Friday 8 August 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 20



Bab 20

“Macammana Rissa mum..” tanya Johan, sebaik sahaja mummy yang membuka pintu.
Terpaksalah orang tua itu menjadi penjaga pintu, kerana sudah tahu anak menantu pastinya pulang lewat. Mengambil peluang nampaknya mereka.
“Tengah tidur kat bilik sebelah..okey aje dia. Yang lebih-lebih tu..orang tua tu, mengacau si Rissa nak tidur” kata mummy, mengatakan papa sebagai orang tua. Dia lupa, jika papa tua, diapun tua juga. Johan dan Didi hanya senyum.
“Thanks mum, sebab jaga Rissa. Kita orang naik dulu.. dah lewat ni..” kata Didi dan terus mengikut di belakang Johan.

Kena pula Johan yang menghulur tangan, ingin naik ke bilik bersaing dengannya. Saki baki emosi romantic terbawa-bawa sehingga ke rumah. Tangan Johan disambut. Didi memandang Mummy dengan senyum, ada segannya dengan perlakuan si anak sulung, tetapi Mummy Rina sudah biasa dengan perlakuan mereka, gasaklah hal orang muda. Asalkan mereka bahagia, jika mereka bahagia, orang tua juga turun tumpang rasa bahagia.
Kedua-duanya singgah ke bilik Rissa. Tersenyum melihat Rissa yang sedang pulas lena di dalam baby crib. Siap ada teddy bear lagi. Siapalah agaknya yang belikan? Itu kerja Tok Papa lah tu..  
“Comel kan bang..!!” kata Didi.  
Muncul mummy dengan jari telunjuk tegak di bibir. Memberi isyarat supaya senyap. Didi hanya angguk dan jarinya sendiripun tegak di bibir juga.
Tangan Johan melengkar ke bahu Didi. Didi hanya mengikut langkah Johan masuk ke bilik. Mereka letih dan mengantuk, selepas solat memang tidak ada agenda lain kecuali sweet dreams nampaknya.

“Terima kasih bang..terima kasih for the flowers and for the lovely dinner and for everythings and..” terhenti bicara Didi apabila Johan menyampuk.
Lupa pula Didi hendak mengira, berapa kuntum bunga ros merah yang dia dapat tahun ini. Emotional punya pasal, terlupa hal kira mengira dan maknanya. Esok aje boleh dilakukan.
“Terima kasih aje..?” kata Johan.
Mata sudah tertutup, tapi masih hendak menyakat Didi.
“Tak.. abang belum dapat hadiah dari Didi lagi..” terbulat mata Johan yang tadinya sudah tertutup. Nampaknya malam ini adalah malam yang panjang bagi mereka. Tadi katanya mahu terus melayan mimpi! Nampaknya terpaksa di batalkan kerana Didi ada hadiah istimewa!

“Kenapalah anniversary hanya setahun sekali, kenapa tidak setiap hari” bisik hati Johan.
Lupa mereka berada di rumah mummy dan juga lupa akan kehadiran Rissa di bilik sebelah.

Lupa pula Didi hendak mengira, berapa kuntum bunga ros merah yang dia dapat tahun ini. Emotional punya pasal, terlupa hal kira mengira dan maknanya. Esok aje boleh dilakukan.

***

“Bang.. bangun. Kita kena keluar awal sikit, sebab nak hantar Rissa kat daycare. Kita kat rumah mummy ni. Daycare tu kat rumah kita. Jauh tu bang..” kata Didi
“Hemm…kejap lagi. Abang letih sangat ni” kata Johan.
“Tak apa, Didi siapkan Rissa aje dulu. Baju abang dah Didi siapkan kat tepi sana tu..tapi jangan telepas subuh pulak. 40 wicks aje. okey..40 wicks”  ulang Didi, terus beredar menuju ke bilik Rissa.

