“Hisy.. kemana pulak si Sulayman ni..” Hani ketap bibir,
menunggu sudah hampir satu jam, bayang Sulayma tidak juga muncul. Mentari
diluar sudah malu-malu mengeluarkan cahaya. Sebentar lagi bulan akan mengambil
alih tugas. Kepala otak Hani hanya memikirkan si Sulayman, kemanalah agaknya
dia? Nafas ditarik panjang, sekurang-kurangnya apabila nafas dihela, lega sedikit
di fikirannya yang risau kerana ada juga oxygen yang masuk.
Dari tidak berbuat apa-apa, Hani melayan dirinya dengan
membaca artikel di intenet untuk menambahkan lagi pengetahuannya di bidang
perniagaan pelancongan, bukannya dia ada asas perniagaanpun. Melibatkan diri
dibidang ini secara tidak sengaja.
Dia dari latarbelakang yang berbeza, menjadi pengurus
Agensi Pelancongan ini adalah secara tiba-tiba, secara bidan terjun bidalan
paling tepat.
Terdengar seseorang masuk, Sulayman agaknya.
“Luckily you still here”
terkejut Hani dengan suara ini, kerana itu bukan suara Sulayman.
“Madam, sorry, I forgot my cellphone” ujar Malan. Hani terkejut, sambil mengurut dadanya yang
terkejut.
“Oh my goodness, you almost make me heart attack Malan!!..” Hani yang leka melihat internet terkejut dengan
kemunculan Malan secara tiba-tiba dan tangannya masih mengurut dada. Hani
menarik nafas lega, nasib Malan yang muncul, jika penjenayah, tak tahulah Hani
hendak buat apa!
Sulayman yang ditunggunya Malan pula yang sampai. Malan menyambar
telefonnya yang elok terletak di atas mejanya, sempat pula melemparkan senyuman
kepada majikannya sambil mengoyang-goyangkan telefon yang baru diambilnya
menunjukkan kepada Hani lalu bergegas pergi. Dia tidak tahu, kemunculannya
secara mengejut membuat Hani hampir terkejut, seperti baru berjumpa hantu.
Bidalan sahaja, sebenarnya sepanjang hidupnya, dia belum lagi berjumpa hantu,
selisih malaikat 44, kalau boleh elak, baiklah dielakkan.
Hani hanya memerhatikan Malan meninggalkannya sehingga
bayang Malan tidak kelihatan dipandangan matanya. Jangan dia muncul lagi
sudahlah, tak tahulah apa pulak yang dia tertinggal. Yang penting Hani harus
peka pergerakan dipintu hadapan. Jangan terlalu leka di skrin computer.
Kemudian terdengar pintu utama di tolak dengan rakus, Hani
memandang dari biliknya kearah pintu masuk. Susuk badan seorang lelaki yang
memang Hani kenal. Lelaki ini bukan juga lelaki yang ditunggunya.hisy.. aduh
Sulayman.. kenapa lambat sangat sampai ni...where the heck are you!!Jerit
hati kecil Hani.
Hani hanya melihat dari cermin kaca, lelaki yang tidak
diundang merapati pintu biliknya dan diketuknya perlahan. Pintu dikuak perlahan
tanpa mendengar kebenaran dari Hani, dan lelaki itu masuk menuju ke meja Hani.
Hani hanya memandang lelaki itu dengan lemah longlai menuju kearahnya lalu
duduk dikerusi dihadapan meja tanpa perlu dijemput.
“I was about to leave, but then.. I see your office
light still on, I just try my luck whether are you still in, and here I’m”
tegur Amjad.
“How are you? sorry.. am I disturbing you!!” pertanyaan demi pertanyaan di ajukan kepada Hani.
Hani masih tidak menjawab, hanya tersenyum pahit
dihulurkan.
