Bab 39
“Nah..“ puan Fatihah menghulur naskah surat khabar
yang baru diambilnya dari Megat, sipemandu. Encik Mansor terus menyelak sehelai
demi sehelai naskah tersebut. Makin lama makin tidak ada berita, patutlah makin
lama surat khabar makin kecil. Maklumlah ramai sudah membaca berita didalam
komputer sahaja, jimat kertas, paperless. Hendak menjaga alam sekitar konon. Sumbangan Go Green, cuba mengurangkan penebangan pokok untuk dijadikan kertas. Jika tahu hendak menjaga alam sekitar, tetapi masih lagi tidak mengamalkan kitar semula, sama sahaja jawabnya.
“Am dah tanya Hani, hal nikah gantung tu..” tanya Puan Fatehah, mata mencerlung kearah sianak.
Encik Mokhtar memandang Aqram yang nampak gelisah dengan soalan mama. Gelisah
kerana tidak ada jawapan kepada soalan mamanya. Bagaimana dia hendak mendapat
jawapan, sedangkan soalanpun belum di kemukakan. Kenapa
mama tidak menyoal kesah Go Green ah! Kan lebih global dan interesting?
Aqram terdiam, tidak tahu apakah jawapan yang harus
diberikan kepada mamanya, otaknya berfikir ligat, mencari-cari jawapan yang
agak munasabah agar tidak menghancurkan hati mamanya. Tetapi kunci utama, dia
kena bercakap jujur, iaitu dia belum lagi bertanyakan Hani mengenai usul yang
dibangkitkan. Yang mamapun satu, pagi-pagi sudah memutuskan selera Aqram.
“Hemm..” Aqram teragak-agak untuk membutirkan kata.
“Belum tanya lagi Ma.. malam tadi Am memang ada call
dia, tapi tak sampai hati pulak nak tanya, suara macam orang penat aje Am
dengar, nanti-nanti aje sehari dua lagi Am tanyakan dia” penjelasannya padat,
mata memandang cawan kopi hitam pekat yang mengeluarkan asap nipis. Rasanya
jika kopi itu sepahit hembepupun tidak dirasanya, kerana dia sudah hilang deria
rasa, sudah jadi hambar. Jarinya perlahan mengangkat cawan ke bibir dan
menghirup perlahan cecair hitam pekat itu. Di hirup sedegup dua dan
diletakkannya semula cawan di piring di hadapanya. Roti bakar yang tersusun di
rak roti dicapai dan disapu jem. Pagi ini tidak ada nasi lemak bersambal sotongkah?
Atau Mak Ara sudah jemu memasak nasi lemak sambal sotong?
“Emmm.. jangan lama sangat tunggu, Ma memang suka idea
tu, cepat Ma dapat menantu, dah 33 tahun Ma tunggu ni, Am faham kan?” Puan
Fatihah bersuara dengan nada agak kecewa
sebaik sahaja mendengar penjelasan anak lelakinya.
“Awak ni pun, walau apa pun buat-buatlah bersabar
sikit…” Encik Mokthar meminta isterinya bersabar.
Aqram segera menghabiskan kopi dan gigitan roti bakar
bersapu jem, dua kali gigitan sudah selesai, mahu cepat meninggalkan meja
makan. Mahu segera meninggalkan kedua orang tuanya sebelum entah apa lagi
soalan mengenai dia dan Hani akan timbul. Dari itu dia mengambil tindakan untuk beredar segera.
“Hemm…Am nak pergi dah ni..” Sebenarnya dia juga ingin
melarikan diri dari persoalan nikah gantung itu dari berbangkit lagi.
Tangan mencapai brief case yang elok terletak di atas
sofa di ruang tamu. Tali leher
diperkemaskan, berjalan pantas menuju ke pintu depan tanpa menoleh. Aqram
mengetahui dua pasang mata sedang memerhati pergerakannya. Tidak lama kemudian
deruman engin kedengaran meninggalkan
bungalow. Dari berbunyi kuat sehingga
perlahan dan terus hilang dari pendengaran. Selamat juga dia hari ini, esok
bagaimana pula nasibnya.
Puan Fatihah dan Encik Mansor hanya mampu melihat
anaknya yang beredar dengan cepat, mengerti gamaknya, mengetahui anaknya ingin
lari dari tajuk perbualan dan pertanyaan. Dimana tajuk perbualan dan pertanyaan
itu tertumpu total kepadanya. Sedangkan tidak mahu memanjangkan bicara, kerana
dia tidak ada jawapan kepada soalan utama yang dibangkitkan.
***
“Makcik, saya nak minta kebenaran bawa Hani keluar ke
pekan, boleh?” Aqram memohon kebenaran daripada ibu membawa Hani keluar setelah
lebih sejam berbual di beranda. Lepas satu tajuk kepada satu tajuk sehingga
sudah kehabisan tajuk.
Hendak kemana lagi hujung-hujung minggu begini kalau
tidak menjenguk tunang tersayang yang sangat-sangat dirinduinya. Seminggu hanya
sekadar mendengar suara sahaja tanpa dapat melihat wajah. Selalu juga face
time, tetapi tidak sama dengan berhadapan sendiri dengan tuan badan, lain
rasanya.
Bangun pagi terus menderum laju menuju ke rumah Hani.
Akibatnya jam 9 pagi sudah tercongok di halaman rumah. Entah jam berapa dia
keluar dari rumah, silap-silap sembahyang subuh di R&R highway. Pemanduan 3
jam rasa begitu jauh sekali, lambat sungguh rasanya hendak menyampai di depan
tangga rumah perempuan yang amat dia sayang.
“Mak cik tak ada masalah, kena tanya Hani, dia nak
keluar juga ke?”Hanya senyuman yang dapat di beri oleh Hani.
“Hah… jaga diri baik-baik” ringkas sahaja pesanan ibu.
Bingkas kedua-duanya bangun.
“Hani pergi dulu ibu..” Hani tidak perlu menukar
pakaian, kerana pakaian yang dipakainya hari ini sudah cukup menarik. Ibu hanya
memerhati kereta Aqram meninggalkan halaman menuju keluar pagar.
****
Pasir dikuis perlahan oleh 2 pasang kaki yang sudah
menyingsing seluar panjang masing-masing hampir ke paras lutut. Hani dan Aqram
berkaki ayam, kasut mereka diletak di tepi tembok. Pemandangan ke arah laut
Selat Melaka, saujana mata memandang, dengan desiran ombak yang perlahan kerana
air sedang surut. Nun jauh nampak air
berkejar. Angin sepoi-sepoi bahasa acap kali singgah ke muka Hani dan Aqram.
Cuaca bagus sekali hari ini, cuma sedikit bahang sang mentari yang agak
merimaskan, walaupun mereka berada di bawah teduhan pohon-pohon ru yang tegak tersusun
rapi. Indah sungguh
hari ini seindah cinta mereka yang sedang berputik. Aqram merasa bahagia bila
berada di samping Hani. Tidak sia-sia dia memandu selama 3 jam, pagi ini
semata-mata untuk bersama perempuan yang dia sayang.
Entah apa yang lainnya yang membuat dia begitu
terpikat dengan perempuan ini. Begitu ramai gadis yang pernah mencuba-cuba
mencuri hatinya namun perempuan yang berstatus janda juga yang dicarinya.
Sudahlah pertemuan nun jauh di Cape Town. Semuua kerana, perempuan ini sahaja
yang mampu membuat dengupan jantungnya berlari deras setiap kali bertemu dan
perempuan ini juga mampu membuat dia tidur tak lena.
Pesanan Mama
masih disimpan, tidak tahu bilalah agaknya waktu yang terbaik untuk
dluahkan keluar. Bimbang akan merosakkan hari yang sekarang begini indah
dirasa. Nafas dihela panjang. Runsing memikirkan apakah perkataan yang pertama
harus dikeluarkan dari mulutnya. Agar Hani faham, dia tidak terburu-buru tetapi
berniat baik.
“Kenapa mengeluh, ada apa-apa yang sedang difikirkan atau
ada apa-apa yang boleh kita kongsi?” menyedari Aqram nampak seperti
menyembunyikan sesuatu dari Hani.
“Saya rasa serba salah sebenarnya nak beritahu…”kata
Aqram, lembut
“Apa dia.. is it about me..?” hendak jugak Hani tahu, Hani
cuba mengorek masalah yang terbuku, manalah tahu dia boleh membantu.
“Yes, it is
about you ...and me..it’s about us”
kata Aqram.
“If it is
concerning me, then.. tell me..” menunggu dengan sabar apakah masalahnya.
“Emm…” Aqram teragak-agak untuk memberi tahu, seperti
ada emas didalam mulutnya, namun terpaksa diluahnya.
“Hari tu.. dalam kereta masa balik KL, mama dan papa
ada satu cadangan, cadangan ya.. bukannya apa! Cadangannya, kalau kita nikah gantung dulu, bagus jugak, at least Am
boleh teman Hani balik Cape Town nanti.?”
“What?” Hani
bingkas bangun berdiri dengan nada yang agak tinggi kerana terkejut dengan apa
yang di katakan Aqram tadi. Satu cadangan, katanya, tapi cadangan itu memang cadangan luar alam!.
Merah padam mukanya memandang Aqram yang kelihatan
serba salah. Pergelangan tangan Hani digapai dan meminta Hani duduk semula.
“Hani, please sit down, lets we discuss this, malu
orng pandang tu…” Hani akur dan duduk semula memandangkan perbuatannya
diperhatikan oleh beberapa pengunjung yang lalu lalang. Pasti disangkanya
sepasang suami isteri yang sedang perang dingin.
“I actually
agree with the proposal, but I need your consent to make it happen, isnt it? Am tahu, benda ni macam terburu-buru, sayang perlu
masa to go to the next step.. but benda yang baik, hendak membina masjid, why
not di cepatkan...” lembut dan teratur Aqram membuka bicara.
“Kalau sayang masih ragu-ragu dengan Am, Am dah tak
tahu lagi nak menyakinkan sayang, from
the beginning Am dah beritahu yang Am sudah jumpa apa yang Am cari selama
ini…please sayang kita bincang elok-elok okey?” bernada lembut dan sabar
membutirkan kata-kata di sebelah Hani yang sudah duduk semula tetapi dengan
muka masam mencuka.
Hani menarik nafasnya seperti tidak cukup oxygen,
hanya mendiamkan diri, mungkin mencari kata-kata sesuai agar tidak menyinggung
perasaan tunangnya. Di dalam hati Aqram memang sudah bertapak kukuh, cuma Hani
perlu berhati-hati dengan setiap tindakan yang diambilnya. bukan hendak hentam
kromo sahaja. Dia adalah
masa depannya. Oleh itu Hani mengambil sikap berdiam diri, bukan hilang segala
kata-kata, tetapi berhati-hati. Buat masa ini dia relakan dirinya hanya sebagai
pendengar.
“Apa Ma dan Pa cakap tu betul jugak kalau di fikirkan,
mereka kata, why not kita nikah gantung, at least Am boleh bantu sayang kemas
barang di Cape Town atau selesaikan apa-apa hal disana? Taklah semua sayang
kena handle sendiri, niat mereka baik sebenarnya” Aqram mengulangi apa yang
dikatakannya, tetapi sebab yang sebenarnya, dia sudah tidak boleh berpisah
dengan Hani, fullstop.
Pandangan Hani kearah pantai yang tadi indah kini
menjadi hambar.
“Jom kita balik..” terus berdiri dan mengibas-kibaskan
baju dan penepuk-nepuk seluar jeansnya untuk membuang pasir yang masih melekat
di seluar, di punggung mahupun pun di kaki seluar.
“Sayang marah Am ya!, marahlah..Am terima, sebab Hani
ada hak untuk marah, marah dengan Am yang tak sudah-sudah meminta yang
bukan-bukan..” kendur sahaja nada suaranya. Dia ingin menyiram air ke arah api
yang sudah menyala, agar sejuk sedikit hati Hani yang sedang mengelegak menahan
marah sekarang ini.
Kasut yang berada disisi dicapainya, bangun
meninggalkan Aqram terkial-kial mengikutnya di belakang. Masih mendidih marah
dengan rancangan yang pandai-pandai oleh Aqram. Sedangkan sebenarnya idea dari Puan
Fatihah, Aqram yang kena bahangnya.
“Hani wait, please don’t do this, benda yang kita boleh bincang kita
bincang baik-baik, jangan jadikan masalah besar pulak okey..if you don’t like
the idea just say so..,bukannya susah..” menghalang Hani dari terus meninggalkannya, tetapi
Hani masih meneruskan langkahnya laju menuju ke kereta.
Entah mengapa laju sangat hendak sampai ke kereta,
sedangkan bukan dia boleh masuk, kunci kereta ada di tangan Aqram.
Di dalam kereta kedua-duanya hanya mendiamkan diri. Senyap,
bagaikan pasangan bisu. Permintaan Aqram tadi memang mengejutkan Hani, kenapa
semua ini berlaku seperti tergesa-gesa. Baru seminggu mereka bertunang, dan
sekarang usul bernikah gantung pula timbul.
Ibu melihat Hani berjalan deras masuk ke dalam rumah
dan meninggalkan Aqram jauh dibelakang.
“Hai cepat dah
balik, kamu pergi jalan-jalan mana tadi… tu lah ibu dah agak di Melaka ni mana
lah nak pergi sangat, lainlah di KL tu banyak tempat boleh pergi..” ibu dengan
sifat peramahnya seperti biasa tanpa mengetahui gunung berapi sudah meletup.
Hani tanpa berkata apa terus menghenyakkan punggungnya
di sofa.
“Aqram, kenapa dengan Hani tu… berangin aje ibu
nampak? Kau orang bergaduh ke.?.” ibu cuba menyelidik apabila melihat reaksi
Hani yang semacam sahaja.
Namun sempat pula Hani memerhatikan kemesraan ibunya
dengan Aqram yang sudah mengambil tempat selang satu sofa darinya.
“Tak gaduhpun bu.. cuma tadi saya beritahu Hani yang mama suruh
saya tanya Hani kalau dia setuju buat
nikah gantung sebelum Hani balik Cape Town, boleh saya ikut dia uruskan apa
yang patut.” Aqram memecahkan tembelang punca kemarahan Hani.
Pandangan Hani tajam kearah Aqram yang nampak relax
menyampaikan apa yang sebenarnya.
“Hemmmm.. pasal nikah gantung…ingatkan gaduh pasal apa
tadi, bawak-bawaklah berbincang, ibu serahkan pada kau orang berdua buat
keputusan, kau orang yang nak kahwin…kami ini setuju aje mana yang baik, ya tak
abah” menyedari Pak Tajuddin juga sudah melabuhkan punggungnya di sofa setelah
mengetahui kepulangan Aqram dan Hani.
“Hani jangan macam ni, buat-buat berbincang” abah
mengulangi kata-kata ibu.
Aqram malas menambah lebih-lebih dikuatiri gunung
berapi bukan setakat meletup, malah bergegar, lagi parah!!
“Ha..tadi abah pergi rumah Pak Ngah Sidin, tu yang tak
sempat jumpa Aqram masa sampai tadi…Aqram sihat?” menceritakan kenapa abah
tidak Aqram lihat sewaktu sampainya tadi, dan juga bertujuan mengubah topik
yang kira hangat bagi Hani.
“Aqram suka berkebun, mari ikut abah ke belakang,
tengok kebun abah…” merasa bangga ingin menunjukkan kebun sekakang keranya
kepada bakal menantu.
Aqram mengangguk “Boleh juga …” lagi pun apa yang
hendak ditunggunya di situ, jika wajah Hani yang masam mencuka yang akan
dihadapnya. Biarkan dia sendirian seketika, kejap lagi sejuklah hatinya tu.
Ibu mengambil tempat di sebelah Hani yang masih
mendiamkan diri.
“Betul jugak cadangan Aqram tu Hani, ibu rasa senang
hati kalau Hani nanti balik sana ada orang
teman, tapi apa-apapun Hani fikirlah baik-baik...semua keputusan
terletak ditangan Hani, ibu beri
pendapat aje” ibu juga bangun meninggalkan Hani, memberi ruang untuk dia berfikir
sebaik yang mungkin.
Dalam mendiamkan diri Hani memikirkan ada kebenaran
tentang apa yang dikatakan Aqram tadi, ditambah pula dengan pengakuan sayu
ibunya. Tetapi Hani merasakan kenapa mesti semua dibuat tergesa-gesa. Sedangkan
mereka baru bertunang seminggu yang lalu, kini usul nikah gantung pula timbul…
pening..pening..
Laungan azan dari masjid sudah 15 minit berlalu.
Muncul Aqram dengan manik-manik peluh di dahi. Rambut
yang tidak tentu hala dilurutnya dengan kedua belah tangan kebelakang, seluar
sudah disingsing sama seperti semasa di pantai tadi. Hani tersenyum melihat
tunangnya. Seperti orang baru pulang dari bendang sahaja lagaknya. Keadaan
Aqram yang tidak terurus membuat Hani hendak ketawa. Orang bandar hendak
berkebun, memang rupa lain macam.
“Senanglah Am
nanti, tak perlu berjoging, berkebun
dengan abah pun dah cukup exercise” sambil mencungap-cungap. Hani sudah boleh tersenyum, sudah redalah api
kemarahannya.
Hani menghulur beberapa helai kertas tissue, Aqram mencapainya dan mengelap peluh di muka,
dahi dan leher sehingga kering. Masih berdiri di sisi Hani.
“Sayang marah lagi ke..” sambil mengambil tempat di
sisi Hani yang baru sahaja melabuhkan diri di sofa selepas selesai bersolat
asar.
“Am nak bersolat ke…” Hani bertanya sambil tersenyum
dibuat-buat .
Dah sejuk hatinya rupanya dia, alhamdullillah. Hanya
anggukan kepala yang diterima. Tanpa banyak bicara menuju ke bilik air untuk
beruduk.
“Mari minum..” terdengar suara ibu dari dapur
memanggil semua yang ada untuk minum petang. Nampak wajah ceria abah dan mak, wajah Aqram tersayang lagi lah…lagi
tambah handsome pada pandangan mata Hani. Aqram pandai melayan orang tuanya,
dalam hal-hal begini sifat matangnya terserlah, memang terpuji asuhan Puan
Fatihah kepada anak-anaknya. Lupa dengan perasaan marahnya tadi. Wajah Khasif
hilang berlahan-lahan yang kini di ganti dengan wajah cik abang yang di
depannya sekarang yang sedang sebok bercerita entah apa-apa kepada ibu dan
abah. Kusyuk benar
mereka mendengar, Hani hanya mendiamkan diri.
Nak buat macammana dah sayang. Kesihan pulak rasanya Hani memperlakukan
sedemikian tadi. Jawapan perlu di
berikan, tapi kemudianlah. Biar dia
gelabah tunggu, kalau betul-betul dia sayang, dia kena tunggu. Hani hendak
menduga sejauh mana kesabarannya. Tapi takut juga Hani kalau perbuatannya ni
terlalu .. isyh… betul ke apa aku buat
ni.. nak tunggu apa lagi pun..orang yang sudah pergi tak usah di kenang, yang
hidup ini yang perlu meneruskan kehidupan.. Akhirnya
dia tersedar, apa yang di lakukannya selama ini tidak mendatangkan apa-apa
hasil.
Setuju atau tidak setuju, setuju atau tidak
setuju.setuju atau tidak setuju…. soalan yang bertalu-talu di fikirannya
sekarang…datang berulang-ulang dikepalanya, tetapi sebenarnya jawapan sudah
berat kepada Setuju.
3 comments:
ialah umur dah tua tu yg tak sbar2 emak ayah yg tuan badan, trima ajalah.
better kawin dulu ... kang kat sana amjad ngurat habis2an melepas si aqram .... hehehe
Mengembirakan hari orang tua kan dapat pahala. Kalau dah heret ke sana ke sini, baik aje kahwin, nanti jadi yang tidak diingini lagi susah. Kita tunggu pula apa yang jadi next. Entry mendatang, happy moment aje. cerita sedih belum muncul lagi..teaser aje dulu. Nak tahu kena baca.
Post a Comment