Bab 63
“Erin dah sedia ke?” tanya Suzilah kepada Del.
Karl hendak masuk ke bilik bagi majlis menyarung
cincin. Rumah banglow yang dahulunya sunyi, kini hingar bingar dengan majlis
perkahwinan Erin dan Karl. Sengaja Karl mengadakan majlisnya di rumah itu. Dia
suka dan sayang rumah yang sudah terbiar begitu lama. Wak dan keluarga sungguh gembira dengan
keputusan Karl untuk tinggal terus di situ.
Tidak ketinggalan Oma Maria, oma adalah gelaran nenek
di dalam bahasa German. Dia sudah terbiasa membahasakan dirinya oma semasa di
German dahulu. Dia sudah melupakan segala perkara
No comments:
Post a Comment