Bab 27
Anne
memerhatikan conveyer belt berpusing dengan mengheret bagasi yang baru
dipunggah dari Flight QR616. Penerbangan pesawat Qatar Airlines dari Zurich. Tidak pernah-pernah Anne menggunakan penerbangan Qatar
ini sejak 3 tahun belajar di Swiss. Selalunya dia menggunakan penerbangan
Emirates. Tetapi di sebabkan tiket penerbangan ini menawarkan tambang yang
berpatutan, Anne membelinya. Apa
hendak dikesah, janji sampai di tanah air. Bagus juga layanannya. Sama seperti penerbangan Emirates, semua makanan yang dibekalkan halal, tidak ragu-ragu untuk di makan.
Tergeleng-geleng
kepalanya mengikut perjalanan conveyer belt itu berpusing. Dia sebok mencari
dua beg kepunyaannya. Kedua-dua beg itu besar dan berat. Maklumlah segala nika benda
dia terpaksa bawa pulang, kerana dia sudah tamat pengajian.
Teringat Anne,
semasa check in pagi semalampun dia sudah kena warning, kerana bagasinya
melebihi 3 kilogram. Kerana memikirkan pembayaran bagasi terlebih adalah mahal,
US50 setiap kilogram, Anne terpaksa memasukkan ke dalam beg karbinnya. Konon hendak travel
light, tetapi rupanya terpaksa pikul extra 3kg! hu..hu..huu..
Cuba fikirkan,
US50 x 3, mahu hampir RM200! Sia-sia sahaja membayarnya, baik duit itu
digunakan beli benda lain di Malaysia nanti.
Tambahan RM200 besar juga jumlahnya bagi seorang penganggur yang belum
tentu bila masa dia akan mendapat rezeki bekerja.
Anne sudah
boleh tersenyum, apabila dia sudah nampak salah satu begnya. Ribbon kuning yang
diikatnya di tangkai setiap beg nampak terserlah dari jauh.
Cepat-cepat
dia menurunkan begnya, untuk di angkat
ke troly.
Tetapi disebabkan
berat, beg terlepas dari tangan Anne dan jatuh ke lantai.
“Crrrkkk...Blump…”
terburai isi perut beg Anne.
Melambak
pakaian Anne di atas lantai.
Aduh! Anne
panic, zip begnya merekah dan terus rosak.
Itulah
penuh sangat barang yang di sumbat, bagaikan perempuan bunting 9 bulan. Tetapi
jika sumbatan pakaian kembung seperti bunting 9 bulan, masih ada ruang lagi dan zip beg tidak
merekah. Anne tentunya sudah menyumbat lebih, mungkin padat bagaikan perempuan
bunting 14 bulan?
Cepat-cepat
dia memasukkan semula semua pakaiannya ke dalam beg yang sudah tidak boleh
ditutup. Malupun ya jugak, mana tidaknya.. habis semua barangan dalaman juga
melambak.
Ahhh.. tak
pedulilah!
“Macammana aku
nak bawak kelaur ni..!” Anne
garu kepalanya yang bertudung.
“Kenapa pecah
kat sini pulak? Kenapa tak boleh tahan sikit aje…beg oi!”omel Anne sendirian.
Beg sudah
berjemana mahal, tapi masih boleh terjadi begini!
Siapa
hendak disalahkan?
Beg atau si
tuan beg?
Bingong
memikirkan bagaimana dia hendak membawa beg tersebut ke atas troley.
Tang perkara
akademik dia memang pandai, sampai ke tahap Phd, tetapi hendak menyelesaikan
masalah beg yang ada faulty zip ni lembab sikit. Baginya ia masalah besar,
seimbang dengan masalah negara!
“Cik, ambil
ni.. dan ikat beg tu..”kata seorang lelaki yang menghulurkan tali lehernya yang
tadinya berada di dalam poket kemejanya.
Anne yang
kebingongan, terus mengambil tali leher yang dihulur.
Siapa pulak mamat ni, punyalah baik hati! Bisik Anne.
Siapa pulak mamat ni, punyalah baik hati! Bisik Anne.
Dalam ramai
orang yang hanya memandangnya sahaja, rupanya ada juga orang yang kasihankan
dirinya yang terkial-kial menyumbat pakaiannya semula ke dalam beg yang sudah
ternganga, kerana tidak boleh di zip.
“Terima kasih,
tapi nanti tie ni rosak, saudara?”
Bimbang pula
Anne, dia akan merosakkan tali leher mahal seorang lelaki yang tidak dia kenal.
Lelaki yang baik hati, ingin membantu dia mengatasi masaalah begnya.
Syukur
alhamdulillah.
