Bab 15
Sulayman
singgah di kedai muslim yang membekalkan daging halal, Disini Hani membeli
daging dan ayam untuk barbeque yang di panggil brai di sini. Nampaknya tertunai
hajat Aqram yang sudah jemu memakan makanan laut. Hani memilih beberapa ketul
daging dan ayam yang cukup untuk makanan seramai 6 orang, arang pembakar dan tidak
ketinggalan fire starter. Puan Fatihah pula memasukkan ke dalam trolinya
pinggan plastik, minuman ringan, sedikit snack, buah-buahan, tissue dan salad.
Ain dan Rayyan pula memilih jajan pilihan mereka untuk memenuhkan lagi troli. Anak
remaja mana boleh lupa dengan makanan ringan, makanan yang tidak sihat
langsung! Tetapi apa hendak dikata, itu selera mereka.
Di depan
kaunter, Aqram sudah menunggu kerana dia banker hari ini kerana dia yang akan
membuat pembayaran. Hani rasa sungguh gembira seperti dia juga adalah
sebahagian dari keluarga ini. Entah kenapa Hani menawarkan diri untuk berbuat
demikian, selalunya Hani tidak memberikan khidmat sampai begini. A. Adakah
disebabkan mereka orang Malaysia, B. Adakah kerana Aqram atau C. sebab-sebab
lain? Hani sendiripun tidak dapat memberikan jawapan. Tidak perlu memilih
jawapan kepada soalan objektif itu kerana Hani memilih D. kerana jawapannya
ialah all of the above.
Hani perasan Aqram seperti dingin sahaja dengannya, tidak seperti semasa
perjalanan ke Garden Route dua hari lepas. Jika dua hari lepas Aqram pasti mengambil
peluang untuk berdamping dengannya, tetapi tidak hari ini. Dia hanya menunggu
di depan kaunter dan akan cuba mengelak untuk mendekati Hani.
Ah.. biarkanlah, Hanipun bukan mahu lebih perhatianpun darinya, esok
lusa Hani terpaksa menerima hakikat juga yang lelaki ini muncul di dalam
hidupnya hanya untuk sementara waktu sahaja. Hanya untuk beberapa hari.
Sementara
berbelanja Hani juga telah meminta Sulayman membeli 6 pack nasi biryani ayam di
restaurant berdekatan. Setelah
berbelanja, Aqram yang menolak troli ke combi. Bau nasi biryani semerbak di
dalam Combi. Membuatkan perut merasa lapar serta merta. Namun terpaksa ditahan
kerana juadah hanya akan dimakan sewaktu sampai di chalet kelak.
Disepanjang
20 kilometer perjalanan menghala ke chalet yang ditempah, sudah kelihatan
impala, springbok melompat-lompat di sepanjang jalan. Begitu teruja keluarga
Puan Fatihah melihat binatang-binatang ini di habitat semula jadi mereka dalam
jarak dekat. Kelihatan juga sekumpulan lebih kurang 30 gajah yang sedang mandi di
sungai. Girafah yang leka memakan daun-daun muda di pohon-pohon yang tinggi.
Ain dan En. Mansor sebok merakam gambar binatang-binatang yang ditemui.
Kenderaan tidak dibenarkan berhenti dan pengunjung juga tidak dibenarkan
keluar dari kenderaan demi untuk keselamatan.
Dicurigai jika berlaku kemalangan atau sebagainya. Lebih teruk lagi
ditakuti diserang binatang kerana mereka masih liar!
Sesampai mereka di Glen Fairy lebih kurang 12.00 petang, dan selepas
check-in di bilik masing-masing, mereka menjamu nasi biryani yang telah dibeli
Sulayman di pangkin untuk orang berkelah di hadapan chalet. Walaupun nasi
biryani sudah dingin, tetapi kerana lapar, pack bungkusan yang selalu boleh
dimakan untuk 2 orang, dapat dihabiskan oleh setiap ahli keluarga ini. Agaknya terlalu rindu dengan nasi, kerana
sudah 4 hari hanya memakan ikan, roti dan kentang goreng. Kalau nasipun hanya
nasi kuning dengan ikan. Hani hanya memerhatikan dengan senyuman dari pangkin
yang paling hujung. Alangkah bahagianya mereka mempunyai keluarga yang sempurna
ini. Pandai Aqram melayan kedua ibu bapanya. Tiba-tiba hati Hani sayu kerana dia tidak melayan
keluarganya sebegitu, malah telah meninggalkan mereka, meninggalkan seorang ibu
sehingga siibu merindui anaknya. Zalim rasanya dirinya kerana telah bertindak
demikian. Air mata bergenang, tanpa Hani sedari.
“Terimakasih Cik Hani, you make
my family happy” terkejut Hani mendengar suara Aqram perlahan dicorong
telinganya, yang entah bila masa berada di belakang Hani dan dia terus
mengambil tempat di sebelah Hani. Cepat-cepat Hani menyapu air mata yang tidak
sempat mengalir.
“This is part of the servis, making everybody
happy, En. Aqram tak happy ke?” jelas Hani, melindung hatinya yang sayu
dengan senyuman.
