Thursday 1 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 16/17

Bab 16
Encik Mansor telah bersedia untuk ke lobby bagi membuat pembayaran night safarinya bertiga beranak. Sulayman memandu mereka ke lobby, kerana jika berjalan kaki mahu mengambil masa lebih kurang lima belas minit. Mereka telah dihantar oleh Sulayman awal lagi, kerana mereka perlu berkumpul dihadapan reception.

Setelah sembahyang maghrib, Hani melihat Sulayman telah bersedia menyalakan arang. Puan Fathiah juga kelihatan sedang menyusun barang di atas satu pangkin yang paling hampir dengan pembakar. Aqram tidak kelihatan, katanya tadi hendak membantu, tetapi batang hidungpun tak nampak. Berada di safari memang tiada signal radio, tv, mahupun telefon. Jika hendak berhubung perlu ke reception kaunter dengan menggunakan telefon line tetap. Betul-betul berada ditengah hutan “middle of no where”.

Hani memakai seluar jeans denim lamanya, memandangkan cuaca malam itu agak dingin dia menyarung cardigan hitam. Sambil tangan memegang bekas ayam dan daging yang telah diperap sewaktu sampai di chalet tengahari tadi.

“Let me..” tiba-tiba Aqram bersuara disisi Hani sambil mendepakan tangannya tanda ingin  membawa bekas tersebut ke tempat pembakar. Kenapa selalu sangat dia muncul mengejut, tidak ada kerja lain ke? Bisik Hani di dalam hati.

Bekas dihulur dengan bertujuan agar Aqram berlalu pergi, tetapi sangkaan Hani meleset, nampaknya Aqram bersahaja berjalan beriringan dengannya. Beriringan terlalu rapat sehingga Hani boleh terhidu haruman  yang digunakannya. Bau haruman itu lagi!  Memang cukup menyenangkan hati Hani.  Haruman yang pertama sewaktu pertemuaan Hani dan Khasif 7 tahun lalu di Malaysia sewaktu bersarapan di Johnny’s di Alamanda dan haruman itu juga yang sentiasa dihidunya sepanjang hidupnya bersama Khasif.  Aman, tenang, selesa..bagaikan memang Khasif berada disampingnya sekarang.

Puan Fatihah memerhatikan dengan lerekan senyuman. Senyuman suka atau kurang senang tidak dapat dipastikan.

Sulayman memang pandai menyediakan barbeque. Ketulan batu arang yang sudah merah menyala diselerakkan di dalam bekas pembakar agar kepanasan api serata. Bila sudah betul-betul sedia, baru d letakkan rak pembakar dan menyusun ketulan-ketulan daging dan ayam dan juga kentang yang telah dibalut aluminium foil. Sulayman membalik-balikkan ketulan ayam dan daging sambil berbual-bual kosong dengan Puan Fatihah dan Aqram. Kemudian Sulayman meminta diri untuk menjemput Encik Mansor dan anak-anak memandangkan sudah hampir 2 jam mereka keluar, bila-bila masa sahaja akan kembali semula dihadapan reception.

Memandangkan Sulayman telah meninggalkan tempat pembakar,  Aqram  mengambil tempat menjaga ayam-ayam masih banyak perlu dipanggang. Tugas senang, bukannya susah, tengok ayam sama ada sudah masak atau belum. Ataupun balikkan ayam yang belum betul-betul masak.

“Aduh!!” suara jeritan dari hala pembakar.

Aqram menekup pergelangan tangannya.

“Aqram, what happen” serentak. Hani dan Puan Fatihah segera mendapatkan Aqram. “Kenapa” ulang Puan Fatihah sepatah.

“Kena api, one of the chicken terjatuh, buat arang tu melantun ke tangan Am.  Mercik, Aduh..”.. jawabnya tersekat-sekat, mulut senget menahan sakit.

Let me see” Hani memegang tangan Aqram yang melepuh.

Dilihatnya kecederaan tidaklah teruk mana, tapi jika tidak di rawat segera boleh juga menjadi melarat dan meninggalkan parut. Secara spontan Hani menawarkan rawatan. Naluri sebagai perawat pada dirinya masih utuh. Kelihatan juga Sulayman sampai tepat pada waktunya. Aqram tergamam apabila Hani begitu berani memegang tangannya, tetapi dibiarkan.

