Bab 26
“
” bunyi irama
yang datang dari permainan kanak-kanak yang baru Didi masukkan token, sekeping
besi nipis sebesar duit syiling 50 sen.
Rissa
dengan riangnya sudah siap sedia duduk, di dalam bentuk perahu Noah Ark, perahu
bergoyang mengikut irama yang berdendang. Rissa yang baru pandai duduk,
memegang rail besi, apa lagi, tertipu, konon sedang berada di samundra yang
luas bersama-sama binatang yang dilukis di badan perahu.
Teranguk-angguk
sahaja dia mengikut goyangan perahu.
Didi
menepuk tangan agar Rissa memandang ke arahnya. Johan pula meletakkan tangannya
di belakang Rissa, manalah tahu Rissa terlepas pegangan besi.
Khayal
punya pasal! Bukan boleh percaya budak comel itu!
Bahagianya
mereka ketika ini.
“Yeay! Dah habis…” kata Didi dan terus menepuk
tangan ke arah Rissa yang termangu-mangu apabila perahu kecilnya sudah
berhenti.
“Wuuuuaaaahhhh!!”kemudian Rissa
menangis!
Kuat pula tu!
Didi dan Johan cepat-cepat meredakan
tangisan si Rissa.
Malu dengan pasangan yang juga membawa
anak-anak merekayang terganggu dengan tangisan si Rissa yang nyaring.
“Kenapa sayang..?” tanya Johan kepada
Rissa.
“Bang.. dia
nak sekali ride lagi tu!. Nah..!”Didi menghulurkan sekeping lagi token yang
masih ada dipegangnya.
Terus Johan
memasukkan token itu, agar ianya bernyanyi semula.
Penyakit
sungguh, bila sudah syok bermain, tidak mahu berhenti!
Jangan
lebih-lebih Rissa, nanti kena jadi anak angkat taukeh indoor playground,
susahlah papa! Johan berkata di dalam hati, bergurau.
Mana
mahunya dia membenarkan Rissa menjadi anak sesiapa, kecuali dia!
Kemudian mereka berpusing-pusing di
kawasan Mall yang baru dibuka itu. Mall berkonsep modern. Tenang berada di sini kerana water features berbentuk sungai yang mengalir perlahan di sepanjang
Mall. Pengunjungpun tidak ramai, jadi tidak perlu bersesak-sesak.
“Kita
singgah kat Secret Recipe kejap, abang teringin kek macademia pulak, Didi
nak?”tanya Johan.
“Boleh
jugak.!.” jawab Didi.
“Biar Didi
order, abang jaga Rissa. Abang nak macademia, minum?”tanya Didi.
“Hot tea..” jawab Johan.
Johan memandang sekeliling.
Tertancap mata Johan kepada gambar kek
menu Secret Recipe yang ditampal begitu besar di dinding restaurant dessert
terkenal itu.
Tiba-tiba dia teringatkan Eli.
Eli dengan kek harijadinya di Vienna.
Johan teringat trip dia dan kawan-kawan
termasuk Eli bercuti mengeliling eropah selepas peperiksaan akhir.
Johan geleng kepala. Bukan setakat kek,
rupanya banyak perkara lain yang berlaku, yang dia tidak tahu di sepanjang
percutian itu!
Sungguh dia tidak sangka!
***
Enam Tahun
Lalu
“Happy birthday my Eli..”kata Johan ke
telinga Eli perlahan.
Mana boleh
bersuara kuat, mereka di dalam library. Orang sedang mentelaah, mereka hendak berbisik-bisik
pula.
Eli yang
sedang duduk, mendongak ke arah Johan yang tersengeh berdiri di sisinya.
Kemudian Johan
terus duduk di kerusi kosong.
“Tak ada kek ke?”tanya Eli sambil tersengeh,
bertanya kepada Johan.
“Khalid dah
beri hadiah..khas untuk aku..” kata Eli sambil memandang Khalid yang pura-pura
tekun membaca, tetapi sempat tersengeh apabila namanya disebut.
Kerana tidak ramai penuntut Malaysia di
Universiti itu, jawabnya semua SAM (Aku
Anak Malaysia) adalah rakan baiknya.
Ala..
berapa kerat sangat, tak sampai sepuluh orangpun.
“Ada..kek kat Vienna nanti”
“Ah! Jadi ke kita pergi?”tanya Eli,
dengan suara yang agak kuat
Johan hanya mengangguk.
“Kita pergi Germany juga, singgah
Hanover jumpa kawan-kawan kita kat sana kalau sempat..”kata Johan laju.
Ssshhh…terdengar
bunyi isyarat meminta diam.
Cepat-cepat
jari telunjuk Eli melintang di bibirnya.
Meminta si
teman diam, namun dia gembira, rancangan yang di atur, mengikut jadual yang
dibincangkan.
