R Seremban nak?, dalam 15 minit lagi kita sampai..” jelas Karl yang memang
Karl terasa lapar.
“Okey lah, boleh jugak..atau kalau you boleh
tahan sekejap, boleh breakfast di gerai makngah Rin.. nasi lemak dia baik
punya.. tapi you kena tahan lagi setengah jam la, macam tu, boleh?.” cadangan
Erin.
“Ha..! setengah jam…” Karl senyap
seketika, memikirkan setengah jam. Masih boleh tahankah perutnya yang sudah
berkeroncong.
“Bolehlah, I nak rasa yang you kata nasi lemak
baik sangat tu….. kalau tak sedap siap you?” saja menyakat Erin, sebenarnya
memang dia boleh bertahan, hanya setengah jam. Lagipun asalkan Erin happy.
“Nak siap apa? Memang I dah siap
pun” jawab Erin. Amboi-amboi Erin sudah pandai melawan.
“Err.. dah pandai melawan ya?“ jawab Karl sambil mengetap bibirnya.
Erin senyum, tahu Karl suka berlawak dengannya.
“Apa? You ingat I takut ke dengan you punya geram..ha..ha..ha..” Erin memang betul-betul menduga
Karl.
“Nanti you Rin..” Karl mengertak
Erin sambil tersenyum.
Erin apa tah lagi, mengerti Karl
tidak akan bertindak kasar terhadapnya. Untungnya badan, dapat kawan yang
sentiasa mengalah.
****
Kerana lapar punya pasal, perjalanan
yang dikatakan setengah jam itu, hanya berlangsung 20 minit sahaja. Sebenarnya
setengah jam adalah jika Erin yang memandu, paling laju 110km sejam. Tetapi
sekarang Karl yang memandu, apa lagi jika jalan kosong, pecutlah dia, ada kala
tu, sampai 140km sejam pun ada.
Kedua-duanya keluar dari kereta
menuju ke gerai yang terletak di tepi jalan besar.
“Hah..makngah ingatkan siapa tadi,
rupanya Erin, Rin bawa boyfriend ke hari ini?” Lantang suara makngah Suzana,
ibu saudara Erin, adik mama, sebaik sahaja melihat Erin keluar dari kereta dan
dikuti oleh Karl dibelakang.
Kuat pulak nada suaranya tu, sehinggakan
beberapa pelangan lain turut memandang Erin dan Karl apabila mendengar suaranya.
Makngah ni memang sentiasa bersuara kuat, tak perlu pembesar suara apabila bercakap.
“Bukan boyfriend Erin la Makngah, kawan
sekerja, Mikhail namanya, tak sangka pulak dia satu kampung?” Erin membalas
dengan suara yang kuat juga agar yang mendengar tadi tahu situasi yang sebenar.
“Hemm… ialah apa-apa la.., nak makan apa, ambik sendiri,
ajak kawan tu sekali..” pelawa Suzana kepada anak buahnya.
Erin hanya menangguk. Dalam bercakap-cakap tu tangan rancak
menyenduk nasi lemak untuk 2 pinggan. Erin sudah biasa, buat seperti gerainya
sendiri, namapun gerai mak saudara sendiri.
“Satu kampung? iya ke, anak siapa?” soal
makngah sedikit terkejut.
“Katanya cicit Cunningham…Tuan
Cunningham… macam tu la.” Jawab Erin sambil tangan masih ligat mengisi lauk
dipinggan nasi lemaknya.
“Oh.. anak siapa ya, setahu makngah
Tuan Cunningham tu ada 2 orang cucu, satu lelaki satu perempuan Dyana sama
Hamzah..macam tulah.. atuk Rin tahulah nama-nama mereka tu” panjang lebar pula
hujjah makngah Suzana.
“Hamzah.., anak Hamzah ..” Erin
menjawab, sambil melambai tangannya kepada Karl yang sudah elok duduk disalah
satu meja yang kosong, sambil mengetuk perlahan meja. Dia
ingat ini restaurant ke, kena tunggu ambil order. Hey kawan, ini gerailah,.gerai
selfservice, semua kena ambil
sendiri! Karl mara sambil mengangkat-angkat keningnya, seperti ingin tahu
kepada dia dipanggil. Itulah ada kampung tak mahu balik kampung, sekarang balik
kampung tak tahu nak behave macam orang kampung, macam rusa masuk kampung
adalah.
Karl mara ke arah Erin, “Karl ni, mak saudara I, makngah..makngah Su”
Erin memperkenalkan Suzana. Tangan Karl yang di hulur, bersambut.
“Karl.., Erin kata Karl cicit Tuan Cunningham..?” soalan pertama
makngah.
Karl beralih dari depan kaunter, memandangkan ada beberapa pelanggan
yang ingin membuat pembayaran. Kertas kecil dihulur, makngah menekan butang
cash registernya dan memulangkan baki wang kepada pelanggannya.
“Ya makcik.. hemm..makngah.. saya cucu Cunningham.” Teragak-agak Karl menjawab.
“Katanya anak Hamzah ya.?” lagi satu soalan yang Karl kena jawab.
“Ya..saya anak Hamzah” makngah Erin macam polis pencen pulak, banyak
soalan. Memang semua keluarga Erin macam ni ke? Suka menyoal? Mati kutulah
nanti kena soal siasat.
“Hem..Pilih-pilih lauk yang hendak.. makan-makan, Erin tu dah macam
anak Makngah sendiri, namapun dah anak saudara..” sambil tersenyum. Karl lega,
nasib baik sudah tidak ada soalan lagi dari Makngah.
Erin menghulur pinggan yang sudah diisi nasi lemak kepada Karl. Cuma
lauknya Karl kena pilih sendiri la..Bagi Erin dia sudah berhajat untuk
mengambil rendang kerang dan telur mata kerbau sahaja. Lagi pun telur mata
kerbau sudah siap sedia di piring kecil, dihulurkan oleh sepupunya Del tadi,
atau nama sebenarnya Seri Dahlia. Adiknya Eja atau nama sebenarnya Seri Kemboja
sedang mencuci pinggan di belakang, boleh nampak Eja dari celah-celah dinding
papan yang disusun menegak, jarang-jarang, dia hanya tersengeh. Kalau perasan
keluarga Erin memang gemar menamakan anak-anak perempuannya dengan nama bunga,
typical malay, namapun gaya nama klasik gitu... Renee JASMEEN, Seri KEMBOJA dan
Seri DAHLIA. Kalau Erin ada rezeki anak perempuan nanti nama bunga apa ya?
Erm.. mungkin MATAHARI, ROSE, VIOLET, LILY, HYCINTH, CEMPAKA, MELOR.. tersenyum
memikirkan benda yang belum pasti. Kahwin pun tidak lagi dah berangan hendak
ada anak. Kalau anak lelaki takkan
hendak guna nama bunga pulak ya… hemm…Sempat pulak berangan sendiri. Nama planet kut.. MARIKH, PLUTO, MARS.. macam
Bruno Mars tu..Ish..ish..ish berangan-berangan lagi.. dekat sini pun boleh
berangan ke!!. Erin toleh ke sebelah, kawannya Karl baik punyalah mengisi lauk
bermacam-macam sampai penuh pinggan, tidak sepadan dengan nasi yang secotet.
“Karl, you rasa you boleh habis makan ke tu..?” tegur Erin sambil
memoncongkan bibirnya kepada pinggannya yang penuh sehingga tidak dapat
kelihatan nasi lagi.
Karl angkat kening seperti menjawab “you want to bet?” jawabnya sambil mengangkat keningnya laju.
Kalau boleh habis, Alhamdulillah,
jangan tak habis nanti.. membazirkan
rezeki namanya.
”I punya free, sebab gerai mak saudara I, you kena bayar okey?..”
ujar Erin sambil menunjukkan cash register yang dijaga oleh makngah, saja
menyakat Karl. Makngah hanya tersenyum mendengar apa yang dibicarakan.
“Apa nama tadi.. makngah lupa..Kai..Kal., nak minum apa?.” bersuara
lagi Mangkah Suzana.
Tadi boleh aje dia menyebut nama Karl dengan betul, tetapi kini
sudah lupa pula. Hey makngah…agaknya dikepalanya hanya teringat, esok berapa
ekor ayam hendak di rendang, berapa tray telur perlu di beli, berapa periok
nasi lemak perlu ditanak…ataupun ciri-ciri sudah tua iaitu mudah LUPA.
