Friday 27 June 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 1



Dulu coretan ini bertajuk "September", kita dah tukar ya..
Saya dah edit bagi ceria sikit.. perasan.. 

BAB 1

 “Hello.. Hello…Salam sejahtera, Apa khabar pendengar di luar sana.. ahh.. okey! diharap masih lagi setia bersama saya mendengar lagu-lagu nostalgia yang merdu dengan bait-bait cinta di dalam lagu yang akan saya siarkan bagi santapan telinga pendengar yang setia pada pagi ini.
Okey! Saya pasti lagu ini akan dapat membuat pendengar tersenyum apabila mendengarnya. Saya juga pasti kakak-kakak atau abang-abang pendengar di luar sana masih ingat lagu ini?
Terkenang saya dengan lagu ini, saya sangat teruja dengan iramanya, walaupun sewaktu itu saya masih di sekolah rendah. Waktu lagu ini berada di carta kemuncak. Lagu ini mengimbaskan kenangan saya bersama teman-teman sekolah pada setiap bulan, tidak semestinya hanya kenangan indah di bulan September kannnn?
Untuk para pendengar, saya hidangkan dengan lagu “Kenangan indah di bulan September”… nyanyian Dato’ Syarifah Aini. Lagu yang menjadi hits satu ketika dahulu.. di penghujung tahun 70an.. layaaaaan!“ celoteh pengacara radio berkumandang.

Panjang pula celotehnya, itulah, mereka bukan boleh diberi peluang bercakap. Dendangan lagu hanya memakan masa paling lama tiga minit, tetapi pendengar terpaksa mendengar celoteh mereka lebih dari lima minit.
Aku tersenyum. Hendak hairankan apa? Sudah namapun juruhebah, hendak buat macammana? Mereka di bayar untuk berceloteh, kenalah menjadi juruheboh!
Terhenti sejenak dari menaip menuskrip. Jari terhenti tiba-tiba dari mengetuk huruf di keyboard. Kaku,.apabila radio yang ku pasang online di komputer memperdengarkan lagu yang pernah aku puja satu ketika dahulu. Satu ketika yang telah lama aku tinggalkan, lebih kurang 25 tahun yang lalu. Memang benar seperti yang dikatakan oleh pengacara radio siaran “Gemersik Kalbu” tersebut. Satu-satunya siaran radio yang memutarkan lagu-lagu hits lama yang sudah boleh dianggap sebagai lagu-lagu nostalgia. Bersiaran bagi pendengar-pendengar di era itu, termasuk aku. Setiap rangkap bait lagu aku dengar dengan senyuman, alunan iramanya bagaikan membawa aku melayang jauh 25 tahun kebelakang..zaman remaja dan zaman sewaktu akuk muda lela… ah.ah..ah..alangkah indahnya!!
Di dalam hati turut menyanyi bersama-sama Dato’ Syarifah Aini, sudah hafal liriknya. Hanya mampu menyanyi perlahan atau hanya di dalam hati, kerana sedar suaraku sumbang. Terfikir aku, kalaulah cekap menghafal Al-Quran sama seperti menghafal lagu, alangkah baiknya. Tetapi malang, jika Al-Quran, memang liat hendak dihafal. Sebaris ayat, diulang berpuluh kalipun masih tidak dapat dihafal. Tetapi jika lagu, selagi dengar sudah ingat, boleh siap humming lagi tu… banyak betul syaitan yang bergayut di telinga ya?

