Bab 20
“Macammana Rissa mum..” tanya
Johan, sebaik sahaja mummy yang membuka pintu.
Terpaksalah orang tua itu menjadi
penjaga pintu, kerana sudah tahu anak menantu pastinya pulang lewat. Mengambil peluang nampaknya mereka.
“Tengah
tidur kat bilik sebelah..okey aje dia. Yang lebih-lebih tu..orang tua tu,
mengacau si Rissa nak tidur” kata mummy, mengatakan papa sebagai orang tua. Dia
lupa, jika papa tua, diapun tua juga. Johan dan Didi hanya senyum.
“Thanks mum, sebab jaga Rissa. Kita orang naik dulu.. dah lewat ni..” kata Didi dan
terus mengikut di belakang Johan.
Kena pula
Johan yang menghulur tangan, ingin naik ke bilik bersaing dengannya. Saki baki emosi romantic terbawa-bawa sehingga ke
rumah. Tangan Johan disambut. Didi memandang Mummy dengan senyum, ada segannya
dengan perlakuan si anak sulung, tetapi Mummy Rina sudah biasa dengan perlakuan
mereka, gasaklah hal orang muda. Asalkan mereka bahagia, jika mereka bahagia, orang
tua juga turun tumpang rasa bahagia.
Kedua-duanya singgah ke bilik
Rissa. Tersenyum melihat Rissa yang sedang pulas lena di dalam baby crib. Siap
ada teddy bear lagi. Siapalah agaknya yang belikan? Itu kerja Tok Papa lah tu..
“Comel kan
bang..!!” kata Didi.
Muncul
mummy dengan jari telunjuk tegak di bibir. Memberi isyarat supaya senyap. Didi
hanya angguk dan jarinya sendiripun tegak di bibir juga.
Tangan
Johan melengkar ke bahu Didi. Didi hanya mengikut langkah Johan masuk ke bilik.
Mereka letih dan mengantuk, selepas solat memang
tidak ada agenda lain kecuali sweet
dreams nampaknya.
“Terima kasih bang..terima kasih for the flowers and for the lovely dinner
and for everythings and..” terhenti bicara Didi apabila Johan menyampuk.
Lupa pula Didi hendak mengira,
berapa kuntum bunga ros merah yang dia dapat tahun ini. Emotional punya pasal,
terlupa hal kira mengira dan maknanya. Esok aje boleh dilakukan.
“Terima kasih aje..?” kata Johan.
Mata sudah tertutup, tapi masih
hendak menyakat Didi.
“Tak.. abang belum dapat hadiah
dari Didi lagi..” terbulat mata Johan yang tadinya sudah tertutup. Nampaknya
malam ini adalah malam yang panjang bagi mereka. Tadi katanya mahu terus
melayan mimpi! Nampaknya terpaksa di batalkan kerana Didi ada hadiah istimewa!
“Kenapalah anniversary hanya
setahun sekali, kenapa tidak setiap hari” bisik hati Johan.
Lupa mereka
berada di rumah mummy dan juga lupa akan kehadiran Rissa di bilik sebelah.
Lupa pula
Didi hendak mengira, berapa kuntum bunga ros merah yang dia dapat tahun ini.
Emotional punya pasal, terlupa hal kira mengira dan maknanya. Esok aje boleh
dilakukan.
***
“Bang..
bangun. Kita kena keluar awal sikit, sebab nak hantar Rissa kat daycare. Kita
kat rumah mummy ni. Daycare tu kat rumah kita. Jauh tu bang..” kata Didi
“Hemm…kejap
lagi. Abang letih sangat ni” kata Johan.
“Tak apa,
Didi siapkan Rissa aje dulu. Baju abang dah Didi siapkan kat tepi sana tu..tapi
jangan telepas subuh pulak. 40 wicks aje. okey..40 wicks” ulang Didi, terus beredar menuju ke bilik
Rissa.