“Karl, makcik..hem.. makngah, nama saya Karl” kuat jerit Karl
menyebut namanya, kerana sudah berada dihujung deretan lauk.
“Saya nak milo ice, milo ice ada..”
terus sahaja menala
kearah Erin meminta minuman. Sedangkan Dahlia tercogok didepannya.
“Ada..kan Del, milo ice ada kan..
tolong buat satu milo ice untuk kawan akak ni” terus sahaja Erin memberitahu
Dahlia.
Selesai memilih lauk, Karl terus ke
kaunter untuk pembayaran.
Tangan menyelok belakang poket
seluar, mengeluarkan dompet yang Erin cukup kenal.
“Berapa makngah?” sambil
menghulurkan pinggannya.
“Pergilah makan dulu, nanti bayar
kemudian”. Jawab Makngah Suzana.
“Tak apa, saya nak bayar dulu” Karl masih ingin membayar dahulu.
Yang hairannya dia hendak lari ke mana pula, makngah sudah beritahu pergi makan
dulu, baru bayar, tetapi dia insist juga hendak bayar dulu.
“Hemm..okey la.. RM6.50 campur air 80 sen erm..RM7.30..” kata Susana.
Karl yang sudah memegang dompet, terus sahaja menghulur RM10.00.
“Saya bayar untuk Erin sekali..” katanya, kemudian berlalu tanpa mengambil wang yang
berbaki.
Makngah hanya tersenyum.
Erin ke belakang gerai, berjumpa
sepupu-sepupunya, seperti biasa berjanji akan berkumpul di rumah Wan Jie malam
nanti, apa lagi gossip anak muda, gossip terkini sementara menunggu Del membuat
milo ice untuk Karl dan teh-o kosong untuknya.
Karl telah kembali ke meja yang
telah didudukinya sebentar tadi, masih sedia kosong menunggunya. Suapan demi suapan di masukkan ke mulutnya, menekmati
setiap lauk yang diambilnya tadi sambil terpejam-pejam matanya. Erin kemudian
duduk berhadapan dengannya.
“Hoi! sedap tak? Betul tak I kata,
makngah I memang pandai masak you tahu, mama I suka kek masam manis
makngah, boleh dikatakan selalu makngah
buatkan untuk mama.” seronok sahaja Erin menceritakan kepandaian memasak
makngahnya.
“Ehm.. se..dap,,,..milo ice I mana?“ Karl bertanyakan air
minumannya, kerana Erin hanya mengambil mug yang berisi teh-o nya sahaja yang
sudah sedia dihadapannya.
“Ooops sorry, sorry, ada, ada tertinggal kat sana, macammana I nak
pegang, I cuma ada dua tangan ajelah, kalau ada banyak tangan macam tuhan hindu
tu lain la.. ada berapa tangan erm.. 6 tangan..kalau I tak silap..Kalau banyak
tangan bolehlah I bawakan air you sekali!” jawab Erin, bergurau.
Karl ketawa, nasib baik tidak tersedak mendengar lawak yang tidak
berapa lawak dari kawannya yang merajuk di dalam kereta tadi? Merajuk ke atau
apa, sebenarnya Karl pun kurang pasti. Tidak lama kemudian Del menghantar milo
ice Karl kemeja mereka.
“Del ni akak perkenalkan kawan akak,
Karl namanya” Erin memperkenalkan Dahlia kepada Karl.
“Apa khabar, Karl” Dahlia cuba
bermesra. Dahlia yang dalam tahun kedua di University Malaya mengambil jurusan
seni bina.
Karl hanya membalas pertanyaan
khabar dengan senyuman.
“Cantik-cantik sepupu you ya..” Karl saja memuji sepupu Erin, kerana
ingin melihat reaksi Erin. Dia ingin menduga.
“Memanglah, dia orang cantik-cantik, any problem with that? Perempuan yang depan you ni tak cantik ke?”
Sedikit marah dengan pujian Karl kepada sepupunya tetapi suapan nasi lemak
diteruskan juga perlahan sambil mata menjeling. Bukannya dia cemburu dengan
pujian Karl terhadap perempuan lain, tetapi kini Erin tahu, semua lelaki sama
sahaja, pantang tengok perempuan cantik.
“Perempuan di depan I juga cantik, secantik namanya” Karl cuba
memujuk sambil mencebikkan muka, puji macam tak ikhlas aje!!
“Iya la tu..” guman Erin dan terus menyedut teh-o, sebenarnya satu
perasaan sedang berbunga didalam hatinya terhadap Karl sejak didalam kereta
tadi.
Satu perasaan yang tidak pernah dirasanya sebelum ini. Satu perasan
yang indah, harap Karl juga berperasaan seperti apa yang Erin rasanya.
Karl memandang tepat ke mata Erin, tetapi Erin mengelak, entah
kenapa, jika dulu, pandangan mata Karl yang sama tidak mendatangkan apa-apa
perasaan, tetapi tidak sekarang ini. Erin perlu mengelak pandangan tajam Karl dengan menundukkan kepalanya,
atau memandang ke bawah.
“Aku ni suka kat dia ke? Aku dah
jatuh cin...“ Erin tidak berani menghabiskan kata-kata di dalam hatinya.
“Tak kut“ Erin menjawab cuba
menidakkan.
Suapan nasi lemak diteruskan,
dipinggan yang kini sudah tinggal separuh. Karl pula nampaknya licin habis
makanannya, hanya tinggal tulang ayam goreng sahaja. Tersandar sambil
menghabiskan milo icenya.
Erin menarik nafas panjang, tidak
padan dengan badan yang kurus, tetapi kuat makan si apek ini. Tersenyum dia
memandang Karl, Karl juga tersenyum, tanpa mengetahui ada orang sedang
mengatakan tentang dirinya… .
BAB 15
“Jangan lupa malam nanti tau!.” diulangnya
yang keberapa kali, pertemuan mereka untuk berkumpul di rumah Wan Jie malam
nanti.
Makngah hanya tersenyum, memang
mengerti program anak-anak dan anak saudaranya itu. Karl sudah sedia menunggu
di dalam kereta, menghidupkan engin agar pendingin dapat menyejukkan ruang di dalam
kereta yang sudah terjemur dek panas mentari. Perut sudah kenyang, nak
complaint apa lagi! Jika dia kata dia masih lapar jugak nanti, tak tahulah apa
Erin nak kata. Jawabnya kena luku kepala, punyalah banyak dia makan tadi, tidak
memadankan badan yang kurus.
Perjalanan dengan kereta hanya
mengambil kurang dari lima minit ke rumah Wan Jie. Jika tidak kerana Karl ada
bersama, pastinya Erin hanya berjalan kaki sahaja menuju ke rumah itu. Sesampai
di rumah Wan Jie, pintu pagar sudah terbuka luas. Itu memang kebiasaan, Wan Jie
membiarkan pintu pagar terbuka untuk kemudahan anak cucu memakir kereta, tak
perlu dia berulang-alik untuk membuka pintu pagar setiap kali anak cucu sampai
dengan kereta masing-masing. Jika 5 orang, 5 kali hendak ke pintu pagar, mahu
longar lutut orang tua itu. Lututnyapun dah selalu sakit-sakit, nanti siapa
pulak hendak mengurutnya kalau orang tua itu sudah lengoh lutut. Lagipun mereka
bukanlah hanya bertugas untuk membuka dan menutup pintu pagar sahaja, banyak
hal lain yang perlu mereka buat.
Erin meminta Karl memakir kereta di bawah
teduhan pokok rambutan yang memang rendang. Rumah pakir nampaknya sudah
dipenuhi dengan kereta Tok Pa, kereta Mama Suzi dan kereta auntie Suliana, adik
perempuan Mama yang bungsu. Suliana bekerja sebagai pegawai perakaunan,
Bahagian akaun di Jabatan Akauntan Negara.
Pedihlah telinga Erin nanti
mendengar leteran dari Wan dan auntie Liana kerana pulang ke kampung kali ini
bersama Pak We ...Pak We? Hee.. ngeri!!! Relax..Rin Relax.. kita tunggu dan
lihat ...
Keluar sahaja dari kereta, wajah Wan
Jie sudah terjegol di depan pintu masuk.
Tersengeh sahaja Erin, takut kena bambu sebenarnya dia, kerana membawa
teman lelaki pulang ke kampung tanpa memberitahu mereka.
