Bab 7
“Eh! Kemana pula
aku sekarang ini?” hati kecil Amy kini membuahkan bicara.
Diraut mukanya
berkali-kali. Cuma mencerna apa yang sudah berlaku, Setahu Amy, kali terakhir
dia bersama En. Helmi dan dua orang anggota polis tapi kini dia di mana?
Leher berpusing
360 darjah. Muka berkerut seribu,
Hemm,, Nampak
seperti berada di dalam lokap, ya di dalam lokap.
Kenapa dia di
lokap?
Apa
kesalahannya?
Laaa.. Pura-pura
tidak tahu, bukankah awak sudah tinggal lebih masa, sudah menjadi seorang
penjenayah, awak adalah seorang pendatang tanpa izin? Sama taraf dengan orang
perahu Myanmar atau Bangladesh atau lebih mudah rakyat Indonesia yang
bertebaran di tanah air yang tidak mempunyai dokumen sah! Lagi mahu tanya!!
Tiba-tiba muncul
seorang lelaki orang puteh berjubah dengan rambut palsu gaya seorang hakim..
Dari mana pula datangnya si lelaki, tiba-tiba menjawab soalan yang tersirat di
dalam dada Amy.
Eh! Bukankah dia
berada di dalam lokap sekarang ini, apa ke hal pulak pakcik berambut palsu ini
berada di lokap? Bukankah tugasnya di mahkamah?
Amy hanya
tersenyum kelat..mengerti akan kesalahannya, dan kini baru dia tahu, dia sudah
berada di dalam penjara. Confirm ..
“Tuan, di mana
anak-anak saya?” tanya Amy dan memusingkan badannya ke arah si tuan hakim,
tetapi si tuan hakim lesap dari pandangan.
Huh! Mulut Amy
ternganga luas, boleh masuk banyak lalat jika berterusan.
“Apa ni?” jerit
Amy sambil mengusutkan rambutnya.
“Eh! Mana
tudung?”tanyanya lagi.
“Tolong saya..
tolong..Can someone or anybody help me! I really need to what has happen, please..” laung Amy dengan
kedua-dua tangan menggoyang tiang besi.”
“Tolong saya..
Toloooong..” laung Amy lagi.
“Madame.. Madame..”
Amy membuka matanya, terhidang di depan mata seorang perempuan berambut perang
memegang segelas air. Amy menyapu
mukanya, pasti air dari dalam gelas yang telah direnjis oleh si perempuan
berambut perang itu.
“Cik Amy tadi pengsan, tu yang Marali tolong sedarkan…
siap terjerit-jerit minta tolong tadi,
buat saya gelabah!” terpusing kepala Amy mendengar suara lelaki yang Amy sudah
tidak berapa sanjung lagi setelah apa
yang telah berlaku sekarang. Menyerahkannya ke pihak berkuasa.
Namun suara itu
menyedarkan dirinya hanya bermimpi rupanya.
Dia belum lagi
berada di dalam penjara, dan dia belum lagi dibicara. Aduh! lama lagi nampaknya
dia akan berpeluang pulang ke tanah air. Berapa lama? Persoalan muncul
tiba-tiba di minda Amy. Dia sudah tinggal tanpa dokumen yang sah lebih kurang
empat tahun, adakah selama empat tahun juga dia perlu menginap di hotel yang di
panggil penjara? Tentunya empat tahun yang sungguh terseksa kerana terpisah
dengan kedua-dua anaknya. Ya ALLAH, janganlah ini terjadi. Selamatkan hambamu
yang memerlukan pertolonganMu Ya ALLAH. Doa Amy bersungguh-sungguh di dalam
hati. Hanya Dia yang mampu membantunya di saat ini.
“Cik Amy okey.. hemmm
atau hendak merehat lagi. Kalau boleh saya hendak selesaikan segera. Ni ha, Mr.
Hendrik dan Mr. Krista, Polis Gauteng (Pretoria adalah dalam daerah Gauteng).
Saya sudah deal dengan mereka untuk Cik Amy dan anak-anak house arrest sahaja
selama dua minggu di rumah saya. Lepas tu, Cik Amy boleh pulang Malaysia bila
saya prepare emergency certificate. Macammana boleh?”kata Encik Helmi dan
diperhatikan oleh dua orang Polis yang tidak mengerti sepatah haram bahasa
Malaysia. Yang mereka tahu, apa yang dibualkan oleh Encik Helmi adalah mengenai
mereka, terutama jelas terdengar nama-nama mereka disebut.
Tiba-tiba
bagaikan ada satu cahaya yang menerpa ke wajah Amy. Amy tiba-tiba merasa lega
dan Encik Helmi sekali lagi menjadi orang harapannya.
“Terima kasih
Encik Helmi, hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya” kata-kata hati Amy yang
tidak terluah.
“Ya, saya okey…
kita teruskan aje perbincangan. Saya ikut apa aje yang Encik Helmi aturkan
untuk saya anak beranak. Saya sudah tak tahu hendak buat apa..” jawab Amy.
Perlahan Amy
bangun dan menuju ke sofa yang sudah ada dua orang polis dan Encik Helmi yang
sedang menunggu. Si cantik jelita berambut perang, yang entah siapa namanya
yang disebut Encik Helmi, beredar tanpa perlu disuruh.
Sedangkan hati
sudah berdendang gembira. Dia tidak perlu ke penjara, berjumpa dengan pak hakim
lagilah tidak perlu.
Phoossshhh.. pergi kau Pak Hakim, dan satu bilik
penginapan di Penjara Pretoria sudah kosong, boleh diberikan kepada penghuni
lain
1 comment:
Okey tak flow cerita ini?
Post a Comment