Tuesday 20 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 38

Tak sangka pula cerita ni panjang meleret.. jauh lagi nak ending ni.. dah jadi soap opera Days of our Lives.. bersabar ajelah ya pembaca. Bear with me a little bit longer!!


BAB 38

Dua hari sudah berlalu, Hani masih tidak menghubungi Aqram dengan  jawapannya. Aqram juga tidak menghubunginya, mungkin ingin memberi ruang untuk dia berfikir semahunya.  Selesai menunai solat Isyak, Hani berbaring di atas katil sambil pandangan memandang ke syiling. Dia sudah buntu memikirkan sama ada menerima lamaran Aqram atau tidak. Jika menerima lamaran, adakah diri ini akan bahagia, tiada lagi bayangan masa silam. Satu ketika dulu Hani juga pernah curiga dengan Khasif kerana takut pilihannya salah hanya kerana Khasif berlainan bangsa, dan dia terpaksa  berpisah dengan keluarga dengan mengikutnya pulang ke Afrika Selatan. Tetapi telah terbukti telahannya salah, malah Khasif dapat membahagiakannya, walaupun tidak lama.

Kali ini pilihannya jauh berbeza, lelaki yang sebangsa, malah duduk di tanah air sendiri. Tidak perlu pergi jauh. Apa lagi yang menjadi masalahnya?
Perbincangannya bersama kedua-dua ibu bapanya petang tadi memihak kepada Aqram. Kedua ibu bapanya bersetuju sekiranya Hani menerima sahaja lamaran itu. Aqram nampak beriya-iya hendak menjadi sebahagian dari keluarga Pak Tajuddin, tambahan pula tentu hati orang tua itu gembira, jika Hani berkahwin dengan Aqram kerana Hani tidak perlu kembali ke Cape Town lagi. Faktor ini yang menjadi faktor tunjung, Aqram menjadi pilihan mereka.
Hani juga telah memaklumkan ibu bapanya mengenai hajat Puan Fatehah untuk berjumpa mereka hujung bulan nanti sebagai majlis merisik dan seterusnya majlis bertunang sebelum Hani pulang ke Cape Town. Rancangan itu amat dialu-alukan oleh pihak keluarga Hani. Bersyukur besar mereka.
Maafkan Hani, Khasif, rupanya kasih Hani kepada Khasif tak sehebat mana, kecundang oleh lelaki yang bernama Aqram. Lelaki yang sudah lebih dari separuh mengisi ruang hatinya. Menghilangkan wajah Khasif yang perlahan-lahan juga dari ingatannya. Wajah yang hampir sama tetapi orang yang berbeza. Adakah benar, Hani perlahan-lahan menerima Aqram sebagai Aqram atau disebabkan iras rupa Aqram yang hampir seiras Khasif?

“Am, saya terima lamaran awak” keesokkan harinya Hani hanya menghantar pesanan ringkas, pendek sahaja pesanannya. Tetapi penuh bermakna bagi Aqram, jawapan yang ditunggu-tunggunya dengan debaran didada. Hendak menalefon malu pulak rasanya, akhirnya dia membuat keputusan hanya menghantar pesanan ringkas, seringkas ringkas yang boleh, janji messagenya tepat sampai kepada Aqram.
Tersenyum simpul Aqram membaca pesanan tersebut.
“Alhamdullillah, jadi juga nampaknya rombongan kita ke Melaka, hujung bulan ni ya Am?” tanya Puan Fatehah setelah Aqram memberitahu persetujuan Hani menerimanya.
Berita penerimaan lamaran Aqram disampaikan juga kepada Seina melalui e-mel. Sungguh, adik iparnya gembira dengan berita itu, akhirnya bertemu juga lelaki yang boleh menggantikan abangnya  di hati kakak ipar yang disayanginya. Walaupun Hani bukan lagi isteri abangnya, tetapi gelaran kakak ipar tidak pernah dibuang. Begitu juga Hani, Seina tetap adik iparnya.