“Dum dap dum dap..“ jantung Erin,
boleh didengar bergendang laju. Perlahan dia dan Karl mara kearah Wan Jie yang
berdiri didepan pintu. Yang hairan, Karl hanya bersahaja, kontrol macho, konon.
Sangkaan Erin meleset kerana Mama
sudah memberitahu Wan Jie hal ini terlebih dahulu, tambahan Karl bukan orang
lain, orang satu kampung, cuma tak pernah pulang ke kampung bersendirian. Kesah
kampungnya hanya mengetahui dari cerita papanya sahaja. Dia pernah datang
semasa dia kanak-kanak, Karl ingat ingat lupa. Tambahan
pula Tok Pa dan Wan Jie kenal keluarga Karl. Alhamdulillah, nasib baik mama
sudah beritahu mereka awal-awal. Thanks ma, mamalah penyelamat.
“Masuk… masuk, ajak kawan Rin tu masuk sekali” gesa Wan Jie. Pheww..
selamat...Wan Jie okey sahaja... Erin mampu menarik nafas lega. Sudah tidak dup
dap lagi. Jika Erin kena marah, orang pertama yang akan dibambunya ialah Karl,
kerana gatal sangat hendak ikut dia balik kampung bersama. Memang nasib kau
baik hari ini Karl, secantik cuaca yang terang dan panas, tanpa ada sedikitpun
tompok awan hitam pun dilangit.
Sporting betul Wan Jie hari ni, apa hal mempersilakan teman lelaki cucunya
masuk. Di ruang tamu, Auntie Suliana sedang menonton TV, biasalah petang Sabtu,
santai menunggu cerita kegemarannya, cerita Tamil di TV2 di mana setiap Sabtu
jam 2.00 petang akan bersiaran cerita-cerita blockbuster Tamil. Kalau nak tahu
Auntie Suliana ni peminat tegar Rajini Khan a.k.a Sivaji the Boss
he..he..he..Sekiranya disuruh pilih siapa hero yang paling hebat, confirm without any doubt, nama Sivaji
akan berada di senarai teratas dan dia akan pilih Sivaji the Boss, Brad Pitt
pun kalah tidak terpilih. Mana tidak hebatnya, satu-satunya aktor yang boleh
telan rokok yang berasap dan kemudian keluarkannya semula dengan rokok masih
berasap. Hebat ke tidak
tu!
“Karl.. ini Wan kita..” Erin
memperkenalkan Karl kepada Wan Jie. Salaman dihulur dan Wan menerimanya, sebaik
sahaja Karl masuk ke ruang tamu.
“Auntie Liana, ini kawan Rin, nama
dia Karl” Erin memperkenalkan Karl kepada mak saudaranya yang sedang setia
menunggu cerita yang hanya beberapa minit sahaja lagi akan bermula. Liana
menoleh sambil tersenyum dan kembali ke tatapan TV. Memang peminat setia Sivaji
the Boss betul!!! Erin hanya tersenyum ke arah Karl.
Karl mungkin tidak mengerti kenapa dia
tersenyum sambil mengangkat bahunya, turut juga tersenyum, apa yang disenyumnya
tidak Erin ketahui dan dia mengambil tempat duduk di sofa. Erin hilang menuju
ke dapur.
Kemudian terjengol Tok Pa dengan topi kulit
kowboy, berseluar berwarna tanah separuh lutut dan kemeja lengan panjang
berwarna hijau pekat yang sudah lusuh, warna hijau pekatpun sudah sedikit
luntur, pastinya dia dari kebun di belakang rumah. Kebunnya kecil tetapi
berbagai tumbuhan yang ada ditanam oleh Tok Pa. Beberapa kelompok pokok pisang,
beberapa batang pokok rambutan gula batu, sebatang dokong, sebatang mata
kucing, sebatang cempedak, sebatang durian, dua rumpun bunga kantan, beberapa
rumpun daun pandan, banyak rumpun serai dan ada beberapa batang pokok lagi yang
Erin tidak kenal apa pokoknya, rasanya pokok durian dan pokok avocado. Hanya Tok Pa sahaja yang tahu pokok apa. Pokok cili padi, merata-rata. Yang paling best ada juga sebatang
pokok petai, kerana auntie Suliana suka makan petai.
Selepas bersalaman dengan Karl, Tok
Pa duduk mengambil tempat di sebelah Karl. Topi kowboy diletakkannya di atas
meja sambil meraut rambutnya yang seakan kerenting ke belakang. Tok Pa sewaktu
zaman mudanya pasti kacak orangnya, kerana sudah berusiapun penampilan dijaga
rapi, sudah berusia, tapi nampak steady malah kalau dikenakan baju suit agaknya
boleh disalah angkapkan Dato’ atau Tan Sri mana. Itulah Tok Pa Erin, bekas
pekerja bank swasta. Ada juga sesekali Erin menyelak gambar-gambar lama Tok Pa
dan Wan Jie di dalam album yang tersusun di dalam almari kecil di sudut
rumah. Orang tua ni memang bergaya dan
sesuai dengan pasangannya Wan Jie.
“Karl, atuk kita, Tok Pa.” Erin memperkenalkan pula Karl kepada Tok
Pa. Kenapalah Erin asyik menyebut KITA..
erm.. bukan atuk atau wan Karl okey!, atuk Rin la..
Karl hanya mengukir senyum nipis, kerana Erin sudah terlambat untuk
memperkenalkan dirinya kepada Tok Pa kerana mereka sudahpun berkenalan. Itulah
sebok sangat di dapur tadi.
“Rin kata abah Karl nama Hamzah ya?, jadi ni anak Hamzah la ni..
panggil Hamzah apa? papa, abah.. ayah..” soalan pertama Tok Pa kepada Karl yang
sejak tadi diam membisu.
“Papa” jawab Karl pendek
“Hem..Papa Karl apa khabar?
Lama sungguh Tok Pa tak jumpa dia” Tok Pa rancak bercerita dengan Karl, sambil
bertanya khabar papanya. Memang berpuluh tahun juga Tok Pa tidak bertemu
papanya.
“Papa sihat-sihat aje Tok Pa.. tapi sekarang sebok sikit, tu yang dah
jarang datang ke sini” Karl sedikit berlindung kerana memang papanya sudah agak
lama juga tidak menjengok banglow tersebut.
Yang sebenarnya dia tidak tahu kenapa papanya bertindak sedemikian. Bayangkanlah
Hamzah hampir lupa akan keujudan banglow ini. Mentelah lagi Karl, lagilah dia
tak tahu, nasib baik Erin menghantar pulang Karl sewaktu Karl kemalangan dulu. Dari perbualan Erin memberitahu
bahawa dia berasal dari Port Dickson, baru papa Hamzah teringat, Port Dickson juga
merupakan kampungnya dan Karl. Dari situlah timbulnya idea Karl untuk pulang
menjengok kampung halamannya bersama Erin. Lebih kurang meminta bantuan Erin
sebenarnya untuk dia kenal lebih banyak lagi mengenai kampung halamannya
sendiri. Ingatkan Bukit Tengku itu adalah kampungnya. Kasihan Karl..
“Dia tahu ke Karl ke mari..” ujar
Tok Pa lagi.
“Tahu Tok, dialah yang cerita pasal kampung
ni..bila Pa jumpa Erin masa hantar Karl selepas balik dari kemalangan dulu..”
Tok pa hanya mengangukkan kepala mengerti. Kecil sungguh dunia ni, Hamzah
bertemu pula dengan cucunya, itulah namanya pertemuan yang telah diatur
olehNYA.
“Kemalangan? Kemalangan apa? Teruk
ke?” Tok Pa sedikit terkejut, apabila Karl
membangkitkan cerita kemalangan. Aduh Tok Pa bertanya panjang lebar lebar lah
pulak.
“Jatuh motosikal tok? Taklah
teruk sangat, tapi dapat MC empat hari la jugak” Karl memulakan cerita.
Erin malas hendak menyampok, dibiarkannya sahaja datuknya dan Karl
bermersa. So far so good.
“Erinlah bantu saya ke klinik, lepas
tu hantar saya balik rumah, dah tuhan nak kenalkan Erin dengan papa..” sambung Karl lagi.
Amboi-amboi cerita pasal pertemuan Erin dengan papanyalah pulak. Tak hendak cerita ke yang diri
sendiri mendesak Erin menghantarnya pulang!