Dendangan lagu terus berkumandang dengan irama rancak, alunan suara Dato’ Syarifah Aini yang lunak dan nyaring. Hayla Kak Pah!!
“Ku masih ingat
Perkenalan ku di bulan
September, September

Kau merenungku
Dan mengukir senyum mesra
Padaku, padaku

Perkenalanku kini semakin erat
Saling bertemu
Melepas rasa rindu

Dibelai-belai
Dikucup-kucup mesra
Rambutku, pipiku

Aku terlena
Terbuai dalam pelukan
Mesramu, mesramu
 
Hati riang gembira
Tiada terkira
Terasa dunia ini kita yang punya“


Senyuman masih tidak lepas. Dapat dibayangkan di era itu di mana, seluar bellbottom, mini skirt, hot pants menjadi fesyen. Memang ngeri, jika mini skirt tu, hanya tinggal beberapa inci sahaja sudah boleh nampak seluar kecik. Itu jika dipakai, jika tidak tentu nampak aset yang paling berharga tu.. hemmm. Nauzubillah!! Yang hairannya mereka masih merasa selesa memakainya.

Rambut pula potongan afro look, china doll, wet look dan entah  apa-apa look lagi yang menjadi ikutan. Afro look yang sudah seperti sarang tebuan. Penyanyi pujaan barat, seperti penyanyi John Travolta, Black Sabbath, Kiss, Duran Duran, Bee Gees, Carpenters, Olivia Newton John dan banyak lagi artis barat yang menjadi pujaan. Artis tanah air pula, berderet senarainya seperti Syarifah Aini, Broery Marantika, Hetty Koes Endang, Adam Ahmad, Hail Amir, Uji Rashid, Rina Hashim, Sweet Charity dan banyak lagi. Ramaipun artis-artis di era tersebut sudah pulang ke rahmatullah. Selalunya komposernya ialah Ahmad Nawab. Memang laku sangat Ahmad Nawab ketika itu, setiap lagu ciptaannya pasti hits. Entah ke mana agaknya komposer terkenal ni ya! Aku memikirkan hal orang yang tidak sepatutnya aku fikirkan. Bukannya dia saudara aku, atau kawan aku, malah bukan keluarga. Saudara seislam adalah..

Berbalik semula kepada fesyen di era aku membesar. Kali ini, mengenai kasut, kasut pula tu, memang tebal dan berat, bagai tembok besar negeri China sahaja. Jika dibaling anjing mahu anjing tidak sempat menyalak, pasti mampus.

Hampir semua perempuan freehair, tidak bertudung. Jika ada yang bertudungpun hanya segelintir, itupun sedikit, boleh dibilang dengan jari. Selalunya mereka adalah pengikut Al-Arqam yang hanya beberapa kerat sahaja. Malah mereka dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Perempuan bertudung hanya boleh dilihat ketika majlis kahwin,  majlis rasmi atau jika ada kematian. Itupun tudung yang semi pro sahaja, yang nampak rambut di depan ala-ala jambul atau sekadar meletakkan tudung di kepala sebagai syarat. Harapkan sanggul aje yang besar ditutup dengan kain tudung yang nipis atau jarang.

Di zaman itu, bukan kerana masyarakat cetek pengetahuan agama, malah ramai ahli-ahli sufi dan ahli-ahli ugama. Punca utama adalah kerana pengaruh persekitaran dan global. Semua ingin dilihat atau dipandang modern. Jika tidak, diri dikatakan kolot. Penerapan nilai Islam tidak dipraktikkan sepenuhnya, namun tetap menjaga tata susila dan adap ketimuran.  
Masih lagi anak menghormati kedua ibu bapa mereka.
Masih lagi anak murid menghormati guru mereka.
Masih lagi pekerja menghormati majikan mereka.
Masih lagi penjual jujur kepada pembelinya.
Dan masih lagi rakyat menghormati pemimpinnya.
Acara keagamaan tetapi dilaksanakan dengan baik. Sama ada Tilawah Al-Quran, atau majlis-majlis ilmu yang lain.

Yang hairannya, di zaman tersebut, amat kurang berlakunya jenayah. Kejadian rogol amat jarang didengar, satu atau dua kejadian sahaja. Kejadian buang anak, langsung tidak berlaku. Jika adapun hanya kes-kes terpinggir, yang tidak dilaporkan. Jenayah dadah, langsung tidak ada. Kesah kena ragut, ugut atau bunuh lagilah tidak didengar langsung. Mungkin ada berlaku, tetapi ianya tidak dihebahkan.

