BAB 41
Hari Sabtu yang indah, Mama Suzie
dan Wan Jie duduk di sofa di baranda. Erin dan sepupu-sepupunya sedang rancak
berual di ruang tamu, termasuk untie Lianna. Tok Pa dan Mak Ngah duduk mejuntai
kaki di rumah wakaf disudut pagar.
Rancak juga nampaknya perbualan dua beranak itu. Haiziq katanya di dalam
perjalanan pulang, tetapi sudah lama perkataan “dalam perjalanan”. Semua sudah faham dengan ungkapan Haiziq tu, jika dia beritahu dalam perjalanan
tu, maksudnya belum keluar rumah lagi, kecuali jika dia beritahu hendak sampai,
maksudnya memang dia sudah hampir ke distinasi.
Semua mata tertumpu ke luar pagar
apabila sebuah kereta pacuan 4 roda Vitara terhenti. Vitara Mysha yang dipandu
oleh Karl. Tersenyum lebar Tok Pa menyambut kedatangan keluarga ini. Keluarga
yang sangat-sangat dialu-alukan kedatangan mereka. Tambahan pula Tok Pa memang
mengharapkan perjumpaan ini kerana kali terakhir bertemu ialah sebulan yang
lalu. pertemuan hari raya di rumah banglow Tuan Cunningham. Tok Pa berjalan terus
menjemput Hamzah dan keluarga untuk masuk rumah. Riang
sahaja kelihatan orang tua aitu. Suasana tiba-tiba senyap apabila mereka
masuk ke ruang dalam rumah. Anak-anak gadis membawa diri ke dapur. Hanya Erin yang
menghulur minuman kepada semua yang ada di ruang tamu, termasuk Karl.
“ Uncle Tapa dengan untie sihat ke?”
Hamzah memulakan perbualan.
“Macam nilah Hamzah, orang dah tua,
sakit sana sakit sini, tak macam muda-muda dulu, khudrat empat kerat ni pun dah
tak kuat dah..” jawab Tok Pa sambil tersenyum, menerima hakikat yang dirinya
sudah sedikit uzur.
“Hamzah pulak macammana? Orang rumah.. apa namanya, maaf uncle dah lupa.. Syasya.. sihat?” Tok Pa ni..
pandai-pandai aje tukar nama orang dari Mysha jadi Syasya pulak.. hentam ajelah Tok Pa.
“Orang bujang sana tu.. amacam?” soalnya lagi kepada Karl.
“Saya sihat aje Tok Pa.., kalau saya kat sini rasanya lagi saya
sihat..” jawab Karl riang.
Mysha menjeling ke arah anak bujangnya apabila mendengar jawapan
Karl yang dikiranya agak kurang sopan, tetapi sebenarnya Tok Pa tidak
beranggapan begitu kerana Karl sudah dianggapnya sebagai cucunya sendiri.
Semua berbual dengan terselit gelak ketawa, gembira sungguh suasana.
“Uncle, untie, Suzi dan yang lain-lain, saya sebenarnya datang ke sini
hendak menghantar cicin tanda untuk anak Suzi, bagi pihak anak teruna saya”
Hamzah berbicara sambil menoleh ke arah anaknya.
Tok Pa mengangguk kerana memang dia sudah dimaklumkan oleh anaknya
Suzilah mengenai pertemuan ini.
“Karl mana cincinnya..” Karl berdiri dan mengeluarkan kotak baldu
merah dari poket seluar jeansnya lalu dihulurkannya ke tangan papanya.
“Nilah cincinnya, kalau Erin setuju terima, bolehlah dia pakai,
kalau tak setuju, cincin ni tak payah pulangkan kami hadiahkan aje..” perlahan
sahaja perkataan Hamzah dipenghujung perkataannya. Cincin yang dihulur Hamzah disambut oleh Tok Pa.
“Ala.. Hamzah.. budak-budak sekarang lebih advance dari
kita..tentunya si Erin tu terima, betul tak Karl.. kalau tidak, takkan Karl berani datang sini..”
semua berderai ketawa. Karl termalu, dia hanya tunduk. Tok Pa ikhlas
menerimanya atau Tok Pa memerlinya.
“Nanti Tok Pa serahkan cincin ni
pada Erin.., insyallah di pakainya nanti”. Cincin dihulurnya kepada anaknya
Suzilah.
Dahlia datang berbisik ke telinga
Wan Jie.
“Ha… semua, makan tengahari dah
sedia, jemput la..” baru terdengar suara Wan Jie.