Tok Pa hanya mendengar cerita yang
bersungguh-sungguh dari Karl. Tidak Erin sangka, tidak sombong mamat ni, pandai
mengambil hati orang tua. Ingatkan
tidak mesra alam! Jika sudah ada modal hendak bercerita, meletop-letop
bercerita, sampai tidak beri chance Tok Pa bertanya.
Erin meninggalkan Atuk bersama Karl.
Karl nampak selesa dan rancak berbual dengan atuknya.
Serancak cerita Tamil yang sedang
bersiaran, khas untuk Auntie Suliana. Rancak sungguh bunyinya. Sekali sekala
terdengar di TV “desyum!!” seperti orang
bertumbuk, sudah tentunya si-Hero sedang berlawan dengan penjahat. Hero boleh
pukul 10 orang bersendirian… hebat tak tu?…namapun Hero kan…Hero Tamil!
Tetapi auntie Liana lupa, atuk Erin lagi
superstar, kalah Sivaji the Boss Auntie Suliana.
Wan Jie rupanya sedang menyediakan
makan tengahari, memang hanya menunggu Erin dan Karl untuk makan bersama,
masalahnya kedua-dua hamba ALLAH ini sudah kenyang makan nasi lemak di gerai
maknyah tadi, tidak sampaipun satu jam yang lalu, pulun habis. Yang makan
sampai licin tu, lelaki yang sedang berbual dengan Tok Pa. Pandangan Karl
sesekali ke arah Erin yang sedang membantu Wan Jie menyediakan meja untuk makan
tengahari.
Perlawaan diterima. Tok Pa, Wan jie,
mama, Erin dan Karl, cuma auntie Liana tidak makan bersama, katanya dia sudah
mengambil makanan awal lagi, sebenarnya tidak mahu terlepas rancangan yang
sedang ditontonnya.
Perbualan Tok Pa dan Karl bersambung
di meja makan. Erin mengambil sedikit sahaja nasi, dilebihkannya sayur, mahu
tidaknya, rendang kerang dengan nasi lemak tadi pun masih berenang di dalam perutnya,
belum cukup hadam lagi. Tetapi dilihat Karl masih boleh makan dengan seleranya,
tidak dapat menolak keenakkan masakan lemak cili padi ikan parang Wan Jie.
Hello kawan, ada ruang ke lagi di perutnya
yang baru satu jam sahaja tadi di gerai makngah penuh lauk satu pinggan hentak
!!...
Karl..oh Karl.. dibiarkannya kawannya makan, atau
lebih kurang melantak! Erin mengelengkan kepala sambil tersenyum, nasib baik
Karl tidak perasan.
Dari perbualan, Erin dapat meneka,
Tok Pa cukup kenal dengan datuk Karl. Benjamin yang dipanggilnya Ben, mereka
agak rapat. Walaupun atuk hanya orang kampung dan bapa Ben, anak Tuan orang
puteh yang dipanggil Tuan Cunningham tinggal di rumah banglow di tepi pantai
yang jauh berasingan dari orang kampung. Ini adalah kerana datuk saudara Tok Pa
yang bekerja sebagai pemandu Tuan Cunningham. Disebabkan inilah, boleh
dikatakan Tok Pa kerap menjengok ke rumah banglow tersebut jika diperlukan.
Tambahan orang luar tidak di benarkan masuk, kecuali penjaga rumah bernama Wak
Udurono dan keluarganya. Wak berbangsa jawa dan Wak, generasi pertama dari Jawa
Barat yang menjaga banglow tersebut.
Moyang Karl, Tuan Cunningham memeluk
Islam kerana berkahwin dengan perempuan melayu dari Singapura bernama Lisdawati
di usia yang sudah agak lewat. Hanya mempunyai seorang anak lelaki, iaitu
Benjamin. Tragedi pula menimpa apabila Tuan Cunningham dan isteri maut kerana
terbakar di rumahnya di London semasa pulang bercuti ke United Kingdom,
meninggalkan Benjamin waktu itu berusia belasan tahun sendirian, masih belajar
di kolej persendirian di sana. Peristiwa berlaku di awal tahun 70 an.
Ben pula kemudian berkahwin dengan
anak perempuan Tuan Sufian, Colonal tentera bersara yang memang dikatakan gadis
rebutan di kampung ketika itu, Maria namanya. Karl tidak pernah kenal nenek Marianya, yakni, ibu kepada papa. Tetapi
Karl masih ingat semasa dia kanak-kanak, wajah seorang wanita yang cantik,
selalu melayannya tetapi dia sudah lupa rupa wajah sebenarnya, kerana terlalu
lama tidak dapat dia bayangkan lagi. Tidak ada sekeping photopun ditinggalkan
untuk kenangan. Yang Karl ingat wanita itu berkulit puteh melepak dan sentiasa
berpakaian kebaya dan bersanggul kemas. Tetapi Karl masih ingat wajah atuk Ben,
lelaki tua yang tidak suka bercakap banyak dan masanya banyak dihabiskan dengan
bersendirian, malah Karl tidak mesra langsung dengan lelaki ini. Sayangnya atuk
Ben sudah meninggal dunia belasan tahun yang lalu. Tarikh yang tepat tidak pula
Karl ingat.
Tok Pa banyak mengetahui cerita-cerita ini
melalui datuk saudaranya yang si pemandu itu. Karl juga mengetahui peristiwa
itu tetapi tidak selengkap seperti yang Tok Pa ketahui. Kerana keluarganya
tidak mahu mengingatkan peristiwa-peristiwa tragis mengenai keluarga ini. Tok
Pa, kalau bercerita memang ralit dibuatnya, terutama cerita tersebut
benar-benar berlaku dan dari pengalaman hidupnya. Perbualan disambung lagi di beranda.
Karl sungguh kusyuk mendengar, Erin hanya mendengar sekali sekala, sebok sekejap
di dalam rumah dan sekejap dia bersama
atuk dan Karl. Kemudian hilang lama kerana bersolat Zohor. Akhirnya Erin
terpaksa memintas perbualan Tok Pa untuk memberi laluan Karl bersolat Zohor.
Atuk mengalah, walaupun sebenarnya banyak lagi cerita yang hendak
diceritakannya kepada Karl, Karl pun terkilan kerana terpaksa berhenti
mendengar cerita Tok Pa yang belum sampai ke penghujung. Tergantung-gantung,
dan banyak soalan dari penjelasan sebenarnya. Namun tanggungjawabnya kepada
ALLAH lebih besar, perlu di laksanakan. Harap-harap Tok Pa akan menyambungnya… to be continue…
Selesai solat Zohor di bilik solat, Karl
bersendirian di beranda. Dia mencari-cari Tok Pa, ingin mendengar suara tua itu
menyambung kesah salah silah keluarganya. Banyak lagi sebenarnya dia ingin
tahu, tetapi Tok Pa tidak kelihatan.
Yang dia llihat hanya auntie Liana dengan
siaran TVnya. Tok Pa yang diharap untuk menyambung penceritaan kesah silam
keluarganya tidak tertunai. Auntie Liana sesekali menoleh ke arah Karl, tetapi
tanpa sebarang bicara. Lama juga dia bersendirian sehinggalah muncul Wan Jie
menemaninya. Terdengar lembut suara Tok Pa mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Tok Pa mengaji rupanya… Karl pasrah. Tidak lama kemudian, suara itu hilang dari
pendengaran. Kemana pula perginya orang tua itu?
“Wan, Rin mana Wan” tanya Karl… amboi! amboi! panggilan Wan kepada
Wan Jie.. dia bukan wan
awak tau, dia wan kita..ahem.. wan Erin.
“Entah.. tadi ada dirumah kecil di belakang
tu, rumah mama Erin bila mereka balik sekali-sekali cuti..” tegas Wan Jie
“Ada rumah lain ke wan?” tanya Karl seperti ingin tahu.
“Ada... ada di belakang..rumah kecik
kat belakang tu.. tu bilik Erin sama mama dia ..” Wan Jie menerangkan.
“Atuk…?” Tanya Karl lagi kepada Wan.
Sekali lagi, peringatan, ini bukan
atuk awak ya! … Atuk Erin.. he..he..he..
“Ke mana lagi, di belakang la… di kebun
dia.. Karl pergilah tengok?” tukas Wan Jie.
