Bab 61
Tidak di sangka sudah dua bulan berlalu, tanpa
banyak perubahan kepada ingatan Erin. Namun dia nampak lebih ceria. Sudah mampu
berbual, mampu membuat lawak malah sudah mempersoalkan Tok pa bagaimana Karl
tiba-tiba menjadi cucunya dan dia menjadi anak angkat orang lain yang dia tidak
kenal.
Karl hanya mempunyai 4 bulan sahaja lagi untuk dia
bercuti dengan separuh gaji. Setiap hujung bulan dia akan ke pejabat berjumpa
Encik Lokman untuk melaporkan kesihatan Erin. Erin pun sudah semakin rapat
dengan Karl, cuma dia tidak suka Karl yang pandai-pandai menyentuhnya. Erin
lebih selesa bersama Wan Jie.
No comments:
Post a Comment