Wednesday 16 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 46



Bab 46

Coklat dari Swiss di agih-agihkan untuk semua di department Erin, kecuali Karl kerana sudah diberikannya khas semalam dan juga Encik Lokman. Erin membungkus cantik untuk bossnya, boss punya kena asing. Nak kena kipas sikit, politik office, boss kena jaga.
Lewat petang Encik Lokman memanggil Karl, Erin, Puan Lee dan Abang Harith  untuk memberitahu persiapan bagi ke persidangan ASEAN di Davao City, Philippines sebulan lagi. Confirm nampaknya pemergian mereka, ingatkan tak jadi, manalah tahu, nama orang lain pulak yang naik, namun syukur at least Karl ada bersama. Erin memang suka mencuba benda baru lebih adventurous sikit ke tempat-tempat macam ni. Segala perkembangannya di Malaysia pasti dilaporkan kepada mamanya di Swiss. Mama gembira dan selalu berpesan menjaga keselamatan, terutama bila berada di tempat orang.
Segala persiapan di buat, semua program dan infomasi mengenai Mesyuarat ini telah disimpan ke dalam usb, begitu juga sesalinan hard copy di dalam sampul terpakai. Erin menyimpannya rapidi dalam beg galasnya. Esok pernerbangan dengan MH40 jam 1.30 petang dan transit selama 4 jam di Manila sebelum ke Davao City dan dijangka sampai lewat malam jam 11.20 malam. Mereka akan ke sana selama seminggu. Karl telah mengatur sebuah teksi untuk mengambilnya dan kemudian mengambil Erin untuk mereka ke KLIA. Sungguh mengambil berat lelaki ini terhadap Erin sejak kebelakangan ini. Jika Erin tidak perasan tidak tahulah nak kata apa, tambah-tambah apabila Erin tinggal sendirian sekarang ini, kerisauannya selalu diluahkannya kepada Erin. Namun Erin selalu mengingatkannya bahawa dia bukan anak-anak kecil lagi, janganlah terlalu risau dengan halnya, pandailah dia menjaga dirinya.