“Hem…” Karl bersetuju dengan
cadangan Wan sambil menganguk kepalanya perlahan.
Dengan seluar masih tersingsing atas
sedikit dari buku lali kerana mengambil uduk tadi, Karl memakai sahaja selipar
jepun, entah siapa yang punya dan berlalu ke belakang rumah. Wan Jie hanya
memerhati, bentuk tubuh tinggi lampai anak muda itu mengingatkannya kepada
seseorang.
“Banyak iras neneknya, Maria, kata Wan Jie di dalam hati. Maria ..oh Maria di manalah agaknya kau sekarang
ni..hidup ke sudah mati ke..“ dengan suara perlahan, Wan Jie membuat telahan
sendiri.
Sebelum sampai ke kebun Tok Pa, Karl
melintas di rumah kecil yang Wan Jie maksudkan. Terdengar desiran pendingin
udara yang agak kuat, Karl pasti rumah kecil itu ada penghuninya di dalam.
Siapa di dalam tidak diketahui sama ada auntie Suzi atau Erin dan mungkin juga
kedua-duanya. Karl tidak kuasa mengganggu, mungkin kedua beranak itu sedang
istirehat.
Dia meneruskan langkah mencari Tok
Pa. Terdengar seperti orang menarik pelepah pisang. Sah Tok Pa ada di sana.
Salam diberi, kemudian terdengar salam dijawab tetapi Tok Pa masih meneruskan
membersih di pangkal pokok pisangnya walaupun tahu akan kehadiran Karl. Karl
cuba membantu, tetapi di tegah oleh Tok Pa.
“Jangan Karl, nanti kena baju, habis
lebam, getah pisang ni tak hilang tau, habis sayang , rosak nanti baju mahal
tu..” kata Tok Pa menahan Karl dari membantunya.
“Tak apalah Tuk, apa pulak mahalnya,
baju lama ni..” sambil menarik bajunya sedikit.
“Karl tengok aje.. next time ajelah kalau nak tolong atuk..” ujar Tok Pa masih menghalang.
Tok Pa walaupun sudah di usia 60an, tetapi masih tegap dan
bertenaga. Mendengar
seperti orang berbual di kebun atuknya Erin menjejaki suara tersebut.
Erin mencuit belakang Karl, terkejut
Karl terus menoleh. Erin rupanya yang mencuit belakangnya. Ingatkan siapa tadi,
manalah tahu..
“Bila you nak pergi rumah moyang you tu..,
kata tak tahu nak pergi, ni dah Asar, nanti gelap, tak nampak jalan” ujar Erin.
Ada benar juga kata kawannya ini.
“Ehm ialah jugak.. Atuk macammana
nak pergi rumah oyang Karl ya atuk.?”. tanya Karl kepada Tok Pa sebaik sahaja
perasan apa tujuan sebenarnya dia ke kampung ini.
Tok Pa terhenti menarik pelepah
pisangnya. Terhenti dia sejenak dengan soalan si anak bujang.
“Karl tak pernah sampai ke sana ke?” soalan
dari Tok Pa, soalan yang bagus yang perlu Karl jawab
“Ada.. dulu-dulu, masa kecik sama
Pa, Tapi sekarang Pa jarang balik sini, kalau balikpun dia sorang aje..Karl dah
tak ingatlah Tuk jalan kesana?” nasib baik pandai menjawab.
“Ehm..” jawab Tok Pa pendek.
Baru Tok Pa mengerti sekarang kenapa, rupanya banyak
perkara yang anak muda ini tidak ketahui, oleh itu biarkanlah menjadi rahsia
seperti yang dikehendaki papanya. Patutlah reaksi Karl seperti berada di dalam hayalan
sahaja tadi, semasa Tok Pa bercerita, rupanya banyak perkara yang Karl tidak
ketahui dan Tok Pa telah meluahkannya tanpa niat. Nasib baik juga tidak terluah sepenuhnya, Tok
Pa hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Karl rasa boleh pergi sendiri ke..
nak kesana tu, kalau orang tak tahu ada rumah banglow selepas semak tu, memang
ingatkan terus ke hutan kecil.., nak atuk hantarkan, nanti siapa pulak nak
hantar atuk balik?“ Tok Pa mengira-ngira bagaimana hendak menyelesaikan masalah
Karl. Karl dan Erin berpandangan.
“Hah macam ni la.., atuk dan Rin
tunjuk jalan guna kereta atuk, Karl ikut belakang dengan kereta Karl, lepas
jumpa rumah tu, atuk balik dengan Rin.. macamana boleh
tak..?” Tok Pa merencanakan perjalanan.
“Okey jugak cara tu Tok..” Karl bersetuju dengan perancangan Tok Pa.
Memahami apa yang dirancang oleh Tok Pa,
“Hem..Okey lah tu tuk..” wajah ceria Karl dan Erin terserlah dengan perancangan Tok Pa.
Tok Pa pun sudah lama tidak menjejak
kakinya ke sana, kali terakhir di majlis cukur jambul cucu Wak Karmain lebih
dari dua tahun lalu. Wak Karmain adalah anak Wak Udurono, mengambil alih untuk
menjaga banglow setelah kematian bapanya. Keluarga Wak setia menjaga bungalow
tua itu sejak dari zaman Tuan Cunningham lagi sehingga kini.
“Bagi atuk mandi dan tukar baju dulu..” pinta
Tok Pa dan berjalan beriring dengan Karl.
Tangan menepuk-tepuk pelahan
belakang Karl. Karl suka orang tua ini, untung Erin mempunyai seorang datuk
seperti Tok Pa, Karl hanya tersengeh sekurang-kurangnya dapat juga dia menumpang
kasih seorang datuk.
Karl menunggu Tok Pa bersiap, duduk
di sofa di beranda bersama Erin. Auntie Liana entah
kemana, cerita Sivaji the Bossnya sudah tamat gamaknya. mungkin dia berada di
dalam biliknya. Tiba-tiba muncul Auntie Liana dengan mug puteh di tangan dan
mengambil tempat duduk di sofa yang kosong.
“Apa nama tadi.. Karl.. hemm Karl kerja sama Erin ke?” soalan
tiba-tiba dari auntie Liana. Peramah pulak Auntie Liana hari ni..
“Ya.. saya kerja sama Erin..” ringkas sahaja jawapan Karl
“Erm.. pemberita la ni.., Auntie suka tengok rumah banglow oyang
Karl, tapi tak berpeluang masuk, nanti boleh masuk tak.. dah lama berangan nak
tengok apa ada dalam banglow tu.. he..he..he..” entah apa yang melucukan Auntie
Liana kerana dapat menyampaikan hasratnya untuk melihat didalam banglow, kerana
selama ini hanya dapat menatap di bahagian luar sahaja, kerana sentiasa
berkunci, dan tiada penghuni.
“Jom sekalilah Auntie Liana, kita orang nak pergi ni.. dia orang nak
tunjuk Karl tempat tu.. sama
dengan Rind an atuk..” pelawa Erin
“Oh ya ke?, Auntie nak ikutlah.. boleh tak?“ Liana meminta kebenaran untuk turut serta.
Karl hanya mengangguk kepala laju.
Auntie Liana terus bangun dan berlalu, menghantar mugnya yang sudah kosong ke dapur.
“Karl jom!“ Erin memanggil dan dengan
lenggok kepala. Karl faham.
Semua menuju kekereta Erin apabila muncul Tok
Pa yang sudah bersedia. Hanya Karl masuk
ke keretanya, manakala Tok Pa dan Auntie Liana menaiki kereta atuk yang dipandu
oleh Erin. Wan Jie
hanya memandang dari sofa, dia sudah mengetahui destinasi mereka-mereka ini.
Erin mula bergerak perlahan, memandu kereta proton saga blm yang dihadiahkan
oleh Pak Cik Haiziq kepada Tok Pa setelah dia membeli kereta Toyota Avalon hybridnya. Pak Haiziq anak keempat Wan dan Tok Pa.
Pengurus di sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur.
Mata Erin menjeling ke arah cermin
tengah dan dilihatnya kereta Karl juga sudah
bergerak perlahan mengikutinya di belakang.