***

Majlis merisik dan bertunang berlangsung serentak dengan majlis yang sederhana pada hujung minggu mengikut rancangan yang telah direncanakan. Keluarga Pak Tajuddin hanya memangggil keluarga terdekat dan mengadakan kenduri doa selamat sahaja.
Hari tersebut, Hani hanya menyarung baju kurung moden berwarna cream dengan sedikit labuci dan manik di dada, baju yang telah dihadiahkan oleh Puan Fatehah.  Dihantar melalui pos laju. Sungguh prihatin bakal ibu mertua Hani  ini.  Puan Fatehah sendiri yang menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis bakal menantunya. Aqram ada ikut sama ke Melaka, tetapi terpaksa ditinggalkan di bandar Melaka. Encik Mansor akan menjemputnya semula apabila majlis selesai kelak.
“Ha! Am, dah selesai dah majlis, Hani sudah sah jadi tunang Am sekarang ni. Cuma majlis nikah nak buat hujung bulan depan ke atau nak tunggu Hani balik sekali lagi. Ma rasa elok kita buat nikah gantung dulu, Am boleh ikut Hani balik Cape Town urus apa yang perlu, atau sekurang-kurangnya boleh bantu Hani pindah balik Malaysia.” cadang Puan Fatehah sebaik sahaja menjemput Aqram di KFC Melaka, dimana dia menghabiskan masa sepanjang majlis berlangsung dengan debar didada.
“Pa pun setuju jugak cadangan Ma tu.., majlis kenduri dan resepsi kita buat lepas Am sama Hani balik sini semula.., macammana?” perbincangan anak beranak didalan kereta semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas majlis pertunangan.
Puan Fatihah ada sahaja idea, demi anak sulungnya.
“Kalau abang gi Cape Town Ain nak  ikut boleh tak?” Ain menyampuk.
“Isshy budak ni.. mana boleh, mereka terus gi honeymoon la tu..” semua tergelak, Aqram termalu dengan sindiran dan gurauan keluarganya.
“Apa-apa pun kena bincang dengan Hani dulu, bagi Am, boleh on aje…” dengan nada ceria tanda bersetuju dengan cadangan keluarganya, seperti pucuk di cita ulam mendatang, sambil tersenyum sendiri, berangan bagaimanalah agaknya hidup sebagai suami isteri bersama Hani kelak.
Aqram memang tidak terfikir untuk nikah gantung, baginya nikah gantung ke atau tidak yang pasti Hani menjadi miliknya yang sah. Eh! Tapi, adakah istilah nikah gantung dalam Islam? Mana ada? Tapi dia tetap bersetuju. Tersenyum sendiri, kalaulah Hani setuju dengan cadangan ini, alangkah beruntungnya dia.
Kereta Jeep Cherokee kepunyaan Encik Mansor yang di pandu Aqram meluncur laju di lebuhraya plus menuju utara, pulang ke Kuala Lumpur.
Mahu ke Hani menerima cadangan Puan Fatihah untuk mereka bernikah gantung sebelum dia pulang ke Cape Town. Aqram kurang pasti, hendak menunggu Hani menjawab sama ada menerima lamarannya tempoh haripun sudah cukup mennyesakkan dadanya, ini kan pula untuk bernikah. Walaubagaimanpun cadangan nikah gantung ini sangat-sangat menceriakan Aqram.
 Hani memanjakan dirinya bergolek di katil setelah selesai menunaikan solat Isyak. Lenguh segala anggota badannya yang kecil molek itu. Mana tidaknya, lelah sungguh dia hari ini. Sekurang-kurangnya sekarang ini dia boleh merehatkan dirinya, jika ingin terus melelapkan matapun tidak mengapa, cuma terlalu awal pulak untuk tidur. Mata tertancap ke meja sisi, jam loceng direnung..Ahh.. belum pun jam 9.00 malam. Hani mencapai telefonnya, jejari laju menekan punat-punat kecil, ingin mengetahui jika ada pesanan ringkas atau panggilan yang tidak sempat di jawabnya. Sedang leka meneliti skrin telefon, tiba-tiba telefonnya bergetar dan membunyikan bunyi penerimaan pesanan ringkas. Terkejut juga dia, namun pesanan ringkas yang baru beberapa saat tadi diterimanya, mampu menghilangkan kepenatannya. Hani senyum segaris apabila membaca, walaupun pendek namun menceriakan dirinya.
“Akum, sayang sedang rehat ke ?..” pesanan ringkas dari siapa lagi kalau bukan dari Aqram yang sudah menjadi tunangnya beberapan jam yang lalu seperti tahu-tahu sahaja yang Hani memang sedang menghilangkan lelahnya.
Hani terus sahaja menekan butang hijau. Beberapa saat kemudian, panggilan terjawab. Salam diberi dan mendapat jawapan, khabar dirinya juga di tanya.
“Dah selamat sampai KL ke?”
“Ehem..dah…maghrib tadi…,Hani sudah makan?” rasa lenguh badan Hani terasa hilang serta merta apabila mendengar suara Aqram yang begitu mengambil berat hal dirinya.
“Hani .. Am tanya Hani.. hem.. sudah.. Am pulak dinner apa malam ni?”soalan standard untuk memanjangkan perbualan, sedangkan sudah tahupun jam sudah hampir  9.00 malam, sudah pasti semua orang sudah mengambil makan malam.  Alamak cliche pulak soalannya.
“Saya pun dah.. Mak Ara masak, dia masak lemak jantung pisang hari ini, macam tahu-tahu aje Am teringin masak lemak tu” Jelas Aqram.  
Hani yang di hujung talian, menjulingkan matanya ke siling, apabila Aqram menyebut perkataan teringin seperti orang mengidam sahaja bunyinya, namun dia masih setia menjadi pendengar.
“Hani tentu penat, esok-esok ajelah Am call lagi hah, rehat ya sayang, saja Am nak dengar suara tunang Am ni sebelum tidur untuk malam ni….”  suara mengada-ngada Aqram di hujung talian.
Tersentuh hati Hani dengan pengakuan Aqram yang nampak begitu menyayanginya.
“Insayallah kita cakap lagi esok, Assalamulaikum?” talian di matikan, walaupun sebenarnya berat hatinya hendak mematikan talian, tetapi sudah tiada cerita lagi yang hendak disampaikan, mahupun soalan untuk ditanya.
Namun lain pula ceritanya di pihak Aqram. Dia masih merasa  berat dan tidak sampai hati hendak menyampaikan hasrat mama, walaupun yang sebenarnya dia tidak sabar untuk mengkhabarkannya kepada Hani.  Sambil bergolek di katilnya memikirkan apa kah ayat yang paling baik untuk disampaikan kepada Hani esok. Cadangan keluarganya yang dibincangkan di dalam kereta petang tadi memang mengembirakan hatinya. tetapi bagaimana pula Hani? susah hendak ditelah hati perempuan ini. Tambah-tambah lagi, ini masalah besar bagi Aqram yang tidak pandai memujuk perempuan. Namun begitu, dia perlu mencuba. Cuma masa dan ketika yang baik sahaja ditunggu.

