Masih mood raya, mana tidaknya! Raya kan sebulan. Teringat pulak saya pada Doktor Johan. Kita lupa sekejap Erin dan Karl. Hari ini saya bawa pembaca berjumpa Johan dan Didi..
Bab 15
Dalam
berangan, sampai juga Johan di halaman rumahnya. Rasanya separuh dari
ingatannya hanya dipenuhi dengan nama “Eli”, alhamdulillah selamat sampai jua
.Memandu pulang dalam keadaan separa sedar. Di fikiran bagaikan ada suis yang
memetik alat replay yang memutarkan kesah dirinya sewaktu bersama Eli. Seperti
time travel pula.
Nasib
baik tidak tersasar sampai ke sempadan Thailand, khayal punya pasal!
Masih
duduk di dalam kereta walaupun pintu pagar otomatik masih ternganga, tidak
ditutupnya. Pandai buka, tetapi tidak ingat hendak menutupnya.
Di
depan pintu, Didi sedang berdiri dengan mengelek Rissa. Lama di tunggu, tetapi
Johan tidak juga keluar, nampak risau pula di hati Didi. Lalu dia berjalan
mendapatkan Johan. Di fikirannya bertanya, apa ke hal pula suami aku ni? Lalu
dia merapati kereta si suami.
Tangan
sudah terangkat, hampir-hampir hendak mencicah cermin. Belum sempat jari Didi
mengetuk cermin pintu kereta, Johan berpaling. Berundur sedikit Didi, memberi
ruang untuk pintu kereta dibuka. Nasib baik pergerakan Didi cepat, jika Johan
tidak perasan akan kehadiran Didi, mahu tertolak Didi, dengan baby Rissa di
kendung. Hisy.. apa punya careless!
“Kenapa
bang…” terpacul soalan concern Didi. Didi perasan si suami agak mamun, seperti
orang baru bangun tidur sahaja.
Dia
masih mengambil berat hal Johan. Sayangnya kepada lelaki itu masih menebal,
cuma masa sahaja yang tidak dapat diluangkan seperti selalu untuk si suami.
Kerana masa banyak dihabiskan bersama sikecil, Rissa.
“Hemm..
tak apa-apa, abang cuba penat aje sikit.. letih main tenis dengan si Ilham
tadi.. berapa set.. entah, dah lupa abang..” jawab Johan.
Satu
pembohongan sebenarnya.
Otaknya
letih kerana mengingatkan si Eli, tetapi tidak mampu untuk diberitahu.Johan
masih waras, dia masih sedar perempuan yang mengelek seorang bayi di sebelahnya
adalah isterinya.Dia juga masih sedar yang dia bukan pelajar sepuluh tahun
lalu.Waktu itu akal masih belum penuh, ingatkan untuk bergembira sahaja. Mana
fikirkan dosa pahala. Janji tidak melakukan dosa-dosa besar. Dosa-dosa kecil,
tak usah cerita, memang senarai sudah menjela-jela panjangnya. Zaman muda mudi
memang tidak dinafikan, nakal. Itu dahulu, dia kini seorang bapa, bapa kepada
seorang budak perempuan yang bernama Arissa dan suami kepada perempuan yang
berdiri di sisinya.
Bonet
kereta dibuka, beg sukan dikeluarkan. Lalu dijinjing, jalan bersaing untuk
masuk ke rumah.
“Abang,
abang nak air.. Didi ambilkan..” tanya Didi lembut.
“Hemm..
boleh jugak..air kosong” jawab Johan.
Ek!
Sudah termakan apa si isteri hari ini? Selalunya dia kena melayan diri sendiri
di dapur jika di dahaga. Hari ini lain macam pula!
Mata
membulat, seperti tidak percaya. Didinya sudah kembalikah? Johan tersenyum,
berilah ruang untuk Didinya kembali. Walaupun tidak seratus peratus Didinya
yang dahulu, tidak mengapa. Malha dia senang dengan perubahan Didi. Jadilah
perlahan-lahan Didinya kembali, bisik hati kecil Johan.
Johan
memegang mug berisi air yang baru di hulur oleh Didi. Di hirupnya perlahan
dengan Didi sebelahnya, Rissa dibiarkan terlentang di tilam kecil bayi,
tergodek-godek minta di dukung.
“Mari
kat papa..” Johan menghulurkan tangannya untuk mendukung Rissa.
“Hisy..
abang tu, pergi mandi dulu, kan bang baru balik… peluh.tu.. busuk..kan sayang
kan!! Daddy bucuk!.” kata Didi.