Di dalam hati Karl sangat lega,
apabila Tok Pa menyelesaikan masalah untuk membantunya menunjukkan jalan ke rumah
peninggalan moyangnya. Jika tempat ini sesuai di hatinya, pasti ini bukan kunjungan
pertama kali dan terakhirnya menjejaki rumah ini, mungkin selamanya. Hanya
tanda tanya kenapa Papanya suka mengelak untuk berkunjung ke sini, sehinggakan
Karl hampir lupa akan keujudan warisan moyangnya. Dia juga bersyukur kerana
bertemu Erin, sekurang-kurangnya dia tahu asal usul dan kampung halamannya.
Ibarat sirih pulang ke gagang. atau pun pinang pulang ke tampok. Dua-dua
peribahasa ini boleh dipakai dan bersesuaian dengan Karl sekarang ini, yang
sudah pulang ke tempat asalnya.
BAB 16
Perjalanan ke banglow moyang Karl
sebenarnya tidak jauh mana, tetapi disebabkan simpang untuk memasuki ke kawasan
banglow itu yang agak kecil dan terpencil,
hanya boleh muat untuk satu kenderaan sahaja dan ditambah dengan semak
di kiri dan kanan jalan. Ini juga
menambah kesukaran untuk ke rumah banglow tersebut. Jalan tanpa diturap tar,
hanya batu kerekil, dan hanya sesuai bagi penunggang motosikal. Kereta berjalan
perlahan, terdengar derupan tayar kereta dan batu kerikil yang mengeluarkan
bunyi yang agak mengerunkan. Itupun tidak jauh, mungkin lebih kurang dalam 500
meter, begitu.
Sebelum bertolak Erin sudah
mencongak jaraknya, tidak sampaipun 2 kilometer dari jalan besar, masa
perjalananpun mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja dari rumah Tok Pa.
Sesampai di depan pintu pagar,
seorang lelaki muda sudah menunggu. Erin mengerut mukanya tanda hairan, takkan
itu Wan Karmain yang Tok Pa ceritakan, muda orangnya lebih kurang sebaya Pak
cik Haiziq sahaja. Tok Pa keluar dahulu dari kereta dan bercakap-cakap dengan
lelaki muda itu. Tidak lama kemudian si lelaki muda membuka pintu pagar. Kereta
yang dipandu Erin bergerak perlahan menuju ke banglow dan kereta Karl masih mengikutnya
di belakang. Tok Pa mengikut pemuda yang membuka pintu
pagar dengan membuncing motosikal capchainya.
Erin keluar bersama autie Liana dan
dituruti oleh Karl di belakang. Keluar sahaja dari kereta, Erin terasa cukup selesa.
Nafas ditarik panjang, sungguh menyenangkan menghidu bau angin laut, ditambah
pula angin di atas bukit, bagaikan terasa masin air laut yang datang bersama tiupan
angin setiap kali menghela nafas.
Alangkah damai di rasa.
Tok Pa dan lelaki muda tadi sudah
sedia menunggu di depan pintu besar. Erin mendekati Karl yang sebok mengambil
beg sandangnya di dalam perut kereta. Seperti tidak sabar-sabar sahaja lagak
Karl hendak melihat setiap inci rumah banglow tinggalan moyangnya itu. Kemudian,
semua berjalan santai menuju ke pintu depan banglow.
“Karl.. besarnya rumah ni, macam istana you..,
you boleh jadi rajalah macam ni, nampaknya you kena cari princess la sebagai
teman..!” Erin suka menyakat Karl dengan kata-kata cerita dongeng. Karl hanya
menyebek mukanya.
“Princess Jasmeen boleh hantar resume untuk
salah sorang calon untuk teman prince Karl di Kingdomnya, boleh tak?” tanya
Erin lagi bergurau kepada Karl sambil memejamkan sebelah matanya menunggu
jawapan dari Karl.
Menunggu apa yang akan terkeluar dari mulutnya,
sudah tahu punya, pasti kena sebijik. Karl pasti ada akal untuk mengenakan
Erin.
“Princess Jasmeen dalam cerita Aladdin tu ke?”
jawab Karl sambil mengengitkan sebelah matanya. Ha.. sekarang siapa cerdik..!
Terbuntang mata Erin, dia memaksudkan “Jasmeen”
dirinya, sedangkan Karl pula memaksudkan “Jasmeen” si puteri kartoon Disney
siri Aladdin. Hem..
Karl ni, menghabiskan beras sahaja bergurau dengannya. Tak ada faedah langsung!
Karl mendekatkan dirinya ke telinga
Erin.
“Kalau princess Jasmeen yang tu, dia
memang kena hantar Resume, tapi kalau princess Jasmeen sebelah I ni dah tak
perlu hantar apa-apa resume sebab dia dah memang over qualified” suara Karl
dicuping telinga Erin.
Pulak!! Tersenyum Erin, dia
sebenarnya hanya bergurau.
Karl.. Karl.. takut nanti Erin tidak
bertegur dengannya. Sekarang ini dia hanya sendirian, jika Erin merajuk ke atau
boikot dirinya, tiada siapa yang akan melayannya nanti. Tahu takut!
Auntie Liana pula menuju ke taman yang penuh dengan rumput pokok
orkid.
Deretan pokok orkid, orang kampung panggil orkid belang lipan, nama
commercial Yellow Leopard Aranda.
Banyak bunganya, ada yang sedang kembang dan ada yang masih berkudup, memang
menarik perhatian. Adalah dalam 5 deret jika dikira deretan. Jika tadi hanya
menghidu bau masin air laut, kini hiduan bercampur dengan hiduan wangian bunga
orkid, memang cukup menenangkan jiwa. Banyak batas bunga-bunga ini hidup segar,
mungkin kerana berada di atas tanah yang berbukit sedikit tinggi. Tanah di atas bukit, memang sesuai untuk orkid
dan ditambah pula berada di bawah teduhan pokok-pokok sena yang besar-besar.
Erin pernah membaca mengenai orchid. Orkid hanya memerlukan cahaya
matahari pagi tetapi memerlukan siraman air yang kerap, tidak sesuai dengan
pancaran cahaya matahari terus. Oleh itu tempat ini memang sesuai di bawah
teduhan pokok sena dan cahaya matahari dipampan oleh daun-daun sena tersebut
dari terus ke pokok-pokok orkid tersebut. Pandai, memang pandai Wak Karmain,
silap-silap orang tua wak jawa ni ada sijil horticulture agaknya.
“Ini Azmi anak Wak Karmain, dia tak duduk sini, dia kerja di Johor,
cuma sebab cuti dia melawat bapaknya… .” Tok Pa memperkenalkan, Azmi, anak Wak
yang dia kenal sejak Azmi kecil lagi.
Karl menyambut tangan Azmi yang di hulur. Terjawab sudah persoalan di kepala Erin tadi.
Erin ingatkan lelaki itu Wak Karmain, bukan main muda Wak ni, rupanya anak
Wak.. he..he..he..
Jika inilah Wak.. sudah pasti Erin
ingin ketahui apa rahsia yang membuatnya awet muda. Adakah kerana selalu makan
tempe.? Kerana jika itu jawapannya Erin juga akan cuba untuk mempraktikkannya, iaitu
banyak makan tempe boleh awet muda, nasib baik bukan Wak, tetapi anak Wak, jadi
tak perlulah makan tempe banyak-banyak.
“Bapak ada hal sikit, nanti petang
dia datang, sayapun dah nak berangkat balik Johor ni sekejap lagi.., Encik, ini
kunci rumah, bapak suruh kasi” katanya sedikit slang jawa, tetapi tidaklah
pekat mana.
Kunci beralih tangan, banyak juga anak-anak
kunci yang diserahkan.
Karl mengucapkan terima kasih kepada
Azmi. Azmi mengatur langkah pulang ke rumah bapanya dengan motosikal capchai,
mungkin kepunyaan Wak Karmain, bapanya. Membiarkan sahaja si tuan banglow
dengan urusannya.
Karl teragak-agak menaiki anak-anak
tangga yang tidak berapa tinggi dalam 4 anak tangga menuju naik ke pintu besar.
Erin hanya mengikutnya dari belakang. Tok Pa duduk di salah satu bangku batu
yang tersedia di tepi rumah menghadap taman. Lepas satu ke satu anak kunci
dicuba, anak kunci yang ke empat berjaya membuka pintu.
Pintu terkuak, terus pandangan ke ruang
tamu yang luas dengan barangan kristal dan gambar-gambar keluarga tergantung di
dinding ruang tamu yang luas. Bersih dan kemas. Wak Karmain memang menjalankan
amanah menjaga rumah tersebut dengan baik sekali.