Johan,
serta merta berlakun menjadi tekun menyelak buku, tidak mahu terlibat yang
menyebabkan Eli tiba-tiba bersuara.
Khalid
hanya senyap, tambah-tambah geram apabila kawan baik mesra semacam dengan aweknya.
Eli mengulurkan sekeping kertas kepada
Johan yang tekun membaca.
Tercatit “Siapa lagi pergi?”
“Amirah,
Hanna, Khalid, Edry, Kau dan aku..cukuplah 3 lelaki, 3 perempuan. Kalau ramai nanti
susah. Banyak songeh!”kata Johan,
perlahan.
Sudah boleh dikatakan berbicara style
berbisik.
“Study.., study.., jangan pula nanti
tulis Vienna, Hannover, Budapest dalam kertas soalan periksa nanti“ kata Johan
bergurau.
Kawan-kawan lain yang mendengar
tersenyum lebar.
Ya tak ya, kena study, kemudian baru
fikirkan soal tour around Europe.
***
“Birthday
girl.. happy belated birthday”ucapan di berikan kepada Eli oleh teman-teman
yang ada di meja itu. Lalu Johan menyorong sekeping kek yang di panggil “Sacher Torte”. Kek yang terkenal di
Vienna. Siapa yang pernah menekmati kek ini pasti tidak akan dapat melupakan
keenakannya.
Kek yang di
buat oleh seorang pembantu tukang masak hotel secara tidak sengaja kerana
tukang masak sakit. Pembantu tukang
masak tersebut telah memperkenalkan satu resipi kek baru, yang lain dari yang
lain. Yang mana membuat dirinya terkenal di seluruh Austria tatkala itu. Hanya
kerana seketul kek yang di hidangkan kepada seorang pembesar negeri! Sudah
berkurun,sejak kurun ke 18, tetapi masih mengekal resipi asal si pembantu
tukang masak tersebut sehingga kini. Kek ini hanya boleh di dapati di hotel
Sacher ini sahaja, tidak di lain-lain tempat di Vienna.Bila dilihat, keknya
seperti kek coklat biasa. Tetapi sebenarnya kek tersebut di lapiskan dengan jem
apricot. Rahsia lain kek tersebut, hanya diketahui oleh tukang masak milik
keluarga hotel ini.
“Kena makan
sampai licin tau? Mahal ni.. satu
slice boleh dapat sebijik kek secret recipe tau!.. Jangan main-main!” kata Khalid.
“I nak satu
slice lagi boleh tak?”kata Eli, sengaja ingin berjenaka.
“Boleh! Dengan syarat kita tidur bawah jambatan malam ni..
nak?”kata Khalid, juga dengan nada berjenaka.
Walaupun
mereka tidak mempunyai banyak duit, tetapi takkan hanya sekeping kek, mereka
sudah tidak mampu untuk membayar penginapan? Come on..
“I gurau aje,
sayang.. nak ke? I order lagi, khas untuk birthday girl I..:”pujuk Khalid.
Eli cebik muka
dan menjeling manja..!
Yang lain
hanya mendiamkan diri, tidak kuasa campur tangan kes orang bercinta, termasuk
Johan.
“Tak la..I
saje..” kata Eli dengan nada gediknya.
“Air
Encik..”suara si pelayan. Terkejut Johan dan serta merta semua bayangan
kawan-kawan dan dirinya yang muda 6 tahun hilang di kotak fikirannya.
“Terima
kasih..” jawab Johan.
Rissa yang
duduk di baby chair hanya leka bermain dengan mainan yang mereka bawa. Johan pandang Didi yang sama sebok dengan si pelayan,
memotong sepotong kek yang Johan hendak, kek macademia. Kemudian tersengeh
berjalan menuju ke meja.
“Bang.. Didi
pilih slice yang banyak kacang untuk abang, tentu sedap”katanya bangga.
“Didi ambil Kek
Walnut.. Dah banyak varieties kek dia orang. Sekarang kek durianpun ada!”kata Didi.
Johan hanya
senyum melihat telatah si isteri.
Puan
Nurnadirah Salmi, tak payahlah hendak tolong kayakan taukeh Secret Recipe, sayang
oi!
Sampai hendak
promosi apa yang mereka jual!
Mereka dah
kaya dah pun, sebab kita pembeli yang mengkayakan mereka!
5 comments:
Ke mana perginya pembaca-pembaca yang selalu memberi komen. Rindu pula rasanya, pabila tak ada yang mencoret sepatah dua kata! Atau memang sudah tidak ada yang sudi?
Sudi3 cuma mmg sya ni silent reader
Alhamdulillah, ada juga yang sudi.. suke suke suke..
baru terbaca.. so far,nice :)
Terima kasih..
Post a Comment