Bab 46
Coklat dari Swiss di agih-agihkan
untuk semua di department Erin, kecuali Karl kerana sudah diberikannya khas
semalam dan juga Encik Lokman. Erin membungkus cantik untuk bossnya, boss punya kena asing. Nak kena
kipas sikit, politik office, boss kena jaga.
Lewat petang Encik Lokman memanggil
Karl, Erin, Puan Lee dan Abang Harith
untuk memberitahu persiapan bagi ke persidangan ASEAN di Davao City,
Philippines sebulan lagi. Confirm nampaknya pemergian mereka, ingatkan tak
jadi, manalah tahu, nama orang lain pulak yang naik, namun syukur at least Karl
ada bersama. Erin
memang suka mencuba benda baru lebih adventurous sikit ke tempat-tempat macam
ni. Segala perkembangannya di Malaysia pasti dilaporkan kepada mamanya di
Swiss. Mama gembira dan selalu berpesan menjaga keselamatan, terutama bila
berada di tempat orang.
Segala persiapan di buat, semua
program dan infomasi mengenai Mesyuarat ini telah disimpan ke dalam usb, begitu
juga sesalinan hard copy di dalam sampul terpakai. Erin menyimpannya rapidi dalam
beg galasnya. Esok pernerbangan dengan MH40 jam 1.30 petang dan transit selama
4 jam di Manila sebelum ke Davao City dan dijangka sampai lewat malam jam 11.20
malam. Mereka akan ke sana selama seminggu. Karl telah mengatur sebuah teksi
untuk mengambilnya dan kemudian mengambil Erin untuk mereka ke KLIA. Sungguh
mengambil berat lelaki ini terhadap Erin sejak kebelakangan ini. Jika Erin
tidak perasan tidak tahulah nak kata apa, tambah-tambah apabila Erin tinggal
sendirian sekarang ini, kerisauannya selalu diluahkannya kepada Erin. Namun
Erin selalu mengingatkannya bahawa dia bukan anak-anak kecil lagi, janganlah
terlalu risau dengan halnya, pandailah dia menjaga dirinya.
****
Semua berkumpul di KLIA seperti yang
diatur. Karl dan Erin yang sampai dahulu dan diikuti Puan Lee. Abang Harith yang sampai paling
lambat, tetapi mempunyai cukup masa untuk check in. Memandangkan perjalanan antarabangsa check in
memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam. Abang Harith dan Puan Lee memberi peluang
kepada dua love bird berlegar-legar di kedai bebas cukai sebelum ke balai
berlepas. Perancangan semua berjalan mengikut seperti yang dijadualkan. Mereka
dijangka menginap di Crown Regency Residence kerana Hotel Marco Polo di mana
mesyuarat diadakan sudah di penuhi oleh para delegasi. Erin berkongsi bilik
dengan Puan Lee dan Karl berkongsi bilik dengan Abang Harith. Hotel yang
mengadap persisiran pantai, style inn motel, jarak dengan Hotel Marco Polo
ialah dua puluh minit berjalanan dengan kereta. Tak kira hotel mana mereka menginap, janji ada
tempat tidur yang selesa.
Esok hari pembukaan, Erin sedang membuat homework, membaca semua
detail persidangan melalui lap top
kecilnya di balkoni. Angin sepoi Lautan Pasifik sesekali menyapa mukanya dan
membelai rambutnya yang sudah tidak tentu arah, keluar dari ikatan ekor
kudanya. Mata tidak mahu terlelap, Erin menoleh, dilihat Puan Lee sudah lena
sejak satu jam lalu. Erin terpaksa menggunakan lampu yang agak malap kerana
menghormati teman sebiliknya yang hendak tidur, cahaya lampu tidak boleh
terang. Karl dan Abang
Harith entah ke mana? bilik sebelahnya gelap sahaja. Tidak mengapa berilah dia
chance dengan acara bebasnya, program orang lelaki.
Terkejut Erin, apabila telefon
berbunyi menandakan ada sms masuk. Skrin
telefon dibaca, dari mama di Switzerland
“Mama dah dapat trace
granny Karl.. namanya bukan lagi Maria Suffian atau Maria Benjamin Cunningham,
tetapi Maria Freiytag. Tinggal dekat sempadan Basel, tolong beritahu papa Karl”
gembira betul Erin dan tak sabar-sabar rasanya untuk dia memaklumkan berita ini
kepada Karl.
Sekurang-kurangnya Karl boleh memaklumkan sendiri kepada papanya.
Wanita misteri ini, tidak lama lagi akan tidak jadi misteri lagi Tetapi nampaknya Karl masih tidak ada
dibiliknya, kerana bilik masih gelap. Baru sahaja Erin hendak melangkah masuk, matanya tertumpu dengan sinaran
cahaya dari bilik sebelah.
“Sudah balikpun orang bujang tu..“
bisik hati Erin.
Segera mencapai kunci kad biliknya
dan dia keluar menuju ke bilik sebelah.
Loceng pintu ditekan sekali dan Erin
menunggu didepan pintu dengan sabar.
“Hey.. Erin, cari Karl ke? Baru beberapa jam aje berpisah dah rindu?” Muka Abang Harith yang muncul
dan menyakat Erin yang sedikit blushing dengan usikannya.
.”Ada-ada ajelah abang ni..
memangpun saya cari Karl, tapi bukan
sebab rindu, sebab lain, dia ada.?” Tersengeh aje Abang Harith dengan
penjelasan Erin.
Erin terdengar flush bilik air
berbunyi, mamat tu berada di dalam bilik kecil rupanya, patutnya abang Harith
yang buka pintu. Terdengar suara Erin di luar, dia terus menuju ke arah suara,
tidak perlu diberitahu oleh abang Harith siapa yang berada di luar. Abang
Harith tersengeh-sengeh apabila Karl muncul di depannya dan dia beredar.
