Thursday 15 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 28

Seperti yang dijanjikan...

Bab 28

Panjang leher Hani menjenguk keluar, kalau-kalau Aqram dan keluarga datang ke majlis kenduri kesyukuran.  Majlis akan bermula tidak lama lagi, tetapi orang yang diharapkan tidak muncul, bayangpun tidak ada. Seingatnya, abah dan ibu ada menjemput Aqram sekeluarga sewaktu menghantar Hani pulang tempoh hari, tetapi mengapa tidak muncul pula hari ini?
Dia siap berjanji sewaktu perbualan tidak rasminya beberapa hari lalu. Inikah katanya “serious”? Serious tahi kucing! Pandai memujuk rayu didalam telefon sahaja. Didalam telefon bukan main lagi, kata sayang, kata ingin selalu bersama. Tetapi bila berjanji, tidak ditepati. Adakah ini kritiria calun suami yang baik? Membebel Hani sendirian didalam hati. Hendak diluahkan, malu pula. Dimulut kata tidak bersedia, dihati pula mengharap. Kuat betul tarikan Hani kepada lelaki ini. Hani sudah putus harapan. Nampaknya dia sudah tahu yang dia sudah kehilangan kembar Khasif. Tidak apa, jika itu yang terbaik buat dirinya, dia redha. Dia akan cuba kuis kata hati yang mengharap. Bila hilang di mata, perlahan-lahan akan hilang di hati. Bak kata orang puteh "out of sight, out of mind". Yang Hani takut, ungkapan "ebsence makes the heart grows ponder..". Hemm.. Hani pilih idiom yang pertama, okey!

