Semua ini Hani lakukan untuk mengelakkan pesakitnya bosan sekiranya hanya duduk di bilik. Sambil-sambil itu Hani mengajar beberapa ayat Bahasa Melayu yang mudah kepadanya.
“Souvenir
from Malaysia”. Itulah ungkapan yang selalu dikatanya bila dia melihat parut di
kakinya.
”This is original made from
Malaysia, you know, custome made just for me” guraunya lagi. Apa yang Hani
mampu buat, selain dari hanya tersengeh.
“Mamat ni perli atau ikhlas dengan
ungkapannya... apa-apa pun syukur dia selamat“ bisik hati kecil Hani.
Entah
mengapa Hani cukup senang bila bersama dengannya. Khasif pula entahlah? sama
ada dia senang atau tidak bersama Hani, tidaklah dapat Hani tahu. Belum lagi
dianugerahkan keistimewaan boleh membaca fikiran. Dari cerita-cerita yang
terjalin di antaranya, Hani dapat meneka, Khasif mempunyai syarikat pelancongan
dan akan datang ke Malaysia setiap 3 bulan membawa pelancong dari Atrika
Selatan. Sudah hampir 2 tahun ianya beroperasi dengan kerjasama syarikat
pelancongan Malaysia. Masa seminggu berlalu begitu cepat sekali. Hari ini Dr.
Hisham telah memberi kebenaran untuk Khasif
keluar.
“Can we be friend” tanyanya
beberapa jam sebelum keluar. Hanya
menunggu teman dari syarikat pelancongan untuk menjemput.
“Of cause we can ” Hani menjawab. Seperti
pesakit-pesakit lain yang sering meminta contact number. Selepas itu satu line
pun tidak terhantar.
Walaubagaimapun untuk tidak
mengecewakan mamat Afrika Selatan terebut, mereka bertukar-tukar e-mail.
“Kita tengok dan tunggu.. rasaanya
dia ni pun sama aje dengan yang lain..” kata hati Hani.
***
Entah
kenapa sejak Khasif keluar dari hospital, Hani merasakan dia seperti kehilangan
sesuatu. Seminggu berlalu, routine
rawatan yang selalu di jalankannya seperti tidak seceria semasa dia merawat
Khasif.
“Kenapa dengan aku ni.. teringatkan orang yang
entah ingatkan aku ke tidak.. entah-entah melambak
girlfriend dia diCape Town tu..silap-silap dah ada bini anak berderet.. bukan
boleh percaya?” tetapi setiap kali membuka e-mail dia berharap Khasif
menghantarnya berita, tetapi hampa. Hani pula malu untuk memulakan, takut di
katakan syok sendiri. Jika dia benar-benar masih ingatkan Hani, biar dia yang
mulakan. Hani cuba menidakkan gerak hatinya seperti Khasif
memanggil-manggilnya.
“Ella, aku nak tanya kau sikit
boleh tak?..bertanyakan Ella yang sedang melihat TV entah rancangan apa.
“Tanya apa?” Ella menjawab bertanyaan dengan
pertanyaan. Pandangannya masih dikaca TV.
“Masa kau mula-mula tahu kau suka
Bad dulu macammana kau rasa ya?” soalan cupumas dari Hani. Terpusing Ella,
apabila Hani menghabiskan soalannya.
“Ehemm.”.membetulkan suaranya
“Apa hal, kenapa kau tanya, kau
tengah angau ke”.. sambil tersenyum kearah kawan merangkap teman serumahnya.
“Tak lah!! Saja tanya., tak boleh
ke?Siapalah yang hendakkan aku ni..” ..Hani melindungkan memang sebenarnya dia angau, angau seorang diri.
“Entah lah
.. lain macam aje aku rasa soalan kau tu..” usik Ella lagi.
Hani
tunduk, hisy.. si Ella ni, nak jawab, jawab ajelah, buat teka teki buat apa?
“Lain orang lain caranya, kau bukan
tak tahu aku dengan Bad. Kalau
deka,t selalu aje berlaga angin.. bila jumpa bergaduh, benda kecik pun jadi
issue, tapi kalau tak jumpa rasa.. rasa rindu pulak.. lemas aku., eh.. kau dah
jumpa Mr. Right kau ke Hani.. tunggu apa lagi.. siapa lelaki bertuah tu,
mungkin aku kenal ke.. janganlah sorok-sorok Hani..” soalan Hani pendek
aje, jawapan yang Ella berikan
sepatutnya pendek, tapi kini jawapan dan soalan yang menjela-jelalah pulak yang
Hani terima.