Terdapat 2 set sofa antik, yang
kayunya mungkin dari kayu yang sama. 2 buah almari display yang penuh dengan koleksi Royal Albert dan juga
Royal Doulton. Erin kenal set-set pinggan mangkok dan ornament tersebut, kerana
Mamanya juga mengumpul barangan itu sedikit masa dahulu, sekarang sudah berhenti,
sudah tidak tahu di mana hendak disimpannya. Mama bukan ada rumah banglow
sebesar ini. Akhirnya barang-barang cantik dan mahal hanya tersimpan di bawah
katil atau hanya mengumpul habuk di dalam setor.
Set sofa yang di hadapan ada sedikit ukiran di tempat
letak tangan dan belakang, juga kaki kerusi diukir dengan corak ball and claw, kusyennya disaluti kain
baldu berwarna merah jambu gelap. Manakala satu lagi set sofa corak
berbunga-bunga seperti English Roses
penuh sehingga menutup semua kayu dan beropol di bawah kusyen. Cantik, tentu
mahal harganya, ditambah pula perabot begini mungkin sudah tidak dikeluarkan
lagi, terutama corak mahupun design kerusi-kerusi begitu sekarang ini. Sudah
jatuh menjadi katagori antik, pastinya perabut-perabut tersebut buatan di awal
kurun ke-19, silap-silap di penghujung kurun ke-18!
Erin duduk di set sofa bercorak English Roses tersebut. Wahhh! Empuk, jika berbaring ni,
pasti terlena. Mata memandang Karl, Karl hanya tersenyum sahaja melihat
kawannya berangan. Karl masih berdiri dengan tangan masih menjinjing beg
sandangnya.
Muncul auntie Liana “Karl, besarnya
rumah ni… cantiknya..” terus menuju ke ruang dapur yang mengisi meja makan
untuk 12 orang.
Siap tersusun dua batang lilin yang
setia dengan holder silvernya, di tengah-tengah terletak sejambak bunga ros besar daripada porcelain, nampak seperti buatan
Royal Doulton.
Meja dilapik dengan lapik meja puteh
yang berenda (lace) halus. Di tengah-tengah meja ditebar runners berwarna merah
hati baldu yang juga berenda (lace) di tepi.
Ohh.. sungguh clasik.
Erin bangun dan membuka setiap bilik
yang ada di tingkat bawah, semua bilik tidak berkunci. Satu persatu. Ada empat
bilik kesemuanya di tingkat bawah.
Satu dipenuhi dengan buku-buku,
mungkin dijadikan sebagai bilik bacaan dan satu lagi bilik istirehat, kerana
terdapat seperti radiogram antik dan 3 biji sofa yang berwarna puteh mutiara.
Sebuah bilik yang mungkin bilik
untuk tetamu, lengkap berperabot dan sebuah bilik yang paling hujung, agak
kecil mungkin boleh digunakan sebagai setor atau bilik utility. Tetapi bilik
tersebut nampaknya kosong, hanya tersandar sebuah papan menggosok pakaian dan
sebuah meja kecil.
Karl menuju perlahan ke tangga
menuju ke tingkat atas, mencari bilik yang sesuai untuknya bermalam, malam
nanti.
“Karl tunggu, I nak ikut, I pun nak tengok
bilik you boleh? Nak
tengok aje..” tegur Erin, Karl terhenti.
Erin berlari anak apabila melihat
Karl terhenti di tengah tangga, walaupun belum mengetahui sama ada Karl
mengizinkannya ikut serta atau tidak.
Tetapi logik, jika dia berhenti tu, maknanya dia setuju.
“Jom..” akhirnya Karl bersuara, memang
Karl gembira Erin menemaninya ke atas. Karl menunggu Erin untuk naik bersama,
jalan beriringan terlalu rapat hampir terlaga bahu.
Karl cuba membuka bilik pertama, dilihatnya
tanda-tanda kunci, ada tertulis master, mungkin ini kuncinya. Memang tepat,
sekali pusing tembol, pintu terbuka. Mata Erin dan Karl tertumpu ke arah dalam
bilik yang luas dan terdapat sebuah katil yang besar bertiang empat dan
berlangsir, cantik.. memang cantik. Bagaikan bilik pengantin.
“Ini master bedroom lah agaknya..”
Karl membuat andaian.
Erin memandang wajahnya dan
mengangguk tanda setuju. Tiada kata-kata, Erin sangat terpesona dengan hiasan
di dalam bilik tersebut. Belum masuk sepenuhnya, hanya dari luar pintu.
“Nak masuk…” tanya Karl, Erin
mengeleng laju.
Sebenarnya Karl juga sependapat
dengan Erin, tidak berani masuk untuk hari ini. Pintu dikunci semula, lagi pun
Karl tidak mahu menggunakan bilik tersebut, terlalu besar untuknya yang akan
tinggal bersendirian.
Pintu bilik kedua, ketiga dan
kesemuanya 4 buah bilik diintainya,
akhirnya Karl bersetuju untuk menggunakan bilik yang ke empat kerana
pemandangan dari tingkap bilik tersebut terus menghala pemandangan ke laut. Beg
galas dicampaknya ke atas katil dan terus merebahkan dirinya dengan mendepakan
tangan memenuhi katil yang agak besar. Erin hanya memandang perbuatan Karl dari
luar pintu. Erin mengerti tentu Karl ingin berehat setelah memandu jauh dari
awal pagi.
“Karl, you rasa dah okey ke? Atau mungkin you nak rehat. Then, we will leave you alone for now.
tapi I nak ronda-ronda kat luar dulu sebelum balik… boleh.?” Pinta Erin.
Karl bingkas bangun bila melihat Erin sudah mengatur langkah hendak
meninggalkannya dengan dunia barunya, tuan empunya banglow. Bukan sebarangan
banglow, banglow di atas bukit yang menghadap ke pantai di pagar keliling,
seperti private beach sahaja.
Karl bingkas bangun “Wait Rin,
we explore together…” Erin menuggunya dan
sama-sama menapak semula ke tingkat bawah.
Auntie Liana dan Tok Pa sudah menunggu bersama seorang lelaki yang
seusia uncle Hamzah di sofa merah jambu gelap.
“Ha!.. Karl, ini Wak.. Wak Karmain“ Tok Pa memperkenalkan Karl
kepada Wak Karmain, salaman tangan Wak disambut.
Ha.. ini baru betul Wak Karmain, sudah tidak salah lagi. Wak
tersenyum apabila melihat Karl, anak muda ini memang seperti yang digambarkan. Cicit
Tuan Cunningham, kacak dan kemas seperti gambar-gambar yang cantik teratur
tergantung di dinding.
“Papa dan mama kenapa tak datang.?.”
biacara Wak dengan dialeg Jawa.
”Oh.. papa akan datang lain kali,
Wak.., buat masa ini saya sorang aje yang datang dulu ..” jawab Karl gembira.
“Anak kena datang selalu selalu la.
ke mari. sayang rumah ni tak ada orang tinggal..” kata Wak lagi dengan bahasa
jawanya yang pekat
“Iya lah Wak, insyallah, saya akan
datang selalu, saya cuba..” jawab Karl seperti berjanji dengan Wak yang sudah
jemu agaknya berpuluh-puluh tahun bersendirian bersama isteri dan 2 anak
lelakinya sahaja di rumah belakang rumah besar ini.
Rumah yang dulu di huni oleh ibu dan
bapanya Wak Udurono dan Karmilah isterinya. Bukan jemukan apa, jemu kerana
rumah banglow itu sentiasa dibersihkan dan dikemas, tetapi tidak siapa yang
menghuninya. Dia terasa penat dia mengemas tidak digunakan.
.”Jadi ke malam ni anak nak tidur di
sini? Wak dengar anak nak tidur di sini malam ni?” Wak mengulang dan mengulang
pertanyaannya, seperti tidak percaya akan rancangan anak muda yang menjadi tuan
muda sekarang ini.
“Ya Wak.., boleh ke?” jawab Karl
bersemangat.
“Heh! Kenapa pulak tak boleh, inikan
rumah anak!, Wak tolong jagakan aje..siapa lagi yang tidur?” soalan Wak ingin
mengetahui lebih terperinci.
“Saya sorang ajelah wak?” jawab Karl seperti excited.
