Bab 22
“La.. Didi
balik naik teksi ke? Apa tak call papa aje yang jemput? Pa bukan buat apapun
hari ni..” tegur papa Darus yang membaca akhbar sebaik sahaja melihat Didi sudah
berada di depan pintu pagar.
Terbongkok-bongkok orang tua itu membuka selak
pintu pagar kecil.
“Tak apa pa, Di tak mahu susahkan papa,
dahlah pagi papa yang hantar, balik pun nak kena jemput pulak ke?…melampau tu!”
kata Didi.
Sengeh!
Jangan ambil kesempatan bila orang sudah
baik, terutama mertua. Nanti lain pula jadinya..
Lagipun, bapa mertuanya bukan membuat perkhidmatan
kenderaan, teksi sapu!.
“Tak susah manapun Didi.. eh! Dah pukul
5 ke?” terus sahaja Papa Darus menjeling ke lengannya, melihat jam tangan Tissot.
Jam sudah berkurun berkhidmat di lengan tuannya itu.
“Belum, saje Didi balik awal, nak jengok
abang Johan, Rissa mana pa?”jawab Didi sambil berjalan dengan satu jawapan dan
satu soalan.
“Mummy dah tengok tadi, Joe tengah
tidur…Rissa pun”jawab Didi bertanya papa Darus, tetapi mummy Rina pula yang
menjawab!.
“Kalau macam tu, Didi naik dululah …!”
bergegas Didi ke biliknya di tingkat atas.
Perlahan pintu dibuka.
Perlahan-lahan juga dia merapati si
suami yang sedang lena.
Tangannya kemudian singgah ke dahi suami.
Jika dulu tangan doktor Johan yang selalu ke dahinya,
kini doktor Didi pula memainkan peranan.
“Tidak berapa panas, jadi betul kata
Johan, dia hanya penat. Penat macam-macam. Tetapi dia sudah mendapat cuti dua
hari? Hendak buat apa dengan dua hari itu?. Takkan hendak mengadap muka suami
48 jam? Lain jadinya nanti. Takut penat akan bertambah tenat…” bisik hati Didi.
“Hemm…, sayang dah balik ke?” bunyi
suara Johan dengan nada meleret.
“Ehem..macammana rasa badan tu…?”Didi
duduk di sebelah Johan yang masih berbaring.
“Okey.. sikit..., tolong urut tengkuk
abang,,?” pinta Johan, mata masih tertutup.
Demam atau
mengada-ngada? Didi julingkan matanya ke atas.
Manja
terlebih!
Namun
jarinya tetap singgah ke tenguk suami dan di urutnya lembut.
“Bangggg..Didi apply dua hari cuti au? Esok dan lusa..sengaja nak jaga abang. Abangpun cuti
jugaklah ya? Kalau Didi sorang-sorang sama Rissa, tak bestlah bang. Kita duduk
rumah aje, tak payah pergi mana-mana, especially abang. Abang boleh
rehat betul-betul!” kata Didi, walaupun tangan masih rancak mengurut tengkuk
suami.
Terteleng-teleng orang sakit dibuatnya.
“Nanti esok abang tanyakan Murad dan
Becky, kalau mereka okey. Kasihan pulak nak tinggalkan klinik bagi dia orang
aje yang handle. Abang tak boleh nak janji..ya sayang..!” kata Johan, mata
masih terpejam-pejam mengikut irama urutan masseuse
tidak bertauliah.
“Ala.. abang ni..dua hari aje pun..bukannya dua minggu?” pujuk
Didi, mengharap apa yang dirancang, berjaya.
Johan berpaling ke arah Didi, Didi buat
muka simpati.
Terkelip-kelip mata Didi seperti seperti
kucing seembelit!
“Ya lah!” bunyi suara Johan seperti
terpaksa sahaja.
“Sayang abang..” kata Didi.
Terus
tangan yang tadinya di leher, mendakap Johan erat.
Johan
senyum meleret.
“Petang ni
kita balik rumah kita ya? Abang dah okey tak? Biar Didi aje yang
drive..” kata Didi.
“Hemm.. abang drive, abang bukannya
tenat.” Jawab Johan, bersetuju untuk pulang ke rumah mereka petang nanti.
“Eh!.. lupa
Rissa..” kata Didi dan dia bergegas meninggalkan Johan yang terkulat-kulat.
Baru hendak
bermanja, si isteri sudah teringatkan si anak di bilik sebelah.
Nampaknya
memang dia perlukan dua hari cuti untuk quality time bersama isteri, bonding time.
***
“Bye Rissa,
nanti stay dengan tok mummy lagi ya?” kata mummy Rina sebelum menyerahkan Rissa
kepada Didi.
Kononnya
Didi yang hendak memandu, tetapi Johan berkeras yang dia masih boleh memandu.
Apa-apa
ajelah.
Semua beg
mereka sudah diuruskan oleh Johan.
“Yalah
mummy, bila kami senang kami ke sini lagi.. kan bang?” kata Didi.
Johan hanya angguk.
“Kau tu Johan, betul ke dah sihat?”
tanya mummy.
Kurang yakin dengan jawapan si anak.
“Joe okey Mummy..” jawab Johan.
“Hati-hati
memandu tu, jangan laju-laju..”pesan papa Darus.
Kereta
bergerak perlahan, meninggalkan perkarangan rumah banglow Papa Darus.
Meniggalkan
kedua orang tua itu, rasa sedih pula. Hanya ada dua orang anak, apabila sudah
dewasa ditinggalkan sendirian. Itu yang ada dua, yang cuma ada satu bagaimana?
“Di, lepas
hantar Di balik nanti, abang nak pergi hospital kejap, ya? Abang nak lawat
orang yang kena langgar semalam tu..” kata Johan sewaktu memandu.
Dalam tidak
sihat, dia masih teringatkan hal Eli di hospital.
“Teruk ke
dia bang..?” tanya Didi
“Teruk
agaknya, sebab abang tak tunggu lama. Lepas hantar dia ke hospital abang terus
balik. Kan abang dah janji dengan Didi? Itupun dah balik lambat..!” kata Johan.
Teringat
Didi, kesah kelambatan cik abangnya pulang!
“Hal
semalam, Didi tak kesah sangat. Kalau abang ada kerja, tak apa. Kita
boleh celebrate hari lain. Yang Didi kasihan, mummy dan papa, tak pasal-pasal
menyerah jaga Rissa!” Kata Didi
Percaya 200%, apa saja kata si suami.
Kena resign tugas sebagai diktative
Conan.
Johan menoleh sebentar ke arah Didi,
tersenyum…
***
“Kunci gate, abang pergi kejap aje. Mungkin singgah clinik abang jugak. Nak jenguk clinik
kejap, abang nak inform abang akan cuti dua hari?” kata Johan kepada Didi.
Didi hanya
angguk.
Johan
mencium pipi kedua-dua perempuan yang istimewa dalam hidupnya.
“Bye papa..
“ kata Didi sambil mengoyang-goyangkan tangan Rissa yang berkekek tertawa
diperlakukan demikian.
“Selamat ke
tidak, si Eli tu..” bisik hati Johan sewaktu memandu menuju ke hospital.
“Harap-harap
dia selamat.., nadinya masih strong semalam. Dia hanya pengsan aje”sambung kata
hati Johan.
Kenapa pula
soal Eli yang di fikirkannya sangat. Bukankah Eli hanya kawan, atau…?
1 comment:
Didi dan Johan sudah kembali...
Post a Comment