Bab
7
Bergegas Hanna bangun, apabila dia melihat
jam di skrin telefon menunjukkan waktu. Berkali-kali diteleknya seperti tidak
percaya. Janjinya hendak bertemu Adi jam 10 pagi di Bahnhof Zurich. Kini dia
sudah tersasar dari waktu yang sepatutnya. Dia cuma ada 20 minit untuk bersiap.
Dia terlewat bangun. Itulah padahnya jika tidur semula selepas subuh. Semalam sampai Zurich sudah
hampir jam 12.00 tengahmalam. Nasib baik sempat mengambil tram yang terakhir, itu
pun nasib baik mereka sampai dua minit awal, sebelum tram tiba. Jika terlewat
dua minit itu, mereka terpaksa menunggu bas yang dipanggil moonliner, bas khas
yang hanya beroperasi selepas jam 1.00 pagi. Tujuan bas itu adalah bagi membawa
penumpang yang hendak pulang selepas bersosial di pubs, nightclub atau
penumpang yang terlalu mabuk dan tidak layak untuk memandu pulang.
“Kuruss
semangat, nasib baik tidak terpaksa menaiki bas tersebut, jika bercampur dengan
orang-orang yang terlebih social sedemikian atau bersama orang mabuk….heeee…” geli geleman rasa diri
Hanna apabila teringatkan sekiranya dia terpaksa menaiki bas monnliner itu malam
tadi. Mereka terpaksa bersama-sama
orang-orang sedemikian. Sudah terbayang Hanna siapa penumpangnya. Pasti penumpang
perempuan yang berpakaian seksi, seperti tidak cukup kain dan penumpang lelaki
yang sudah tidak ingat dunia, kerana mabuk. Namun Hanna bersyukur, tidak
sia-sia mereka berlari dari station keretapi ke station tram semata-mata untuk
mengejar tram yang terakhir.
Dia membersihkan diri, bersiap dan sempat
menghirup secawan kopi. Perbuatannya itu sudah mengambil Hanna lebih dari 20
minit. Hanna hanya membiarkan Sarah menyambung tidurnya kerana Sarah sudah mengetahui
rancangannya pagi ini. Harap-harap Adi dapat mencari input untuk assignmentnya
itu. Jika tidak, masaklah dia kena marah dengan Professor. Beg galas dicapai
dan terus menuruni anak tangga dengan laju, seakan dikejar anjing sahaja
lagaknya. Tidak kuasa dia menggunakan lift, 3 tingkat sahaja. Turun tangga
tidak mengapa, jangan naik tangga, kata Hanna dalam hati.
Berkejar dia apabila dari jauh, sudah
nampak muncung tram berwarna merah sedang menuju ke station. Setiap saat begitu
berharga bagi Hanna yang sudah tidak cukup waktu. Pagi ini memang cukup
mencabar baginya. Itulah, gara-gara hendak berkunjung ke menara senget, membuat
kepala otak Hanna hampir juga senget.
Hanya ada beberapa orang sahaja didalam
tram. Pagi Ahad, selalunya orang-orang di Swiss ini hanya duduk dirumah,
menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Ataupun mengambil peluang untuk bangun
lewat, sejuk-sejuk begini, menganyam mimpi lagi bagus. Yang keluar hanya kepada
mereka yang bertugas atau pelancung yang datang berkunjung yang tidak mahu menghabiskan
waktu kunjungan yang singkat dengan duduk didalam bilik hotel. Atau orang seperti Hanna, yang terjerat, tidak ada
masalah mencari masalah.
Hanna terus menuju ketempat yang
dijanjikan. Terpusing-pusing
dia mencari orang yang sepatutnya sudah ada menunggunuya. Tetapi
bayang Adi tidak kelihatan. Terus dia mencapai mobilenya yang dia tahu ada
didalam beg sandang. Baru dia hendak menekan nombor Adi, dia terperasan ada 3
pesanan ringkas yang belum dibaca. Terus dibukanya dan dibaca, ketiga-tiga
pesanan ringkas adalah daripada Adi.
Pesanan
ringkas pertama: “aku sudah ada disini, Hanna“ dia sampai 5 minit awal
Pesanan
ringkas kedua: “dimana kamu dong?” setelah 15 minit kepada pesanan yang pertama
Pesanan
ringkas ketiga: “aku ada janji ketemu teman, cepat kau kemari?” baru beberapa
minit yang lepas.
