Seperti yang dijanjikan...
Bab 28
Bab 28
Panjang leher Hani menjenguk keluar, kalau-kalau Aqram
dan keluarga datang ke majlis kenduri kesyukuran. Majlis akan bermula tidak lama lagi, tetapi
orang yang diharapkan tidak muncul, bayangpun tidak ada. Seingatnya, abah dan
ibu ada menjemput Aqram sekeluarga sewaktu menghantar Hani pulang tempoh hari,
tetapi mengapa tidak muncul pula hari ini?
Dia siap berjanji sewaktu perbualan tidak rasminya beberapa hari lalu. Inikah katanya “serious”? Serious tahi kucing! Pandai memujuk rayu didalam telefon sahaja. Didalam telefon bukan main lagi, kata sayang, kata ingin selalu bersama. Tetapi bila berjanji, tidak ditepati. Adakah ini kritiria calun suami yang baik? Membebel Hani sendirian didalam hati. Hendak diluahkan, malu pula. Dimulut kata tidak bersedia, dihati pula mengharap. Kuat betul tarikan Hani kepada lelaki ini. Hani sudah putus harapan. Nampaknya dia sudah tahu yang dia sudah kehilangan kembar Khasif. Tidak apa, jika itu yang terbaik buat dirinya, dia redha. Dia akan cuba kuis kata hati yang mengharap. Bila hilang di mata, perlahan-lahan akan hilang di hati. Bak kata orang puteh "out of sight, out of mind". Yang Hani takut, ungkapan "ebsence makes the heart grows ponder..". Hemm.. Hani pilih idiom yang pertama, okey!

“Aqram tak datang pulak ya Hani” ibu memulakan bicara
sebaik sahaja majlis selesai, dan mengambil tempat bersebelahan Hani yang leka mengelamun. Berusaha memujuk hati yang kecewa.
“Sebok agaknya” jawab Hani pendek, sedangkan memang
tidak tahu menahu apa yang berlaku sebenarnya. Jawapan yang diberi hanya
sebagai jawapan yang main agak-agak sahaja.Orang yang diharap tidak memberitahu apa aralnya, manalah dia tahu?
Menyesal pula Hani. Perbualan terakhir tempoh hari
mungkin telah menguris hati Aqram. Hani telah mematikan perbualan dengan seribu
tanya tanya. Sama ada dia merajuk atau dia sudah dapat membaca yang Hani tidak bersedia untuk hubungan seterusnya.
Hani boleh sahaja bertanya terus kepada Aqram, teknologi modernkan ada. Penat Alexander Graham Bill mencipta telefon, tetapi tidak mahu digunakan. Tetapi dia tidak mahu berbuat demikian. Jika dia benar serious dengan apa yang diucapkan pasti dia yang akan mencari Hani. Apa pula Hani yang hendak terhegeh-hegeh bertanya. Seperti desperate housewife pula. Lagipun dia sudah berjanji untuk berjumpa Hani bagi menyakinkan Hani apa yang terbuku dihatinya. Nampaknya, hatinya sudah tidak terbuku lagi, sama ada sudah cair, atau sudah tidak ada hati lagi..

Selesai habis berkemas Hani membaringkan diri menunggu
azan berkumandang bagi solat Asar. Hani terdengar telefonnya berbunyi, tetapi
malas pula rasa dirinya untuk menjawabnya, namun digagahinya juga.
Dilihat di skin, nombor Aqram, perlukah dijawab? “Apa
lagi dia ni..” bisik Hani. Perasaan kecewa masih dihati. Telefon digenggam.Hendak dijawab atau
tidak, hendak jawab atau tidak!!Berbelah bagi. Atau.... jual mahal!
Telefon bimbit terus menyanyi minta diangkat. Berbaloikah dia, jika dia jual mahal?
Tetapi Hani perlu juga mengetahui kenapa Aqram tidak menghubunginya kerana tidak hadir di majlis kesyukuran, sekurang-kurangnya tidaklah Hani tertanya-tanya. Akhirnya keputusan dibuat, jari terus menekan butang hijau, walaupun dengan berat hati. opps..hati yang berbelah bagi.