Hani menarik Aqram ke sinki yang paling berdekatan dan mencuci tempat yang terkena api tersebut lalu dikeringkan dengan menggunakan towel dapur dengan lembut. Kemudian menarik pula Aqram ke dapur. Aqram hanya mengikut, kedapur. Difikirannya bertanya-tanya, kepada pula dia membawa dirinya kedapur? Ada rawatan apa di dapur?

Peti sejuk dibuka, Hani mengambil sudu dan disudu sedikit butter. Terus butter  disapu lembut ke tangan Aqram untuk mengurangkan rasa panas.  Aqram masih membiarkan apa saja yang dilakukan Hani, dia suka diperlakukan sedemikian, terutama oleh pemandu pelancong ini. Puan Fatihah hanya memerhati, tanpa sepatah kata.

Sulayman, get the first aid in the combi please, Mr. Aqram got burn” tegas Hani sebaik sahaja terlihat Sulayman yang baru sahaja sampai.

Segera Sulayman berlari-lari anak  mendapatkan peti pertolongan cemas yang sentiasa ada di dalam combi. Kesan butter di sapu semula kerana Hani menggantikan dengan ubat krim dan akhirnya membalutnya dengan kemas sekali.  Aqram hanya menurut dan memerhatikan apa yang Hani lakukan, hatinya girang.

“Macam nurselah you ni.. Cik Hani ..” tegur Puan Fatihah tanpa mengetahui yang sebenarnya Hani memang seorang Perawat terlatih.

Aqram masih mendiamkan diri sepanjang Hani memegang tangannya, hanya memandang dan membiarkan apa sahaja dibuat oleh Hani. Sedangkan jantung mereka berdua berdebar-debar di saat tangan bersentuhan, tetapi demi niat merawat Hani tepis perasaan itu. 

“Sakit lagi tak? Tadi mesti peritkan..? sekarang tentu dah kurang sebab saya dah bubuh krim, esok siang saya tengok lagi, kalau kering it’s a good sign, kalau berair tu susahlah sikit.. takut berbekas?“ kata Hani, memang dia bercakap seperti seorang jururawat.

”Habislah turun saham Encik Awram, makwe tak mahu pegang tangan yang dah berparut” gurau Hani.

Aqram tersenyum sumbeng, mengerti Hani memerlinya.

“Tadi Cik Hani sapu butter, ingatkan nak buat apa..” Aqram ingin tahu

“Oooh.. pasal butter tu, butter sebagai soothing agent, jadi butter tu kurangkan rasa perit, kalau tidak lagilah perit kan…” Hani menjelaskan tindakannya tadi.

Aqram mengangguk tanpa mengerti, sedangkan dia tidak mengerti langsung, ingatkan tadi hendak dibuat apa tangannya disapu butter. Butter tersebut untuk sapuan roti sarapan esok hari, hari ini sudah menjadi sapuan tangannya pula.

“Betul kata mama, you do it like you are professional?” Aqram memberi komen

”sikit-sikit bolehlah” masih berselindung.

“Apalah abang ni, tak cukup ayam, bakar tangan sendiri pulak” Ain bersuara

“Diamlah dik, abang saja nak minta Kak Hani pegang tangan abang, sakit sikit tak apa, tapi berbaloi?” jawapan diluar dugaan Aqram.

“Ooo ya ke?” Ain mencebik mukanya

“Jangan marah Cik Hani, saya bergurau” balas Aqram. Semua tergelak.

Hani tersenyum sumbing, pertolongan ikhlas darinya sudah disalah ertikan oleh Aqram rupanya.

Malam barbeque ini hanya mendengar cerita dari Encik Mansor, Ain dan Rayyan yang sebok menceritakan apa yang telah mereka saksikan sepanjang perjalanan 2 jam night safari. Sayangnya mereka tidak dapat melihat big Five. Big Five bermaksud gajah, singa, badak, kerbau liar dan harimau bintang.  Jika pengunjung dapat melihat kelima-lima binatang ini di dalam satu perjalanan, mereka akan di beri sijil. Malangnya Encik Mansor anak beranak hanya dapat menyaksikan kerbau liar dan gajah sahaja. Tiga lagi binatang menyorok entah ke mana.  Mereka juga melihat lain-lain binatang seperti kudu, impala, kuda belang dan lain-lain binatang kecil. Yang lain hanya menjadi pendengar setia. Setelah hampir jam 12.00 malam, Sulayman mematikan bara-bara yang masih tinggal dan masing-masing menuju ke bilik masing-masing untuk istirehat. Tambahan pula mereka terpaksa meninggalkan chalet sebelum jam 10.00 pagi esok.

