BAB 27
Menolong ibu memasak, check! Sudah selesai. Mengemas bilik dan dapur,
check! Sudah selesai. Menyemak emel, check! Sudah selesai. Apa lagi hendak
buat? Hani bertanya-tanya kepada dirinya. Ibu dan abah pula ke rumah Paklong,
entah urusan apa, Hani tidak perasan pula tadi, sewaktu diberitahu ibu. Fikiran
melayang entah ke mana? Tidak sempat hendak register atas urusan apa mereka ke
sana. Shima kerja, Adi? Biasalah budak lelaki mana lekat di rumah. Beri satu
motosikal, panjanglah langkah budak laki-laki.
Hani teringat coretan nombor telefon yang diberi Ain kelmarin. Hani seluk
beg tangannya, dia ingat dimana dia simpan cebisan kertas yang sudah keronyok
digenggamnya kelmarin. Raba punya raba, Hani keluarkan sekeping kertas. Tangan Hani mendail nombor yang terdera. Tersengah-sengeh
Hani membayangkan wajah manja si Ain.
Terkejut
Hani apabila terdengar suara garau yang menjawab dihujung talian.
Ah.. sudah!
Suara siapa pulak ni? Yang pasti bukan suara si Ain? Ini suara lelaki. Alamak
sudah salah nombor. Matilah kena marah, menggganggu orang. Hendak menjawab atau
tidak? Jika tidak menjawab, tentu orang itu bengang. Sudah mengganggunya, lepas
tu buat tak tahu pula! Jawab sahajalah! Minta maaf, alasan salah nombor atau
salah tekan. Hani mengelabah..macammana pula boleh tersalah tekan ni…matanya masih vision 20/20, masih belum rabun...
“Hello..”
jawab Hani, terketar-ketar. Orang buat salah, memang begitulah lagaknya.
“Maaafff encik,
saya mungkin salah nombor, saya sebenarnya nak bercakap dengan kawan saya, maaf
ya Encik salah tekan agaknya..” Hani ingin mematikan talian.
“Siapa
sana tu..?” suara dihujung talian hendak tahu orang yang mengganggunya.
Mampus! Hendak
beritahu nama betul atau hanya nama samaran? Bukan dia tahupun siapa yang
sebenarnya? Hani teranggak-anggak hendak memberitahu. Tidak pasal-pasal hendak
jual namanya pula kepada orang yang dia tidak kenal. Zaman sekarang ni,
macam-macam boleh berlaku. Disebabkan salah nombor, silap-silap perbualan tersebar dalam internet!
“Hemm..hemm..
sa…ya…” tersekat-sekat suara Hani.
“Maaf
Encik..” akhirnya Hani mengambil keputusan untuk tidak memberitahu namanya. Jangan
cari nahas, hendak suka suki memberitahu namanya. Jari sudah sedia hendak mematikan talian.
“Eh..nanti..nanti..
siapa sana, Hani ke ? “ kuat bunyi suara menghalang. Suara itu seperti dapat meneka, yang bercakap adalah
suara Hani.
Hani
kerut muka, bagaimana pula pula lelaki ini kenal suaranya? Dia nampakkah?
“Ya, saya,
siapa kat sana?..” Hani kehairanan. Kawan Ain kut..
“Hai, tak
cam suara saya ke, sayalah! Am..Aqram..” jawabnya seperti gembira
Serta merta jantung Hani berdegum pantas, kenapa pulak dia yang angkat!!
Bukankah ini nombor untuk telefon Ain?
Hani hilang kata-kata untuk berbicara.
Lama
Aqram menunggu jawapan..
“Hello,
hello Hani…Hani, you dengar tak?”tanya Aqram bertalu-talu. Mengapa senyap, pengsankah
atau line tidak clear?
“Oh,
Aqram ke? sorry, sorry. Ain beri nombor ni pada saya masa di kampung, ingatkan
nombor dia, saya call saja nak bertanya khabar?” balas Hani
“Haaaah…
Ain, rupanya yang beri? Hani apa khabar? Sihat.?.” Tanya Aqram
“Sihat, Alhamdullilla? Aqram..?” nampaknya Hani terpaksa meneruskan perbualan yang
tidak dirancang. Lain wajah yang dibayangkan, lain suara pula yang diterima.
“Sihat
jugak, apa hal sebenarnya you call ni..” Tanya Aqram lagi.
“Saya
nak cakap dengan Ain, tapi rupanya nombor Aqram.. tak apalah saya online fb aje
dengan dia nanti”jawapan kepada soalan yang diulang Aqram. Hemm..diapun keputusan idea hendak bertanya lah tu!
“Oh..
tak apa, nanti I beritahu yang Hani call..”katanya mendatar.
“Hani...!”sambung
Aqram lagi.