Amjad Basir, teman baik Khasif sejak zaman remaja juga
mempunyai professionpun sama. Pengusaha syarikat pelancongan juga. Syarikat
pelancongannya bernama Safari Advantures Tours and Travel, lokasi pejabatnya
hanya selang beberapa blok sahaja dari syarikat Hani. Walaupun menjalankan
perniagaan yang sama, tetapi Safari Advantures Tours and Travel bukan saingan
See the World Travel.
“I’m fine, Amjad.. actually, I’m waiting for Sulayman..”akhirnya lahir kata-kata dari mulut Hani.
“Oooh.. can we have a cup of coffee later?.” seperti biasa cuba memancing Hani, cuma mungkin umpannya
tidak kena selera Hani.
Sudah berpuluh kali ajakan, namun jawapannya tetap
maaf..berbagai alasan yang Hani berikan. Hani memang cuba lari dari lelaki ini.
Sebenarnya Hani malas melayan Amjad, Hani perasan sejak
ketiadaan Khasif, Amjad berkelakuan agak aneh dengannya. Pelawaan demi pelawaan
cuba ditolak dengan cara baik, berusaha tidak mahu menyakitkan hati kawan baik
suaminya.
“I’m sorry Amjad, I have to meet Ummi.. I have promise
Seina, as you know.. Seina is not here at the moment.. so..” alasan yang diberinya, memang alasan yang boleh diterima
akal.
“Excuse me.. Madam..”
perbualan mereka terhenti. Tidak sempat Hani hendak menghabiskan kata-kata
sudah dipotong oleh suara yang melegakannya.
Alhamdullillah, lelaki yang ditunggu tiba tepat pada
waktunya, ibarat pepatah “Save by the bell…” tetapi sekarang ini ditukar
dengan perkataan “save by the driver”.
Hani dan Amjad memaling kepada suara Sulayman yang entah
bila dia masuk tidak mereka perasan.
Sungguh Hani tidak perasan kehadiran Sulayman di muka
pintu.
“Why are you late, Sulayman..”soalan Hani belum sempat Sulayman menarik nafas untuk
menjelaskan kelewatannya.
“The answer better be good“ bisik hati kecil Hani
Amjad hanya sebagai pemerhati, menunggu apakah penjelasan
yang akan diberi oleh seorang pekerja kepada majikannya.Memang dia pun selalu
mengalami pengalaman seperti ini.
“Sorry mem, the family asked me to take them to Bo Kaap for
afternoon tea, since there is a lot of Hallal and muslim community there, and I
took them there!”, jelas Sulayman
bersungguh-sungguh dan jujur
“Oooh, which restaurant to took them” kini baru Hani faham kelewatan Sulayman. Pertanyaan hanya
sekadar ingin tahu.
”Ummi Khadija” jawab pantas Sulayman.
Hani menangguk-anggukkan kepalanya, gembira dengan pilihan
restaurant yang di bawa Sulyman, restaurant ibu mertuanya.
“How was the trip, do they happy with our service” tanya Hani lagi, sudah tidak sabar mendengar feedback
pelanggan dari Sulayman.
Harapannya biarlah berita yang mengembirakan.
”I think so, yes.. they happy with our service.” megah sahaja bunyi suara Sulayman
“They will call you, I believe they want to go to
Garden Route, as I told them,its a must place to visit”Sulayman lega
setelah menjelaskan kenapa kelewatannya pulang ke pejabat hari ini.
Tidak sia-sia dia menggunakan masanya untuk meraih
pelanggan demi untuk syarikat dimana service kepada pelancong menjadi periuk
nasi mereka. Apalah sukarnya to offer an extra mile jika menguntungkan
dirinya.Satu sikap yang patut dipuji, tidak berkira tulang urat.
”I want to lock the office, you want to take anything, you
better take it now,before I set the alarm on” ujar Hani tegas.
“Give me five minutes .. mem” jawabnya dan menuju ke bilik air nampaknya dia.