“Happy when I’m with you and don’t call me Encik ..
please just call me Aqram like everyone else” jelas Aqram perlahan, takut didengar oleh ahli
keluarga yang lain yang sedang memandang
mereka sedang berbual, memang nampak seperti sepasang kekasih. Berbual seperti
berbisik-bisik.
Aqram oh
Aqram,.... tahu tak hari ini baru pertemuan ketiga mereka tetapi sudah mula
bercakap berbisik-bisik. Aqram cuba memberanikan diri untuk mendekati Hani
semula. Bukan dia hendak mengoda Hani, kerana dia tahu, Hani sudah ada orang
yang istimewa. Lelaki yang diihatnya bersama disatu pagi pastinya. Dia melayan
Hani sekadar seorang pemandu pelancong yang memberi khidmat kepada kelaurganya.
Untuk
mengelakkan daripada mendengar entah apa-apa lagi dari mulut Aqram, Hani
tiba-tiba meninggikan suaranya untuk memaklumkan jadual Safari. Sambil menepuk
tangannya meminta perhatian, Hani berdiri, Aqram masih duduk disebelahnya.
“Oh ya,
about the safari trip...safari ni ada dua trip, satu..trip safari siang dari
jam 8 pagi sampai 10.00 pagi, definitely
kita dah terlepas trip pagi unless you want to go for tomorrow trip, the other
option is night from 8.00 till 10.00 pm”
Hani cuba mengalih tajuk perbualan dan juga ingin mengelak dari sangkaan Puan
Fatehah yang bukan-bukan terhadap dirinya dengan anak bujangnya.
“Siapa nak pergi night safari malam ni?..” tanya Hani lagi.
Kelihatan seperti Puan Fatihah menggelengkan kepala, dia tidak berminat.
Namun Ain dan Rayyan sedang merencanakan trip mereka, sama ada trip pagi atau
malam tidak diketahui Hani sebab jarak mereka agak jauh. Memerlukan seseorang
itu meninggikan sedikit nada suara sedikit jika mahu didengar.
“En. Aqram nak cuba night safari” Hani masih tidak setuju dengan
permintaan Aqram hanya memanggil Aqram, kerana bagi Hani dia sedang bertugas
sekarang, so act professionaly.
“Dengan Cik Hani?” pinta Aqram
”Dengan saya? tak payahlah, saya dah selalu” jawab Hani sambil tersenyum
sinis.
“Silap silap binatang tu pun dah kenal muka saya, almost every month I’m
here.. “ tambah Hani, berseluruh.
“Baguslah kalau binatang tu dah kenal Cik Hani, boleh saya minta untuk
bergambar dengan mereka. Tentu mereka jinak?.” mula dah merepek si Aqram ni,
sambil tersengeh, siapa suruh mulakan.
“Temankan saya la..” Aqram mendesak
“why
don’t you ask the rest, sebab kena booked and buat payment di counter depan”
Hani malas melayan kerenah keanak-anakan Aqram.
“I’m here not so much to see the animal but
to be with you” pengakuan yang ikhlas dari Aqram, dia lupa pagi semalam dia
begitu kecewa dengan Hani apabila melihat Hani begitu mesra dengan lelaki yang
dilihatnya, tetapi hari ini begitu berani meluahkan hatinya. Entahkan Hani
sudah bersuami, kan nanya, mengoda isteri orang? Tak apa, janji cuba dulu, itu
nekatnya.
“I dont think so.. it is not a good idea,
lagipun saya dan Sulayman kena prepare barbeque” Hani menolak pelawaan Aqram.
“Well, we prepare barbeque together” pantas jawapan
Aqram
“Excuse me,” Hani meminta diri, terasa
janggal pula rasanya Hani duduk sebangku bersama Aqram, tambahan pula mereka
menjadi perhatian keluarga Aqram. Hani berjalan menuju ke bangku Puan Fatihah
dan terus bertanyakan Puan Fatihah mengenai rancangan mereka. Meninggalkan
Aqram terkulat-kulat sendirian, tanpa jawapan yang pasti dari Hani.
“Aqram,
nak trip safari siang ke malam? Pa nak pergi buat bayaran ni.., Pa, Ain dan
Rayyan pergi night safari malam ni” Puan Fatihah meninggikan suara untuk
bertanyakan Aqram yang duduk sendirian ditinggal oleh Hani seperti orang kecewa
sahaja.
“Aqram
staylah ma” jawabnya ringkas.
“Suka
hatilah..” jawab mendatar dan perlahan oleh Puan Fatihah
Hani
mengerling melalui ekor matanya kepada Aqram dan hatinya bertanya-tanya, apa
sebenarnya kata-kata Aqram sebentar tadi Dia tidak tahu siapa aku sebenarnya,
sekiranya dia tahu pasti aku dia akan membatalkan apa sahaja niatnya itu. Dari
itu baik aku jauhkan diri. Siapa yang mahukan aku yang sudah janda ini
sedangkan dia boleh dapat yang lebih baik dari aku” di dalam hati, menidakkan
yang sebenarnya Hani juga perlahan-lahan sudah mula suka kepada Aqram. Yang
pasti hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dia melihat wajah seiras
Khasif ini, selepas ini kehidupan Hani akan kembali seperti biasa, tanpa
sikembar.
No comments:
Post a Comment