Masuk di bilik, Rissa tidak ada di
baby crib. Didi panic, ke mana pula anaknya hilang. Budak tu belum pandai berjalan lagi. Takkan dia
merangkak keluar? Mustahil!
Terdengar
suara papa di tingkat bawah mengagah Rissa. Didi senyum tidak ke manapun si
anak. Di tingkat bawah sahaja.
“Ha.. mama
dah siap?” papa Darus bercakap dengan Rissa memberitahu yang Didi sudah siap
berpakaian kerja.
“Rissa tak ganggu papa ke?
pagi-pagi nak main dengan Tok Papa. Rissa ganggu atuk ya?” tanya Didi.
“Didi? Mana Johannya?” bersuara
mummy yang keluar dari dapur.
“Tengah siap kat atas mum.., Didi nak keluar awal sikit sebab nak hantar
Rissa dulu kat daycare.” Jawab Didi kepada soalan mummy.
“Ala.. Di, hari ni tak payah hantar
kat sanalah. Biar mummy yang jaga. Petang nanti Didi ambillah dia balik, kan
bang kan..?” kata mummy meminta sokongan dari suaminya.
“Boleh tak?” tanya papa pula.
“Didi tak ada masalah, nanti Didi
tanya abang dulu?” terus sahaja Didi berlari anak naik semula ke bilik mereka.
“La.. tidur balik. Bang, solat
subuh dulu, lepas tu boleh baring semula. Mummy dan Papa dah sanggup nak jaga
Rissa hari ni, boleh tak?”. Jelas Didi.
“Didi pergi kerja dengan teksi
ajelah, at least abang boleh keluar lewat sikit, lagipun klinik abang kan buka
pukul 10” kata Didi lagi.
Tetapi
Johan tidak bergerak langsung. Pastinya tidak mendengar
semua cadangan Didi.
“Allah hu
akbar Allah hu akbar!” Didi melaungkan azan ke telinga Johan, perlahan.
Perlahan-lahan
Johan membuka mata sebelah, terkejut juga dia. Apa pulak suara orang azan, dahlah sumbang, suara perempuan pulak tu!. Bilal
dah pakai skirt ke apa? Ini pakai mazhab mana pulak?
Dia tahu itu
suara isterinya, sengaja ingin bergurau.
“Abang dengar
tak apa Didi cakap tadi” tanya Didi apabila Johan sudah duduk bersandar, tetapi
mata masih tertutup.
“Dengar, especially suara sumbang
azan tadi..” kata Johan.
“Pap!” Didi menampar manja dilengan
si suami. Johan terus merentap tangan Didi, Didi jatuh ke dadanya.
“Bang!, orang suruh dia bangun, ni
dia ajak kita tidur balik pulak..Dah meh, Didi tolong siramkan abang..tapi part
solat abang kena buat sendiri..” sambil Didi menarik Johan turun dan
mengheretnya perlahan bilik air.
Yang si suami
dengan mata tertutup mengikut sahaja.
Tak ada
maknanya Didi hendak siramkan dia, banyak kerja lain lebih berfaedah yang Didi
boleh buat.
“Dung!” bunyi pintu ditutup. Johan
tak perlukan pertolongan Didi. Terus sahaja pintu bilik air ditutup dan Johan
keluar beberapa minit kemudian dengan rambut yang basah. Didi sudah hilang
entah ke mana. Usai solat subuh Johan
turut ke tingkat bawah. Riuh rendah dengan suara orang berbual.
Terhenti suara berbual apabila
Johan muncul.
“Joe tak
berapa sihat, kata Didi tadi. Joe rehatlah dulu, pa akan hantar Didi ke ofis”
kata papa.
“Joe okey, penat sikit aje..” jawab
Johan.
“Biarlah papa hantar Didi. Didi masuk
ofis jam 9. Joe buka klinik jam 10” jawab mummy.
“Yalah bang..Didi tak kesah, pergi
kerja naik teksipun okey. Ala, hari ini aje…” kata Didi pula.
