BAB 40
Erin menyambung semula kerja yang terbengkalai
tadi, terbengkalai kerana dikerah oleh Encik Lokman pagi tadi. Dia sebenarnya sedang mencoretkan kesah
hidupnya. Ala-ala memoir tu.. “Memoir Anak Dagang”. Saja suka-suka,
sekurang-kurangnya dia dapat memperbaiki Bahasa Malaysianya yang tidak seindah
mana. Ralit menaip tidak sedar Karl di belakang membaca setiap patah perkataan
yang dirakamkan diskrin computernya. Mengetahui apa yang dicoretkan Erin,
perlahan lahan Karl kembali ke tempat duduknya, tidak mahu menceroboh peribadi
dan rahsia orang. Lebih-lebih lagi Erin, dia pastinya mahu ruang
untuk dirinya sendiri. Privacy seseorang perlu dihormati.
“Annual dinner you nak pergi tak?” tiba-tiba Erin
menoleh ke belakang bertanyakan Karl mengenai acara tahunan Info Harian. Tahun
ini Majlis Makan Malam Tahunan akan diadakan di Palm Garden Hotel, Putrajaya.
“Kenapa
tanya? You nak pergi ke?” tanya Karl seperti tidak percaya, Erin mempelawanya
ke occasion tersebut.
“Nga la..!” jawab Erin bersungguh-sungguh,
“So..?” Karl berpura-pura tidak mengetahui niat
Erin bertanya, sebenarnya ingin Karl menemaninya.
Erin menoleh semula ke skrin komputernya. Hampa
dengan jawapan dari Karl, tidak menyokong langsung. Jawapan Karl membuatkan dia
sakit hati dan geram.
Karl di belakangnya senyum, sengaja dia menyakat
sebenarnya. Memangpun niat hatinya ingin bertanyakan Erin perkara yang sama,
tetapi bukan sekarang, mungkin seminggu lagi kerana majlis tersebut sebulan
lagi. Punyalah excited makcik tu, awal-awal sudah pasang
niat hendak hadir. Mahu tidaknya, pertama kali akan menghadiri majlis makan
malam sebagai seorang yang bekerja, bukan seperti promt night semasa sekolah
dulu atau semasa diu niversity. Tambahan pula ada acara pemilihan “couple of
the year”. Tetapi Erin perlu membaca syarat-syarat untuk menyertainya, adakah
hanya untuk pasangan suami isteri. Pasangan yang tidak
rasmi seperti dia dan Karl bolehkah mendaftar? Amboi sudah berani mengiktiraf
mereka sebagai pasangan secara terang-terangan.
“Karl, you nak stay lama lagi ke? I dah nak balik
ni..” Erin angin seluruh badan dengan jawapan Karl dan mengambil keputusan
untuk pulang sahaja. Karl melihat jam didinding, baru jam 5.30 petang. Makcik
ni kenapa? Balik awalpun hendak buat apa? Angin kus-kuslah tu..“ bisik kata
hati Karl.
“Belum lagi, I balik lepas maghrib agaknya?” Karl
menjawab tanpa melihat Erin.
“Kalau macam tu I gerak dulu…” Erin terus membuka
laci dan mencapai beg tangannya.
Mengemas meja dan memastikan computernya switch
off. Melangkah meninggalkan Karl yang ternganga melihatnya beredar. Karl
bingong, biar betul, marah sungguh rupanya Erin dengan jawapannya tadi,
sedangkan Karl hanya bergurau.
Akhirnya Karl juga pulang setengah jam kemudian,
tidak menunggu sehingga maghrib seperti yang diberitahu. Selepas solat Isyak,
Karl membaringkan diri. Karl mencapai telefon yang tersadai dimeja sisi, hati
teragak-agak sama ada untuk menghubungi Erin atau tidak. Di hatinya
berkata-kata, sudah sejukkah rajuknya, atau adakah sekarang waktu yang betul
untuk dia menghubungi Erin. Akhirnya Karl meneruskan niatnya, tidak mengapa,
manalah tahu Erin sudah tidak marah lagi
kepadanya.
“Hari ni balik cepat you tak sihat ke?” akhirnya
mengambil keputusan menghantar sms sahaja.
Lama dia menunggu tidak juga ada balasan. Masih
marah dan merajuk lagi rupanya minah ni. Hati sudah berdetik runsing. Erin
perlu dihubungi.
“Ya Karl, apa hal..I kat luar ni..” tergesa-gesa
sahaja Erin menjawab seperti ingin menamatkan perbualan secepat yang mungkin. Berlatarbelakangkan
suasana rioh. Di manalah agaknya perempuan ini?