“Tak
adalah.. saja aje nak tahu..eh.. kau tu kan aku kata saja nak tahu, aku
siapalah yang hendak” jawab Hani.
Mungkin
belum masanya untuk Hani bercerita perasaannya..mungkin bila dia betul-betul
yakin, mungkin akan di luahkan kepada Ella. Semua berkemungkinan.
“Hey Hani..
apa dah jadi dengan kawan kau yang kena bunga api tu ya?.. yang dari South
Afrika tu la.. dia ada contact kau tak?..” tiba-tiba Ella bertanya soalan yang
tidak disangka-sangka Hani hamper terduduk.
Memang
hampir setiap hari Hani berceritakan hal Khasif kepada Ella,semasa merawatnya
tempoh hari, itulah sebabnya Ella bertanya. Tanpa menyedari hal yang sebenarnya
memang Hani sedang memikirkan bekas pesakitnya itu. Nasib baik soalan yang di ajukannya seperti
dia tak tahu orang yang Hani maksudkan ialah Khasif. Wajah yang selalu bermain
di matanya sejak akhir-akhir ini. Apakah sebenarnya rasa hatinya. Adakah
perasaan ini dinamakan rindu seperti yang Ella katakan tadi atau hanya ingatan
seorang perawat degnan seorang pesakit yang sedkit rapat. Hani tidak tahu
kerana perasaan sebegini baru pertama kali dialaminya. Tapi sayang, kalau ini
rindu, hanya Hani seorang yang merindu, sedangkan orang yang dirindu senyap
menyepi.
***
Tercegat
Khasif menunggu dipintu depan Hospital Putrajaya. Hari ini sudah masuk hari
kedua membuat kerja bodoh ini. Menunggu seseorang yang belum pasti ditemui. Kelibat orang yang dicari tidak juga dilihat.
Hari ini nampak gayanya juga akan mendapat jawapan yang sama.. kecewa. Tetapi
Khasif tidak putus asa. Dia masih berharap, mengharap Hani akan bertugas malam,
dan pastinya waktu inilah shiftnya selesai.
“Hissy..
where is this girl.., doesnt she know I miss her so much.., 3 months away from
her really killing me..” Khasif mengomel
sendiri.
Sedang
asyik mengomel dan sedikit marah kepada dirinya sendiri, tiba-tiba muncul
keluar susuk badan orang yang di tunggu-tunggunya. Bagaikan pergerakan
perjalanan Hani diperlahankan, seakan slow motion. Longlai menghayun langkah,
tanpa mengetahui pergerakannya diperhati tanpa berkelip walau sesaat oleh
sepasang mata.
Hilang perasaan marahnya, hatinya sejuk dan lapang serta merta, sehingga
lidah kelu seketika. Malangnya orang yang di tunggu hanya terus berjalan menuju
ke pintu keluar tidak mengetahui keujudannya.
“Hani.. Hani” Khasif berulang-ulang memanggil Hani yang
nampak berjalan di celah-celah orang ramai yang lalu lalang tanpa menjawab
panggilan Khasif. Hani tidak mengetahui ada orang sedang menjejakinya. Dia
terdengar seperti orang memanggil namanya, tetapi nama Hani bukan miliknya
seorang sahaja, mungkin orang lain. Ha.. biarkanlah, siapa pula yang mencarinya
di pagi-pagi begini..mustahil..dia pasti bukan namanya yang dipanggil. Hani
melawan perasaannya yang sebenarnya berdebar-debar seolah-olah ada orang
menyebut namanya.
Semakin lama semakin jelas sebutan namanya dipanggil dan menambah
kehairananya ialah suara itu, suara seorang lelaki, suara yang dia dengar
seperti suara lelaki yang dia kenal. Tetapi mustahil..itu bukan suara dia! Teruk
sangatkah dia merindukan lelaki ini sehinggakan terdengar-dengar suaranya.