“Oooh..” menjawab Wak, betulkah jawapan yang dia terima, atau dia
salah dengar. Anak muda ini akan bermalam bersendirian, biar betul! Berubah
wajah Wak, seperti orang kebingongan dan hairan.
Karl menganggukkan kepala, menyakinkan kepada Wak bahawa dia akan
bermalam sendirian. Tunjuk hebat konon, tak apa, kita tunggu.
“Tok Pa, Erin nak pusing-pusing tengok keliling dulu sebelum kita
balik ya..” Erin meminta kebenaran untuk melihat sekeliling banglow sebelum
pulang.
“Heem.. hati-hati” persetujuan oleh Tok Pa.
Erin dan Karl menuju keluar auntie Liana turut serta di belakang,
meninggalkan Tok Pa dan Wak yang masih berbual rancak. Banyak isu yang hendak
dibangkitkan agaknya. Lagipun Wak bukan selalu ada tetamu, inilah peluangnya
untuk beramah mesra dengan orang kampung.
Tidak jauh dari pintu pagar, tersusun anak-anak tangga menurun
menuju ke pantai. Banyak juga anak-anak tangga tersebut, kerana boleh terasa
penat untuk sampai ke pantai, rasanya lebih dari 272 anak, kalah anak tangga
Batu Caves nampaknya. Di sepanjang menurun anak tangga tersebut, mereka
sentiasa berada di bawah teduhan pohon kemboja yang ditanam tersusun di sepanjang
kiri dan kanan tangga. Ada kemboja berwarna puteh, ada warna merah dan ada yang
berwarna kuning. Sampai di tangga terakhir sudah landai, laluan bersimen sampai
ke tembok yang masih kukuh. Tembok sebagai penghalang air pasang. Nasib baik
hari ini air surut, dapatlah memijak pasirnya yang puteh halus.
Dari jauh nampak berbalam-balam
pekan Port Dickson. Di hujung telok Erin terpandang sebuah pulau. Erin kenal
pulau itu, namanya Pulau Terumbu kerana pulau itu juga boleh dilihat dari rumah
Tok Pa. Jadi kiranya tidak jauh
sebenarnya lokasi rumah banglow pusaka Tuan Cunningham ini, hanya bersebelahan
cuma tidak ada jalan pintas untuk terus ke banglow ini kecuali dengan menaiki
bot kerana di pisahkan oleh hutan kecil.
Pandangan ke arah laut pula dapat di
lihat kecil sekali beberapa buah kapal berjalan berlahan di garisan horizon
Selat Melaka. Mungkin kapal kargo, atau kapal minyak, mungkin juga kapal cruise
yang membawa penumpang. Erin tidak pasti kerana terlalu kecil, hanya sebesar
kepala mancis. Yang pasti, ianya bukan kapal perang.
Auntie Liana mengutip kulit-kulit
cengkerang yang berteraburan dibawa oleh ombak air pasang. Kulit-kulit cengkerang itu tersadai setelah air
surut. Memang cantik-cantik kulitnya. Erin dan Karl hanya berjuntai kaki di atas
tembok. Menghirup angin laut yang terasa segarnya.
Rambut Erin tidak tentu arah di sapa angin pantai. Kerap kali Erin terpaksa
mengalihkan rambutnya yang asyik singgah ke mulutnya.
“Bestlah rumah you Karl.. macam berada kat Hawaii pulak.” Macamlah
pernah dia pernah ke Hawaii, membuat andaian suasana seperti berada di Hawaii..
“The plane.. the plane”..” Erin
mengajuk kata-kata si kerdil di dalam cerita Fantasy Island.
Karl menyikunya. “Aduh!, apa ni..” tidak menyangka Karl akan
menyikunya.
“You .. entah apa-apa, “The plane pulak..” getu Karl.
Dari jauh sudah kelihatan matahari sudah condong ke barat
”Auntie Liana, jom kita balik.!.” Suliana hanya menurut dan berjalan menghala
ketangga.
“Eh..eh.. takkan dah nak balik..,
habis I?” tanya Karl semasa mendaki tangga.
“Eh.. you tinggallah sini, inikan
rumah bukankah you kata nak bermalam kat
sini?“ Jelas Erin. Karl tergangga dengan kata-kata Erin.
“Malam ni minta princess Jasmeen you
tu.. yang teman” Erin merujukkan Princess Jasmeen si puteri kartoon Aladin.
“Eh..eh.. nak bergurau pulak ..”
Karl buat muka sama. Dia tidak berkenan dengan gurauan Erin kali ini.
Ketiga-tiganya menapak menaiki
tangga perlahan, tidak selaju semasa turun tadi. Tok Pa dan Wak Karmain juga
sudah berada di bangku batu di hadapan taman, masih rancak berbual. Memang
banyak isu berbangkit yang di ceritakan agaknya.
Kasihan pulak tengok wajah Karl
semasa meninggalkannya tadi, tapi apa boleh buat. Itu kehendaknya yang ingin
bermalam di rumah peninggalan moyangnya. Apa yang hendak dirisaukan, Wak
Karmain sekeluarga kan ada di rumah belakang? Bukannya dia tinggal bersendirian
di dalam hutan atau di sebuah pulau. Jerit sahaja pun Wak boleh dengar agaknya.
Monyok sahaja muka Karl apabila di
tinggal sendirian. Tiba-tiba dia jadi bodoh!
Mentari sudah menyembunyikan cahayanya, muncul
pula bulan menjalankan tugas. Rumah banglow yang berpuluh tahun gelap gelita,
tetapi malam ini di simbah cahaya. Karl membuka semua lampu, di tingkat bawah
mahupun di tingkat atas. Tingkap
bilik yang dihuninya dibuka luas. Dia dia menghidu bau masin angin laut yang
sekali sekala berhembus. Sunyi, memang sunyi, ibarat jika jatuh sebatang jarum,
memang boleh didengar dentingannya. Begitu sunyi keadaannya tatkala itu. Karl
menghidupkan telefon blackberry dengan lagu-lagu yang telah dimuat turunkan
dari komputer, banyak lagu dan berbagai irama. Kumpulan lagu Inggeris dan
Melayu berselang seli keudara. Ipadnya dihidupkan, sedia untuk digunakan bagi
menghilangkan kebosanan yang teramat sangat. Nasib baik Karl mengguna unlimited
wi-fi prepaid, bolehlah dia on kan sahaja apa yang dia suka untuk menghilangkan
rasa kesunyiannya itu. Bukan dia tidak
biasa sendirian, namapun anak tunggal, memang dia sudah biasa, tetapi malam ini
lain pula rasanya. Tumpuan tidak sepenuhnya kepada dendangan lagu, mahupun
internet yang sedang dilayarinya.
Selalunya internet yang menjadi teman menghilangkan kebosanannya, tetapi
sumpah, tidak malam ini. Dia merasakan sesuatu.
Jam ditelefon sudah menunjukkan
pukul 1.00 pagi. Mata tidak mahu terlelap, di pusing ke kiri, di pusing juga
badannya ke kanan. Ayat-ayat suci
Al-Quran yang pendek sudah berpuluh kali dibacanya, tetapi matanya malam ini
degil tidak mahu menerima arahan tuannya. Karl merasa seperti dirinya
diperhatikan. Kenapa dia merasakan sedemikian! Bukankah dia bersendirian
sekarang ini?
“Keboom..” terkejut Karl apabila
terdengar seperti benda jatuh dari dapur.
“Ah.. sudah..!!Apa pulak tu..” perasaan takut
tiba-tiba muncul.
“Apa-apapun tolong jangan ganggu aku..” katanya
sendirian.
Meremang bulu roma satu badan. Karl betul-betul
takut.. Kemudian dia terdengar seperti benda berlari-lari.
“Tolonggg.. jangan ganggu aku..” katanya sendirian dengan nada kuat.
Tikuskah? Tapi takkan tikus sebegitu
jelas bunyinya bila berlari? Lagi seram sejuk Karl rasakan.
Hendak dikejutkan Wak Karmain, dia
malu. Wak baru beberapa jam sahaja dikenalinya. Cuma ada seorang sahaja yang dia tidak malu untuk meminta bantuan. Wajah
puteri Jasmeen muncul di pandangannya. Bukan puteri Jasmeen si puteri kartoon,
tetapi puteri Jasmeen yang ada di alam nyata, puteri Jasmeen yang suka
menyakatnya, Renee Jasmeen Razali.
No comments:
Post a Comment