Dah
mula dah, dia menjadi NATO.
Johan
mengangkat lengannya dan menghidu ketiak, kiri dan kanan. Ingin mempastikan
betulkah badannya berbau busuk. Berpeluh tu memang dia tahu, namapun beriadah,
tentulah bertujuan hendak mengeluarkan peluh. Jika tidak perpeluh, baiklah tak
usah beriadah. Baik duduk diam-diam di rumah.
“Mana
ada bau..ah…cuba sayang dekat dengan abang..?”kata Johan ingin bergurau dengan
Didi.
Memang
tidak ada bau seperti yang dikatakan oleh Didi. Yang masih dia terhidu hanyalah
haruman Versace men yang disemburnya sebelum keluar tadi. Bila sudah bercampur
dengan peluh, masih berbau segar. Atau Johan tidak terhidu apa-apa?Hidungnya
sudah tersumbat, atau deria hidu sudah kaput!
“Abang
mana perasan?Dahlah tu.. pergilah naik.. kejap lagi Didi naik sama Rissa. Didi
nak ke depan kejap..” kata Didi sambil menolak belakang Johan agar dia bergerak
ke tingkat atas.
“Ialah
sayang.. nanti Daddy dukung ya..” Johan mengalah.
Dari
kena bebel baik sahaja dia membersihkan dirinya.
Didi
duduk di buaian besi. Di ajunnya perlahan dengan Rissa di atas pangkuan. Diam
aje si Rissa, apabila angin menerpa kemukanya setiap kali diayun ke hadapan dan
ke belakang oleh mama Didi. Agaknya, kalau lama-lama diayun begini, mahu
rasanya terlelap.Sesekali pandangan Didi keluar pagar, memerhati kereta yang
lalu lalang di hadapan rumahnya.
Didi
berganjak sedikit memberi ruang untuk Johan duduk di sebelahnya, apabila dia
perasan Johan sudah berdiri di hadapannya.
“Mari
kat Daddy..” Johan mendepa tangannya.
Secara
spontan Didi menghulurkan Rissa ke tangan Johan. Johan buat muka, mudah pula
dia hari ini dapat bermanja bersama Rissa. Jika tidak tu, susah sangat. Ada
sahaja alasan yang Didi berikan agar dia seorang sahaja yang menjaga Rissa.
“Rissa
buat apa hari ini sama mama..?” tanya Johan.
Mengujakan
badan Rissa dekat ke mukanya. Berkekek Rissa apabila ditimang Johan. Akhirnya
Johan duduk di ruang yang sudah lama dikosongkan oleh Didi.
“Abang
jaga Rissa..Didi boleh prepare dinner malam ni..” kata Didi terus bangun.
Belum
sempat Didi berdiri, tangan Johan meraih tangan Didi.
“Duduklah
dulu, teman abang.. nanti kita sama-sama prepare dinner..” kata Johan.
“Di
dah lama tak masak untuk abang..” kata Didi.
“Tak
apa? Nanti kita masak sama-sama..” ulang Johan.
Johan
hairan sebenarnya, Perangai Didi agak berbeza petang ini. Di kepala Johan
berkata-kata, tahukah Didi akan pertemuannya dengan Eli kah?
Ahhh..
tak mungkin. Pasti perkara lain yang membuat dia berubah. Bukan berubah
sebenarnya, lebih kepada kembali kepada Didi yang dia kenal.
Johan
mengangkat Rissa dan membiarkan Rissa berdiri mengadapnya. Cepat sahaja tangan
kecil itu meraba muka Johan, sehinggakan tersenget kaca mata yang Johan
pakai.Nasib baik tidak terjatuh.
“Jangan
main dengan speck Daddy.. nanti jatuh..sayang..” kata Johan.
Macamlah
Rissa mengerti dengan amaran yang diberi.
“Bang..”
“Hemm..”
“Abang,
Didi rasa Didi bukan isteri yang baik kan?” tanya Didi dengan nada sebak.
Tiba-tiba
muncul soalan yang memerlukan jawapan dari Johan.Jawapan yang perlu Johan jawab
dengan berhati-hati. Kalah soalan Amanpour, pemberita CNN kepada
pembesar-pembesar negara yang ditemuduganya. Soalan yang muncul secara spontan
dan memerlukan jawapan secara spontan juga.