“Ahh.. parah betul..ini tidak boleh jadi! Tetapi kalau menolehpun bukan
rugi apa pun kan?..“ akhirnya Hani berhenti berjalan dan memberanikan dirinya
menoleh kebelakang,. kearah suara.
Ya ALLAH mimpi ke atau bukan!
Hani mengecilkan matanya. Dia perlu pastikan ianya bukan mimpi.. ini
betul-betul, lelaki yang sedang menuju
pantas ke arahnya ialah Khasif, Khasif Iman Bashir.
“Hey.. Khasif!!, I thought I’m hearing things…I
heard your voice, but you suppose to be in Cape Town. aren’t you? Then why are
you here .when are you here, I thought Im hearing things” dengan wajah ceria
dan berbagai-bagai soalan dan berulang-ulang.
Kegembiraan
terpancar di wajahnya, tak usah hendak di kata.. berseri-seri, senyum sampai
ke telinga.
“Me and
my tourist group arrived day after yesterday.. the group is in Putrajaya until
1.00pm. so I take this chance to see you” bercerita dan merasa lega dapat berjumpa Hani akhirnya. Katanya
juga sudah 2 hari di menunggu Hani, sehinggalah hari ini, rezekinya bertemu
Hani akhirnya.
Hani hanya menggelengkan kepala apabila mengetahui keadaan yang berlaku.
“Oh.. my..
goush?… do you really have to do that?…why don’t you just call me or text or FB
me..Khasif..? Why to take the trouble to wait for me here..” Hani mengeleng-gelengkan
kepala. Kenapalah si mamat Africa Selatan ni bertindak tidak berfikir. Dia
tidak tahu hati si mamat itu sudah bergendang laju, sebaik sahaja Nampak
kelibat Hani tadi.
Khasif juga gembira bertemu Hani, mereka berjalan beriringan.
“I will
tell you what has happen..” Khasif ingin menjelaskan apa yang berlaku sehingga
terjadinya dia membuat kerja bodoh ini, tetapi buat masa ini Khasif ingin mendengar suara nurse yang sudah
lama di rinduinya.
“Ha…
Okey..okey.. .. I work afternoon shift..for the past 3 days, that is why to
didn’t see me eh”..
“Today I
start night shift and I just finish my
duty, I am heading home..”
Why
didn’t you call, I have given you my e-mail address aswell as my phone number,
didn’t I?” ujar Hani,ingin kan penjelasan
Khasif kenapa tidak berhubung dengannya.
Mereka
masih berjalan perlahan, Hani sebenarnya menuju ke parker di mana keretanya di
pakirkan, Khasif pula hendak kemana?
“I’m
sorry Hani, my phone was either stolen or miss place at the hotel, the last
time I remember, I was punching you phone number and your e-mail address..” menjelaskan apa yang
berlaku, Hani diam mendengar penjelasan, baru kini dia tahu apa yang terjadi.
“You know Hani, I feel sooo bad, I cannot contact
you, but I have to leave on that day back to SA.., I tried to locate you though
facebook, but fail..” menceritakan bersungguh-sungguh.
“Oh.. my
account facebook, I didn’t use my real name as Hani, I register as Honey…Honey
as honey bee..” Hani menjelaskan.
”Oh no
wonder, I couldn’t trace you..” Khasif merasa lega. Itu sudah tidak menjadi
masalah lagi kerana tuan yang punya diri sudah tercegat didepan.
Dalam
sebok-sebok berbual sambil berjalan, mereka sudah sampai didepan kereta Myvy
puteh Hani.
“Did you
have breakfast already?” Hani bertanya
“Yes,
but I don’t mind to have a drink..” jawab Khasif
“Okey
then I will drive you to Alamanda, do you mind?.. “ ajak Hani
sambil
tangannya menyeluk beg tangan dan mengambil kunci kereta dan menekan kunci
untuk terbuka kereta, terus memandunya. Kereta Myvvy puteh Hani bergerak menuju
ke Alamanda bertemankan Khasif pagi ini. Sungguh riang hati Hani,
berbagai-bagai cerita disampaikan di dalam kereta, seperti tidak cukup masa 24
sehari yang di berikan untuk dia bercerita. Hani senyum. Sekarang barulah terasa
thrill, orang yang asyik muncul didalam ingatan, menyerah diri didepan mata.
No comments:
Post a Comment