****

Semua berkumpul di KLIA seperti yang diatur. Karl dan Erin yang sampai dahulu dan diikuti Puan Lee. Abang Harith yang sampai paling lambat, tetapi mempunyai cukup masa untuk check in. Memandangkan perjalanan antarabangsa check in memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam. Abang Harith dan Puan Lee memberi peluang kepada dua love bird berlegar-legar di kedai bebas cukai sebelum ke balai berlepas. Perancangan semua berjalan mengikut seperti yang dijadualkan. Mereka dijangka menginap di Crown Regency Residence kerana Hotel Marco Polo di mana mesyuarat diadakan sudah di penuhi oleh para delegasi. Erin berkongsi bilik dengan Puan Lee dan Karl berkongsi bilik dengan Abang Harith. Hotel yang mengadap persisiran pantai, style inn motel, jarak dengan Hotel Marco Polo ialah dua puluh minit berjalanan dengan kereta. Tak kira hotel mana mereka menginap, janji ada tempat tidur yang selesa.
Esok hari pembukaan, Erin sedang membuat homework, membaca semua detail  persidangan melalui lap top kecilnya di balkoni. Angin sepoi Lautan Pasifik sesekali menyapa mukanya dan membelai rambutnya yang sudah tidak tentu arah, keluar dari ikatan ekor kudanya. Mata tidak mahu terlelap, Erin menoleh, dilihat Puan Lee sudah lena sejak satu jam lalu. Erin terpaksa menggunakan lampu yang agak malap kerana menghormati teman sebiliknya yang hendak tidur, cahaya lampu tidak boleh terang. Karl dan Abang Harith entah ke mana? bilik sebelahnya gelap sahaja. Tidak mengapa berilah dia chance dengan acara bebasnya, program orang lelaki.
Terkejut Erin, apabila telefon berbunyi menandakan ada sms masuk.  Skrin telefon dibaca, dari mama di Switzerland
 “Mama dah dapat trace granny Karl.. namanya bukan lagi Maria Suffian atau Maria Benjamin Cunningham, tetapi Maria Freiytag. Tinggal dekat sempadan Basel, tolong beritahu papa Karl” gembira betul Erin dan tak sabar-sabar rasanya untuk dia memaklumkan berita ini kepada Karl.
Sekurang-kurangnya Karl boleh memaklumkan sendiri kepada papanya. Wanita misteri ini, tidak lama lagi akan tidak jadi misteri lagi  Tetapi nampaknya Karl masih tidak ada dibiliknya, kerana bilik masih gelap. Baru sahaja Erin hendak melangkah masuk, matanya tertumpu dengan sinaran cahaya dari bilik sebelah.
“Sudah balikpun orang bujang tu..“ bisik hati Erin.
Segera mencapai kunci kad biliknya dan dia keluar menuju ke bilik sebelah.
Loceng pintu ditekan sekali dan Erin menunggu didepan pintu dengan sabar.
“Hey.. Erin, cari Karl ke? Baru beberapa jam aje berpisah dah rindu?” Muka Abang Harith yang muncul dan menyakat Erin yang sedikit blushing dengan usikannya.
.”Ada-ada ajelah abang ni.. memangpun saya cari Karl,  tapi bukan sebab rindu, sebab lain, dia ada.?” Tersengeh aje Abang Harith dengan penjelasan Erin. 
Erin terdengar flush bilik air berbunyi, mamat tu berada di dalam bilik kecil rupanya, patutnya abang Harith yang buka pintu. Terdengar suara Erin di luar, dia terus menuju ke arah suara, tidak perlu diberitahu oleh abang Harith siapa yang berada di luar. Abang Harith tersengeh-sengeh apabila Karl muncul di depannya dan dia beredar.
“Ya, sayang.. tak tidur lagi ke? Dah almost midnight ni..” sambil menyandarkan badannya di pintu biliknya yang terbuka luas sehinggakan boleh dilihat abang Harith sedang tekun menonton TV duduk di birai katil. Apalah ceritanya, fahamkah bahasa Tagalog? Yang pasti artis lelaki dan artis perempuanya cantik-cantik dan gantang, macam dalam siri TV the bold and beautiful. Mana tidaknya, kebanyakan mereka mengalir darah Sepanyol.
“Rin tunggu Karl balik la.. ni .. baru dapat sms dari mama, dia dah dapat trace your granny Maria.. dia tinggal dekat dengan sempadan Basel, Swiss.. mama minta Karl beritahu uncle Hamzah..macammana? mungkin uncle nak pergi jumpa ke apa ke? tercungap-cungap menyampaikan berita gembira dengan satu nafas, excited sungguh dia.
“Hey…hey…heyy slow down.. I dengar ni, dah jumpa granny Maria? alhamdullillah?” bulat mata Karl menerima berita gembira tersebut.
“You tunggu I ambil kunci kejap..” Karl meninggalkan Erin di luar dan Karl masuk ke dalam mengambil kunci bilik dan telefonnnya.
Pintu bilik perlahan-lahan tertutup dengan sendirinya. Belum sempat tertutup terus, Karl menahan dan keluar berjalan bersama Erin.
“Kita pergi lobby.. jom, sempat ni nak call papa sebab dia selalu tidur lambat, afterall di swiss masih siang..” berbicara Karl sambil berjalan menuju ke sofa di lobby. Kedengaran alunan musik lembut sebagai halwa telinga, enak dan mengasyikkan. Masih ramai lagi pengunjung hotel berkeliaran, walaupun sudah hampir tengah malam, mungkin kerana persidangan ini. Erin duduk agak jarak di sebelah Karl di sofa 3 seater, Karl terus menekan nombor papanya dan melekapkan telefon ke telinganya. Karl mendengar ringging tone menyanyi, sebentar kemudian telefon terjawab dengan suara papa yang garau.  Karl meletakkan telefon di dalam speaker mode dan diletakkannya di meja kaca di hadapan. Karl bertindak demikian untuk berkongsi perbualannya bersama Erin. Gadis ini sudah di iktiraf oleh papanya sebagai sebahagian daripada keluarganya, walaupun belum rasmi. Apa salahnya dia mendengar sama.
“Assalamulaikum papa..”
“Mualaikum salam Karl.. apa hal call pa malam-malam ni, everything okey ke kat sana Karl. Rin mana? ..” takut juga Hamzah kerana anaknya menalefon di waktu begini.
“Ni. Pa, kejap tadi untie Suzi beritahu Erin, dia dah dapat trace granny Maria, katanya dia tinggal dekat sempadan Germany dengan Swiss, tu yang Karl call ni kalau papa ada apa-apa nak buat, sebab sana masih siang lagi..”
“Iya ke?” suara  Hamzah seperti gembira
“Alhamdullillah.., Erin ada situ, ke? tolong minta nombor telefon mama dia, biar papa uruskan..” terdengar juga suara untie Mysha latarbelakang.. syukur alhamdullillah..
“Saya ada sini uncle… nanti saya akan mintak Karl text nombor mama..”
“Hah Erin, apa khabar? Tolong  ya..  happy sangat ni.., its getting late.. besok you all ke pembukaan meeting you kan…. Better pergi tidur, you gonna have a long day esok.. tapi jangan lupa nombor mama ya Erin,  uncle akan handle from here..Karl  and Erin good luck for the opening tomorrow.. assalamulaikum..” panjang lebar  bermukadimah.
“Betul jugak kata Pa tu.. jom kita rehat aje.. esok kita sebok.., nanti takut tak larat pulak” kata Karl sambil berdiri.
Erin berdiri sama. Berjalan perlahan menuju ke bilik masing-masing. Di perjalanan yang singkat itu Erin sempat bertanya kepada Karl ke mana perginya dia dan abang Harith sehingga lewat baru pulang. Kepoci pulak. Karl meraut bahu Erin, Erin cuba mengelak. Dia mengetahui Erin risau atau mungkin juga cemburu. Beberapa langkah sudah sampai di pintu balik-bilik masing-masing. Tiada jawapan kepada pertanyaan Erin.
Good night and sweet dreams sayang.. “ Karl memaling ke arah Erin, tangan kanan menekan kunci kad di pintu, menyala sahaja lampu hijau, kad di keluarkan..
”Good night to you too...” balas Erin tanpa melihat Karl yang sudah sedia menolak pintu untuk masuk.
“Esok breakfast jumpa ya.. miss call like last time, bila ready but before 7.00 okey..! ingat tu.. before 7.00” tegas arahan Karl, Erin senyum, faham dengan perangai Karl kini, nampak sahaja tegas, tetapi lembut sebenarnya.
Sifat yang sama seperti papanya  Hamzah.
 Don’t worry sayang I’ll be in front of  your door before seven tomorrow..” Erin berbicara di dalam hati, tidak berani meluahkan kata sayang di depan Karl..Malu.




2 comments:

Anonymous said...

semakin hari semakin menarik karya2 rose ni....saya suka la....gud luck yer

Rose Ezadora said...

Terima kasih. Kerana suka dengan cerita saya, hari ini saya load lagi..he..he..he..