“Ya..”
jawab Hani sepatah, bukan main sopan lagi. Suara manja seperti perempuan melayu tersohor. Suara manja yang buat Aqram dihujung talian lemah.
“Hani, apa
yang I beritahu last time, I’m serious okey! I memang sukakan Hani,
jangan hancurkan harapan I” kesitu pula bicara Aqram.
Menyesal
betul Hani mendail nombor tadi, jika dia tahu itu bukan nombor Ain, sumpah! Dia
tidak akan mendailnya. Sekarang sudah tidak boleh undur, Hani terpaksa redah.
Apa yang perlu dia jawab? Hani hilang idea. Memanglah dia sukakan sipolan
sebelah, tetapi belum masanya untuk ke
status yang lebih serious. Sungguh! Hani belum bersedia!
“Aqram, you
put me in difficult situation. Saya rasa serba salah tau! Saya rasa terlalu
awal untuk ini semua. Kita perlukan masa. Saya takut Aqram buat kesilapan besar
memilih saya, dan bohonglah kalau saya
katakan saya tak sukakan Aqram” Hani terlepas kata-kata yang sepatutnya
diluahkan bila sampai masa. Ini bukan masanya! Hisy.. gara-gara tersilap
nombor.
“Sorry
ganggu Aqram, sekrang ini waktu kerjakan? Assalamualaikum.” Hani menamatkan
perbualannya dan mematikan talian. Tidak mahu memanjangkan perbualan.
Cukup-cukuplah untuk hari ini..Eh! ada untuk hari-hari akan datang kah?
“Kenapa
Ain beri nombor Aqram ya, bukan nombor
dia..” Hani cuba memikirkan apa sebenarnya.
Selang
beberapa minit telefon Hani berbunyi semula, dia kenal nombor yang
menghubunginya. Hatinya berkata-kata lagi, perlukah dia menjawabnya?.
Dibiarkannya
berbunyi, tetapi hatinya tidak kesampaian dan terus dijawabnya juga. Cuba
berlagak hati kering, tetapi tidak sampai hati.
“Hello
Aqram, sorry tadi saya matikan line”
“Hani,
dengar sini, I.. I sukakan Hani, I nak bersama Hani, percayalah. Beri I peluang, pleaseeee..” pujuk Aqram.
Peluang
apa yang dia mahu? Hani betul-betul belum bersedia. Tolong jangan desak!.
“Aqram,
Hani belum bersedia. Please understand that!.
Kita perlu kenal mengenali dulu..”
“Okey!
Mungkin Hani rasa kurang selesa. I
understand!, mungkin I boleh arrange keluarga I jumpa keluarga
Hani untuk uruskan hal kita” pinta Aqram yang tidak kenal erti jemu. Dia terus
memujuk dan terus memujuk. Hani dihujung talian sudah menelan air liur yang sudah lama tersekat, terutama apabila mendengar perkataan "kita".
“Aqram
tak tahu siapa saya sebenarnya. Aqram akan menyesal jika tahu. Tolong jangan
desak saya. Saya tak ada apa-apa, saya serba kekurangan. Tolong tarik balik rancangan
Aqram hendak melibatkan keluarga. Terlalu awal! ” dengan nada merendah diri dia
merayu.
“Apa
yang awalnya, I’m serious Hani, serious. Serious dengan relationship ni, please”
pujuk Aqram
Hani hilang kata-kata bila mendengar rayuan Aqram. Jika dia tolak
mentah-mentah, adakah dia akan kehilangan terus kembar Khasifnya. Yang ini dia
tidak mampu, Hani belum ready untuk melepaskannya. Berilah dia peluang menatap wajah ini sehingga dia betul-betul
puas. Hani rasa cuak pula.
“Sebelum
kita libatkan parents kita why not kita jumpa dan bincang, not just over the phone ”
tegas Hani
“I jumpa Hani masa kenduri nanti, macammna,… boleh?” tanyanya merayu.
“Terserah..Assalamulaikum”
talian diputuskan.
Hani
berharap agar dia tidak menelefonnya lagi. Dia jadi serba salah untuk menjawab
permintaan Aqram. Lain yang dirancang lain pula yang jadi.
4 comments:
Balik krja terkam computer dlu.cuba nasib..brsyukur sngat sebab dah ada n3 baru. yg mak teh snag sngat sbab ada anak tlong masak. apa2 pun trima ksih bnyak2 dng n3 ni.
tak puas baca ... cam cenonet je n3 nya ... hehehe
Nanti malam saya sambung ek! Dah ada dalam kepala, apa nak tulis..
Masalahnya saya sedang edit "Bila Senja Berlalu" hendak cuba nasib hantar kepada publisher.Dah tukar tajuk "Inikah Kesudahannya".Perasan,macamlah dia bagus! senyum sendiri..tetapi kerana pembaca "Mengharap di Tanjung Harapan" yang setia punya pasal, saya akan tunaikan.
Post a Comment