Selama ini dia tidak pernah berahsia dengannya, kenapa pula kali ini dia
tidak memberitahu Karl. Karl hairan, muka berkerut, berkerut dengan seribu
tanda tanya.
“You kat mana?” tanya Karl ingin tahu tetapi tiada
jawapan dari Erin, silaplah nampaknya soalan Karl kali ini.
“Karl, I’m busy at the moment.. we talk
later.okey...see you tomorrow.. bye?” terus talian di
matikan Erin.
Tidak pernah Erin berlakuan begini. Lagilah bingong
Karl dibuatnya.
Semalaman Karl tidak dapat lelap. Mahu rasanya agar
malam berlalu dengan pantas, supaya cepat tiba esok harinya. Dia ingin
mengetahui apa yang sebenarnya berlaku malam ini. Terlentang Karl di katil, kepalanya
beralaskan kedua-dua telapak tangan. Mata
memandang kesiling. Lepas satu soalan ke satu soalan difikirkannya, siap dengan
jawapannya sekali. Sendiri soal sendiri jawab, membuat andaian untuk
menyenangkan hatinya yang rawan. Hebat betul penangan Erin pada diri Karl, mahu
tidaknya. Erin satu-satunya perempuan yang boleh membuat dia berubah sebegini
rupa. Jam di atas meja sisi menunjukkan angka 3.00 pagi. Esok pasti Karl akan
mendapat jawapannya. Mesti!
Merajuk
agaknya, Erin perlu dipujuk. Karl nekat, dia akan berbuat apa sahaja demi Erin..Erin..Erin..
nama perempuan itu memenuhi ruang fikirannya.
****
Awal
pagi lagi Karl sudah tercogok di tempatnya. Erin belum muncul lagi, baru 6.30 pagi. Pengawal keselamatan terkejut
pagi ini melihat lampu pejabat sudah menyala begitu awal. Ingatkan ada yang terlupa
menutupnya malam tadi, tetapi seingatnya semasa membuat rondaan malam tadi,
semuanya gelap. Rondaan terakhir jam 2.00 pagi selepas Puan Lim dan Abang Sam
pulang. Lega hati Munir, pengawal keselamatan yang bertugas hari ini apabila
menolak pintu, muka Karl yang luyu seperti zombie berada ditempatnya, senyap
membatu.
“Awal
Encik hari ini?..” soalnya kepada Karl yang tersintak apabila soalan diaju.
“Ya..,
ada kerja sikit” Karl memberi alasan, tetapi sebenarnya berbohong sunat.
“Okeylah
Encik, saya keluar dulu..” Munir meninggalkan semula Karl yang berpura-pura
sebok dikomputer.
Kathy
juga menegurnya semasa dia sampai, kemudian bossnya Encik Lokman, abang Harith,
Sharmila tetapi Erin tidak juga muncul sabar sungguh Karl menunggu
kemunculannya. Matanya masih menghala ke pintu masuk, mengharap perempuan yang
ditunggunya yang tidak muncul-muncul.
Akhirnya,
penantiannya berakhir, Erin seperti biasa dengan lemah longlai menghayun
langkah menuju ke tempatnya. Seluar berwarna tanah dan baju blouse menutup
punggung warna yang sedikit cerah dari warna terracotta berbunga kecil warna
tanah. Karl lega, menarik nafas dan melepaskannya berirama.. senyum terukir.
Erin
membalas senyuman, kenapa pulak pakcik ni pagi-pagi ni. Lain macam sahaja, sambil Erin megerutkan mukanya. Dia
melabuhkan ponggong dan menarik laci untuk menyimpan beg tangannya. Punat
computer ditekan untuk memulakan tugas hariannya hari ini. Tiada patah kata
diantara mereka berdua. Erin memulakan
kerjanya seperti biasa. Sama seperti yang dilakukannya seperti semalam,
kelmarin dan hari-hari yang lain tanpa mengetahui yang Karl sedang resah
gelisah kerana dirinya.
Karl berjalan ke tempat Erin, berdiri betul-betul
di belakangnya, tangan ditupang di bangku Erin. Erin yang sedang duduk, boleh terhidu
haruman yang digunakannya. Haruman yang menenangkan jiwa Erin.
“Rin” sepatah sahaja perkataan yang keluar dari
mulut Karl.
“Hem..” sepatah juga jawapan yang diterima dari
Erin sambil mendongak ke arah Karl yang masih berdiri di sisi.
“Sebok ke malam tadi?” Karl bertanyakan soalan
cupumas, soalan yang terbuku di hati.