“Alamak!
Aku dah terlambat pulak.. macammana ni?” Hanna sudah mengelabah, ingatkan Adi
penyelamatnya, tetapi nampaknya tidak. Tangannya sudah memegang kepalanya yang
bertudung. Dia buntu.. ingatkan plan A berjaya, tetapi kesilapannya sendiri
memaksa dia menggunakan plan B. Plan B yang belumpun difikirkan Hanna. Hanna
dengan longlai meninggalkan tempat temujanji dan menuju pulang dengan perasaan
hampa, tangan kosong, plan A gagal. Itulah hendak mencari jalan mudah. Nampaknya dia perlu bertindak segera.
Research perlu dibuatnya secepat mungkin apabila sampai dirumah nanti. Dia
terpaksa memulakannya dari pangkal. Aduss.. nampaknya satu malam lagi
menjanjikan dia akan tidur lewat. Terpaksa menyiapkan assignment,
sekurang-kurangnya 20 muka surat perlu disediakan. Hendak menulis fact 5 muka
suratpun sakit, lainlah jika sudah ada source. Tidak habis-habis Hanna
memikirkan bagaimana dia hendak menyelesaikan masalah yang dia ujudkan sendiri.
“Hanna?”
terdengar Hanna orang memanggilnya, dia terhenti. Bukan suara Adi, tetapi suara
perempuan. Hanna pasti bukan nama dia yang dipanggil, mungkin Hanna lain. Nama
Hanna bukan miliknya seorang didalam dunia ini. Terus dia melangkah ke tram
station tanpa menghiraukan panggilan tersebut.
Sekali lagi dia mendengar namanya
dipanggil oleh suara seorang perempuan. Mahu tidak mahu dia menoleh. Bukan perlu bayaranpun
jika hanya hendak memastikan siapakah orang yang mempunyai nama sama sepertinya.
“Nama kamu Hanna?“ kata si gadis. Ranggi sahaja gadis itu bertanyakan Hanna. Tingi
lampai, tight hitam dengan kasut boot tinggi kelutut. Rambut panjangnya ditocang
dua, kepala tertutup oleh beanie bercorak gelap. Jeket buble berwarna purple. Bukan main
ranggi. Hanna kerut muka. Rupanya memang nama Hanna yang dipanggil adalah nama
dirinya sendiri. Alamak!
“Mana pulak
dia tahu nama aku? Aku tak kenalpun minah ini?“ bisik hati
Hanna sebelum dia menjawab soalan.
“Hemm..Ya..
saya Hanna“ Hanna menjawab dengan ragu-ragu dan sebuti-sebutir.
Matanya melilau manalah tahu prank show ke
apa? Takut pula dia menjadi bahan jenaka kawan-kawannya kelak! Tetapi dia tidak
nampak orang yang memegang kamera. Sah, dia ini bukan lagi prank show
mana-mana.
“Ya..saudari, kenapa?“ tanya Hanna lagi
kepada gadis itu, dengan nada serious, hendak tunjuk hero, konon..
“Nah!” katanya menghulurkan folder plastic
berwarna biru. Hanna mengambilnya.
“Darinya si Adi, dia ke Titlis sama teman,
lagi mahu main ski..“ katanya dengan longhat Indonesia. Orang Indonesia
bercakap bahasanya,indah sahaja bunyinya. Jangan orang Malaysia yang mahu
meniru berbahasa Indonesia, bunyi janggal, seperti orang Siam berbahasa
Melayu..Hanna senyum, terbayang dia wajah lelaki Indonesia itu dengan senyum.
“Adi!“
ulang Hanna seperti tidak percaya.
“Iya.. Adi,
eh..iya, saya mahu berbelanja.. permisi ya?“ kata gadis
itu dan meninggalkan Hanna yang masih tercegat memegang plastik biru
ditangannya.
“Terima kasih..“ jerit Hanna, kepada sigadis yang dia tidak sempat
bertanyakan nama.
Hanna lega,
Adi I owe you one.. bisik hati riang
Hanna. Dia berharap dengan input research yang ada didalam folder itu nanti dia
mampu memnyediakan laporan bukan setakat 5 mukasurat, malah lebih dari itu..
Hati sudah berdendang gembira dengan bayangan wajah lelaki Indonesia itu
dikepalanya.. ADI IRWAN KESUMA.
No comments:
Post a Comment