Eh..
nanti, hendak dikatakan soalan, bukannya soalan. Hendak dikatakan soalan yang
sudah tersedia jawapan di dalam soalan.. ah.. pening hendak difikirkan. Senang
cerita, soalan perangkap dari isteri yang baru tersedar dengan kesilapannya,
mungkin... Ditujukan kepada suami yang hampir hilang pertimbangan dan baru
ingin membuat satu perubahan.
Terus
Johan mendudukkan Rissa di pangkuannya dan tangannya yang sebelah lagi
merapatkan badan Didi ke bahunya.
“Kenapa
ni.. cuba cerita.. cuba cerita dengan abang, apa yang dah jadi..” tanya Johan.
Memang
ada yang tidak kena. Terutama dengan munculnya soalan yang tidak pernah
difikirnya muncul di petang-petang yang indah, tambah pula baru dia gembira
dengan kemunculan Didinya yang lama.
“Tadi,
hemmm..tadi Didi call mummy.Yang jawab telefon, abang tahu siapa?”
Johan
angkat bahu. Manalah dia tahu? Didi pun..
“Mona..”
sepatah sahaja jawapan kepada soalannya sendiri.
“Mana
sayang tahu yang jawab tu Mona?” hendak juga Johan tahu, bagaimana Didi tahu
yang mengangkat telefon itu Mona? Bukannya dia nampakpun!
“Mummy
beritahu..”
“Hemm..
apa kena mengena Mona dalam hidup kita?” soal Johan sambil mengerutkan mukanya,
cuba menghadam apa masalah Didi dengan Mona berada di rumah Mummy Rina. Kini
baru Johan perasan, Didi rasa tergugat agaknya. Itu yang lain macam sahaja hari
ini.
“Abang..
abang tak perasan ke? Mummy?.. Mona?. Mona?,, mummy?.. “tanya Didi lagi.
“Kenapa
pula dengan mereka..” Johan boleh menyoal, memang tidak tidak faham dengan
kedua-dua nama itu.
Dia
tahu, itu mummynya. Apa pula kena mengena dengan Mona? Hisy.. Didi ni. Tak
habis-habis mencari masalah. Masalah yang sepatutnya tidak perlu dijadikan
masalah.
“Dahlah
tu.. bukan Didi tak tahu, Mona tu dah biasa jumpa mummy. Dari abang kecil kecil
lagi untie Doreen bawa Mona jengok mama.Yang abang hairan bila pula mereka dah
berbaik?. Abang ingatkan mereka masih bermasam muka”.
“Abang..
mummy masih mengharap Mona jadi menantu dia?”
“Hishy..
merapulah Didi ni.. habis tu, Mona nak kahwin dengan siapa?”
“Abangkan
dah ada isteri..!” sambil Johan mengetatkan pelukannya.
“Lelaki
boleh bini empat bang..” terus sahaja Didi meleraikan pelukan Johan dan bangun
meninggalkannya. Johan buat muka, tahu yang Didi merajuk.
“Habis
tu..sayang izinkan ke?” jawab Johan cuba menyakat.
Laung
Johan kepada Didi. Didi terhenti berjalan masuk ke rumah.
Tersengeh
sahaja Johan apabila melihat Didi yang mencerlung, bulat matanya memandang ke
arah Johan .. marah. Johan harap Didi mengetahui yang dia hanya bergurau. Belum
lagi ada niat dihatinya untuk menambah cawangan. Terutama cawangan yang sedang
diperkatakan ialah perempuan yang bernama Mona. Tetapi jika isteri sendiri
sudah beri green light, apa salahnya. Didi beri kebenarankah? Johan
hanya senyum kambing. Masih adakah seorang suami menolak untuk menambah satu
lagi bini? Ada. Orang itu adalah dirinya.
“Apalah
mama fikirkan ya Rissa…seorang binipun tak terjaga. Nak tambah?Kepala otak
daddy bingong juga kadang tu nak memujuk mama.Jangan tambah masalah.. “ sambil
Johan meminta sokongan dari Rissa yang berada di pangkuannya.
Namun
Johan tersenyum apabila si isteri merajuk. Di fikirannya berkata-kata. Si Mona,
hendak di buat bini? Dengan Mona dah tentu tidaklah! Dengan orang lain,
entah! mana tahu? Johan senyum lagi, kali ini senyumnya senget...
Terkodek-dokek
kaki Rissa apabila mendengar suara Johan. Gembira hatinya hanya sekadar
mendengar suara.Bukannya dia fahampun.
No comments:
Post a Comment