Amjad hanya menjadi pemerhati sedari tadi. Terkulat-kulat
sahaja dia apabila Hani beriak tidak ambil kesah dengan keujudannya.Seperti
Amjad tidak ujud didalam bilik tersebut.
“Amjad, I really appreciate your offer.. but really..
not today, may be some other day..sorry not today, I’m so sorry” menolak
dengan kata-kata beralas, dan seperti biasa disulami senyuman.
Yang sebenarnya memang tidak ada maksud untuk menerima
pelawaan lelaki ini, tidak untuk hari ini, tidak untuk esok dan tidak juga
untuk bila-bila..
Hani mematikan komputer, mencapai beg tangannya lalu
disandangnya ke bahu dan berdiri, Amjad juga turut berdiri, mengerti bahawa
Hani sudah sedia untuk menutup pejabat.
“Okey.. okey .. I hope there will be next time..” jawab Amjad perlahan kerana sedikit kecewa.
“Shall we!!..” Hani
mengajak Amjad keluar dari biliknya.
Hani melemparkan senyuman dan mereka beriringan berjalan
menuju kepintu masuk dimana kelihatan Sulayman sudah sedia menunggu di luar.
Setelah Hani memastikan semua lampu terpadam, Hani menekan
kod nombor rahsia bagi alat penggera.
Mereka menunggu dihadapan pejabat untuk memastikan lampu
alat penggera berwarna merah menunjukkan alat penggera tersebut telahpun
dihidupkan. Beberapa saat kemudian, lampu alat penggerapun bertukar warna.
Sekarang mereka boleh meninggalkan pejabat dengan aman, alat penggera sudah
menjalankan tugasnya. Jika ada pencerobohan atau kecurian pasti alarm akan
berbunyi . Beginilah kehidupan di Afrika Selatan, semua perlu dipasang alat
penggera, dari pejabat sehingga rumah persendirian, semata-mata untuk
keselamatan, di mana jenayah berlaku berleluasan. Akibat pengangguran yang
terlalu tinggi, membuat rakyat mencari jalan mudah untuk hidup, iaitu mencuri
dan merompak.
“Okey, Sulayman, see you on Monday, Assalamualaikum” Lembut ucapan Hani kepada Sulayman, manalah Amjad tidak
tergila-gilakan wanita ini, sejak dari dulu lagi. Lemah lembut, ciri-ciri wanita
timur terserlah.
“Mualaikumsallam Sir and Madam ” jawabnya, sungguh
sopan terus berjalan.
Masing-masing menuju kearah yang berlainan. Hani dan Amjad
ke tempat pakir yang berhadapan pejabatnya, manakala Sulayman ke belakang
bangunan, menuju ke keretanya. Mungkin tatkala Sulayman sampai, tempat pakir di
hadapan sudah penuh.
Lagipun tempat pakir dihadapan bangunan memang limited.
Hanya dua lot untuk setiap bangunan.
Perlahan Hani memandu, menuju ke Bo Kaap. Penempatan Cape
Malay di mana ada keunikannya. Rumah-rumah mereka di cat dengan pelbagai warna
cerah. Dari warna-warna itu dapat melambangkan keceriaan hidup mereka, walaupun
mereka hanya hidup sederhana. Rumah berangkai 3 bilik, ibarat rumah teres kos
sederhana di Malaysia. Rumah yang sungguh bererti kepada Hani, kerana di
situlah dia tinggal sewaktu menjejak ke tanah Afrika ini. Disitulah segalanya
bermula.
***
Kerana janjinya dengan Seina, Restaurant Ummi Khadija yang
terletak di Bo Kaap dituju. Hani memakirkan keretanya di belakang restaurant
ibu mertuanya setelah lebih kurang 15 minit pemanduan dari pejabat. Sebaik
sahaja turun dari keretanya Hani sudah melihat ibu mertuanya yang
terbongkok-bongkok disinki membersihkan sesuatu. Dia tidak perasan kehadiran
Hani, tekun sangat lagaknya dengan penyediaan masakan.