Aku dapat bezakan dengan jelas di zaman aku remaja dengan di zaman anak atau anak cucu ku remaja. Amat jauh berbeza, memang jauh, ibarat seperti langit dengan bumi. Zaman sekarang sudah tidak selamat. Buka sahaja pintu, penjenayah sudah memerhati..Kita sentiasa berada di dalam ketakutan. Sangsi dengan semua orang.


“Kau kan jadi teman hidupku
Sayangku selalu ku nantikan
Takkan hilang
Kenangan manis bagiku
Kau tunjukkan
Kasih sayangmu selalu
Ku gembira
Berdamping denganmu
September selalu kunantikan
Ku nanti-nanti
Selaluku nanti-nanti
September denganmu“


Dendangan Dato’ Syarifah Aini sudah dipenghujungnya, namun senyuman aku masih di bibir. Bagaikan sudah di glue senyumanku oleh glue cap gajah.

“Kecing..kecing..kecing..” bunyi kasut kanak-kanak yang semakin hampir kedengarannya. Aku mengalihkan pandangan aku ke arah bunyi kasut tersebut. Sudah aku tahu siapa yang baru sampai menjengok ku. Sudah biasa dengan kunjungan mereka di petang petang hujung minggu begini.

Tidak beberapa minit kemudian ku lihat seorang anak kecil yang terkecek-kedek dek pampasnya tersarung tebal membuat punggungnya seperti punggung itek donald duck, itek animasi Walt Disney dengan kasut berbunyinya menapak laju ke arahku.

Si kecil Casandra berlari ke dalam pelukanku apabila dia melihat aku sudah sedia mendepakan tangan menunggunya untuk menyambutnya ke dalam pelukanku. Aku masih tersengeh seperti kerang busuk, tersengeh tak sudah dengan dendangan lagu Kak Pah tadi belum habis, kini ditambah dengan kehadiran si kecil.

Radio masih lagi berkumandang, kini diikuti dengan dendangan nyanyian kumpulan D’lyod ”Cinta Hampa” selepas lagu Kak Pah, tetapi tidak aku perdulikan. Sedangkan lagu itu tidak kurang hebatnya, di waktu itu. Pandai pula juruheboh ini, di waktu-waktu begini, dia menyiarkan lagu-lagu yang meruntun jiwa. Namun kehadiran Sandra lebih menceriakan diri ku.

“Ahhh..Sandra, ummi mana?..” tanya ku, kedua belah pipi mongel itu aku kucup bertalu-talu. Sandra membiarkan sahaja diperlakuan sedemikian. Kemudian kedua tangan kecil itu memegang keduabelah pipiku. Aku sungguh terharu dengan perbuatan si kecil ini. Anak mata hitam Sandra ku renung. Bukannya dia faham, dan sudah tentunya soalan aku tidak mendapat jawapan.

Sudah biasa agaknya dia diperlakukkan sedemikian. Aku bukan orang pertama yang akan berbuat demikian jika bertemu dengan kanak-kanak secomel Casandra. Usahkan aku, neneknya yang geram, orang asing yang mereka tidak kenal yang mereka jumpa di mall atau di mana-mana juga geram dengan anak ini, sampaikan ada yang mencuri-curi untuk mencuit pipi comel Casandra. Anak ini cukup package untuk menjadi kanak-kanak comel. Berwajah bulat dengan pipi yang gebu, bermata bulat dengan alis mata yang lebat, mulut yang kecil serta merah, ditambah pula dengan rambut lebat berwarna hitam yang lurus. Rambut yang direpang di dahi oleh umminya, hanya cukup-cukup di atas alis kening untuk sepasang mata bulat, besar dan bundar. Itulah wajah Casandra, cucu ku. Comelkan?

