BAB 21
Hani terus memandu pulang. Belum beberapa jam Hani meninggalkan mereka,
hati Hani sudah merasa rindu, terutama rindunya kepada wajah lelaki itu. Rasanya
hendak ditatap puas-puas, tetapi terasa malu, takut disalah ertikan. Adakah
perasaan rindu Hani disebabkan rupa Aqram seiras Khasif atau
Aqram sebagai Aqram!.Yang mana satu, hatinya bercelaru.
Sesampainya di rumah, jam baru menunjukkan jam 9.45 pagi.
Hani tiba-tiba rindu kepada keluarganya di
Malaysia. Terus Hani menuju ke telefon dan mendail nombor. Terdengar suara
wanita yang menjawab talian, merdunya suara itu. Ooh ibuunya, Hani pejamkan matanya, dibayangkan wajah tua
ibunya berada dikotak mintanya. Rasa mahu dipeluknya tubuh tua itu, tetapi dia
tidak mampu kerana dia berada jauh beribu batu.
“Ibu,
apa khabar?” tanya Hani, lembut.
“Ha..
Hani, Hani apa khabar?” nada ceria Kasmah sebaik sahaja mendengar suara anak
yang jauh dimata. Terlalu gembira mendengar suara orang tuanya sehingga lupa
memberi salam.
“Shima dah beri barang sikit untuk Hani pada adik ipar Hani tu…apa
namanya.. Rosnah?..” Kasmah memberitahu ada mengirim barang kepada Roseina.
“Roseina bu..Ro..sei..na..” Hani
membetulkan sebut ibunya.
“haah.. tak kesahlah apa nama dia, ibu dengar nama macam Rosena aje..”
jawab Kasmah lagi.
“Ibu kirim serunding sikit, ikan bilis dan 2 pasang baju kurung, Shimah
kirim buku la.. apa lagi” sambung Kasmah lagi.
“Terima kasih bu.., minggu depan baliklah si Seina tu kat sini” kata Hani
“Hani rindu ibu, rindu abah, adik-adik, rasanya Hani nak cuti balik
Malaysia.. nanti kalau jadi Hani beritahu, Hani kena tunggu Seina balik sini
dan bincang dulu dengan dia, kalau dua-dua tak ada, siapa nak jaga ofis?” jelas
Hani
“Baguslah Hani, semua pun dah rindu
dengan Hani, dah dua tahun lebih Hani
tak balik” menjawab dengan hati yang
gembira.
“Abah
mana, sihat tak dia...?” tanya Hani lagi.
“sihat..
ni di masjid ada ceramah sebelum Asar”
“Kirim
salah abah, nanti kalau Hani jadi balik Hani beritahu ibu ya..?” dengan suara
manja
“Shimah?
Adik?” sambung Hani lagi.
“Ahh..Shimah
dah dapat kerja dan si Adib dapat sambung Uitm” jawab Kasmah, mengetahui
panggilan jauh tidak perlu cerita panjang-panjang. Bayarannya mahal.
“Alhamdullillah..”
jawab Hani.
“Itu
ajelah bu, nanti kalau Hani jadi balik Hani beritahu ya!” mengulangi hasratnya
untuk pulang bercuti ke Malaysia.
“Assalamulaikum
” menamatkan perbualannya.
Selesai perbualan
singkat itu, Hani meletakkan telefon, wajah Aqram muncul lagi.
“Hai,
kenapalah muka dia ni aje yang aku ingat?” Hani marahkan hatinya yang asyik
terbayangkan wajah orang yang tidak sepatutnya dia bayangkan.
“Dia handsome,
mungkin somebody, sebab boleh sponsor keluarga dia bercuti keluar negara..
mesti banyak makwe, entah-entah suami orang..aku ni siapa... kena sedar sikit diri tu Hani” Hani melayan
perasaan sendiri
Tetapi
lagi dicuba untuk menghilangkan wajah itu, lagi galak pula ianya muncul
difikiran Hani.
Mamandangkan
baru 11.30 pagi, Hani malas untuk memasak makan tengaharinya. Diluar senyap
sahaja, tiada terdengar irama hip hop penyanyi Mandoza yang menunjukkan Eve ada
di quartersnya. Manja juga tidak kelihatan, entah diceruk manalah dia menyorok,
tahu-tahu muncul aje, kalau perutnya lapar. Itu sahaja kepandaiannya, makan,
main dan tidur. Alangkah seronoknya menjadi binatang kesayangan seperti itu,
tidak perlu fikir apa yang akan terjadi esok. Tak perlu pening-pening
memikirkan yang bukan-bukan.
Hani
menghidupkan komputer ribanya dan menyemak emel yang masuk. Hari ahadpun masih
teringatkan kerja di ofis. Habis itu hendak buat apa? Dari membuang masa tidak
tentu arah, lebih baik menyemak emel masuk. Mana tahu ada tempahan, boleh juga
terus diconfirmkan.
“Em..
ada booking baru, baik aku confirmkan …Seinapun ada hantar message..” Hati
berbicara sendiri.
Tersenyum-senyum
Hani membaca message Seina, rambut yang
terjuntai didahi diselak ke belakang.
Lucu agaknya cerita yang dicoretkan oleh Seina, seminggu lagi kembalilah
dia ke Cape Town. Bila Seina kembali ke Cape Town nanti entah
apa cerita yang akan dia bawa pulang. Yang pasti semuanya cerita gembira.
Terdengar
irama nada di blackberry yang menunjukkan ada pesanan masuk bagi laman sosial facebooknya. Hani membuka pesanan, jelas kelihatan ada
permintaan untuk menjadi kawan kepada akaun Hani. Hanipun menutup emel dan
membuka laman facebook untuk mengetahui siapakah yang membuat permohonan itu.