“Assalamulaikum” jawab Hani acuh tidak acuh.
“Mualaikumsalam, Hani, sorry I tak dapat datang,
sebok sikit, ada last minit job yang I kena settlekan, Hani you jangan marah
okey!!.. cukup telinga ni dah naik tebal kena
leter dengan mama …dan Ain, dia orang beria-ia nak pergi, lepas tu I yang
tak boleh pergi pulak.., papa pulak sekarang ada meeting di Seoul..” menjelaskan
keadaan. Langsung tidak memberi peluang untuk Hani mencelah. Dia mahu Hani
mendengar dahulu penjelasannya.
Hani hanya mendiamkan diri sebagai pendengar, menarik nafaz lega dengan penjelasan Aqram.
“Tak apa, majlispun dah selesai, alhamdullillah and thanks for calling, Hani tunggu
jugak, takut apa-apa berlaku on the way..”
jawab Hani lega. Masih ada peluang lagi untuk dirinya menatap wajah itu, rupanya.
“Macam nilah! this week I will be slightly busy, since pa
is away and I’m alone to mend the office, can I see you next week? By then Pa
is already back..” cadang Aqram. Mamat ini pasal merancang memang first class. Pasal hendak tunaikan, belum tentu lagi.
“Ikut Aqram la, kalau nak Hani pergi KL pun boleh
jugak sebab Hanipun tak buat apa-apa kat sini, I have all the time in the world, namapun cuti kan…lainlah orang tu
busy memanjang..lagipun lama dah Hani tak ke KL tu..Hani nak intai Putrajaya lah!” Hani memerli, tiba-tiba
Hani mengemukakan idea yang diluar jangka. Betulkah Hani memang berniat hendak ke Putrajaya, atau sebenarnya yang
dia rindukan sikembar Khasif? Cadangan luar alam! Alasan aje kut..
“I rasa bersalah pulak if I let you travel alone to KL?, you boleh ke?”Aqram
seakan tidak berapa setuju dengan cadangan Hani, tetapi jika Hani yang tidak
menemuinya, nampaknya lambat lagilah untuk dia bertemu Hani.
“Boleh, apa salahnya.. taklah boring sangat Hani kat
sini, dah seminggu balik Malaysia tapi tak ke mana-manapun lagi..” jawab Hani, bunyi
sedih sahaja. Menagih simpati sebenarnya.
“If that
the case, I will pick you up,
kat mana ya.. hemm bas station dari selatan rasanya kat hentian putra and I can bring you straight to meet mama,
petang lepas kerja saya bawak you jalan-jalan KL sama Putrajaya.., macammana?” cadang Aqram. Cadangan lagi!
“Sound
interesting. Tapi nanti Hani bincang dengan ibu dan mintak permission abah,
then I will let you know,boleh?”
rancak berbual, hilang marahnya kepada Aqram. Hemm.. alah..
“Okey, don’t
forget to call me back macammna rancangan tu.., love you?” mengakhirkan
bicara. Hani terkedu dengan ungkapan terakhir Aqram dihujung talian.
Macammanapun “love you” banyak
maknanya. Tidak semestinya untuk kekasih, untuk seorang kawanpun boleh
diungkapkan juga.
“Hani.., are you
still there?.” Aqram menanti jawapan
“Ya..ya.., I
will call you back, assalamulaikum” Hani terus menekan butang merah
menamatkan perbualannya. Perkataan “love you” masih terdengar-dengar ditelinga
Hani. Apalah dia ni.. betul ke mereng, Hani cebik mukanya. Sedangkan hati
gembira sebenarnya.
Setelah berbincang dengan ibu dan mendapat lampu hijau
dari abah, Hani mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur keesokkan harinya. Tidak
sabar-sabar Hani memaklumkan Aqram
rancangannya.
“Am.. you know what? Hani cadang pergi KL tomorrow. I
just cant wait to go to KL and Putrajaya. Jadi, boleh tak Am tunggu Hani nanti. Kalau tak boleh tunggu, tak apa,
Hani fikir cara lain. Ala.. day trip aje, no problem. Merantau negara orang
bertahun-tahu Hani boleh servive, inikan pula negara sendiri kan.?.” kata Hani,
bukan main riang lagi dia. Nama Aqrampun sudah dipendekkan. Nama manja "Am" Amboi!amboi!
“Ahh.. baguslah. Nanti Am tunggu. Jangan nak
mengada-ngada buat plan lain. Am tunggu tau!Text
me once the bus start moving, so that I can estimate what time you arrive KL, thanks
sayang, see you later, I have something to do right now.. see you tomorrow..”
Aqram menjawab panggilan Hani seperti tergesa-gesa.
Hani baru hendak rancak berbual, Aqram sudah mematikan talian pula. Tidak sempat hendak ke gear dua, dah terputus talian. Hancus.
Hani baru hendak rancak berbual, Aqram sudah mematikan talian pula. Tidak sempat hendak ke gear dua, dah terputus talian. Hancus.
“Hiss dia ni.. cepat benar matikan line..” Hani seperti
tidak berpuashati, sedangkan diapun selalu buat begitu cuma dia tidak perasan.
Sekarang dia rasa bagaimana orang lain rasa. Pandai pula hendak marah!
Sekadar hiburan.. lagu ni..sebab semalam nampak double rainbow, cantik sungguh ciptaan ALLAH
Sekadar hiburan.. lagu ni..sebab semalam nampak double rainbow, cantik sungguh ciptaan ALLAH
2 comments:
Trima ksih dng n3 ni, memang dtg trus trkam ini dulu tpi kat tmpat kerja tngah sibuk dengan kes pertukaran pegawai..tak bleh nak fokus baca..nnti tnghari baca lgi.
Malam tadi saya sempat siapkan satu lagi chapter. Nanti saya publish ya..
Post a Comment