 
“Aqram tak datang pulak ya Hani” ibu memulakan bicara sebaik sahaja majlis selesai, dan mengambil tempat bersebelahan Hani yang leka mengelamun. Berusaha memujuk hati yang kecewa.
“Sebok agaknya” jawab Hani pendek, sedangkan memang tidak tahu menahu apa yang berlaku sebenarnya. Jawapan yang diberi hanya sebagai jawapan yang main agak-agak sahaja.Orang yang diharap tidak memberitahu apa aralnya, manalah dia tahu?
Menyesal pula Hani. Perbualan terakhir tempoh hari mungkin telah menguris hati Aqram. Hani telah mematikan perbualan dengan seribu tanya tanya. Sama ada dia merajuk atau dia sudah dapat membaca yang Hani tidak bersedia untuk hubungan seterusnya.
Hani boleh sahaja bertanya terus kepada Aqram, teknologi modernkan ada. Penat Alexander Graham Bill mencipta telefon, tetapi tidak mahu digunakan. Tetapi dia tidak mahu berbuat demikian. Jika dia benar serious dengan apa yang diucapkan pasti dia yang akan mencari Hani. Apa pula Hani yang hendak terhegeh-hegeh bertanya. Seperti desperate housewife pula. Lagipun dia sudah berjanji untuk berjumpa Hani bagi menyakinkan Hani apa yang terbuku dihatinya. Nampaknya, hatinya sudah tidak terbuku lagi, sama ada sudah cair, atau sudah tidak ada hati lagi..
Selesai habis berkemas Hani membaringkan diri menunggu azan berkumandang bagi solat Asar. Hani terdengar telefonnya berbunyi, tetapi malas pula rasa dirinya untuk menjawabnya, namun digagahinya juga.
Dilihat di skin, nombor Aqram, perlukah dijawab? “Apa lagi dia ni..” bisik Hani. Perasaan kecewa masih  dihati. Telefon digenggam.Hendak dijawab atau tidak, hendak jawab atau tidak!!Berbelah bagi. Atau.... jual mahal!
Telefon bimbit terus menyanyi minta diangkat. Berbaloikah dia, jika dia jual mahal?
Tetapi Hani perlu juga mengetahui kenapa Aqram tidak menghubunginya kerana tidak hadir di majlis kesyukuran, sekurang-kurangnya tidaklah Hani tertanya-tanya. Akhirnya keputusan dibuat, jari terus menekan butang hijau, walaupun dengan berat hati. opps..hati yang berbelah bagi.
“Assalamulaikum” jawab Hani acuh tidak acuh.
“Mualaikumsalam, Hani, sorry I tak dapat datang, sebok sikit, ada last minit job yang I kena settlekan, Hani  you jangan marah okey!!.. cukup telinga ni dah naik tebal kena leter dengan mama …dan Ain, dia orang beria-ia nak pergi, lepas tu I yang tak boleh pergi pulak.., papa pulak sekarang ada meeting di Seoul..” menjelaskan keadaan. Langsung tidak memberi peluang untuk Hani mencelah. Dia mahu Hani mendengar dahulu penjelasannya.
Hani hanya mendiamkan diri sebagai pendengar, menarik nafaz lega dengan penjelasan Aqram.
“Tak apa, majlispun dah selesai, alhamdullillah and thanks for calling, Hani tunggu jugak, takut apa-apa berlaku on the way..” jawab Hani lega. Masih ada peluang lagi untuk dirinya menatap wajah itu, rupanya.
 “Macam nilah! this week I will be slightly busy, since pa is away and I’m alone to mend the office, can I see you next week? By then Pa is already back..” cadang Aqram. Mamat ini pasal merancang memang first class. Pasal hendak tunaikan, belum tentu lagi.
“Ikut Aqram la, kalau nak Hani pergi KL pun boleh jugak sebab Hanipun tak buat apa-apa kat sini, I have all the time in the world, namapun cuti kan…lainlah orang tu busy memanjang..lagipun lama dah Hani tak ke KL tu..Hani nak intai Putrajaya lah!” Hani memerli, tiba-tiba Hani mengemukakan idea yang diluar jangka. Betulkah Hani memang berniat hendak ke Putrajaya, atau sebenarnya yang dia rindukan sikembar Khasif? Cadangan luar alam! Alasan aje kut..
“I rasa bersalah pulak if I let you travel alone to KL?, you boleh ke?”Aqram seakan tidak berapa setuju dengan cadangan Hani, tetapi jika Hani yang tidak menemuinya, nampaknya lambat lagilah untuk dia bertemu Hani.
“Boleh, apa salahnya.. taklah boring sangat Hani kat sini, dah seminggu balik Malaysia tapi tak ke mana-manapun lagi..” jawab Hani, bunyi sedih sahaja. Menagih simpati sebenarnya.
“If that the case, I will pick you up, kat mana ya.. hemm bas station dari selatan rasanya kat hentian putra and I can bring you straight to meet mama, petang lepas kerja saya bawak you jalan-jalan KL sama Putrajaya.., macammana?” cadang Aqram. Cadangan lagi!
Sound interesting. Tapi nanti Hani bincang dengan ibu dan mintak permission abah, then I will let you know,boleh?” rancak berbual, hilang marahnya kepada Aqram. Hemm.. alah..
Okey, don’t forget to call me back macammna rancangan tu.., love you?” mengakhirkan bicara. Hani terkedu dengan ungkapan terakhir Aqram dihujung talian. Macammanapun “love you” banyak maknanya. Tidak semestinya untuk kekasih, untuk seorang kawanpun boleh diungkapkan juga.
Hani.., are you still there?.” Aqram menanti jawapan
Ya..ya.., I will call you back, assalamulaikum” Hani terus menekan butang merah menamatkan perbualannya. Perkataan “love you” masih terdengar-dengar ditelinga Hani. Apalah dia ni.. betul ke mereng, Hani cebik mukanya. Sedangkan hati gembira sebenarnya.
Setelah berbincang dengan ibu dan mendapat lampu hijau dari abah, Hani mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur keesokkan harinya. Tidak sabar-sabar Hani memaklumkan Aqram rancangannya.
Am.. you know what? Hani cadang pergi KL tomorrow. I just cant wait to go to KL and Putrajaya. Jadi, boleh tak Am tunggu  Hani nanti. Kalau tak boleh tunggu, tak apa, Hani fikir cara lain. Ala.. day trip aje, no problem. Merantau negara orang bertahun-tahu Hani boleh servive, inikan pula negara sendiri kan.?.” kata Hani, bukan main riang lagi dia. Nama Aqrampun sudah dipendekkan. Nama manja "Am" Amboi!amboi!
“Ahh.. baguslah. Nanti Am tunggu. Jangan nak mengada-ngada buat plan lain. Am tunggu tau!Text me once the bus start moving, so that I can estimate what time you arrive KL, thanks sayang, see you later, I have something to do right now.. see you tomorrow..” Aqram menjawab panggilan Hani seperti tergesa-gesa. 
Hani baru hendak rancak berbual, Aqram sudah mematikan talian pula. Tidak sempat hendak ke gear dua, dah terputus talian. Hancus.
“Hiss dia ni.. cepat benar matikan line..” Hani seperti tidak berpuashati, sedangkan diapun selalu buat begitu cuma dia tidak perasan. Sekarang dia rasa bagaimana orang lain rasa. Pandai pula hendak marah!


Sekadar hiburan.. lagu ni..sebab semalam nampak double rainbow, cantik sungguh ciptaan ALLAH


2 comments:

sufi_jamal said...

Trima ksih dng n3 ni, memang dtg trus trkam ini dulu tpi kat tmpat kerja tngah sibuk dengan kes pertukaran pegawai..tak bleh nak fokus baca..nnti tnghari baca lgi.

Rose Ezadora said...

Malam tadi saya sempat siapkan satu lagi chapter. Nanti saya publish ya..