Jika Hani kenal, pastilah akan di terima, jika tidak dikenali Hani hanya akan
membiarkannya sahaja.
Tertera
NURUL AIN MANSOR
“Ain
rupanya” terus ditekannya butang menerima Ain sebagai salah seorang dari teman
laman socialnya.
Sekejap
sahaja sudah terjawab “Baru berlepas ½ hour ago, Ain dah rindu K.Hani”
Lalu Hani menjawab pesanan “Akakpun rindu Ain, kirim salam Mama dan Papa
Ain”.
“Tak ada
salam untuk abang ke?” pertanyaan Ain sebagai balasan message Hani.
”ohh..
tak payahlah kut..,” pantas jari Hani menjawab.
“Ain dah
nak mula baca Novel yang K.Hani pinjamkan tu..dan Ain dah sampaikan salam
K.Hani pada Ma & Pa. Ma jawab salam K.Hani balik dan she said tqvm for your hospitality”
“tak ada
apa-apa,it’s a smallmatter” Hani
menjawab.
“Cik abang
sebelah Ain ni tanya, K.Hani suka tak barang yang dia beri”
“Akak
suka, just say thank you jugak kepada
abang, I love it, I really love it” jawab
Hani tetapi sebenarnya Hani terlupa langsung tentang kotak kecil yang
dihulurkan Aqram dan tidak mengetahui apa sebenarnya di dalamnya.
“Dia kata kalau pakai, ingatkan dia..”
“insyallah”
jawab Hani pendek.
“line
terhenti-henti, nanti sampai KL Ain fb lagi xoxo” line message Ain yang
terakhir.
Tersenyum-senyum
Hani membaca message dari Ain. Diulang-ulang membacanya, rasa gembira dihatinya
setiap kali membaca kata-kata nakal Ain. Sebelum terlupa, elok dia lihat, apa
yang Cik abang Aqram berikan kepadanya. Tadi baru sahaja berbohong, bohong
sunat.
Hanipun
meninggalkan komputer ribanya dan terus membimbit beg tangan. Kotak kecil
pemberian Aqram diambilnya dan dibuka perlahan.
Cantik
kotaknya, tetapi bukan cantik atau mahal yang Hani nilaikan, ingatan dan
pemberian yang penuh makna yang menjadi ukuran. Terutama dari lelaki yang
dipinjamnya sekejap untuknya. Sekurang-kurangnya hilang sedikit rasa rindunya
kepada Khasif.
“Brooch
rupanya… cantik jugak boleh aku guna bila pakai tudung nanti” bisik Hani
didalam hati.
Dibelek
belek brooch, pandai si pembeli, warna batunya sesuai gunakan untuk semua
pakaian, dan bukan setakat boleh dibuat brooch, malah boleh dibuat pendant
juga. Kotak ditutup semula dan diletakkanya di atas meja solek.
Terus
turun ke dapur untuk memulakan persiapan makan tengaharinya. Sebenarnya tidak
banyak yang Hani perlu masak, mungkin hanya perlu memasak nasi dan menambah
sedikit sayur kerana kari ikan snoek
semalam masih ada berbaki.
Entah
kenapa tiba-tiba Hani terasa sunyi dan merindui keluarga yang baru seminggu kenalinya.
“Kenapa aku jadi begini.Hani! kau kena lawan perasaan tu, jangan
diikutkan sangat.” Sendiri soal, sendiri jawab.
Setelah siap memasak, Hani naik semula ke bilik solat ditingkat atas
untuk bersolat Zohor dan kemudian untuk merehatkan dirinya. Hani masuk ke bilik
tidurnya dan mendakap frame gambar persandingannya ke dada. Itulah satu-satunya
gambar yang masih Hani biarkan, yang lain sudah tersimpan di dalam kotak di
dalam setor. Hani terpaksa berbuat demikian diatas nasihat keluarga Khasif.
Mereka tak mahu Hani sentiasa bersedih setiap kali terlihat gambar-gambar
tersebut, namun Hani degil masih curi-curi menyimpannya di bilik tidur. Hani
tahu mereka tidak akan masuk ke bilik tidurnya, sebab itulah mereka tidak
mengetahui keujudan gambar tersebut. Malah gambar itulah yang selalu menemani
Hani bila terasa sunyi.
3 comments:
Balik dari kg.Subang tadi tenguk dah ada tpi tak sempat baca..anak ajak prgi nilai 3...tpi dlm hti tak sabar nak baca..ni lepas magrib terpa ni dulu..Alhamdullilah..trima ksih smbung crita ni tpi rasa sdeh bla meletakkan diri sebagai Hani..
Kesah Hani (bukan nama sebenar) memang ujud, dia seorang bekas jururawat dan berkahwin dengan lelaki Cape Town. Ada dua anak lelaki yang comel. Kesah dia memang sedih, saya yang tidak ada pertalian darahpun sedih bila mendengar ceritanya. Kemana agaknya Hani sekarang ini. suami dia tidak mati, tetapi kena penjara. Lebih memburukkan keadaan, dia dibenci keluarga mertua. Tapi dalam cerita ini saya nak buat happy ending.. nanti pembaca lari pulak, kalau sad ending kan!
Betul tu..biarlah siapa yg baca happy. wlaupun kehidupan sebenar kdang perit nak terima kenyataan tpi trpaksa juga meneruskan khidupan. truskan brkarya mngkin dengan karya anda bleh ssorang itu mncari jlan kluar dpt myelesaikan masaalah In Syaa Allah
Post a Comment