Masuk di bilik, Rissa tidak ada di baby crib. Didi panic, ke mana pula anaknya hilang. Budak tu belum pandai berjalan lagi. Takkan dia merangkak keluar? Mustahil!
Terdengar suara papa di tingkat bawah mengagah Rissa. Didi senyum tidak ke manapun si anak. Di tingkat bawah sahaja.
“Ha.. mama dah siap?” papa Darus bercakap dengan Rissa memberitahu yang Didi sudah siap berpakaian kerja.
“Rissa tak ganggu papa ke? pagi-pagi nak main dengan Tok Papa. Rissa ganggu atuk ya?” tanya Didi.
“Didi? Mana Johannya?” bersuara mummy yang keluar dari dapur.
“Tengah siap kat atas mum..,  Didi nak keluar awal sikit sebab nak hantar Rissa dulu kat daycare.” Jawab Didi kepada soalan mummy.
“Ala.. Di, hari ni tak payah hantar kat sanalah. Biar mummy yang jaga. Petang nanti Didi ambillah dia balik, kan bang kan..?” kata mummy meminta sokongan dari suaminya.
“Boleh tak?” tanya papa pula.
“Didi tak ada masalah, nanti Didi tanya abang dulu?” terus sahaja Didi  berlari anak naik semula ke bilik mereka.

“La.. tidur balik. Bang, solat subuh dulu, lepas tu boleh baring semula. Mummy dan Papa dah sanggup nak jaga Rissa hari ni, boleh tak?”. Jelas Didi.
“Didi pergi kerja dengan teksi ajelah, at least abang boleh keluar lewat sikit, lagipun klinik abang kan buka pukul 10” kata Didi lagi.
Tetapi Johan tidak bergerak langsung. Pastinya tidak mendengar semua cadangan Didi.
“Allah hu akbar Allah hu akbar!” Didi melaungkan azan ke telinga Johan, perlahan.  
Perlahan-lahan Johan membuka mata sebelah, terkejut juga dia. Apa pulak suara orang azan, dahlah sumbang, suara perempuan pulak tu!. Bilal dah pakai skirt ke apa? Ini pakai mazhab mana pulak?
Dia tahu itu suara isterinya, sengaja ingin bergurau.
“Abang dengar tak apa Didi cakap tadi” tanya Didi apabila Johan sudah duduk bersandar, tetapi mata masih tertutup.
“Dengar, especially suara sumbang azan tadi..” kata Johan.
“Pap!” Didi menampar manja dilengan si suami. Johan terus merentap tangan Didi, Didi jatuh ke dadanya.
“Bang!, orang suruh dia bangun, ni dia ajak kita tidur balik pulak..Dah meh, Didi tolong siramkan abang..tapi part solat abang kena buat sendiri..” sambil Didi menarik Johan turun dan mengheretnya perlahan bilik air.
Yang si suami dengan mata tertutup mengikut sahaja.
Tak ada maknanya Didi hendak siramkan dia, banyak kerja lain lebih berfaedah yang Didi boleh buat.
“Dung!” bunyi pintu ditutup. Johan tak perlukan pertolongan Didi. Terus sahaja pintu bilik air ditutup dan Johan keluar beberapa minit kemudian dengan rambut yang basah. Didi sudah hilang entah ke mana.  Usai solat subuh Johan turut ke tingkat bawah. Riuh rendah dengan suara orang berbual.
Terhenti suara berbual apabila Johan muncul.
“Joe tak berapa sihat, kata Didi tadi. Joe rehatlah dulu, pa akan hantar Didi ke ofis” kata papa.
“Joe okey, penat sikit aje..” jawab Johan.
“Biarlah papa hantar Didi. Didi masuk ofis jam 9. Joe buka klinik jam 10” jawab mummy.
“Yalah bang..Didi tak kesah, pergi kerja naik teksipun okey. Ala, hari ini aje…” kata Didi pula.
“Ishy.. nak naik teksi pulak. Papa boleh hantarkan..” balas papa, masih ingin membantu.
Amboi-amboi, papa dan mummy bukan main lagi tatang menantu. Ni, anak sendiri yang ak berapa sihat ni tak mahu tanya ke?
“Boleh tak bang?” tanya Didi, mendongak ke arah Johan yang sudah berdiri di belakang kerusinya. Johan senyap. Senyap itu bukannya tanda setuju?.
Didi pegang tangan Johan.
“Abang memang tak berapa sihat ni.. Didi rasa panas sikit badan abang tu. Abang rehat kat atas, nanti Didi bawa breakfast. Abang nak toast atau mee goreng?” tanya Didi.
“Tak payah, abang minum kat sini aje” kata Johan.
Segera kopi dituang, apabila Johan duduk disebelah Didi.
Pinggan diisi dengan mee goreng.
“Di, pa ada kat luar, bila dah ready pa tunggu..” kata papa dan dia terus beredar keluar.
“Bang, kalau abang tak sihat, Di ambil cuti emergency..”
“Tak pe, bukan teruk.. sikit aje..”
“Betul ni?, kalau macam tu Didi pergi dululah” sambil tangan meraih tangan Johan dan menciumnya, kemudian sebelah tangan mummy  pula kerana Rissa dikelek mummy.
“Petang nanti mama ambil Rissa ya sayang..” kata Didi, terus mencium si kecil.
“Bang, mum Didi pergi dulu” kata Didi terus meninggalkan Johan, mummy dan Rissa.
Rissa tergodek-godek bermain rantai mummy.