Telefon bimbit blackberry masih digengamannya. Gambar Hani memakai baju adiknya dua minggu lalu diamatinya di skin telefon.  Bila masa diambilnya tanpa Hani sedari, gambar candid Hani rupanya dan sekarang sudah menjadi wallpaper di skin  telefon bimbitnya. Tersenyum dia sendirian, memang tunangnya cantik dan ayu. Satu-satunya perempuan yang mampu mencairkan hatinya. Malah dapat mencairkan hatinya dalam masa yang sangat singkat. Agaknya itulah namanya Jatuh Cinta. Jatuh Cinta Pandang Pertama. Jadi apa pula hendak ditafsirkan cintanya bersama Emelia dulu?
Aduh! Bagaimanapula nama Emelia yang difikirkannya. Masih ada kasih berbaki yang masih terselit dihatinyakah kepada perempuan itu?
 DONT WANT TO CLOSE MY EYES
 DONT WANT TO FALL ASLEEP
CAUSE I DONT WANT TO MISS A THING...

8 comments:

Anonymous said...

betul ke decision hani ni.... huhuhuhu ... somehow i rasa dia tak patut pilih aqram ...,

sbb takut dia yg confius ... huhuhu ...

Rose Ezadora said...

Ini yang nak diceritakan.. kita tengok apa jadi..cerita akan lebih hangat lepas Hani kahwin.

Anonymous said...

next entry please ... hehehe ....

sufi_jamal said...

mak teh tunggu sja apa yg nak dicritakan, nak minta jngan buat crita sedeh tak boleh juga, crita kat dunia nikan macam2 tpi nak tanya juga sedeh tak jalan crita ni..nak siapkan kain buruk nak mengelap siair mata.

Rose Ezadora said...

sedih sikit aje. Saya akan try menjiwainya kalau boleh. Tak pandai sebenarnya, tapi cuba.. takut tak menjadi..

Anonymous said...

knp kt dlm Ilham.karangkraf tajuk cerita dia lain....

Rose Ezadora said...

Dalam ilham tukar tajuk. sebab Tanjung Harapan macam tak sedap aje. lagi pun di ilham dah edit. saya baru tukar edited skrip ke dalam blog ini dua hari lepas

Rose Ezadora said...

Sebenarnya tajuk didalam ilham "Menantimu di pohon Jacaranda" adalah tajuk yang pertama terdetik di dalam kepala saya semasa mula-mula start menulis kerana bunga Jacaranda terkenal di Afrika Selatan walaupun bukan bunga kebangsaan. Bunga kebangsaan adalah Protea. Maaf diatas kekeliruaan.