“Ummi, Assalamualikum” salam diberi.
Seorang perempuan separuh umur menoleh, walaupun sudah
mencicah umur 60 tahun tetapi masih tegap dan masih nampak menarik, sambil
melemparkan senyuman kepada suara yang memang cukup dikenalinya.
”Mualikumsalam Hani, how a you dear?” ligat mengeringkan tangan di apron yang sedia terlilit
dipinggang. Riak gembira terpancar diwajah ummi.
“Long time you did come here”, jawabnya, walaupun baru seminggu Hani tidak
menjenggoknya, dikatakan terlalu lama.
Hani hanya mampu tersenyum dengan komen ibu mertuanya.
Dipeluknya erat badan gempal ummi Khadija.
“Must be busy with Siena trip to Malaysia I suppose eh?” menjawab soalannya sendiri
Bertalu-lalu soalan yang dihulurkan kepada Hani, ingin juga
dia berkongsi cerita mengenai Malaysia. Walaupun sudah lebih dari enam tahun
dia dan abbi Mostafa berkunjung ke sana, namun cerita mengenai Malaysia tidak
pernah lekang dimulutnya. Bagaikan baru semalam pengalaman berada di sana,
gamaknya. Kini anak perempuannya mula menyusul kesana. Jangan jadi seperti
abangnya sudah. Jika dahulu Khasif ke Malaysia membawa pulang perempuan Melayu
yang ada disebelahnya. Jangan pula Seina pulang nanti membawa lelaki Melayu
sebagai bakal suami!.
Kelihatan tangan Ummi masih basah walaupun telah
dikeringkan di apron tadi.Ummi sedang membersihkan ayam rupanya.
“Hani.. your Sulayman brought some customer this afternoon..” Ummi memulakan bicara dengan suara gembira.
“I know ummi, he did mention it to me hemm..” jawab Hani
“That Sulayman..ah.. always bring people to ummi..he is
such a nice guy..he bring business..”
Ummi memuji Sulayman tak sudah-sudah. Tersengeh sahaja ummi apabila
membangkitkan nama Sulayman.
Walaupun Khasif sudah 3 tahun meninggal, namun hubungan
Hani dengan keluarga ini masih tidak berubah.Masih utuh, sama seperti semasa
kehadiran Khasif. Telah banyak kali Ummi meminta agar Hani mencari sahaja
pengganti Khasif, tapi hatinya belum lagi terbuka untuk mana-mana lelaki.
Alasannya, setakat ini belum ada lagi lelaki yang boleh mengisi kekosongan
hatinya. Keluarga Khasif terlalu baik kepadanya sepanjang 3 tahun yang singkat
bersama Khasif dan juga sudah 3 tahun persendirian tanpa Khasif.
Hani memang sudah biasa membantu ibu mertuanya di
Restaurant ini, sejak dari hari pertama menjejakkan kakinya Cape Town. Itu
cerita 6 tahun lalu.
Hani menuju ke kabinet kayu, menyimpan beg tangannya dan
mengeluarkan sehelai apron yang dilipat kemas di dalam cabinet yang sama. Apron
berwarna hijau di lilitnya dipinggang. Sambil berbual Hani dan Ummi ligat
menyediakan persediaan bagi makan malam sambil berbual. Tak kesahlah apa topic
yang dibangkitkan. Kedengaran sekali sekali gelak ketawa mertua dan menantu,
mungkin cerita lucu yang di perbualkan. Yang pasti bukan kesah kes Oscar
Pretorius yang menjadi tajuk utama di dunia. Gara-gara pemenang olimpik ini
menembak teman wanitanya seorang model di malam Valentine. Dari memikirkan
kesah Oscar, baik sahaja menumpukan kepada persediaan masakan di restaurant,
ada juga faedahnya. Persediaan perlu disiapkan segera kerana sebentar lagi
restaurant akan penuh dengan pengunjung-pengunjung yang menjadi pelanggan tetap
mahupun kehadiran pelanggan-pelanggan baru.