“Tak apa, saya
ada banyak..”katanya.
Anne hanya
angguk dan terus mengikat beg buncitnya dengan bantuan si lelaki itu.
“Terima kasih,
saudara. Saya Nurul Aini,
panggil aje Anne..”Anne memperkenalkan dirinya.
“Amir..”katanya
sepatah.
“Kita sama satu
flight…saya perasan Cik Anne di Doha tadi..”
Anne
angguk. Dia transit Doha juga ke? Atau dia memang dari Doha?
Ahhh.. tak
kesahlah dia dari mana?
“Macammana
saya nak pulangkan tie Encik Amir ni..?”tanya Anne
“Tak payah
pulangkan..kan saya kata saya ada banyak. Tak terpakaipun”jawabnya dengan senyuman.
“Tapi, saya
tetap hendak pulangkan..”desak Anne.
Lelaki itu
membuka dompetnya dan menghulurkan kad namanya, dan Anne terus menyimpannya ke
dalam beg tangan yang terselipang di badan.
“Saya dah
nak keluar dah..Nak keluar sekali?”katanya.
“Tak..Saya
kena tunggu satu lagi beg saya..”kata Anne.
“Oh.. kalau
macam tu, saya keluar dulu. Assalamulaikum..”kata si lelaki, lalu meninggalkan Anne yang berdiri tegak
memerhatikan si lelaki yang baik hati meninggalkan dirinya.
Susah
hendak berjumpa dengan lelaki yang baik hati begitu.
Jika tadi
marah betul dia dengan beg yang menyusahkan dirinya. Tetapi sekarang dia
mengucapkan terima kasih pula kepada beg tersebut. Kerana zip terburai, dia
dapat berkenalan dengan si lelaki bernama Amir.
Teringat
juga dia, rupanya berbaloi juga menggunakan Qatar Airlines huh! Rupanya dia ada
temujanji yang tidak diketahuinya..
Sifat baik hati itu membuat Anne bagaikan
sudah jatuh cinta pandang pertama.Jatuh cinta pandang pertama, atau jatuh cinta
pandang kedua, ketiga, keempat..tak kesahlah yang keberapa, Anne kena ingat.
Entah-entah di sudah berkeluarga? Kerana lelaki itu nampak lebih matan, mungkin
sebaya dengan abang Johan.
Tambahan
pula, lelaki baik seperti itu selalunya cepat laku, perempuan menadah tangan
menerimanya!
Sudahlah..cukup
cukup!. Jangan kau sebok hendak memikirkan kesah si lelaki yang baru kau kenal.
Yang penting kau kutip satu lagi beg kau dan keluar.
Daddy sudah
berjanggut menunggu kau di balai ketibaan.
Penumpang
yang satu kapalterbang semuaya sudah keluar, kau hendak tunggu apa lagi!
Memangpun,
Anne lihat, hanya begnya seorang sahaja yang masih berpusing di atas conveyer
belt, menunggu Anne mengutipnya.
Kali ini
Anne mengangkatnya perlahan, tidak mahu terhempas lagi.
Dia tahu, jika
beg ini juga terburai, sudah tidak ada lelaki lagi yang hendak akan
menghulurkannya tali leher…
“Kenapa
lambat sangat Anne? Daddy risau. Ingatkan Anne tak naik flight tu?”tanya Darus
sebaik sahaja mengambil alih troley menyorong dari tangan si anak.
“Tu ah, zip
beg burst!”kata Anne, marah.
“La..habis
tu, siapa pulak punya tie yang adik guna?”
“Ada lelaki
yang baik, tolong pinjamkan Anne tie dia. Ape kenamanya dia sebut tadi? Amir”
“Dah jom,
mumm dah dua kali tanya Daddy, Anne dah sampai ke belum..?”kata Darus.
Soal beg
pecah bukan perkara utama lagi bagi Darus, juga soal pertemuan si anak bertemu
dengan entah siapa?
Yang penting,
si ibu sudah lama menunggu di rumah!
Terus
sahaja laju dua beranak meninggalkan KLIA.
Di dalam
kereta, Anne teringat kad nama yang diberi, terus sahaja dia menyeluk beg
sandangnya. Tidak sabar rasanya dia hendak mengetahui nama penuh si lelaki yang
sungguh baik hati itu.
Di bacanya
perlahan.”MEGAT AMIR HAMZAH MEGAT MANSOR, Operation Manager, Megah Padu Oil and
Gas Corp.
Ohhh..
orang minyak rupanya!!
Anne senyum
dan terus menyimpan semula kad nama itu baik-baik ke dalam begnya.
No comments:
Post a Comment