Thursday 15 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - 27

Sebab syok  idea muncul malam tadi..he..he..hee. satu lagi episod ya pembaca!.. layan..


BAB 27

Menolong ibu memasak, check! Sudah selesai. Mengemas bilik dan dapur, check! Sudah selesai. Menyemak emel, check! Sudah selesai. Apa lagi hendak buat? Hani bertanya-tanya kepada dirinya. Ibu dan abah pula ke rumah Paklong, entah urusan apa, Hani tidak perasan pula tadi, sewaktu diberitahu ibu. Fikiran melayang entah ke mana? Tidak sempat hendak register atas urusan apa mereka ke sana. Shima kerja, Adi? Biasalah budak lelaki mana lekat di rumah. Beri satu motosikal, panjanglah langkah budak laki-laki.
Hani teringat coretan nombor telefon yang diberi Ain kelmarin. Hani seluk beg tangannya, dia ingat dimana dia simpan cebisan kertas yang sudah keronyok digenggamnya kelmarin. Raba punya raba, Hani keluarkan sekeping kertas. Tangan Hani mendail nombor yang terdera. Tersengah-sengeh Hani membayangkan wajah manja  si Ain.
“Assalamualaikum Ain..” sebaik sahaja talian dijawab.
Terkejut Hani apabila terdengar suara garau yang menjawab dihujung talian.
Ah.. sudah! Suara siapa pulak ni? Yang pasti bukan suara si Ain? Ini suara lelaki. Alamak sudah salah nombor. Matilah kena marah, menggganggu orang. Hendak menjawab atau tidak? Jika tidak menjawab, tentu orang itu bengang. Sudah mengganggunya, lepas tu buat tak tahu pula! Jawab sahajalah! Minta maaf, alasan salah nombor atau salah tekan. Hani mengelabah..macammana pula boleh tersalah tekan ni…matanya masih vision 20/20, masih belum rabun...
“Hello..” jawab Hani, terketar-ketar. Orang buat salah, memang begitulah lagaknya.
“Maaafff encik, saya mungkin salah nombor, saya sebenarnya nak bercakap dengan kawan saya, maaf  ya Encik salah tekan agaknya..” Hani ingin mematikan talian.
“Siapa sana tu..?” suara dihujung talian hendak tahu orang yang mengganggunya.
Mampus! Hendak beritahu nama betul atau hanya nama samaran? Bukan dia tahupun siapa yang sebenarnya? Hani teranggak-anggak hendak memberitahu. Tidak pasal-pasal hendak jual namanya pula kepada orang yang dia tidak kenal. Zaman sekarang ni, macam-macam boleh berlaku. Disebabkan salah nombor, silap-silap perbualan tersebar dalam internet!
“Hemm..hemm.. sa…ya…” tersekat-sekat suara Hani.
“Maaf Encik..” akhirnya Hani mengambil keputusan untuk tidak memberitahu namanya. Jangan cari nahas, hendak suka suki memberitahu namanya. Jari sudah sedia hendak mematikan talian.
“Eh..nanti..nanti.. siapa sana, Hani ke ? “ kuat bunyi suara menghalang. Suara itu seperti dapat meneka, yang bercakap adalah suara Hani.
Hani kerut muka, bagaimana pula pula lelaki ini kenal suaranya? Dia nampakkah?
“Ya, saya, siapa kat sana?..” Hani kehairanan. Kawan Ain kut..
“Hai, tak cam suara saya ke, sayalah! Am..Aqram..” jawabnya seperti gembira
Serta merta jantung Hani berdegum pantas, kenapa pulak dia yang angkat!! Bukankah ini nombor untuk telefon Ain?
Hani hilang kata-kata untuk berbicara.
Lama Aqram menunggu jawapan..
“Hello, hello Hani…Hani, you dengar tak?”tanya Aqram bertalu-talu. Mengapa senyap, pengsankah atau line tidak clear?
“Oh, Aqram ke? sorry, sorry. Ain beri nombor ni pada saya masa di kampung, ingatkan nombor dia,  saya call saja  nak bertanya khabar?” balas Hani
“Haaaah… Ain, rupanya yang beri? Hani apa khabar? Sihat.?.” Tanya Aqram
“Sihat, Alhamdullilla? Aqram..?” nampaknya Hani terpaksa meneruskan perbualan yang tidak dirancang. Lain wajah yang dibayangkan, lain suara pula yang diterima.
“Sihat jugak, apa hal sebenarnya you call ni..” Tanya Aqram lagi.
“Saya nak cakap dengan Ain, tapi rupanya nombor Aqram.. tak apalah saya online fb aje dengan dia nanti”jawapan kepada soalan yang diulang Aqram. Hemm..diapun keputusan idea hendak bertanya lah tu!
“Oh.. tak apa, nanti I beritahu yang Hani call..”katanya mendatar.
“Hani...!”sambung Aqram lagi.