“Ishy.. nak naik teksi pulak. Papa
boleh hantarkan..” balas papa, masih ingin membantu.
Amboi-amboi, papa dan mummy bukan
main lagi tatang menantu. Ni,
anak sendiri yang ak berapa sihat ni tak mahu tanya ke?
“Boleh tak
bang?” tanya Didi, mendongak ke arah Johan yang sudah berdiri di belakang
kerusinya. Johan senyap. Senyap itu bukannya tanda
setuju?.
Didi pegang tangan Johan.
“Abang
memang tak berapa sihat ni.. Didi rasa panas sikit
badan abang tu. Abang rehat kat atas, nanti Didi bawa breakfast. Abang nak
toast atau mee goreng?” tanya Didi.
“Tak payah,
abang minum kat sini aje” kata Johan.
Segera kopi
dituang, apabila Johan duduk disebelah Didi.
Pinggan
diisi dengan mee goreng.
“Di, pa ada
kat luar, bila dah ready pa tunggu..” kata papa dan dia terus beredar keluar.
“Bang, kalau abang tak sihat, Di
ambil cuti emergency..”
“Tak pe, bukan teruk.. sikit aje..”
“Betul ni?, kalau macam tu Didi
pergi dululah” sambil tangan meraih tangan Johan dan menciumnya, kemudian
sebelah tangan mummy pula kerana Rissa
dikelek mummy.
“Petang nanti mama ambil Rissa ya
sayang..” kata Didi, terus
mencium si kecil.
“Bang, mum
Didi pergi dulu” kata Didi terus meninggalkan Johan, mummy dan Rissa.
Rissa
tergodek-godek bermain rantai mummy.
Tidak
habispun sarapan yang terhidang di pinggan, Johan tidak ada selera. Johan
melangkah meninggalkan mummy terus naik ke biliknya dan berbaring. Memang
badannya sakit-sakit, dia lelah atau sakit, bercampur-campur. Nampaknya dia
terpaksa minta off ke klinik hari ini. Nampaknya Becky dan Murad sahaja yang
akan bertugas. Dia manusia biasa,
walaupun dia seorang doktor, kalau nak sakit, sakit juga. Tak kiralah ubat
berteter di klinik. Bila sakit kita akan berjumpa doktor, tetapi jika doktor
yang sakit, mereka hendak berjumpa siapa?
SMS di hantar kepada Murad, menjelaskan yang
dia tidak berapa sehat, dia perlu berehat. Bila berbaring, pandangan ke siling
puteh, terbayang hadiah yang Didi berikan disebelah malamnya. Johan senyum. Alangkah
bahagianya, jika Didi ada melayannya di waktu ini. Sungguh dia tidak mampu
untuk kehilangan perempuan ini. Sumpah! Dia tidak pernah menyesal walau
sesaatpun mengambil Didi sebagai isterinya.. Habis tu kenapa ada bayangan
perempuan yang masih samar-samar mencelah di fikiran si Johan. Tepis aje Johan.. Tepis..sebelum melarat. Mampukah
Johan menepis?
5 comments:
Saya hentikan coretan ini buat sementara waktu kerana saya tidak mempunyai idea. Hati berbelah bagi, bagaimana saya hendak ujudkan karekter si perempuan (si mangsa kemalangan) sama ada dia seorang perempuan yang baik atau perempuan yang memang sudah ada hidden agenda..Yang pastinya saya sudah ada di kepala yang Didi akan mula sengsara selepas ini..
assalamualikum.....
kalau peremuan tu baik, nanti pendek cerita tapi kalau peremuan tu jahat sikit, panjanglah siki ceritanya, tak gitu?????
eee idea yang merapu dariMET jangan marah aaaa
Teruskan berkarya,,,,,selamat hari raya
Nak create aw tak perempuan jahat tu tak pandai. Nanti saya cuba
rose..nak tanya macam mana you masukan lagu dlm blog you tu
Sufi Jamal. Masa creat new entry, ambil insert video..
Post a Comment