“Hem..” sambil tersenyum, pandangan dialih ke
computer.
Soalan Karl tidak berjawab.
“You keluar ke?” Karl mengaju satu lagi soalan.
“Ha ah” pendek sahaja jawapan Erin.
“You keluar dengan siapa?” satu lagi soalan cupumas
dari Karl yang tidak sudah-sudah mengorek berita, kenapa sebenarnya Erin pergi
malam tadi.
“Hem.. dengan kawan..kenapa?” Erin masih menjawab dengan
soalan.
“oooh.. kawan, kawan you tu, I kenal tak?” kesitu
pulak soalan Karl.
“Tak .. that’s why tak beritahu you siapa.. bukannya
you kenal pun dia?” Erin menjelaskan soalan Karl.
“Kalau
you tak kenalkan manalah I tahu.., I nak kenal boleh?” Aduh.. Karl sudah ingin
cuba menyekat kebebasan Erin berkawan.
“Eh..eh..
you ni Karl, kawan I, suka hati I la..you nak kenal buat apa.. kawan perempuan
la..” mata yang tadi dicomputer beralih mendongak kearah Karl sekali lagi,
terkejut dengan permintaan Karl. Beberapa mata
memandang gelagat mereka berdua kerana suara Erin sedikit tinggi.
“Tak kesahlah kawan perempuan ke kawan lelaki ke.. kawan
you bukankah kawan I jugak.?.” Karl cuba memujuk
Erin untuk mengetahui dengan siapa Erin keluar malam tadi.
“Sejak
bila pulak ni, kawan I jadi kawan you..” Erin sudah kurang selesa dengan desakan Karl.
“Sejak
you special girl I..” Karl menjawab
secara spontan dan membuat Erin ternganga mendengar jawapan yang bersahaja dari
Karl.
“Ialah..ialah.. malam nanti pun memang I nak jumpa
dia di KLIA.. nak kenal jom temankan I.., puas?” Akhirnya Erin mengalah.
Karl senyum meleret, petang nanti akan bertemu dengan
kawan misteri Erin.
****
Erin
melambai ke arah kereta Karl, sebaik sahaja melihat kelibat kereta Suzuki swif
Karl sudah di depan pintu pagar.
“Ma.. Erin pergi, Karl dah sampai..” jerit Erin
yang terus berjalan keluar.
“Hati-hati .. kirim salam Ma pada Mary..” Mama Suzi
juga menjawab dengan nada tinggi, apabila melihat Erin sudah berada didepan
pintu menuju keluar.
“Okey Ma..” laung Erin dari luar rumah.
Bergegas menyarung kasut dan menyilang beg tangan
kecil di badan.
Ranggi pulak Erin hari ini dengan berseluar jeans
dan kemeja T lengan pendek sahaja. Nanti di KLIA sejuk, tak ingat ke dia? Karl
memerhatikan sahaja dari dalam kereta.
“Qantas flight jam 2 pagi, jadi kawan Rin kena
check in sebelum 12.00 lah..” sebaik sahaja melabohkan diri diseat sebelah.
Karl terus memandu. Masih dengan pakaian yang
dipakainya siang tadi, lelaki ni tidak pulang kerumahkah?
“Karl
you tak balik rumah ke tadi..?” tanya Erin setelah
perasaan, Karl masih berpakaian kerjanya.
“Tak .. I tak balik, I tunggu kat office aje..,
kalau I balik memang tak sempat punya jemput you sekarang ni.. jem giler kat
Federal highway tu..” Ada betulnya, alasan Karl.
Erin hanya mengangguk, mengerti apa yang mahu Karl
sampaikan. Cuma dia masih tidak nampak betapa Karl sanggup buat apa sahaja
untuk dirinya. Perjalanan yang tidak sampai setengah jam itu,
akhirnya sampai kedestinasinya.
Karl menurunkan Erin di Pintu Gate untuk penumpang
berlepas sementara dia memakirkan keretanya.
“Rin kat mana?” Karl menalifon Erin setelah
berlegar-legar hampir sepuluh minit, tetapi tidak nampak kelibat Erin.
“Dekat Platform 5C” jawapan Erin, memudahkan Karl
mencarinya.
Laju sahaja ayunan langkah menuju ketempat yang
diberitahu dan dilihat Erin dari jauh bersama seorang kawannya.
“Mary,
my friend, Karl”Mary menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Karl.
Karl menyambutnya.