“Ya..” jawab Hani sepatah, bukan main sopan lagi. Suara manja seperti perempuan melayu tersohor. Suara manja yang buat Aqram dihujung talian lemah.
“Hani, apa yang I beritahu last time, I’m serious okey! I memang sukakan Hani, jangan hancurkan harapan I” kesitu pula bicara Aqram.
Menyesal betul Hani mendail nombor tadi, jika dia tahu itu bukan nombor Ain, sumpah! Dia tidak akan mendailnya. Sekarang sudah tidak boleh undur, Hani terpaksa redah. Apa yang perlu dia jawab? Hani hilang idea. Memanglah dia sukakan sipolan sebelah,  tetapi belum masanya untuk ke status yang lebih serious. Sungguh! Hani belum bersedia!
 “Aqram, you put me in difficult situation. Saya rasa serba salah tau! Saya rasa terlalu awal untuk ini semua. Kita perlukan masa. Saya takut Aqram buat kesilapan besar memilih saya,  dan bohonglah kalau saya katakan saya tak sukakan Aqram” Hani terlepas kata-kata yang sepatutnya diluahkan bila sampai masa. Ini bukan masanya! Hisy.. gara-gara tersilap nombor.
“Sorry ganggu Aqram, sekrang ini waktu kerjakan? Assalamualaikum.” Hani menamatkan perbualannya dan mematikan talian. Tidak mahu memanjangkan perbualan. Cukup-cukuplah untuk hari ini..Eh! ada untuk hari-hari akan datang kah?
“Kenapa Ain beri nombor  Aqram ya, bukan nombor dia..” Hani cuba memikirkan apa sebenarnya.
Selang beberapa minit telefon Hani berbunyi semula, dia kenal nombor yang menghubunginya. Hatinya berkata-kata lagi, perlukah dia menjawabnya?.
Dibiarkannya berbunyi, tetapi hatinya tidak kesampaian dan terus dijawabnya juga. Cuba berlagak hati kering, tetapi tidak sampai hati.
“Hello Aqram, sorry tadi saya matikan line”
“Hani, dengar sini, I.. I sukakan Hani, I nak bersama Hani, percayalah. Beri I peluang, pleaseeee..” pujuk Aqram.
Peluang apa yang dia mahu? Hani betul-betul belum bersedia. Tolong jangan desak!.
“Aqram, Hani belum bersedia. Please understand that!. Kita perlu kenal mengenali dulu..”
“Okey! Mungkin Hani rasa kurang selesa. I understand!, mungkin I boleh arrange keluarga I jumpa keluarga Hani untuk uruskan hal kita” pinta Aqram yang tidak kenal erti jemu. Dia terus memujuk dan terus memujuk. Hani dihujung talian sudah menelan air liur yang sudah lama tersekat, terutama apabila mendengar perkataan "kita".
“Aqram tak tahu siapa saya sebenarnya. Aqram akan menyesal jika tahu. Tolong jangan desak saya. Saya tak ada apa-apa, saya serba kekurangan. Tolong tarik balik rancangan Aqram hendak melibatkan keluarga. Terlalu awal! ” dengan nada merendah diri dia merayu.
“Apa yang awalnya, I’m serious Hani, serious. Serious dengan relationship ni, please” pujuk Aqram
Hani hilang kata-kata bila mendengar rayuan Aqram. Jika dia tolak mentah-mentah, adakah dia akan kehilangan terus kembar Khasifnya. Yang ini dia tidak mampu, Hani belum ready untuk melepaskannya. Berilah dia peluang menatap wajah ini sehingga dia betul-betul puas. Hani rasa cuak pula.
“Sebelum kita libatkan parents kita why not kita jumpa dan bincang, not just over the phone tegas Hani
“I jumpa Hani masa kenduri nanti, macammna,… boleh?” tanyanya merayu.
“Terserah..Assalamulaikum” talian diputuskan.
Hani berharap agar dia tidak menelefonnya lagi. Dia jadi serba salah untuk menjawab permintaan Aqram. Lain yang dirancang lain pula yang jadi.

4 comments:

sufi_jamal said...

Balik krja terkam computer dlu.cuba nasib..brsyukur sngat sebab dah ada n3 baru. yg mak teh snag sngat sbab ada anak tlong masak. apa2 pun trima ksih bnyak2 dng n3 ni.

Anonymous said...

tak puas baca ... cam cenonet je n3 nya ... hehehe

Rose Ezadora said...

Nanti malam saya sambung ek! Dah ada dalam kepala, apa nak tulis..

Rose Ezadora said...

Masalahnya saya sedang edit "Bila Senja Berlalu" hendak cuba nasib hantar kepada publisher.Dah tukar tajuk "Inikah Kesudahannya".Perasan,macamlah dia bagus! senyum sendiri..tetapi kerana pembaca "Mengharap di Tanjung Harapan" yang setia punya pasal, saya akan tunaikan.