“Ya, sayang.. tak tidur lagi ke? Dah
almost midnight ni..” sambil
menyandarkan badannya di pintu biliknya yang terbuka luas sehinggakan boleh
dilihat abang Harith sedang tekun menonton TV duduk di birai katil. Apalah ceritanya, fahamkah bahasa Tagalog? Yang pasti artis lelaki
dan artis perempuanya cantik-cantik dan gantang, macam dalam siri TV the bold and beautiful. Mana tidaknya,
kebanyakan mereka mengalir darah Sepanyol.
“Rin tunggu Karl balik la.. ni .. baru dapat sms dari mama, dia dah
dapat trace your granny Maria.. dia tinggal dekat dengan sempadan Basel, Swiss..
mama minta Karl beritahu uncle Hamzah..macammana? mungkin uncle nak pergi jumpa
ke apa ke? tercungap-cungap menyampaikan berita gembira dengan satu nafas,
excited sungguh dia.
“Hey…hey…heyy slow down.. I dengar ni, dah jumpa granny Maria?
alhamdullillah?” bulat mata Karl menerima berita gembira tersebut.
“You tunggu I ambil kunci kejap..” Karl meninggalkan Erin di luar dan Karl masuk ke
dalam mengambil kunci bilik dan telefonnnya.
Pintu bilik perlahan-lahan tertutup
dengan sendirinya. Belum sempat tertutup terus, Karl menahan dan keluar
berjalan bersama Erin.
“Kita pergi lobby.. jom, sempat ni nak call papa sebab dia selalu tidur
lambat, afterall di swiss masih siang..” berbicara Karl sambil berjalan menuju
ke sofa di lobby. Kedengaran alunan musik lembut sebagai halwa telinga, enak
dan mengasyikkan. Masih
ramai lagi pengunjung hotel berkeliaran, walaupun sudah hampir tengah malam,
mungkin kerana persidangan ini. Erin duduk agak jarak di sebelah Karl di sofa 3
seater, Karl terus menekan nombor papanya dan melekapkan telefon ke telinganya.
Karl mendengar ringging tone menyanyi, sebentar kemudian telefon terjawab
dengan suara papa yang garau. Karl
meletakkan telefon di dalam speaker mode dan diletakkannya di meja kaca di
hadapan. Karl bertindak demikian untuk berkongsi perbualannya bersama Erin. Gadis
ini sudah di iktiraf oleh papanya sebagai sebahagian daripada keluarganya,
walaupun belum rasmi. Apa salahnya dia mendengar sama.
“Assalamulaikum papa..”
“Mualaikum salam Karl.. apa hal call pa malam-malam ni,
everything okey ke kat sana Karl. Rin mana? ..” takut juga Hamzah kerana anaknya menalefon di waktu
begini.
“Ni. Pa, kejap tadi untie Suzi
beritahu Erin, dia dah dapat trace granny Maria, katanya dia tinggal dekat
sempadan Germany dengan Swiss, tu yang Karl call ni kalau papa ada apa-apa nak
buat, sebab sana masih siang lagi..”
“Iya ke?” suara Hamzah seperti gembira
“Alhamdullillah.., Erin ada situ,
ke? tolong minta nombor telefon mama dia, biar papa uruskan..” terdengar juga
suara untie Mysha latarbelakang.. syukur alhamdullillah..
“Saya ada sini uncle… nanti saya
akan mintak Karl text nombor mama..”
“Hah Erin, apa khabar? Tolong
ya.. happy sangat ni.., its getting late.. besok you all ke
pembukaan meeting you kan…. Better pergi tidur, you gonna have a long day esok.. tapi jangan lupa nombor mama ya
Erin, uncle akan handle from
here..Karl and Erin good luck for the opening tomorrow.. assalamulaikum..” panjang
lebar bermukadimah.
“Betul jugak kata Pa tu.. jom kita
rehat aje.. esok kita sebok.., nanti takut tak larat pulak” kata Karl sambil
berdiri.
Erin berdiri sama. Berjalan perlahan
menuju ke bilik masing-masing. Di perjalanan yang singkat itu Erin sempat
bertanya kepada Karl ke mana perginya dia dan abang Harith sehingga lewat baru
pulang. Kepoci pulak. Karl meraut bahu Erin, Erin cuba mengelak. Dia mengetahui
Erin risau atau mungkin juga cemburu. Beberapa langkah sudah sampai di pintu
balik-bilik masing-masing. Tiada jawapan kepada pertanyaan Erin.
“Good night and sweet dreams
sayang.. “ Karl memaling ke arah Erin, tangan kanan menekan kunci kad di pintu,
menyala sahaja lampu hijau, kad di keluarkan..
”Good night to you too...” balas Erin tanpa melihat Karl yang sudah sedia menolak pintu untuk
masuk.
“Esok breakfast jumpa ya.. miss
call like last time, bila ready but before 7.00 okey..! ingat tu.. before
7.00” tegas arahan Karl, Erin senyum, faham dengan perangai Karl kini, nampak
sahaja tegas, tetapi lembut sebenarnya.
Sifat yang sama seperti papanya
Hamzah.
“Don’t worry sayang I’ll be in front of
your door before seven tomorrow..” Erin berbicara di dalam hati, tidak berani
meluahkan kata sayang di depan Karl..Malu.
2 comments:
semakin hari semakin menarik karya2 rose ni....saya suka la....gud luck yer
Terima kasih. Kerana suka dengan cerita saya, hari ini saya load lagi..he..he..he..
Post a Comment