Kawan
baik Erin semasa di Crawford College, Afrika Selatan dulu rupanya. Orang Afrika Selatan yang kini mempunyai
pemastautin tetap British kerana bapanya seorang doktor di UK. Sekarang ingin melawat ibunya yang juga seorang doktor
yang bertugas di Australia. Aduh, complicated betul keluarga Mary ini. Seorang di UK dan seorang di Australia. Tersengeh sahaja Karl, itulah hendak jumpa sangat,
sekarang baru puas hati kan!
Satu beg sahaja untuk dicheck in. Sudah diuruskan
dan satu jam lagi untuk ke balai berlepas. Masa yang pendek ini Erin perlu
gunakan untuk berbual mesra dengan Mary yang sudah 6 tahun tidak bertemu. Karl
rasa janggal pula, itulah hendak ikut sangat. Akhirnya mengambil keputusan
untuk berlegar-legar sendirian di KLIA dan meminta Erin menalifonnya apabila dia
bersedia untuk pulang. Kan dah jadi pemandu aje malam ni.. lantak kau? Erin
sebenarnya tidak berniat untuk mengheret Karl, tetapi ini adalah di atas
kerelaan dirinya sendiri.
Terdengar pengumuman meminta penumpang untuk ke
Sydney Airport masuk ke balik berlepas kerana gate sudah dibuka. Erin
melambaikan tangan ke arah Mary yang sudah menuruni eskelator pemeriksaan
imigresen dan seterusnya ke aerotrain yang
akan membawanya ke gate-gate yang dinyatakan.
Sedih sungguh Erin mengucapkan selamat tinggal
dengan kawannya yang sorang ni. Merah matanya menahan air mata, hidungpun sudah
memerah. Beg tangan digelidah mencari kertas tissue sebelum Karl nampak. Malu
rasanya dia jika Karl tahu dia menangis, macam budak-budak. Itu sebabnya dia
ingin bersendiri, tetapi Karl degil
hendak meneman, nampaknya kena redah juga dengan keadaannya, walaupun malu.
“Nangis ya?” tegur Karl.
Erin tidak dapat berlindung, kerana hidungnya masih
marah semasa Karl tiba.
Erin hanya mengelengkan kepala sambil tersenyum
“I
tahu you nangis, tu.. hidung merah..” jawab Karl
Karl
tahu Erin menangis, hidungnya masih merah, nak suruk macammana?
Kini Karl tahu betapa rapatnya Erin dengan kawannya.
Yang Erin pasti, dia akan menunggu bertahun-tahun lagi untuk satu lagi
pertemuan, malah mungkin juga tidak ada lagi pertemuan.
Erin berpeluk tubuh dan mengesek-gesek tangannya
untuk mendapatkan sedikit haba, cuaca malam ini sejuk pulak. Karl membuka jeket
yang dipakainya dan menghulurkan kepada Erin. Memang sudah Karl jangka, cuaca
akan sejuk di waktu malam. Cuma Erin yang tidak sedar sewaktu keluar rumah
tadi.
“Nah .. pakai, sementara nak sampai kat kereta,
nanti kalau you demam, I jugak yang susah..” arahan Karl
“Tak apalah sekejap aje..” Erin cuba mengelak untuk
memakai jeket Karl.
Ini
sudah lebih, ada ke sekarang hendak share pakaian pula.
“I
kata ambik.. ambik la.. pakai.., kenapa
degil sangat..” Karl kurang senang dengan penolakan Erin. Niatnya baik, bimbang
Erin akan demam.
Mahu tak mahu, Erin memakai jeket Karl, walau
sedikit besar baginya, tetapi memang dapat memanaskan badannya. Bau cologne
yang digunakan Karl memang menyenangkan Erin.
Sampai di Putra Heights Erin menonong masuk ke rumah
tanpa menyedari jeket Karl masih tersarung di badan. Erin menepuk dahi, apabila
menyedarinya. Itu pun dia hanya sedar apabila dia hendak membuka pakaian
sebelum membersihkan diri.
Hai, begitu
sebati nampaknya dengan Karl, sampai jeket orangpun dia tak perasan. Yang Karl
pun satu, tak mahu ingatkan Erin. Karl pula terus memandu laju pulang ke Bukit
Tengku. Mahu tidaknya sudah hampir tengahmalam, ayam pun dah tidur.
Di bawanya jeket Karl ke dada, di
hidu haruman yang melekat ke hidungnya. Erin tersenyum, nampak gayanya malam
ini Erin ada teman tidur. Dia pasti akan tidur lena kerana jeket Karl ada
menemannya dan kini sudah berada di dalam pelukannya. Esok sahajalah akan
dipulangkannya kepada tuannya. Jangan lupa pula untuk dibawa ke ofis esok.
No comments:
Post a Comment