“Encik Aqram kena tinggikan sikit tangan tu..ya? and make sure jangan terhimpit pula.” Nasihat seorang jujurawat kepada pesakitnya. Aqram membelek-belek tangannya yang berbalut. Hati girang, biarpun tangan melepuh tetapi dia mendapat perhatian lebih dari Cik Hani, pemandu pelancong istimewanya.

****
Bab 17

Pagi-pagi lagi Puan Fatihah dan Hani telah menyediakan sarapan roti, jem dan juga butter. Butter yang sudah dibuka Hani untuk menyapu tangan Aqram malam tadi di pangkin. Nampaknya semua sudah bersedia untuk pulang. Hani meminta kebenaran Aqram untuk melihat tangannya yang terkena api. Hani dapati hanya melecur sedikit sahaja, tetapi akan berbekas hitam untuk tiga ke empat hari.

“Nasib baik ada nurse malam tadi” puji Aqram.

Hani masih menyembunyikan identiti sebenarnya. Dia hanya mampu tersenyum dengan ungkapan “ada nurse..“ yang sememangnya betul.

Perjalanan pulang, Puan Fatihah bersungguh-sungguh menjemput Hani ke rumahnya, sekiranya ada kesempatan bila pulang bercuti ke Malaysia Jemputan itu disokong oleh Ain. Hani jadi serba salah, hanya jawapan insyallah sahaja yang mampu dijawabnya, buat masa ini. Dengan izinNYA jua.

Kemudian terfikir pula Hani, apalah salahnya dia menjemput keluarga yang telah memberikan dia sedikit kebahagian ke rumahnya pada hari Sabtu nanti. 
Sekurang-kurangnya tidaklah dia sunyi sendirian dihujung minggu.

“Puan, hari Sabtu nanti dah ada programme, nak melawat mana-mana lagi ke?” tanya Hani kepada Puan Fatihah.

“Entah, rasanya tak ada lagi.. Abang,...Aqram ada nak kemana-mana lagi ke kita?” bertanya kepada anak dan suaminya.

“Kenapa ma tanya” soal Aqram. Encik Mansor hanya berdiam diri.

“Ni..ah..Cik Hani tanya, kalau kita free ke tidak?” ulas Fatihah

“Sundaykan kita dah nak berlepas balik, flight pagi pulak tu, jadi kalau nak rehat tu boleh aje, atau pusing-pusing Town sudah la..” jawabnya ringkas.

“Saya sebenarnya nak jemput lunch di rumah, kalau tak keberatanlah..” Hani mencadangkan.

Puan Fatihah saling berpandangan dengan Encik Mansor.

“Macammana Bang” tanya Puan Fatihah kepada suaminya

“Tanya Aqram la?” Soalan ditujukan kepadanya, tetapi Mansor meminta pandangan anak bujangnya pula.

“Aqram okey aje” jawabnya ringkas

“Boleh ajela ma..” pujuk Ain sambil tangannya singgah dibahu Fatihah. Pandai sungguh Ain memujuk, cair Puan Fatihah dibuatnya.

Hani hanya diam menunggu jawapan.

“Bolehlah..” akhirnya Puan Fatihah bersuara.

“Yehhh..” sahut Ain, gembira sahaja bunyinya.

“Kalau macam tu saya akan datang ambil kat hotel dalam  jam 11.00 macam tu.. Sabtu ni” ulas Hani.

“Buat susah-susah aje Cik Hani ni..” katanya Fatihah yang tersentuh dengan jemputan Hani yang dia tidak kenal, tetapi sudah mesra.

 “Tak susah manapun…” jawab Hani pendek.

Difikiran Hani bertanya sendiri, betul ke yang dia menjawab ‘Tak susah“. Apanya yang tak susahnya? Bab masak memanglah tak susah, hanya memasak untuk tidak sampaipun sepuluh orang.  Bab lain! Itulah dah gatal mulut menjemput tetamu yang baru seminggu dia kenal…Hani senyum sendiri.. lantaklah.. janji week-end ini dia tidak sunyi.

No comments: