Tuesday 20 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 39

Satu lagi sambungan siri "Days of Our Lives.."..he..he..he..


Bab 39

“Nah..“ puan Fatihah menghulur naskah surat khabar yang baru diambilnya dari Megat, sipemandu. Encik Mansor terus menyelak sehelai demi sehelai naskah tersebut. Makin lama makin tidak ada berita, patutlah makin lama surat khabar makin kecil. Maklumlah ramai sudah membaca berita didalam komputer sahaja, jimat kertas, paperless. Hendak menjaga alam sekitar konon. Sumbangan Go Green, cuba mengurangkan penebangan pokok untuk dijadikan kertas. Jika tahu hendak menjaga alam sekitar, tetapi masih lagi tidak mengamalkan kitar semula, sama sahaja jawabnya.
“Am dah tanya Hani, hal nikah gantung tu..” tanya Puan Fatehah, mata mencerlung kearah sianak. Encik Mokhtar memandang Aqram yang nampak gelisah dengan soalan mama. Gelisah kerana tidak ada jawapan kepada soalan mamanya. Bagaimana dia hendak mendapat jawapan, sedangkan soalanpun belum di kemukakan. Kenapa mama tidak menyoal kesah Go Green ah! Kan lebih global dan interesting?

Aqram terdiam, tidak tahu apakah jawapan yang harus diberikan kepada mamanya, otaknya berfikir ligat, mencari-cari jawapan yang agak munasabah agar tidak menghancurkan hati mamanya. Tetapi kunci utama, dia kena bercakap jujur, iaitu dia belum lagi bertanyakan Hani mengenai usul yang dibangkitkan. Yang mamapun satu, pagi-pagi sudah memutuskan selera Aqram.
“Hemm..” Aqram teragak-agak untuk membutirkan kata.
“Belum tanya lagi Ma.. malam tadi Am memang ada call dia, tapi tak sampai hati pulak nak tanya, suara macam orang penat aje Am dengar, nanti-nanti aje sehari dua lagi Am tanyakan dia” penjelasannya padat, mata memandang cawan kopi hitam pekat yang mengeluarkan asap nipis. Rasanya jika kopi itu sepahit hembepupun tidak dirasanya, kerana dia sudah hilang deria rasa, sudah jadi hambar. Jarinya perlahan mengangkat cawan ke bibir dan menghirup perlahan cecair hitam pekat itu. Di hirup sedegup dua dan diletakkannya semula cawan di piring di hadapanya. Roti bakar yang tersusun di rak roti dicapai dan disapu jem. Pagi ini tidak ada nasi lemak bersambal sotongkah? Atau Mak Ara sudah jemu memasak nasi lemak sambal sotong?
“Emmm.. jangan lama sangat tunggu, Ma memang suka idea tu, cepat Ma dapat menantu, dah 33 tahun Ma tunggu ni, Am faham kan?” Puan Fatihah bersuara dengan nada agak kecewa  sebaik sahaja mendengar penjelasan anak lelakinya.
“Awak ni pun, walau apa pun buat-buatlah bersabar sikit…” Encik Mokthar meminta isterinya bersabar.
Aqram segera menghabiskan kopi dan gigitan roti bakar bersapu jem, dua kali gigitan sudah selesai, mahu cepat meninggalkan meja makan. Mahu segera meninggalkan kedua orang tuanya sebelum entah apa lagi soalan mengenai dia dan Hani akan timbul. Dari itu dia mengambil tindakan untuk beredar segera.
“Hemm…Am nak pergi dah ni..” Sebenarnya dia juga ingin melarikan diri dari persoalan nikah gantung itu dari berbangkit lagi.
Tangan mencapai brief case yang elok terletak di atas sofa di ruang tamu.  Tali leher diperkemaskan, berjalan pantas menuju ke pintu depan tanpa menoleh. Aqram mengetahui dua pasang mata sedang memerhati pergerakannya. Tidak lama kemudian deruman engin  kedengaran meninggalkan bungalow.  Dari berbunyi kuat sehingga perlahan dan terus hilang dari pendengaran. Selamat juga dia hari ini, esok bagaimana pula nasibnya.
Puan Fatihah dan Encik Mansor hanya mampu melihat anaknya yang beredar dengan cepat, mengerti gamaknya, mengetahui anaknya ingin lari dari tajuk perbualan dan pertanyaan. Dimana tajuk perbualan dan pertanyaan itu tertumpu total kepadanya. Sedangkan tidak mahu memanjangkan bicara, kerana dia tidak ada jawapan kepada soalan utama yang dibangkitkan.

***

“Makcik, saya nak minta kebenaran bawa Hani keluar ke pekan, boleh?” Aqram memohon kebenaran daripada ibu membawa Hani keluar setelah lebih sejam berbual di beranda. Lepas satu tajuk kepada satu tajuk sehingga sudah kehabisan tajuk.
Hendak kemana lagi hujung-hujung minggu begini kalau tidak menjenguk tunang tersayang yang sangat-sangat dirinduinya. Seminggu hanya sekadar mendengar suara sahaja tanpa dapat melihat wajah. Selalu juga face time, tetapi tidak sama dengan berhadapan sendiri dengan tuan badan, lain rasanya.
Bangun pagi terus menderum laju menuju ke rumah Hani. Akibatnya jam 9 pagi sudah tercongok di halaman rumah. Entah jam berapa dia keluar dari rumah, silap-silap sembahyang subuh di R&R highway. Pemanduan 3 jam rasa begitu jauh sekali, lambat sungguh rasanya hendak menyampai di depan tangga rumah perempuan yang amat dia sayang.
“Mak cik tak ada masalah, kena tanya Hani, dia nak keluar juga ke?”Hanya senyuman yang dapat di beri oleh Hani.
“Hah… jaga diri baik-baik” ringkas sahaja pesanan ibu.
Bingkas kedua-duanya bangun.
“Hani pergi dulu ibu..” Hani tidak perlu menukar pakaian, kerana pakaian yang dipakainya hari ini sudah cukup menarik. Ibu hanya memerhati kereta Aqram meninggalkan halaman menuju keluar pagar.

****

Pasir dikuis perlahan oleh 2 pasang kaki yang sudah menyingsing seluar panjang masing-masing hampir ke paras lutut. Hani dan Aqram berkaki ayam, kasut mereka diletak di tepi tembok. Pemandangan ke arah laut Selat Melaka, saujana mata memandang, dengan desiran ombak yang perlahan kerana air sedang surut.  Nun jauh nampak air berkejar. Angin sepoi-sepoi bahasa acap kali singgah ke muka Hani dan Aqram. Cuaca bagus sekali hari ini, cuma sedikit bahang sang mentari yang agak merimaskan, walaupun mereka berada di bawah teduhan pohon-pohon ru yang tegak tersusun rapi. Indah sungguh hari ini seindah cinta mereka yang sedang berputik. Aqram merasa bahagia bila berada di samping Hani. Tidak sia-sia dia memandu selama 3 jam, pagi ini semata-mata untuk bersama perempuan yang dia sayang.
Entah apa yang lainnya yang membuat dia begitu terpikat dengan perempuan ini. Begitu ramai gadis yang pernah mencuba-cuba mencuri hatinya namun perempuan yang berstatus janda juga yang dicarinya. Sudahlah pertemuan nun jauh di Cape Town. Semuua kerana, perempuan ini sahaja yang mampu membuat dengupan jantungnya berlari deras setiap kali bertemu dan perempuan ini juga mampu membuat dia tidur tak lena.
Pesanan Mama  masih disimpan, tidak tahu bilalah agaknya waktu yang terbaik untuk dluahkan keluar. Bimbang akan merosakkan hari yang sekarang begini indah dirasa. Nafas dihela panjang. Runsing memikirkan apakah perkataan yang pertama harus dikeluarkan dari mulutnya. Agar Hani faham, dia tidak terburu-buru tetapi berniat baik.
“Kenapa mengeluh, ada apa-apa yang sedang difikirkan atau ada apa-apa yang boleh kita kongsi?” menyedari Aqram nampak seperti menyembunyikan sesuatu dari Hani.
“Saya rasa serba salah sebenarnya nak beritahu…”kata Aqram, lembut
“Apa dia.. is it about me..?” hendak jugak Hani tahu, Hani cuba mengorek masalah yang terbuku, manalah tahu dia boleh membantu.
Yes, it is about you  ...and me..it’s about us” kata Aqram.
If it is concerning me, then.. tell me..” menunggu dengan sabar apakah masalahnya.
“Emm…” Aqram teragak-agak untuk memberi tahu, seperti ada emas didalam mulutnya, namun terpaksa diluahnya.
“Hari tu.. dalam kereta masa balik KL, mama dan papa ada satu cadangan, cadangan ya.. bukannya apa! Cadangannya, kalau kita  nikah gantung dulu, bagus jugak, at least Am boleh teman Hani balik Cape Town nanti.?”
What?” Hani bingkas bangun berdiri dengan nada yang agak tinggi kerana terkejut dengan apa yang di katakan Aqram tadi. Satu cadangan, katanya,  tapi cadangan itu memang cadangan luar alam!.
Merah padam mukanya memandang Aqram yang kelihatan serba salah. Pergelangan tangan Hani digapai dan meminta Hani duduk semula.
“Hani, please sit down, lets we discuss this, malu orng pandang tu…” Hani akur dan duduk semula memandangkan perbuatannya diperhatikan oleh beberapa pengunjung yang lalu lalang. Pasti disangkanya sepasang suami isteri yang sedang perang dingin.
“I actually agree with the proposal, but I need your consent to make it happen, isnt it? Am tahu, benda ni macam terburu-buru, sayang perlu masa to go to the next step.. but benda yang baik, hendak membina masjid, why not di cepatkan...” lembut dan teratur Aqram membuka bicara.
“Kalau sayang masih ragu-ragu dengan Am, Am dah tak tahu lagi nak menyakinkan sayang,  from the beginning Am dah beritahu yang Am sudah jumpa apa yang Am cari selama ini…please sayang kita bincang elok-elok okey?” bernada lembut dan sabar membutirkan kata-kata di sebelah Hani yang sudah duduk semula tetapi dengan muka masam mencuka.
Hani menarik nafasnya seperti tidak cukup oxygen, hanya mendiamkan diri, mungkin mencari kata-kata sesuai agar tidak menyinggung perasaan tunangnya. Di dalam hati Aqram memang sudah bertapak kukuh, cuma Hani perlu berhati-hati dengan setiap tindakan yang diambilnya. bukan hendak hentam kromo sahaja. Dia adalah masa depannya. Oleh itu Hani mengambil sikap berdiam diri, bukan hilang segala kata-kata, tetapi berhati-hati. Buat masa ini dia relakan dirinya hanya sebagai pendengar.
“Apa Ma dan Pa cakap tu betul jugak kalau di fikirkan, mereka kata, why not kita nikah gantung, at least Am boleh bantu sayang kemas barang di Cape Town atau selesaikan apa-apa hal disana? Taklah semua sayang kena handle sendiri, niat mereka baik sebenarnya” Aqram mengulangi apa yang dikatakannya, tetapi sebab yang sebenarnya, dia sudah tidak boleh berpisah dengan Hani, fullstop.
Pandangan Hani kearah pantai yang tadi indah kini menjadi hambar.
“Jom kita balik..” terus berdiri dan mengibas-kibaskan baju dan penepuk-nepuk seluar jeansnya untuk membuang pasir yang masih melekat di seluar, di punggung mahupun pun di kaki seluar.
“Sayang marah Am ya!, marahlah..Am terima, sebab Hani ada hak untuk marah, marah dengan Am yang tak sudah-sudah meminta yang bukan-bukan..” kendur sahaja nada suaranya. Dia ingin menyiram air ke arah api yang sudah menyala, agar sejuk sedikit hati Hani yang sedang mengelegak menahan marah sekarang ini.
Kasut yang berada disisi dicapainya, bangun meninggalkan Aqram terkial-kial mengikutnya di belakang. Masih mendidih marah dengan rancangan yang pandai-pandai oleh Aqram. Sedangkan sebenarnya idea dari Puan Fatihah, Aqram yang kena bahangnya.
“Hani wait, please don’t  do this, benda yang kita boleh bincang kita bincang baik-baik, jangan jadikan masalah besar pulak okey..if you don’t like the idea just say so..,bukannya susah..” menghalang Hani dari terus meninggalkannya, tetapi Hani masih meneruskan langkahnya laju menuju ke kereta.
Entah mengapa laju sangat hendak sampai ke kereta, sedangkan bukan dia boleh masuk, kunci kereta ada di tangan Aqram.
Di dalam kereta kedua-duanya hanya mendiamkan diri. Senyap, bagaikan pasangan bisu. Permintaan Aqram tadi memang mengejutkan Hani, kenapa semua ini berlaku seperti tergesa-gesa. Baru seminggu mereka bertunang, dan sekarang usul bernikah gantung pula timbul.

Ibu melihat Hani berjalan deras masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Aqram jauh dibelakang.
 “Hai cepat dah balik, kamu pergi jalan-jalan mana tadi… tu lah ibu dah agak di Melaka ni mana lah nak pergi sangat, lainlah di KL tu banyak tempat boleh pergi..” ibu dengan sifat peramahnya seperti biasa tanpa mengetahui gunung berapi sudah meletup.
Hani tanpa berkata apa terus menghenyakkan punggungnya di sofa.
“Aqram, kenapa dengan Hani tu… berangin aje ibu nampak? Kau orang bergaduh ke.?.” ibu cuba menyelidik apabila melihat reaksi Hani yang semacam sahaja.
Namun sempat pula Hani memerhatikan kemesraan ibunya dengan Aqram yang sudah mengambil tempat selang satu sofa darinya.
“Tak gaduhpun bu.. cuma  tadi saya beritahu Hani yang mama suruh saya  tanya Hani kalau dia setuju buat nikah gantung sebelum Hani balik Cape Town, boleh saya ikut dia uruskan apa yang patut.” Aqram memecahkan tembelang punca kemarahan Hani.
Pandangan Hani tajam kearah Aqram yang nampak relax menyampaikan apa yang sebenarnya.
“Hemmmm.. pasal nikah gantung…ingatkan gaduh pasal apa tadi, bawak-bawaklah berbincang, ibu serahkan pada kau orang berdua buat keputusan, kau orang yang nak kahwin…kami ini setuju aje mana yang baik, ya tak abah” menyedari Pak Tajuddin juga sudah melabuhkan punggungnya di sofa setelah mengetahui kepulangan Aqram dan Hani.
“Hani jangan macam ni, buat-buat berbincang” abah mengulangi kata-kata ibu.
Aqram malas menambah lebih-lebih dikuatiri gunung berapi bukan setakat meletup, malah bergegar, lagi parah!!
“Ha..tadi abah pergi rumah Pak Ngah Sidin, tu yang tak sempat jumpa Aqram masa sampai tadi…Aqram sihat?” menceritakan kenapa abah tidak Aqram lihat sewaktu sampainya tadi, dan juga bertujuan mengubah topik yang kira hangat bagi Hani.
“Aqram suka berkebun, mari ikut abah ke belakang, tengok kebun abah…” merasa bangga ingin menunjukkan kebun sekakang keranya kepada bakal menantu.
Aqram mengangguk “Boleh juga …” lagi pun apa yang hendak ditunggunya di situ, jika wajah Hani yang masam mencuka yang akan dihadapnya. Biarkan dia sendirian seketika, kejap lagi sejuklah hatinya tu.
Ibu mengambil tempat di sebelah Hani yang masih mendiamkan diri.
“Betul jugak cadangan Aqram tu Hani, ibu rasa senang hati kalau Hani nanti balik sana ada orang  teman, tapi apa-apapun Hani fikirlah baik-baik...semua keputusan terletak ditangan Hani, ibu  beri pendapat aje” ibu juga bangun meninggalkan Hani, memberi ruang untuk dia berfikir sebaik yang mungkin. 
Dalam mendiamkan diri Hani memikirkan ada kebenaran tentang apa yang dikatakan Aqram tadi, ditambah pula dengan pengakuan sayu ibunya. Tetapi Hani merasakan kenapa mesti semua dibuat tergesa-gesa. Sedangkan mereka baru bertunang seminggu yang lalu, kini usul nikah gantung pula timbul… pening..pening..

Laungan azan dari masjid  sudah 15 minit berlalu.
Muncul Aqram dengan manik-manik peluh di dahi. Rambut yang tidak tentu hala dilurutnya dengan kedua belah tangan kebelakang, seluar sudah disingsing sama seperti semasa di pantai tadi. Hani tersenyum melihat tunangnya. Seperti orang baru pulang dari bendang sahaja lagaknya. Keadaan Aqram yang tidak terurus membuat Hani hendak ketawa. Orang bandar hendak berkebun, memang rupa lain macam.
 “Senanglah Am nanti,  tak perlu berjoging, berkebun dengan abah pun dah cukup exercise” sambil mencungap-cungap.  Hani sudah boleh tersenyum, sudah redalah api kemarahannya.
Hani menghulur beberapa helai kertas tissue,  Aqram mencapainya dan mengelap peluh di muka, dahi dan leher sehingga kering. Masih berdiri di sisi Hani.
“Sayang marah lagi ke..” sambil mengambil tempat di sisi Hani yang baru sahaja melabuhkan diri di sofa selepas selesai bersolat asar.
“Am nak bersolat ke…” Hani bertanya sambil tersenyum dibuat-buat .
Dah sejuk hatinya rupanya dia, alhamdullillah. Hanya anggukan kepala yang diterima. Tanpa banyak bicara menuju ke bilik air untuk beruduk.
“Mari minum..” terdengar suara ibu dari dapur memanggil semua yang ada untuk minum petang. Nampak wajah ceria abah dan mak, wajah Aqram tersayang lagi lah…lagi tambah handsome pada pandangan mata Hani. Aqram pandai melayan orang tuanya, dalam hal-hal begini sifat matangnya terserlah, memang terpuji asuhan Puan Fatihah kepada anak-anaknya. Lupa dengan perasaan marahnya tadi. Wajah Khasif hilang berlahan-lahan yang kini di ganti dengan wajah cik abang yang di depannya sekarang yang sedang sebok bercerita entah apa-apa kepada ibu dan abah. Kusyuk benar mereka mendengar, Hani hanya mendiamkan diri.
Nak buat macammana dah sayang.  Kesihan pulak rasanya Hani memperlakukan sedemikian tadi. Jawapan  perlu di berikan, tapi kemudianlah.  Biar dia gelabah tunggu, kalau betul-betul dia sayang, dia kena tunggu. Hani hendak menduga sejauh mana kesabarannya. Tapi takut juga Hani kalau perbuatannya ni terlalu .. isyh… betul ke  apa aku buat ni.. nak tunggu apa lagi pun..orang yang sudah pergi tak usah di kenang, yang hidup ini yang perlu meneruskan kehidupan.. Akhirnya dia tersedar, apa yang di lakukannya selama ini tidak mendatangkan apa-apa hasil.
Setuju atau tidak setuju, setuju atau tidak setuju.setuju atau tidak setuju…. soalan yang bertalu-talu di fikirannya sekarang…datang berulang-ulang dikepalanya, tetapi sebenarnya jawapan sudah berat kepada Setuju.



3 comments:

sufi_jamal said...

ialah umur dah tua tu yg tak sbar2 emak ayah yg tuan badan, trima ajalah.

Anonymous said...

better kawin dulu ... kang kat sana amjad ngurat habis2an melepas si aqram .... hehehe

Rose Ezadora said...

Mengembirakan hari orang tua kan dapat pahala. Kalau dah heret ke sana ke sini, baik aje kahwin, nanti jadi yang tidak diingini lagi susah. Kita tunggu pula apa yang jadi next. Entry mendatang, happy moment aje. cerita sedih belum muncul lagi..teaser aje dulu. Nak tahu kena baca.