Semua berdiri dan menuju ke ruang
makan untuk menekmati makan tengahari yang telah mereka sediakan. Hanya tetamu
dan semua yang berada di ruang tamu sahaja yang menjamu selera. Anak-anak gadis yang lain tidak kelihatan.
“Yang lain tak makan sekalikah ..?” Tanya Hamzah.
“Tak mengapa,jangan risaukan mereka, nanti mereka makanlah kejap
lagi..” jawab Tok Pa.
Bukan main selera lagi tetamu menjamu makanan masakan Wan Jie and
company. Karl tidak payah hairan, sebab memang setiap bulan sejak 5 bulan
kebelakangan ini, rumah Wan Jie sudah menjadi pelabuhannya. Bagi Hamzah,
makanan begini mengimbaskan nostalgianya semasa remaja dahulu, cuma Mysha
perkara kali merasa masakan kampung begini.
Kotak yang berisi cincin diserahkan kepada Erin sebaik sahaja
keluarga Karl meninggalkan premis Tok Pa. Bekas berisi cincin digemgamnya.
Kemudian Erin hanya mengambil dan menyimpannya ke dalam beg tangan
di dalam biliknya. Bukan dia tidak terima, cuma akan dipakainya kemudian.
“Ma.. cincin ni kira tunang ke apa?” soalan Erin kepada mamanya.
“Bukan tunang, tanda yang Erin sudah ada orang merisik, jadi orang
lain tak bolehlah tak hantar wakil, kalau ada yang berhajat..ah.. macam tu..” jelas Suzilah. Erin
hanya menganggukkan kepala. Dia faham ke tidak?
****
Pagi Isnin, Erin memulakan kerja
seperti biasa. Seperti biasa juga Karl akan singgah ke meja Erin sebelum ke tempatnya.
Pandangan matanya yang pertama ialah ke jari-jari Erin. Cincin yang dihantarnya
tidak kelihatan di mana-mana jari Erin pun.
Ah.. sudah.. Erin tidak menerima cincin tanda tersebut. Longlai dia ke tempat duduknya.
“Rin..”
“Hem..” perlahan sahaja jawapan
Erin, mata di tumpukan ke skrin komputer
“You tak terima ke..?” soalan yang
mengharap agar Erin mengerti.
“Terima apa…?
“Semalam tu..”
Perlahan Erin memusingkan dirinya
dengan kerusi sekali ke arah Karl.
“Terima.. siapa kata tak terima..”
“Tak ada pun.”
“Ada..” sambil mengeluarkan cincin belah rotan tersebut yang rupanya
di sangkut dirantai. Lega Karl apabila Erin menghulurkan ke arahnya.
“Apa tak pakai kat jari… bukan kat situ..”
“I tak suka pakai cincin la.. , nanti I cuba pakai okey!..”
Erin mengalihkan kedudukannya ke arah computer semula apabila
melihat Karl tersenyum dan mengangukkan kepalanya, puas dengan jawapan Erin,
Ikut Erinlah dimana dia hendak simpan cincin itu, nampak gayanya betapa di leher
jawabnya.
Tidak mengapalah di mana dia memakai cincin pemberiannya, yang pasti
dia menerima cincin tersebut, sama ada di
leher atau di jari sama sahaja bagi Karl.
****
Hari ini mereka hanya ke kantin Info Harian, malas mahu ke tempat
makan yang lain.
“Ahad ni I gi Geneva, Karl boleh hantar tak?” Erin menghentikan suapan makan
tengaharinya dan memandang ke arah Karl yang duduk bersetentang dengannya.
“Memangpun I cadang nak hantar you, lupa nak tanya.. flight jam
berapa yek?”
“1 pagi.. check in 11 malam sabtu la.., saja I ambil week in, at
least you boleh bantu..boleh kan!”
“Bo..leh..Rin punya pasal..apa-apa pun boleh..” sambil mendekatkan dirinya kearah Erin,
menunjukkan kesungguhannya terhadap Erin.
“Jangan rindu okey..”
“Ye lah tu.., tengoklah siapa rindu
siapa nanti”
Pekerja Info Harian lain yang lalu
lalang dan yang mengenali mereka berdua hanya tersenyum melihat mereka berdua
yang duduk di meja hujung kantin. Mereka mengetahui bahawa pasangan ini memang ada
sesuatu relationship yang sudah tidak boleh dilindung lagi. Buat apapun hendak
di lindung, perhubungan mereka sudah melibatkan keluarga. Cuma manusia hanya
merancang, yang menentukan hanyalah DIA..
No comments:
Post a Comment