Dia kemudiannya meronta minta dilepaskan. Rimas agaknya diperlakukan sedemikian. Kemudian aku lepaskan, dia berlari pula ke arah umminya yang sedang mara tersenyum ke arah aku. Dia berjalan ke bilik study, di mana aku berada. Nasib baik Sandra yang muncul dahulu, bukan Camelia, ibunya. Jika Camelia yang muncul dulu, nampaknya sudah pasti aku tertangkap mengelamun, mengimbas kesah silam, hanya kerana dendangan sebuah lagu, terkantoi!

 “Assalamulaikum Ibu.. bu buat apa tu.. menulis novel lagi ke?” tiba-tiba terdengar suara Camelia nyaring.
Dari luar bilik sudah boleh didengar. Tidak beberapa saat, muncul wajah Camelia. Segera menghulur tangan dan dia terus mengucup di kiri dan kanan pipiku.

“Ha..ah nak buat apa lagi kalau tak kat depan komputer ni..?” jawab ku dengan satu jawapan dan satu soalan.

“Halim mana?“ tanyaku apabila aku tidak melihat kelibat Halim, bapa si Casandra.
“Ada.. ada kat depan tu.. bu! entah apa yang dibeleknya, tadi Lia nampak dia tengah tengok gate kat depan.. katanya kalau dia rajin dia hendak cat semula gate tu.., cat yang lama dah mengelupas…nampak sangat dah lama tak dicat, itulah sebab dia hendak cat semula...” jawab Lia, panjang lebar.
Tangannya menarik sebuah lagi bangku untuk duduk dekat dengan ku yang masih duduk menghadap skrin komputer.

“Ibu masak apa hari ini..“ tanya Lia
“Makan apa ajelah Lia..“ jawab ku.
“Tuuu.. ada Lia bawak lauk sikit, Lia dah bubuh kat atas meja dapur  nun..” sambung Lia lagi.
Matanya memandang ke skrin komputer di sebelah ku. Sandra dibiarkan di sebelahku.
Aku hanya diam, memang Lia selalu membawa bekalan lauk yang dimasaknya setiap kali mengunjungi ku.

Aku biarkan Sandra meleser di sisiku, bagaikan seekor anak kucing parsi yang meleser untuk minta dimanja dan dibelai. Ialah, kanak-kanak berumur dua tahun, apalah yang mereka tahu, bercakappun belum dapat menyebut perkataan dengan jelas, masih baby words. Minumpun masih menggunakan botol susu. Buang air juga masih lagi di dalam seluar.

Sandra aku angkat dan aku dudukkannya di atas pangkuan ku, mengadap sama ke arah skrin yang masih menyala dengan coretan cerita yang sedang cuba aku olah ceritanya. Bukan dia fahampun abjad-abjad yang tersusun indah di dalam skrin. Agaknya dia mengingatkan, abjad-abjad itu cacing-caing yang tersusun di atas layar putih.

Idea tidak muncul pula, sudah berapa kali diulang-ulang membaca coretan yang ada, tidak ada penambahan plot, masih plot yang sedia ada, cuba diubah sedikit ayat dan diperbaiki mana yang ada, jika mempunyai typo error.

“Tak apalah Lia, cakap aje dengan Halim, nanti ibu upah aje budak-budak yang mahu buat kerja.. ni.. tapi ahhh… memang ibu hendak minta tolong dia sikit. Ibu ada nak mintak Halim tolong tengok wiring telefon tu, line wifi, ibu rasa ada yang tak kena, selalu susah nak dapat line. Masalah coverage ke atau wire..terputus-putus..ibu rasa pasal fius box kut..ataupun ada connection yang dah putus, susah ibu nak browse internet..hemm” jelas ku kepada Lia, anak angkatku, agar dapat meminta Halim, suaminya melihat apa yang patut. Aku tahu Halim pastinya tahu masalah yang dihadapi kerana dia seorang juruteknik di Tenaga Nasional.