Tidak habispun sarapan yang terhidang di pinggan, Johan tidak ada selera. Johan melangkah meninggalkan mummy terus naik ke biliknya dan berbaring. Memang badannya sakit-sakit, dia lelah atau sakit, bercampur-campur. Nampaknya dia terpaksa minta off ke klinik hari ini. Nampaknya Becky dan Murad sahaja yang akan bertugas.  Dia manusia biasa, walaupun dia seorang doktor, kalau nak sakit, sakit juga. Tak kiralah ubat berteter di klinik. Bila sakit kita akan berjumpa doktor, tetapi jika doktor yang sakit, mereka hendak berjumpa siapa?
 SMS di hantar kepada Murad, menjelaskan yang dia tidak berapa sehat, dia perlu berehat. Bila berbaring, pandangan ke siling puteh, terbayang hadiah yang Didi berikan disebelah malamnya. Johan senyum. Alangkah bahagianya, jika Didi ada melayannya di waktu ini. Sungguh dia tidak mampu untuk kehilangan perempuan ini. Sumpah! Dia tidak pernah menyesal walau sesaatpun mengambil Didi sebagai isterinya.. Habis tu kenapa ada bayangan perempuan yang masih samar-samar mencelah di fikiran si Johan. Tepis aje Johan.. Tepis..sebelum melarat. Mampukah Johan menepis?

5 comments:

Rose Ezadora said...

Saya hentikan coretan ini buat sementara waktu kerana saya tidak mempunyai idea. Hati berbelah bagi, bagaimana saya hendak ujudkan karekter si perempuan (si mangsa kemalangan) sama ada dia seorang perempuan yang baik atau perempuan yang memang sudah ada hidden agenda..Yang pastinya saya sudah ada di kepala yang Didi akan mula sengsara selepas ini..

Unknown said...

assalamualikum.....

kalau peremuan tu baik, nanti pendek cerita tapi kalau peremuan tu jahat sikit, panjanglah siki ceritanya, tak gitu?????
eee idea yang merapu dariMET jangan marah aaaa

Teruskan berkarya,,,,,selamat hari raya

Rose Ezadora said...

Nak create aw tak perempuan jahat tu tak pandai. Nanti saya cuba

sufi_jamal said...

rose..nak tanya macam mana you masukan lagu dlm blog you tu

Rose Ezadora said...

Sufi Jamal. Masa creat new entry, ambil insert video..