Ummi Khatija memang pakar memasak, semua masakannya
enak-enak belaka. Pembantu Ummi, Advina dan Layla juga sekali sekala menyampuk
perbualan mereka. Sepanjang Hani menjadi isteri Khasif, Hani dapat juga menimba
beberapa resipi dari Ummi. Resipi turun temurun, sudah menjadi secret resipi
pula. Bukan secret resipi yang menjual kek, tetapi secret resipi yang berada di
Cape Town. Masakannya tidak banyak berbeza dari masakan orang Melayu, apalah
sangat bezanya, semuanya menggunakan cili, santan dan rempah. Nasib baik Hani
sudah belajar memasak dari ibuya sejak dari berumur 12 tahun lagi. Hani tidak
kekok untuk kedapur. Terima kasih ibu. Tersedak agaknya ibu di Malaysia,
apabila Hani teringat dan menyebut namanya. Ibu, Hani rindu ibu, tapi Hani tak
mampu untuk meninggalkan keluarga ni. Semangat Khasif masih kuat di dalam hati
Hani. Bila merenung wajah ummi, hati Hani lemah, cair dan segala-galanya ada di
wajah tua itu.
Malam ini hari Jumaat malam Sabtu, selalunya pelanggan Ummi
akan ramai terutama mereka-mereka yang pulang bekerja dan malas untuk
menyediakan makanan. Mereka akan terus sahaja singgah untuk makan malam, atau
setidak-tidaknya membungkus untuk dibawa pulang.
“Hello Hani, how are you?” Tegur Dorian, jiran Ummi Khatija yang datang bersama isteri dan Aliff
anak lelaki tunggalnya yang berusia 1 tahun. Hani memang dikenali oleh ramai di
Bo Kaap ini.
“Hai.. Dorian” sambil tangan Hani mencuit pipi comel Aliff
yang masih didukung oleh Meera isterinya.
“Big boy now ha?” tegur Hani.Meera tersenyum
dengan komen Hani terhadap Aliff.
Aliff berkekek sahaja bila pipinya di cuit dan memalingkan
wajahnya ke dada ibunya. Seperti biasa Hani juga bertemu dengan Solly, Achmat
dan Amina saudara mara Khasif. Hani sudah biasa dengan mereka-mereka ini yang
sudah menganggap Hani sebagai sebahagian daripada keluarga besar ini.
Walaupun sepanjang perkahwinan Hani dengan Khasif, ada juga
berlakunya perselisihan faham, tetapi cepat-cepat dapat diselesaikan dengan
bantuan ibu atau saudara maranya. Faham-faham sahajalah hidup berumah tangga,
tidak semuanya indah. Ibarat lagu P. Ramlee dan pepatah melayu, “Sedangkan
lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri“ . Mereka sentiasa berpesan
kepada Khasif agar jangan mensia-siakan hidup Hani yang telah sanggup berkorban
berjauhan beribu-ribu batu dari keluarga semata-mata untuk bersama dengannya.
Khasif tidak pernah lupa pesanan itu, akibatnya dia selalu beralah, demi untuk
keharmonian rumahtangga. Hanya Hani sahaja kadang kala bersikap mementingkan
diri, mengetahui yang dirinya disayangi. Hisy sungguh tak patut. Kini, bila
Khasif sudah tidak ada disisi, baru perasan yang tindakan dilakukan amatlah
tidak sepatutnya dilakukan.
Itu hanya tinggal kenangan, kenangan yang tak mungkin dapat
dipadamkan dari sekeping hati kecil seorang perempuan Melayu bernama Hani
Asmara Tajuddin.
1 comment:
Coretan saya semasa bertugas selama 3 tahun lebih di Afrika Selatan
Post a Comment