“Apa cerita novel ibu kali ni.. yang last time tu, Lia baca dua kali, not bad jugaklah ibu mengarang.. lain dari yang lain. Tak ada kesah kahwin paksa yang melambak-lambak kat pasaran. Dah naik muak dah dengan lambakan cerita kahwin terpaksa tu..kalau tidak tu, kesah anak orang miskin kahwin dengan anak orang kaya. Orang miskin yang terlalu miskin dan yang orang kaya pulak tu yang sombong dan yang tidak ingat dunia. Kaya terlebih-lebih, macam tak masuk akal aje. Mulalah tu, dah nak jadi macam cerita Hindustan pulak, mula-mula suka, lepas tu sedih tapi last-last suka balik…macam dah tahu aje ending ceritanya..cuma tak ada plot menari kat railways track aje, kalau ada, confirm cerita hindustan” panjang lebar pula Lia memberi pendapatnya.

Agaknya dia selalu memberi komen di dalam blog-blog penulisan. Aku tidak boleh bersetuju dengan komennya kerana aku seorang penulis. Mungkin pembaca juga akan membuat remarks yang sama seperti yang diberikan oleh Camelia, manalah aku tahu kepada karya-karya aku. Aku tidak dapat memantau seratus peratus komen dari pembaca.

“Ibu tak nak buat sequel kepada kesah si Murni dan si Zamri tu ke?..atau ibu buat cerita anak dia tu pulak.. siapa nama dia? Hem..Mila.. ya..ya.. Mimi Sharmila..” sambung Lia lagi, memberi pendapat.
Dia sendiri tanya dan dia juga yang memberi jawapan. Aku sengeh. Lebih-lebih pula kata-kata memuji sedangkan aku tidaklah sehebat mana.

“Lia jangan puji lebih-lebih pulak.. ibu menulis ni, saja suka-suka tau?, bukan apa pun. Bukan sedap manapun coretan ibu. Bukan pasal nak dapat royalty. Duit pencen ibupun dah cukup Alhamdulillah, tuhan beri rezeki untuk tampung hidup ibu hari-hari. Nak jadi popular macam Jane Austen, Nora Roberts atau Jackie Colins tu tak mampulah ibu. Nak jadi pengarang yang kaya raya macam Danielle Steel dan JK Rolling lagilah tak payah, dalam mimpi bolehlah. Itu authors mat saleh dan yang dah famous. Nak bersaing dengan penulis tempatan macam Aisya Sofia, Ramli Awang Murshid, Hlovate, Siti Rosmizah pun ibu tak mampu… lagi-lagilah pengarang yang berpengalaman macam Usman Awang dan Hamka. Ehh.. ibu ni melalut pulak, nak bersyarah pasal buku, entah-entah Liapun malas nak dengar, ia tak tu..” kata ku sambil tersenyum ke arah Lia yang memandang macam berminat sahaja lagaknya dengan kata-kataku, entah-entah sudah bosan giler hendak menghadam apa yang hendak aku sampaikan.

 Jika aku bercerita pasal angka dan wang, mungkin menarik minat pada dirinya, kerana Lia seorang pembantu akauntan. Sengaja tidak mahu mengecewakan aku gamaknya.

Aku sayang anak ni, tidak sia-sia aku menjaganya sejak dari dirinya sebesar Sandra. Dia muncul ke dalam hidup ku kerana terpaksa. Dia terpaksa, aku juga terpaksa. Terpaksa oleh kerana sebuah amanat. Amanat yang aku ingatkan hanya gurauan atau mainan bibir, rupa-rupanya menjadi kenyataan. Namun aku bersyukur di atas kehadiran Camelia yang aku panggil Lia dalam hidupku. Anak yatim piatu yang sudah tersurat untuk mengembirakan dan menceriakan hidupku. Syukur Alhamdulillah..Ya ALLAH.

4 comments:

Anonymous said...

Salam sis.tak update ke coretan tentang 30 jam saat indah bersamamu.sy follow cerita tu.hehehe

Rose Ezadora said...

Dah siap beberapa chapter baru. Lepas cerita ni, kita start cerita 30 jam pula ya?

cikyan said...

tahniah sis.. buku ni sy dah beli. best !

Rose Ezadora said...


terima kasih Nur Azian..